Penguam Negara Yang Keliru Dan Mengelirukan - Mahfuz Omar

11:16 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

PENGUAM NEGARA YANG KELIRU DAN MENGELIRUKAN.

1. Kenyataan Peguam Negara yang berkaitan penahanan dan pendakwaan terhadap Datuk Seri Khairudin Abu Hasan dan Matthias Chang konon untuk mengelak kekeliruan, sebenarnya dengan sendiribya mendedahkan kekeliruan beliau terhadap SOSMA dan Kanun Keseksaan. Lebih menjadi masalah bilamana beliau cuba pula untuk mengelirukan rakyat atas kekeliruan beliau tersebut.


2. Peguam Negara dalam kenyataannya berkata Khairuddin dan Matthias Chang tidak didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tetapi mereka berdua didakwa di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan.

3. Saya hairan bagaimana Peguam Negara tidak menyedari bahawa Seksyen 124L tu adalah Kesalahan Keselamatan yang tertakluk di bawah SOSMA. Betul mereka tidak didakwa di bawah SOSMA tetapi kesalahan yang didakwa itu adalah kesalahan yang berkaitan dengan SOSMA.

4. SOSMA adalah akta prosedur bagaimana untuk menyiasat dan mendakwa apa apa kesalahan yang melibatkan kesalahan keselamatan.
Mengikut Seksyen 3 SOSMA, "kesalahan keselamatan" ertinya kesalahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Jadual Pertama SOSMA menyatakan bahawa kesalahan keselamatan ialah kesalahan yang terkandung di dalam Bahagian VI dan Bahagian VIA Kanun Keseksaan.

Bahagian VI Kanun Keseksaan bermula dari Seksyen 121 sehingga Seksyen 130A. Seksyen 124L yang dituduh terhadap Khairuddin dan Matthias Chang berada di Bahagian VI Kanun Keseksaan justeru ianya tertakluk kepada SOSMA.

5. SOSMA ialah suatu Akta berkaitan prosedur bagaimana hendak menangkap, menyiasat dan membicarakan kesalahan orang-orang yang disyaki melakukan kesalahan kegiatan keganasan. SOSMA bukan Akta Kesalahan. Ianya Akta Prosedur. Kesalahan melibatkan SOSMA diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan di Bahagian VI dan VIA.

6. Justeru, saya minta Peguam Negara mohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kekeliruan beliau dan percubaan bodoh beliau untuk mengelirukan rakyat Malaysia atas isu ini. Saya juga meminta Peguam Negara membetulkan kembali kenyataan beliau dan membuat perakuan yang Khairudin dan Matthias Chang didakwa di bawah Kanun Keseksaan yang membabitkan kesalahan di bawah SOSMA atas tuduhan kononnya cuba sabotaj Perbankan Malaysia dan Sistem Kewangan Negara, dan memperakui yang Kerajaan telah menyalah guna kuasa di bawah SOSMA bagi melindungi PM Najib. Buat Tan Seri Peguam Negara cukup lah Malaysia ada seorang sahaja Dato' Ahmad Maslan.

SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
14 Okt 2015/1 Muharram 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Jangan Selepas Ini Perkasa Buat Kunjung Hormat Pemimpin Pakatan Harapan Pula - Zainulfaqar Yaacob

9:22 AM 0 Comments A+ a-



JANGAN SELEPAS INI PERKASA BUAT KUNJUNG HORMAT PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN PULA

13 Oktober 2015 | Batu Kawan

PERKASA hanya buat kunjungan hormat kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja, pada hari ini.

Itu yang Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri tegaskan, sambil menafikan PAS ada kerjasama rasmi dengan pertubuhan pelampau PERKASA, yang diketuai Datuk Ibrahim Ali.

Walaupun begitu, AMANAH perlu mencari jalan supaya tiada kunjungan hormat daripada PERKASA pula untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin utama yang lain dalam Pakatan Harapan.

Ini kerana, usaha membawa masuk PAS ke dalam koliasi Pakatan Harapan masih berlaku, sehingga kini, dan niat itu cuba dimurnikan oleh pemimpin tertentu PAS sendiri.

Rakyat pasti akan bertanya, takkan Pakatan Harapan tidak boleh menerima kunjungan hormat daripada PERKASA suatu hari nanti, selepas PAS sendiri menerima kunjungan hormat pertubuhan pelampau itu sekarang.

Barangkali selepas ini, pemimpin AMANAH sendiri pun akan ditanya, bila lagi nak terima kunjungan hormat Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sekarang ini lantang menentang Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jangan ingat rakyat tuli dalam menilai Pakatan Harapan, khususnya AMANAH.

Kalau nak mementingkan "politik kekuasaan" macam PERKASA yang mesra dengan Umno dan PAS, majoriti rakyat akan pertikai integriti politik kita.

Sempena sambutan 1 Muharam 1437H ini, saya menyeru AMANAH memperkasa "politik nilai" seperti integriti, anti kezaliman, telus dengan rakyat.

Saya berharap Pakatan Harapan fokus pada agenda mengukuhkan sokongan rakyat, termasuk mengikat perjanjian politik dengan parti-parti anti kezaliman Umno BN dari Sabah dan Sarawak.

Pada masa yang sama, jangan lupa agenda membebaskan bakal Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seterusnya ke arah usaha menyelamatkan ekonomi negara.

Semarakan kefahaman rakyat bahawa Najib adalah pemimpin yang menindas semua rakyat, dan terbaru adalah isu kenaikan tol yang nyata membebankan rakyat terbanyak.

Saya yakin Pakatan Harapan lebih berwibawa tanpa anasir politik asabiah melampau tajaan Umno serta Perkasa.

AMANAH perlu terus mempertahankan "politik nilai" yang rakyat harapkan ini.

Semoga AMANAH, khususnya di Pulau Pinang boleh menggarap lagi sokongan rakyat terbanyak kepada Pakatan Harapan atas amalan "politik nilai", bersama-sama PKR dan DAP.

AMANAH perlu menggandakan usaha saling bekerjasama dengan PKR dan DAP atas nama Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang ke arah memupuk sokongan rakyat terbanyak, dari peringkat Negeri sehinggalah peringkat Parlimen, ADUN dan komuniti setempat. In sha Allah.

Salam Hijrah!

ZAINULFAQAR YAACOB
Pengarah Komunikasi
AMANAH Pulau Pinang


Sila kongsi artikel ini...

PAS Selangor Tolak Kerjasama Dengan Perkasa.

8:17 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN AKHBAR

PAS SELANGOR TOLAK KERJASAMA DENGAN PERKASA.

PAS Selangor telah menerima penjelasan daripada PAS Pusat bahawa PAS Pusat hanya menerima kunjung hormat daripada Perkasa.


Mereka telah membincangkan 3 perkara iaitu 1MDB, SOSMA dan TPPA. Tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan oleh media.

Sehubungan itu, ingin ditegaskan di sini bahawa PAS Selangor tidak bersetuju dengan sebarang bentuk kerjasama dengan Perkasa.

Walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional dengan mereka yang menghormati prinsip-prinsip dan dasar perjuangan PAS tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman.

Seluruh tenaga rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosial perlu digembelingkan untuk berhadapan dengan penyelewengan dan salahguna kuasa Barisan Nasional.

YB Dato' Iskandar A. Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
13 Oktober 2015


Sila kongsi artikel ini...

MH 17 ditembak jatuh menggunakan Buk M - Ikan Jerung Hantu

7:50 AM 0 Comments A+ a-




Maka hasil siasatan yang dijalankan telah sahih.. MH 17 ditembak jatuh menggunakan Buk M. Serpihan missile membuktikan peluru berpandu tersebut dari stock lama.

Warhead meletup hanya 1 meter dari kokpit dan memusnahkan bahagian hadapan pesawat. Ketiga2 pilot meninggal serta merta dan pakar forensik menemui serpihan berbentuk bowtie yg mana unik bagi warhead ini.

Pihak pengeluar asal BUK M mengesahkn bahawa memang BUK M senjata yang di gunakan namun menegaskan bahawa Ukraine juga memiliki sistem ini.

Ukraine tuduh puak pemisah ada sebuah BUK M di pekan snihzne. SAM ini diakui oleh UKRAINE sebagai sam yang di rampas oleh pihak rebel pro rusia. Crash site ialah di Grabovo.

Media melaporkan menara kawalan kehilangan signal transponder di ruang udara pekan dzerzhynsk. Now sekarang.. Aku bukan saje nak persoalkan hal ni tetapi jarak antara dzerzhynsk ke snihzne adalah plus minus 90 km. Jadi persoalannya mcm mana BUK M yg berada di snihzne menembak MH 17 sedangkan jaraknya jauh di luar dari jarak jangkauan SAM Buk M? Adakah betul dakwaan rusia Ukrain deploy buk M juga di sekitar donetz?

Laporan siasatan pihak belanda tidak pulak menunjukkan siapa yang menembak dan daripada mana ia menembak

Ikan Jerung Hantu
rujukan video Belanda


Sila kongsi artikel ini...

Ujian wala Kita sebagai yang mentaati baiah dalam isu TGHH dan Ibrahim Ali - Ahmad Hakimi Othman

6:58 AM 0 Comments A+ a-



Ujian wala Kita sebagai yang mentaati baiah dalam isu TGHH dan Ibrahim Ali.

Kita mungkin ada pendapat lain dan tidak suka dengan apa yang berlaku. Tapi kita yakin dan yakin dengan kebijaksanaan TGHH dalam memilih tindakan politik untuk islam.

Aku cukup yakin walaupun apa pun hati berbisik untuk tidak bersetuju dengan yang berlaku. Alhamdulillah, Setiausaha Politik TGHH menjelaskan sebenarnya lawatan dari PERKASA.


Mereka datang ke rumah kita. Bukan kita terhegeh hegeh berjumpa dia.

Kalau sebelum ini, PERKASAlah NGO yang membentengi Najib dan baju merah sehingga timbul perkauman. Kenapa tiba tiba beralih arah melawan Najib?
Mana lagi sokongan ultra Melayu pro UMNO untuk Najib?

Tghh tidak kenal Berahim Ali?
Tghh dihina berkali kali. Semasa berahim melompat dari S46 ke Umno, Tghh pernah dihina. Malah sejarah TGHH dengan yang hina dan lawan dia begitu panjang.

Lihat peristiwa di batu 6 2005, slps kalah 2004. TGHH dan pimpinan PAS terengganu diserang bom asap pemedih mata di dalam masjid. Jahatnya umno yang mengguna jentera kerajaan.

Tetapi TGHH berpolitik bukan untuk dendam peribadi. Ada perkiraan yang lain.
yang aku nampak, dengan kunjungan Berahim Ali ini, walaupun tujuan utama berahim Ali menaikkan politik dia, tetapi ada perkiraan lain yang diambil bagi menjamin keseimbangan politik damai di Malaysia. Di saat, ada tiupan perkauman yang dimainkan NGO UMNO membela Najib dan kroninya, tindakan ini mungkin mengikat supaya kesan perkauman tidak dapat digunakan oleh mereka yang berniat jahat.

Sejarah menunjukkan, PAS sahaja yang mampu mengawal Api perkauman. Dengab kestabilan PAS, Payung orang melayu Islam supaya tidak termakan api perkauman yang ditiupkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Saat ini, walau mungkin kurang faham. Aku memilih dan mengajak kawan kawan untuk tsiqah denga ijtihad Tok Guru Presiden Tg Abdul Hadi Awang. Biarlah yang mengeji mahu mengeji, yang membenci mahu membenci, yang mahu sendiri kerana rasa diri lebih suci. Tapi untuk kita, sabar dan tsiqah ketika ini menjadikan kita ahli jemaah yang istiqamah dalam sunnah perjuangan.

Saat Nabi muhammad Saw memberi muka kepada Quraisy di Hudhaibiah, yang pernah membunuh sahabat sahabat perjuangan. Saat itu terdapat rasa kurang senang pada yang tajarrud dgn perjuangan. Namun ingat, Rasul sebagai Qiadah yang membawa nubuwwah ada hikmah di sebaliknya.
TGHH bukan Nabi, dia hanya pemimpin kita, memimpin dengan ijtihad nubuwwah. Moga turut sama juga hikmah seperti hudhaybiah.

Ahmad Hakimi Othman.
KP DPP KUALA SELANGOR.
14 oct 2015.
1.56 am


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.