Saya Cabar Datuk Seri Liow Tong Lai Seperti Mana Saya Cabar Datuk Seri Hishamuddin Dahulu - Zulhazmi Shariff

4:36 PM 0 Comments A+ a-



SAYA CABAR DATUK SERI LIOW TIONG LAI SEPERTI MANA SAYA CABAR DATUK SERI HISHAMUDDIN DAHULU.

Datuk Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan memberitahu pemberita seperti dilaporkan dalam beberapa akhbar bahawa Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pengangkutan akan meneruskan perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik [AES] selepas semakan semula perlaksanaan sistem tersebut selesai.

Liow dilaporkan berkata bahawa beliau akan mengumumkan perlaksanaan semula AES apabila tiba waktu yang sesuai.


Selain itu Liow juga turut menegaskan bahawa pengguna jalanraya yang menerima saman AES hendaklah membayar saman-saman tersebut walau pun AES masih di dalam semakan.

Saya ingin mengimbau kembali tarikh 18 Disember 2012 di mana Peguam Negara ketika itu mengumumkan bahawa semua prosiding saman AES di mahkamah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Sehingga kini penangguhan prosiding tersebut tidak pernah ditarikbalik oleh Peguam Negara walau pun Peguam Negara telah bertukar.

Saman ialah suatu perintah kehadiran ke Mahkamah, justeru apabila prosiding mahkamah ditangguhkan maka saman tersebut tiada sebarang kuatkuasa justeru penerima saman tidak perlu membuat apa-apa bayaran kompaun mahu pun ke mahkamah.

Malang sekali Liow seperti mana Menteri sebelum ini masih meminta penerima saman membayar kompaun dan denda sedangkan ianya adalah jelas suatu yang tiada keperluan.

Justeru saya sekali lagi mencabar Menteri Pengangkutan seperti mana saya mencabar Menteri Dalam Negeri dahulu, tunjukkan kepada saya peruntukkan Akta dan Peraturan mana yang memerlukan penerima saman AES membayar kompaun dan denda. Jika ada, saya akan membayar kesemuanya tetapi jika tiada, sila tarik balik kenyataan tersebut dan batalkan kesemua saman-saman AES yang telah dikeluarkan.

BERANI BERUBAH.
ZULHAZMI SHARIFF
17112015


Sila kongsi artikel ini...

Bersama Menentang Keganasan. Jangan Tuding Jari pada Islam - Mahfuz Omar

12:08 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

BERSAMA MENENTANG KEGANASAN.
JANGAN TUDING JARI PADA ISLAM.


1. Serangan di Paris adalah satu tragedi yang sangat menyedihkan dunia. Satu tindakan yang tidak bertamadun ini adalah manifestasi daripada ketidakadilan sosial antarabangsa. Dunia seharusnya mengutuk serangan seumpama ini kerana tidak ada satu pun budaya, masyarakat atau agama di dunia ini yang menyetujui atau mengiktiraf tindakan keji seumpama ini.

2. Secara jelas, dunia seharusnya melihat punca kepada permasalahan serangan demi serangan yang semakin rancak di seluruh dunia walaupun dalam skala yang kecil, namun ianya tidak boleh diambil ringan oleh kita. Di Timur Tengah serangan kepada orang awam dilakukan hampir setiap hari terutama di Palestin, Syria dan Iraq. Baru-baru ini pula berlaku serangan di Lubnan. Insiden penahanan tebusan penculikan di Australia dan Sabah. Hatta setiap hari di dada akhbar terpampang kes kes penculikan, serangan dan pembunuhan di seluruh dunia.

3. Serangan di Paris baru-baru ini adalah salah satu kemuncak kepada suasana ini. Malangnya semua tindakan ini dihalakan secara umum samada dirancang atau tidak dirancang kepada Islam. Sehingga satu persepsi negatif ini menjadi label yang laris oleh masyarakat dunia.

4. Perlu saya jelaskan, Islam adalah agama perdamaian, aman dan adil. Islam tidak membenarkan pengikutnya bertindak ganas apatah lagi melakukam serangan-serangan seperti di Paris baru-baru ini. Namun, perlunya dunia antarabangsa berjiwa besar dalam menafsirkan agama dan penganut agama. Ajaran agama itu jelas, namun pengikut agama itu mungkin umum kerana tindakan dan penafsiran setiap individu mungkin dipengaruhi oleh fakta semasa dan luaran.

5. Oleh itu, satu tindakan global perlu diadakan segera oleh dunia barat dan timur dalam mengurangkan kemelut tekanan yang ada hari ini. Pemimpin-pemimpin Negara utama perlu duduk bersama dan menyelesaikan isu ketidakadilan dan hak asasi global terlebih dahulu dan bukannya menghukum dan meletak kesalahan kepada agama.

MEMERANGI KEGANASAN,
MENDOKONG KEAMANAN

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Malaysia
Pokok Sena
17 November 2015/ 5 Safar 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Batalkan AES yang bakal beban rakyat – Faiz Fadzil

11:30 AM 0 Comments A+ a-



Batalkan AES yang bakal beban rakyat – Faiz Fadzil

Pengumuman Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkenaan kemungkinan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan semula pada tahun depan begitu menggusarkan rakyat.

Walaupun AES dilaksanakan bertujuan mengawal had laju kenderaan dan pelanggaran lampu isyarat melalui tangkapan gambar kamera yang dipasang di laluan tertentu bagi mengurangkan kemalangan jalanraya, namun ia bukanlah mekanisma yang paling berkesan bagi mengatasi masalah ini.

AES dilihat lebih kepada langkah kerajaan mendapat hasil daripada rakyat melalui pengisuan saman kepada pesalah trafik.

Pelaksanaan AES yang bermula pada 2012 yang melibatkan pengisuan 2.14 juta saman, tetapi dihentikan selepas tentangan rakyat dan komplikasi beberapa isu ketidakpatuhan undang-undang yang berkaitan.

AES juga dilihat sebagai langkah penswastaan agensi kerajaan yang menguntungkan golongan korporat kapitalis.

Walaupun penguatkuasaan AES dilaksanakan oleh Jabatan Pengangukatan Jalan, namun kerajaan perlu membayar RM16 bagi setiap saman yang dikeluarkan sebagai fi perkhidmatan (control service fee) kepada syarikat penyedia perkhidmatan.

Setakat 25 Ogos, 2015, kerajaan membayar fi perkhidmatan sebanyak RM60 juta kepada 2 syarikat penyedia perkhidmatan AES iaitu RM27 juta kepada ATES Sdn Bhd dan RM33 juta kepada Beta Tegap Sdn Bhd.

Persoalannya, adakah pelaksanaan semula AES yang dijangkakan pada 2016 bertujuan bagi mendapatkan hasil dan keuntungan atau bagi mengatasi masalah kemalangan jalanraya?

Pelanggaran had laju dan lampu isyarat bukanlah faktor tunggal berlakunya kemalangan jalanraya di mana terdapat faktor penyumbang lain termasuk keadaan kenderaan dan keadaan jalanraya.

Penurunan harga barang bagi menggalakkan rakyat sentiasa menyelenggara kenderaan dengan baik, peningkatan sistem pengangkutan awam dan pelebaran jalanraya adalah langkah lebih berkesan bagi mengatasi masalah ini.

Sebaliknya, saman yang dikeluarkan sesungguhnya membebankan rakyat yang sudah ditekan dengan peningkatan harga barang dan GST.

Satu saman sahaja RM300. Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM1,000 yang diberikan kerajaan sekalipun tidak mampu membantu rakyat membayar saman dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang.

Oleh itu, kerajaan digesa untuk membatalkan terus AES bagi mengutamakan kebajikan rakyat dan bukannya pihak yang berkepentingan.

Didiklah rakyat untuk meningkatkan keselamatan di jalanraya dan bukannya terus menghukum bagi mengaut hasil dan keuntungan. – 17 November, 2015.

* Faiz Fadzil ialah timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional


Sila kongsi artikel ini...

AMK Ingatkan Jamil: Jangan Guna Wang Zakat untuk Saman Akmal

10:27 AM 0 Comments A+ a-



AMK INGATKAN JAMIL: JANGAN GUNA WANG ZAKAT UNTUK SAMAN AKMAL

Angkatan Muda Keadilan tertarik dengan perkembangan terkini isu pendedahan penyalahgunaan wang YaPEIM oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom oleh Akmal Nasir, Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW) yang turut merupakan Pengarah Strategi AMK.

Mengikut laporan media, Jamil buat kali keduanya telah menetapkan syarat agar Akmal memohon maaf di atas pendedahan itu, jika tidak mahu disaman. Ini sedangkan Akmal sendiri telah menyatakan dengan tegas bahawa beliau tidak akan berbuat sedemikian kerana yakin penuh dengan bukti-bukti yang telah dibentangkan – yang mana Menteri sendiri tidak menafikan, tetapi hanya memberikan alasan-alasan lemah untuk mewajarkan penggunaan.


Di dalam hal ini, AMK ingin mengingatkan Jamil agar sebarang tindakan undang-undang yang beliau hendak ambil haruslah dilakukan atas kapasiti dan wangnya sendiri, dan tidak melibatkan wang zakat sepertimana yang berlaku pada tahun 2011 apabila beliau dan dua pegawai MAIWP didapati menggunakan RM63,650 untuk membiayai kos guaman mereka di dalam kes permohonan qazaf Anwar Ibrahim.

Wang zakat, seperti wang kebajikan juga, merupakan wang yang
diamanahkan untuk diagihkan kepada asnaf-asnaf atau golongan yang telah ditetapkan, bukannya untuk kegunaan sang Menteri.

Penyokong-penyokong Jamil seperti Azalina Osman dan MyKMU juga mesti berhenti memainkan sentimen perkauman dan agama dalam kes salahguna seperti ini. Jika Akmal tidak betul, buktikan beliau tidak betul, bukan dengan membakar lagi api perkauman.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN


Sila kongsi artikel ini...

Memorandum of Protest: Deterioration of Human Right in Egypyt - Khalil Hadi

8:19 AM 0 Comments A+ a-



MEMORANDUM OF PROTEST
DETERIORATION STATE OF HUMAN RIGHTS IN EGYPT

The regime of Abdel Fattah al-Sisi has been engaged in unprecedented acts of human rights violations since the overthrown of the first freely elected president of Mohamad Morsi in 2013. These include:


1. The killings of more than 1,150 protestors during a pro-Morsy sit-in in Rabiah al Adawiya Square in Cairo. It is reported that 817 protestors alone were killed in what perhaps to be the largest mass killing of protestors on a single day in modern history – worst than the Tiananmen Square massacre. To date, there have been no conviction of security officials involved in the massacre.

2. The government has also effectively banned all forms of protests in a crackdown of democratic principles and has closed and evict local and international human rights watch groups and detain journalists including those from international news organizations.

3. Thousands have been detained, charged and sentenced between July 2013 and October 2015 by the security forces, languishing in overcrowded and deplorable detention. Many have been sentenced to death including the rightful president Mohamad Morsy, based almost entirely on testimony of security officials without the backing of strong tangible evidence.

4. Aggressive counter insurgency actions in Sinai that have seen neighborhoods and families displaced from their home and rights to their own lands.

In view of the deteriorating state of human rights situation in Egypt, the PAS Youth of Malaysia strongly urge the United Nations to:
i. Immediately call for referendum amongst members of Security and Human Rights Councils to censure and condemn the regime of President Abdel Fattah al-Sisi for its human rights violations.
ii. Pressure international government to suspend and stop all forms of military support and arms supply to the regime.
iii. Initiate economic embargo against Abdel Fattah el-Sisi and members of his close circle from within the government and his security apparatus.

Regards,

Muhammad Khalil Abdul Hadi
PAS Deputy Youth Chief


Sila kongsi artikel ini...

DAP : Politik Orang Gila - Syahran Huzaimi

7:16 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media Rasmi
Dewan Pemuda PAS Selangor

DAP : Politik Orang Gila

1. Satu persatu dilihat tindakan DAP makin menggila. Ibarat orang gila yang bercakap seorang, mengancam orang ramai bahkan dia akan beritahu bahawa dia bukan orang gila. Tidak ada orang gila yang mengaku dia gila bahkan dia akan kata orang lain gila. Begitu jugak orang jahat tidak akan mengaku dia jahat bahkan dia akan menunding jari kearah orang lain mengatakan jahat. Ini politik DAP.

2. Tuduhan DAP ibarat orang gila yang bercakap tiada asas dan tidak memandang realiti kehidupan akibat akal sudah menjadi tidak waras. Atas sikap apa DAP mengatakan Exco-Exco PAS dalam Kerajaan Selangor "berbuat jahat" apabila memperjuangkan hak-hak rakyat. DAP melalui Setiausaha Agungnya Lim Guang Eng mengeluarkan kenyataan demikian akibat "tidak puas hati" apabila desakan mereka untuk keluarkan PAS dari Kerajaan Selangor tidak berjaya. Hasilnya dengan tekanan demikian mereka menjadi umpama "orang gila".

3. PAS mendokong usaha dan dasar yang dibuat oleh Kerajaan Selangor. Apatah lagi pembentangan bajet oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor Tuan Mohamad Azmin Ali bertemakan "Membangun Smart Selangor Yang Peduli" amat menitik beratkan soal kebajikan rakyat. Justeru atas dasar inilah Exco-Exco dan seluruh ahli PAS akan mengembeleng tenaga bersama-sama menjayakan agenda Kerajaan Selangor ini.

4. Realitinya rakyat Selangor sendiri boleh melihat kesungguhan dan khidmat bakti yang dilakukan oleh Exco-Exco PAS bahkan khidmat bakti itu bukan sahaja dilakukan melalui saluran kerajaan semata-mata bahkan PAS di Selangor itu sendiri melalui ahli-ahlinya sentiasa menyantuni dan mendahului untuk gerak kerja memberi kebajikan kepada rakyat. Apatah lagi sikap "mengila" DAP itu jugak mengaitkan dengan Kerajaan Kelantan yang sudah sememangnya dikenali sebagai Kerajaan yang bersih sejak zaman Almarhum Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Tuduhan DAP mengatakan hendak menghalang PAS dari buat jahat sebenarnya memakan diri DAP sendiri kerana rakyat Selangor boleh menilainya dengan baik.

5. Dewan Pemuda PAS Selangor menasihat dan menegur agar DAP di Selangor mengambil sikap untuk sama-sama berusaha membangunkan Kerajaan Selangor. Peduli rakyat menjadi agenda utama bukan mengizinkan sikap prejudis sebahagian pimpinan DAP menggangu gerak kerja serta khidmat bakti untuk rakyat Selangor.

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
16 November 2015 / 4 Safar 1437H


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.