Bayar Zakat Berdosa? - DrMAZA

6:30 PM 0 Comments A+ a-



Bayar Zakat Berdosa?

oleh DrMAZA

Bertalu-talu email dan mesej dari pelbagai pihak masuk mendesak saya mengulas kenyataan pihak tertentu membayar zakat terus kepada fakir miskin itu berdosa?

Memang, persoalan kewajiban bayar zakat kepada dan melalui ulul amri ada dibincangkan oleh sarjana fekah. Ada perincian dan perbezaan pendapat.


Namun sebelum mengulas soalan tersebut, sekurang-kurang dua soalan hendaklah ditanya dan dijawab terlebih dahulu.

Pertama; apakah hukum mereka yang diamanahkan menguruskan zakat serta harta awam namun tidak menguruskan dengan cara yang amanah dan wajar?

Kedua; apakah wajar seseorang individu memberikan amanah seperti harta awam, anak yatim, zakat dll kepada pihak yang beliau yakini pihak berkenaan TIDAK/KURANG AMANAH?

Jika kedua soalan ini dapat dijawab dengan memuaskan, maka mungkin soalan yang ditanya berikutnya itu terjawab ataupun boleh dicari jawapannya.

Namun, jika kita yakin pihak rasmi zakat itu amanah dan telus, HENDAKLAH kita membayar melalui mereka kerana mereka lebih tahu maslahat fakir miskin. Bahkan, enggan bayar kepada ulul amri tanpa sebab yang munasabah boleh berdosa kerana Allah memerintahkan kita taat kepada pemerintah dalam perkara yang makruf.


Sila kongsi artikel ini...

Ancaman Keselamatan Terhadap Pimpinan Pemuda AMANAH Terengganu

5:26 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media

ANCAMAN KESELAMATAN TERHADAP PIMPINAN PEMUDA AMANAH TERENGGANU.

Pemuda Amanah Terengganu tengahari tadi bersama sama dengan Ustaz Miqdad Zakaria (Timbalan Ketua Pemuda Amanah Terengganu) berada di Balai Polis Marang untuk membuat satu laporan polis mengenai ancaman yang berunsurkan politik.


Pagi ini, kediaman Ustaz Miqdad didatangi oleh seorang individu yang melemparkan kata kata berbaur ancaman tetapi kebetulan Ustaz Miqdad tiada di rumah. Hal ini telah disedari oleh bapa kepada Ustaz Miqdad dan beliau bimbang dengan ancaman ini dan terus membuat laporan polis.

Sedang laporan polis dibuat, sekitar jam 1.15 tengah hari tadi, sekali lagi kediaman Ustaz Miqdad didatangi orang yang sama dan turut mengeluarkan ancaman yang sama.

Ancaman berunsur politik ini turut diterima oleh Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda pada Khamis, 19 November 2015 baru baru ini di kediaman beliau dari individu yang sama.

Pemuda Amanah Terengganu kesal dengan kejadian yang berlaku ini kepada dua pimpinan pemuda Amanah, seolah olah dirancang oleh pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan perkembangan Amanah di Terengganu.

Pemuda Amanah Terengganu menasihatkan semua ahli agar berhati hati dalam menerangkan agenda Parti Amanah Negara kepada masyarakat dan sekiranya mendapat ancaman keselamatan, hendaklah segera melaporkannya kepada pihak polis.

Amanah | Progresif | Peduli

Mohd Sufian Mat Ali
Setiausaha
Pemuda Amanah Terengganu
21 November 2015.


Sila kongsi artikel ini...

Ramai bertanyakan saya isu YAPEIM... - Maszlee Malik

2:15 PM 0 Comments A+ a-



Ramai bertanyakan saya isu YAPEIM...

Isunya senang sahaja, bukan masalah nak anjurkan kursus kahwin ataupun nak buat program untuk pelajar pelajar Malaysia Muslim di luar negara.


Banyak pertubuhan Islam bukan Kerajaan lain dah buat semenjak berpuluh tahun, tak habis belanja sampai ratusan ribu, dan tidak perlu melibatkan dana awam.

Jika tidak percaya cubalah tanyakan kepada IKRAM, ABIM dan Pas. Selama lebih tiga puluh tahun wadah wadah ini menganjurkan program-program untuk para pelajar Melayu Muslim di lur negara. Setahun sampai empat lima acara besar besaran yang melibatkan ratusan peserta dan memberikan manfaat kepada ramai pelajar Malaysia, hatta kepada bukan Islam pun. Tidak pula timbul isu perbelanjaan ratusan ribu.

Isunya ialah mengapa perlu majlis-majlis anjuran YAPEIM itu melibatkan perasmian menteri?

Ini masalahnya bila program-program yang melibatkan agensi kerajaan dan juga badan badan rasmi kerajaan, ramai yang nak score points, terutamanya orang-orang yang ada jawatan yang ingin mendekati dan membodek orang politik. Termasuk juga pihak berwajib di negara-negara tersebut dan para pelajar yang menganjurkan.

Orang politik, pak-pak menteri pun suka sebab mau makan angin. Maka itulah penyebabnya berbelanja sampai ratusan ribu.

Jika menteri melawat, ada pakej lain yang kaki pengampu dan pembodek akan sediakan untuk menghiburkan pak-pak menteri. Jika tidak golf, pergi shopping, jika tidak shopping, pergi Casino, jika tidak casino, ke tempat-tempat liburan.

Maka dana awamlah yang akan digunakan. Untuk justifikasi, digunakan nama agama, untuk berdakwahlah, untuk fi sabilillah lah, untuk perangi maksiat liberal bagailah....yang sebenarnya mau free riding sahaja.

Isunya ialah budaya politik patronage yang berakar umbi dalam masyarakat Melayu Muslim di Malaysia.

Ubatnya ialah good governance, perlu ketelusan. Perlu akauntabiliti. Perlu integriti. Buat pekeliling, tidak perlu para menteri rasmikan program-program pelajar di luar negara. Biarkan para pemimpin temptan negara-negara tersebut sahaja dilibatkan dan tidak perlu membazir untuk menjemput para menteri. Engagement bersama komuniti lokal lebih penting kepada para pelajar di luar negara untuk membuka minda dan menambahkan pengalaman. Para menteri boleh jumpa di Malaysia sahaja.

Untuk program-program Islami pula, yang diperlukan pula ialah para pendakwah yang ikhlas, dan bukannya orang politik dan juak-juak mereka yang berkepentingan.


Sila kongsi artikel ini...

Jangan Alih Dari Isu Pembebasan Anwar - Nik Nazmi

11:32 AM 0 Comments A+ a-


JANGAH ALIH DARI ISU PEMBEBASAN ANWAR

Merujuk kepada isu berkenaan Nurul Izzah Anwar yang dilihat telah bergambar dengan Jacel Kiram dan menyebabkan ketidak senangan beberapa pihak, Angkatan Muda KEADILAN ingin mengulangi kenyataan Naib Presiden
KEADILAN itu bahawa perjumpaan itu telah diaturkan oleh Manila, dan bukannya oleh beliau sendiri.


Beliau berada di Filipina untuk bertemu dengan beberapa pimpinan masyarakat, yang mana ramai di antara mereka telah menyuarakan sokongan kepada Anwar Ibrahim, yang telah dipenjarakan secara tidak adil, satu tindakan yang mendapat kecaman masyarakat antarabangsa —
termasuklah Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Working Group on Arbitrary Detention) yang membuat deklrasi bahawa Anwar mangsa penahanan arbitrari.

Malangnya, satu gambar ini telah digembar-gemburkan menjadi isu yang melampau sedangkan isu sebenarnya adalah berkenaan kebebasan Anwar. Barisan Nasional tidak seharusnya lari daripada perkara ini dan bagaikan sengaja hendak mengalihkan perhatian daripada deklarasi UN yang dinyatakan tadi.

Harus diingatkan juga bahawa KEADILAN dan rakan-rakan pembangkang kami di Parlimen, adalah antara yang paling lantang untuk mengecam pencerobohan Lahad Datu, yang kami masih percaya kerajaan Malaysia tidak berjaya menangani dengan teratur dan baik.

KEADILAN, termasuklah Izzah, amatlah komited untuk melaksanakan Deklarasi Kuching 2012, dengan ikrar "...kami berpegang teguh dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang telah dicetuskan dan dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin kami yang terdahulu", ini termasuklah untuk memulihara kedudukan Sarawak dan Sabah sebagai rakan setaraf di dalam Persekutuan, memberi perwakilan yang adil kepada kedua negeri itu, menyelesaikan permasalahan dan isu-isu kerakyatan, menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat, mengiktiraf pelantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, keadilan di dalam isu minyak serta pembangunan sejagat.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN


Sila kongsi artikel ini...

Apa Lagi Obama Mahu? - Wan Fayhsal

7:41 AM 0 Comments A+ a-



APA LAGI OBAMA MAHU?

oleh Wan Fayhsal

Yang berbahagia Tun Mahathir, selain daripada TPPA, Presiden Of The United States (POTUS) Barrack Obama juga mahu projek janakuasa nuklear ditempatkan di negara kita.


Pada hemat saya yang telah mengkaji hal ini seperti tertulis dalam artikel ini, 1MDB daripada awal lagi dirancang untuk menjadi pemain utama janakuasa nuklear.

Baru-baru ini antara pembida luar untuk aset IPP di bawah Edra Energy yang dimiliki oleh 1MDB ialah konsortium daripada Qatar iaitu Nebras Power QSC dan juga daripada China iaitu China General NUCLEAR Power Corporation.

Kalau kita fikir TPPA pun kita gerun baca teks perjanjiannya, kita belum tengok lagi teks perundangan melibatkan nuklear yang berkali ganda lebih rumit dan kompleks.

Macam peribahasa Inggeris kata: "the devils are always in the details".

Saya pro-nuklear. Saya juga mahu janakuasa nuklear dibina di negara kita tapi biarlah prosesnya itu telus bukan main belakang-belakang macam TPPA.

Biarlah rakyat tahu apa yang ditandatangani.
Biarlah ahli parlimen faham apa yang digubal untuk akta tenaga nuklear seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air.

Janganlah Perdana Menteri seorang yang buat keputusan bersama-sama penasihat yang entah dari mana dikutip, yang hanya setia dengan imbuhan dunia, yang tiada memiliki taqwa yang tinggi kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.

Saya harap Yang berbahagia Tun Mahathir, saya amat-amat yakin boleh faham betapa negara kita ini sedang bermain dalam suatu padang permainan yang bukan milik kita, yang undang-undangnya bukan ditulis kita malah kita tidak tahu pun undang-undang tersebut berjalan seperti apa.

Oh satu lagi yang berbahagia Tun, Presiden Obama mahu lebih daripada itu.

Sekian,
Wan Ahmad Fayhsal,
Anak Muda yang Cintakan Kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara.


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.