Nilai Ringgit: Bila kerajaan akan mula bimbang? - Tuan Ibrahim Tuan Man

10:20 PM 0 Comments A+ a-



Nilai Ringgit: Bila kerajaan akan mula bimbang?

Ringgit sudah mencecah RM4.30+ kepada USD1. Rakyat yang perlu ke luar negara, membiayai pelajaran anak di luar negara, menunaikan haji, terlibat dengan bisnes yang memerlukan import dan pelbagai lagi sudahpun terasa gelisah.

Solusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menampilkan kabinet yang lebih kuat dan bersatu untuk memacu pentadbiran negara dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal langsung tidak berkesan menstabilkan keadaan ekonomi dan juga keyakinan pelabur.


Dalam masa 41 hari semenjak Muhyiddin dipecat, nilai Ringgit bagaikan jatuh di atas gelunsur - susut 13% dari RM3.814 pada 28 Julai 2015 ke RM4.303 (7 Ogos 2015).

Apakah perlu Ringgit mencapai nilai RM4.5 atau RM5 barulah kerajaan akan memberi perhatian? Manakala pada waktu ini, para ahli kabinet terus kesibukan dengan tugas-tugas seperti mencari alamat betul bagi menghantar bil DBKL kepada penganjur perhimpunan Bersih 4, menyaksikan isteri bermain badminton, membuat spekulasi akan siapa yang bakal dipecat daripada Umno dan juga mengheret mereka yang terlibat dengan perhimpunan aman ke mahkamah. Ada pula media yang cuba mensensasikan cerita konspirasi Justo bagi mengalih perhatian daripada kejatuhan nilai Ringgit yang kronik.

Dengan Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang sibuk menyelamatkan kareer politik, Timbalan Perdana Menteri yang sibuk mempertahankan Najib, ada sesiapa yang sedang mentadbir negara ini?

Apakah sudah ada strategi untuk menstabilkan Ringgit? Apakah sudah ada perancangan bagi mengurangkan kesan inflasi kepada rakyat? Bolehkah GST disifarkan? Apakah Najib dan pasukannya ada masa memikirkan semua ini selain cuba memperbaiki imejnya yang umpama kerja membalut kertas dengan api?

Apakah ada penghujung kepada kejatuhan Ringgit? Ya Allah, selamatkan negara ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
8 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Percubaan untuk mengaitkan Pembangkang Dengan Justo adalah Percubaan Jahat - Nurul Izzah

9:39 PM 0 Comments A+ a-



Percubaan untuk mengaitkan Pembangkang Dengan Justo adalah Percubaan Jahat Untuk Mengalihkan Tumpuan Daripada Persoalan Yang Wajib Dijawab Oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak berkenaan 1MDB dan “Derma” RM2.6 Billion.

Tajuk utama New Straits Times hari ini, “Justo: Nurul Izzah Wanted Stolen Data” adalah merupakan cubaan terdesak daripada media kawalan Barisan Nasional untuk mengalihkan tumpuan daripada isu utama, iaitu 1MDB yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.


Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menawarkan US$2 juta kepada Justo dalam bentuk kontrak kerajaan sekiranya Parti Pembangkang memegang kuasa. Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau.

Hari ini NST dan Berita Harian telah menjadikan pembohongan ini sebagai tajuk utama, tanpa mengendahkan sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut. Saya dengan ini telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap NST dan Berita Harian.

Persoalan yang utama bukanlah mengenai dokumen yang dicuri oleh Xavier Justo. Tetapi yang penting adalah mengenai kandungan dokumen tersebut, termasuk laporan-laporan oleh Wall Street Journal, Sarawak Report dan The Edge berkenaan rasuah besar, pengubahan wang haram, penyelewengan dan dakwaan rasuah pilihan raya, yang dikaitkan dengan 1MDB.

Persoalan 1: 1MDB telah membuat pinjaman sebanyak RM42 billion yang dijamin oleh kerajaan Malaysia. Apakah yang telah dilakukan oleh 1MDB menggunakan wang ini?

Persoalan 2: Bagaimanakah lebih daripada US$1 billion kepunyaan usahasama PetroSaudi-1MDB berakhir dalam akaun yang dikawal oleh syarikat kepunyaan Jho Low?

Persoalan 3: Rm2.6 billion ringgit telah didepositkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Adakah ianya benar-benar dari penderma Timur Tengah, ataupun ianya merupakan wang 1MDB?


Penyata akaun kepunyaan Datuk Seri Najib Tun Razak, dan aliran wang 1MDB boleh menjawab kesemua persoalan-persoalan ini. Inilah sebab utama PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) dan pemimpin pembangkang yang lain termasuk saya sendiri telah memohon kepada mahkamah dalam saman sivil kami berkenaan pendedahan dokumen berkaitan dan yang menyusul daripada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan dan 1MDB.

Kami menuntut agar akaun bank Datuk Seri Najib didedahkan, terutamanya kerana ianya “mengandungi elemen rasuah besar”[1]; daripada bank-bank berikut -

(ii) AmIslamic Bank Berhad (“AmIslamic”);(iii) Affin Islamic Bank Berhad (“Affin Islamic”); dan

(iiii) Goldman Sachs (Malaysia) Sdn. Bhd(“Goldman Sachs”).

Ini merupakan persoalan dan isu sebenar yang patut dijawab oleh Perdana Menteri. Beliau patut menghentikan penggunaan media kawalan BN dan kenyataan Xavier Justo untuk mengalihkan tumpuan daripada salahlaku beliau sendiri.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden dan Pengarah JPRP KEADILAN


Sila kongsi artikel ini...

Wan Azizah bertemu Mohamad Sabu untuk membincangkan pembentukan pakatan pembangkang baru - Pejabat Presiden KEADILAN

7:01 PM 0 Comments A+ a-



Pejabat Presiden
Parti Keadilan Rakyat
8 September 2015

Wan Azizah bertemu Mohamad Sabu untuk membincangkan pembentukan pakatan pembangkang baru


Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah bertemu dengan Mohamad Sabu, pemimpin Parti Amanah Negara dalam satu mesyuarat tertutup pada hari ini.

“Kami mengadakan mesyuarat yang berhasil untuk membincangkan hala tuju yang sama dan prinsip kedua-dua pihak. Saya amat berbesar hati mengalu-alukan Parti Amanah Nasional sebagai parti pembangkang baru."

Dato’ Seri Dr Wan Azizah menekankan perlunya pihak pembangkang yang kuat dan bersatu padu untuk mencabar Barisan Nasional dalam isu-isu semasa dan dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Krisis keyakinan yang melanda Malaysia hari ini menuntut alternatif kepada kerajaan BN. Saya yakin bahawa pakatan pembangkang baru akan menjadi lebih kuat dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk melawan rasuah dan salah urus ekonomi pentadbiran Najib."

"Kami mencapai banyak kemajuan ke arah pembentukan pakatan pembangkang yang baru, dan saya akan bertemu dengan pimpinan PAS dan DAP dalam tempoh seminggu akan datang untuk membincangkan yang sama”, kata presiden KEADILAN itu.

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Pejabat Presiden, Parti Keadilan Rakyat

Office of the President

Parti Keadilan Rakyat

8 September 2015

Wan Azizah meets Mohamad Sabu to discuss formation of new opposition coalition

KEADILAN president, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, has met Mohamad Sabu, pro-tem leader of Parti Amanah Negara in a closed door meeting today.

“We had a fruitful meeting to discuss the common direction and guiding principles of both parties. I am pleased to welcome Parti Amanah Nasional to the opposition.”

Dato’ Seri Dr Wan Azizah impressed the need for a strong and united opposition in a one to one fight against Barisan Nasional on current issues and in the next general election.

“The confidence crisis plaguing Malaysia today demands a credible alternative to the BN government. I believe that the new opposition coalition will be stronger and better positioned to challenge the corruption and mismanagement of the economy perpetuated by the Najib administration.”

“We are in the right direction towards formalising the new coalition, and I will be meeting with the leadership of PAS and DAP in the next one week to discuss the same”, said the KEADILAN chief.

This media release is issued by the Office of the President, Parti Keadilan Rakyat


Sila kongsi artikel ini...

Wujudkan Pembantu Guru - Ustaz Idris Ahmad

6:27 PM 0 Comments A+ a-



Wujudkan Pembantu Guru

Ustaz Idris Hj Ahmad
Naib Presiden
8/9/15


Kementerian Pendidikan perlu mewujudkan juga Pembantu Guru bukan sahaja Warden asrama seperti yang di cadangkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadhir Khalid. Pembantu guru bertujuan untuk meringankan bebanan guru-guru, . Dengan ini guru-guru hanya akan menumpukan Pembelajaran dan Pengajaran sahaja. Guru juga boleh menumpukan pembangunan syaksiah pelajar apabila mereka mempunyai pembantu guru untuk menyelesaikan kerja-kerja perkeranian seperti memasuki data dan markah pelajar. Guru mesti dielakkan daripada dibeban dengan kerja-kerja yang tidak ada kaitan dengan P&P seperti menghantar murid ke hospital, menjaga lalu lintas, membawa pelajar ke petandingan antara sekolah-sekolah, memungut yuran kelas, PIBG dan lain-lain tugas yang menganggu tugas sebagai seorang pendidik.

Pembantu guru boleh diambil daripada mereka yang mempunyai kelulusan SPM sahaja. Misalnya setiap 10 orang guru ada seorang pembantu guru. Saya pernah cadang di dalam Parlimen tentang perkara ini, tetapi dijawab oleh Menteri, cadangan ini baik, malangnya masalah kewangan menjadi halangan. Kita mengharapkan supaya Kementerian kena peka kepada perkara ini. Biarlah guru merasa tenang dan gembira apabila hadir ke sekolah kesannya akan diperolehi oleh murid kerana guru dapat memberi tumpuan kepada mereka.


Sila kongsi artikel ini...

AMANAH NEGARA Ulangi Pendirian Sedia Berkerjasama Dengan Semua Pihak Tumbangkan BN

6:06 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

AMANAH NEGARA ULANGI PENDIRIAN SEDIA BERKERJASAMA DENGAN SEMUA PIHAK TUMBANGKAN BN

www.harapanbaru.net


1. Sejak daripada awal penubuhan Gerakan Harapan Baru, saya telah menyatakan sikap kami bahawa sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada parti politik, NGO's atau mana-mana individu yang meletakkan matlamat menyelamatkan Malaysia dan masa depan rakyat dan negara.

2. Saya ingin menegaskan bahawa pendirian itu tidak pernah berubah sekalipun kami kini bergerak atas nama Parti Amanah Negara (Amanah Negara) yang akan dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini.

3. Amanah Negara komited untuk meneruskan kesinambungan perjuangan rakyat bersama semua parti-parti politik pembangkang melalui muafakat politik baru, Pakatan Rakyat 2.0 yang akan diwujudkan nanti, dalam usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional.

4. Sebagai sebuah parti politik Islam yang mengangkat nilai inklusif, tentunya Amanah Negara terbuka untuk berunding termasuk dengan PAS, atau mana-mana pihak lain, jika wujudnya keperluan itu.

5. Bagi Amanah Negara, jiwa besar kami adalah mahu mengembeling semua pihak, agar negara ini dapat diselamatkan daripada segala kebejatan yang berlaku akibat tindakan rakus dan salah urus kerjaan Barisan Nasional.

Amanah. Progresif. Peduli.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Pengerusi
Parti Amanah Negara
8 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Tahniah Ainina Walau Dipecat UMNO,Keberanian Mu Umpama Mahsuri - Mahfuz Omar

12:31 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

TAHNIAH AININA WALAU DIPECAT UMNO,KEBERANIAN MU UMPAMA MAHSURI.

1. Tahniah Puan Ainina atas keberanian bertutur benar kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia yang berkuasa.Selepas 58 tahun merdeka Malaysia berjaya melahirkan seorang srikandi baru dari pulau lagenda Mahsuri Langkawi yang punya keberanian sehingga sanggup hilang kedudukan dalam parti pemerintah.


2. Pemecatan keahlian Umno keatas Ainina hanya kerana Ainina menyaman Presiden Parti ke mahkamah untuk meminta Presiden Umno yang juga PM menjelaskan secara terperinci tentang derma politik untuk Umno RM2.67 bilion yang dimasukkan kedalam akaun peribadi beliau. Inilah dia rupa perlembagaan Parti yang tidak demokratik sehingga ahli parti tidak dapat membersihkan parti dari salah guna kuasa yang merosakkan dan menghakiskan kepercayaan rakyat pada parti Umno.Pemecatan Ainina adalah salah guna kuasa perlembagaan untuk melindungi jenayah Presiden Umno.

3.Tidak wajar peruntukan perlembagaan diguna dalam kes ini keatas Ainina.Apa yang dilakukan Ainina sepatutnya dilihat Untuk kebaikan Umno.Tindakan Ainina setelah usaha mendesak Najib memberi penjelasan isu derma politk untuk Umno Rm2.67 bilion dalam akaun peribadi Najib tidak berkesan. Hingga kini Najib buat pekak badak saja. Apa lagi yang boleh dilakukan bagi seseorang ahli parti yang sayangkan Umno seperti Ainina.

4. Tahniah Ainina.Keberanian anda berdepan dengan Najib yang berkuasa umpama mengalirnya darah Mahsuri dalam tubuh anda.Teruskan perjuangan kebenaran ini walaupun tanpa Umno disisi mu. Rakyat Malaysia khususnya penduduk negeri Kedah yang berpayung Dibawah Duli Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah berbangga memiliki wanita seperti anda yang menjadi Serikandi Bangsa untuk menegakan kebenaran dan keadilan untuk semua. Ayuh kami hulurkan salam perjuangan untuk kita bersama menentang salah guna kuasa dan ketamakan harta.

BERSAMA MENYELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.

Dato' Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
8 Sept 2015/24 Zulkaedah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

TTPA: Bentang 'Cost Benefit Analysys' (CBA) di Dewan Rakyat - Nik Abduh

11:09 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia
24 Zulkaedah 1436/8 September 2015

TPPA : BENTANG 'COST BENEFIT ANALYSIS' (CBA) DI DEWAN RAKYAT


Oleh : Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Ahli Parlimen Pasir Mas

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memerhati dengan teliti perkembangan isu perjanjian perkongsian TPP melibatkan 12 negara anggota termasuk kuasa-kuasa dunia seperti AS dan Jepun. Difahamkan segala proses rundingan telah berakhir pada Ogos yang lalu di Hawai.

2. Kini, fasa yang tinggal hanyalah fasa menandatangani perjanjian tersebut yang dijangka akan dimeterai pada penghujung Oktober depan. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang mewakili Kerajaan dalam rundingan tersebut menjelaskan rundingan negara anggota telah pun mencapai kata putus dan hanya menunggu masa untuk ditandatangani sebelum ia dikuatkuasakan.

3. Memandangkan perjanjian perdagangan TPP ini lebih bersifat kontroversi berbanding perjanjian hubungan perdagangan dua hala Malaysia dengan negara-negara luar, maka tindakan membentangkan draft rundingan tersebut ke dalam Dewan Rakyat merupakan sesuatu yang mustahak.

4. DPPM mendesak agar pihak Kerajaan melakukan 'Cost Benefit Analysis' (CBA) ke atas TPP supaya ahli Dewan Rakyat dapat melakukan penilaian yang lebih terperinci terhadap baik buruk kesan perjanjian ini terhadap kepentingan rakyat dan negara. Laporan CBA yang tergantung sejak pertengahan 2014 ini seharusnya menjadi agenda utama sidang Dewan Rakyat Oktober depan.

5. DPPM juga ingin sekali menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi terhadap apa jua tindakan mahupun polisi yang boleh memberikan risiko kepada kedaulatan negara dan hak bumiputra di samping menjaga kepentingan rakyat marhaen yang merupakan 'stakeholders' kepada negara.

Sekian, terima kasih.


Sila kongsi artikel ini...

YB Raja Kamarul Bahrin Cabar Pesuruhjaya PAS Terengganu Bentang Prestasi Ahli2 Parlimen PAS Terengganu Sebelum Desak Letak Jawatan

10:07 AM 0 Comments A+ a-



YB RAJA KAMARUL BAHRIN CABAR PESURUHJAYA PAS TERENGGANU BENTANG PRESTASI AHLI2 PARLIMEN PAS TERENGGANU SEBELUM DESAK LETAK JAWATAN

Saya mohon pesuruhjaya PAS Terengganu terlebih dahulu menyiasat perkara di bawah kerana kesemua ahli parlimen, yang bersidang hanya tiga kali setahun, dibayar gaji serta elaun untuk berkhidmat untuk rakyat. Saya menuntut pesuruhjaya PAS Terengganu membentang rekod rasmi aktiviti ahli parlimen PAS dari Terengganu, termasuk juga saya, seperti di bawah:


(i) Kehadiran harian termasuk beberapa jam sehari setiap sesi oleh ahli parlimen Terengganu sejak PRU13 dari rekod kedatangan rasmi Parlimen sendiri.

(ii) Kekerapan bilangan ucapan serta isu yang dibawa oleh ahli parlimen PAS Terengganu dalam Dewan.

(iii) Apakah prestasi sidang akhbar isu Rakyat setiap ahli parlimen Terengganu melalui kemudahan yang disediakan di Parlimen untuk mereka keluaran akhbar dan media alternatif – sosial.

(iv) Adakah ahli parlimen Terengganu terlibat dalam aktiviti melibatkan imbuhan berbayar lain semasa waktu sesi parlimen sedang berjalan dari jam 10 pagi hingga tamat sesi malam memandangkan mereka dibayar gaji khidmat Parlimen.

(v) Rekod kehadiran ahli parlimen Terengganu di Mesyuarat Pengurusan Mingguan Ahli Parlimen PAS di Pejabat Pembangkang Tingkat 14 Parlimen yang dipanggil oleh Ketua “whip” PAS Dato’ Mahfuz Omar.

Setelah pesuruhjaya membentang prestasi dan kehadiran setiap Ahli Parlimen Terengganu barulah beliau dan rakyat – pengundi boleh membuat penilaian siapakah sebenarnya yang patut meletak jawatan sebagai ahli parlimen.

Saya mohon fakta ini diperjelaskan dahulu 14 hari dari sekarang. Biarlah hukuman yang hendak di jatuhkan berasas pada fakta di atas.

Saya juga mohon pesuruhjaya menjelaskan kenapa tiada ahli parlimen dari Terengganu yang berlatar belakang agama mengambil bahagian berucap pada 18 Jun 2015 hari akhir sesi parlimen.

Pada waktu itu, Datuk Mahfuz Omar menimbulkan kegagalan kerajaan dan parlimen sekali lagi membentang Akta Pindaan Enakmen Syariah Kelantan 355 Hudud di Parlimen.

Kenapa mereka yang sepatutnya lebih arif dalam isu ini memilih berdiam diri di parlimen dalam isu yang selama ini digegarkan di kawasan masing-masing.

Saya memberi 14 hari dari tarikh ini untuk pesuruhjaya PAS Terengganu membentang kepada rakyat rekod ahli parlimen Terengganu. Biarlah rakyat jelata mengetahui fakta sebenar prestasi ahli parlimen mereka sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman. Sesungguhnya Islam menuntut pertimbangan fakta-fakta yang benar untuk proses keadilan sebelum menjatuhkan hukuman.

Kesemua pengundi termasuk ahli biasa PAS berhak mengetahui prestasi sebenar wakil rakyat mereka di Parlimen.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD
MP Kuala Terengganu
7 Sept 2015


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.