Menilai Hujah Balas Peguam Negara Berkenaan 1MBD: Satu Analisa Ringkas - Wan Ahmad Fayhsal

8:33 PM 0 Comments A+ a-



MENILAI HUJAH BALAS PEGUAM NEGARA BERKENAAN 1MDB: SATU ANALISA RINGKAS

Oleh Wan Ahmad Fayhsal

Hari ini Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali telah mengeluarkan kenyataan balas terhadap dakwaan jenayah yang Bank Negara buat minggu lalu terhadap 1MDB di bawah Exchange Control Act 1953 (ECA). Bank Negara telah berhujah bahawa maklumat yang 1MDB “adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap.” (knowingly or recklessly making a statement which is false in a material particular)

(rujuk siaran akhbar Pejabat Peguam Negara: http://www.agc.gov.my/…/BANK%20NEGARA%20MALAYSIA%2013OCT201…)

(rujuk siaran akhbar Bank Negara: http://www.bnm.gov.my/index.php…)

Hubungan tidak lengkap itu adalah berkaitan dengan borang 09A dan 06B yang 1MDB telah isi untuk menghantar duit 1MDB ke luar (remittance) melalui Deutsche Bank pada tarikh:

(1) 29 September 2009,
(2) 6 September 2010
(3) 20 May 2011.

Daripada situ, Peguam Negara berhujah bahawa 1MDB tidak melakukan kesalahan di bawah ECA [paragraph (4)(b) of Part 1 of the Fifth Schedule] kerana maklumat yang 1MDB lampirkan dalam borang 09A dan 06B tidak menuntut kepada:

a) menyatakan nama kepada pemilik sebenar (beneficial owner)
b) menyatakan nombor bank akaun penerima pemilik sebenar
c) cara bagaimana wang itu disalurkan.

Peguam Negara juga berhujah memandangkan tiada sebarang permintaan khusus daripada Bank Negara untuk menyatakan (a), (b) dan (c), maka 1MDB tidak boleh dipersalahkan kerana 1MDB telah memenuhi syarat borang 09A dan 06B tersebut.

ANALISA:

Penulis ingin merujuk kepada laporan lengkap The Edge bertarikh 20 Julai 2015 bertajuk “Bagaimana Jho Low dan PetroSaudi bersekutu untuk mencuri duit daripada rakyat Malaysia melalui 1MDB” (How Jho Low & PetroSaudi schemed to steal money from the people of Malaysia via 1MDB).

(rujuk: https://www.scribd.com/doc/272024142/20150720-FD-19-22-C…)

Dalam laporan tersebut, The Edge telah membentangkan gambar besar transaksi dan penghantaran duit 1MDB ke luar negara yang kini menjadikan Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara berbeza pendapat secara amat tegang.

Berdasarkan tiga tarikh yang diberikan, ada persamaan (dengan sedikit jarak masa) dengan apa yang The Edge telah lakarkan dalam muka surat 20 dan 21 laporan tersebut di mana dijelaskan terdapat tiga transaksi ke luar (remittances) yang 1MDB lakukan melalui Deustche Bank.

Berdasarkan laporan The Edge ini yang Bank Negara juga telah memilikinya (seperti dimaklumkan oleh The Edge sewaktu Tan Sri Gani Patail masih mengetuai siasatan Khas 1MDB), penulis berpendapat pendirian tegas Bank Negara untuk mendakwa 1MDB kerana perilaku jenayah di bawah ECA yang menuntut kepada pemulangan wang penuh pelaburan ke luar oleh 1MDB sebanyak USD $1.83 bilion itu bukan kerana melibatkan maklumat tidak lengkap borang 09A dan 06B, sebaliknya kerana wang tersebut telah disalurkan ke akaun yang pemilik sebenarnya tiada kena mengena dengan 1MDB atau rakan usahasama 1MDB iaitu PetroSaudi International.

Seperti dalam rajah, garisan berwarna hijau menjelaskan aliran wang 1MDB melalui Deustche Bank masuk ke akaun milik sebuah syarikat bernama Good Star Limited (Seychelles) di sebuah bank akaun di Switzerland iaitu dRBS Coutts Zurich (no. akaun: 11116073).

Penulis berpendapat Bank Negara ingin persoalkan bahawa pemilik sebenar (beneficial owner) kepada syarikat Good Star Limited (Seychelles) itu adalah seorang lelaki yang kini dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Selain daripada itu, penulis berpendapat, seperti dilaporkan oleh The Edge, Bank Negara juga mempersoalkan cara wang pelaburan 1MDB dilakukan dalam beberapa siri transaksi dengan PetroSaudi International yang menggunakan beberapa entiti istimewa (special purpose vehicle [SPV]) yang berpengkalan di pusat kewangan luar persisiran pantai (offshore financial centre) seperti Seychelles, Cayman dan British Virgin Islan (BVI) untuk melaburkan wang 1MDB ke dalam bentuk perniagaan yang meragukan.

Kesimpulan: seperti dilaporkan dengan rinci oleh The Edge, 1MDB telah ditipu oleh Jho Low menggunakan teknik perniagaan dan kewangan (financial enginerring) yang rumit. Atas kecuaian pihak pengurusan 1MDB, pihak Bank Negara telah mengeluarkan arahan langsung untuk membawa pulang USD $1.83 bilion yang Jho Low telah ambil daripada rakyat Malaysia dan beliau juga telah disyaki melakukan pengubahan wang haram (money laundering) daripada wang 1MDB yang menjadikan 1MDB kini sarat dengan beban hutang yang besar.


Sila kongsi artikel ini...

Ucapan Maal Hijrah 1437H - YB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin

8:24 PM 0 Comments A+ a-



Ucapan Maal Hijrah 1437H
YB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan rahmat dan inayahNya, dapat kita sekali lagi menyambut kedatangan Tahun Baru Hijrah 1437.

Mengambil ikhtibar daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan seluruh umat Islam di Malaysia supaya dapat bersama-sama memperbaiki dan menganjak kedudukan kita daripada yang baik kepada yang lebih baik.

Dalam usaha kita ke arah menjadi insan dan ummah yang diberi barakah dan dilimpahi dengan segala rahmatNya, marilah kita memperkukuhkan kesatuan hati sesama kita supaya terpancar sinar azimat yang menyuluh lorong-lorong perjuangan kita. Berazamlah untuk menjadi lebih baik dan jauhilah dari perkara-perkara yang membawa kepada kemungkaran.

Marilah kita bersama-sama mengamalkan sifat-sifat terpuji Rasulullah SAW iaitu Siddiq (Jujur), Amanah (Dapat Dipercayai), Tabligh (Menyampaikan) dan Fatonah (Cerdas). Oleh itu, jauhilah sifat-sifat tercela seperti berdusta, khianat, menyembunyikan kebenaran dan lemah fikiran yang merupakan sifat-sifat orang munafik.

Sebagaimana yang telah diperingatkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW;

“"Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanah) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)

Oleh itu, raikanlah Maal Hijrah dengan penuh kesedaran dan kefahaman akan pentingnya penghayatan nilai-nilai murni keperibadian Rasulullah SAW dan perjuangan Baginda menegakkan Syiar Islam.

Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT semoga seluruh umat Islam di negara kita sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT dan Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera.

Kepada Allah kita berserah.

YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN


Sila kongsi artikel ini...

Press statement on Khalid Ismath 12th October 2015 - Jeyakumar Devaraj (PSM)

2:59 PM 0 Comments A+ a-



Press statement on Khalid Ismath 12th October 2015

It is very disappointing to hear that the Sessions Court in JB refused bail to Khalid Ismath. In our judicial system a person is presumed innocent until a Court of Law finds him or her be guilty of the charges against him. This is after a trial where he is allowed to give his defence – his side of the sequence of events, with the help of legal counsel.

Denying bail to Khalid amounts to a form of punishment /persecution that goes against the principles of justice and fair play. If this denial of bail is not rescinded, Khalid will have to remain remanded in jail until the disposal of his case which, since it involves 11 charges, might take more than a year to dispose of. This is grossly unjust.


Bail should only be disallowed if the police and/or prosecution have good grounds to believe that the accused would be a threat to the public or to public order if he is let out on bail. Another valid reason would be that the accused would attempt to intimidate witnesses. If the above 2 reasons do not exist, then bail should be allowed, and at a reasonable rate.

The law enforcing authorities should also take into cognizance the unintended negative effects of this heavy handed action against Khalid Ismath. We, in Malaysia, are dealing with a situation where a significant section of Muslim youth are being influenced by propaganda by militant Islamic groups such as the ISIS. A harsh and repressive stance on the part of the police, the public prosecutor and the courts will give them an additional reason to choose violence to make their political point as they will have reason to believe that society will not permit them to voice their criticisms through the media.

Young people tend to criticize what they perceive as unjust. This is good for the future of our society. If they go overboard in their criticism, the authorities have a duty to reprimand and preferably, counsel them. Such reprimand should be measured and balanced by a sense of fair play.

I urge the authorities to immediately reconsider their denial of bail for Khalid Ismath, and to review their manner of dealing with dissent.

Jeyakumar Devaraj (PSM)
Member of Parliament for Sg Siput



Sila kongsi artikel ini...

Kenapa Majlis Raja-Raja, Bank Negara Dan SPRM Berani Melawan - Wan Ahmad Fayhsal

12:08 PM 0 Comments A+ a-



KENAPA MAJLIS RAJA-RAJA, BANK NEGARA DAN SPRM BERANI MELAWAN

oleh
Wan Ahmad Fayhsal
Ada persamaan antara ketiga-tiga institusi ini dalam soal 1MDB: semuanya memberi isyarat yang jelas bahawa pesalah perlu di bawa ke muka pengadilan.

Minggu lepas saya ada bertemu dengan salah seorang tokoh besar. Saya tanya beliau pandangan Majlis Raja-Raja terhadap 1MDB. Faham ke Raja-Raja kita pasal 1MDB?


Beliau jawab, kalau Raja-Raja tak faham bagaimana para baginda boleh titah dalam kenyataan akhbar berbunyi "jika terbukti terdapat sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, maka Kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat."

(Rujuk titah lengkap: http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.…/…/kenyataan-akhbar)

Ini bermakna Raja-Raja kita selari dengan Bank Negara dan SPRM, TELAH MEMAHAMI memang ada KESALAHAN dan PESALAH.

Sebab itu Bank Negara tanpa ragu-ragu menggunakan kuasa yang ada untuk menarik semula kebenaran pelaburan 1MDB dan minta 1MDB bawa pulang secara SPESIFIK USD $1.83 BILION. Dalam bentuk TUNAI (CASH) lagi!

Kita harus tanya kenapa Bank Negara minta USD 1.83 bilion? Kenapa tak genapkan saja kepada USD 1.8 bilion atau dalam ringgit? Dan kenapa dalam CASH??

Congakan saya ialah kerana USD 1.83 bilion itu adalah nilai yang paling tepat seperti dijelaskan The Edge yang mana semua bukti berkenaan transaksi dan "money trail" tersebut mampu berdiri teguh untuk disemak balas dalam

Laporan siasatan The Edge ini adalah yang terakhir, muktamad, siap dengan diagram lengkap "money trail" dan diserahkan kepada Bank Negara, SPRM, dan Polis sebelum Kementerian Dalam Negeri (KDN) gam The Edge selama 3 bulan.

(Rujuk: http://www.themalaysianinsider.com/…/jho-low-petrosaudi-sch…)

USD $1.83 bilion. Exact. Precise and no room for conjecture. Able to withstand the scrutiny of the court.

Dan laporan inilah saya fikir Majlis Raja-Raja jadikan sandaran mengeluarkan titah tegas. Bank Negara dan SPRM pun sama menggunakan laporan The Edge ini. Begitu juga Datuk Khairuddin dan Matthias Chang yang kini ditahan di bawah SOSMA.

Bagi yang bising-bising minta bukti dan alasan bagaimana pengubahan wang haram berlaku guna duit 1MDB oleh Jho Low, sila baca ulasan ini: http://dinturtle.blogspot.my/…/ooooooh-patutlah-bnm-arahkan…

Tak perlu risau sebab 1MDB dah sahkan dokumen bocor itu adalah benar dan buka palsu seperti didakwa Melanyi dan Rahman Dahlan sebelum ini.




Sila kongsi artikel ini...

Kenaikan Tol Lebuhraya Bandar Menyesakkan Golongan Pekerja - Mahfuz Omar

11:48 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

KENAIKAN TOL LEBUHRAYA BANDAR MENYESAKKAN GOLONGAN PEKERJA.

1. Kenaikan tol lebuhraya bandar yang akan bermula Khamis ini, 15 Oktober 2015 sangat tidak wajar ketika rakyat sedang menanggung beban sara hidup yang begitu tinggi. Kenaikan antara 17%-80% ini menyesakkan kehidupan kaum pekerja selepas mereka menghadapi sesak nafas akibat jerebu.

2. Kerajaan seperti tidak langsung mengambil kira masalah kehidupan rakyat bandar khususnya golongan pekerja yang sedang bergelut dengan kenaikan harga minyak, barangan, perumahan, kenderaan, GST dan lain-lain kos kehidupan yang ditanggung oleh rakyat. Kalau Kerajaan ambil kira sudah tentu Kerajaan tidak menaikan tol. Sudah tahu rakyat sedang memikul beban di bahu, Kerajaan sepatutnya membantu membuang sebahagian beban berat yang ditanggung itu, bukannya menambahkan lagi beban berat ke atas bahu rakyat.

3. Tindakan Kerajaan tidak ubah seperti penzalim yang menyeksa orang yang dizalimi tanpa ada rasa belas kesihan dan peri kemanusiaan.

4. Persoalannya, ke mana perginya janji Kerajaan yang berikrar menjelang PRU13 lepas untuk mengurangkan tol antara bandar? Ke mana hilangnya janji Kerajaan yang hendak runding semula perjanjian dengan syarikat konsesi tol? Kenapa dibiarkan perjanjian yang bersifat pro syarikat dan tidak pro pengguna? Apakah jika tidak dinaikkan tol dan tidak dibayar pampasan, syarikat konsesi akan bankrap?

5. Kerajaan memberi alasan adalah lebih baik wang pampasan diguna untuk pembangunan yang lain untuk membina hospital dan sekolah. PM menyatakan dengan GST Kerajaan boleh membina hospital, sekolah dan jalanraya. Kini Menteri Kerjaraya pula berkata dengan kenaikan tol, Kerajaan boleh bina hospital dan sekolah. Jadi Kerajaan hanya mampu bina sekolah dan hospital dengan menaikan tol dan kenakan cukai GST ke atas rakyat. Kerajaan begitu lemah dalam mencari sumber pendapatan bagi membangunkan negara tanpa membebankan rakyat.

6. Berhentilah membohongi dan menindas rakyat.Sebaliknya belanjawan negara perlu dibentangkan dengan kenaikan gaji kakitangan awam beserta peruntukan khas bayaran elaun tol bagi kakitangan awam di Lembah Klang bagi meringankan beban golongan pekerja yang terkepong pegerakan mereka dengan tol.

SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
13 Okt 2015/29 Zulhijjah 1436H



Sila kongsi artikel ini...

Isu TPPA : Awas ! Jika Kerajaan Khianati Rakyat. - Nasruddin Hassan

11:45 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media Penerangan. 38

Isu TPPA : Awas ! Jika Kerajaan Khianati Rakyat.

Oleh: Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tarikh : 29 Zulhijjah 1436 / 12 Oktober 2015

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah membuat kenyataan lebih awal dengan menyatakan kebimbangan kemungkinan Kerajaan Malaysia telah mengadakan pra perjanjian dengan negara-negara anggota TPPA sebelum substantif perjanjian tersebut dikemukakan kepada rakyat pada bulan hadapan.

2. Kenyataan akhbar PAS yang bertajuk “Isu TPPA : Adakah Mungkin Wujud Pra Perjanjian Bulan Ini?” bertarikh 11 Syawal 1436 / 27 Julai 2015. PAS menegaskan bahawa proses pendebatan di Parlimen berhubung TPPA tidak patut dijadikan rubber stamp semata-mata sedangkan pra perjanjian telah disepakati lebih awal.

3. PAS merujuk kepada laporan portal akhbar Utusan Malaysia, ruangan rencana bertarikh 11 Oktober 2015 yang bertajuk, “Timbang Buruk Baik TPPA”. Berdasarkan mukaddimah transkrip temubual tersebut, portal tersebut telah melaporkan bahawa Malaysia tidak memerlukan kelulusan Parlimen sebelum tandatangan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

4. Ini bermakna kuasa tandatangan hanya tertakluk kepada kuasa eksekutif iaitu Perdana Menteri sahaja. Maka, kerajaan perlu memberikan jaminan adakah kerajaan bersedia untuk menolak dan keluar daripada keanggotaan TPPA sekiranya majoriti rakyat menolak perjanjian ini. Malangnya, sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang dokumen rasmi dan laporan cost benefit analysis dikeluarkan.

5. PAS memberi amaran supaya kerajaan tidak mengkhianati rakyat. PAS bersedia untuk bersama memimpin kebangkitan rakyat besar-besaran bersama pelbagai pihak yang berkepentingan jika kerajaan terus menandatangani perjanjian kontroversi ini.

Sekian.


Sila kongsi artikel ini...

Peratusan Kenaikan Tol yang Melampau - Tuan Ibrahim Tuan Man

11:42 AM 0 Comments A+ a-



Peratusan kenaikan tol yang terlampau

Semalam, kerajaan dengan bangganya mengumumkan kenaikan harga tol di tahun rakyat masih dengan bergelut menyesuaikan hidup akibat inflasi yang dicetuskan oleh GST, kejatuhan nilai Ringgit dan penarikan subsidi.

Peratusan kenaikan tol kali ini agak melampau – di mana ada lebuhraya yang menyaksikan kenaikan setinggi 80% seperti SILK, 67% seperti Akleh, 54% seperti Besraya, 50% LKSA dan Smart, manakala 10 lebuhraya lain menyaksikan kenaikan antara 17% ke 44%.


Terhadap rakyat, kerajaan berani melaksanakan GST, memansuhkan subsidi dan memekakkan telinga terhadap kos sara hidup yang semakin naik. Mengapa kerajaan tidak menggunakan keberanian yang sama untuk menyemak kembali semua perjanjian konsesi serta cadangan kenaikan tarif tol sedangkan keuntungan syarikat konsesi tol terus melipatganda?

Kini, dengan kebanyakan lebuhraya menjadi lebuhraya menggunakan sistem kutipan tol berelektronik, beban rakyat meningkat kerana terpaksa menanggung kos kad TouchNGo dan juga SmartTag.

Dengan kenaikan kadar tol, apa pula faedah yang diberikan kembali kepada rakyat sebagai pelanggan lebuhraya? Tidak. Malah beban bertambah kepada pengguna lebuhraya kerana TouchNGo adalah jenis perniagaan pembayaran awal ‘advance payment’. Bayangkan ratusan ribu diperolehi melalui pembayaran awal ini namun pelanggan tidak memperolehi sebarang manfaat dari sistem tersebut.

Oleh itu, PAS mencadangkan syarikat konsesi tol memberi rebat kepada pelanggan yang terpaksa buat pembayaran awal (advance payment ) melalui sistem pembayaran SmartTag dan TouchNGo.

Sebenarnya syarikat konsesi tol dan kerajaan tiada sebarang alasan ekonomi yang kukuh untuk menaikkan kadar tol. Apakah ada syarikat konsesi tol yang sedang mengalami kerugian meskipun perniagaan ini mempunyai risiko kerugian menghampiri sifar? Tidak.

Kenaikan kadar tol hanya semata-mata mengikut nafsu tamak yang dimeterai di dalam perjanjian konsesi tol yang tempang. Yang lebih menyedihkan ialah fakta bahawa sebenarnya kerajaan sendiri mempunyai banyak saham pegangan di dalam syarikat konsesi ini. Dengan ‘advantage’ sebegini, kerajaan masih memilih untuk tidak memihak kepada rakyat.

Inilah hasil kerajaan BN yang sering mengingatkan rakyat sentiasa didahulukan, terutamanya apabila melihat keputusan mengambil duit daripada rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
13 Oktober 2015

---------------------------




Sila kongsi artikel ini...

SOSMA 2012 - Inilah UMNO/BN - Zulhazmi Shariff

10:44 AM 0 Comments A+ a-



SOSMA 2012 - INILAH UMNO/BN.

Muhyiddin Yassin semalam bersama Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh, Shafie Afdal dalam sidang media menyatakan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali dengan SOSMA adalah akta yang zalim dan telah disalahguna.

Hari ini Dato' Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN melalui Twitternya menyatakan bahawa Muhyiddin Yassin semasa menjadi Ketua Whip BN di Parlimen bertanggungjawab memastikan semua Ahli Parlimen Umno/BN mengundi menyokong Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang kemudiannya menjadi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 setelah berjaya diluluskan dengan sokongan penuh Ahli Parlimen Umno/BN.


Inilah Umno/BN yang dipilih oleh pengundi untuk menjaga Malaysia.
Inilah Umno/BN yang diharapkan menjaga kesejahteraan Malaysia.
Inilah Umno/BN yang masih meminta rakyat Malaysia memberikan mereka kuasa memerintah Malaysia.

Semasa mereka berkuasa, mereka lakukan apa saja...
Apabila ada di kalangan mereka tidak berkuasa dan bersengketa, baru mereka kata dan sedar apa yang mereka lakukan semasa mereka ada kuasa dahulu adalah zalim kepada rakyat.
Apabila ada di antara orang-orang mereka yang melalui azab yang mereka cipta semasa mereka berkuasa, barulah mereka kata ini semua zalim.

Kenapa semasa menggubal Akta ini dulu diminta sokong dan dikatakan baik untuk Malaysia?
Kenapa sekarang apabila tidak berkuasa dan ada kawan sendiri yang dianiaya baru nak kata Akta ini zalim dan disalahguna?

Kami sudah bagitahu dari awal dulu lagi....
UMNO/BN ini jahat!!!
UMNO/BN ini hanya menjaga kepentingan diri sendiri!!!

Cukuplah percaya kepada Umno/BN...
Cukuplah beri ruang kepada Umno/BN...

Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Zahid Hamidi, Tun Mahathir, Ku Li dan semuanya, mereka itu UMNO..... Selagi mereka itu Umno, mereka tetap JAHAT!!!

Pastikan Umno kecundang!!

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF.
13102015


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.