1MDB Berniaga buluh kasap ..beli mahal jual murah.. masuk angin keluar asap. - Yaakob Osman

11:01 PM 0 Comments A+ a-



1MDB

Berniaga buluh kasap ..beli mahal jual murah.. masuk angin keluar asap.

Hari ini secara rasmi nya 1MDB menjual Edra Energy dengan harga RM9.83 billion kepada CNG ( China Nuclear Power Corporation).


Harga belian kesemua Energy assets tersebut adalah RM12 billion (termasuk goodwill RM2billion) .

Kerugian membeli mahal menjual murah saja sudah lebih RM2 billion

Ini bermakna goodwill yang dibayar oleh 1MDB dulu langsung tiada bernilai..sudah jadi badwill.

Kerugian ke 2 pula adalah dari segi cost membeli di mana 1MDB telah membayar RM5 billion kepada sebagai cost and fees of financing. Jumlah ini belum di campur option termination fees kepada IPIC sebanyak USD1 billion barangkali.. so takpa lah kita ambil RM5 billion lah kita congak boleh?

Kerugian ke 3 pula ialah semasa beli jumlah pinjaman Assets tersebut ialah RM6 billion. Nilai sekarang ialah RM8billion. Ini beza sebanyak 2 billion. Oleh kerana CNG akan assume semua pinjaman ini, kalau pinjaman tidak berubah RM2 billion itu boleh menjadi cash kepada 1MDB.

Kerugian ke 4:

Kita menjual strategic assets negara kepada Syarikat asing !

Kesimpulan dari segi tunai 1MDB rugi RM9 billion dari segi jual murah 2 billion, cost of financing 5 billion , penambahan loan 2 billion.

Dari segi strategi assets dijual kepada syarikat asing , ini tidak ternilai ! TNB should have been awarded instead CNG.

Ada apa yang saya tertinggal atau silap? Sila betulkan.

Ok lah lets be fair and add some income from IPPs selama ini.. Tak banyak pun. Sesiapa ada figure bagi lah kita boleh tolak.

Kerana ini jugalah kita awal awal sudah bising tentang mismanagement dan entah apa apa lagi yang berlaku dalam 1MDB sehingga akhirnya terpaksa menjual assets dengan harga murah dan kepada syarikat asing.

p.s. tak payah ceritalah tentang pembelian assets ini utk turunkan tariff letrik..nampak dangkal sangat.

Kalau macam ni punya assets rationalisation (read jual harta) takperlu lah ambil grad LSE jadi CEO bayar gaji mahal2 ..

oleh : Yaakob Osman



Sila kongsi artikel ini...

Bantahan Terhadap Kenaikan Mendadak Cukai Tanah - Dr. Ahmad Fakhruddin

10:25 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media PAS Kedah

BANTAHAN TERHADAP KENAIKAN MENDADAK CUKAI TANAH

1. PAS Kedah merasakan kenaikan cukai tanah yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar dalam Ucapan Bajet 2016 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini sebagai keterlaluan dan tidak kena pada masanya.


2. Sekalipun Seksyen 101 Kanun Tanah Negara 1965 memberi kuasa kepada pihak berkuasa negeri untuk membuat semakan dan menyelaras semula cukai sewa tanah berkala selepas tempoh sepuluh tahun; tetapi ia tidak bermakna kenaikan menjadi pilihan wajib, apatah lagi kenaikan berlaku secara mendadak.

3. Kenaikan cukai sewa tanah keseluruhan, secara purata adalah sebanyak 72 peratus. Kenaikan itu sangat tinggi dan ianya pasti akan membebankan rakyat. Sepatutnya kenaikan tidak terlalu tinggi dan ia dibuat secara bertahap memandangkan rakyat kini terpaksa menanggung pelbagai kenaikan dalam perbelanjaan harian ekoran pelaksanaan cukai GST.

4. Kenaikan yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2016 itu juga tidak kena pada masanya memandangkan situasi meruncing rakyat yang tertekan dengan pertambahan kos sara hidup dan kegawatan ekonomi. Keadaan bakal menjadi lebih parah apabila TPPA menjadi kenyataan nanti.

5. Apa yang lebih mendera perasaan rakyat ialah kenaikan berlaku ketika pelbagai skandal kewangan melanda negara; seperti beberapa isu berkaitan 1MDB, derma politik RM2.6 bilion dan pembaziran wang YAPEIM. Rakyat merasakan, hanya mereka yang terpaksa berkorban sedangkan para pemimpin kerajaan yang dikaitkan dengan dengan onar, terkecuali dari bebanan.

6. Sepatutnya Kerajaan Negeri Kedah memikirkan alternatif lain untuk menambah hasil negeri bersesuaian dengan dakwaan bahawa mereka adalah yang terbaik seperti yang dicanangkan pada PRU13 lalu. Bukannya hanya tahu menyeluk poket rakyat untuk menambah pendapatan negeri.

7. Dengan itu PAS Kedah mendesak supaya kenaikan kadar cukai sewa tanah mulai 1 Januari 2016 ditangguhkan ke satu waktu yang sesuai serta dilaksanakan secara bertahap agar tidak membebankan rakyat.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah
23 November 2015.


Sila kongsi artikel ini...

Sebelum tanya Izzah, Zahid harus tunai janji - che'GuBard

9:53 AM 0 Comments A+ a-



Sebelum tanya Izzah, Zahid harus tunai janji
Kenyataan Umum

22 November 2015


SEBELUM TANYA IZZAH, RAKYAT TUNTUT JANJI ZAHID

Apabila melihat gambar Nurul Izzah Anwar bersama Jacel Kiram (anak kepada individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu yang pernah terlibat dalam tragedi pencerobohan Sabah, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sudah menjangkakan ia akan mencetuskan isu.

Gambar tersebut benar - benar dipergunakan sepenuhnya oleh beberapa pihak untuk kepentingan tertentu malah ada yang tampil membuat laporan polis. Bukan sahaja itu ada menteri juga membuat kenyataan berkenaannya.

Sebenarnya ia bukan satu isu besar jika ia dijelaskan secara betul. Gambar tersebut dirakamkan dengan permintaan Jacel Kiram untuk bergambar bersama ketika Izzah dan Jacel bertemu dalam program anjuran Council on Philippine Affairs & The Asian Institute For Democracy. Program itu juga anjuran bersama Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filippina. Program ini diadakan khas untuk menyokong laporan UN Working Group on Arbitrary Detention yang menggesa pembebasan Anwar Ibrahim.

Jika ia salah maka kesalahan itu sama tarafnya dengan pertemuan dan bergambarnya Perdana Menteri Malaysia dengan Ketua negara haram Israel yang mana mereka hadir bersama dalan satu persidangan.

Bagi SAMM ini sudah menjelaskan mengenai gambar Izzah dan Jacel Kiram tersebut.

Namun jika merujuk mengenai tragedi pencerobohan Lahad Datu 2013 yang harus diingat ialah hutang Zahid Hamidi yang ketika itu merupakan menteri pertahanan.

Ketika tragedi itu, SAMM sendiri menghantar sukarelawan dan deligasi ke kawasan konflik. (Klik sini) Memang banyak kecurigaan dan misteri tidak terungkai.

Namun yang harus diingatkan bahawa laporan media 26 April 2013, Zahid Hamidi dengan jelas menyatakan bahawa kononya dia sudah memiliki butiran mengenai 3 nama pemimpin pembangkang yang menjadi dalang pencerobohan tersebut.

Namun apabila di desak beliau agak panik dan mencari alasan sudah menyerahkan nama tersebut kepada Peguam Negara dan akan mendedahkan selepas kes ini ke mahkamah. Namun setelah satu tempoh masa Zahid masih gagal mendedahkan dia panik kerana masih gagal mendedahkan maka dia sebut dengan jelas akan dedahkan hanya selepas pilihan raya Umum ke 13 kerana tidak mahu dijadikan isu politik.

Kini sudah hampir 3 tahun tetapi Zahid masih gagal dedahkan. Jelas Zahid telah menjadikan isu Lahad Datu sebagai sebagai modal politik PRU lepas tanpa rasa simpati dengan mangsa dan bertanggungjawab terhadap apa terjadi.

Hingga kini Zahid menipu untuk mendedahkan nama 3 pemimpin pembangkang yg konon dia tahu menjadi dalang. Yakinlah dia akan terus mengelak kerana dia menipu dan mengambil kesempatan politik terhadap apa terjadi.

Zahid didesak tampil menjelaskan. SAMM jelas amat kecewa dengan sikap Zahid dan kerajaan Bn keseluruhannya dalam menangani perkara ini.

Bagus juga isu gambar Izzah - Jacel Kiram ini muncul sebab ia menginatkan kita kepada Zahid yang menipu.

che'GuBard
Pengasas SAMM


Sila kongsi artikel ini...

Nasib Sekolah Bahasa Hawai - Prof Abdullah Hassan

7:54 AM 0 Comments A+ a-



Nasib Sekolah Bahasa Hawai

Pemimpin kita sering membuat kenyataan bahawa bahasa Melayu sudah mantap. Oleh itu ia tidak perlu digunakan dalam pendidikan, dan ia tidak diketepikan. Kita tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku kepada bahasa Melayu akibat tindakan ini. Mari kita lihat sebuah kes. Lihat bagaimana bahasa Hawaii pupus, dan sekaligus bagaimana bangsa Hawaii luput dan kehilangan maruah.

Pada tahun 1820 Ratu Kamehameha I menerima guru Inggeris masuk ke pulaunya. Dia didesak oleh peniaga-peniaga asing berbahasa Inggeris supaya mendirikan sekolah Inggeris untuk anak-anak mereka. Dia mengalah. Ratu Kamehameha II meneruskan dasar itu. Pada tahun 1848, Ratu Kamehameha III memutuskan supaya bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar pendidikan. Golongan bawahan rakyat yang menjadi majoriti mahu mempertahankan bahasa Hawaii. Tetapi mereka kalah kepada golongan elit yang terdiri daripada orang Hawaii berbahasa Inggeris dan kaum haole (kacukan). Mereka ini tidak ramai. Alasan mereka adalah, supaya bahasa Inggeris diajar kepada seluruh negara, dan ini sekaligus membuka sumber ilmu yang luas kepada mereka (Bingham, 1848:44). Samalah dengan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia.

Seorang ahli sejarah, Reinicke (1969:70-71) melaporkan, pada tahun 1848 ada 624 sekolah berbahasa Hawaii dengan murid seramai 19,644 orang. Pada masa itu hanya ada 7 sekolah Inggeris swasta dengan murid seramai 200 orang. Pada tahun 1893 semasa Ratu Liliuokalani digulingkan oleh peniaga dan pengusaha ladang Amerika yang berbahasa Inggeris, hanya tinggal 28 sekolah Hawaii dengan 552 murid. Sekolah Inggeris Kerajaan meningkat menjadi 140 buah dengan murid seramai 10,160 orang. Pada 1902 semua sekolah berbahasa Hawaii pupus.
Hilanglah bahasa Hawaii dari buminya sendiri. Apabila bahasanya pupus, bangsanya juga hilang maruah. Bangsa Hawaii tidak wujud lagi. Mereka hanya menjadi bangsa serpihan kepada bangsa Amerika.

Setiap bahasa mempunyai ekologi sendiri, iaitu penuturnya, fungsinya, persekitarannya, dll. Apabila fungsi menyampaikan sains dan teknologi digugurkan, kita mengusik ekologinya, kemusnahannya akan mengikut.

Bahasa juga mengubah memori dan pemikiran bangsa. Dalam masyarakat bertukar bahasa itu, ratunya pun digugurkan.


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.