Sokong Tolak Belanjawan Dan Usul Undi Tidak Percaya - Sofi Wahab

2:02 PM 0 Comments A+ a-



SOKONG TOLAK BELANJAWAN DAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA

Parti AMANAH Negara Negeri Melaka menyokong keputusan Pakatan Harapan yang menegaskan ia akan tetap dengan pendirian meneruskan usul untuk menolak Belanjawan 2016 dan membentang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Penolakan terhadap Belanjawan 2016 adalah sesuatu yang wajib dilakukan kerana jelas sekali belanjawan tersebut tidak mampu menyelesaikan kemelut politik, pentadbiran, ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Isi kandungan belanjawan itu hanyalah ulangan kepada belanjawan tahun lepas yang ternyata gagal menyelesaikan masalah hutang negara, ekonomi negara yang semakin tenat, penyelewengan dan pembaziran wang negara.


Malah isu-isu besar yang membelenggu negara seperti 1MDB, kejatuhan nilai ringgit, rasuah, ketirisan dan kebocoran wang negara juga tidak disebut dengan jelas dan terang tentang penyelesaiannya di dalam belanjawan tersebut. Ini semua sudah cukup untuk menjustifikasikan mengapa Belanjawan 2016 wajib ditolak oleh semua Ahli Parlimen bukan sahaja dari pembangkang malah dari penyokong kerajaan sekalipun.

Kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak juga terbukti dibelenggu oleh skandal demi skandal yang gagal dijawab dan dijelaskan kepada rakyat. Maka Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang lain serta parti-parti komponen BN wajib menolak belanjawan tersebut.

Sebab-sebab di atas juga sudah cukup dan jelas untuk menjustifikasikan keputusan Pakatan Harapan untuk mengusulkan undi penolakan terhadap belanjawan 2016 dan membuat usul tidak percaya kepada Perdana Menteri yang gagal memimpin negara ke arah yang lebih baik dari semua aspek.

Belanjawan 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini sepatutnya menggariskan perkara-perkara asas seperti penyelesaian konkrit terhadap kemelut ekonomi negara, kejatuhan nilai ringgit, isu 1MDB, hutang negara yang semakin meruncing, kenaikan harga barang, pembasmian kemiskinan, masalah pengangguran dan lain-lain perkara asas.

Walaupun perkara-perkara di atas adalah perkara biasa dan asas tetapi kerajaan masih gagal menanganinya sejak puluhan tahun lalu. Malah belanjawan 2016 seperti juga tahun-tahun lepas adalah belanjawan defisit.

Mohd Sofi Abdul Wahab - Pengarah Komunikasi dan Media
Parti AMANAH Negara
Negeri Melaka.


Sila kongsi artikel ini...

Tuan Ibrahim Tuan Man: Najib jangan anggap menang debat sebagai penyelesaian kepada isu 1MDB dalam 6 bulan yang dijanjikan

11:30 AM 0 Comments A+ a-



Najib jangan anggap menang debat sebagai penyelesaian kepada isu 1MDB dalam 6 bulan yang dijanjikan

Melihat gelagat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang tidak sabar-sabar agar debat 1MDB antara Presiden 1MDB Arul Kanda dan Ahli Parlimen DAP Tony Pua, PAS ingin mengingatkan BN bahawa debat ini tidak akan membersihkan masalah 1MDB dan kerosakan ekonomi dan ringgit yang dibawa bersamanya.

Kerana 1MDB, integriti Bank Negara Malaysia turut dipertikai. Siasatan 1MDB yang tergendala menyebabkan imej SPRM, polis dan Jabatan Peguam Negara terus kekal sebagai instituti berkuasa yang tidak bebas dan terkongkong. Ini menyebabkan runtuhnya sistem pengawasan dan keseimbangan (‘check and balance’ ) terhadap mereka yang diberi kuasa untuk memerintah negara.


Tukang lapor dan pertikai 1MDB menghadapi masalah diburu pihak berkuasa. Mereka yang menyebabkan 1MDB meninggalkan hutang berbilion untuk ditanggung kerajaan dan rakyat belum lagi disoalsiasat. Antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Jho Low, Nik Faisal Arif Kamil (Pengarah Urusan SRC International serta Datuk Suboh Md Yasin (Pengarah SRC International Sdn Bhd).

Pada 22 Oktober lepas, Najib berkata Nik Faisal dan Suboh sedang membuat perancangan untuk ditemubual oleh SPRM. Sehingga kini tiada apa-apa berita mengenainya.

Begitu juga dengan Jho Low. Nampaknya tiada pihak berkuasa yang berani memanggil Jho Low untuk memberi keterangan termasuklah Pengerusi baru Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin.

Pada masa yang sama, Datuk Hasan Arifin berkata PAC akan memanggil Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy, mantan ketua pegawai eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Ibrahim Halmi, serta beberapa lagi pengarah syarikat berkaitan 1MDB. Namun, tarikh ini belum ditetapkan lagi.

Apakah Arul akan bertemu PAC dahulu sebelum debat atau selepas debat? Jika debat dahulu, apakah Arul akan menggunakan jawapan ‘perkara ini sudah dijawab ketika debat dengan salah satu ahli PAC’ ketika ditemubual oleh PAC? Jika debat kemudian, apakah Arul akan menggunakan peluang debat itu untuk mengelak memberi jawapan dengan berkata ‘jawapan ini sudah dinyatakan ke PAC’?

Apapun, debat ini akan diikuti umum. Ada yang mengharapkan kemenangan di debat ini akan menghilangkan segala tuduhan tidak terjawab dan impak 1MDB di dalam negara. Sebagai peringatan, ada 41 hari sahaja lagi sebelum tempoh 6 bulan yang dijanjikan Najib untuk menyelesaikan masalah 1MDB akan tamat. Diharap Najib tidak menggunakan kemenangan debat ini sebagai penunaian janji bahawa masalah 1MDB telah selesai. Hakikatnya, masalah 1MDB tidak selesai di satu debat.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
3 November 2015


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan

10:51 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan

2 November 2015

Merujuk kenyataan Presiden PAS YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang bahawa Ahli Parlimen PAS akan berkecuali dalam undian terhadap Belanjawan 2016 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Pakatan Harapan menegaskan akan tetap dengan pendirian meneruskan untuk menolak Belanjawan tersebut. Di samping itu, Pakatan Harapan juga akan meneruskan usaha Usul Undi Tidak Percaya terhadap YAB Perdana Menteri.


Bagi kami, kedua-dua perkara, iaitu menolak Belanjawan dan Usul Undi Tidak Percaya merupakan tugas moral Ahli-ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia kerana kepimpinan YAB Perdana Menteri kini terbukti dibelenggu oleh skandal demi skandal termasuk 1MDB dan derma yang masuk ke akaun peribadi YAB Perdana Menteri yang membawa kemudaratan kepada Negara dan rakyat.

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Keadilan

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

YBhg Mohamad Sabu
Presiden Amanah


Sila kongsi artikel ini...

Bajet 2016 'Bajet Mujoq' - Mahfuz Omar

2:39 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

BAJET 2016 "BAJET MUJOQ".

1. Bajet 2016 yang dibentang Najib dalam keadaan ekonomi suram, apatah lagi dengan kejatuhan harga minyak. Setiap tahun bajet dirangka berasaskan harga minyak kerana hampir 50 % sumber pendapatan negara adalah datang daripada sumber utama minyak dan gas melalui Petronas.


2. Malaysia menemui minyak pada tahun 1974. Lebih awal dari negara Norway menemui minyak. Norway kini trilion, mempunyai trilion USD simpanan wang masa depan (sovering fund) hasil tabungan yang diambil daripada pendapatan hasil minyak untuk generasi mendatang. Kerajaan Norway mempunyai "pemikiran beringat" untuk masa depan berbanding dengan Kerajaan Malaysia menjadikan Petronas yang menguruskan Industri Petroliam Negara sebagai lembu kenyang yang kini Lembu itu sudah pun kurus kering seperti lembu subsidi. Kerajaan sudah tidak boleh lagi bergantung harap pada hasil petroliam dan Petronas.

3. Malangnya, Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mencari sumber baru bagi menampung perbelanjaan negara tanpa membebankan rakyat. Apa yang dilakukan ialah mengambil jalan mudah dengan mengambil daripada poket rakyat melalui cukai baru GST. Pembaziran, penyelewengan dan salahguna kuasa GST yang melindungi.

4. GST yang asalnya untuk menambahkan pendapatan negara kini menjadi sumber menampung kekurangan pendapatan negara yang hilang daripada sumber petroliam. PM sendiri menyatakan dalam ucapan pembentangan Bajet 2016, GST penyelamat kepada kewangan negara.

5. "Mujoq" ada GST, Kerajaan masih boleh mentadbir negara. "Mujoq" juga ada GST, jika tidak mampuih Kerajaan BN tidak lagi upaya memerintah negara. "Mujoq" ada GST untuk menampung segala pembaziran dan penyelewengan Kerajaan BN. "Mujoq" ada rakyat dipaksa bayar GST jika tidak PM dah kena jual di pasar tani.

BAJET MUJOQ ADA GST,
"SELAMATKAN BN"

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
2 November 2015/20 Muharam 1437H
8.00 pm Parlimen Malaysia.


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.