Kenyataan Media Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN - 11 Oktober 2015

9:14 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN

Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 11 Oktober 2015 meluluskan resolusi seperti berikut:

1. YB Presiden dan MPP untuk meneruskan usaha-usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu; serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang makin mendesak.


2. KEADILAN komited untuk memantapkan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keanggotannya akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan termasuk PAS, PSM, dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

3. KEADILAN akan mengambil langkah-langkah menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan pergabungan politik yang luas. KEADILAN menyeru semua parti agar menghentikan perbalahan dan serangan antara satu sama lain, dan parti-parti sahabat juga harus menghormati perbedaan pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat.

4. KEADILAN akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan berhak untuk mendirikan kerjasama dua-hala di pelbagai peringkat jika perlu.

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
11 Oktober 2015

-

KEADILAN CENTRAL LEADERSHIP COUNCIL MEDIA STATEMENT

The Special Meeting of the KEADILAN Central Leadership Council (MPP) on 11 October 2015 supports the following resolutions:

1. YB President and the MPP will continue our efforts to build a strong and united opposition front and to find solutions to the deepening national crisis.

2. KEADILAN is committed to strengthening Pakatan Harapan towards being an inclusive political coalition and will continue to widen its membership to include other political partners including PAS, PSM, and political parties from Sabah and Sarawak.

3. KEADILAN will take steps towards creating a conducive climate for the unity of a broad opposition front. KEADILAN urges all opposition parties to cease hostility and attacks between ourselves, and that friendly parties should respect differences and refrain from interfering in the internal affairs of other friendly parties.

4. KEADILAN will continue to engage and dialogue with other friendly parties, and retains the right to establish bilateral cooperation at different levels as necessary.

KEADILAN MPP
11 October 2015


Sila kongsi artikel ini...

Betulkah TPPA Tidak Perlu Kelulusan Parlimen? - Mohammad Agus Yusoff

4:31 PM 0 Comments A+ a-



BETULKAH TPPA TIDAK PERLU KELULUSAN PARLIMEN?

Mohammad Agus Yusoff

Betul, TPPA tidak memerlukan kelulusan parlimen kerana fungsi parlimen adalah menggubal undang-undang negara, dan TPPA bukanlah berkaitan dengan undang-undang negara.

Betul, kita sekarang ini hanya mempunyai pilihan untuk menolak atau menerima TPPA dan tidak lagi boleh memindanya kerana kita telahpun memuktamadkan persetujuannya pada 5 Oktober yang lalu.


Betul, TPPA ini menguntungkan pasaran negara dan juga syarikat besar kita yang terlibat dalam perdagangan luar.

***********************************************************

Masalahnya, bagaimana pula dengan syarikat kecil IKS, bumiputera dan kehidupan rakyat? Apakah juga menguntungkan mereka? Dalam aspek apakah mereka untung?

Inilah yang belum rakyat fahami dan ketahui sepenuhnya.

Justeru, sebelum kerajaan meluluskan dan meratifikasikan persetujuan TPPA, berilah peluang terlebih dahulu kepada rakyat dan ahli parlimen untuk meneliti dokumen ini.

Biarlah rakyat juga turut terlibat dalam proses pembuatan keputusan kepada penerimaan TPPA ini.






Sila kongsi artikel ini...

Apa lagi yang PKR harapkan daripada PAS? – Faiz Fadzil

10:02 AM 0 Comments A+ a-



Apa lagi yang PKR harapkan daripada PAS? – Faiz Fadzil

Pembentukan Pakatan Harapan pada 22 September 2015 antara parti pembangkang Amanah, PKR dan DAP adalah satu rahmat kepada rakyat Malaysia.

Agenda Barisan Nasional untuk melenyapkan permuafakatan pembangkang ternyata gagal walaupun Pakatan Rakyat terkubur setelah PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Sejarah menunjukkan BN boleh dijatuhkan dengan gabungan parti-parti pembangkang.

Sejarah juga menunjukkan parti-parti pembangkang kalah teruk dalam pilihan raya setelah gabungan berpecah. Inilah senjata yang paling digeruni BN. PAS secara 'sub-conscious' sanggup membiarkan dirinya dijadikan ejen kepada agenda BN untuk memecahkan PR.

PKR seharusnya terus istiqamah mengukuhkan PH dan bukannya terus mendambakan kerjasama dengan PAS. PAS sekarang yang bersifat takfiri seolah-olah mereka sahaja yang benar, sudah pasti tidak akan menganggap mana-mana pihak sebagai rakan. Bagi mereka, siapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka, adalah musuh walaupun hakikatnya, kezaliman adalah musuh utama. Sedangkan, Allah mencegah kita daripada cenderung kepada kezaliman (surah Hud:113).

Namun, PAS sekarang bukan sahaja gagal melihat kezaliman sebagai musuh, bahkan sanggup membela kezaliman atas alasan demokrasi. Dalam keadaan rakyat dihimpit dengan tekanan ekonomi akibat GST dan kenaikan kos sara hidup serta amalan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin kerajaan terutama perdana menteri, PAS tidak menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap perdana menteri. Tindakan ini seharusnya dijadikan kayu pengukur, PAS mempunyai agenda perjuangan yang berbeza dengan rakyat dan PH. Malahan, agenda perjuangan PAS juga sekarang kabur umpama jerebu.

PAS kini yang dipimpin presiden yang sama mempunyai sejarah mengkhianati PKR. Watikah pencalonan PAS di dalam 5 kerusi yang ditandingi PKR ditandatangani beliau sendiri. Pengkhianatan terus dilakukan apabila beliau menolak persetujuan yang dicapai PR untuk mencalonkan Datin Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

Pengkhianatan terbesar dilakukan apabila beliau menolak untuk mengarahkan ahli PAS hadir ke Mahkamah Persekutuan untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2 walaupun menyedari Anwar difitnah dan dizalimi. Jelas, PAS cukup istiqamah mengkhianati rakan dan perjuangan.

PKR perlu mematuhi pesanan Rasulullah S.A.W., umat Islam dilarang untuk dipatuk ular dalam lubang yang sama dua kali.

Bersediakah PKR untuk dikhianati lagi PAS. Apakah jaminan PAS akan komited untuk mengelak pertandingan 3 penjuru di kerusi yang ditandingi PKR? Adakah PAS bersetuju untuk menerima Anwar sebagai calon perdana menteri walaupun sedar mereka tidak mampu mencadangkan calon yang setanding Anwar? Adakah PAS akan menjunjung persetujuan untuk berpegang kepada dasar bersama yang akan dirangka?

Mengukuhkah PH adalah pilihan terbaik dan efisyen berbanding asyik mengajak PAS untuk bersama PH sedangkan PAS menolaknya. Sedarlah yang mempertahankan PR dahulu adalah pimpinan Parti Amanah Negara sekarang. PAS mampu menabur pasir ke dalam periuk nasi dan kesannya PH akan dihukum rakyat jika ia berlaku menjelang pilihan raya umum kelak jika PAS bertindak di luar dasar bersama atau bertindak bertentangan dengan perjanjian yang dibuat.

Masa untuk rakyat menghadapi PRU ke 14 semakin hampir. Sekarang adalah masa untuk PH mengukuhkan perpaduan di antara semua parti koalisi ini di semua peringkat. Sekarang adalah masa untuk PH menyiapkan dasar bersama. Logo yang satu bagi PH hendaklah dirangka segera bagi mendapat kelulusan segera daripada ROS.

Jangan biarkan virus kemarahan rakyat kepada PAS berjangkit kepada PKR. Jikalau PH rapuh, BN akan terus berkuasa, rakyat akan terus merana kerana ditipu lagi.

Usahlah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Membujur lalu melintang patah, menjatuhkan BN memerlukan pasukan PH yang kukuh, kuat dan berdaya saing.

PAS akan terus istiqamah dengan pengkhianatan, jadi apa lagi yang PKR harapkan?


– 11 Oktober, 2015.




Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.