Al Fatihah : Kembalinya Seorang Pejuang melalui Tali Gantung. - Raimi Rahim

11:30 PM 0 Comments A+ a-



Al Fatihah : Kembalinya Seorang Pejuang melalui Tali Gantung.

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang lagi pejuang agama dan kebenaran di Bangladesh telah kembali menemui Allah SWT setelah digantung mati oleh pemerintah Bangladesh.


Maulana Ali Ahsan Mujahid merupakan Setiausaha Agung Jamaat-e Islami Bangladesh . Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung pada awal pagi (waktu tempatan), 22 November 2015 bersama seorang lagi pemimpin kanan Bangladesh Nationalist Party (BNP) Salahudin Chowdry melalui konspirasi politik yang kotor dan jijik.

ABIM mengutuk sekeras-kerasnya penerusan hukuman mati dan penjara yang digunakan oleh rejim Sheikh Haseena ke atas seteru-seteru politiknya tanpa ihsan.

Buat Ali Ahsan Mujahid, kembalilah menemui penciptaMu dalam kegembiraan kerana engkau sesungguhnya telah bebas dari penjara dunia yang zalim menuju kebebasan yang hakiki.

Mohamad Raimi Ab.Rahim
Presiden ABIM


Sila kongsi artikel ini...

Tindakan Bangladesh Usaha Hapuskan Gerakan Islam - Khalil Hadi

6:39 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

TINDAKAN BANGLADESH USAHA HAPUSKAN GERAKAN ISLAM

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." [Surah Ali-Imran: 169]

1. Tindakan rejim Bangladesh di bawah Presiden Abdul Hamid melaksanakan hukuman mati kepada pimpinan Jamaat e-Islami Bangladesh adalah perbuatan kejam dan zalim.

2. Sekiranya dengan tindakan itu mereka menyangka akan melumpuhkan perjuangan Islam, kami di seluruh dunia mengimani bahawa itulah kemuncak kegemilangan perjuangan kami. Ia tidak akan sesekali mematikan Gerakan Islam sebagaimana ayat surah Ali Imran yang dinyatakan.

3. Dunia hari ini menjadi saksi, penggantungan mati Setiausaha Agung Jamaat e-Islami Bangladesh, Syeikh Ali Ahsan Muhammad Mujahid sebagai senarai rentetan usaha Kerajaan Bangladesh mengekang kebangkitan Islam di negara itu.

4. Kerajaan Bangladesh sebelum ini telah pun menggantung beberapa orang pimpinan Jamaat e Islami seperti As-Syahid Syeikh Abdul Qader Mullah pada 12 Disember 2012 dan As-Syahid Kamaruzzaman pada 11 April tahun ini.

5. Mereka telah dihadapkan dengan tuduhan jenayah perang, sedangkan yang diperjuangkan mereka adalah tuntutan kemerdekaan dengan Pakistan pada tahun 1971. Inilah adu domba, fitnah dan usaha memburukkan imej Islam di sepanjang zaman sebagai tindakan mengekang kebangkitannya.

6. Tindakan Bangladesh itu juga dilihat usaha mengekang pengaruh pihak-pihak yang tidak sealiran mereka lantaran turut menjatuhkan hukuman gantung tersebut kepada pemimpin pembangkang lain antaranya dari Parti Nasionalis Bangladesh, Salahuddin Quader Chowdhry.

7. Tindakan seperti ini hanyalah menggambarkan ketakutan rejim untuk mengekalkan kuasa, hakikatnya sebagaimana lakaran sejarah yang berulang, kebangkitan pasti berlaku menyah tirani dari singgahsananya.

8. Masyarakat dunia perlu melihat secara tenang dan adil betapa usaha menuduh Islam sentiasa diulang-ulang, tetapi hakikatnya Islam, umatnya serta pihak-pihak yang berjuang mempertahankan agama keamanan inilah menjadi mangsa kepada kezaliman dilakukan.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Ahad, 22 November 2015 | 10 Safar 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Adakan referendum putuskan TPPA – Faiz Fadzil

4:30 PM 0 Comments A+ a-



Adakan referendum putuskan TPPA – Faiz Fadzil

Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke negara disambut dengan perhimpunan aman pelbagai segmen rakyat, termasuk Parti Amanah Negara (Amanah) bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan kerajaan Malaysia untuk menandatangani Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA).

Kebimbangan rakyat Malaysia terhadap TPPA berkaitan kehilangan kedaulatan Perlembagaan dan undang-undang negara ini adalah di bawah TPPA, sebarang pertikaian antara kerajaan dan syarikat asing terlibat akan dibicarakan di tribunal antarabangsa yang dikenali Investor-State Dispute Settlement(ISDS), di mana undang-undang antarabangsa yang akan mengatasi undang-undang dan bidangkuasa mahkamah negara.

Sudah banyak 'precedent' kes yang dibawa ke tribunal ISDS dan antaranya adalah kes Chevron terhadap Ecuador di mana keputusan mahkamah Ecuador mendenda Chevron di atas kesalahan undang-undang alam sekitar dicabar di tribunal tersebut.

Keperitan hidup rakyat yang sedang bergelut dengan kenaikan harga barang akan bertambah derita di mana harga barangan yang diimport akan meningkat, terutamnya ubat-ubatan.

Ini kerana penggunaan ubat generik selama ini pasti akan terhenti di mana rakyat perlu menggunakan ubat asli (patented) yang diimport dari AS.

Kehilangan pekerjaan juga satu lagi risiko besar kerana dibimbangi syarikat asing terlibat lebih cenderung mengupah pekerja asing yang pasti akan memberikan kesan buruk kepada sosio-ekonomi rakyat Malaysia.

Golongan khidmat profesional tempatan seperti peguam dan arkitek juga akan terkesan apabila terpaksa bersaing dengan profesional luar dalam pasaran terbuka ini.

Sesungguhnya TPPA adalah 'gateway' kepada penjajahan baru negara ini.

Penjajahan kolonial Inggeris di Perak bermula dengan Perjanjian Pangkor tahun 1874 yang membuka pintu kepada Inggeris menguasai ekonomi dan pentadbiran negeri Perak.

Adakah rakyat negara ini rela dijajah sekali lagi melalui modus operadi yang seakan sama? Irama dasar penjajahan 'gold, glory and gospel' akan dimainkan semula.

Adakah parlimen mampu memainkan perananannya sebagai periksa dan imbang polisi kerajaan menyekat hasrat kerajaan untuk melaksanakan TPPA?

Rekod menunjukkan ahli Parlimen kerajaan akan menyokong penuh polisi kerajaan, manakala mutakhir ini, pembangkang pula tidak mempunyai kata putus yang satu.

Hasrat menolak bajet 2016 baru-baru ini menyaksikan terdapat ahli Parlimen yang mengambil pendirian untuk menasihat bertindak untuk berkecuali ketika proses pengundian.

Oleh itu, semuanya terletak di tangan rakyat sendiri.

Rakyat perlu sedar kesan jangka panjang terutama masa depan negara yang berada dalam keadaan 'at stake' jika TPPA diteruskan pelaksanaannya.

Rakyat perlu bersatu hati dan suara untuk menolak TPPA.

Satu referendum suara rakyat perlu diadakan kerajaan kerana kesan langsung dan tidak langsung TPPA adalah ke atas rakyat.

Usahlah digunakan kuasa di legislatif dan eksekutif bagi tujuan legitimasi perjanjian yang menguntungkan kuasa imperialis tetapi menjerut kehidupan dan kebebasan rakyat yang merdeka. – 22 November, 2015.


Sila kongsi artikel ini...

Berakhirnya Perjuangan Seorang Pejuang melalui Tali Gantung. - Dr Raja Ahmad Iskandar

10:37 AM 0 Comments A+ a-



Berakhirnya Perjuangan Seorang Pejuang melalui Tali Gantung.

SMuslim ingin menyatakan rasa sedih dan hibanya bahawa seorang lagi aktivis Islam dan kebenaran telah menemui penciptanya ditali gantung oleh Kerajaan Bangladesh.

Beliau adalah Setiausaha Agung Jamaat-e Islami Bangladesh, Maulana Ali Ahsan Mujahid . Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung pada awal pagi (waktu tempatan), 22 November 2015 melalui konspirasi politik yang licik, kotor dan keji oleh pemerintah Bangladesh


SMuslim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam dan dangkal yang digunakan oleh rejim Sheikh Haseena ke atas seteru-seteru politiknya tanpa ihsan.

Buat As Syahid Ali Ahsan Mujahid, kembalilah menemui penciptaMu dalam kegembiraan kerana engkau sesungguhnya telah bebas dari belenggu kezaliman dunia yang bobrok menuju hak dan kebenaran yang hakiki.

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL~HISS
Presiden
SMuslim
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim



Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.