Bayar Zakat Berdosa? - DrMAZA
Bayar Zakat Berdosa?
oleh DrMAZA
Bertalu-talu email dan mesej dari pelbagai pihak masuk mendesak saya mengulas kenyataan pihak tertentu membayar zakat terus kepada fakir miskin itu berdosa?
Memang, persoalan kewajiban bayar zakat kepada dan melalui ulul amri ada dibincangkan oleh sarjana fekah. Ada perincian dan perbezaan pendapat.
Namun sebelum mengulas soalan tersebut, sekurang-kurang dua soalan hendaklah ditanya dan dijawab terlebih dahulu.
Pertama; apakah hukum mereka yang diamanahkan menguruskan zakat serta harta awam namun tidak menguruskan dengan cara yang amanah dan wajar?
Kedua; apakah wajar seseorang individu memberikan amanah seperti harta awam, anak yatim, zakat dll kepada pihak yang beliau yakini pihak berkenaan TIDAK/KURANG AMANAH?
Jika kedua soalan ini dapat dijawab dengan memuaskan, maka mungkin soalan yang ditanya berikutnya itu terjawab ataupun boleh dicari jawapannya.
Namun, jika kita yakin pihak rasmi zakat itu amanah dan telus, HENDAKLAH kita membayar melalui mereka kerana mereka lebih tahu maslahat fakir miskin. Bahkan, enggan bayar kepada ulul amri tanpa sebab yang munasabah boleh berdosa kerana Allah memerintahkan kita taat kepada pemerintah dalam perkara yang makruf.
Sila kongsi artikel ini...