Perletakan Jawatan Sebagai AJK PAS Kawasan Kelana Jaya & AJK Dewan-Dewan , Pimpinan Cawangan

10:41 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAN AKHBAR

PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AJK PAS KAWASAN KELANA JAYA & AJK DEWAN-DEWAN PAS KAWASAN KELANA JAYA SERTA PIMPINAN CAWANGAN-CAWANGAN DALAM PAS KAWASAN KELANA JAYA


Assalamualikum wbt dan Salam sejahtera.

Kami selaku Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya dengan ini mengumumkan perletakan jawatan berkuatkuasa 23 Ogos 2015, bersama-sama dengan 18 orang lagi AJK PAS Kawasan Kelana Jaya bagi sessi 2015-2017.

Selain itu, Timbalan Ketua Muslimat, Bendahari serta 2 lagi AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Kelana Jaya turut sama meletakkan jawatan.

Naib Ketua Pemuda bersama 2 orang AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Kelana Jaya juga meletakkan jawatan masing-masing.

Di peringkat Cawangan pula, adalah dimaklumkan bahawa 7 orang Ketua Cawangan daripada 11 Cawangan di dalam PAS Kawasan Kelana Jaya juga meletakkan jawatan mereka. Cawangan2 tersebut adalah Bandar Sunway, Kg Lindungan, SS5D, Penaga, SS19 Subang Jaya, USJ 12 dan USJ Taipan.

Daripada 11 Cawangan tersebut, majoriti Ajk di 6 Cawangan meletakkan jawatan masing-masing seperti perincian berikut:

1. Caw. Bdr. Sunway - 11 drp 12 Ajk
2. Caw. SS 19 - 8 drp 14 Ajk
3. Caw. Usj Taipan - 10 drp 13 Ajk
4. Caw. Usj 12 - 6 drp 13 Ajk
5. Caw. SS 5D - 10 drp 15 Ajk
6. Caw. Kelana Jaya - 7 drp 13 Ajk

Secara keseluruhannya, perletakan jawatan ini melibatkan sejumlah 87 jawatan di semua peringkat kepimpinan PAS Kawasan, Dewan-dewan dan Cawangan-cawangan.

Memandangkan perletakan jawatan di peringkat PAS Kawasan Kelana Jaya ini melibatkan AJK melebihi dua pertiga daripada jumlah AJK, kami dengan ini menyerahkan kepada PAS Pusat untuk mengambilalih pentadbiran di Kawasan Kelana Jaya ini.

Perletakan jawatan ini adalah bertepatan dengan masa dan waktu untuk kami menjayakan dan bersama dalam mendokong cita-cita murni melalui usaha politik Islam yang lebih kami yakini yang bersifat inklusif, progresif dan sejagat merentasi kaum, agama dan budaya.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PAS Pusat dan Badan Pehubungan PAS Negeri Selangor yang telah banyak membantu sepanjang tempoh ini. Tak lupa juga kepada semua AJK PAS Kawasan dan Dewan-dewan, Ketua dan Setiausaha PAS Cawangan serta seluruh ahli-ahli dan pendokong PAS Kawasan Kelana Jaya yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang kami diamanahkan memimpin PAS Kawasan Kelana Jaya. Sesungguhnya, kalian semua masih lagi sahabat dan teman kami.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada saf kepimpinan baru yang bakal menerajui PAS Kawasan Kelana Jaya ini kelak.

Kepada sahabat-sahabat kami yg memilih utk berhijrah bersama Harapan Baru terima kasih kerana memilih wadah baru ini. Gandakan usaha, berganding tangan, demokrasi yang sebenar mesti ditegakkan, yang miskin & yang lemah mesti dibela dan yang zalim mesti dihalang.

Mudah-mudahan kita semua akan terus beriltizam untuk terus istiqamah dengan perjuangan Islam walau dalam wadah mana kita berada.

Ir. Izham Hashim
Yang Dipertua

Omar Ahmad
Timbalan Yang Dipertua

Muzammil Hafiz
Naib Yang Dipertua

23 Ogos 2015 / 8 Zulkaedah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

RM2.5 Bilion, Alasan Zahid Sungguh Menakjubkan? - Idris Ahmad

9:38 PM 0 Comments A+ a-



RM2.5 Bilion, Alasan Zahid Sungguh Menakjubkan?

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas
23/8/15

Rakyat semakin keliru mengenai wang RM2.6 bilion. Ada yang menjawab wang ini diguna untuk parti. Menurut Datuk Abdul Aziz Kaprawi Ketua Umno Bahagian Seri Gading, wang ini untuk melawan zionis dan Dap. Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pula memberi tiga sebab kenapa dermawan ini memberi, pertama Malaysia komited dalam mengekang keganasan, kedua kerana berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah , ketiga Malaysia negara Islam sederhana dengan kewujudan masyarakat majmuk.


Kalau ini alasannya, kenapa wang ini dimasukkan terus ke dalam akaun peribadi DS Najib?. Sepatutnya wang ini perlu disalurkan terus kepada Kementerian Dalam Negeri atau Kementerian Pertahanan jika benar untuk melawan keganasan. Kalau benar wang ini diberi kerana Malaysia berpegang kuat kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, kenapa wang ini tidak diberikan terus kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk perkembangan yang lebih pesat. Alasan Zahid sungguh menakjubkan.

Memang benarlah kerana wang RM2.6 bilion, menyusahkan semua orang sehingga nilai ringgit Malaysia merudum. Pemimpin Umno yang hendak selamat dan mahu nafas yang panjang perlu mempertahankan bos, walau pun jawapannya boleh menjadi bahan jenaka. Ertinya kalau awalnya sudah masalah, maka hujungnya juga bermasalah.


Sila kongsi artikel ini...

Melayu Akan Bangsat Sekiranya Najib Berkuasa - Khairuddin Abu Hassan

8:37 PM 0 Comments A+ a-



MELAYU AKAN BANGSAT SEKIRANYA NAJIB TERUS BERKUASA


Khairuddin Abu Hassan

Bangsa melayu akan bangsat sekiranya najib tun razak terus berkuasa!! Bangsa melayu akan berpecah seterusnya bangsat seandainya najib tun razak tidak disingkirkan!!

Sekiranya najib tun razak dok syok dan angau sendiri; selagi itulah umno serta BN akan goyah!! Imej najib tun razak terlalu teruk masakini. Beliau buatlah apa sekalipun untuk menipu dan memperbodohkan rakyat jelata namun keseluruhan warganegara kita tidak boleh diperbodohkan lagi oleh beliau!!


Malahan, umno serta BN akan bertambah kuat sekiranya najib tun razak berundur secepat yang mungkin!! Tanpa najib tun razak; melayu serta keseluruhan bangsa di negara kita akan bersatu kerana masakini kita sedang hadapi krisis keyakinan terhadap Perdana Menteri dengan begitu teruk sekali dalam salasilah sejarah politik tanahair!!

Rakyat bukan saja hilang keyakinan tetapi tidak percaya lagi kepada kepimpinan mahupun keperibadian najib tun razak!!

Kepimpinan kerajaan masakini telah salahguna kuasa khususnya dalam agenda untuk menutup kes skandal 1MDB!!

Perkembangan mutakhir peguam negara baru yang haprak tubuh pasukan petugas khas 'task force' tetapi suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia (sprm) tidak dipilih untuk menganggotainya!! Kenapa begitu?!

Nak siasat pasal penyelewengan kewangan dan rasuah tetapi SPRM tidak dipilih menganggotai 'task force' baru ini!! Apa peguam negara ingat rakyat bodoh tak boleh nak fikir tentang perbuatan mungkar mereka ini untuk menutup salahlaku penyelewengan mahupun kes skandal 1MDB?!

Kepimpinan hari ini berkonspirasi untuk menutup kes skandal 1MDB serta dana rm2.6 billion yang masuk akaun peribadi Perdana Menteri dan dalam masa yang sama mereka mencipta cerita kononnya ada komplot untuk jatuhkan kerajaan!! Siapa yang berkomplot untuk jatuhkan kerajaan?!

Perjuangan saya bukan untuk jatuhkan kerajaan tetapi untuk menegakkan kebenaran lawan amalan rasuah seterusnya menyingkir mana-mana tokoh pemimpin korup yang terlibat dalam kes penyelewengan ini!! Itu saja!!

Saya sedih melihat ramai daripada pemimpin-pemimpin umno dah jadi bodoh serta bangang bila mereka cuba nak menegakkan benang yang basah!!

Kepada semua pemimpin umno dari kategori ini; saya secara jujur dan ikhlas ingin nasihatkan mereka agar cepat insaf serta takutlah pada tuhan bukan takut sesama manusia yang mungkar!!

Melindungi tokoh pemimpin mungkar bukan saja salah di sisi undang-undang duniawi tetapi juga salah di sisi hukum-hakam agama!!


Sila kongsi artikel ini...

Akaun Bank Peribadi Di Swiss: Lagi Bukti Salah Laku 1MDB - Wan Ahmad Fayhsal

1:30 PM 0 Comments A+ a-




AKAUN BANK PERIBADI DI SWISS: LAGI BUKTI SALAH LAKU 1MDB

oleh: Wan Ahmad Fayhsal

Lagi bahan bukti telah dikeluarkan oleh Sarawak Report (https://goo.gl/eb5gjz) menunjukkan bahawa akaun peribadi bank Joint Venture 1MDBPetroSaudi di bank JPMorgan di Switzerland menunjukkan pegangan JV itu serta tandatangan untuk keluar-masuk duit bagi pihak 1MDB hanya ada dan hak milik eksklusif Menteri Kewangan - DS Najib Tun Razak.

Seingat saya dulu Lim Sian See aka Eric See-To "spin" gambar Najib sekeluarga atas kapal sewa Prince Turki, Tarek Obaid dan Jho Low dengan mendakwa ianya adalah lambang hubungan "antara kerajaan" (G2G) yang Najib berjaya buat dengan anak mantan Raja Saudi.

Kalau ianya benar urusan perniagaan antara kerajaan, mengapa guna akaun peribadi (private bank) di Swiss? Di mana nama-nama "ex officio" seperti Ketua Perbendaharaan Negara (KSP) sebagai penama kedua atau ketiga dalam menandatangani urusan keluar masuk wang?

Nampaknya itu semua dikantoikan lagi bilamana borang ini menunjukkan betapa 1MDB itu diurus tadbir seperti sebuah syarikat sendiri yang Najib ada kuasa sepenuhnya melangkaui lembaga pengarah 1MDB dalam urusan pengaliran wang.

Bau hanyir bukan? (Something fishy isn't it?)

Borang "Benifical Owner's" ini penting kerana ia menunjukkan siapa sebenarnya yang pegang duit (who's pulling the purse string)) di belakang SPV. Kalau syarikat Maxis, nama Tan Sri Ananda Krishnan tidak akan sesekali keluar dalam profail syarikat SSM Maxis dan mana-mana syarikat yang ada pegangan dalam Maxis seperti Usaha Tegas Sdn. Bhd. kerana Tan Sri Ananda akan meletakkan orang kanannya Ralph Marshall dalam semua urusan berhubung Maxis, Usaha Tegas dalam mewakili beliau.

Macam Mr. CFO Azmi Arshad sering bangkitkan tentang apa bukti GoodStar milik Jho Low, ianya boleh disemak melalui borang seperti ini tetapi dalam bentuk yang sedikit berbeda iaitu borang "share-bearer company" yang ada dalam simpanan di Cayman Island.

Jangan risau Sarawak Report, The Edge, dan saya yakin Bank Negara sudah ada semua bahan bukti ini. Terpulang kepada Peguam Negara yang baru untuk buktikan kepada Allah, Rasul dan rakyat Malaysia bahawa beliau adalah seorang hamba Allah yang bertaqwa dan tidak gentar berhadapan dengan mana-mana penguasa yang menipu dan menindas bagi membawa penjenayah dan perompak wang rakyat ke muka pengadilan.





Sila kongsi artikel ini...

Surat Terbuka Buat Abang Mat Sabu. Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

11:35 AM 0 Comments A+ a-



SURAT TERBUKA BUAT ABANG MAT SABU.
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Pagi ini saat bergegas di kaunter pesawat tambang murah bandara kuala Terengganu, saya berpapasan dengan ikon anak muda dekad 80an yang juga abang saya dalam perjuangan, iaitu haji Mohamad Sabu. Tak terkesan dengan gelombang yang menimpa parti Islam pasca muktamar, Abang Mat tetap dengan senyuman khasnya kepada saya, bercanda dan kami bersarapan bersama di cafe bandara. Abang Mat bersama Hanipa Maidin dan tim GHB semalamnya berceramah di Dataran Syahbandar Kuala Terengganu, manakala saya, Dato Tuan Ibrahim, Dato Nik Amar berceramah di Dataran PGU Jerteh Besut.

Abang Mat meneguk minuman dan menelan beberapa biji pil ubat,bercerita tentang umur dan tahap kesihatan. Beliau masih bebas daripada penyakit yang biasanya dihinggapi insan seangkatan dengannya. Generasi pejuang dekad 80an yang pernah mendekam dalam tahanan ISA seangkatan beliau telah ramai pulang kerahmatullah. Ustaz Abu Bakar Chik, Istaz Bunyamin Yaakob, Ustaz Abdul Latif Mohamad, Ustaz Stimat Jusuh, Zainuddin Abdullah , Shuhaimi Said dan teman-teman angkatan pemuda dekad 80an telah pulang menemui Tuhan. Abang Mat masih sihat dan sentiasa dengan guratan wajah ceria.

"Enta...takdak penyakit lagi ke ?" Tanyanya jujur dengan tatapan mata berseri
"Belum lagi abang Mat...hihi" jawabku separuh jujur dan tak pasti. Bila disemak status kesihatan ,kelihatan masih sihat tetapi jika kurang tidur akan merasa pening.
"Enta makanlah...sebelum ada apa-apa penyakit mai " katanya berlucu.

Saya tidak sempat menghabiskan sepinggan nasi berlauk ayam dan kopi panas apabila pembesar suara bandara memanggil nama saya untuk menaiki pesawat dengan segera. Menyalami Abang Mat dan teman-teman yang lain saya berlari ke ruang perlepasan. Dalam pesawat, benak akal saya menerawang jauh , mengimbau kisah hidup seorang tokoh yang pernah mencuat namanya dalam pentas anak muda radikal negara ini dekad 80an dan 90an.

Abang Mat alumni ITM, memulakan langkah bersama gerakan pelajar, seterusnya bersama gerakan sosio politik anak muda, ABIM. Awal dekad 80an, beliau aktif berceramah dan vokal menentang regim Mahathir sehingga membayar harga yang mahal iaitu dihumban ke jeriji tahanan politik ISA. Antara rakannya Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Bunyamin Yaakob, Ustaz Abdul Mohamad ditahan tanpa bicara. Beliau berceramah saat manusia ramai masih paranoid dengan PAS dengan tema kembali kepada pemerintahan Islam, menjulang kepimpinan ulama serta mendobrak regim tirani BN.
BN dan UMNO mengganasi aktivis -aktivis PAS tanpa sepicing rasa malu dalam dekad 80an. Berlakunya pembunuhan di Lubuk Merbau Kedah, peristiwa Memali, operasi lalang, operasi kenari dan pelbagai tekanan terhadap amilin PAS. Abang Mat tabah mengharungi euforia "negara polis" tajaan regim BN. Parti melihat potensi yang ada pada abang Mat dan beliau diberikan bertanding di Parlimen Nilam Puri Kelantan pada tahun 1990.

Beliau menang di Parlimen tersebut dan namanya tercatat di papan carta utama pemain politik negara ini. Suaranya dirindui rakyat di podium ceramah, bidasannya vokal di Parlimen, disenangi oleh anak-anak muda termasuk saya yang mencandui ceramahnya semenjak bangku sekolah menengah dan universiti. Abang Mat sentiasa mendengungkan kewajiban memenangkan Islam, memuliakan ulama dan terus istiqomahkan diri bersama PAS diposisi mana pun kita berada.

Saya berada dalam Dewan pemuda dalam tempoh dua dekad dan Abang Mat begitu dekat dengan anak muda, mudah berkira dan senang diurus. Tanpa jawatan diruang legislatif sekali pun, beliau masih aktif bertemu rakyat dan berceramah ke seluruh belahan negara. Watak dan sisi putih yang paling saya sukai daripada Abang Mat ialah beliau tahan bergurau dan tidak kisah dengan ugutan.
" hangpa maki la aku,,,rambut bercacak macam aku ni,,,tahan kena maki" dia menyeringai berlucu. Sikap itu menyebabkan beliau mempunyai ramai teman dan anak buah.

Saya mengimbau kembali fasa dua tahun terakhir ini, saya mengambil sisi kritis terhadap abang Mat. Berhujjah dalam banyak isu yang saya tidak senangi dalam mesyuarat seperti isu Jokowi, Langkah Kajang dan lain-lain lagi. Beliau tetap Mohamad Sabu yang saya kenali dengan rapat belasan tahun yang lalu. Beliau datang makan berselahan saya usai mesyuarat PAS Pusat sambil tetap ceria bergelak tawa. Jiwanya besar sesuai dengan segudang pengalamannya bersama PAS, bersepuh semangat khursani membadai perjuangan.

Dalam ruang terbatas ini , saya menyeru Abang Mat supaya kembali bersama PAS sebagaimana Abang Mat bergulat dalam tempoh panjang 37 tahun berjuang , semenjak zaman mudanya. PAS mempunyai berkahnya tersendiri, berdiri teguh 64 tahun menggeluti medan siasah, dakwah dan tarbiah. Harakatul ummah ini mempunyai ahli-ahli yang ikhlas, yang curang akan menggelunsur jauh.

Abang Mad mesti faham denai sejarah PAS, bagaimana firqah atau kumpulan serpihan PAS semenjak dekad 70an hilang ditelan masa. Kelompok anak muda yang menentang PAS bersama kerajaan campuran awal 70an, Parti BERJASA, HAMIM, ISLAH,AKIN bahkan JATI , semuanya menjadi prasasti sejarah. PAS terus membesar dan merengkuh sokongan ummah, malah terus mara dengan dokongan anak muda berpendidikan.

Kembalilah Abang Mat, ahli-ahli PAS tidak membencimu, hanya tidak terpilih di medan muktamar dan pusingan roda kepimpinan adalah suatu sunnatullah. Kita tidak menjadi hina tanpa jawatan besar, kerana perjuangan Islam memuliakan sesiapa pun yang mendokong. Saya teringatkan sesepuh PAS yang pernah kalah dalam muktamar namun mereka tetap beristiqomah bermandi keringat di medan amal Islami. Almarhum Ustaz Hasan Shukri, Almarhum Ustaz Harun Taib, Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik adalah contoh keteladanan yang kita semua banggai. Kembalilah Abang Mat, kita boleh berbeda pandangan, namun tidak untuk memecahkan kesatuan ummat. Hiasilah sejarah ini dengan tinta emas kerna harumannya akan dihidu generasi mendatang!


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.