Tangani Krisis Ekonomi Negara, Elak Mudharat Yang Lebih Besar - Nik Abduh

11:59 PM 0 Comments A+ a-



TANGANI KRISIS EKONOMI NEGARA, ELAK MUDHARAT YANG LEBIH BESAR

Oleh : Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas.


Laporan akhbar The Star semalam yang menyentuh mengenai kelembapan industri teksi di negara ini begitu membimbangkan. Ia boleh dirujuk dihttp://www.thestar.com.my/…/Taxi-industry-declines-as-driv…/.

Dalam laporan tersebut menyatakan faktor peningkatan kos pengangkutan dan berkurangnya penumpang menyebabkan ramai dikalangan pemandu teksi mula meninggalkan industri tersebut dan beralih kepada yang lebih murah.

Malah, terdapat di kalangan pemandu teksi yang menyatakan kerisauan mengenai bebanan terhadap peningkatan harga gas NGV dan perlaksanaan sistem cukai GST yang menambah beban seharian mereka sebagai pemandu teksi.

Secara asasnya, isu yang melanda industri teksi ini merupakan suatu tekanan yang dihadapi rakyat terhadap masalah ketidakstabilan politik dan ekonomi yang melanda negara mutakhir ini.

Kedegilan Kerajaan melaksanakan GST pada April yang lalu dikala kedudukan ekonomi rakyat yang masih tidak menentu adalah sesuatu yang menyumbang kepada kesengsaraan yang berpanjangan kepada rakyat. Saya yakin, GST dilaksanakan tidak lain hanya bertujuan bagi menanggung hutang awam yang tinggi. "Kerajaan sibuk buat hutang, rakyat diperas membayarnya".

Tambahan lagi negara berhadapan pula dengan krisis kejatuhan nilai ringgit sehingga ke paras yang semakin meruncing. Sewaktu negara berhadapan dengan ancaman spekulasi ketika krisis 1997-98 dahulu, harga satu dollar pada Januari 1998 pernah mencecah RM4.88 sebelum diikat pada RM3.80 sedollar pada September tahun yang sama. Kini, nilainya semakin meningkat naik kepada RM4.24 sedollar.

Kejatuhan nilai ringgit memberikan kesan yang berpanjangan kepada pengurusan kewangan rakyat. Peningkatan kadar inflasi (atau lebih tepat Indeks Harga Pengguna) menjadikan rakyat terpaksa mengurangkan perbelanjaan harian mereka. Pertimbangan terhadap harga bagi sesuatu perkhidmatan dan barangan diambil kira dan kelembapan industri teksi merupakan salah satu implikasi terhadap apa yang sedang dirasai rakyat.

Apa yang lebih membimbangkan, isu yang berlaku kepada industri teksi akan turut merebak ke dalam industri-industri yang lain disebabkan faktor 'kuasa membeli' yang semakin menguncup di kalangan pengguna dan ini seterusnya mendorong kepada kelembapan ekonomi negara dalam tempoh yang panjang.

Keadaan menjadi semakin meruncing disebabkan ketidakstabilan politik yang berlaku akibat isu skandal hutang 1MDB, diikuti misteri dana ke akaun peribadi Perdana Menteri bernilai RM2.6 bilion. Isu-isu ini telah menghakis integriti Malaysia di peringkat domestik malah di peringkat antarabangsa juga.

Kerajaan cuba bertahan dengan memberikan alasan kejatuhan ringgit disebabkan faktor peningkatan kadar faedah dan pengukuhan data pekerjaan di US. Malah, matawang di negara-negara serantau juga dikatakan menerima nasib yang sama dengan ringgit.

Namun, persoalan timbul, mengapa kadar kejatuhan nilai ringgit lebih besar berbanding matawang dalam 'basket of currencies' di negara Asia? Ia jelas memberikan isyarat bahawa ketidakstabilan politik negara ketika ini adalah faktor yang memberi kesan berganda (catalyst) kepada kejatuhan matawang negara.

Kerajaan sayugia menyediakan satu rancangan penyelesaian yang konkrit. Rakyat masih keliru dan terpinga-pinga dengan pelbagai jawaban dan jaminan oleh pihak kerajaan yang nyata tidak selari dengan kegawatan yang semakin teruk. Isu 1MDB, GST dan lain-lain masih menjadi persoalan yang belum berjawab.

Meskipun Kerajaan menyatakan komitmen untuk menyelesaikan isu 1MDB dalam tempoh masa enam bulan, ia tidak cukup untuk menghadirkan rasa yakin bagi rakyat yang melihat tiada jalan konkrit yang dinyatakan mengenainya. Akhirnya, apakah 'beban' penyelesaian itu akan dipindahkan sekali lagi kepada rakyat?

PAS menyeru kepada pembinaan polisi dan tata kelola yang lebih telus, bertanggung jawab dan berintegriti oleh pihak kerajaan. Kerosakan adalah akibat kesalahan dan jenayah yang selalu disembunyikan dan dicucikan dengan penafian dan janji manis pihak kerajaan.

Walaupun memulihkan kredibiliti kerajaan hari ini adalah sukar, seruan agar kerajaan mengambil tanggung jawab penyelesaian adalah murni. Jika kerajaan BN terus gagal sebagaimana itulah rekod buruk mereka sebelum ini, PAS yakin bahawa tiada jalan keluar bagi negara daripada krisis yang melanda negara selain menukar kerajaan hari ini dengan kerajaan baru yang lebih berwibawa.

PAS dan rakan-rakan pembangkang telah membuktikan keupayaan mentadbir negeri-negeri yang diperintah dengan jauh lebih baik. Masanya untuk rakyat lebih berani berubah!


Sila kongsi artikel ini...

Perutusan YDP Kubang Kerian Husam Musa untuk Majlis Penerangan Dan Dialog Isu-Isu Semasa PAS Kubang Kerian 25 Ogos 2015

11:43 PM 0 Comments A+ a-



Perutusan YDP Kubang Kerian untuk Majlis Penerangan Dan Dialog Isu-Isu Semasa PAS Kubang Kerian 25 Ogos 2015

Assalamualaikum wrbt

Al Fadhil Penceramah Jemputan, YB Tydp, Saf Pimpinan Kawasan & Para Hadhirin


Saya alukan kedatangan tetamu dan majlis ini. Saya masih berkeuzuran. Namun begitu memandangkan majlis ini adalah penting, sayugia saya selaku orang tua yang dimanahkan mengetuai Kawasan Kubang Kerian, adalah penting untuk memberikan sedikit kata-kata bagi majlis ini.

Pertama, saya berharap ada dialog dua hala yang terbuka antara penceramah dan ahli Pas Kubang Kerian supaya segala kekusutan dapat diselesaikan umpamanya ;

1) Akta 355 dimana dikatakan akta ini hanya satu alat politik bersama dengan UMNO untuk memecahbelahkan parti, merosakkan imej PAS dan melemahkan kedudukan PAS. Selepas dijanjikan Akta ini dibawa sebagai Private Member's Bill yang akan dibentangkan pada Sidang Parlimen bulan April dan kemudiannya bulan Jun kemudian lagi bulan November, dua sesi Parlimen telah berlalu dengan kehampaan seakan PAS telah dipermain oleh UMNO.

Soalnya, mengapa PAS semudah itu diputar belit oleh UMNO?

Mengapa bill ini dibawa tergesa-gesa tanpa pengetahuan PAS Pusat? Akhirnya difahamkan diputuskan utk diserahkan semula kpd kerajaan Pusat.


Dan seribu soalan lagi !

2. Menjelang Muktamar baru-baru ini segala bentuk fitnah dan caci maki di luar adab Islam telah berlaku.

Apa pendirian Majlis Syura PAS dan PAS Pusat?
Adakah ini dibenarkan oleh Islam?

Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan ahlinya, bagaimana PAS boleh memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia?

3. Keadaan Pentadbiran Kelantan sekarang menjadi buah mulut rakyat. Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Al-Marhum Tok Guru dari segi:
a) Kemewahan hidup para pemimpin
b) Kemewahan lawatan ke luar negara yang sangat kerap
c) Pengagihan kekayaan negeri kepada kroni tanpa tender
d) Lain-lain perkara yang sepatutnya dipantau PAS Pusat.

Sekian,

Saudara mu seagama,seperjuangan dan separti.




Husam Musa
YDP PAS Kubang Kerian
6.05 petang,
25 Ogos 2015 bersamaan
10 Zulkaedah 1436 H.


Sila kongsi artikel ini...

'Bangsat' Modal Untuk Beri Balang Oksigen Pada Umno - Ustaz Idris Ahmad

11:35 PM 0 Comments A+ a-



"Bangsat" Modal Untuk Beri Balang Oksigen Pada Umno.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad

Naib Presiden Pas

25/8/15

Bijak sungguh pemimpin Umno apabila hendak selamatkan kapal yang hendak karam kerana masalah dalaman yang melanda 1MDB. Ia bermula daripada Timbalan Presiden Umno, Naib Presiden Umno, mantan Perdana Menteri dan pemimpin Umno bahagian yang membangkitkan isu ini. Akhirnya DS Najib memberi gambaran dan meniupkan sentimen yang menakutkan tentang survival Melayu, jika Umno kalah. Melayu akan menjadi bangsat telah menjadi modal supaya oksigen diberi untuk Umno terus memerintah

Dengan harapan biarlah isu 1MDB yang melibatkan RM42 bilion, wang RM2.6 bilion yang masih menjadi misteri ke dalam akaun DS Najib, hutang negara sudah mencecah RM768.1 bilion, ringgit semakin lemah sehingga setengah negara tidak mahu menerima Rinnggit Malaysia. Pada pemimpin Umno biarlah apa hendak jadi kepada masa depan negara tidak penting. Pentingnya Umno mesti diselamatkan. Kerana mereka sedar, apabila Umno tumbang yang paling terkesan sekali ialah pemimpin Umno, kerana mereka menjadi jutawan segera selagi Umno berkuasa.

Realitinya Melayu merempat angkara daripada pemimpin Umno sendiri yang tidak amanah sepanjang 58 tahun merdeka. Berbagai dasar untuk orang Melayu, persoalannya siapa yang kianat amanah rakyat. Masihkah kita ingat tahun 1985 saham Bumiputera RM54 bilion, hanya berbaki RM2 bilion sahaja. Royalti untuk Kelantan dan Terengganu masih disekat bukankah ini negeri Melayu. Apa khabar saham FGV, hampir 100 peratus Melayu?. Melibatkan keluasan 365,000 hektar. Apa jaminan tanah ini pula tidak tergadai. Berapa banyak tanah rezab Melayu hilang selepas merdeka, pada hal penjajah mewartakan seluas 3 juta hektar.

Menjadi kebiasaan, Umno bergaduh kerana kek semakin kecil, manakala yang hendak makan pula terlalu ramai. Ia berpunca daripada keyakinan pelabur sehingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kerancakan nilai dagang di negara ini. Kayu ukurnya ialah nilai mata wang semakin merudum , malahan lebih parah daripada apa yang berlaku dihujung tahun 1990.



Sila kongsi artikel ini...

JawatanKuasa Khas Ekonomi : Libatkan Pakar Kewangan & Ekonomi Islam - Khairuddin At-Takiri

7:47 PM 0 Comments A+ a-

Kenyataan Media
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
JAWATANKUASA KHAS EKONOMI : LIBATKAN PAKAR KEWANGAN & EKONOMI ISLAM
1. Penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi ini membuktikan Kerajaan ‘baru tersedar’ tentang bahaya kejatuhan berterusan nilai Ringgit. Itupun setelah Kerajaan ‘puas’ menafikan ia sebagai suatu ancaman terhadap negara dan menepis semua dakwaan bahawa Kerajaan melakukan banyak kesilapan dalam isu ini.
2. Soal apa juga faktornya, Kerajaan harus mengambil sikap bertanggungjawab terhadap apa juga keadaan yang berlaku ke atas ekonomi negara kerana rakyat akan turut merasai dan menanggungnya secara langsung; bukannya berterusan memberikan alasan tidak cerdik seperti ‘ia positif untuk negara’ atau ‘Kerajaan tidak patut dipersalahkan dalam hal ini’.
3. DUPP berharap sekurang-kurangnya penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi ini tidak sekadar menjadi wayang untuk mengaburi mata rakyat kononnya Kerajaan telah melakukan segalanya untuk menangani isu ini dan juga tidak menjadi sia-sia dengan rumusan penyelesaian yang berteraskan ekonomi konvensional tanpa mengambilkira prinsip Islam.
4. 3 faktor kemakmuran ekonomi sebagaimama digariskan al-Quran tidak boleh dilupakan oleh jawatankuasa ini iaitu Syukur, Iman dan Taqwa.
5. Antara makna Syukur ialah membelanjakan rezki khususnya kewangan negara berdasarkan garis pandu yang dikehendaki oleh Allah. Syukur adalah penyebab rezki bertambah dan meningkat bukannya menyusut sebagaimana firman Allah bermaksud "dan sekiranya kamu bersyukur pasti Aku tambahkan untuk kamu, dan sekiranya kamu kufur sesungguhnya azab-Ku benar-benar keras". (Surah Ibrahim ayat 7).
6. Iman dan Taqwa adalah punca kepada datangnya sumber rezki yang tidak disangka-sangka dan banyak tanpa terkira sebagaimana firman Allah bermaksud "dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertaqwa pasti Kami buka ke atas mereka keberkatan (rezki) dari langit dan bumi". (Surah al-A'raf ayat 96). Maka kepimpinan negara khususnya tidak boleh dibiarkan terpalit dengan pelbagai ketidaktelusan dan pecah amanah.
7. Kepercayaan dunia terhadap kestabilan politik negara juga penting untuk dipulihkan segera kerana ia memberi kesan terhadap matawang negara yang didagangkan sebagai komoditi.
8. Dalam masa yang sama kita menegaskan bahawa tindakan menjadikan matawang sebagai komoditi adalah antara punca kerosakan ekonomi dunia.
9. Oleh itu, DUPP menggesa Kerajaan untuk turut melibatkan pakar kewangan dan ekonomi Islam mengganggotai jawatankuasa tersebut. Penglibatan golongan ini penting bagi memastikan ekonomi dipacu selari dengan prinsip Islam serta tumbuh dengan penuh keberkatan. DUPP bersedia dan berbesar hati menawarkan tenaga mahir dalam bidang kewangan dan ekonomi Islam untuk terlibat sama mengganggotai jawatankuasa tersebut.
Sekian.
“Beristiqamah Hingga Kemenangan”
DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Selasa, 25 Ogos 2015 | 10 Zulkaedah 1436 H



Sila kongsi artikel ini...

Integriti Kerajaan Sudah Musnah - Ahmad Fadhli Shaari, Pemuda PAS

4:29 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
10 Zulkaedah 1436 | 25 Ogos 2015

“Integriti Kerajaan Sudah Musnah”


1. Pendedahan yang telah dibuat oleh bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia, Datuk Abdul Hamid Bador adalah suatu pendedahan yang sangat memalukan kerajaan. Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya, maklumat yang diperkatakan Dato’ Abdul Hamid dalam sidang medianya kelmarin bukanlah satu maklumat mentah. Beliau telah berkhidmat selama 37 tahun di bahagian tersebut.

2. Malah, Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat, ketegasannya di dalam isu siasatan 1MDB menjadi punca beliau ditukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ia sekaligus membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sudah hilang integriti. Pihak Najib kini jelas sanggup melakukan segala tindakan demi melindungi cerita sebenar di sebalik 1MDB.

3. Ketegasan Dato’ Abdul Hamid meminta ‘pihak-pihak’ tertentu tampil ke hadapan untuk memberikan maklumat sebenar berhubung 1MDB perlu diberi perhatian serius. Secara tidak langsung ia membangkitkan keraguan terhadap kebenaran dakwaan bahawa kerajaan sedang menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat dalam isu ini.

4. Kenapakah pula Dato’ Abdul Hamid sendiri ditukar ke JPM untuk mengisi jawatan yang belum diwujudkan lagi? Kenapakah urusan pertukarannya dibuat secara tergesa-gesa? Seolah-olah tidak sabar menunggu hari siang untuk mendengar ayam jantan berkokok.

5. Dato’ Abdul Hamid sendiri menyatakan rasa tidak setuju terhadap penangkapan beberapa Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat di dalam menyiasat kes ini. Jika benar seorang pegawai tinggi Cawangan Khas sendiri tidak bersetuju dengan tangkapan ini, maka siapakah pemain sebenar yang sedang berperanan di negara ini? Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mencabar kerajaan untuk bertindak menyatakan respon dengan segera terhadap pendedahan Dato’ Abdul Hamid.

6. Hakikatnya, pendedahan yang dibuat oleh beliau ini hanyalah salah satu manifestasi kebimbangan rakyat seluruhnya terhadap kemampuan kerajaan menyelesaikan isu yang menarik perhatian semua pihak ini. Tidak mustahil, kegagalan kerajaan mendapatkan kepercayaan umum terhadap kejujuran dan ketelusan inilah yang menyebabkan nilaian mata wang negara semain menjunam.

7. Tiada lagi harapan untuk rakyat melihat kerajaan pimpinan Najib mentadbir dengan telus dan jujur. Pilihan berada di tangan rakyat untuk melangkah membina Malaysia yang lebih sejahtera.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia


Sila kongsi artikel ini...

Kejatuhan Nilai Matawang Ringgit Malaysia Bakal Bankrupkan Negara. - Faiz Fadzil

4:00 PM 0 Comments A+ a-



Kejatuhan Nilai Matawang Ringgit Malaysia Bakal Bankrupkan Negara.


Gerakan Anak Muda Harapan Baru (GAMHB) memandang serius kejatuhan berterusan nilai mata wang negara Ringgit Malaysia yang akhirnya boleh mengakibatkan negara menjadi bankrap. Faktor utama yang mendorong kesusutan nilai matawang negara adalah faktor sentimen kewangan berkaitan skandal 1MDB yang melibatkan integriti Perdana Menteri yang gagal diselesaikan sehingga kini serta faktor fundamental ekonomi akibat hutang negara yang cukup tinggi.


Kebankrapan negara jika menjadi realiti dan bukannya mimpi di siang hari, maka rakyat lah yang akhirnya menanggung kesan buruknya. Kadar inflasi akan meningkat, kenaikan melampau harga barangan dapur yang kebanyakannya diimport, kilang-kilang ditutup dan industri perdagangan menjadi lumpuh yang pasti menambah jumlah pengangguran dan lelongan hartanah, harga bahan api menjadi lebih mahal yang akan memberikan kesan kepada perkhidmatan awam serta penjawat awam berkemungkinan kehilangan pekerjaan jika kerajaan tidak lagi mampu membayar gaji.

Akibatnya, masalah sosial dan jenayah akan meningkat dan ini akan meruntuhkan nilaimurni dan jatidiri masyarakat Malaysia terutama di kalangan anakmuda. Hutang PTPTN pasti menjadi mimpi ngeri bagi graduan anakmuda sedangkan tiada jaminan untuk ditawarkan pekerjaan.

Kebimbangan risiko ini menjadi lebih parah jika kerajaan terpaksa tunduk kepada kehendak kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dalam penstrukturan membayar hutang negara termasuk kemungkinan bersetuju kepada TPPA yang akhirnya mengakibatkan dagangan milik kuasa luar menguasai ekonomi negara.

Ketika itu, kita bakal mengemis di bumi sendiri. Ketuanan Melayu hanya menjadi ukiran sejarah. Melayu akan dibangsatkan akibat korupsi dan penyelewengan pemimpin umnobn.

Maka, GAMHB menyeru semua pihak mengambil langkah-langkah demokratik yang drastik dan berkesan terutama ahli-ahli parlimen dari semua parti politik bersama-sama berkonsultansi mencari solusi untuk memulihkan ekonomi negara secara telus dan berkesan. Tindakan pembersihan sistem pilihanraya hendaklah diambil segera agar proses demokrasi dapat dijalankan bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin yang amanah dan adil bagi menerajui tampuk pemerintahan negara.

Satu sidang parlimen khas perlu dipangil dengan segera bagi menyelesaikan kemelut ekonomi negara ini sebelum terlambat. Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri perlu menjadi agenda permulaan bagi merealisasikan agenda perubahan ini.

Harapan rakyat usah dipunahkan kerana kepentingan politik. Rakyat dambakan erti kemerdekaan hakiki untuk bebas daripada kemiskinan, penindasan dan kezaliman.

FAIZ FADZIL
Pengarah Komunikasi
Gerakan Anak Muda
Harapan Baru
25 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Himpunan Bersih 4.0: Penyataan Bantahan Rakyat Terhadap Kezaliman dan Menungkaran - IKRAM

3:49 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
25 Ogos 2015 bersamaan 10 Zulkaedah 1436H
HIMPUNAN BERSIH 4.0: PERNYATAAN BANTAHAN RAKYAT TERHADAP KEZALIMAN DAN KEMUNGKARAN


Himpunan Bersih 4.0 akan diadakan dalam masa empat hari lagi.

Himpunan kali ini mempunyai lima tuntutan:

- Bersihkan pilihanraya
- Kerajaan bersih
- Hak membantah
- Kukuhkan demokrasi berparlimen
- Selamatkan ekonomi Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin mengajak ahli-ahlinya serta seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk turut serta bagi menjayakan perhimpunan aman rakyat ini.

Perhimpunan aman rakyat ini adalah salah satu cara bagi menyatakan bantahan rakyat dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara kita ini. Hak untuk berhimpun telah dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Perhimpunan Aman 2012.

Akhir-akhir ini, negara kita telah dilanda dengan pelbagai kezaliman dan kemungkaran termasuk salah guna kuasa dan wang. Para pemimpin dan penjawat awam telah berusaha dengan pelbagai cara bagi membanteras kezaliman dan kemungkaran ini.

Sekarang, tiba pula giliran rakyat bagi menyatakan bantahan terhadap kezaliman dan kemungkaran ini dengan sama-sama menyertai perhimpunan aman ini. Dalam sejarah negara ini, beberapa perubahan telah dapat dicapai melalui perhimpunan aman termasuklah perhimpunan bagi membantah Malayan Union pada tahun 1946.

Para peserta perhimpunan diingatkan agar beradab dan berdisiplin, dan mematuhi segala arahan pihak penganjur serta mengelakkan melakukan sebarang keganasan atau kebiadaban. Bagi yang beragama Islam, segala tuntutan Islam termasuk solat fardu hendaklah dipenuhi.

Moga perhimpunan ini akan membantu usaha bagi membanteras kezaliman dan kemungkaran dalam negara.

Moga keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan.

Nahar Md Nor
Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Sumber: http://bit.ly/1NydZau


Sila kongsi artikel ini...

Pendirian PAS Selangor Menolak rundingan Pengagihan Kerusi Adalah Pra-Matang - GHB Selangor

3:22 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media

PENDIRIAN PAS SELANGOR MENOLAK RUNDINGAN PENGAGIHAN KERUSI ADALAH PRA-MATANG

1. Kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor yang menolak sebarang rundingan dengan parti Islam baharu adalah pra-matang dan tidak melambangkan kebijaksanaan yang sejajar dengan usia parti yang diwakilinya.


2. Gerakan Harapan Baru tetap percaya bahawa muafakat politik adalah kunci penting membina negara yang berupaya membela rakyat, menyebarkan kebaikan, dan mendapat redha Allah. Politik angkuh yang menolak rundingan adalah amalan politik usang yang tidak lagi relevan dengan tuntutan semasa.

3. Dinamika politik negara bergerak cepat dan rakyat bakal menerima kesannya, baik atau buruk. Pemimpin politik perlu bersikap lebih bertanggungjawab dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara, mengatasi kepentingan dan ego kelompok. Gabungan pembangkang mesti diperkukuh melalui muafakat dan rundingan bagi terus mendokong harapan rakyat yang mahu melihat gabungan politik alternatif yang kuat dan bersatu.

4. Parti Islam baharu akan meletakkan calon-calon untuk bertanding dalam pilihanraya berasaskan muafakat bersama gabungan baru pembangkang, kajian tentang keupayaan parti serta kecenderungan pengundi, dan perbincangan dengan pelbagai pihak. Keputusan yang bakal diambil akan meletakkan kepentingan rakyat sebagai faktor utama.

Sekian.

Amanah. Progresif. Peduli.

Jamzuri Ardani
Pengarah Komunikasi
Gerakan Harapan Baru
Negeri Selangor.

25 Ogos 2015.





Sila kongsi artikel ini...

Hapuskan 'kebangsatan' Bangsa dengan Dakwah. - ABIM

2:55 PM 0 Comments A+ a-



[Kenyataan Media ABIM]
Tarikh: 25 Ogos 2015

Hapuskan 'kebangsatan' Bangsa dengan Dakwah.

Dalam Surah Ali i'mran, Allah menyebut mengenai umat yang terbaik. Umat yang terbaik didirikan dengan keberanian melaksanakan dakwah. Dakwah bermaksud menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dakwah adalah komitmen yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w yang mengakhiri kebangsatan bangsa Arab terhina dibelenggu kemungkaran dan jauh dari kebaikan. Memang benar kebangsatan dan kesialan satu ummah atau bangsa adalah disebabkan kemungkaran yang bersarang dan berleluasa serta direstui oleh segenap kalangan.

Maka tidak hairan jika Sayyidina Umar al-Khattab r.a menganjurkan tunjuk perasaan berhampiran Ka'bah bagi memperihalkan bantahan mereka terhadap penafian hak beragama yang merupakan hak asasi manusia.

Kisah ini dipetik dan dijadikan hujah oleh Prof Dr. Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya Tsaurah Sya'ab (Kebangkitan Rakyat).

Maka Maka dengan ini Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru umat Islam yang majoritinya Melayu menggunakan ruang hak asasi manusia seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dengan turun menyertai Perhimpunan Aman Bersih 4 pada 29-30 Ogos ini.

Kita mesti menghentikan kebangsatan umat Islam khususnya bangsa Melayu dengan keberanian menyatakan kebenaran. Keangkuhan dan kesombongan kepimpinan terhadap peringatan demi peringatan berkaitan rasuah, salah guna kuasa, penindasan, politik fitnah dan pembaziran tidak diendahkan selama ini.

ABIM juga menegaskan agar mesej dakwah ini tidak dicemari dengan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah dan melampaui batasan undang-undang sehingga melanggar prinsip demokrasi berparlimen seperti vandalisme, provokasi melampau dan sebagainya.

Hentikan segera kebangsatan ini dengan dakwah. Cikgu Amidi bin Abdul Manan,
Presiden,
Angkatan Belia Islam Malaysia.
(ABIM)



Sila kongsi artikel ini...

Najib Tak Perlu Tubuh JawatanKuasa Ekonomi Khas Tetapi Beliau Hanya Perlu Berundur Secepat Mungkin - Khairuddin Abu Hassan

1:17 PM 0 Comments A+ a-



NAJIB TAK PERLU TUBUH JAWATANKUASA EKONOMI KHAS TETAPI BELIAU HANYA PERLU BERUNDUR SECEPAT MUNGKIN

oleh: Khairuddin Abu Hassan

s
Pada pandangan peribadi saya; najib tun razak tak perlu bersikap retorikal sepanjang masa nak tubuh jawatankuasa ekonomi khas dan sebagainya untuk menjaminkan pertumbuhan ekonomi secara mampan. Segalanya sudah terlambat dan rakyat dah jemu mendengar retorikal Perdana Menteri itu!!

Yang penting ialah Perdana Menteri harus berundur secepat mungkin untuk selamatkan keadaan politik mahupun ekonomi negara kita yang kini sedang berada di dalam keadaan yang cukup parah masakini!!


Ini pilihan yang terbaik buat masa sekarang!! Najib tun razak telah gagal secara jelas untuk urus-tadbir negara ini secara amanah ataupun terbaik mungkin!!

Rakyat terlalu jemu dengar retorik kosong najib tun razak!! Cukuplah jangan dok merepek lagi!!

Kita dah mempunyai anggota jemaah menteri yang terlalu besar!! Kita dah mempunyai ramai bekas-bekas menteri yang masih dilantik sebagai penasiha-penasihat yang bertaraf menteri!! Kita dah mempunyai ramai timbalan-timbalan menteri!! Kita mempunyai pelagai jawatankuasa-jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan selama ini!! Kita dah mempunyai berbagai badan-badan berkanun!!

Najib tun razak nak merepek apa lagi?! Cukuplah jangan cuba untuk menabur janji manis kosong lagi kepada keseluruhan rakyat jelata di tanahair kita!!

Yang penting serta pilihan terbaik ialah Perdana Menteri harus akui semua kegagalan mahupun kesilapan-kesilapan besar beliau seterusnya mohon maaf lah kepada rakyat dan berundur lah secara terhormat secepat yang mungkin!! Hakikatnya, inilah kemahuan rakyat Malaysia pada masa ini!!



Sila kongsi artikel ini...

Memperalatkan 'Pemain Import' Untuk Kempen Memperkecilkan Usaha Mengkanunkan Jenayah Islam? - Khairuddin at-Takiri

11:51 AM 0 Comments A+ a-



Nasihat Perjuangan

Memperalatkan "Pemain Import" Untuk Kempen Memperkecilkan Usaha Mengkanunkan Jenayah Islam?

Antara hikmah kebijaksanaan Islam ialah ungkapan " لكل مقام مقال " bermaksud "setiap tempat itu ada bicaranya". Kaedah ini sangat tepat apabila kita berbicara tentang perjuangan menegakkan Syariah di tempat-tempat yang berbeza situasi dan realiti masyarakatnya seperti antara Tunisia atau Turki dengan Malaysia.

Ada pihak yang mengimport pemain luar untuk tujuan berkempen secara songsang memperkecilkan usaha PAS sejak 25 tahun lalu bagi mengkanunkan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan.

Di bawanya tokoh politik dari bumi Tunisia sebagai satu kempen secara halus meninggalkan perjuangan tersebut dengan hujah kononnya itulah kaedah perjuangan yang sepatutnya dirintis oleh rakyat muslim Malaysia.

Setelah PAS maju selangkah ke depan dalam usaha menegakkan Islam selepas kemenangan Islam 1990 maka datang seruan untuk mundur ke belakang.

Seruan itu pula hadir selaras dan juga sebagai respon positif terhadap penolakan parti sekuler sosialis terhadap perjuangan tersebut yang mengakibatkan terungkainya satu kerjasama politik. Atas nama inginkan kemenangan segera kuasa politik dan bimbangkan sokongan politik bukan Islam terjejas maka seruan ini cuba dirasionalkan atas nama hujah beragama?

Kerja yang sebelum ini sejak sekian lama dilakukan oleh parti politik pemerintah telah diwarisi oleh serpihan PAS dengan dokongan bekas rakan kerjasama politik PAS.

Tindakan songsang oleh mereka ini walaupun dijenamakan atas nama sarjana Islam sangat pelik. Mereka lupakah dengan kaedah Islam yang menegaskan
الحكم على الشيء فرع عن تصوره

"Pengadilan terhadap sesuatu itu adalah cabangan daripada gambaran sebenar terhadap sesuatu"

Adakah pemain import tersebut sebenar-benar diberi kefahaman yang tepat dan terang tentang realiti dan situasi rakyat muslim Malaysia? Termasuk situasi perundangan negeri, negara dan perlembagaannya serta tahap pengamalan Islam serta usaha dakwah bertahap yang telah digarap oleh PAS???

Jika tidak ia merupakan satu tindakan yang tidak adil dan memperalatkan seseorang untuk kepentingan politik sempit dan songsang yang tidak menyumbang untuk kebaikan Islam.

Realiti Tunisia atau Turki yang masih sekuler totok perundangan dan perlembagaannya, amalan Islam majoriti rakyat yang masih lagi jauh daripada sunnah nabawiyyah, realiti masyarakat yang masih kabur pengamalan Islamnya tentu sangat berbeza dengan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan kuasa melaksanakan Islam yang ada pada setiap kerajaan negeri, juga pengamalan beragama masyarakatnya yang telah dididik menerusi sistem pendidikan rasmi negara dan juga institusi pendidikan rakyat.

Kembalilah kepada kaedah " أهل مكة أدرى بشِعابها " bermaksud penduduk Mekah lebih tahu segala lorong-lorongnya". Ia bermaksud sarjana Islam setempat lebih memahami realiti bernegara sendiri bagi menilai kaedah dan pendekatan dakwah dalam menegakkan Islam.

Dalam pertemuan saya dengan Syeikh Rasyid Ghannusi selaku pemimpin tertinggi parti Nahdah, Tunisia tengahari tadi saya jelaskan tentang adanya bekas pimpinan Parti Islam Semalaysia PAS yang ingin menubuhkan parti baru dan dijenamakan juga atas nama parti Islam. Antaranya atas semangat tidak bersetuju kerjasama politik dengan parti sosialis diputuskan. Mereka pula mengajak dan menghasut ahli PAS menyertai mereka. Respon spontan Syeikh Ghannusyi ialah " هذا التشويش "
maksudnya "ini gangguan mengelirukan".

Saya membawa surat khas perutusan Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS kepada Syeikh Rasyid Ghannusyi yang menjelaskan keadaan terkini Parti Islam Semalaysia PAS dan hubungan kerjasama politik dengan parti yang tidak memperjuangkan politik Islam yang diputuskan dan sebab-sebabnya. Juga suasana terkini politik tanah air Malaysia.

Saya sendiri menjelaskan ada pihak yang secara sengaja atau tidak menjemput pimpinan Nahdah ke Malaysia untuk berbicara tentang perjuangan menegakkan Syariah Islam termasuk undang-undang jenayah Islam. Barangkali tujuannya untuk dilihat bahawa perjuangan tersebut tidak sesuai pada masanya di Malaysia. Juga barangkali sebagai isyarat kononnya tindakan menubuhkan parti baru dengan "mencuri" ahli PAS ada sokongannya daripada gerakan Islam di Timur Tengah.

Jika anda tersesat janganlah pula cuba menyesatkan yang lain!!!

Sekian.

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Isnin 9 Zulkaedah 1436 H / 24hb Ogos 2015 jam 3.30 ptg waktu Tunisia / 10.30 mlm Malaysia


Sila kongsi artikel ini...

Mengapa Mat Tak Patut Tinggalkan PAS - Subky Latif

12:33 AM 0 Comments A+ a-



Mengapa Mat tak patut tinggalkan PAS

SUBKY LATIF | 24 Ogos 2015.

SAYA baca wawancara dua muka surat Mohamad Sabu dengan tabloid harian Shah Alam dan saya ikuti ucapannya betapa dia bukan tidak pernah kalah dalam pertandingan parti.

Dari situ persepsi saya, Mat Sabu tidak patut tinggal PAS dan tidak patut ajak orang lain tinggalkan PAS.

Dar wawancara itu yang dikira hujah dia mahu memimpin parti sendiri tidak begitu menarik. Disebutkannya, seolah-olah parti yang hendak ditubuhkannya bukanlah idea dia. Lepas muktamar dia berada di Timur Tengah. Sepulangnya dia diajak rakan-rakannya berjumpa di Muar. Dia diajak menubuhkan parti baru dan memimpinnya.

Ini bererti dia bukan pencetusnya tetapi dia ikut rakan-rakannya. Yang mahukan parti baru itu orang lain dan kita tidak tahu sejak bila orang-orang itu hendak mengadakan parti sendiri? Adakah setelah segugus rakan-rakan itu kalah dalam muktamar atau selepas PAS membatalkan tahalufnya dengan DAP? Atau sejak sekian lama, sejak Mat masih Exco Dewan Pemuda PAS atau antaranya masa itu belum menyertai PAS?

Saya mula kenal Mat semasa dia baru kahwin, tiap-tiap malam datang bersama isterinya membantu kempen saya dalam PRK Pelabuhan Kelang hujung tahun 70-an. Tanggapan saya tentang kesetiaannya kepada PAS, seolah-olah setianya Khalid al-Walid kepada Islam setelah memeluk Islam.

Tanpa sebarang kesilapan dia digugurkan daripada panglima satu peperangan oleh Khalifah Umar al-Khatab. Dia redha sekalipun dia jadi soldadu biasa dalam perang itu. Pada panglima Khalid peperangannya bukan kerana dia panglima tetapi kerana Allah dan Islam.

Hassan Adli diambil alih tugasnya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS oleh Prof Zulkifli Mohamad bagi mengendalikan muktamar. Reaksinya dalam ucapan penangguhan, dia menyertai PAS bukan kerana Dr. Burhanuddin dan Zulkifli Mohamad, tetapi kerana Allah/Islam. Lalu muktamar Pemuda itu nobatkan dia sebagai Panglima Jihad PAS.

Atas sebab tertentu Hassan terpecat dari PAS. Setelah Yusof Rawa jadi pemimpin PAS dia kembali jadi ahli biasa PAS dan mati dalam PAS.

Saya nampak Mat Sabu ada potensi jadi Panglima Jihad yang kedua selepas Hassan Adli dan patut mati dalam PAS.

Datuk Abu Bakar Umar dikira rakan setia Datuk Asri. Apabila Datuk Asri menubuhkan parti lain dia tidak ikut. Sekalipun dia pernah naik pentas PAS selepas itu, tetapi dia tidak keluar parti dan menghabiskan masa sebagai orang bawah. Kasih PAS Kedah kepadanya tidak kurang dari kasih mereka pada Ustaz Fadzil.

Dua nama pimpinan lama PAS itu adalah antara orang yang ada pengalaman tidak seronok dengan PAS. Mungkin mereka membawa diri daripada arus perdana parti tetapi tidak meninggalkan parti.

Jika Mat Sabu ada pengalaman tidak seronok dengan PAS, seperti yang pernah disebut banyak kali, dia selalu kalah dalam pemilihan parti, maka ia tidak patut patah semangat dengan parti. Dia mungkin tidak seronok dengan orang-orang tertentu dalam PAS tetapi beribu-ribu orang PAS lagi adalah rakan-rakannya yang tidak pernah jemu mendengar ceramahnya.

Jika Mat mahu ada parti sendiri beri hujah yang kuat, bukan kerana ikut ajakan kawan, sedang dalam parti berpuluh ribu kawan tidak mahu dia keluar. Yang saya bimbang ialah Mat jadi macam Ustaz Ahmad Awang, dijadikan calon Presiden tetapi tidak dicalonkan memimpin parti baru. Jika Mat ikut kawan, parti baru itu bukan partinya tetapi parti kawannya pada masa ini.

Saya yakin Mat bukan orang yang hendakkan parti baru itu tetapi ada orang lain. – HARAKAHDAILY 24/8/2015




Sila kongsi artikel ini...

Sandal 1MDB : Perkhidmatan Awam Akan Rosak - Nasrudin Hassan

12:09 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media Penerangan. 24

SKANDAL 1MDB : PERKHIDMATAN AWAM AKAN ROSAK

Oleh : Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat


Tarikh : 10 Zulkaedah 1436 / 24 Ogos 2015

1. Setelah satu persatu anggota kanan penjawat awam lantang bersuara mempersoalkan campur tangan politik dalam skandal 1MDB, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpandangan ini akan merosakkan agensi strategik perkhidmatan awam di negara ini.

2. Ini berpunca daripada skandal 1MDB. Beberapa agensi strategik seperti Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan terbaru Cawangan Khas Polis Di-Raja Malaysia semuanya seolah-olah dikawal oleh pihak tertentu untuk menutup skandal 1MDB.

3. Berikut merupakan beberapa tindakan politik yang boleh dipersoalkan;

a) Pertukaran Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) ke jawatan Timbalan Menteri sebelum prosiding 1MDB diselesaikan. Difahamkan, prosiding seterusnya akan melibatkan Presiden 1MDB dan taikun bisnes Jho Low.

b) Laporan interim siasatan audit 1MDB oleh Ketua Audit Negara masih tidak boleh diklasifikasikan sebagai dokumen awam walaupun ia telah diserahkan kepada PAC.

c) Pemberhentian khidmat secara tiba-tiba Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada 27 Julai 2015 walaupun beliau akan bersara wajib pada 9 Oktober 2015.

d) Penangkapan beberapa pegawai SPRM sehingga menggangu siasatan yang sedang dijalankan. Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zain bertegas akan mencari dalang disebalik arahan penangkapan tersebut.

e) Pertukaran mengejut Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM, Datuk Abdul Hamid Bador ke Jabatan Perdana Menteri minggu lalu. Beliau turut mendedahkan terdapat usaha tertentu untuk menyembunyikan saksi siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

4. Lima tindakan politik ini sangat serius ia dan boleh merosakkan fungsi perkhidmatan awam yang sebenar khususnya di bahagian penguatkuasaan. Secara tidak langsung, para penjawat awam tidak dapat mencurah khidmat setianya untuk kepentingan negara sebaliknya terpaksa mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu. Hanya mereka yang kuat akan terus berdiri.

5. Ini tidak termasuk bagaimana tindakan beberapa syarikat berkaitan kerajaan dan institusi dana awam yang digunakan sewenang-wenangnya untuk terlibat secara langsung dalam pelan rasionalisasi hutang 1MDB. Sebagai contoh, Lembaga Tabung Haji (LTH), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Affin Bank Bhd.

6. PAS berharap agar rakyat celik dengan perkembangan yang berlaku dan bangkit mempertahankan hak rakyat serta negara daripada dicabuli oleh pihak-pihak tertentu khususnya dalam kes skandal 1MDB yang sedang berlaku sekarang. Kita yakin ‘bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiur’

Sekian, terima kasih.


Sila kongsi artikel ini...

Sokong Saranan Wakil Rakyat Keluar Daripada PAS Meletak Jawatan - Dr Mahfodz Mohamad

12:05 AM 0 Comments A+ a-



Sokong Saranan Wakil Rakyat Keluar Daripada PAS Meletak Jawatan

1. Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh saranan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi agar mana-mana wakil rakyat PAS yang meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Rakyat meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

2. Saranan ini sangat rasional kerana mereka yang menang sebagai wakil rakyat dalam PRU yang lalu bukanlah atas kapasiti peribadi tetapi atas tiket PAS berlambang bulan dengan bantuan penuh dari sudut kewangan dan tenaga kerja. Rakyat juga memberi mandat kepada mereka sebagai wakil rakyat PAS bukannya sebagai wakil rakyat Parti Amanah Rakyat.


3. Begitu juga wakil-wakil rakyat PAS telah berjanji setia untuk kekal bersama PAS. Sekiranya mereka keluar daripada PAS selepas menang mereka juga berjanji akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. Jika tidak -sebagaimana ikrar mereka- segala gaji dan elaun yang mereka perolehi adalah haram atas mereka.

4. Atas maruah sebagai seorang muslim yang berjanji maka ianya sepatutnya ditepati dan bukan diengkari. Hanya golongan munafik sahaja mengengkari janji-janji mereka.

5. Apatah lagi ikrar yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat PAS adalah ikrar yang dimulakan dengan lafaz sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi. Ia meletakkan mereka dalam situasi terikat dengan hukum sumpah dalam Islam.

6. Sekian lama sebelum ini kita mengkritik wakil-wakil rakyat yang meninggalkan parti dan melompat ke parti lain sebagaimana berlaku di Perak yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak, maka begitulah sebagai seorang wakil rakyat bermaruah sewajarnya meletakkan jawatan apabila keluar daripada PAS.

Sekian.

Dato' Dr Mahfodz Mohamad
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
23hb Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

UMNO Hilang Kuasa - Perlu Muhasabah, Bukan Mencerca Bangsa Jadi Bangsat

12:04 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media MAPIM
24 hb Ogos 2015

UMNO HILANG KUASA - PERLU MUHASABAH , BUKAN MENCERCA BANGSA JADI BANGSAT


MAPIM kecewa kenapa pemimpin tertinggi Umno , berjawatan Presiden memilih untuk mengistilahkan bangsa Melayu akan jadi bangsa terbangsat jika Umno hilang kuasa.

Istilah bangsat yang dipileh itu melambangkan pemimpin sudah terdesak dan tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap bangsa sendiri. Sedangkan bangsa Melayu itu sendiri sudah semakin sedar bahawa kepincangan yang berlaku adalah natijah dari kekonyolan pemimpin mereka sendiri.

Sepatutnya pemimpin Melayu harus insaf bahawa kehilangan kuasa adalah disebabkan bangsanya kehilangan keyakinan terhadap integriti pemimpinnya sendiri. Bermakna pemimpinlah yang harus diperbetulkan terlebih dahulu sebelum melampiaskan kata-kata nista kepada bangsanya sendiri.

Melafazkan bangsa terbangsat bukan sahaja menunjukkan kedangkalan kefahaman mengenai faktor-faktor jatuh bangunnya sesuatu kaum atau bangsa , akan tetapi lebih parah menunjukkan betapa pemimpin itu bersikap bebal , fanatik dan dangkal kepada nurani bangsa, sedangkan bangsa sendiri sudah semakin berani mempersoal dan menegur pemimpinnya .

Tidak wajar bangsa yang berpegang kepada Islam tiba-tiba pemimpinnya merumuskan bila parti politik yang mewakilinya kehilangan kuasa , pemimpin itu pula sanggup mencerca bangsa sendiri sebagai bangsa yang jahat dan hina.

Soalnya benarkah tanpa sebuah parti politik yang berdasarkan perjuangan nasionalisme , bangsa akan menjadi hina dan bertukar menjadi bangsa yang berwajah fasad dan mungkar.

Akal sihat tidak dapat menerima kata-kata ini sebagai kata-kata yang benar , apatah lagi kepimpinan parti itu sendiri yang menjadi punca polimik dan konflik menyebabkan kaumnya berhadapan dengan kemelut yang parah.

Perkataan bangsat bermakna jahat dan busuk serta hina. Adakah Datuk Seri Najib sebagai pemimpin Melayu benar-benar tidak dapat mencari istilah yang lebih tepat untuk mengambarkan betapa bangsa Melayu kini menjadi lemah akibat pemimpin-pemimpinnya hilang punca untuk melerai kemelut yang berpunca dari pemimpin itu sendiri.

Kami berpendapat yang menjadi masalah sebenarnya ialah pemimpin bangsa itu sendiri bukan bangsanya semata-mata . Umno yang dikatakan satu-satunya bahtera untuk membawa bangsa Melayu berlayar dalam lautan yang bergelora ini dibayangkan akan karam . Jika begitu , itu apakah bangsa Melayu terlalu cetek pemikirannya untuk tidak mahu memileh bahtera yang lain.

Keselamatan Melayu hanya terjamin jika bangsa ini dididik , diasuh dan dimantapkan dengan penghayatan Islam seluruhnya. Ia tidak akan mulia dan selamat dengan wadah yang tercemar dengan pemimpin yang berkepentingan diri dan membolot kekayaaan atas nama bangsanya sendiri.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
President


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.