Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang Berbohong - Yusni Mat Piah

7:06 PM 0 Comments A+ a-



KERAJAAN PAKATAN HARAPAN PULAU PINANG BERBOHONG

Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang (BPPPP) akan tetap berfungsi seperti sediakala menyumbang khidmat bakti kepada rakyat sepertimana PAS berfungsi sebelum berjaya menawan Pulau Pinang dari Kerajaan Umno-BN.


Walaupun 300 JKKK dari kalangan ahli PAS kononnya dipecat, tetapi secara ikhlasnya, kami tidak terkilan atau jatuh lemah dengan tindakan zalim Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang terhadap PAS.

Tindakan itu susulan pemberhentian bantuan kewangan secara tiba-tiba kepada SRIA dan SRIBU selepas pengumuman penubuhan Kerajaan Pakatan Harapan oleh Ketua Menteri. Bahkan sebelumnya ada Ahli Majlis PBT dari kalangan ahli PAS dipecat atau diberhentikan.

Seteruk-teruk PAS dizalimi Kerajaan Umno-BN ketika ditendang keluar dari Kerajaan Campuran 1973-74, PAS tetap berupaya bangkit semula membina kekuatan sehingga keahlian PAS mencecah hampir 1.4 juta orang pada hari ini di seluruh negara.

Begitu juga kepada PAS di Pulau Pinang, sikap zalim DAP dan Kerajaan Negeri tidak akan sedikitpun melemahkan PAS, malah PAS akan lebih komited bekerja untuk rakyat di negeri ini kerana Allah Taala.

Walau bagaimanapun, BPPPP berharap Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak berbohong kepada rakyat berkenaan kononnya 300 JKKK dari kalangan ahli dan pemimpin PAS telah dipecat di sepanjang bulan Oktober baru-baru ini. Sedangkan, tiada seorang pun dari kalangan mereka yang menerima surat pemecatan dari Kerajaan Negeri.

Jika tidak diserahkan surat pemecatan, kenapa sanggup berbohong bahawa semua 300 JKKK itu telah dipecat? Malah, pihak Kerajaan Negeri seakan 'segan silu' menafikan tindakan meletak jawatan oleh JKKK dari kalangan ahli dan pemimpin PAS.

Kenapa hanya 300 JKKK sahaja dimaklumkan sebagai dipecat, sedangkan rekod sebenar menunjukkan 1,083 ahli PAS Negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK. Kenapa 783 orang lagi dibiarkan?? Adakah disembunyikan kuota PKR dan DAP? Di setengah tempat, semua JKKK itu adalah ahli-ahli PAS sama ada Pengerusi, Setiausaha juga seluruh Ahli Jawatankuasanya. Andaikata Kerajaan Negeri tiada rekod terperinci, maka saya bersedia mendedahkannya nanti.

Untuk makluman, BPPPP telah mengambil keputusan lebih awal sejak penubuhan Kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak lagi bersama-sama di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Bukan sahaja dari kalangan Pengerusi dan Setiausaha JKKK sahaja, tetapi dari kalangan semua peringkat jawatankuasa di semua kawasan yang terlibat.

Kenyataan TKM1 baru-baru ini bahawa 300 JKKK PAS dipecat dan digantikan dengan pemimpin PAN tidak relevan lagi kepada BPPPP.

Mewakili BPPPP, saya berharap Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang lebih telus, lebih berintegriti dalam urusan tadbir mereka.

Kenyataan yang tidak benar seperti itu khususnya dari TKM1 menyerlahkan sisi yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab, jauh dari realiti sebenar yang sedang berlaku di Pulau Pinang.

Sekian.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Penerangan
PAS Pulau Pinang

6 Safar 1437 | 19 November 2015


Sila kongsi artikel ini...

20 cawangan UMNO di bahagian tersebut berdiri dalam sepakat menggesa Presiden UMNO meletak jawatan rentetan kelemahan kerajaan menangani isu 1MDB

12:09 PM 0 Comments A+ a-



Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah, sinar harapan semakin terang menguis mendung hitam yang menyelubungi hati rakyat Malaysia, khususnya ahli-ahli UMNO yang faham erti sebenar perjuangan parti.


Saya ingin mengajak anda melihat kepada perkembangan penting yang berlaku 2 hari lalu di UMNO Bahagian Sepang, Selangor.

20 cawangan UMNO di bahagian tersebut berdiri dalam sepakat menggesa Presiden UMNO meletak jawatan rentetan kelemahan kerajaan menangani isu 1MDB, kelemahan ekonomi, kemelut nilai Ringgit Malaysia, kenaikan harga barang dan perkhidmatan, pelaksanaan GST dan isu-isu lain yang menghantui pentadbiran Perdana Menteri Malaysia.

Saya dapat merasakan semangat dan kesedaran ahli UMNO seluruh negara semakin membahang.

Tekanan amaran tindakan disiplin yang dikenakan terhadap 13 cawangan di Bahagian Teluk Kemang baru-baru ini nampaknya langsung tidak memberi kesan terhadap ahli-ahli UMNO yang meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan individu atau mana-mana pemimpin.

Mereka dengan tegas menyatakan kesediaan untuk berhadapan dengan apa saja bentuk tindakan dari kepimpinan parti.

Semangat yang ditunjukkan oleh 13 cawangan di Teluk Kemang dan 20 cawangan di Sepang menjadi indikasi signifikan terhadap semangat kecintaan tulin pada roh perjuangan UMNO.

Secara peribadi, saya terharu dan mengucapkan tahniah kepada semua cawangan terlibat kerana berani berdiri menungkah arus dalam menyatakan kebenaran. Mereka peka dengan kesulitan dan keperitan Rakyat. Inilah nilai teras pembentukan UMNO yang telah mula terhakis dek kerana kuasa dan ketamakan sehingga mengabaikan permasalahan rakyat dan ahli UMNO khususnya.

Saya yakin, roh UMNO masih hidup dikalangan sebahagian besar ahli UMNO. Ianya akan terus menghantui pemimpin-pemimpin lemah dan dihimpit isu-isu yang menjadi liabiliti terhadap kelangsungan UMNO.

Teruskan roh perjuangan UMNO demi Agama, Bangsa dan Tanah air dan kelansungan anak cucu kita. Jangan gadaikan masa depan mereka kerana kita takut berjuang untuk kebenaran.

Saya menyeru lebih ramai ahli UMNO terus bersuara. Jangan dipendam terlalu lama kebimbangan dan ketakutan anda berkaitan masa depan UMNO.

Bersuaralah jika mahu UMNO diwariskan kepada generasi akan datang.Jangan biarkan UMNO berkubur kerana sikap dan kealpaan kita dalam berjuang demi kebenaran.

Menjaga parti tidak bermaksud ahli perlu menutup kesilapan pemimpin. Itu penganiayaan terhadap parti kerana parti milik semua ahli.

Tiada seorangpun ahli UMNO yang kedudukannya lebih tinggi dari parti.

Anda akan kuat apabila anda berani. Tiada apa yang mampu membinasakan melainkan hanya dengan kuasa Allah swt.

Jika ini bakti terakhir untuk negara yang mampu anda taburkan, maka berdirilah. Bersuaralah dengan memegang pada janji Allah bahawa yang benar pasti akan mencapai kejayaan.

Anina Saadudin


Sila kongsi artikel ini...

Perlu cara yang lebih telus dan bertanggungjawab dalam membentuk kewangan negara - Dr Mujahid Yusof

10:40 AM 0 Comments A+ a-



Semalam saya menyertai perbahasan memgenai bajet Kementerian Kewangan. Antara intipati-intipati utama perbahasan saya ialah;

1. Perlu cara yang lebih telus dan bertanggungjawab dalam membentuk kewangan negara supaya tercapai prinsip penting proses pembikinan bajet iaitu;

a) Pemakluman kepada orang ramai bajet negara yang akan dibentuk.
b) Adanya peluang dan ruang awam untuk terlibat dalam proses bajet
c) Adanya ruang secara institusi formal untuk meneliti sebelum bajet dibentang iaitu Audit dan Jawatankuasa Parlimen.


2. Apakah piawaian antarabangsa yang dipakai oleh kerajaan untuk memastikan proses bajet mengikut standard antarabangsa contohnya Code of Good Practices on Fiscal Transparency oleh IMF.

3. Jangkamasa sebelum, semasa dan selepas bajet dibentangkan dan bajet pindaan setelah dibahas dalam parlimen. Menolak bajet atau pindaan kepada bajet adalah perkara biasa kerana semnagat perbahasan bukanlah hanya untuk diluluskan tetapi dipinda malah mungkin ditolak. Ini amalan bajet yang telus dan bertanggungjawab.

4. Perlunya satu jawatankuasa Parlimen untuk pertanggungjawaban supaya keseluruhan perbelanjaan yang hendak diperuntukkan dapat dirasionalkan dan tidaklah perlu semasa perbahasan tanggapan buruk dan perbahasan tidak produktif berlaku kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu.

Isu bahas bajet lebih kepada sistem yang perlu dibentuk dan proses yang lebih telus. Tanpa sistem ini Ahli Parlimen Malaysia akan terus berbalahan kepada satu ketetapan yang telah pun keputusannya dibuat lebih awal lagi. Sistem dan proses inilah yang tidak dipakai dan dibaiki selama ini.


Sila kongsi artikel ini...

AMK Gesa Masyarakat Antarabangsa Prihatin - Nik Nazmi

9:38 AM 0 Comments A+ a-





AMK GESA MASYARAKAT ANTARABANGSA PRIHATIN

Angkatan Muda KEADILAN mengalu-alukan pengisytiharan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Working Group on Arbitrary Detention) yang mengiktiraf Anwar Ibrahim sebagai mangsa penahanan arbitrari, atau tahanan politik. Pengiktirafan ini amatlah memalukan, terutamanya untuk Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional.

Pengisytiharan ini adalah berdasarkan penilaian Kumpulan Kerja
tersebut yang mendapati Anwar telah dipenjarakan secara haram setelah melalui satu perbicaraan yang tidak adil dan tidak menghormati elemen-elemen asas perundangan. Oleh kerana Perdana Menteri gemar untuk memberikan ceramah kepada masyarakat antarabangsa berkenaan kesederhanaan dan kedaulatan undang-undang, pendirian PBB ini telah mencalar kewibawaannya.


Dalam pada itu, kritikan dan kecaman terhadap pemenjaraan Anwar juga semakin kuat didengari di peringkat antarabangsa. negara-negara seperti Australia dan Amerika Syarikat telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap layanan kerajaan BN kepada Anwar – selain itu terdapat juga pihak-pihak NGO seperti Amnesty International dan tokoh agamawan seperti Syeikh Yusuf Qardawi yang turut menyuarakan kerisauan.

Sekarang ini ramai rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa yang berpendapat tegas bahawa perbicaraan Anwar hanyalah sandiwara pihak kerajaan dan sememangnya tidak punyai asas keadilan.

Kepada rakan-rakan kami yang berada di kamar kuasa dan yang berpengaruh di luar negara, terutamanya negara-negara yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Malaysia, kami menggesa agar pendirian PBB terhadap pemenjaraan Anwar diiktiraf dan pengiktirafan ini disampaikan kepada pentadbiran Najib. Tindakan ini penting bukan sahaja kerana beliau telah menjadi mangsa tahanan politik, tetapi beliau juga memerlukan rawatan pakar dengan kadar segera oleh kerana kesihatan yang semakin teruk.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

-----




KEADILAN Youth welcomes the recent declaration by the United Nations Working Group on Arbitrary Detention in recognising Anwar Ibrahim as a victim of arbitrary detention, or a political prisoner. This damning indictment is an embarrassment to the Prime Minister and the BN government.

This declaration is based upon the body’s assessment that Anwar was imprisoned after an unfair trial and that basic elements of the rule of law had been breached during the course of the trial – thus making his imprisonment illegal. As the Prime Minister is fond of giving homilies to international audiences on moderation and the rule of law, the recent stance taken by the UN puts a severe dent into the PM’s credibility.


In addition to the UN there is an increasingly louder international
chorus of condemnation against the illegal imprisonment of Anwar. Foreign governments such as Australia and the United States have voiced out their concern over the government’s treatment of Anwar – this in addition to concerns raised by NGOs such as Amnesty International and also religious figures such as Syeikh Yusuf Qardawi.

Most right thinking Malaysians and the international community are convinced that Anwar’s trial was nothing less than a sham and as such justice has not been served.

To our friends in the corridors of power and influence overseas, especially countries with traditionally close ties with the Malaysian government – we urge them to recognise the UN’s position on the imprisonment of Anwar and take the necessary steps to make their stand known to the Najib administration. In addition to his illegal politically charged imprisonment, his ill health and need for
immediate specialist care makes this ever more urgent.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PARTI KEADILAN RAKYAT YOUTH LEADER


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.