Perhimpunan Merah: Rakyat Diminta Bertenang dan Jangan Beri Reaksi - Tuan brahim Tuan Man

10:30 PM 0 Comments A+ a-

Perhimpunan merah: Rakyat diminta bertenang dan jangan beri reaksi

Rakyat Malaysia diminta bertenang dan jangan memberi sebarang reaksi kepada Perhimpunan Baju Merah yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

Anda akan termasuk perangkap jika anda menyebarkan gambar-gambar perhimpunan yang membawa mesej perkauman di sepanduk dan banner yang disengajakan mereka.

Anda akan terkena perangkap jika anda mula berbicara mengenai insiden-insiden kurang enak yang terjadi di perhimpunan tersebut.

Anda akan termakan racun jika anda mula terasa hati dengan ucapan-ucapan yang dilaungkan di perhimpunan tersebut.

Itu yang dikehendaki mereka – di mana rakyat Malaysia sibuk dibuai dengan bicara perkauman.

Muslihat mereka jelas kerana tiada satu sepanduk mahupun banner mahupun sepatah ayat yang bertanya mengenai derma RM2.6 bilion milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kejatuhan nilai Ringgit, 1MDB dan juga inflasi yang sedang dihadapi rakyat.

Jangan biarkan muslihat mereka untuk mengalihkan tumpuan kamu berjaya.

Tindak-tanduk peserta Perhimpunan Merah bukanlah tindak-tanduk orang Melayu. Itu mirip tindak-tanduk Umno, yang sedang kita usaha untuk menumbangkannya di PRU14 bagi menghentikan kerosakan berterusan terhadap perpaduan nasional dan juga masa depan Malaysia.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
16 September 2015

Sila kongsi artikel ini...

Hudud - Di Mana, Ke Mana dan Apa Seterusnya?

7:47 PM 0 Comments A+ a-

HUDUD - DI MANA, KE MANA DAN APA SETERUSNYA?

Tulisan ini ditujukan khas kepada sahabat-sahabat yang masih berada dan bersama Parti itu. Baca dan fahamkan dengan berlapang dada. Fikirkan semasak-masak apa yang telah dan sedang serta akan berlaku seterusnya.

HUDUD merupakan suatu isu yang sering dibawa dan dimainkan oleh parti itu sejak lama dulu dengan dakwaan bahawa HUDUD adalah asas perjuangan parti itu dalam melaksanakan Islam. Bagi pimpinan parti itu, HUDUD adalah perkara utama dan mereka mendoktrinkan ahli-ahli di bawah bahawa tanpa HUDUD, Islam tidak sempurna. Persoalan kebajikan ahli dan rakyat keseluruhan adalah perkara sampingan yang hanya akan selesai setelah HUDUD dapat dilaksanakan. Mahu tidak mahu HUDUD wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan kerana bagi mereka HUDUD adalah nyawa. HUDUD tidak boleh dikompromi.

1) Kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran Almarhum Tok Guru Nik Aziz meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 untuk membolehkan Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah syariah yang merangkumi HUDUD, Qisas dan Ta'zir. Walau bagaimanapun selama pemerintahan beliau Enakmen tersebut tidak dapat dikuatkuasakan kerana halangan perundangan dan politik.

2) 2013 Dato Husam Musa (DHM) dalam perbahasan di dalam DUN Kelantan membangkitkan bilakah dan bagaimanakah serta apakah perancangan seterusnya pentadbiran baru Kelantan di bawah Dato' Ahmad Yaakob (DAY) hendak melaksanakan Enakmen tersebut.

3) Maka diputuskan bahawa Kelantan akan melaksanakan Enakmen tersebut dengan kadar segera tidak kira apa pun berlaku sehingga Menteri Besar menyatakan sanggup melepaskan jawatan sekiranya Enakmen tidak dapat dilaksanakan.

4) Pembangkang Kelantan (Umno) menyatakan sokongan penuh sehingga menitis air mata semasa Enakmen baru dibentangkan dan diluluskan.

5) Jawatankuasa Teknikal Negeri dan Pusat ditubuhkan untuk merintis perlaksanaan. Jawatankuasa Teknikal memutuskan pindaan Akta 355 dipinda dan dibawa pindaan oleh Kerajaan Pusat.

6) Dalam hal keadaan tersebut, dengan tiba-tiba Ahli Parlimen Marang mengusulkan di Dewan Rakyat pada sidang MAC 2015 melalui RUU Persendirian untuk meminda Akta 355 tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja Pusat dan Ketua Whip. Usul tidak dibahaskan pada sidang MAC dan dibawa ke sidang JUN 2015. Pada sidang JUN 2015 juga usul tidak dibahaskan.

7) Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Keadilan, DAP dan parti itu retak secara perlahan apabila tindak itu tidak disenangi rakan di dalam Pakatan.

8) Parti itu menuduh DAP menentang Islam. DAP menentang hak orang Islam mengamalkan Islam. Menuduh juga ahli-ahli dan sebahagian pimpinan dalam parti itu yang tidak bersetuju dengan cara usul dibuat sebagai menentang Islam dan menjadi barua DAP.

9) Muktamar parti itu menyembelih keseluruhan pimpinan yang dituduh barua DAP menentang Islam.

10) Maklumat terkini bahawa Badan Perhubungan Negeri Kelantan memutuskan bahawa Private Bill tidak perlu diteruskan sebaliknya menyerahkan isu pindaan Akta 355 kepada Kerajaan Pusat.

11) Dalam keadaan tersebut Mursyidul Am parti itu bertemu Timbalan Perdana Menteri meminta Kerajaan memberi ruang kepada Marang mengusulkan dan membahaskan Private Bill pada sidang OKTOBER 2015 nanti.

12) Terkini lagi dikhabarkan Dewan Harian parti itu memutuskan bersetuju dengan keputusan Perhubungan Negeri Kelantan agar Private Bill tidak diteruskan.

13) Sekarang Pakatan Rakyat sudah berkubur. Gabungan Pembangkang entah ke mana. Umno/BN masih bersenang lenang memerintah Malaysia.

*** Persoalan***

a) Parti itu berkata parti itu telah banyak berkompromi semasa bertahaluf di dalam Pakatan maka Private Bill adalah suatu perkara yang tidak boleh dikompromi kerana ianya melibatkan amalan orang Islam. Kenapa setelah Pakatan berpecah Private Bill tidak mahu diteruskan?
b) Jika Private Bill tidak diteruskan, bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan hendak dilaksanakan?
c) Kenapa sekarang pindaan Akta 355 diserahkan kepada Kerajaan Pusat sedang Marang telah dua (2) kali mengusulkan di Dewan Rakyat?
d) Adakah Dato' Ahmad Yaakob akan meletakkan jawatan sebagai MB jika Hudud tidak dilaksanakan pada tahun 2015 ini seperti mana ikrar beliau sebelum ini?
e) Adakah dengan penangguhan dan/atau tidak terlaksananya Hudud di Kelantan itu suatu yang dibenarkan oleh syarak?
f) Di mana, ke mana dan apa seterusnya HUDUD? Adakah hanya mainan untuk pemilihan? Adakah hanya permainan untuk memecahkan Pakatan?

Cukuplah saudara semua ditipu atas istilah. Cukuplah saudara semua dipermainkan. Cukuplah saudara semua diperbodohkan.

Sila kongsi artikel ini...

Perutusan Hari Malaysia - Wan Azizah

4:00 PM 0 Comments A+ a-

KENYATAAN MEDIA

PERUTUSAN HARI MALAYSIA

16 September 1963 merupakan tarikh keramat lahirnya Malaysia, negara kita yang tercinta. Ia merupakan tarikh keramat di mana satu perjanjian telah dibuat demi masa depan bersama, yang terikat dan termaktub di dalam sebuah perlembagaan yang kita pegang dan amalkan hingga ke hari ini. 52 tahun sudah pun berlalu. Sudah pasti banyak halangan telah kita atasi, pelbagai dugaan telah kita hadapi, dan bermacam kemajuan telah kita nikmati bersama.

Namun hari ini, akibat pelbagai kejadian dan tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang memperalat isu perkauman dan keagamaan, ramai yang bertanya ke mana hala tuju negara kita kini. Ditambah pula dengan masalah ekonomi seperti kejatuhan nilai matawang ringgit, hutang negara yang menggunung, skandal kewangan, bebanan GST, kesenjangan dan kekayaan negara yang tidak diagihkan secara adil, dan hilangnya keyakinan para pelabur.

Jelas rakyat Malaysia mendamba, mengharapkan serta mendoakan agar kita punyai pimpinan yang berintegriti, mengamalkan tata kelola yang baik, serta mampu melakukan reformasi dan perubahan terhadap institusi-institusi dan sistem-sistem untuk perbaiki dan perbetul halatuju negara. Tanpa reformasi dan perubahan menyeluruh, langkah-langkah yang diambil kerajaan pada waktu ini mungkin tidak akan dapat memperbetul keadaan.

Pada masa yang sama, jangan kita tunduk kepada pihak-pihak yang mahu memecah-belah atau menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat. Jangan termakan dakyah adu domba yang menimbulkan syakwasangka.

Hari Malaysia kali ini, marilah kita tanam semangat dan iltizam untuk terus berani bersuara dan selamatkan negara demi masa depan yang adil, saksama, telus dan harmoni untuk semua.

Selamatkan Malaysia!

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

16 September 2015

Sila kongsi artikel ini...

Sejarah, merdeka dan Malaysia – Amin Ahmad

12:57 PM 0 Comments A+ a-

Setiap kali Ogos dan September tiba, perbincangan mengenai sejarah negara ini dengan sendirinya muncul. Tambahan pula minat terhadapnya dilihat meningkat seiring dengan pelbagai isu semasa yang timbul.

Meskipun istilah sejarah lama wujud dalam perbendaharaan kata Melayu, ia tidak banyak digunakan berbanding hikayat. Sebelum abad ke-18, tulisan sejarah tidak memberi penekanan kepada ketepatan waktu dan kebenaran objektif seperti yang difahami kini. Ia berkisar dalam bentuk fiksyen, mitos, salasilah dan legenda.

Dikatakan perkataan 'tarikh' dengan makna 'sejarah' pertama kali didengar dan difahami makna dan tujuannya oleh orang Melayu pada dekad 1920-an di mana sebelum itu setiap cerita atau hikayat dewa mambang dan sebagainya diambil sebagai benar belaka (Majallah Guru, 1934).

Bagaimanapun, persejarahan antara abad ke-18 dan abad ke-19 mula beralih dan ia tidak lagi secara mudah diketepikan. Meskipun ramai penulisnya tidak diketahui, bukti yang ada menunjukkan ia boleh dipercayai. Konsepnya elit dan nadanya bersifat politik - berorientasikan istana.

Ini tidak banyak berubah pada awal abad ke-20 sehinggalah subjek sejarah mulai diperkenalkan ke dalam kurikulum pendidikan pada 1918 (di Kolej Melayu Melaka, di mana RJ Wilkinson turut bertanggungjawab sebagai pengasasnya pada 1990).

Pada tahun yang sama juga R O Winstedt dan Daing Abdul Hamid Tengku Muhammad Salleh dari Selangor menulis Kitab Tawarikh Melayu (Buku Sejarah Melayu), bertujuan untuk digunakan sebagai sebuah teks di sekolah Melayu.

Tumpuan sejarah kemudiannya berkembang dan dikaitkan dengan masyarakat. Ia, meskipun cuba mencari kebenaran tentang apa yang telah berlaku pada masa lalu (bersifat objektif), pensejarahannya masih merupakan tafsiran terhadap apa yang telah berlaku (subjektif). Tambahan pula, banyak lagi yang belum dikaji meskipun sebahagian besar bahannya ada.

Sejarah sebenarnya boleh dilihat dari jauh untuk melihat gambaran menyeluruh dan dekat untuk melihat gambaran lebih jelas. Kedua-dua pandangan ini ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Begitu juga, apakah perkembangan semasa kini lebih banyak dipengaruhi sejarah terdahulu atau yang terhampir.

Dijajah atau tidak?

Dalam menyiapkan penterjemahan himpunan artikel jurnal Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, saya diberitahu oleh beliau tentang banyaknya bahan sejarah berkaitan negara ini belum dikaji. Pandangan beliau mengenai sejarah juga amat menarik dan sebahagiannya bersifat kontroversi.

Beliau tegas berpegang dengan pandangan Malaysia (merujuk kepada negeri-negeri beraja) tidak pernah dijajah, kecuali semasa tempoh singkat Malayan Union serta Negeri-negeri Selat, Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, isu sama ada Tanah Melayu dijajah British sebenarnya pernah dibincangkan panjang lebar dalam the Straits Times pada dekad 1920-1930-an. Pada waktu itu, Roland Braddell yang menjadi peguam negara menegaskan tidak.

Bukti lain turut dikemukakan beliau misalnya dalam dua isu tanah, masing-masing di Kelantan (Duff Syndicate) dan Pahang (Pahang Consolidated), serta isu saman seorang wanita Inggeris kepada Sultan Johor yang mengingkari janji untuk mengahwininya. Dalam semua kes yang dibawa kepada perhatian British pada masa itu, jawapan yang diberikan ialah Raja dan negeri-negeri tersebut berdaulat, justeru itu tidak tertakluk kepada undang-undang British.

Ini turut dinyatakan dalam Pemashoran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos, 1957 dan Pemashoran Malaysia pada 16 September, 1963 yang jelas menyatakan Melaka dan Pulau Pinang (dokumen pertama) dan Sabah, Sarawak dan Singapura (dokumen kedua) tamat daripada menjadi sebahagian jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen di mana Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa di semua negeri itu.

Apabila ditanya tentang sama ada Tok Janggut mati menentang penjajah atau tidak, beliau menjelaskan kepada saya pertuduhan yang dikenakan terhadap Tok Janggut pada waktu itu ialah "menderhaka kepada Sultan", dan Raja-Raja Melayu yang membenarkan British terlibat dalam banyak urusan pentadbiran pada waktu itu.

Masa depan

Sudah tentu hujah yang dikemukakan ini tidak mudah dibantah, meskipun pada hakikatnya beliau boleh menerima sebahagian tindak-tanduk British adalah bercirikan penjajah.

Dan beliau mengingatkan, "bukan terpulang kepada ahli sejarah untuk mengadili mereka yang hidup dulu. Setiap generasi melihat masalah dengan kaca matanya yang tersendiri. Tugas ahli sejarah hanyalah untuk memahami dengan perspektif yang tepat; mudah-mudahan ini akan membantunya menghuraikan masalah zaman sekarang terutamanya jika masalah itu bersangkut paut dengan keadaan yang mula-mula muncul pada masa lepas. Tiada masyarakat berubah secara mendadak dan menyeluruh walaupun berlaku revolusi. Etos sebuah masyarakat berakar pada zaman yang lampau."

Semoga kita akan berdamai dengan sejarah. Sesungguhnya masa lalu tidak dapat diubah, tetapi boleh difahami dengan pelbagai cara. Semoga kita dapat menjadikan ia asas kukuh untuk hidup bersama dengan aman, makmur dan bersatu.

Selamat Hari Malaysia! – 16 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/sejarah-merdeka-dan-malaysia-amin-ahmad#sthash.LlZhBsjL.dpuf

UMNO Jadikan 16 September Hari Malaysia Sebagai Pentas Acara Perkauman

8:53 AM 0 Comments A+ a-

UMNO JADIKAN 16 SEPTEMBER HARI MALAYSIA SEBAGAI PENTAS ACARA PERKAUMAN.

Berbelanja besar kali ini UMNO untuk menjayakan himpunan perkauman terbesar.

Bas bas percuma. Wang poket sekurangnya RM100 seorang. Dapat t shirt percuma lagi.

Mereka yg kritis akan melihat jurang antara kaum sedang dilebarkan lagi.

BERSIH 4 yg didominasi lebih 90% masyarakat cina yg terselit insiden memijak 2 pemimpin pemimpin tertinggi dan dihormati oleh parti parti masing masing PAS dan UMNO yg merupakan parti parti terbesar yg dianggotai dan disokong orang orang Islam adalah kegagalan total.

Tidak ramai benar benar ingat perjuangan sebenar BERSIH 4 adalah berkenaan isu isu pokok yg diperjuangkan tentang pilihanraya yg bersih, proses yg telus, ruang demokrasi yg adil, kebebasan media.

Masyarakat melayu telah dihasut oleh media arus perdana untuk menerima BERSIH 4 sebagai provokasi menunjuk kuasa kaum tertentu yg mahu menunjuk dominan. Tindakan tindakan pemimpin tertentu yg chauvinist memburukkan lagi tanggapan ini.

Mereka yg hadir dalam himpunan 'Melayu' hari ini mungkin bertujuan memberi mesej keras jangan dicabar sensitiviti antara kaum.

Akan tetapi tidak dapat dielak, himpunan merah yg dijenamakan dengan tema perkauman itu sendiri cuma menambah keresahan antara kaum.

Tak dapat disembunyikan tujuan sebenar UMNO adalah untuk menggunakan himpunan ini sebagai bukti bahawa UMNO di bawah kepimpinan DS Najib mendapat sokongan besar dari rakyat.

Kerana itu mereka sanggup berbelanja besar. Mengarahkan pelbagai kerahan dan menaja tarikan kebendaan.

Cuma mesej besar kepada masyarakat dunia nanti mungkin akan berbunyi,

"walau begitu besar kesalahan kepimpinan DS Najib yg terpalit pelbagai isu isu besar yang menggoncang negara Malaysia. Ekonomi, kegagalan projek projek mega yg utama, rasuah, menipu rakyat, masalah sosial, jenayah dan kualiti kehidupan rakyat yg terpaksa menanggung kesalahan beliau dalam bentuk kos sara hidup yg melambung, namun orang orang melayu tetap halal kan kerana dia pemimpin UMNO, kerana dia orang melayu!"

PAS menentang sikap begini kerana ini fahaman Assobiyah perkauman yg diharamkan oleh Islam.

Islam menerima kasih dan sayang kepada kaum dan keturunan sebagai fitrah manusia yg semulajadi.

Tetapi di sana ada batas batas syariat yg mencegah berlakunya amalan menyeleweng sehingga mempertahankan mereka yg jahat semata mata kerana mereka datang dari kaum sendiri. Amalan yg menghalalkan rasuah, kronisma dan nepotisma.

Islam menentang itu.

Gagasan Membina Malaysia Sejahtera yg dibincangkan dalam Kongres Rakyat 12hb September 2015 yg lalu di Shah Alam, melalui ucaptama Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di atas kapasitinya sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Se Dunia, antara lain menjelaskan permasalahan ini yg menjadi punca rosaknya kehidupan bernegara.

Perosak perosak yg berselindung di dalam bukit yg mengotorkan dengan najis najis penyelewengan, salahgunakuasa, diskriminasi, kezaliman, rasuah dan berbagai kejahatan yang membinasakan tiang seri negara.

16hb September setiap tahun kita sambut Hari Malaysia. Ia seharusnya hari yang menyuburkan prinsip prinsip kerukunan bernegara. Memupuk perpaduan antara kaum dan bangsa

Tetapi UMNO memilih menjadikan hari ini medan menunjuk kuasa.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
16hb September 2015

Sila kongsi artikel ini...

Pelancaran Perdana Parti Amanah Negara (Parti Pekerja) - Hassanuddin Yunus

7:19 AM 0 Comments A+ a-

PELANCARAN PERDANA PARTI AMANAH NEGARA (Parti Pekerja)

Semoga Majlis Pelancaran Parti AMANAH NEGARA esok 16 September 2015 Berjalan Lancar.

Demi menyelamatkan sebuah Malaysia.

Di satu pihak, ada yang mengekalkan budaya rasuah, pecah amanah, tidak telus, penuh rahsia, "dikuasai" oleh seorang pemimpin yang tidak memimpin secara kolektif dan beramal dengan sistem sekular yang diwarisi. Walhal, perlembagaan Malaysia tidak menyatakan Malaysia sebuah negara sekular.

Di satu pihak lain pula, ada yang barangkali sengaja atau tidak sengaja, menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan Islam "potong tangan", tiada perundingan, Islam yang tidak pandai bergaul dan budaya memaksa orang lain.

Di satu pihak lain, kedengaran seruan kepada perkauman dan melukakan bangsa lain mengatasi seruan kepada islam.

Maka terimalah Parti AMANAH NEGARA yang akan mengisi satu impian rakyat Malaysia; bernaung di bawah keindahan ISLAM.

USTAZ HAJI HASANUDDIN MOHD YUNUS
Naib Presiden Parti AMANAH NEGARA

15.09.2015
1 Zulhijjah 1436

Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.