Kejatuhan Ringgit : Kena Pulih Semula Kestabilan Politik Negara - Khairuddin Aman Razali At-Takiri

8:39 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

KEJATUHAN RINGGIT : KENA PULIH SEMULA KESTABILAN POLITIK NEGARA

1. Semalam, nilai Ringgit telah melepasi paras RM4 berbanding dolar AS sejak ia mula mengalami penyusutan nilai pada akhir tahun 2014 lepas. Ia merupakan nilai terendah dalam tempoh 17 tahun lalu; iaitu sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1998. Ada telahan ia akan menjangkau sehingga RM4.10.

2. Para peniaga yang mengimport barang keperluan harian sudah mula galak untuk menaikkan harga barang kepada para pengilang dan pengedar. Kesan berantainya tentulah sedang atau bakal dirasai oleh pengguna cepat atau lambat.

3. Penganalisis ekonomi hampir sepakat bahawa kejatuhan 38% harga minyak mentah Brent sejak Jun 2014 lalu memberikan kesan yang sangat besar kepada kejatuhan nilai Ringgit memandangkan minyak merupakan salah satu bahan eksport utama negara.

4. Pengukuhan nilai dolar AS berikutan kemungkinan Rizab Persekutuan Amerika (US Federal Reserve) menaikkan kadar faedah pada September ini terus memacu permintaan terhadap dolar AS justeru memberikan tekanan kepada Ringgit. Kejatuhan matawang yuan, China, juga turut memberikan tekanan kepada Ringgit.

5. Pun begitu, isu pertikaian ke atas hutang 1MDB dan cara penyelesaiannya, isu aliran wang yang sangat besar dari luar ke akaun peribadi YAB Perdana Menteri dan skandal tuduhan rasuah dalam pembelian bangunan Dudley House, Melbourne, Australia oleh MARA Inc. yang telah menarik perhatian antarabangsa kepada Malaysia tidak dapat dinafikan telah menjatuhkan keyakinan antarabangsa terhadap Ringgit.

6. Keadaan ini bertambah rumit dengan pelbagai spekulasi dan provokasi yang wujud dalam negara sendiri khususnya akibat sikap tidak berhemah dan tidak berhikmah pihak Kerajaan menanganinya dan pihak pembangkang menjuarainya.

7. Untuk mengawal kejatuhan Ringgit, cadangan samada Bank Negara menggunakan Rizab Antarabangsanya untuk “membeli” Ringgit dalam pasaran atau membuat tambatan Ringgit sepertimana yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir sewaktu menghadapi krisis dahulu atau cadangan-cadangan lainnya bolehlah dan amat patut dikaji oleh Kerajaan dengan melibatkan ahli parlimen, ahli akademik, para mufti dan cendekiawan ekonomi Islam.

8. Nilai Ringgit juga boleh kembali kuat jika permintaan terhadap eksport terus meningkat dan pelaburan asing bertambah. Asas ekonomi mesti dipastikan kukuh berlandaskan tuntutan Islam pada aspek prinsip dan praktikalnya.

9. Namun, paling signifikan untuk berhadapan bagi menyelesaikan situasi ini buat masa ini dan untuk jangka masa panjang ialah dengan kembali memulihkan kestabilan politik dalam negara kita agar kepercayaan dan keyakinan antarabangsa terhadap Malaysia kembali meningkat.

10. Parti pemerintah dan pembangkang walaupun berselisih dalam banyak isu dan agenda, tidak harus bersikap keterlaluan apabila berkait dengan perkara yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat. Tidak cukup dengan bacaan untuk menyelamatkan survival politik masing-masing sebagai asas bertindak, bacaan terhadap geopolitik antarabangsa juga harus dibuat pertimbangan bagi memastikan negara kita terus berdaulat.

11. Mungkin sudah tiba masanya cadangan penyelesaian melibatkan semua parti sama ada pemerintah dan pembangkang diwacanakan secara tulus dan disusuli dengan komitmen daripada semua pihak untuk menyediakan mekanisme ke arah merealisasikannya agar politik di negara kita lebih bermaruah dan berkesan.

12. Rakyat sudah semakin muak dengan kemelut politik dan krisis ekonomi berpanjangan tanpa sebarang penyelesaian sedang mereka mengeluh akibat kenaikan harga barang, cukai GST yang menjadikan pendapatan mereka susut nilai dan peluang pekerjaan yang disaingi oleh hampir 2 juta warga asing.

Sekian.

"Beristiqamah Sehingga Kemenangan"

‪#‎ke‬ arah Malaysia Baru

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI Jumaat, 14 Ogos 2015 | 29 Syawal 1436 H


Sila kongsi artikel ini...

Ada sesuatu yang tidak kena dalam dasar dan perlaksanaan pembangunan negara ini - Nakhaie Ahmad

8:20 PM 0 Comments A+ a-



Ada sesuatu yang tidak kena dalam dasar dan perlaksanaan pembangunan negara ini. Di samping banyak melahirkan orang yang berpendaptan sederhana dan tinggi, terbina pula golongan terpinggir yang kian membesar. Golongan keladangan makin ramai. Yang hidup bergantung kepada bantuan juga makin bertambah. Penghuni penjara juga bertambah. Kebanyakan daripada mereka orang Melayu? Nampaknya begitulah!

Peluang pekerjaan untuk mereka makin sempit. Banyak peluang2 pekerjaan di peringakat bawah dan sederhana diisi oleh pekerja asing. Graduan menganggur makin bertambah. Di mana peluang pekerjaan untuk mereka?


Jika golongan terpinggir ini makin membesar tidak mustahil malay spring akan berlaku. Tanganilah segera masalah ini jika benar2 negara ingin kekalkan sebagai negara yang aman dan stabil.

Utamakan perbincangan isu ini untuk timbulkan kesedaran di kalangan masyarakat. Jangan hanya berpolitik dan berkelahi kerananya sehingga yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu. Fikir basib masa hadapan agama dan bangsa.

Nakhaie Ahmad
r


Sila kongsi artikel ini...

Najib Razak Umpama Kain Buruk, Kita Sedang Memusnahkan Negara Sendiri

6:29 PM 0 Comments A+ a-



Warkah Buat Rakyat Malaysia: Najib Razak Umpama Kain Buruk, Kita Sedang Memusnahkan Negara Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.

10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksud dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.

Wassalam,

Amin bin Yatim
Petaling Jaya
MYKMU.NET


Sila kongsi artikel ini...

Surat Terbuka Buat Seluruh Ahli Parlimen Malaysia - Muhammad Najib Bin Abdurrahim

6:00 PM 0 Comments A+ a-




SURAT TERBUKA BUAT SELURUH AHLI PARLIMEN MALAYSIA

MANSUHKAN AUKU, SELAMATKAN UNIVERSITI!

Y.B Ahli Parlimen Malaysia

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera

Sesungguhnya saya menulis surat ini buat kesemua ahli Parlimen Malaysia dengan menginsafi bahawa saya hanyalah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang pernah menerima kesan dek kewujudan undang-undang tirai besi di universiti, iaitu Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Y.B sekalian,

Sedarkah anda semua bahawa sepanjang 2014, seramai 26 (atau lebih) kes telah melibatkan pendakwaan atau tunjuk sebab ke atas mahasiswa Malaysia di bawah AUKU dan yang sebaris dengannya ( e.g Akta Institut Pengajian Tinggi)? Sedarkah tuan-tuan Yang Berhormat semua bahawa semalam (13/8/2015) dua orang lagi pemimpin mahasiswa dari UIAM (sdra Hanif Mahpa - Presiden MPP UIAM & sdri Afiqah Zulkifli - Exco MPP UIAM) telah dijatuhkan hukum penggantungan 2 semester pengajian disebabkan "kesalahan" mengadakan forum intelektual berkenaan GST?

Y.B sekalian,

Saya meyakini bahawa Y.B sekalian sedar akan perkara ini. Buktinya? Kita mampu melihat beberapa kenyataan daripada politikus-politikus yang datangnya daripada parti yang Y.B sekalian wakili (walaupun tidak semua). Saya juga meyakini bahawa Y.B sekalian tidak boleh menafikan bertapa Y.B sekalian mendapat laba politik dek isu-isu yang melanda mahasiswa walaupun sedikit. Mengapa? Kerana anda menyedari mereka juga golongan yang tertindas dek sistem negara, dan paling penting, mampu memberikan nilai publisiti buat anda!

Y.B sekalian,

Sekiranya anda semua terlupa, sukalah untuk saya mengingatkan kembali. AUKU telah digubal oleh pentadbiran kerajaan pada tahun 1971 tidak lain dan tidak bukan adalah bagi mengekang suara dan 'kuasa' mahasiswa yang begitu agresif lewat tahun 60an & awal 70an. Namun kesan AUKU bukan terhad setakat di situ sahaja, AUKU juga telah menyebabkan hilangnya roh kebebasan akademik di universiti. Lebih malang lagi, AUKU telah membuka ruang penguasaan universiti oleh pihak parti yang memerintah melalui proksi-proksi mereka di universiti. Sedarkah Y.B sekalian akan senario ini? Saya berani mengatakan dengan yakin bahawa anda semua mengetahuinya, bahkan terdapat di antara kalian yang pernah duduk, malah menjadi mangsa terdapat undang-undang regim ini!

Y.B sekalian,

Sepertimana kezaliman ISA, POTA, SOSMA, Akta Hasutan dll, haruslah Y.B sedar dan tahu bahawa AUKU (dan akta-akta & peraturan yang seumpama dengannya) berdiri sama zalim dengan akta-akta tersebut. Tetapi jarang sekali (atau tiada mungkin?) kami rakyat Malaysia (khususnya mahasiswa) mendengar para Y.B sekalian begitu serius di dalam memastikan pupusnya undang-undang ini dari senarai undang-undang Malaysia.

Sudah berpuluh tahun AUKU mencengkam & membunuh idealisme ribuan mahasiswa, maka selayaknya tempatnya pada hari ini hanyalah di dalam kaca perhiasan di Muzium Negara.

Justeru itu, saya dan rakyat Malaysia yang berkongsi aspirasi yang sama menggesa tindakan yang JUJUR dan SERIUS daripada kalian yang berada di dalam Parlimen - sama ada di kerusi kerajaan mahupun pembangkang - untuk sekurang-kurangnya memastikan peruntukan-peruntukan yang bermasalah di dalam undang-undang tersebut untuk dihapuskan.

Muhammad Najib bin Abdurrahim
Rakyat marhaen
Mantan mahasiswa 2010-2015
Mantan Pengerusi WUFI IIUM 2013-2014
Mantan Pengerusi MPN GAMIS 2014-2015

#SelamatkanMalaysia
#SelamatkanMahasiswa
#SelamatkanUniversiti
y



Sila kongsi artikel ini...

SAMM dengan tegas mencadangkan Kerajaan Peralihan (Caretaker Government) ditubuhkan bagi mengganti kerajaan sedia ada

5:48 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Umum
15 Ogos 2015

Sejak bermulanya krisis Pemerintahan di negara ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengambil pendirian yang sangat jelas bahawasanya menjatuhkan individu semata-mata tidak menyelesaikan apa-apa masalah yang dihadapi sehingga kini. SAMM berpegang bahawa krisis kali ini perlu dimunculkan dengan semangat perlawanan bagi merubah sistem pemerintahan negara yang telah rosak sepenuhnya.


SAMM juga sebelum ini berbeda pendapat dengan kenyataan awal BERSIH pada 29 Julai 2015 yang menuntut perletakkan jawatan Najib seperti dalam laman rasmi Bersih : http://www.bersih.org/bersih-4-masanya-telah-tiba/

Walaupun pandangan dan pendirian SAMM ini tidak popular malah dikeji dan ditohmah oleh banyak pihak, namun SAMM terus kekal dengan pendirian kami. Malah, SAMM akan tetap meneruskan kempen ‪#‎SudahlahMahathir‬ kerana Mahathir adalah perlambangan kepada sistem sedia ada yang rosak dan korup.

Malah tidak salah jika disimpulkan bahawa terdapat ramai aktivis non partisan juga turut tidak bersetuju dengan demo Bersih yang dilihat hanya bermotif turunkan Najib.

Semalam (14 Ogos 2015) semasa dalam roadtour BERSIH di Pulau Pinang dimana SAMM juga merupakan penganjur bersama, SAMM telah menegaskan pendirian kami untuk terus mengasak perubahan sistem pemerintahan di hadapan ribuan orang ramai. Ternyata ramai yang berkongsi hasrat yang sama untuk melihat kebejatan sistem ini ditamatkan segera.

Semalam juga, Pengerusi BERSIH 2.0 telah berkata menukar perdana menteri tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah tanpa pembaharuan utama kepada institusi dan sistem politik semasa pelancaran Perhimpunan BERSIH 4.0 seperti yang terkandung dalam laporan berita beikut : http://www.bersih.org/bersih-4-undi-tidak-percaya-rakyat-t…/

SAMM menyambut baik kenyataan tersebut dan terus menegaskan pendirian kami bahawa sebagai sebuah Organisasi Massa yang bukan parti politik seharusnya tidak terperangkap dengan skrip lama dan sekadar bermain dengan garis popular semata-mata. Krisis yang berlaku hari ini perlu diambil kesempatan untuk membawa pendidikan politik bagi menggerak pembaharuan sistem politik negara yang lebih tuntas kepada segenap lapisan masyarakat.

SAMM dalam masa yang sama dengan tegas mencadangkan Kerajaan Peralihan (Caretaker Government) ditubuhkan bagi mengganti kerajaan sedia ada. ‘Caretaker Government’ ini merupakan satu kerajaan sementara yang terdiri daripada anggota Dewan Rakyat merangkumi wakil-wakil daripada kesemua Parti Politik yang ada di dalam Dewan tersebut.

Dalam tempoh masa Kerajaan Peralihan ini, SAMM menggariskan beberapa perkara yang dilihat agak kritikal untuk dirombak semula supaya Malaysia dapat diletakkan ke landasan yang sebenar. Sila ke pautan http://anakmudamalaysia.com/…/rethinking-merdeka-negara-pe…/ (Rethinking Merdeka – Kerajaan Perubahan) untuk maklumat selanjutnya.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda SAMM



Sila kongsi artikel ini...

Jual Beli Tanah Antara 1MDBDan Affin Bank - Percanggahan Kepentingan Yang Menyalahi Undang Undang. - Mahfuz Omar

5:16 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media

JUAL BELI TANAH ANTARA 1MDB DAN AFFIN BANK - PERCANGGAHAN KEPENTINGAN YANG MENYALAHI UNDANG UNDANG
.



LTAT MENJADI MANGSA.


1. Pembelian tanah TRX milik 1MDB oleh AFFIN Bank sangat dipersoalkan sebelum ini, kerana ia dilihat sebagai satu tindakan penyelamatan masalah hutang 1MDB yang berada pada tahap yang kritikal. Apatah lagi AFFIN Bank dimiliki kepentingan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Ini bermakna secara tidak langsung Dana awam yang dimiliki anggota ATM untuk Simpanan Hari Tua mereka telah disalah guna untuk menyelamat Skandal 1MDB.

DIA JUAL, DIA NILAI
2. Penjualan dan pembelian tanah tersebut jelas berlaku percanggahan kepentingan di mana CH William, Talha &Wong (WTW) telah dilantik sebagai Perunding oleh 1MDB dan telah terlibat sejak awal sebagai Perunding Pembanggunan Projek 1MDB. WTW juga adalah penilai yang dilantik oleh 1MDB dan terlibat dalam penilaian tanah yang dibeli oleh AFFIN Bank. Persoalannya, bagaimana Perunding Pembanggunan Projek 1MDB dan penilai bagi pihak penjual 1MDB juga menjadi penilai bagi pihak pembeli AFFIN Bank?

MENYALAHI UNDANG-UNDANG

3. Proses jual beli tanah TRX milik 1MDB ini adalah suatu percanggahan kepentingan yang jelas dan kesalahan yang serius di bawah undang undang Akta Penilai (Akta 242). Bagaimana Affin boleh melantik WTW yang terlibat dengan 1MDB daripada peringkat awal untuk membuat penilaian? Seorang penilai atau agen hartanah yang bertindak sebagai agen hartanah kepada pihak penjual tidak boleh membuat penilaian ke atas tanah tersebut. Ini menimbulkan persoalan "independent" atau kebebasan di dalam melakukan penilaian ke atas tanah tersebut dipersoalkan.

KEPENTINGAN LTAT TIDAK DILINDUNGI

4. Mohon penjelasan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC), adakah SC bersetuju dan memberi kebenaran untuk Affin bank melantik WTW menjadi penilai bagi pihak Affin bank walaupun berlaku percanggahan kepentingan? Penjelasan juga perlu diberi oleh Lembaga Penilai kenapa mereka tidak menghalang percanggahan kepentingan ini untuk menjaga nama baik Lembaga Penilai? Saya difahamkan Pengarah Urusan WTW adalah Ahli Majlis Lembaga Penilai Malaysia. Penjelasan dari SC, Presiden Lembaga Penilai dan Affin dinanti demi untuk melindungi kepentingan LTAT, pendeposit dan pelanggan Affin Bank.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA."

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena.

15 Ogos 2015/30 Syawal 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Media IKRAMTeens 14 Ogos 2015 :kanak-kanak 11 tahun yang dilaporkan mengandung dan bersalin

4:42 PM 0 Comments A+ a-



IKRAMTeens


Kenyataan Media IKRAMTeens
14 Ogos 2015

Baru-baru ini sekali lagi negara kita dikejutkan dengan berita yang amat mendukacitakan. Kes dua orang kanak-kanak 11 tahun yang dilaporkan mengandung dan bersalin adalah kes yang amat membimbangkan.


IKRAMTeens selaku badan bukan kerajaan yang banyak menjalankan program-program pembentukan sahsiah remaja memandang serius kes-kes yang melibatkan remaja di negara ini.

IKRAMTeens merasa terpanggil untuk mengajak masyarakat dan kerajaan bagi melihat dan memperkasakan lagi sistem kekeluargaan mengikut syariat Islam bagi menjaga ahli keluarga dari anasir-anasir luar yang merosakkan. Ini bertepatan dengan firman Allah swt yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..." (At-tahrim: 6)

IKRAMTeens percaya salah satu penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan memberi didikan agama yang mencukupi dan memupuk suasana harmoni serta kasih sayang dalam keluarga dan masyarakat. Ibubapa juga perlu memberi perhatian lebih kepada anak-anak serta memantau aktiviti harian mereka.

IKRAMTeens akan terus berusaha membimbing remaja kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran melalui program-program yang dijalankan seperti modul Meniti Usia Baligh yang memberi pendedahan tentang perubahan-perubahan di alam remaja serta modul Cinta Fotokopi yang menekankan tentang bahaya zina dan hubungan seksual sebelum berkahwin.

Akhir kata, IKRAMTeens mengajak semua pemimpin dan rakyat Malaysia turut serta dan sama-sama prihatin dalam membantu menangani isu kritikal ini.

-Sekreteriat IKRAMTeens Pusat-


Sila kongsi artikel ini...

Pengumuman Penubuhan Gerakan Harapan Baru Negeri Selangor.

3:39 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Sidang Media

Assalamualaikum.

PENGUMUMAN PENUBUHAN GERAKAN HARAPAN BARU NEGERI SELANGOR.

① Saya mengucapkan setingggi-tinggi syukur kehadrat Allah SWT diatas rahmat dan hidayahNya, maka Gerakan Harapan Baru Negeri Selangor telah dapat dibentuk dengan sempurna untuk terus membawa panji perjuangan politik Islam, membela rakyat, menegakkan kebenaran dan keadilan untuk semua, khususnya di Negeri Selangor.

② Gerakan Harapan Baru adalah sebagai permulaan (prelude) kepada penubuhan sebuah parti politik baharu yang berteraskan Islam yang akan diumumkan apabila proses penubuhannya telah dapat disempurnakan nanti. Sehingga itu dapat dilakukan, HB merupakan satu wadah yang bersedia menyahut seruan, tuntutan dan kemahuan rakyat yang begitu kuat agar gerakan seperti ini diwujudkan. Sokongan rakyat pelbagai kaum, masyarakat sivil, anak muda dan NGO sangat baik terhadap gerakan ini.

③ Di peringkat Negeri Selangor, senarai kepimpinan Gerakan Harapan Baru adalah seperti berikut:

Penyelaras: Tn Hj Ir Izham B. Hashim
Timb Penyelaras 1: YB Saari B. Sungip
Timbalan Penyelaras 2: YB Hasnul B. Baharudin
Timb Penyelaras 3: Ahmad Idzam B Ahmad
Setiausaha: En Ar. Kamarul Hisham B. Hj Yeop Hashim
Penolong Setiausaha: En Zulfadzlee Shah B. Shaharudin
Bendahari: Tn Hj Mohamad B. Abd Rahman
Pengarah Komunikasi: Jamzuri B. Ardani
Pengarah P/Raya: Jaafar B.Shamsudin
Ketua Gerakan Anak Muda: En. Mohd Hilmi B. Radzuan
Ketua Gerakan Wanita: Pn Sazana Bt. Isa
AJK:
1. Ustaz Azrulkhakim B. Suradi
2. Ustazah Mariam Bt. Abd Rashid
3. Norhalim B. Sirome
4. Hj Anuar B. Tahir
5. Hj Shamsul Ma'arif B. Ismail
6. Khairul Basri B. M. Arif
7. Faridah Bt. Md Nor
8. Dr. Abdull Wahab B. Hassan
9. Mohd. Rayme Bin Abdul Rahman
10. Mohd Sany B. Hj Hamzan

④ Satu Majlis Pelancaran Gerakan Harapan Baru Negeri Selangor akan diadakan bersekali dengan Majlis Jamuan Hari Raya pada 16hb Ogos 2015 (Ahad) di Dewan Teratai Seksyen 19, Shah Alam. Majlis akan bermula jam 7 malam. Majlis Pelancaran akan disempurnakan oleh Pengerusi Gerakan Harapan Baru, Tn Hj Mohamad Sabu dan para pimpinan tertinggi HB di peringkat nasional.

⑤ Pihak kami juga telah mengenalpasti para aktivis kami di semua peringkat kawasan parlimen di negeri Selangor dan kami tidak berdepan dengan sebarang masalah menubuhkan organisasi gerakan massa ini di semua kawasan parlimen di negeri ini. InsyaAllah, jentera dan persiapan telah siap sedia dibentuk sepenuhnya bagi menyambut kelahiran parti Islam yang bakal ditubuhkan nanti dan seterusnya membawa panji baru menghadapi PRU 14 bersama rakan-rakan dalam gabungan pembangkang kelak.

⑥ Gerakan ini akan mengambil pendekatan yang inklusif, progresif, demokratik, dan peduli rakyat. Kami juga akan memberi fokus kepada usaha memberi penerangan, menjauhi perbalahan dan permusuhan, meramaikan kawan, mengurangkan seteru, serta memupuk budaya politik baru yang tegas dengan prinsip, namun bersederhana dalam tindakan.

⑦ Semoga Allah merahmati perjuangan ini yang berhasrat mengukuhkan Islam sebagai rahmat untuk semua.



Amanah. Progresif. Peduli

Tn Hj Ir Izham Hashim
Penyelaras Gerakan Harapan Baru
Negeri Selangor
14hb Ogos 2015






Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan penjelasan Dato' Saifuddin Nasution Ismail mengenai kenyataan Edmund Bon

2:35 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan penjelasan Dato' Saifuddin Nasution Ismail mengenai kenyataan Edmund Bon:

1) Kedua-dua peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju supaya mencari jalan agar perbicaraan tidak diteruskan. Oleh itu, pada hari pertama perbicaraan dimulakan Selasa lalu, peguam Tan Sri Khalid menyediakan draf pertama untuk dipertimbang oleh saya.

2) Saya menyatakan bahawa saya dan KEADILAN tidak akan meminta maaf tetapi boleh membuat penjelasan bahawa konteks dokumen yang dipertikaikan oleh Tan Sri Khalid itu adalah satu penjelasan politik.

3) Oleh kerana Tan Sri Khalid masih mahu ada penyataan meminta maaf, saya memaklumkan keputusan saya untuk meneruskan dengan perbicaraan.

4) Sebab itu pada pagi ini mahkamah bersedia untuk memulakan perbicaraan dan saksi saya seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim dibawa ke mahkamah.

5) Namun, dengan kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau memohon supaya perbincangan diteruskan agar penyelesaian dicapai tanpa perbicaraan.

6) Atas nasihat Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan mengambil kira semangat Syawal untuk bermaaf-maafan dan meletakkan kepentingan membela rakyat didepan, akhirnya saya dan Tan Sri Khalid bersetuju untuk sama-sama meminta maaf supaya ia satu keputusan "win-win".

7) Saya kesal dengan kenyataan peguam Tan Sri Khalid, Edmund Bon yang memberi gambaran yang berlainan. Malah semasa perbincangan tadi pun, walaupun Tan Sri Khalid lebih awal mahu sama-sama memohon maaf, beliau yang tidak begitu berkenan dengan penyelesaian itu.

8) Sebarang gambaran bahawa Tan Sri Khalid tidak memohon maaf dan penyataan maaf dari beliau yang direkodkan mahkamah tadi adalah bersempena Syawal seperti amalan raya adalah tidak tepat, tidak ikhlas dan mahu terus mengheret perkara ini.

9) Jika ia satu ucapan maaf raya yang tidak berkaitan dengan persetujuan saling meminta maaf, maka tidak perlulah ucapan itu diperintahkan oleh mahkamah untuk dibuat oleh Tan Sri Khalid dan dimasukkan sebagai rekod mahkamah.

10) Perintah mahkamah jelas menunjukkan bahawa penyelesaian ini melibatkan satu kenyataan maaf dari saya dan satu kenyataan maaf balas dari Tan Sri Khalid.

11) Saya bersetuju dengan rujukan Syawal di dalam kenyataan maaf Tan Sri Khalid dalam konteks semangat maaf-memaafkan dalam bulan Syawal agar masing-masing dapat meletakkan kepentingan rakyat di depan. Tindakan sesetengah pihak memutar belit bahawa rujukan Syawal dalam kenyataan maaf Tan Sti Khalid itu adalah satu ucapan maaf sempena hari raya adalah tidak jujur.

13) Saya berharap agar penyelesaian saling maaf memaafkan ini tidak terus dipanjang dan diputar belitkan oleh pihak lain sebagai menghormati persetujuan di antara saya dan Tan Sri Khalid di hadapan Dato' Seri Anwar tadi.

Terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL


Sila kongsi artikel ini...

Antara Mursi Dan TS Khalid Ibrahim - Alang Ibn Shukrimun

2:24 PM 0 Comments A+ a-



ANTARA MURSI DAN TS KHALID IBRAHIM
13 OGOS 2014


Apabila seorang pemimpin yang amanah lagi berkaliber seperti TSKI ingin diturunkan dari jawatan MB oleh KetUm PKR, teringat pula tragedi kejatuhan Presiden Mesir oleh As-Sisi. Kedua-dua mereka diturunkan dari pemerintahan yang kaya, disaat kecemerlangan mereka menguruskan harta negara dan kebajikan rakyat.

Jika TSKI berjaya mencipta rekod sepanjang zaman Selangor; menambah rizab negeri hampir 3 billion, berjaya menolak perjanjian membazir 2.5billion dalam isu air kepada hanya 250 juta, meyakinkan pelabur asing berbondong-bondong ke Selangor, meningkatkan kadar agihan zakat, menyemarakkan institusi pendidikan dunia juga akhirat, dan bermacam lagi kecemerlangan yang tak mampu disebutkan, Dr Mursi juga mencipta rekod yang sama.

Dr Mursi berjaya menutup ketirisan ekonomi dalam pengurusan Terusan Suez yang melakukan transaksi billion dolar sehari. Daripada menjadi sebuah negara yang terpaksa mengimport gandum untuk keperluan rakyat, Mesir menjadi negara pengeluar yang boleh menjual gandum dan ubat-ubatan dengan harga jauh lebih murah kepada rakyatnya. Perkapita meningkat. Mesir juga berjaya mencipta jet pejuang pertama 100% buatan Mesir. Defisit dalam belanjawan tahunan berjaya dikurangkan tahun demi tahun, dan hutang luar tinggalan Mubarak hampir langsai!

Kedua-dua mereka mempunyai kehebatan yang sama, iaitu memerintah berteraskan keadilan dan menolak kronisme.

Lebih mengharukan, kedua-dua mereka walaupun dikatakan agak 'kedekut' untuk meluluskan peruntukan (Ini salah satu sifat amanah menjaga harta rakyat), tetapi dalam waktu yang sama mereka berdualah orang yang paling pemurah harta peribadi mereka.

TSKI mengeluarkan harta sendiri untuk membiayai bangunan PKR serta banyak kegiatan PKR yang lain. Dr Mursi juga didedahkan bahawa secara rahsia telah menyalurkan gaji bulanannya untuk membantu lebih 300 keluarga miskin di Mesir.

Cuma yang menjadi ketidakselesaan beberapa kumpulan, ialah sifat amanah kedua mereka itu menghalang mereka dari berkompromi dengan nafsu orang politik. Dr Mursi tidak sekali-kali tunduk terhadap kehendak kuasa politik dunia di barat mahupun timur yang memusuhi Islam terang-terangan. TSKI juga tidak mudah tunduk kepada tuntutan politikus sekelilingnya, di atas mahupun bawahannya yang hanya tahu melahap wang rakyat.

Nampaknya Malaysia baik pemerintah mahupun sesetengah pembangkang masih ingin membontoti corak politik kapitalisme Amerika. Politik ini memerlukan orang yang memerintah terus melobi dan mengambil hati politikus besar untuk menang dan terus memerintah.

Kalau nak menang pilihanraya di Amerika, calon mesti menyatakan sokongan terhadap dasar dan polisi negara haram Israel. Barulah Zionis itu akan mainkan propaganda melalui rangkaian media yang dikuasainya dan menyalurkan dana melalui Bank Dunia, IMF atau mana-mana agensi kewangan yang dikuasainya untuk membantu calon itu menang. Sebarang tindakan yang merimaskan Zionis dari sekutu-sekutunya, pasti akan diatur propaganda baru yang akan menjatuhkan karier orang tersebut.

Persoalannya, perlukah kita terus membudayakan amalan Amerika ini yang sudah jelas akibat buruknya? Adakah kita juga mahu terima nasib menjadi barua kuasa besar dunia seperti mereka?

Sudah tiba masanya kita tidak libatkan campurtangan politik dalam pentadbiran, sekurang-kurangnya dalam tempoh PRU14 masih jauh ini. Dahulukan kepentingan rakyat dan jangan sampai 'strategi' politik ini dilihat bodoh oleh rakyat biasa.

Kalau kita sanggup bersolidariti rabaah untuk negara yang jauh seperti Mesir, apa salah kami untuk turut bersolidariti untuk negeri Selangor?

(Alang Ibn Shukrimun)

s


Sila kongsi artikel ini...

Cadangan Kg. Seberang Takir dan Kg Pulau Duyong sebagai Kawasan Industri Petroleum; Tahniah YAB MB Terengganu !!! - Khairuddin Aman Razali at-Takiri

1:53 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Cadangan Kg. Seberang Takir dan Kg Pulau Duyong sebagai Kawasan Industri Petroleum; Tahniah YAB MB Terengganu !!!
Saya sangat yakin seluruh rakyat di Dun Seberang Takir dan Dun Bukit Tunggal tentu terkejut dengan pengumuman hasrat kerajaan Terengganu untuk menjadikan Kg. Pulau Duyong dan Kg. Seberang Takir sebagai kawasan industri berasaskan petroleum dan gas.

Saya sangat mengalu-alukan cadangan tersebut untuk dilaksanakan sesegeranya kerana ia akan menyegerakan kejatuhan Dun Seberang Takir ke tangan PAS. Sekian lama UMNO mewakili DUN Seberang Takir termasuklah ketika tsunami politik 1999 apabila PAS memerintah Terengganu, namun UMNO kekal kebal di Dun Seberang Takir.

Antara puncanya ialah undi pos di Kem Tentera dan Kem Pasukan Gerak Am. Undi rakyat kampung sebahagian besarnya sudah hampir bersama PAS. Termasuklah juga pada PRU ke 13. Insyallah dengan cadangan "bijaksana" YAB MB Terengganu yang merupakan Adun Seberang Takir dan anak jati Kg. Seberang Takir, PAS insyallah bakal memecahkan tradisi untuk memenangi DUN Seberang Takir pada pilihanraya akan datang.

Apakah tujuan sesebuah pembangunan dilakukan di sesebuah kawasan? Tentulah untuk kebaikan rakyat yang mendiami kawasan tersebut. Namun, apabila projek industri petroleum dilaksanakan tentulah pengambilan tanah rakyat orang kampung yang beratus ekar akan diambil secara paksa menggunakan Akta Tanah Negara.

Kg. Seberang Takir yang tidaklah seluas mana bermula dari tanjung dan muara Sg Terengganu di seberang bandar Kuala Terengganu sehingga ke Kem Tentera dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan kehilangan sebahagian besar penduduknya. Penduduk Kg Seberang Takir termasuklah tanah kelahiran dan tempat membesar MB Terengganu Dato' Seri Ahmad Razif akan dihijrahkan. Kg. Seberang Takir akan menjadi sejarah seperti mana Kg. Pantai Kundur dan Tanah Merah di Melaka.

Begitu juga Kg. Pulau Duyong yang mempunyai sejarah tersendiri melibatkan tokoh ulamak bersejarah Tok Syeikh Pulau Duyong yang juga merupakan kampung asal keluarga YAB Dato' Seri Ahmad Razif turut akan terus menjadi tinggalan sejarah sekiranya projek industri tersebut dilaksanakan.

Adakah Dato' Seri Ahmad Razif dengan idea "bijaksana" ini cuba menyaingi sejarah jasa bekas MB Terengganu yang juga dari Seberang Takir iaitu Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad (TSIF) yang menjadi MB selama 9 tahun dari 1961 hingga 1970? TSIF telah membangunkan Seberang Takir dengan Sekolah Menengah Ibrahim Fikri pada 1965 dan membuka penempatan baru di Seberang Takir. Manakala jasa YAB Dato' Seri Ahmad Razif yang merupakan anak jati kelahiran Kg. Baru, Seberang Takir sebagai MB ialah menghapuskan kewujudan penduduk Kg. Seberang Takir. Tahniah Dato' Seri!!!.

Adakah Terengganu kekurangan hasil dan pembangunan sehingga projek ini perlu dilontarkan sebagai idea? Tidak cukupkah hasil royalti yang dijenamakan sebagai Wang Ehsan dan kemudiannya Dana Khas yang bernilai lebih dan kurang 2 ribu juta (2 bilion) setiap tahun untuk tujuan pembangunan rakyat Terengganu yang tidak sampai pun 2 juta orang?

Adakah pemimpin Terengganu kekeringan idea untuk mewujudkan industri yang boleh memberi pekerjaan kepada rakyat tanpa perlu melibatkan pengambilan tanah orang kampung dan juga pencemaran alam???

Maaf YAB Dato' Seri. Sebagai anak jati Kg. Seberang Takir sebagaimana Dato' Seri, saya terpaksa menegur dan membantah cadangan ini.

YAB masih berpeluang membuat jasa kepada orang kampung dengan memperluaskan lagi industri perikanan seperti keropok, ikan kering dan belacan di samping usaha meningkatkan lagi hasil tangkapan nelayan yang menjadi sebahagian pekerjaan tradisi orang kampung Seberang Takir.

Pantai Seberang Takir yang indah masih terbuka untuk dibangunkan menjadi aset pelancongan yang memberi peluang pekerjaan kepada orang kampung. Peluang perniagaan makanan tradisi sepanjang pantai seperti ikan, udang dan sotong dicelop tepung serta keropok goreng boleh dikembangkan.

Tanjung yang luas oleh tambakan laut boleh dibangunkan dengan perbandaran baru yang boleh memberi peluang keusahawanan kepada anak-anak muda.

Jeti nelayan beserta bot penambang boleh dijadikan aset pelancongan yang menguntungkan rakyat. Sg Terengganu yang luas dan panjang boleh dimanfaatkan untuk pelabuhan kapal-kapal besar seperti di Athen, Greece. Atau dimanfaatkan dengan feri pelancongan sebagaimana kelihatan di bandar-bandar besar dunia seperti London, Paris, Amsterdam, Istanbul, Guang Zhou dan Sdyney.

YAB buatlah sesuatu yang membanggakan orang kampung Seberang Takir apabila bermenteri besarkan seorang anak jati kampung! Saya akan menyokong setiap yang baik tetapi tidak untuk yang sebaliknya.

Sekian.

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Sabtu 15hb Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Melayu bachul dan perlukan keberanian – Feriz Omar PROWARIS

1:34 PM 0 Comments A+ a-


Melayu bachul dan perlukan keberanian – Feriz Omar
August 13th, 2015

1. Melayu 'bachul' kerana tak tahu undang-undang atau mungkin disihir ?
Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) banyak melalui isu kepimpinan negara dan lama perhatikan karakter Melayu. Melayu sebenarnya bachul dan perlukan keberanian ! Ini mungkin kerana secara rata-rata, Melayu tak tahu hak bersuara di bawah ruang lingkup undang-undang atau mungkin Melayu dipukau kuasa sihir yang besar lagi jahat yang mahukan Melayu terus redho dengan keadaan ekonomi-politik semasa.

2. Rakyat langsung tak pandang dan tak faham laporan fitch, moodys dan S&P !
Kepimpinan tertinggi Kerajaan seolah buta lagi tuli Melayu sebenarnya tak peduli laporan fitch, moody's dan S&P kerana 'real experience' yakni suasana sebenar di akar umbi adalah sangat bercanggah.

3. Persepsi negatif terhadap Malaysia ...
Petanda jelas seperti kejatuhan ringgit, yakni USD1.00 = RM4.00 dan kejatuhan komposit indeks hampir mencecah paras 1600, kejatuhan sebanyak 100 mata dalam tempoh seminggu adalah bukti jelas Rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa mempunyai persepsi negatif terhadap Malaysia atas faktor tidak yakin dengan kepimpinan negara.

4. Beban GST, kenaikan harga minyak dan kadar tol melampau !
Mana taknya? Kenaikan harga barangan ekoran pelaksanaan GST, turun-naik harga minyak yang tidak menentu serta harga tol yang semakin meningkat sekalipun cukai jalan masih wajib dibayar adalah antara penyumbang kepada bahang ekonomi semasa.

5. Akar umbi Melayu yang kini rata-rata dipimpin Golongan Profesional Melayu sudah bijak dan ternyata bingung kerana mereka tahu GST sebenarnya boleh dilaksanakan pada kadar rendah dan dinaikkan berperingkat-peringkat mengikut keadaan semasa seperti di Singapura. Harga minyak pula boleh ditetapkan melalui pembelian pukal dan 'hedging' terutamanya dalam senario harga minyak dunia yang kini rendah. Harga tol boleh dielakkan dengan memanjangkan tempoh konsesi lebuhraya.

6. Namun, Kerajaan tetap dengan pelaksanaan yang bercanggah dengan kehendak Rakyat sekalipun kepimpinan tertinggi kini amat memerlukan sokongan padu rakyat terhadap Kerajaan yang tidak menentu.

7. Krisis matawang indonesia selesai selepas pemimpin utamanya letak jawatan...
Saya terhimbau kembali pada pengalaman saya sebagai ahli perbankan pelaburan dan penganalisis ekonomi di Indonesia sewaktu serangan penyangak matawang Soros menyerang Asia Tenggara antara 1997-1999, kejatuhan nilai rupiah USD1.00 = Rp16,000 (kejatuhan sebanyak 640%). Sekalipun terdapat spekulasi matawang, ternyata pertahanan ekonomi sebenarnya bergantung kepada 'Feel Good Factor' yakni Faktor Keselesaan Rakyat yang lenyap selepas Suharto diisytihar 'Diktator' segenap lapisan masyarakat di Indonesia. Akhirnya, suasana 'Feel Good Factor' itu tercapai selepas perletakan jawatan Presiden Suharto dan diganti BJ Habibie dan nilai matawang Rupiah pulih serta merta.

8. Ingat generasi muda penentu sama ada melayu akan terus berkuasa !
Hakikatnya, jatuh-bangun Kerajaan hari ini bergantung pada peratusan terbesar undi generasi muda yang kerap bertukar 'smartphone' dan menghisap vaper, sekalipun ia adalah sama haram dengan 'shisha'. Tidak mustahil golongan penentu ini akan bangkit menentang Kerajaan semata-mata kerana barangan dan aksesori yang menjadi kegilaan mereka ini walaupun sesetengahnya dari China, ia dibeli dengan USD dalam keadaan RM berada di tahap paling rendah dalam tempoh 17 tahun. Ingatlah juga generasi 'smartphone' ini yang sebenarnya menguasi berita info terkini, bukan Kumpulan Media Prima.

9. Hartanah melayu hampir pupus ?
Paling menakutkan adalah statistik Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menunjukkan hanya tinggal 12% tanah rezab Bangsa Melayu. Satu kadar amat memeranjatkan berbanding dengan amanah asal Raja-Raja Melayu agar 50% tanah Tanah Melayu dipelihara dan terus kekal milik rezab Melayu selamanya. Jika ini benar, kepimpinan Melayu sekarang ini gagal dalam memastikan kelangsungan agenda perjuangan bangsa.

10. TPPA, meranapkan DEB !
Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) masih dalam perundingan dan desakan pelobi utama, Amerika Syarikat untuk Malaysia menandatanganinya semakin memuncak. Kehadiran Presiden Obama yang kemungkinan datang buat kali kedua ke Malaysia dalam tempoh jangkamasa singkat sejak kunjungan pertama juga timbul tanda tanya. Golongan Profesional Melayu Muda amat risau jika perundingan ini berjaya kerana ia bakal melenyapkan agenda Bumiputera di bawah DEB sekali gus membenarkan syarikat-syarikat antarabangsa bermaharajalela di Malaysia.

11. Pentadbiran penuh musykil, badan penyiasatan antarabangsa diperlukan
Kes 1MDB perlu melibatkan penyiasatan badan berkuasa antarabangsa seperti INTERPOL kerana ditakuti ia mempunyai unsur-unsur 'pencucian wang haram' melalui transaksinya di luar negara. Jika transaksinya disahkan 'FRAUD' maka sumbernya adalah 'HARAM' dan tidak kira 1001 lapisan transaksi selepas itu juga dikira 'WANG HARAM' sekalipun ia adalah sumbangan / derma kepada parti politik yang memimpin Kerajaan Malaysia.

Kalau nak diharapkan agensi di Malaysia, pentadbiran kerajaan kini penuh tanda tanya. Sedangkan Timbalan Perdana Menteri yang mencadangkan penyelesaian isu 1MDB juga dilucutkan jawatan, Peguam Negara diberhentikan kerja semasa penyiasatan, para pegawai dari badan penyiasatan tersuci SPRM ditahan dan Pengerusi PAC pula terpaksa menamatkan perkhidmatan kerana menerima kenaikan pangkat sebagai Timbalan Menteri. Walau 1001 alasan diberikan, ia adalah pelik lagi musykil.

11. Bahang bakal mendidih
Rakyat terutamanya Melayu akar umbi semakin terasa bahang. Panas bahang ini bakal mendidih jika ia berterusan. Buktinya, suara lantang Ahli Profesional Melayu Saudari Anina Saaduddin bertajuk, "Najib Kaki Kencing" semasa Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO di Langkawi selepas luahan Perwakilan Pemuda Kuala Kedah dan serahan memorandum Perwakilan Bahagian Pasir Gudang perlu diteruskan. UMNO sebagai organisasi yang membawa wadah perjuangan Melayu adalah platform sebenar untuk segala isu berkenaan Melayu dan patut dibincang secara terbuka. Jika dihalang, maka parti yang dianggap 'keramat' Bangsa Melayu itu akan hilang 'keramat' nya, pupus malah akan dihina anak bangsa sendiri.

Ibu saya selalu mengingatkan, "Islam yang suci itu difitnah kerana umatnya, UMNO yang suci itu kini difitnah kerana beberapa orang pemimpinnya".

12. Jangan takut ! professional melayu dan gabungan NGO melayu perlu bangkit sekarang !
ProWaris menyeru agar ahli-ahli Profesional dan Graduan Melayu terus-terusan bangkit melalui pertubuhan masing-masing, terutamanya UMNO. NGO Melayu perlu bergabung secara besar-besaran kerana Penyatuan Melayu adalah amat kritikal di saat ini. Kepimpinan, Keselamatan dan Penyatuan perlu menjadi agenda utama. Golongan Profesional Melayu yang memimpin Bangsa Melayu peringkat akar umbi perlu lantang dan berani bersuara serta tidak perlu takut selagi platform yang digunakan adalah rasmi dan mengikut peraturan. Renung-renungkanlah apakah ini mungkin perjuangan episod terakhir kita.

Demi Islam. Demi Melayu. Demi Malaysia. – 13 Ogos, 2015.

* Feriz Omar merupakan Presiden, Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)


Sila kongsi artikel ini...

Mengutuk Sekeras-Kerasnya Penggantungan ‪#‎UIA2 - Nik Nazmi

3:54 AM 0 Comments A+ a-



MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA PENGGANTUNGAN ‪#‎UIA2‬

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak pengurusan tertinggi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang telah menggantung Saudara Hanif Mahpa, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) UIA dan Saudari Afiqah Zulkifli, EXCO MPP UIA selama dua semester (iaitu setahun) berkenaan isu penganjuran forum GST dan menjemput Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Hukuman yang terlampau berat itu, hanya kerana memberi ruang kepada seorang ahli Parlimen untuk berdiskusi perihal GST, amatlah mendukacitakan. Ini kerana ia bukan sahaja melanggari prinsip kebebasan akademik, tetapi ia juga memberi kesan kepada kehidupan dua orang pimpinan mahasiswa.

Apakah pihak Universiti tidak memikirkan kebajikan dan masa depan anak muda ini? Bukankah kepentingan mahasiswa itu merupakan pertimbangan utama sebuah institusi pendidikan? Apakah kesalahan mereka begitu berat sehingga perlu menggantung pelajaran untuk sekian lama?

Saya rasa tidak salah jika saya katakan bahawa Rektor yang sedia ada sekarang ini merupakan antara yang paling menghampakan di dalam sejarah Universiti tersebut. Mengimbau kembali perilaku dan tindak balas beliau kepada beberapa perkara semenjak perlantikannya, ia seakan-akan Universiti tersebut sudah lebih ke belakang dari segi kebebasan akademik dan perkembangan ilmu. Dua perkara yang amat penting bagi sesebuah institut pengajian tinggi.

Sedangkan UIA pada suatu ketika dahulu adalah lebih terbuka, malah menggalakkan perkongsian ilmu tanpa mengira latar belakang penyampainya. Saya sendiri beberapa kali turut serta dalam forum di UIA.

Rektor yang sedia ada terlalu menitikberatkan faktor politik UMNO – daripada berusaha mempertingkatkan martabat Universiti yang
menampilkan moto "Taman Ilmu dan Budi".

Saya menggesa pihak Universiti untuk menimbang semula keputusan tersebut dan membenarkan kedua-kedua belajar tersebut untuk menyambung pelajaran serta-merta. Saya juga ingin menyarankan agar UIA memulihkan kredibiliti Universiti dengan memberikan keutamaan semula kepada kepentingan akademik dan pelajar.

Cukup-cukuplah mencalarkan reputasi sebuah institusi akademik yang dahulunya disegani ramai, tiada manfaat yang baik jika terus-menerus berpaksikan dasar dengan politik UMNO yang kolot.

NIK NAZMI NIK AHMAD
EXCO PENDIDIKAN, PEMBANGUNAN MODAL INSAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SELANGOR



Sila kongsi artikel ini...

Solidariti For UIA2 - Azmir Zakaria PROGUAM

3:49 AM 0 Comments A+ a-



SOLIDARITI FOR UIA2

Keputusan yang membingungkan dunia akademik. Digantung 2 semester kerana menjadi mahasiswa yang cerdik. Memalukan.

Pada Ramadhan yang lalu, sdr Hanif Mahpa dan sdri Afiqah telah ke pejabat saya mendapatkan nasihat perundangan bagi kes ini. Saya dah katakan kepada mereka berdua pada ketika itu, bahawa mereka pasti akan digantung walaupun kes mereka kuat dan berada di pihak yang benar. Saya katakan, perjuangan sebenar utk melawan kes ini adalah di Mahkamah Tinggi dan saya bersedia.


Semalam saya telah dihubungi oleh wakil mereka untuk bantuan guaman. Kalau tidak ditanya sekalipun, saya dan rakan2 Peguam di dalam ProGuam sedia memfailkan tindakan Semakan Kehakiman terhadap UIA. Lawan tetap lawan.

‪#‎Solidariti4UIA2‬
Azmir Zakaria PROGUAM





Sila kongsi artikel ini...

Kegilaan Mempertahankan 1MDB - Wan Ahmad Fayhsal

2:51 AM 0 Comments A+ a-



KEGILAAN MEMPERTAHANKAN 1MDB

Yang aku hairan teramat, yang terhegeh-hegeh jawab panjang lebar, pertahankan sampai lumat 1MDB bukannya orang UMNO, bukannya ahli kabinet, hatta bukan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB tapi golongan yang BUKAN ahli UMNO dan tiada sebarang akses rasmi - khusus melibatkan SEMUA DOKUMEN PENTING PERNIAGAAN seperti "private placement memorandum", "joint venture agreement PetroSaudi Intl", "business proposals" etc. lebih galak dan YAKIN sungguh yang tiada sebarang perlanggaran "governance", tiada sebarang "financial malfeasance" di dalamnya.


Semuanya baik belaka. Apa asas ukuran mereka untuk pertahankan sampai lumat?

Sekurang-kurangnya Sarawak Report dan The Edge ada DOKUMEN-DOKUMEN ASAL YANG SAH yang diambil daripada Xavier Justo (walaupun dituduh "tampered", Rahman Dahlan tiada berani zahirkan dokumen yang kononnya "untampered).

Dan kalau mereka percaya mereka di pihak yang benar, kenapa tidak buktikan kepada RAKYAT apa sebenarnya PERANCANGAN 1MDB yang ASAL dan yang BENAR, bukan menempelak versi kononnya "FITNAH" seperti yang disiasat oleh Sarawak Report, The Edge dan Tun Mahathir.

Kenapa dalam jangka masa yang singkat 1MDB boleh meraih HUTANG YANG SANGAT BANYAK sampai semput nak servis pinjaman ikut jadual? Model perniagaan "high gearing" dan "leveraging" yang gila ini siapa yang bagi kelulusan? Apa Ahli Lembaga Pengarah dan Lembaga Penasihat tak buat kerja atau buat keputusan yang salah??

Kalau syarikat peribadi tak kisah, masalahnya semua hutang ini akan ditanggung oleh RAKYAT juga akhirnya kerana ianya milik KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF Inc.) - "socialization of cost"!

Kenapa jawapan yang diberikan Kementerian Kewangan dan 1MDB sangat kabur, penuh dengan permainan kata macam CEO baru 1MDB yang diangkut daripada Abu Dhabi iaitu Arul yang bermain kata dengan "cashflow missmatch". Itu bukan jawapan kenapa 1MDB bermasalah. Beliau yang cuba kaburkan kita dengan kata-kata yang hampa maknanya kerana "cashflow missmatch" adalah KESAN (CONSEQUENCE) bukannya SEBAB (CAUSE) 1MDB yang telah memaksa kerajaan dan rakyat Malaysia menanggung hutang yang bertapuk-tapuk banyaknya.

Kenapa 1MDB pengecut untuk berdepan dengan PAC? Kenapa? Kenapa?

Wan Ahmad Fayhsal


s


Sila kongsi artikel ini...

PAC Kenapa Perlu Tunggu 19 Oktober? -

12:48 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media (10)
PAC Kenapa Perlu Tunggu 19 Oktober?


Ustaz Idris Hj AhmadNaib Presiden Pas
14/8/15


Krisis 1MDB bukan satu isu kecil. Ia membabitkan wang RM42 bilion, bukan satu jumlah yang kecil terutama ketika negara mengalami kemerosotan nilai ringgit, peningkatan kos sara hidup dan krisis keyakinan pelabur. Sehingga kini jawapan mengenai 1MDB masih tidak meyakinkan rakyat. Jika bekas Timbalan Perdana Menteri pun keliru, apatah lagi kita rakyat jembel.

Persoalannya kenapa perlantikan PAC perlu tunggu sehingga 19hb Oktober 2015. Ianya terlalu lama semenjak 28hb Julai 2015 ketika rombakan kabinet, hampir dua bulan setengah PAC tidak boleh bersidang kerana ketiadaan Pengerusi dan tiga anggota yang telah dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Semuanya ini mengundang spekulasi yang berbagai, akhirnya yang hancur negara dan rakyat apabila ia memberi kesan kepada pelabur untuk melabur. Siapa yang rugi?. Kerana rakyat tidak ada orang yang sudi untuk menderma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi.

Jika DS Najib serius untuk menghentikan polimik ini beliau perlu segera memanggil sidang Parlimen untuk menyelesaikan isu ini dengan segera untuk melantik anggota yang baru.
Kenapa pada mulanya pada 8/8/15 Kelab Penyokong BN bersetuju meminta Parlimen memanggil segera sidang Parlimen, tiba-tiba pada 12/8/15 Kabinet pula mengatakan ia tidak perlu disegerakan. Apakah DS Najib tidak mahu segera menyelesaikan masalah ini?. Sedangkan masalah ini telah menghantui beliau sehingga fokus untuk pengukuhan ekonomi dan meningkatkan nilai ringgit terbantut. Rakyat masih mengharapkan PAC sebagai satu mekanisme untuk menyelesaikan masalah urus tadbir, memandangkan SPRM, Bank Negara telah diganggu semasa penyiasatan ini berlaku. Sekurang-kurangnya PAC yang juga dianggotai oleh Ahli Parlimen pembangkang boleh menjadi pengimbang kepada masalah ini.


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.