“PAS Kedah Kekal Sandar Harapan Kepada Dato’ Ir Amiruddin”

5:26 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH
19 Ramadhan 1436 | 6 Julai 2015

“PAS Kedah Kekal Sandar Harapan Kepada Dato’ Ir Amiruddin”


1. Perkhidmatan cemerlang dan kewibawaan serta pengalaman Dato’ Ir Amiruddin Hamzah selaku Ketua Pembangkang Dun Kedah kekal menjadi taruhan dan harapan untuk terus menyuarakan hak dan kepentingan rakyat negeri ini. Atas keyakinan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah telah melantik beliau sebagai Pengerusi Sekretariat Adun PAS Negeri Kedah.

2. Selama dua tahun sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato’ Ir Amiruddin telah membawa suara PAS bersama PKR dan DAP sebagai mewakili hasrat rakyat. PAS Negeri Kedah komited untuk terus menggerakkan peranan bersama dan dukungan serta sokongan kepada beliau untuk menjayakan peranannya menerusi sekretariat tersebut.

3. Saf kepimpinan baharu PAS Negeri Kedah sedang menyusun penelitian dan merangka strategi terbaik ke arah usaha kembali memerintah Kerajaan Negeri Kedah yang antaranya akan dizahir dan dijayakan oleh Adun-adun PAS untuk merealisasikannya. Peranan Dato’ Ir Amiruddin selaku Pengerusi Sekretariat adalah satu bentuk pembahagian dan penyusunan tugas ke arah menjayakan keputusan dan tindakan bersama yang bakal diambil.

4. Dengan pakej dan kepimpinan yang ada pada Dato’ Ir Amiruddin, kami percaya bahawa Adun-adun PAS Kedah akan menjadi ikon impian bersama rakyat untuk memegang tampuk pentadbiran negeri. Sekaligus, pasukan ini akan menjadi saf hadapan untuk menghadapi Umno-BN yang diketuai Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir.

5. PAS Negeri Kedah optimis, peranan secara kolektif kami adalah kekuatan jitu sebuah jentera yang pasti mencapai cita-cita untuk kembali ke Wisma Darul Aman pada PRU14 nanti. Kami menyeru sokongan dan kebersamaan masyarakat rakyat negeri Kedah untuk menyertai PAS Negeri Kedah menjayakan hasrat murni ini demi mengembalikan “Kedah Sejahtera” ke persada pemerintahan.

USTAZ DR AHMAD FAKHRUDIN BIN SYEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya
PAS Negeri Kedah


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.