Perbandingan Falsafah dan Teori Ekonomi Barat dan ISLAM. - Ahmad Hakimi

8:51 PM 0 Comments A+ a-



Perbandingan Falsafah dan Teori Ekonomi Barat dan ISLAM.

Bila difikir akan krisis ekonomi yang berlaku hari ini. Kemudiannya melihat siapa pula yang terlibat dalam permainan ekonomi dan siapa pula yang menjadi mangsa kebobrokan ekonomi. Terlintas untuk memerhati kepada perbezaan Dasar Praktikal ekonomi Islam dan Dasar dan teori falsafah ekonomi Barat. Terutama pada kenyataan kenyataan teori yang menjadi asas Politik Moden dari pemikiran Adam Smith, Karl Marx dan Juga John Maynard Keynes.


Bila difikir fikir, perbezaan asas pemikiran ekonomi antara ISLAM dan sekuler adalah dari sudut perbezaan target utama ekonomi. Sekuler dan Barat mensasarkan kepada sekumpulan kelompok dalam teori ekonomi mereka, manakala ISLAM memikirkan kepada soal keperluan secara langsung kepada individu.

Sebagai contoh, Lahirnya Kapitalisme berdasarkan buku Adam SMith yang bertajuk Wealth Of Nation, yang membincangkan bagaimana untuk mencapai untung optimum bagi Pedagang dan juga untuk melangsungkan kekayaan empayar bangsa. Selepasnya , lahir pula Karl Marx, menentang teori Adam Smith untuk memastikan pula Golongan Pekerja dan Buruh mendapat bahagian daripada pembangunan dengan mengasaskan pemikiran Politik ekonomi buruh yang menatijahkan lahirnya sosialisme dan komunisme.

Kemudian di era Great Depression 1930 an, John Maynard Keynes merumuskan pula perlunya campurtangan Kerajaan dalam ekonomi supaya melanjutkan demand, peluang pekerjaan dan seterusnya menyelamatkan syarikat syarikat besar dari bankrupt yang boleh menyebabkan kerunsingan sosial daripada kekurangan pekerjaan kerana Syarikat syarikat Utama dan juga pemain industri diambang kemusnahan. maka aliran keynesian ini akhirnya menjadi sebahagian amalan ekonomi hari ini yang terus menerus mengimbangkan demand dan supply dengan campurtangan Kerajaan.

Apa yang Beza dengan ISLAM? perlaksanaan ekonomi ISLAM terus menuju kepada individu dan perseorangan dalam setiap masyarakat bernegara. hubungan ekonomi-sosial ISlam bergerak seiring supaya tidak berlaku dominasi dan blok blok ekonomi yang menjadi pemain uatama erdagangan sehinggan negara dan rakyat terlalu bergantung kepada syarikat syarikat dan konglomerat besar untuk menghidupkan ekonomi. ISLAM tidak menggalakkan belanja lebih dari kemampuan yang ada. Maka jika diperlukan perlaburan, tidak perlu mewujudkan Bond Bond Saham yang cuba mengaut perbelanjaan masa depan untuk ditarik dalam urusan semasa.

Asas ini nampak kecil. tetapi menimbulkan kesan besar dalam pertumbuhan ekonomi Kenegaraan dan Penglibatan Konglomerat2 gergasi yang semestinya mempengaruhi ekonomi moden seperti yang terjadi hari ini.

hanya secepis fikir.


Sila kongsi artikel ini...

Isu rokok dan vape - Dr Nor Saleha Mohd Salleh Wanita ISMA

8:38 PM 0 Comments A+ a-


Kenyataan Rasmi Wanita Isma : Isu rokok dan vape





Wanita ISMA meletakkan kesejahteraan wanita, kanak-kanak, keluarga dan masyarakat sebagai agenda utama perjuangan.

Budaya merokok dan vaping yang semakin menular di sekolah dan pusat pendidikan mendatangkan kesan sosial yang ketara dari sudut budaya yang melekakan, ketagihan, pembaziran dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa. Begitu juga kaum wanita yang boleh dilihat hilang nilai kewanitaannya akibat merokok dan vaping.
Islam adalah agama yang diturunkan untuk menjaga nyawa, harta, akal, keturunan dan maruah ummat.

Sehubungan dengan itu, Wanita ISMA menolak dan membantah sebarang usaha yang mengharuskan dan menggalakkan budaya merokok dan vaping yang dilihat boleh mengancam kesihatan dan nyawa, malah membazirkan duit itu sendiri.

Budaya merokok mempunyai komplikasi kesihatan yang besar seperti penyakit barah dan penyakit paru-paru kronik obstruktif atau COPD.

Manakala vape dan e-cigarette pula, mengandungi bahan-bahan kimia seperti nikotin yang menyebabkan ketagihan dan gangguan saraf otak, serta propylene glycol dan formaldehyde yang mengganggu sistem pertahanan paru-paru.
Kesan vaping, telah dikesan melalui kajian haiwan di makmal. Walaupun kesannya ke atas manusia masih di peringkat kajian, pengaruh ini sebagai gaya hidup yang “cool” dan “trendy” telah merebak dan dikhuatiri para ibu bapa yang mengamalkan vaping mendedahkan anak anak mereka kepada pelbagai risiko, termasuk ibu-ibu mengandung yang mungkin menyangka vape lebih baik dari merokok.

Wanita ISMA menyeru pihak kerajaan mengambilkira keburukan dan kesan negatif kepada tingkah laku anak-anak dan remaja sekiranya mengharuskan penggunaan rokok dan vape, yang jauh lebih merugikan negara dari sudut ekonomi, kesihatan dan nilai syakhsiyyah masyarakat.

Wanita ISMA juga menyeru seluruh masyarakat berbilang agama dan bangsa menolak habit merokok dan vaping menjadi budaya baru dalam masyarakat Malaysia hari ini.

Dr Nor Saleha Mohd Salleh
Ketua Wanita ISMA

5 Oktober 2015


Sila kongsi artikel ini...

Integriti PAC mesti dihormati - Arul Kanda

8:36 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media oleh Arul Kanda
Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad

5 November 2015

Integriti PAC mesti dihormati

Saya merujuk kepada perintah oleh Speaker Dewan Rakyat YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia terhadap cabaran YB Tony Pua untuk berdebat dengan saya di televisyen secara langsung. Saya sangat menghormati Speaker dan kebijaksanaan beliau dalam menjaga integriti Dewan yang mulia itu dan prosiding PAC.

YB Tony Pua telah mencabar saya untuk berdebat di televisyen secara langsung pada 29 Oktober 2015. Pada hari yang sama, saya telah menerima cabaran YB Tony Pua dengan satu syarat – “Demi mengekalkan integriti siasatan PAC, dan untuk mengelakkan sebarang konflik berkepentingan, YB Tony Pua mesti meletakkan jawatan terlebih dahulu daripada PAC”. Apabila YB Tony Pua tidak mempunyai keberanian untuk melakukan perkara yang betul dan meletakkan jawatan daripada PAC, pada 31 Oktober 2015, saya telah menarik balik syarat tersebut. Saya telah menerima cabaran beliau tanpa sebarang syarat memandangkan YB Tony Pua telah membuat pelbagai dakwaan yang salah terhadap 1MDB dan saya sendiri, jadi saya mahu berdebat secara terbuka dan membetulkannya.

Sekarang YB Tony Pua telah mengesahkan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan dari PAC dan beliau tidak akan berdebat dengan saya. Beliau telah memilih untuk bersembunyi di sebalik keahliannya dalam PAC untuk lari daripada pertarungan yang beliau secara agresifnya menganggu saya untuk menerima, di mana saya telah bersetuju tanpa sebarang syarat.

Berdasarkan pengalaman lepas, saya syaki cabaran Tony Pua lebih berunsurkan politik daripada keinginannya untuk mendedahkan kebenaran. Sebagai Ahli Parlimen untuk dua penggal, sepatutnya beliau sudah arif dengan prosedur Parlimen dan tahu bahawa debat itu tidak akan berlaku.

Saya ambil tahu bahawa gabungan Tony Pua telah menawarkan Rafizi Ramli sebagai pengganti berdebat. Soalan yang paling jelas adalah mengapa tidak YB Rafizi menggantikan YB Tony Pua dalam PAC supaya Tony Pua boleh berdebat dengan saya? YB Tony Pua yang telah mencabar saya. Beliau menjadikannya sesuatu yang peribadi, dan menggunakan kata-kata mengejek seperti “saya tidak akan menumbuk beliau”, “dakwaan saya”, “memalukan saya” dan sebagainya.

YB Tony Pua yang telah mengeluarkan cabaran untuk berdebat dan saya menerimanya tanpa sebarang syarat. Tidak pernah ada sebarang soalan berkaitan debat dengan Pakatan Harapan, tetapi sekarang muncul secara tiba-tiba, dalam keadaan terdesak dan saat-saat akhir, untuk menyelamatkan YB Tony Pua daripada malu. Ini semua jelas permainan politik, di mana saya sebagai seorang professional, tidak akan ditarik bersama.

Saya menghormati YB Rafizi Ramli sebagai pencabar yang layak. Beliau adalah seorang pendebat yang baik dan penuh sifat kelelakian. Saya amat suka zaman berdebat dengan beliau semasa zaman muda kami dahulu. Walaubagaimanapun, Speaker memegang kuasa mutlak bagi semua perkara berkaitan Parlimen. Beliau telah mengeluarkan perintah ke atas tanggungjawab saya sebagai saksi PAC dan sebarang debat hanya boleh diadakan selepas pendengaran kes PAC.

Untuk 10 soalan yang didakwa akan dibangkitkan oleh YB Tony Pua semasa debat, saya dengan ini mengesahkan bahawa 1MDB akan memberi respon untuk kesemua soalan,pada masa dan dalam forum yang sesuai, termasuk pihak berkuasa yang sah seperti PAC.

1MDB menegaskan kesediaan kami untuk berdepan dengan PAC. Pada masa yang sama, saya dan kumpulan akan kekal focus dan komited untuk melaksanakan pelan rasionalisasi 1MDB.

Arul Kanda, Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan


Sila kongsi artikel ini...

Memo Bantah TPPA. Diterima oleh Pegawai Khas Menteri MITI.

8:35 PM 0 Comments A+ a-



Memo Bantah TPPA.
Diterima oleh Pegawai Khas Menteri MITI.

MEMORANDUM BANTAHAN
PEMETERAIAN PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK (TPPA)
OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

kepada

Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia.

Daripada

JAWATANKUASA BERTINDAK BANTAHAN PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK (TPPA) KONGRES RAKYAT BERSAMA 100 NGO.

25 Oktober 2015

“Ke Arah Menjamin Kedaulatan Negara dan Kebebasan Ekonomi dari Kuasa-Kuasa Asing”

Kami, sebagai ahli-ahli Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pemeteraian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dari kalangan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang bergabung dalam Kongres Rakyat ingin menyampaikan bantahan terhadap kemungkinan kerajaan Malaysia akan menandatangani perjanjian TPPA kepada Y.A.B. Perdana Menteri.

Seperti mana yang sudah sedia maklum, rundingan mengenai isi kandungan TPPA telah dimuktamadkan pada 5 Ogos 2015 di antara wakil-wakil kerajaan melibatkan Malaysia dan 11 negara anggota yang lain di Atlanta , Amerika Syarikat . Mengikut 'time plan' yang dibentangkan oleh MITI, proses perdebatan Parlimen dan kabinet membuat keputusan akan berlangsung pada Januari tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, perjanjian TPPA telah mencetuskan kontroversi dalam beberapa aspek melibatkan bukan sahaja penguasaan ekonomi dan kedaulatan negara, malah berkaitan juga dengan pencerobohan terhadap undang-undang dan dasar negara.

TPPA jelas mengambil contoh teks Perjanjian Perdagangan Bebas US (USFTA) yang pernah digunakan semasa rundingan bilateral US dengan negara-negara lain termasuklah Malaysia. 43 daripada 63 negara yang terlibat dalam rundingan teks perjanjian berkenaan telah dilaporkan menarik diri. Begitu juga perjanjian TTIP yang merupakan TPPA 'versi Eropah' juga mendapat tentangan yang hebat daripada masyarakat di sana.

Sepanjang perundingan TPPA itu , ia telah berjalan dalam penuh kerahsiaan. Pada hal dalam perundingan terhadap teks perjanjian itu yang mengandungi 29 bab itu, ia menyentuh hampir semua hal ehwal kepentingan negara dan rakyat. Perundingan yang dijalankan secara rahsia inilah yang menimbulkan kesangsian rakyat. Kenapa perkara yang sebesar ini tidak mahu dirunding secara telus?

Kami ingin mengulangi pendirian bahawa perjanjian TPPA adalah berat sebelah apabila tidak "bermula di garisan yang sama" di samping tidak menyediakan padang yang sama rata.

Antara faktor utama yang mendorong kepada bantahan ini adalah isu kedaulatan negara (national sovereignty) disebabkan klausa 'Investor-State Dispute Settlement' (ISDS) yang jelas bakal mengheret Malaysia ke lembah bahaya. Meskipun kerajaan memberikan maklum balas bahawa Malaysia sudah mempunyai 74 perjanjian perdagangan dua hala yang turut memuatkan klausa tersebut, kami menegaskan bahawa implikasinya adalah tidak sama. Risiko negara dihadapkan ke Tribunal Perdagangan Antarbangsa yang berpusat di Amerika Syarikat akan membawa implikasi yang sangat berat kepada status ekonomi dan dasar negara. Malaysia perlu mengambil iktibar kepada beberapa negara seperti Kanada yang telah dikenakan tindakan undang-undang oleh syarikat pelabur Amerika Syarikat bila didapati melanggar perjanjian perdagangan yang di meterai dengan Amerika Syarikat.

Selain itu, kemampuan syarikat-syarikat tempatan bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi luar juga menjadi faktor penting penolakan kami terhadap TPPA.

Kami meyakini peranan dan keampuhan syarikat-syarikat tempatan yang begitu banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Pihak kerajaan tidak seharusnya berkompromi dengan mendedahkan risiko syarikat tempatan ditenggelamkan oleh syarikat-syarikat multinasional (MNCs) yang mempunyai kedudukan kewangan, pengurusan dan tenaga kerja yang jauh lebih kukuh berbanding syarikat lokal di Malaysia.

Kami juga sangat prihatin terhadap isu hak harta intelek yang semakin hebat diperdebatkan oleh pelbagai pihak terutama dikalangan mahasiswa dan tenaga pengajar di bidang akademik. Kesukaran untuk mendapat akses kepada bahan kajian ilmiah dalam bidang pendidikan akan membeban mereka bagi menjalankan penyelidikan.
Kami mengesa YAB Dato Sri mengambil perhatian serius kepada pandangan yang dikemukakan Professor Jane Kesley dari Universiti Auckland. Beliau menyebutkan ; "TPPA has nothing to do with trade." Begitu juga pandangan Joseph E Stiglitz dan Adam S Harsh, tokoh ekonomi dunia yang menyebutkan "TPPA beyond just cutting tariffs and quotas, it also gives mandate changes in legal, judicial and regulatory".

Kewaspadaan dan pandangan kritikal pakar ekonomi dunia ini terhadap TPPA seharusnya diambilkira dengan serius oleh kerajaan.

Kami ingin mengingatkan bahawa penguasaan ekonomi dunia oleh Amerika Syarikat hari ini bukan sahaja kerana mahu memonopoli perdagangan dunia tetapi lebih kepada penguasaan geopolitik antarabangsa. TPPA dan pelbagai perjanjian lain yang dimeterai dengan Amerika Syarikat bertujuan mengukuhkan kepentingannya dipelbagai arena dunia.

Kami mengesa agar YAB Dato Seri tidak mengambil keputusan menandatangani TPPA. Kami menyuarakan bantahan ini bersama dengan semua Ngo yang bergabung dengan Kongres Rakyat demi memastikan masa depan dan kedaulatan negara tidak terjejas.

Hj Mohd Azmi bin Abdul Hamid
Pengerusi Kongres Rakyat.

Sekian, terima kasih

Lampiran.

Senarai NGO - NGO yang bersama Kongres Rakyat untuk turut bersetuju membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) melalui Memorundum Kongres Rakyat kepada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.

1. Angkatan Belia Cemerlang Putrajaya
2. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
3. Angkatan Warga Aman Malaysia
4. Asian Federation of Muslim Youth (AFMY)
5. Badan Kebajikan Pembangunan Insan Muslim Perak
6. Bangi Care
7. Gabungan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
8. Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (Gamis)
9. Gabungan NGO Professional Muslim Malaysia
10. Gabungan Pendidik Serdang (GPS)
11. Halwanis
12. Ikatan Ilmuwan Nasional
13. IMK
14. Jaringan Permuafakatan NGO Islam Perak
15. Kelab Kecacatan Fizikal Selangor (KKFS)
16. Kelab Profesional
17. KERABAT
18. KSPro - Kelab Siswazah Profesional
19. Langat Islamic Generation (LIG)
20. Maahad Darul Quran (MDQ)
21. Majlis Amal Hijrah Malaysia
22. Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan (MAKPEN)
23. Majlis Ketua Kampung Zon 5 (MKKZ 5)
24. Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Islam
Malaysia (MAPPIM)
25. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
26. Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan (MPPOK)
27. Majlis Professional Air dan Teknologi Hijau
28. Malaysia Youth Care Association (PRIHATIN)
29. Malaysian Indian Transformation Action Team (MITRA)
30. MAPIM Shah Alam
31. Markaz Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS)
32. MKK Jerlun
33. Momento 14
34. Muslim Care Malaysia Society
35. PERAKAN Kota Kinabalu
36. Sekretariat Anak Pahang Perantauan (SAPP)
37. Perkawati Care
38. PERKIM BTR
39. Permai Care
40. Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU)
41. Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK)
42. Persatuan Kebajikan AsSakinah
43. Persatuan Pendidikan Bushra
44. Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (BANGIKU)
45. Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Cawangan Kuala Terengganu
46. Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia
47. Persatuan Prihatin Sahabat Sabah
48. Persatuan Profesional Muda Malaysia (IPRISMA)
49. Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS)
50. Persatuan Teras Pendidikan Dan Kebajikan Melayu Malaysia
51. Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
52. Persatuan Upaya Dhuafa dan Peduli Masyarakat
53. Persatuan Usahawan Melayu Progresif Selangor
54. Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia (PERAMAH)
55. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
56. Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Sosial Islam Malaysia (PERDIM)
57. Pertubuhan Darul Muallim Selangor
58. Pertubuhan Forum Kesedaran Rakyat Negeri Selangor (FIKIR)
59. Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi)
60. Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia
61. Pertubuhan Kebajikan Amanah Prihatin Kulai Jaya (PKAP)
62. Pertubuhan Masyarakat Mampat Terengganu
63. Pertubuhan Pembangunan dan Kajian Insan Malaysia (PENGKAJI)
64. Pertubuhan Pembangunan OKU Malaysia
65. Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (GENG USTAZ)
66. Pertubuhan Prihatin Sepang
67. PUTIS
68. Rahmat Care
69. Royalti - R Kelantan
70. Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah (SMS Aisyah)
71. Selayang Care
72. Sinergi Mahasiswa
73. Sinergi Mahasiswa Islam USIM
74. Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN)
75. Tarbiyah Care
76. Tautan Rahmat
77. Wadah Permuafakatan Pertubuhan Islam Kedah
78. Wanita Dinamik
79. We Care Marang
80. Yayasan Amal Malaysia
81. Pertubuhan Maaruf Prihatin
82. Persatuan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS)
83. Pertubuhan Kebajikan Wanita Daerah Perak Tengah (PEKANITA)
84. Association of Muslimah for Nurture & Advocacy
(Pertubuhan Muslimah untuk Memupuk & Membela)(AMNA)
85. Pertubuhan Kebajikan Mawardah Parlimen Merbok
86. Tepoh Care
87. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
88. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
89. Pertubuhan Kebajikan Wanita Nurhikmah Kedah (Hikmah)
90. Pertubuhan Daie dan Ilmuan Muslim (DAIM)
91. Majlis Perundingan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS)
92. Persatuan Prihatin Pandan
93. Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat
Terengganu (Khairunnisa')
94. PERKIM Sentul Timur
95. Pertubuhan Kami Prihatin Malaysia
96. Pertubuhan Ummah Prihatin Selangor dan WP
97. PEMUDAH
98. JAPP
99. IPro UK Ireland
100. Sabah Care


Sila kongsi artikel ini...

Tiada Kerjasama Politik PAS-UMNO Di Kedah - Dr. Ahmad Fakhruddin

2:02 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media PAS Kedah

TIADA KERJASAMA POLITIK PAS-UMNO DI KEDAH

1. PAS Kedah kini telah berjaya meloloskan dari kemelut politik dalaman dan sedang berada dalam fasa membuat pecutan baharu untuk muncul sebagai parti alternatif kepada kepada rakyat setelah Umno/BN ternyata gagal dalam menjaga kepentingan rakyat.


2. Dengan itu sebarang usaha untuk ‘menangguk di air keruh’ oleh pihak tertentu ekoran secebis krisis dalaman PAS sehingga menghasilkan parti serpihan PAN (Parti Amanah Negara) kini, boleh dianggap sebagai usaha yang sudah terlambat dan sia-sia.

3. PAS Kedah tegas dan konsisten untuk tidak menjalin sebarang hubungan atau kerjasama politik dengan Umno, khususnya di tengah-tengah kegagalan parti itu menerajui pentadbiran negeri sehingga menyerlahkan pelbagai kepincangan. Tiada sebab untuk PAS 'memberi oksigen kepada Umno yang sedang kelemasan.'

4. PAS juga tidak mudah untuk melupai catatan kezaliman parti pemerintah itu sejak sekian lama. Penganjuran Program Memperingati 30 Tahun Syuhada’ Memali pada 19 dan 20 November 2015 nanti adalah antara bukti komitment PAS menolak pihak yang melakukan kezaliman.

5. Bagi PAS, kewujudan PAN di negeri ini tidak akan mengubah dasar PAS serta tidak akan memadamkan tekad untuk menumbangkan BN dalam PRU14 nanti. Apatah lagi PAN bukan parti yang kuat dan berpengaruh di Kedah. PAS sudah bersedia memikul tanggung jawab mengurustadbir negeri jika diizinkan Allah swt.

6. Berhubung cabaran Pengerusi PAN Kedah, Dato’ Dr Ismail Salleh supaya PAS mempelopori kerjasama dengan Umno di negeri ini; ianya merupakan satu strategi bersifat keanak-anakan untuk merasionalkan kewujudan parti tersebut dalam arena politik tanahair. Taktik menyebarkan kekeliruan itu juga adalah merupakan usaha terdesak PAN untuk menarik ahli PAS menyertai mereka. Saya percaya usaha PAN itu gagal kerana ahli-ahli PAS tidak akan mudah terpengaruh dengan pihak yang telah mengkhianati PAS.

7. PAS mempelawa mana-mana individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersatu bersama PAS bagi mewujudkan masyarakat madani dan negeri yang sejahtera. Justeru, tiada keperluan untuk kewujudan Majlis Ukhuwah Islamiyah Negara (MUIN) seperti yang dicadangkan oleh Presiden Perkasa Dato’ Ibrahim Ali, kononnya untuk menyatukan PAS dan Umno.

8. PAS sekali-kali tidak akan menghampakan harapan terkini rakyat untuk melihat parti yang sedang memerintah Kedah digantikan dan PAS sedang bergerak ke arah memenuhi aspirasi rakyat tersebut.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah.

23 Muharram 1437.
5 November 2015.


Sila kongsi artikel ini...

Idris Penyokong Gaji Wakil Rakyat Mesti Besar? - Husam Musa

10:53 AM 0 Comments A+ a-



Idris Penyokong Gaji Wakil Rakyat Mesti Besar?

Sinar Online menyiarkan ingatan YB Idris Ahmad kepada saya berkait kenaikan gaji MB/TMB dan Adun Kelantan.

Tak sangka beliau juga seorang yang melucukan dan sangat pro kenaikan gaji wakil rakyat.


Dasar kesederhanaan pemimpin yang dianjurkan oleh Pas nampaknya dah sirna belum sepenggal bergelar YB.

'Gaji wakil rakyat besar, senanglah rakyat' - itu logik YB Bukit Gantang.

Ya kah begitu?

Ada sesetengah wakil rakyat, pintu pagar rumahnya pada kebanyakan masa berkunci.

Bila gaji sudah naik, pintunya akan terbuka?

Berbalik isu di Kelantan, adakah 'timing' dan 'keadaan' sekarang sesuai?

Adakah semua rumah rakyat dihanyut bah sudah terbina?

YB Idris meminta saya menyemak data mengenainya.

Siapa yang perlu menyemak? Saya atau Idris?

Sebagai Ahli Parlimen, dia patut tahu laporan menunjukkan masih banyak yang belum siap.

Tunggakan guru YIK belum berbayar sejak 16 bulan.

Bayaran pencarum Kifalah juga tertunggak.

Peserta Ladang Rakyat belum menerima dividen. Dikhabarkan, mereka akan dibayar setakat sepuluh bulan sahaja bagi tahun ini.

Masih ada masa gaji Adun disemak. Bukan tak boleh semak.

Bulan Mac depan, Dun Kelantan akan bersidang lagi.

Saya percaya, masa itu sebahagian besar isu yang saya bangkitkan di atas telah diselesaikan.

Lima bulan sahaja untuk bersabar berbanding sudah sepuluh bulan lebih rakyat dilanda bah menunggu.

Itulah pengorbanan, kalau pun hendak dikira sebagai berkorban.

Dengan itu, imej pejuang Islam di mata rakyat tidak rosak.

Kewajipan langsung kerajaan kepada rakyat, seingat saya Pas mengajarnya, lebih utama untuk diutamakan.

Sudah selesai kewajipan langsung yang lebih utama, jika kemampuan kewangan mengizinkan, tidak ada salahnya keperluan terkini wakil rakyat disemak.

Mempertimbangkan 'timing' dan 'keadaan semasa' akan membolehkan wakil rakyat dipilih semula dan menikmati elaun yang telah dibesarkan itu. Jika tidak, mereka hanya akan menerima pencen saja....

Husam Musa
23 Muharam 1437
5 November 2015


Sila kongsi artikel ini...

ABIM Failkan Semakan Kehakiman Tuntut Kerajaan Hentikan TPPA

2:58 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
ABIM FAILKAN SEMAKAN KEHAKIMAN TUNTUT KERAJAAN HENTIKAN TPPA
4 NOVEMBER 2015/ 22 MUHARRAM 1437 H

Pada hari ini, 4 November 2015, bertempat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menfailkan permohonan Semakan Kehakiman terhadap Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri & Kerajaan Malaysia sebagai Responden mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di antara Malaysia, Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Amerika Syarikat.

Permohonan Semakan Kehakiman ini dibuat kerana kami menilai bahawa TPPA akan merosakkan struktur asas Perlembagaan Persekutuan, serta merendahkan sistem perundangan dan kehakiman negara seterusnya menggugat kedaulatan negara. Selaku pertubuhan yang berperanan untuk mengetengahkan Islam sebagai teras utama tatacara politik, ekonomi serta sosial, ABIM menilai TPPA akan mencemarkan peruntukkan istimewa yang merujuk kepada kedudukan Islam sebagai agama utama persekutuan yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, TPPA juga dicermati akan menggugat struktur asas utama dalam Perlembagaan Persekutuan seperti hak-hak Keistimewaan Orang Melayu dan orang-orang asal Sabah dan Sarawak (Perkara 153), bahasa kebangsaan (Perkara 152), dan tanah rizab Melayu (Perkara 9) dan beberapa peruntukan serta polisi perundangan lain yang menyentuh garis panduan pemuliharaan alam sekitar, penjagaan hak-hak pekerja dan buruh, serta hal-hal berkaitan keselamatan dan kesihatan awam sekiranya didapati tindakan berasaskan Perlembagaan Persekutuan tersebut menyebabkan kerugian terhadap sesebuah syarikat asing di Malaysia.

Sebagai contoh; menerusi pembentukan Investor-State Dispute Settlement (ISDS) selaku mekanisme timbang tara menjamin kelancaran TPPA, responden-responden berkemungkinan menghadapi tindakan undang-undang sekiranya mereka menguatkuasakan atau melaksanakan kewajipan berkenaan peruntukan yang menjadi sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

Dalam erti kata lain, pembentukkan ISDS yang terdapat dalam perjanjian TPPA akan memberikan hak dan kedudukan yang istimewa kepada para pelabur seterusnya peruntukan ini mendedahkan pihak-pihak responden kepada pelbagai kemungkinan tindakan undang-undang daripada pihak pelabur.

Sekiranya ini berlaku ia mengganggu gugat kedaulatan negara di mana asas-asas utama kenegaraan sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan akan dicabar bagi menyesuaikannya dengan kehendak para pelabur.

Justeru, kami percaya menerusi TPPA, kepentingan pelabur asing akan mendahului ketinggian Perlembagaan Persekutuan dan sistem perundangan negara memandangkan setiap polisi dan perundangan yang ingin dikuatkuasakan Responden demi menjaga kepentingan rakyat akan terhalang.

Permohonan ini juga dibuat kerana kami bimbang bahawa perjanjian TPPA ini boleh disimpulkan tanpa persetujuan Parlimen dan tanpa isi kandungan TPPA didedahkan kepada umum. Natijahnya, TPPA ini secara rasmi “akan” dianggap sah dan diterima kerajaan Malaysia. Atas dasar ini, permohonan semakan kehakiman difailkan atas perkara-perkara seperti berikut:-

1. Pihak kami memohon satu perintah mandamus bagi mewajibkan Responden-responden untuk dengan serta-merta menzahirkan dan mendedahkan teks Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (“Perjanjian TPPA”) dan menyerahkannya kepada kami dan rakyat secara umum;

2. Pihak kami memohon satu perintah mandamus bagi mewajibkan Responden-responden untuk dengan serta-merta menzahirkan dan mendedahkan segala dokumen yang berkaitan proses rundingan Perjanjian TPPA dari peringkat permulaan sehinggalah Perjanjian TPPA dilaporkan disimpulkan termasuk semua set analisis penuh kos dan faedah menandatangani Perjanjian TPPA;
3. Pihak kami memohon satu deklarasi bahawa menandatangani Perjanjian TPPA adalah suatu tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan;

4. Pihak kami memohon Mahkamah Tinggi mengeluarkan suatu perintah larangan (prohibition) bagi melarang Responden Pertama, Kedua dan Ketiga sama ada melalui dirinya sendiri atau agennya atau wakilnya daripada menandatangani Perjanjian TPPA;

5. Pihak kami memohon satu perintah penggantungan terhadap Responden dari meneruskan dengan proses menandatangani Perjanjian TPPA tersebut sehingga Semakan Kehakiman ini didengar di atas meritnya dan diputuskan oleh Mahkamah Yang Mulia.

MOHAMAD RAIMI AB RAHIM
PRESIDEN
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


Sila kongsi artikel ini...

Jumlah Aliran Dana Asing

2:56 AM 0 Comments A+ a-

Jumlah Aliran Dana Asing

Tarikh : 3 Nov 2015
Hari : Selasa

Tuan Hj Nasrudin bin Hassan [TEMERLOH] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah dana asing yang mengalir keluar dari negara ini ekoran daripada penjualan saham-saham oleh pelabur antarabangsa sejak April hingga September 2015.

JAWAPAN

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam tempoh separuh pertama 2015, negara telah mencatat aliran keluar wang bersih dalam akaun kewangan sebanyak RM27.4 bilion.

Jumlah ini adalah kurang berbanding aliran keluar wang sebanyak RM32.4 bilion yang dicatatkan dalam tempoh separuh kedua 2014.

Daripada jumlah ini, pelaburan portfolio yang merupakan urusniaga antarabangsa dalam sekuriti ekuiti (seperti saham) dan sekuriti hutang (seperti bon, sukuk) mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM19.6 bilion atau USD5.4 bilion bagi tempoh 6 bulan pertama 2015.

Angka ini adalah lebih rendah berbanding RM31.5 bilion yang dicatat dalam tempoh yang sama tahun lalu. Ini menunjukkan keyakinan pelabur asing kekal positif dan mereka terus mempelbagaikan aset kewangan dalam negeri untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai perbandingan aliran keluar bersih negara sebanyak USD5.4 bilion bagi tempoh 6 bulan pertama 2015 ini jauh lebih rendah berbanding aliran keluar bersih pelaburan portfolio di negara Singapura (USD21.9 bilion) tetapi selari dengan Thailand sebanyak USD5.1 bilion.

3. Sungguhpun terdapat aliran keluar dalam pelaburan portfolio, namun begitu negara terus mencatat aliran masuk pelaburan asing terutamanya berikutan asas makro ekonomi yang kukuh seperti kadar pengangguran yang rendah, tabungan negara yang tinggi, rizab antarabangsa yang mencukupi dan hutang kerajaan yang terkawal.

Kerajaan senantiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran kompetitif serta mesra perniagaan yang seterusnya akan menaikkan sentimen pasaran dan pelabur.

Salah satu inisiatif kerajaan termasuklah menggesa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bagi mengkaji semula pelan pelaburan dan pembelian aset di luar negeri agar melabur semula pendapatan dalam negara.

Disamping itu, dalam usaha melindungi pelabur daripada kesan turun naik (volatility) mata wang ringgit, Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau secara terperinci jumlah dan jenis aliran keluar sama ada oleh pemastautin dan juga bukan pemastautin.

Sekian.


Sila kongsi artikel ini...

Pengaruh vape di Malaysia - Muhamad Zulkhairie

12:12 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Rasmi.
5 Nov 2015.

Pengaruh vape di Malaysia.

Hari ini secara rasminya harga cukai tembakau yang dikenakan ke atas rokok di Malaysia telah meningkat sehinggakan menjangkau ke paras harga yang sangat tidak munasabah dan yang tertinggi didalam sejarah Malaysia. Harga sekotak rokok berjenama Dunhill telah mencecah sehingga RM 17.00 bagi 20 batang. Ini sekaligus jelas membuktikan bahawa wujudnya diskriminasi keatas perokok-perokok tegar yang ada di Malaysia.

Berbeza dengan negara jiran iaitu Singapura. Harga sekotak Dunhill pada tahun 2009 adalah Sgd 12.30 manakala harga pada 2015 adalah Sgd 13.00. Menunjukkan kenaikan sebanyak Sgd 0.70 sen sepanjang enam tahun. Ini sekaligus menyangkal dakwaan kerajaan bahawa jualan tembakau dunia menjunam teruk hingga mengakibatkan berlaku kenaikan mendadak pada harga rokok Malaysia.

Oleh yang demikian, ramai rakyat Malaysia di pelbagai peringkat umur telah beralih kepada alternatif baru iaitu E-cig atau lebih popular dikenali sebagai vape. Vape telah dibuktikan oleh sebuah kajian di negara maju United Kingdom bahawa ianya terbukti jauh lebih selamat berbanding rokok bertembakau dan rakyat Britain yang merokok disarankan supaya beralih ke arah rokok elektronik ini.

Lebih menggembirakan lagi adalah fenomena vape di Malaysia telah membuka banyak peluang perniagaan kepada anak muda bumiputra menceburi perniagaan melibatkan vape dan perkakasannya. Ada juga anak-anak muda Malaysia yang telah menunjukkan kepakaran dalam menghasilkan flavor atau perasa tersendiri yang mempunyai rasa asli Malaysia dan ini diiktiraf di program karnival vape peringkat antarabangsa yang dianjurkan di China baru-baru ini.

Namun demikian. Mutakhir ini jelas menunjukkan bahawa vape yang popular di kalangan anak-anak muda Malaysia jelas tidak disenangi oleh pihak2 tertentu sehinggakan wujudnya ugutan yang dikeluarkan berbunyi 'setiap perasa memiliki nikotin akan dirampas kerana rakyat Malaysia seharusnya menghirup udara segar dan bukannya vape'. Selaku seorang pengguna vape dan selaku anak muda Malaysia, ingin saya ajukan soalan kepada doktor tersebut. Dimanakah rasionalnya kenyataannya itu berkaitan udara segar sedangkan baru seminggu yang lepas kerajaan Malaysia gagal menangani jerebu teruk yang melanda Malaysia. Jerebu telah pun menjadi upacara tahunan wajib bagi kita dan doktor masih ingin menegaskan rakyat Malaysia berhak menghirup udara segar?

Selain itu, tindakan kerajaan yang telah pun mula bertindak menyerbu dan merampas barangan vape di kedai-kedai berdaftar di Malaysia jelas menunjukkan kerajaan serius cuba melancarkan perang ke atas komuniti vape di Malaysia. Kami di Solidariti Anak Muda Malaysia mengecam tindakan oleh kerajaan ini yang ternyata telah melanggar hak asasi rakyat. Kedai telah diserbu dan barangan dirampas ibarat melakukan kesalahan jenayah berat sedangkan kesemua peniaga itu mempunyai lesen perniagaan yang sah dan di tapak perniagaan yang sah.

Ini sekaligus jelas membuktikan bahawa kerajaan Malaysia memang telah bertindak menekan rakyat sehinggakan menentang sepenuhnya alternatif lain rakyat yang menyahut seruan kerajaan bagi berhenti merokok.

Muhamad Zulkhairie Bin Dzulcaply.
Solidariti Anak Muda Malaysia
blackparade505@gmail.com


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.