Jangan Alih Dari Isu Pembebasan Anwar - Nik Nazmi

11:32 AM 0 Comments A+ a-


JANGAH ALIH DARI ISU PEMBEBASAN ANWAR

Merujuk kepada isu berkenaan Nurul Izzah Anwar yang dilihat telah bergambar dengan Jacel Kiram dan menyebabkan ketidak senangan beberapa pihak, Angkatan Muda KEADILAN ingin mengulangi kenyataan Naib Presiden
KEADILAN itu bahawa perjumpaan itu telah diaturkan oleh Manila, dan bukannya oleh beliau sendiri.


Beliau berada di Filipina untuk bertemu dengan beberapa pimpinan masyarakat, yang mana ramai di antara mereka telah menyuarakan sokongan kepada Anwar Ibrahim, yang telah dipenjarakan secara tidak adil, satu tindakan yang mendapat kecaman masyarakat antarabangsa —
termasuklah Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Working Group on Arbitrary Detention) yang membuat deklrasi bahawa Anwar mangsa penahanan arbitrari.

Malangnya, satu gambar ini telah digembar-gemburkan menjadi isu yang melampau sedangkan isu sebenarnya adalah berkenaan kebebasan Anwar. Barisan Nasional tidak seharusnya lari daripada perkara ini dan bagaikan sengaja hendak mengalihkan perhatian daripada deklarasi UN yang dinyatakan tadi.

Harus diingatkan juga bahawa KEADILAN dan rakan-rakan pembangkang kami di Parlimen, adalah antara yang paling lantang untuk mengecam pencerobohan Lahad Datu, yang kami masih percaya kerajaan Malaysia tidak berjaya menangani dengan teratur dan baik.

KEADILAN, termasuklah Izzah, amatlah komited untuk melaksanakan Deklarasi Kuching 2012, dengan ikrar "...kami berpegang teguh dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang telah dicetuskan dan dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin kami yang terdahulu", ini termasuklah untuk memulihara kedudukan Sarawak dan Sabah sebagai rakan setaraf di dalam Persekutuan, memberi perwakilan yang adil kepada kedua negeri itu, menyelesaikan permasalahan dan isu-isu kerakyatan, menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat, mengiktiraf pelantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, keadilan di dalam isu minyak serta pembangunan sejagat.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.