Mesej mengenai GHB itu adalah BUKAN mengenai DIRI SAYA - Dr Halimah

7:36 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan YB Dr Halimah Ali
ADUN PAS DUN Selat Klang

Al-Fatihah : -
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dalam kesibukan menyambung silaturahim di kalangan ahli keluarga sempena lebaran Syawal 1436H, saya dihujani mesej persoalan sensasi meminta saya mengesahkan samada benar atau tidak mesej yang telah diviralkan.

Saya selaku orang yang berpegang pada prinsip, kalkulatif yakni berhati hati dalam segala pertimbangan, menghargai kepercayaan pengundi PRU-13 dengan ini menegaskan mesej mengenai GHB itu adalah BUKAN mengenai DIRI SAYA.

Sekian, harap maklum.

YB Dr Halimah Ali
Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

2 Syawal 1436H / 18 Julai 2015M
Sabtu


Sila kongsi artikel ini...

“PAS Terus Relevan” - Mohd Khalil Abdul Hadi

2:43 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA




MOHD KHALIL ABDUL HADI

TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA



3 Syawal 1436 | 19 Julai 2015

“PAS TERUS RELEVAN”

_____________________

Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan oleh penggerak utama GHB, tidak ada satu sebab kukuh pun justifikasi penubuhan parti politik Harapan Baru (GHB) melainkan hanya kerana kecewa dengan keputusan pemilihan Muktamar PAS yang lalu.

Mereka mendakwa PAS tidak inklusif, cenderung untuk bergabung dengan UMNO, konservatif dan tidak relevan dengan arus politik semasa. Namun, semua tuduhan tersebut meleset dan mengelirukan. Malah, mereka dan DAP telah menganggap PAS sebagai seteru politik yang baharu.

Tindakan tersebut hanya mengundang konflik dan memberikan kekuatan baru kepada Barisan Nasional. Krisis yang timbul boleh diurus dengan baik sekiranya kita kukuh bersatu dan memberikan kepercayaan penuh di bawah kepimpinan sedia ada.

Sebaliknya, mereka cenderung untuk membawa agenda tersendiri. Ini dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada PAS. Malah, sebahagian penggerak utama GHB masih lagi merupakan Ahli Parlimen dan ADUN yang mewakili PAS. Apakah pendirian mereka terhadap status tersebut?

Atas faktor itu juga, DPPM menyokong kenyataan Timbalan Mursyidul Am kelmarin dan kami bersedia untuk bersaing dengan calon-calon mereka dalam PRU Ke-14 nanti. Jentera pemuda sentiasa diingatkan untuk bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkinan yang akan datang.

DPPM yakin PAS masih terus relevan. Malah, parti ini telah mengalami fasa evolusi yang ketara sesuai dengan realiti semasa tanpa menggadaikan prinsip perjuangannya. Seluruh pemuda mesti terus beristiqamah hingga menggapai kemenangan sebenar.

Sekian, terima kasih.


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.