Tengku Adnan : ahli-ahli di akar umbi agar mengambil sikap bertenang dan berfikir secara rasional

11:07 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA OLEH SETIAUSAHA AGUNG UMNO

Saya terpanggil untuk meminta semua ahli-ahli UMNO, dari kepimpinan atas hinggalah ahli-ahli di akar umbi agar mengambil sikap bertenang dan berfikir secara rasional berhubung pelbagai isu yang berlaku di sekeliling kita sejak kebelakangan khususnya serangan bertali arus terhadap Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak.


Seharusnya kita terus memberikan sokongan padu kepada pemimpin atasan kita serta memberi ruang kepada beliau untuk memikirkan tindakan yang sewajarnya diambil demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Dalam masa yang sama, saya menyeru semua ahli UMNO untuk meneruskan fokus perjuangan parti selaras dengan gerak kerja yang telah diatur.

Kita perlu sedar bahawa dalam keadaan kita hari ini tentunya kita perlu terus waspada dan tidak alpa kerana pihak lain khususnya pembangkang sentiasa mencari ruang dan peluang bagi merobohkan perpaduan dan kesatuan yang menjadi benteng kita selama ini.

Usahlah kita terpengaruh dengan pelbagai manipulasi dan provokasi yang dilontarkan oleh mereka malah sikap mereka yang kononnya gemar menangguk di air keruh juga perlu kita awasi.

Sehubungan itu, sekali lagi saya mengajak ahli-ahli UMNO sekalian untuk terus berpegang teguh kepada matlamat perjuangan parti dan memastikan demokrasi terus subur.

Sekian, terima kasih

Tengku Adnan Tengku Mansor
Setiausaha Agung UMNO

Kuala Lumpur, 7 Julai 2015


Sila kongsi artikel ini...

Husam Musa : Beku Enam Akaun - Syabas TS Ghani, Zeti, Khalid Abu Bakar dan Abu Kasim!

11:00 PM 0 Comments A+ a-



Beku Enam Akaun -
Syabas TS Ghani, Zeti, Khalid Abu Bakar dan Abu Kasim!

Terpegun dan bangga - itu perasaan saya selaku rakyat Malaysia pada hari ini, bila kenyataan bersama dari empat agensi tonggak dikeluarkan tengah hari ini.


http://www.malaysiakini.com/news/304316
http://www.thestar.com.my/…/Bank-Negara-Freezes-six-accoun…/

Sudah lama perasaan itu hilang dari diri saya memikirkan keadaan negara kita yang bertambah buruk dari hari ke hari. Institusi dan instrumen negara seakan hilang integriti dan jati diri berhadapan dengan kemelut pemimpin politik.

Rasanya, itulah juga perasaan yang dikongsikan oleh ramai rakyat Malaysia.

Hari ini, saya merasa sangat bugar.

Masih ada sisa keberanian atas kebenaran demi negara.

Duduknya empat peneraju dari Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, PDRM dan SPRM untuk bersama mengeluarkan kenyataan yang begitu ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia - memberikan sinar baru. ia sudah satu keberanian.

Kenyataan TS Zeti selaku Gabenor Bank Negara amat dinantikan atas isu penyaluran dana dan akaun-akaun yang didakwa - yang menjadi bidang tugasnya. Diamnya Bank Negara seakan mengizinkan kesalahan dilakukan atau orang tertentu dizalimi dengan tuduhan yang tidak benar.

Ketelusan dan keteguhan menjunjung kepentingan negara dibimbangi dikorbankan kerana pihak yang terlibat adalah Ketua Eksekutif Malaysia.

Hari ini, kami menyambut kenyataan bersama ini. Ia menunjukkan tindakan-tindakan telah diambil dalam tempoh sebulan yang lalu.

Bagi mana-mana yang terlibat dengan akaun-akaun yang dibekukan, jika anda merasa ada kesalahan telah dilakukan, usahlah mengambil masa yang panjang untuk tampil mengakui kesalahan itu dengan apa jua cara untuk mengelakkan negara menanggung krisis yang berpanjangan.

Husam Musa
7 Julai 2015
20 Ramadhan 1436H


Sila kongsi artikel ini...

PENAFIAN TAJUK BERITA PORTAL BERITA MALAYSIKINI

8:55 PM 0 Comments A+ a-



PENAFIAN TAJUK BERITA PORTAL BERITA MALAYSIKINI.

Apa lagi yang Malaysiakini mahu agendakan ?

Saya dengan ini menafikan sekerasnya tajuk jahat sensasi yang di cipta oleh Malaysiakini : "Like Anwar, there must be four witnesses for Najib".


Apa yang disebut oleh Presiden PAS ialah "Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga.. Saksi yang adil".

Tajuk sedemikian yang berbeza maksudnya dengan isi sebenar ucapan Presiden PAS itu dengan jelas menunjukkan samada Malaysiakini tidak faham, atau mempunyai agenda mereka yang tersembunyi.
Perbuatan sedemikian adalah amat dikesali dan meruntuhkan kemurnian pemberitaan yang telus dan benar.

Sekian.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS.
7 Julai 2015


Sila kongsi artikel ini...

“PAS Kedah Kekal Sandar Harapan Kepada Dato’ Ir Amiruddin”

5:26 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH
19 Ramadhan 1436 | 6 Julai 2015

“PAS Kedah Kekal Sandar Harapan Kepada Dato’ Ir Amiruddin”


1. Perkhidmatan cemerlang dan kewibawaan serta pengalaman Dato’ Ir Amiruddin Hamzah selaku Ketua Pembangkang Dun Kedah kekal menjadi taruhan dan harapan untuk terus menyuarakan hak dan kepentingan rakyat negeri ini. Atas keyakinan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah telah melantik beliau sebagai Pengerusi Sekretariat Adun PAS Negeri Kedah.

2. Selama dua tahun sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato’ Ir Amiruddin telah membawa suara PAS bersama PKR dan DAP sebagai mewakili hasrat rakyat. PAS Negeri Kedah komited untuk terus menggerakkan peranan bersama dan dukungan serta sokongan kepada beliau untuk menjayakan peranannya menerusi sekretariat tersebut.

3. Saf kepimpinan baharu PAS Negeri Kedah sedang menyusun penelitian dan merangka strategi terbaik ke arah usaha kembali memerintah Kerajaan Negeri Kedah yang antaranya akan dizahir dan dijayakan oleh Adun-adun PAS untuk merealisasikannya. Peranan Dato’ Ir Amiruddin selaku Pengerusi Sekretariat adalah satu bentuk pembahagian dan penyusunan tugas ke arah menjayakan keputusan dan tindakan bersama yang bakal diambil.

4. Dengan pakej dan kepimpinan yang ada pada Dato’ Ir Amiruddin, kami percaya bahawa Adun-adun PAS Kedah akan menjadi ikon impian bersama rakyat untuk memegang tampuk pentadbiran negeri. Sekaligus, pasukan ini akan menjadi saf hadapan untuk menghadapi Umno-BN yang diketuai Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir.

5. PAS Negeri Kedah optimis, peranan secara kolektif kami adalah kekuatan jitu sebuah jentera yang pasti mencapai cita-cita untuk kembali ke Wisma Darul Aman pada PRU14 nanti. Kami menyeru sokongan dan kebersamaan masyarakat rakyat negeri Kedah untuk menyertai PAS Negeri Kedah menjayakan hasrat murni ini demi mengembalikan “Kedah Sejahtera” ke persada pemerintahan.

USTAZ DR AHMAD FAKHRUDIN BIN SYEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya
PAS Negeri Kedah


Sila kongsi artikel ini...

Husam Musa: Muhyidin Perlu Segera Ambil Alih Negara

1:29 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Husam Musa

Muhyidin Perlu Segera Ambil Alih Negara Negara kini benar-benar berada dalam keadaan sangat kritikal pertama kali seumpamanya.

Ketika Perdana Menteri selaku ketua pengurus negara dilingkari tanda-tanda penyalahgunaan kuasa yang amat dahsyat, kemudi negara untuk membetulkan keadaan itu masih di tangan beliau sendiri.Tidak mungkin pembetulan untuk meletakkan negara kembali ke landasan keluhuran undang-undang sebagai kunci perjalanan kerajaan di atas dasar jujur dan amanah serta menjamin keamanan dan kedaulatan negara dapat dilakukan.

Kenyataan berani dan terbuka Peguam Negara pada Sabtu lepas sebenarnya sudah cukup bagi seorang pemimpin yang bermaruah mengambil langkah mengundurkan diri.

Segalanya telah tersimpul dalam kenyataan itu dan hingga petang ini, Isnin 6 Julai, empat hari selepas kenyataan itu, PM gagal mengeluarkan sebarang penjelasan terhadap kenyataan AG.Ketika AG membuat kenyataan telah melihat sendiri dokumen-dokumen berkaitan dan mengarahkan serbuan dibuat ke atas syarikat berkaitan, negara kita sepatutnya telah pun diambil alih oleh seorang PM yang baru atau paling kurang Pemangku PM.Ketiadaan sebarang reaksi dan tindakan ekoran kenyatan AG itu, hanya akan membuka jalan kepada penutupan jenayah dan pelbagai manipulasi politik.Kenyataan oleh badan-badan mahasiswa UIA pada hari ini adalah sangat bermakna dalam situasi kritikal sekarang.

Saya mengucapkan syabas kepada semua mahasiswa UIA khususnya pemimpin mereka Saudara Hanif Mahpa dan Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda dan lain-lain.Sesuatu mesti dilakukan oleh semua pihak dalam negara kita untuk memaksa PM melepaskan tanggung jawab dan kuasanya setidak-tidaknya untuk sementara waktu bagi membolehkan siasatan dan tindakan yang bebas dapat diambil.Saya bersetuju TPM mesti mengambil inisiatif utama untuk meluruskan langkah pembetulan negara.TPM sewajibnya menemui DYMM YDP Agung bersama AG untuk menyembah maklum keadaan yang ada dan seterusnya mencadangkan pelucutan jawatan PM.Ahli Parlimen seluruhnya perlu menunjukkan sikap patriotik mereka termasuk memberikan sokongan kepada TPM untuk mengambil alih negara dari DS Najib sekalipun mereka adalah dari parti-parti di luar kerajaan.

Tan Sri Muhyiddin juga perlu menjamin suatu tindakan undang-undang diambil tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Lebih banyak malapetaka akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil.


Husam Musa
6 Julai 201519 Ramadhan 1436H


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.