Malaysia di Mata Dunia - Thaqib Shaker

11:59 PM 0 Comments A+ a-



MALAYSIA DI MATA DUNIA.

oleh: Thaqib Shaker


*Kesemua Kisah-kisah dan kenyataan-kenyataan yang terdapat di dalam artikel ini adalah berdasarkan daripada perbincangan, komen dan perdebatan sepanjang pembelajaran saya di Turki selama 3 tahun (sehingga kini), juga saya antara seorang yang selalu bersolidariti dan menyertai segala aktiviti-aktiviti yang bersifat lebih kepada International bersama rakan-rakan dari pelbagai negara".

Warga asing khususnya dari kalangan negar-negara Islam sering melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang paling maju, moden dan membangun. Rakyat Malaysia dilihat sebagai bangsa yang pintar, kreatif juga berdaya saing bahkan ditambah dengan keberadaan Pemerintah negara yang sangat berkualiti (khususnya era Mahathir) menjadikan Malaysia pada satu tahap berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

Di sini, saya ingin berkongsikan kisah-kisah dan pengalaman saya sebagai salah seorang pelajar Malaysia di Turki.

Setiap kali saya memperkenalkan diri dari Malaysia, pasti akan ada yang kagum khususnya dari kalangan negara-negara Arab, Afrika dan Balkan. Masih saya ingat lagi, ketika salah seorang rakan dari negara Chad (di Afrika) menghampiri saya dan mengatakan "Oh kamu dari Malaysia, negara Islam yang satu-satunya mampu mengeluarkan produk-produk keluaran sendiri. Kereta jenama Protonlah, Perodualah, Astronot Malaysia pun dah sampai solat di angkasa, bukan itu sahaja bahkan turut mempunyai senjata keluaran tersendiri! Sekalipun saya dari negara Chad, saya merasa sangat bangga dengan kejayaan Malaysia kerana untuk pengetahuan kamu setiap kejayaan negara kamu itu sebenarnya mewakili kejayaan umat Islam".

Di Turki, saya menyambung pelajaran di dalam bidang Perhubungan Antarabangsa, dan guru-guru yang mengajar di sini semuanya hebat-hebat belaka. Mereka terdiri daripada guru-guru yang datang daripada negara -negara Eropah dan mempunyai latar belakang yang sangat hebat.

Saya masih ingat peristiwa debat yang berlaku di dalam kelas "Sejarah Peradaban Dunia". Gurunya seorang wanita dari Itali dan konsep pembelajaran di sini adalah lebih kepada perbincangan dan perdebatan, gurunya lebih suka melihat pelajar-pelajar aktif bersuara kemukakan pendapat dan sekiranya perbincangan itu sehingga membawa kepada perdebatan, gurunya akan membiarkan pelajar-pelajar terus berdebat kerana inilah proses pembelajaran yang baik baginya.

Guru dari Itali ini pernah membangkitkan satu persoalan. "Negara Islam yang manakah paling maju dan demokratik?". Rakan-rakan di dalam kelas hanya mendiamkan diri seribu bahasa, mungkin bagi mereka soalan ini begitu berat untuk dijawab. "Sudah tentu Malaysia dan Turki! Tetapi di antara keduanya, yang mana paling hebat?" Dia yang bertanya, dialah yang menjawab dan kini dia bertanya lagi, akhirnya barulah pelajar-pelajar mula bersuara.

Majoriti pelajar dalam kelas adalah dari Turki, juga tidak kurang ramainya pelajar asing. Apa yang mengejutkan hampir kesemua mereka mengatakan Malaysia jauh lebih maju dan demokratik dari Turki kerana beberapa faktor tertentu. Mereka yang tidak bersetuju membantah dengan berhujahkan hujah seperti Malaysia mendiskriminasikan kaum minoriti khususnya dari kaum Cina dan India, buktinya 'sosial kontrak' yang jelas memberikan kelebihan yang luar biasa pada kaum Melayu.

Saya merupakan satu-satunya pelajar Malaysia di dalam kelas bahkan 'di Universiti' tersebut, apa yang menarik, saya langsung tidak mempunyai peluang untuk bersuara apatah lagi membidas persoalan yang dibangkitkan sebaliknya rakan-rakan daripada Negara Eropah, Afrika dan Turki sendiri yang bangkit menjawab, dan jawapan yang diberikan sangatlah mengkagumkan seolah-olah mereka lebih tahu Malaysia dari saya sendiri.

"Mungkin dari satu sudut anda benar mengatakan Malaysia mendiskriminasikan kaum Cina dan India, tetapi bagaimana pula dengan Turki? Tidakkah kita sendiri mendiskriminasikan kaum Kurdish? Hak-hak kaum Kurdish tidak pernah direalisasikan sehingga tertubuhnya kumpulan Pengganas 'PKK' untuk membela hak-hak mereka yang dinafikan bahkan sekarang lebih parah apabila mereka telah lari dari tujuan dan matlamat asal dengan ingin mewujudkan sendiri Negara Kurdish yang merdeka!. Adakah hal ini berlaku di Malaysia?. Kumpulan pengganas apakah yang wujud di Malaysia untuk menunutut hak-hak kaum minoriti?...

...Dari satu sisi pula, ternyata anda silap, bagi saya Malaysia tidak mendiskriminasikan kaum Cina dan India kerana mereka bukan warga pribumi, mereka dibawa masuk oleh kolonial Inggeris ke Malaysia untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu, sudah tentu mereka sebagai warga pribumi tidak mahukan perkongsian hak yang sama rata kerana tanah itu tanah mereka, mereka adalah tuan tanah, maka terbentuklah sosial kontrak selepas pemerintah Malaysia bersetuju menerima mereka (kaum Cina dan India) untuk duduk dan tinggal sebagai rakyat Malaysia tetapi dengan menghormati dan menerima hak-hak kaum pribumi yang sememangnya lebih tinggi dan kuat. Mungkin mereka (kaum Cina dan India) bertuah kerana Malaysia menerima mereka...

...Bagaimana pula situasi di Turki? Adakah kaum Kurdish itu kaum pendatang? Tidak, mereka bukan kaum pendatang! Mereka adalah bangsa pribumi yang telah lama menetap di sebahagian wilayah yang kini terletak di dalam Turki, tetapi mengapa mereka di sini di layan sebagai warga second class? Kenapa hak-hak mereka dipertikaikan? Jangan lupa, kaum Kurdish juga yang membantu kejayaan Turki menghalau kaum Greek keluar dari sini". Penjelasan ini dibuat oleh rakan saya yang berasal dari Negara Georgia, orangnya sangat berminat dengan debat dan di setiap kelas dialah orang yang paling banyak bersuara dan dia pernah mengatakan pada saya bahawa dia memandang Malaysia sebagai negara Islam yang terbaik dari aspek-aspek tertentu.

Perdebatan kian hangat apabila salah seorangnya pula mendakwa Malaysia bukan Negara Islam yang moden kerana wujudnya hukum Syariah dan ini menandakan Malaysia adalah negara konservatif dan Islamis sebaliknya Turki mengguna pakai sistem Sekular.

Rakan yang menjawab persoalan ini adalah warga Turki sendiri, jawapannya benar-benar membuatkan rakan-rakan lain ketawa kerana ada logiknya juga, katanya "Saudara, cuba ulang balik persoalan guru, kita bercakap tentang"Negara Islam" bukan? Negara Islam sudah tentu perlu adanya hukum Syariah walaupun sekumit kerana itulah menamakannya Islamik. Kalau tidak ada hukum Syariah walau sedikit seperti di Turki, adakah ini dinamakan 'Negara Islam?' Sudah tentu tidak! Maka Turki adalah Negara Sekular seperti negara Eropah yang lain dan secara automatiknya, Turki terkeluar daripada senarai Negara Islam. Sebelum bidas, fikir dahulu".

Saya terus mengangkat tangan untuk menambah hujah, saya mengatakan bahawa kita perlu bersikap adil membuat pengkajian yang teliti terlebih dahulu, mereka mendakwa Malaysia mengamalkan hukum Syariah, tetapi hukum yang bagaimana? Adakah hukum Hudud? Tidak sama sekali kerana di Malaysia hukum Syariah yang lebih spesifik seperti Hudud tidak pernah dilaksanakan kerana Pemerintah negara tidak menghalalkannya dan masih tidak bersedia dengan perlaksanaanya sebaliknya Syariah yang wujud di Malaysia hanyalah sekitar masalah kekeluargaan Islam seperti perceraian, hak penjagaan anak, perceraian dan sebagainya.

Kali ini, guru dari Itali itu mengemukakan satu persoalan yang boleh dikatakan setepet. "Di Malaysia, tiada hak kebebasan untuk bersuara, sesiapa yang mengkritik Kerajaan akan ditangkap, rakyat tidak ada hak untuk bersuara menyatakan pandangan mereka, lihat sahaja isu-isu di Malaysia, kebanyakan yang ditangkap adalah disebabkan mereka mengkritik Kerajaan dan menyentuh soal agama".

Saya memang agak terkesima di situ, tetapi sebelum saya sempat menjawabnya, rakan dari Somalia membangkitkan satu persoalan yang menyetepetkan guru dari Itali itu semula. "Persoalan tentang kebebasan bersuara adalah satu persoalan yang tiada jawapan muktamad. Bahkan tidak ada langsung negara di dunia ini memberi hak kebebasan bersuara secara total kepada rakyatnya termasuklah negara anda, Itali...

...Buktinya? Mudah sahaja, di Eropah, rakyatnya diharamkan untuk mengkritik kaum Yahudi, sekiranya ada yang membuatkan kenyataan yang tidak menyenangkan atau mengkritik kaum Yahudi, mereka pasti akan dicop sebagai 'anti semetik', perkauman dan di sesetengah negara itu, mereka akan ditahan. Maka. di mana hak bersuaranya? Itu belum lagi sekiranya kita menyentuh persoalan tentang kebebasan dalam pemakaian dan sebagainya. Orang Muslim di Eropah contohnya di Perancis diharamkan menutup aurat, memakai purdah dan sebagainya, tetapi gadis-gadis yang ingin bertelanjang bulat dibenarkan. Di mana hak dan kebebasan yang di war-warkan itu?...

...Kebebasan bersuara wujud di setiap Negara cuma ianya terbatas dan kita wajib pelajari cara untuk menghormatinya, kerana keterbatasan itu wujud untuk menjaga kententeraman awam". Kata-kata rakan Somalia ini mendapat tepukan gemuruh oleh rakan sekelas hatta daripada rakan negara Eropah juga tanya bersetuju. Salah seorang rakan Turki pula menyeloroh "sekurang-kurangnya kerajaan Malaysia tidak mengharamkan Facebook dan Twitter seperti di Turki, jadi rakan-rakanku jangan bermimpi mendakwa negara (Turki) kita mengamalkan hak kebebasan bersuara!".

Kelas ini berlangsung selama 3 jam, jadi kami masih mempunyai baki 1 jam, dan guru terus membiarkan pelajar-pelajar berdebat memandangkan 2 minggu lagi akan berlangsungnya peperiksaan semester, jadi kesemua topik-topik telah dipelajari dan gurunya memberi markah lebih bagi mereka-mereka yang bersuara mengemukakan pendapat.

"Saya rasa, Pakistan juga boleh dikatakan Negara Islam yang bagus kerana mempunyai ketenteraan yang sangat kuat bahkan boleh dikatakan sekuat Turki. Negara Islam perlu kuat daripada segi ketenteraannya juga demi kestabilan negara". Dakwa rakan dari Pakistan. Kali ini saya ingin lebih banyak bersuara sekalipun saya akui saya masih banyak kekurangan pengetahuan dan jawapan saya lebih kepada jawapan yang menimbulkan persoalan dan logik.

"Saya tidak bersetuju, kerana negara Islam itu perlu neutral dari semua segi, bukan sahaja dari ketenteraan, juga ekonominya, institusi pelajarannya dan juga teknologi. Apa gunanya mempunyai ketenteraan yang kuat tetapi rakyat masih hidup dalam kemiskinan dan tidak berilmu. Meletakkan syarat Negara Islam itu perlu mempunyai ketenteraan yang kuat boleh diterima sekiranya negara itu mempunyai ekonomi yang kuat dan rakyatnya tidak hidup di dalam kemiskinan. Tapi saya akui bahawa setiap negara itu berbeza seperti Pakistan dan Turki mempunyai banyak musuh yang sentiasa mengancam kestabilan negara mereka seperti India, Armenia, Greece, Iran, Irak dan Syria bahkan ditambah pula dengan masalah dalamannya sendiri seperti kewujudan kumpulan pengganas PKK dan Taliban. Maka kekuatan ketenteraan itu perlu ada".

"Alaaah Thaqib, Negara (Turki) kami kuat kencing tapi tak berani buat apa-apa. Masih saya ingat lagi, ketika kapal bantuan Mavi Marmara kami diserang tentera Zionist Israel sehingga menyebabkan 9 orang terbunuh, apa yang Mr Erdogan (ketika itu Perdana Menteri Turki) lakukan? Dia mengancam untuk menyerang Israel! Ya memang, tapi itu dongeng belaka, ancaman kosong tanpa apa-apa tindakan. Ini juga berlaku sekali lagi ketika Israel menyerang Palestin tahun lepas, Pemimpin kami turut mengancam menyerang Israel, tapi jangan katakan askar, peluru pun tidak ada yang menghinggap ke badan tentera Israel. Ini semua dongeng belaka. Negara kami hanya hebat bersuara tetapi takut melaksanakannya". Kata-katanya membuatkan rakan-rakan saya dari kalangan penyokong parti AKP (parti kerajaan Turki) di dalam kelas itu agak sedikit berang memandangkan yang bersuara itu adalah dari kalangan penyokong tegar CHP (parti sekular Turki).

"Itu semua taktik untuk membuatkan Israel takut, kami perlu memikirkan kesan-kesan yang mendatang sekiranya Turki benar-benar ingin mengisytiharkan perang terhadap Israel!". Bidas mereka.

Kini rakan Syria saya yang dari mulanya hanya melihat perdebatan itu berlangsung kini mula bersuara.

"Saya sebenarnya berasal dari Palestin, berimigrasi ke Syria kini ke Turki. Sejujurnya kami rakyat Palestin sudah letih dan bosan mendengar ancaman-ancaman yang tidak pernah berlaku daripada negara -negara Islam yang lain. Semuanya omong kosong belaka kerana tidak ada Negara Islam yang benar-benar berani menyerang Israel kerana kesannya sangat besar, Negara-negara Eropah, Amerika Syarikat pasti akan turut memberi bantuan kepada anak emas mereka, Israel. Kami hanya memerlukan doa dan sedikit bantuan seperti barang-barang keperluan". Sehabisnya dia mengemukakan pendapat, guru Itali itu terus menamatkan kelas kerana dia sedar bahawa perdebatan yang berlangsung sebenarnya sudah hampir kepada pertelingkahan.

Kata-kata rakan Syria ini mengingatkan saya dengan rakan Palestin yang pernah saya tingga serumah dahulu. Namanya Mahmud, ketika saya mula-mula masuk ke rumah, dia kelihatan terkejut kerana katanya dia tidak pernah terbayang ada rakan dari Malaysia kerana dia selalu hanya dapat melihat orang Malaysia di Palestin dalam program misi kemaunisaan tetapi tidak pernah pula bercakap dan sekarang, bukan sahaja boleh berkawan, duduk sebilik pula. Dia terus menceritakan sebab-sebab dia menyukai Malaysia.

"Malaysia Negara yang sangat cool dan tidak angkuh, Malaysia membantu setakat yang mampu. Ketika Palestin diserang, saya pasti akan tertunggu-tunggu kenyataan daripada Pemerintah Malaysia bukan dari pemerintah negara lain, kerana apa? Kerana Malaysia apabila membuat kenyataan pasti yang pertama mereka akan menyatakan bantahan terhadap serangan Israel yang tidak berprikemanusiaan dan keduanya menyatakan sokongan kepada Palestin dan akan cuba membantu setakat yang mampu. Tidak walau sekali pun saya mendengar mana-mana kenyataan pemerintah Malaysia yang mengancam untuk menyerang Israel dan inilah yang saya hormati, sekiranya anda tidak mampu menyerang maka diamkan diri jangan membuatkan kami di Palestin menjadi begitu berharap. Kami bukan angkuh untuk tidak mengharapkan bantuan ketenteraan dari negara Islam yang lain khususnya Arab tetapi kami sebenarnya sudah muak dengan kenyataan yang dusta seperti ini".

"Negara-negara Islam yang lain perlu ambil contoh Malaysia". Kenyataan ini datang dari rakan bukan Islam saya dan dia merupakan seorang warganegara Croatia. Mengapa dia mengatakan sedemikian? Kerana menurut pandangannya, Malaysia benar-benar mencerminkan Negara Islam yang moden dan wajar mendapat penghormatan barat. "Kami akui memang banyak barangan keluaran Malaysia itu tidaklah sekualiti barangan daripada negara maju yang lain, tetapi faktor lain yang saya lihat ialah kerja keras yang bangsa Malaysia lakukan untuk menghasilkan produk-produk tersebut...

...Saya bukan Muslim, tapi saya rasa kalau Nabi kamu (saw) masih wujud ketika ini, pasti dia berbangga dengan Malaysia. Lihatlah negara-negara Arab, mereka tidak mampu mengeluarkan apa-apa pengeluaran sebaliknya mengharapkan barat dan Amerika membantu, mereka lemah dan kerana itulah mudah negara-negara maju menghancurkan mereka...

...Dari satu sisi, UAE jauh lebih moden dari Malaysia, lihatlah kepesatan negara mereka. Cuma persoalan di sini, adakah kemajuan dan kemodenan yang tercapai itu datangnya dari tangan-tangan mereka (Arab Muslim) itu sendiri atau datangnya daripada kami (Orang putih)?. Sekiranya anda punyai minyak yang fantasi pasti akan menjadi realiti, begitu mudah bukan?. Mereka ada wang yang banyak jadi mereka hanya memerlukan orang lain mengendalikan mereka, kerana itulah mereka tidak berdaya saing dan mudah di ratah sehingga lumat, mungkin situasi di Malaysia berbeza kerana negaranya mampu menghasillkan keluaran sendiri walaupun ianya sukar dan kini mendapat penghormatan dunia...

...Saya tidak begitu berminat dengan Malaysia kerana saya mempunyai perkara-perkara yang tidak bersetuju contohnya dalam hal-hal seperti pendiskriminasian terhadap kaum LGBT, double standard terhadap kaum bukan pribumi, penekanan terhadap kaum bukan Muslim dan juga keterbatasan hak bersuara di Malaysia tapi saya perlu akui, Malaysia jauh lebih baik sekiranya dibandingkan dari negara-negara Islam yang lain".

Kalau di Malaysia, rakyat di sini rata-ratanya mengangkat Turki dan Pemimpinnya sebagai Hero Islam. Apa sahaja yang dibuat mereka (Turki) dipandang sebagai benar dan wajar dicontohi, berbeza pula dengan masyarakat Islam di negara luar, mereka mengangkat Malaysia sebagai Hero Islam, Seperti di kota yang saya mendiami ini, kebanyakan mereka yang religious melihat Malaysia sebagai tempat paling sesuai untuk didiami untuk mengamalkan ajaran Islam. Bagi golongan sekularis pula mereka sangat menggemari dengan konsep friendly policy Malaysia dengan negara asing, Setiap perkara yang berbangkit pasti akan diselesaikan secara diplomasi (sesetengah rakyat Malaysia melihat ini sebagai tindakan yang takut dan lemah).

Sebaliknya, mereka di sini melihat Erdogan (Presiden Turki) sebagai Mafia yang suka mencari musuh kerana setiap masalah yang berlaku dengan negara jiran, beliau pasti akan membuat kenyataan yang mengancam dan tidak menyenangkan, lihat sahaja hubungan Turki dengan negara-negara jirannya seperti Irak, Iran, Syria, Armenia, Bulgaria, Greece dan lain-lain, semuanya bermasalah dan semuanya Ego dalam menyelesaikan masalah. Terkadangnya mungkin Erdogan terlupa yang beliau bukanlah Khalifah seperti Sultan Muhammad al Fatih dan kerajaan Turki bukanlah kerajaan Empayar Uthmaniyah yang agung. Dia (Erdogan) dan sebahagian rakyat Turki perlu kembali kepada realiti kerana Turki yang wujud sekarang adalah Turki yang sangat berbeza.

Bagi rakan-rakan Eropah pula, mereka melihat Malaysia sangat membangun. Kerajaan Malaysia (era Mahathir khususnya) sangat bijak dalam mengambil peluang membangunkan negara dengan mengambil contoh negara maju yang lain dan berani bersuara (mengkritik barat dan amerika) sekiranya pada pandangan mereka tidak benar. Sikap Malaysia dalam berdiplomasi perlu dijadikan contoh dan sikap disiplin rakyat Malaysia perlu diterapkan untuk umat Islam yang lain khususnya ketika melancong ke negara Eropah.

Anda perlu tahu bahawa Malaysia mudah masuk ke Eropah tanpa memerlukan visa bahkan pasport Malaysia terletak di ranking ke 8 dunia, terbaik dari kalangan negara Islam. Mengapa begitu mudah negara-negara Eropah membenarnkan rakyat Malaysia yang majoritinya Muslim ini masuk ke wilayah mereka? Kerana Malaysia mempunyai reputasi yang sangat baik, oleh itu apa sahaja perjanjian yang berkaitan dengan visa kemasukan ke Eropah pasti akan diluluskan dengan mudah berbanding permohonan dari negara Islam yang lain.









--


Sila kongsi artikel ini...

Pengundi Melayu Sukar Berubah - Hisommudin Bakar

10:40 PM 0 Comments A+ a-



PENGUNDI MELAYU SUKAR BERUBAH


Kami ditanya oleh banyak pihak mengenai trend dan pola pengundi Melayu. Adakah pengundi Melayu akan berganjak dari menyokong Umno/BN selepas isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pelbagai skandal besar negara kepada mengundi pembangkang, atau bagaimana?

Kami menjawab berdasarkan dapatan kajian. Sepanjang kami terlibat dalam kajian lapangan, pola pengundi Melayu cukup unik. Orang Melayu sukar membuat perubahan politik. Antara rumusan pola pengundi Melayu adalah seperti berikut:

1) Pilihan politik atas asas parti. Biasanya turun temurun. Jika ada anak ada cucu yang berlawanan arus, mereka memilih untuk berdiam diri. Faktor pilihan atas calon dan isu terlalu minima.

2) Berfikiran selapis. Mudah. Tidak suka memikirkan perkara besar, rumit dan berbelit-belit. Isu dengan angka besar milion dan bilion, sukar dihadam oleh pengundi Melayu.

3) Lokaliti yang berada di pedalaman, jauh dari sumber maklumat primer menambah kelebihan kepada Umno/BN. Sebab itu majoriti kerusi Parlimen pedalaman milik Umno/BN.

4) Lebih mempercayai berita yang disampaikan oleh parti pemerintah. Amat bergantung kepada media perdana dalam membentuk sikap dan pendirian politik. TV3 dan Utusan sandaran utama yang dominan.

5) Tidak terkesan dengan gelombang nasional. Jika ada sifatnya sementara kerana faktor emosi, marah. Maka, sabotaj pada Umno dan BN berlaku. Namun sifatnya lokal, tidak menyeluruh, sementara. Masa yang panjang akan meredakan ketegangan, dan akhirnya sokongan kembali kepada yang asal.

6) Mudah terjebak dengan perkauman terutama Cina dan India. Cina dilihat dalam perspektif mengancam ketuanan Melayu, merebut kuasa. Melayu akan merempat di bumi sendiri. India pula minoriti, lagak samseng dan merupakan kaum pendatang. Elemen rasis ini mudah bagi Umno/BN menuai hasil.

7) Selain kaum, isu dan sentimen agama juga menjadi 'pillar' undi sukar berubah. Pada majoriti pengundi Melayu, walaupun UMNO dilihat nasionalis Melayu yang kurang Islamik, namun ia lebih dijamin baik berbanding pembangkang yang lebih dilihat gagal menjaga Islam dan seringkali memanipulasi agama demi kepentingan politik.

8) Kelompok warga emas, kaum Ibu antara penyumbang tetap kepada Umno/Bn.

Berdasarkan pola utama di atas, Tim Ilham Centre menjangkakan dengan insiden pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memangkin perubahan undi kepada pembangkang. Jika ada pun sekadar protes mengikut lokaliti tertentu sahaja.

Tiada apa yang boleh diharapkan pada pengundi Melayu. Sukar berubah. Malas berfikir. Selesa dengan apa yang ada. Retorik ketuanan bangsa. Cina ancaman utama. Ini formula untuk Umno/BN terus berkuasa.

Ancaman sebenar sekarang kepada penguasa ialah pengundi muda Melayu. Pengundi ini terdedah dengan maklumat pantas melalui media sosial dan portal
Internet.

Maka, tidak dapat tidak rebutan harus berlaku di segmen ini. Segmen ini sangat rapuh (fragile). Jumlah besar dari kelompok ini menjadi kuasa penentu dalam PRU akan datang.

Hisommudin Bakar
ILHAM Centre
30 Julai 2015
2.15 pm


s ·




--


Sila kongsi artikel ini...

SPRM Nafi Pegawai SPRM Terlibat Konspirasi Jatuhkan Kerajaan

10:33 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

SPRM NAFI PEGAWAI SPRM TERLIBAT KONSPIRASI JATUHKAN KERAJAAN

Merujuk kepada kenyataan dalam blog-blog yang menyatakan bahawa pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan, SPRM ingin menegaskan bahawa segala tohmahan ini adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Tindakan yang diambil oleh pegawai-pegawai kanan SPRM adalah jelas bagi menjalankan tugas mereka sebagai pegawai SPRM, dan telah mendapat arahan dan dalam pengetahuan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk kerajaan.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

SPRM ingin menegaskan sekali lagi bahawa SPRM tidak terlibat dalam siasatan kes 1MDB sebaliknya hanyamenyiasat kes SRC International Sdn Bhd. Ini adalah keputusan yang telah dicapai oleh Pasukan Petugas Khas, yang dianggotai oleh ketua Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan SPRM, yang menerima panduan dan nasihat perundangan daripada Tan Sri Abdul Gani Patail yang ketika itu Peguam Negara.

Dalam kes SRC International Sdn Bhd, sama ada dengan atau tanpa Pasukan Petugas Khas, setelah ketiadaan Tan Sri Abdul Gani, SPRM memberi jaminan bahawa siasatan ke atas SRC International akan diteruskan sehingga siasatan lengkap sepenuhnya sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk kajian dan keputusan.

Bagi melengkapkan siasatan SRC International Sdn Bhd, SPRM masih lagi mengesan beberapa saksi penting.

SPRM memohon kepada orang ramai agar memberi ruang kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
30 JULAI 2015

--


Sila kongsi artikel ini...

Kata Bersambut - Ridzwan bin Abu Bakar

10:31 PM 0 Comments A+ a-



KATA BERSAMBUT.

Saya menerima satu artikel yang disebarkan dalam alam maya yang berjudul "TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH" ditulis oleh Izwan Abdul Halim (Exco Pemuda Pas Malaysia).


Saya amat terkejut apabila membaca artikel yang menyimpulkan hukuman bunuh terhadap "kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga" yang dinisbahkan kalam tersebut kepada seorang tokoh agama di negeri Kedah.

Saya MENGANGGAP bahawa kenyataan ini amat bahaya, bahkan memasarkan kembali pemikiran takfiri di kalangan masyarakat.

Di sini saya turunkan petikan tersebut beserta ulasan secara point dari kenyataan tersebut.

" Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga, dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, nabi suruh bunuh, jangan taruh".

"Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak, ini hadith sohih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu, tapi orang yang tak percaya Hadis dan Quran payah kira, orang ni tak sah untuk lantik sebagai pimpinan" tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an Nisa.

Dari petikan tersebut ini komen saya:

1. Budaya mudah menghukum dengan hanya bersandarkan kepada 'teks' hadis yang difahami oleh pemberi kenyataan amat berbahaya, kenyataan ini secara umum (sebagaimana yang saya selami) merujuk kepada hadis yang berkaitan dengan jamaah, lalu perkataan jamaah itu disandarkan kepada satu pihak sahaja, sedangkan di kalangan para ulama hadis menafsirkan jamaah itu kepada beberapa makna, antaranya :

a. Sawadul a'zam (pandangan majoriti yang dipegang oleh Muslimin)

b. Imam mujtahid dan fuqaha

c. Sahabat Nabi

d. Kesatuan ummat Islam

e. Kesatuan ummat Islam yang dipimpin oleh pemimpin agung.

Semua takrifan tersebut, tidak DIRUJUK kepada mana2 jamaah, bahkan kebanyakan syurrah (para pensyarah Hadith) menilai al Jamaah itu dirujuk kepada ummat Islam yang bernaung di bawah pimpinan seorang khalifah.

Bermudahan dalam menafsirkan istilah jamaah ini akan menatijahkan kecelaruan dalam berhukum sehingga akan menyebabkan tuduhan kufur, murtad, berdosa dan mati jahiliah akan berleluasa di kalangan ummat ini.

2. Ketegasan hukum ini kononnya disandarkan kepada ayat 105 surah an Nisa. Ayat 105 surah an Nisa adalah:
" Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab (Al Quran) kepadamu (Muhammad) membawa kebenaran, agar engkau mengadili antara manusia dengan apa yang telah diajarkan Allah kepadamu dan janganlah engkau menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang yang berkhianat".

Setelah anda meneliti ayat di atas, dimanakah yang boleh dinyatakan "ketegasan hukuman" yang dimaksudkan sehingga membolehkan membunuh orang yang "mari dengan parti Islam baru". Ayat al Quran bukan boleh dipasangkan mengikut suka hati sahaja.

Saya membelik dua tafsir (Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir dan Al Muyassar fi Tafsiril Quran), saya tak temui maksud ketegasan hukum tersebut. Sekali lagi kesucian ayat Al Quran yang seharusnya membawa rahmat kepada manusia sejagat dinukilkan dengan secara yang 'amat2 salah' sehingga menghalalkan darah manusia yang amat suci dalam agama ini.

Kepada Saudara Izwan dan yang sewaktu dengannya ! Berhatilah2 dalam menukilkan dalil sehingga agama yang rahmat ini tidak disalahertikan.



Ridzwan bin Abu Bakar

30 Julai 2015 / 15 Syawal 1436 H
Perlembahan Ilmu, Derang









--


Sila kongsi artikel ini...

Teruskan Agenda Perubahan Negara - Dr. Mahfodz

10:29 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

TERUSKAN AGENDA PERUBAHAN NEGARA


1. DUPP menzahirkan rasa simpati kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) yang telah dilucutkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai yang lalu dan mengharapkan beliau sabar dengan ujian. Perlucutan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kelantangan TSMY yang mula bersuara mengenai isu 1MDB.

2. Walaubagaimanapun, keadaan itu diharap tidak melemahkan semangat TSMY untuk meneruskan agenda perubahan negara yang kian dihimpit pelbagai skandal di dalam mahupun di luar negara. Apa yang lebih utama adalah usaha ke arah Malaysia yang lebih baik ini mendapat dokongan bersama oleh semua pihak.

3. TSMY seharusnya bertindak lebih lantang dalam menyampaikan pandangan-pandangan mengenai pelbagai kemelut yang melanda negara akhir-akhir ini. Isu skandal terbesar 1MDB dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah antara isu yang menjadi perhatian ramai pihak ketika ini dan ia bakal menentukan masa depan negara.

4. DUPP juga mengalu-alukan TSMY bersama-sama PAS untuk berganding bahu meneruskan agenda perubahan ini ke arah Malaysia yang lebih sejahtera. PAS menyatakan kesediaan untuk menerima sesiapa sahaja yang bersedia untuk berjuang meneruskan agenda perubahan seterusnya memartabatkan Islam di bumi Malaysia.

Sekian.

DATO' DR. MAHFODZ MOHAMED
Ketua,
Dewan Ulamak PAS Pusat.

Khamis, 30 Julai 2015 | 14 Syawal 1436H

 


--


Sila kongsi artikel ini...

Pendirian rasmi Badan Perhubungan PAS Negeri Perak (BPPNP)

10:28 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN BADAN PERHUBUNGAN PAS PERAK

Pendirian rasmi Badan Perhubungan PAS Negeri Perak (BPPNP)

1. Perkembangan politik semasa terutama pasca muktamar PAS Pusat telah menampakkan pergolakan dalaman PAS. Namun, pergolakan ini telah memberi peluang kepada PAS untuk bangkit dengan gagah demi meneruskan agenda Dakwah,Tarbiyah dan Siasah dengan lebih berkesan.


2. Atas keyakinan perjuangan ini, PAS Perak berpendirian tidak boleh ada dua jamaah Islam dalam satu masa kerana ia bakal mengundang kerugian dan perpecahan. Maka dengan itu, kami menasihati semua pimpinan dan ahli di semua peringkat khususnya di Negeri Perak supaya terus beristiqamah dengan perjuangan PAS.

3. Selaras dengan arahan Pas Pusat, kami juga tidak membenarkan pimpinan dan ahli PAS daripada terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Gerakan Harapan Baru (GHB). Malah, GHB tidak dibenarkan menggunakan mana-mana aset dan premis PAS untuk sebarang aktiviti mereka kerana ia melanggar etika parti serta adab-adab berjamaah. Selain itu, PAS Perak menyeru ahli-ahli PAS supaya menjaga ukhuwwah, adab-adab berhujah dan banyakkan menerang daripada menyerang tika menangani isu GHB tersebut.

4. Justeru, PAS Perak akan terus maju ke hadapan dengan lebih aktif dan efektif dengan mengamalkan pendekatan "muwajahah silmiah" iaitu pendekatan secara aman dan menghormati demokrasi berdasarkan panduan Al Quran, As Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qias.

5. Akhir sekali, PAS Perak meminta agar semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat untuk melipatgandakan usaha demi mempertahankan PAS disamping mengharap pertolongan dan keredhaan Allah.

Istiqamah Hingga Kemenangan

TUAN HAJI RAZMAN B. HAJI ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK

14 Syawal 1436
Khamis 30 Julai 2015

 
--


Sila kongsi artikel ini...

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah: Tetap Tidak Ketepikan Gerakan Harapan Baru

10:27 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA KEDAH /

TETAP TIDAK KETEPIKAN GERAKAN HARAPAN BARU

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah sejak dari beberapa sesi lepas telah menggagaskan politik ilmu dan hujjah sekaligus meletak ketepi sintimen dan emosi semata mata, atas prinsip inilah maka kami telah membuat beberapa ketetapan awal berkaitan iklim politik semasa Malaysia :-

1) Kami menyatakan komitmen dan iltizam kami untuk terus memberi fokus pada isu rakyat berpaksikan kepada nilai sejagat dan rahmat yang dibawa oleh Islam.

2) Kami menyatakan bahawa musuh utama dalam usaha mengembalikan hak rakyat dalam negara ini ialah Umno/ Bn, jesteru segala senjata yang ada harus diguna untuk menyerang ketempangan dan kebobrokan urus tadbir negara di bawah regim UMNO/ BN.

3) Kami juga menyatakan kesediaan berkerjasama secara tuntas dengan rakan rakan yang memilih untuk bersama Gerakan Harapan Baru, dengan menyedari bahawa garis persamaan dalam perjuangan adalah terlalu banyak sementara titik kekhilafan dan corak pandang adalah terlalu kecil.

4) Kami juga menyeru untuk pimpinan samada dalam PAS mahupun HB untuk menghentikan kutuk mengutuk, salah menyalah dan sebagainya. Mari kita teruskan agenda membela rakyat dengan pendekatan masing masing di samping terus memacu roda perjuangan ke arah menjunamkan UMNO / BN .


Ahli Jawatankuasa
Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah .
30 Julai 2015






--


Sila kongsi artikel ini...

Panggil Sidang Khas Parlimen Segera - Khalil Hadi

10:24 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
14 Syawal 1436H | 30 Julai 2015

PANGGIL SIDANG KHAS PARLIMEN SEGERA

Setelah pemecatan Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin, pertukaran Tan Sri Gani Patail dan pelantikan YB Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri semalam, maka Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak YAB Perdana Menteri memaklumkan kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat untuk memanggil satu sidang mesyuarat khas SEGERA.

Ini selaras dengan peruntukan Peraturan 11 (3), Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat. Perkembangan 1MDB terkini telah menjadi isu politik sehingga menjejaskan kepentingan awam termasuk memburukkan keadaan ekonomi dan melemahkan keyakinan pelabur luar negara. Tindakan yang diambil oleh YAB Perdana Menteri selaku individu penting dalam 1MDB telah menjejaskan integriti dan pertembungan konflik kepentingan dalam proses siasatan 1MDB.

Oleh yang demikian, sidang khas tersebut boleh menjawab pelbagai dakwaan termasuk membuktikan akauntabiliti YAB Perdana Menteri dalam isu ini. Laporan interim yang telah diserahkan oleh Jabatan Ketua Audit Negara baru-baru ini boleh dibahaskan dan didedahkan kepada awam selepas mesyuarat khas tersebut. Sementara itu, ia juga boleh memudahkan urusan perjalanan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Jadual rutin mesyuarat Dewan Rakyat pada bulan Oktober akan datang dianggap terlalu lewat.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM


--


Sila kongsi artikel ini...

Pertahan Pemecatan Gani Patail - Adakah Peguam Negara Yang Baru Ragu Dengan Kesahan Pelantikannya? - Mahfuz

10:22 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media

PERTAHAN PEMECATAN GANI PATAIL - ADAKAH PEGUAM NEGARA YANG BARU RAGU DENGAN KESAHAN PELANTIKANNYA?

1. Dua hari lepas saya telah menegaskan bahawa pemberhentian Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara adalah tidak sah dan melanggar peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan kerana tidak ada tribunal siasatan ditubuhkan bagi membuat rekomendasi kepada Yang Dipertuan Agong berhubung dengan kedudukan beliau sebagai Peguam Negara. Meskipun saya bukanlah seorang peguam atau terlatih di dalam bidang undang-undang, namun pandangan yang sama turut diutarakan oleh ramai peguam dan ahli undang-undang di dalam negara ini.

2. Dicelah-celah polemik yang timbul berhubung dengan tafsiran sebenar Perkara 145 tersebut, tidak semena-semena Peguam Negara yang baru iaitu Tan Sri Apandi Ali nampak ‘kepanasan’ dan panik dengan hujah-hujah yang mempertikaikan kesahan (validity) pemberhentian Tan Sri Gani Patail selaku Peguam Negara hingga memaksa beliau mengeluarkan kenyataan rasmi yang pertama di atas kapasiti selaku Peguam Negara bagi mempertahankan pemecatan Tan Sri Gani Patail atas alasan ianya sah dan tidak melanggar Perlembagaan. Sikap melatah yang ditunjukkan oleh Peguam Negara yang baru ini bukan sahaja melucukan, bahkan kelihatan janggal kerana seolah-olah beliau sangat tergugat dengan pertikaian yang timbul terhadap cara Gani Patail dipecat dan dengan itu beliau juga kelihatan tidak yakin dengan kesahan pelantikan beliau selaku Peguam Negara yang baru.

3. Saya juga berpendapat meskipun kenyataan rasmi yang dibuat oleh Peguam Negara tersebut adalah sebahagian daripada tugasnya untuk memberikan nasihat dan pandangan perundangan, tetapi oleh kerana soal pemecatan dan pelantikan Peguam Negara menyentuh secara langsung kedudukan peribadi beliau, maka tidak sepatutnya Peguam Negara sendiri mengeluarkan kenyataan tersebut kerana jelas berlaku percanggahan kepentingan (conflict of interest) yang melibatkan diri beliau sendiri. Sudah tentu beliau akan mempertahankan pemecatan Tan Sri Ghani itu sah dan tidak melanggar Perlembagaan. Sekiranya beliau berkata ia tidak sah dan melanggar Perlembagaan, bermakna pelantikan beliau juga tidak sah. Sepatutnya biarlah orang lain yang mentafsir kedudukan yang menyentuh kepentingan beliau.

"Selamatkan Rakyat Dan Malaysia Tercinta!"

DATO’ MAHFUZ HAJI OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
30 Julai 2015/14 Syawal 1436


--


Sila kongsi artikel ini...

Penamatan Awal Khidmat Peguam Negara - Dr Muhammad Fathi Yusof

9:29 PM 0 Comments A+ a-



PENAMATAN AWAL KHIDMAT PEGUAM NEGARA

Ramai yang bertanya tentang penamatan awal Peguam Negara. Adakah pemecatannya sah? Berdasarkan Perkara 154(5), penamatan atau pemecatan itu sah. Anda boleh rujuk kenyataan rasmi dari Pejabat Peguam Negara itu sendiri. Saya anggap hujah-hujah yang dikemukakan adalah tepat.

Cuma persoalan yang penting ialah tentang kewajaran seseorang Peguam Negara boleh dipecat begitu mudah. Sebenarnya masalah berpunca dari sini. Sepatutnya Peguam Negara hanya boleh diberhentikan perkhidmatan lebih awal dari yang sepatutnya (atau istilah lain dipecat) melalui cara pemecatan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan. Alasannya:

1. Kuasa Peguam Negara sangat besar. Dia berkuasa memulakan, melaksanakan dan menamatkan sesuatu prosiding pendakwaan jenayah di Mahkamah, serta menjadi penasihat undang-undang utama kerajaan. Dia juga mengetuai Jabatan Peguam Negara yang mempunyai peranan besar dalam menentukan hala tuju perundangan negara. Rujuk Perkara 145 (2), (3) dan (4).

2. Kedudukannya setaraf atau lebih tinggi dari Hakim Mahkamah Persekutuan, berdasarkan kuasa yang dinyatakan dan syarat kelayakan. Rujuk Perkara 145 (1).

3. Ramai yang tidak menyedari bahawa cara pemecatan yang amat mudah hari ini bukanlah dari peruntukan Perlembagaan yang asal. Tetapi ia adalah hasil pindaan pada tahun 1963 melalui Akta 26/1963. Jika mengikut Perkara 145(4) dan (5) yang asal, Peguam Negara akan terus memagang jawatan sehingga berusia 65 tahun dan dia boleh meletakkan jawatan bila-bila masa. Tetapi dia tidak boleh dibuang melainkan melalui cara pemecatan hakim Mahkamah Persekutuan - iaitu melalui satu tribunal sebagaimana dalam Perkara 125.

Malangnya hari ini Peguam Negara boleh dipecat dengan begitu mudah.

Namun, persoalan yang lebih penting, adakah Perdana Menteri wajar menasihati Yang Dipertuan Agung untuk menukar Peguam Negara dalam situasi ketika beliau sedang terlibat dalam penyiasatan dan risiko pendakwaan oleh Peguam Negara?

Soalan ini saya serahkan kepada anda untuk menjawabnya.

Senyum dan doa.

Dr Muhammad Fathi Yusof

Pensyarah Kanan &
Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan)
UTM KL

 



--


Sila kongsi artikel ini...

Pasukan Petugas Khas mula diganggu - Tuan Ibrahim Tuan Man

7:18 PM 0 Comments A+ a-



Pasukan Petugas Khas mula diganggu



Seperti yang dijangka daripada kenyataan saya semalam, Pasukan Petugas Khas mula diganggu dengan tuduhan-tuduhan dan khabar angin yang bakal mengganggu kelancaran penyiasatan ke atas skandal 1MDB.


Ura-ura yang sedang melanda Gabernor Bank Negara Tan Seri Zeti Akhtar Aziz selepas kemunculan blog misteri ekoran pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail adalah buktinya. Mereka yang menyiasat kini dilihat menjadi sasaran siasatan yang tidak tahu lagi hujung pangkal tuduhannya.

Di sini, saya ingin mengulang gesaan saya kepada Tan Sri Zeti agar mendedahkan semua identiti para penyiasat di Pasukan Petugas Khas kepada pihak awam dengan kadar segera.

Ini adalah langkah terbaik untuk melindungi mereka dan membolehkan mereka terus menyiasat tanpa sebarang kerisauan melalui sokongan rakyat.

Dengan pendedahan itu, sebarang tindakan kepada mana-mana penyiasat Pasukan Petugas Khas yang sudah diketahui umum pada waktu ini akan mendatangkan kesan buruk pada kerajaan kerana ia hanya menguatkan persepsi bahawa segala tuduhan ke atas 1MDB dan juga Perdana Menteri adalah benar.

Peristiwa sabotaj dengan memecat salah seorang penyiasat seperti Tan Sri Abdul Gani Patail dan memindahkan 4 ahli PAC ke kabinet tatkala siasatan sedang rancak dilakukan tidak boleh dibiarkan berulang lagi. Diharap Tan Sri Zeti dapat bertindak segera.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
30 Julai 2015




--


Sila kongsi artikel ini...

Kerajaan UMNO dan BN Semakin Rakus - Nasrudin bin Hassan

7:16 PM 0 Comments A+ a-






Tinta Penerangan. 11

Kerajaan UMNO dan BN Semakin Rakus

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.

1. Sewaktu menghadapi krisis 1MDB, rakyat umumnya mengharapkan satu penyiasatan yang telus dan adil dilakukan. PAS mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat skandal ini hingga ke perdu dalamnya. Malang apa yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri ialah bertindak ke atas sumber yang mendedahkan penyelewengan tersebut.

2. Tidak sahaja PAS yang menasihat supaya YAB Perdana Menteri ambil cuti segera bagi memberi laluan kepada siasatan yang telus (serta membersihkan nama beliau jika benar beliau tidak bersalah), malah YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin juga telah menyeru supaya audit forensik dilakukan ke atas 1MDB. Maka sewajarnya YAB Perdana Menteri bercuti. Malangnya apa yang dilakukan ialah beliau memecat Tan Sri Muhyidin Yasin.

3. Rakyat mengharapkan kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri segera melakukan tindakan membersihkan imej negara dari tercalar teruk akibat skandal kewangan sebegini. Cadangan tindakan telah dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri sebelum ini agar mengambil tindakan kepada semua pemegang amanah di syarikat 1MDB serta buat rombakan dan siasatan besar-besaran. Malangnya, apa yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri ialah merombak kabinet dan memecat Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri yang lain termasuk peguam negara.

4. Jelasnya, tindakan YAB Perdana Menteri hari ini semakin rakus. Saya tidak mahu membela sesiapa kerana yang memecat pun UMNO dan yang kena pecat pun UMNO. Tetapi saya bersama rakyat yang mahu menyaksikan keadilan dan kebenaran serta proses mencari keadilan dan kebenaran itu ditegakkan dalam negara ini khasnya oleh kerajaan yang memerintah.

5. Jika suara orang no 2 negara tidak diendah malah dipecat kerana bersuara, maka saya tidak nampak langkah yang lebih baik diambil melainkan ia lebih memburukkan keadaan dan menampakkan bahawa kabinet baru yang dibentuk ini adalah tidak lebih sekadar kabinet 1MDB.

6. PAS telah mengambil kedudukan yang jelas melalui suara Presidennya Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bahawa segala tuduhan dan dakwaan mesti disiasat agar kebenaran dapat ditegakkan. Justeru itu pertuduhan dan dakwaan mesti melalui proses penyiasatan dan selayaknya YAB Perdana Menteri memberi kerjasama bagi menjayakan siasatan tersebut. Salah satu caranya ialah YAB Perdana Menteri wajar mengambil cuti agar proses siasatan lancar dan tidak terhalang.

7. Secara umumnya, rakyat melihat inilah penyakit UMNO dari dulu. Sepertinya UMNO adalah kenderaan buruk yang sukar dibaiki. Lantaran itu, langkah menukar driver atau konduktor tidak pernah mampu mengatasi masaalah jika yang rosak itu adalah kenderaannya.

8. Pembentukan kabinet baru tidak boleh menghentikan penyiasatan ke atas 1MDB. Desakan rakyat mesti diteruskan. Malah tukarlah 10 kali kabinet baru setahun, selagi mana proses penyiasatan tidak dilangsungkan secara telus, adil dan meyakinkan maka ia bagaikan membina kabinet pasir di pantai berombak. Nasihat saya kepada YAB Perdana Menteri, bahawa negara perlukan penyelesaian yang tuntas terhadap kemelut dan skandal kewangan yang melanda negara bukan sekadar pertukaran anggota kabinet. Namun trend yang ada pada hari ini, saya berpendapat bukan kabinet perlu ditukar tetapi UMNO itu sendiri wajar ditukar.

9. PAS telah menyarankan pelan penyelesaian dan ianya adalah cara yang dituntut oleh Islam. Merupakan cara terbaik untuk semua. Kenapa payah sangat UMNO mahu mendengar dan melaksanakannya? Atau masih ada kepentingan tersembunyi yang mahu dipelihara ? Semua ini mengundang curiga dibenak rakyat dan mengakibatkan rakyat akan terus bangkit menolak UMNO dan BN.

10. Tentunya PAS sebagai bahtera yang sedia belayar dengan layar Islamnya meredah gelombang kapitalis menuju arah angin kebangkitan Islam yang mula bertiup kencang. Jangan lambat untuk bersama kami kerana sauh sudah lama diangkat dan perjalanan bahtera ini semakin deras. Semoga kita semua sempat sampai ke destinasi yang mengimpikan sebuah negara Malaysia yang damai dan sejahtera. Bebas skandal kewangan yang memalukan. Selamat dari jenayah yang mengancam, damai dengan semangat rakyat yang bersatu menolak kebathilan.

Sekian.







--


Sila kongsi artikel ini...

Bertahan Dua Tahun - Hasbie Muda

7:14 PM 0 Comments A+ a-



BERTAHAN DUA TAHUN

1. Ramai yang berminat nak menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) mengemukakan persoalan ini. Mereka was-was apabila Presiden PAS meramalkan bahawa GHB hanya mampu bertahan 2 tahun sebelum melingkup.

2. Pertamanya, perkara yang akan berlaku pada masa depan adalah dalam ilmu Allah. Walau bagaimanapun sesiapa sahaja berhak membuat unjuran politik berasaskan sejarah serta kajian yang mungkin mereka lakukan. Ramalan atau unjuran untuk boleh jadi betul dan boleh jadi salah.

3. Izinkan saya berbeza pandangan dengan Presiden PAS dalam soal ini.

4. Survival sesebuah parti Islam di negara ini banyak bergantung (dengan izin Allah) kepada :
i) Dasar parti yang jelas dan teguh.
ii) Kepemimpinan parti yang diterima umum, cekap dan berkesan dalam mentadbir parti serta
iii) Keupayaan sesebuah parti untuk bersifat inklusif dengan tawaran yang memberikan manfaat kepada masyarakat terbanyak.

5. Memiliki semata-mata dasar parti yang jelas dan teguh belum tentu menjamin sesebuah parti itu mampu survive di arus perdana. BERJASA dan AKIM adalah contoh parti Islam yang gagal bertahan walaupun dasarnya jelas. Kelemahan parti-parti tersebut adalah mereka tidak dipimpin oleh kelompok kepemimpinan sebagaimana dalam perkara (ii) selain gagal dalam perkara (ii).

6. Ada juga yang memiliki percirian (i) dan (ii) tetapi tetap juga gagal kerana tidak berupaya menjadi sebuah parti yang inklusif. HAMIM yang ditubuhkan oleh Almarhum Dato' Asri menggariskan dasar yang jelas serta dipimpin oleh barisan kepemimpinan yang hebat tetapi ia hanya dilihat eksklusif untuk rakyat Kelantan dan sedikit di Kedah semata-mata selain kelompok yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinan baru PAS pada ketika itu. Lebih malang, ketokohan Almarhum Dato' Asri berjaya ditenggelamkan oleh Ketua Ulama' PAS Almarhum Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan bekas panglima yang berada lama di belakang Asri.

7. PAS khususnya selepas 1982 sangat bergantung kepada kepada tokoh-tokoh utama yang memimpin PAS kerana mereka adalah idealogue atau institusi yang akan menghuraikan falsafah perjuangan PAS kepada masyarakat. Dulu,falsafah perjuangan PAS akan dihuraikan oleh 3 tokoh utama Kepemimpinan Ulama' iaitu Almarhum Ustaz Fadzil, Almarhum TGNA dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) . Apabila Almarhum Ustaz Fadzil meninggal pada tahun 2002, PAS masih ada dua institusi yang dominan iaitu Almarhum TGNA dan TGHH. Kedua-dua saling mengimbangi.

8. Apabila Almarhum TGNA meninggal beberapa bulan yang lepas, satu-satunya tokoh yang dianggap idealogue parti hanyalah TGHH. Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh beliau akan dianggap sebagai falsafah perjuangan dan dasar parti. Sebab itu apabila adalah yang berbeza pandangan dengan Presiden dianggap sebagai berbeza dengan dasar parti.

9. Persoalan yang bermain di fikiran saya adalah jika TGHH sudah tidak ada nanti, tokoh manakah yang akan diterima sebagai idealogue parti?

10. Saya tidak berniat memandang rendah tokoh-tokoh yang ada sekarang. Tetapi mereka ada kelompok ahli PAS yang tidak menerima mereka sepenuhnya. Timbalan Presiden dilihat terlalu lembut dan tidak keras dan sebab itu beliu 'dipaksa' menarik diri dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden pada Pemilihan PAS 2013. Ustaz Nik Amar pula kurang popular dalam kalangan orang muda manakala Ustaz Idris Ahmad pula pernah hampir dilabel 'jebon play safe' kerana tidak keras menentang kelompok progresif dalam parti.

11. Cabaran PAS masa ini adalah mewujudkan tokoh idealogue parti yang mempu diterima oleh semua. Jika dahulu kelompok Pemuda PAS era 1980-an menukar gelaran TGNA daripada Ustaz Nik Aziz kepada 'Tuan Guru Nik Aziz' manakala gelaran TGHH diubah daripada 'Haji Hadi' kepada 'Tuan Guru Haji Hadi, maka sesebuatu perlu dilakukan agar maqam tokoh-tokoh pelapis dalam PAS juga boleh diangkat dengan pelbagai cara. Namun persoalannya adalah apabila gelaran 'Tuan Guru' diletakkan kepada Ustaz Tuan Ibrahim, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nik Amar, Dr Mahfodz, maka ahli-ahli PAS dan masyarakat boleh menerima dengan mudah? Dulu orang menerima gelaran 'Tuan Guru' kepada TGNA dan TGHH kerana mereka benar-benar dilihat layak untuk digelar sedemikian.

12. Bagi GHB, tokoh-tokoh mereka tidak perlukan gelaran Tuan Guru kerana falsafah perjuangan parti terletak pada institusi penyelidikan parti yang akan ditubuhkan selain kolektiviti keputusan jawatankuasa eksekutif..

13. Jika PAS gagal dalam menginstitusikan tokoh-tokoh baru pada masa yang akan datang, saya bimbang bahawa yang akan bertahan (relevan) selama 2 tahun bukanlah GHB sebaliknya PAS itu sendiri.

14. Moga ada usaha dilakukan.

 

s
--


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Oleh Peguam Negara Malaysia

7:12 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN OLEH PEGUAM NEGARA MALAYSIA

30 Julai 2015

1. Dakwaan warganegara asing Clare Rewcastle Brown dalam blog politik Sarawak Report adalah palsu.


2. Kertas Pertuduhan yang didakwa itu tidak berada di dalam dan tidak pernah sampai ke Pejabat Peguam Negara. Tambahan pula, format lembaran tidak betul atau ditulis oleh Pejabat kami.

3. Siasatan Pasukan Petugas Khas belum selesai. Oleh itu tidak mungkin dari sudut undang-undang kertas pertuduhan boleh dirangka terlebih dahulu.

4. Kertas pertuduhan yang didakwa itu menunjukkan bahawa ada konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat melalui menjenayah beliau, dan bahawa kaedah-kaedahnya termasuk memalsukan maklumat dan memberi maklumat secara tidak sah.

5. Plot Ini merupakan ancaman kepada demokrasi Malaysia dan saya akan mengarahkan untuk semua tindakan yang boleh diambil untuk menyiasat. Undang-undang mutlak akan digunakan tanpa pengecualian kepada mana-mana yang didapati bersalah.

TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI
PEGUAM NEGARA MALAYSIA

 



--


Sila kongsi artikel ini...

Mat Sabu Menyokong Penuh Himpunan Aman 29 Ogos 2015 Anjuran BERSIH

4:49 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media

MENYOKONG PENUH HIMPUNAN AMAN 29 OGOS 2015 ANJURAN BERSIH

1. Harapan Baru (HB) menyokong penuh cadangan BERSIH untuk mengadakan Himpunan Aman pada 29 dan 30 Ogos 2015.


2. HB akan mengerahkan seluruh penyokong dan pendokong pemikiran politik progresif untuk turun bersama rakyat ke perhimpunan aman dan melaksanakan hak sebagai rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.

3. Negara berada dalam keadaan yang sangat gawat. Ekonomi Malaysia berada pada tahap terburuk. Hutang negara Malaysia tahun 2015 RM847.9 bilion sudah meningkat sehingga 63.8% daripada GDP serta berbagai kemelut ekonomi seperti peningkatan hutang isi rumah, bebanan GST, ketidak telusan dalam urus tadbir kerajaan dan berbagai lagi persoalan yang mencemaskan.

4. Sementara Perdana Menteri Najib masih tidak menafikan wang RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun peribadi beliau. Beliau telah gagal sepenuhnya sebagai Perdana Menteri.

5. Beliau mesti bertanggungjawab terhadap segala permasalahan yang berlaku.

6. Himpunan Aman besar-besaran yang akan diadakan adalah nanti adalah bertujuan untuk menghimpun seluruh rakyat yang perihatin kepada nasib mereka untuk mendesak PM Najib letak jawatan dan sebuah Kerajaan Peralihan perlu dibentuk selepas itu yang melibatkan semua pihak sehingga sebuah pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan bagi menyelamatkan Malaysia daripada terus menuju kehancuran.

7. HB menyokong penuh usaha BERSIH dan akan memberikan sepenuh kerjasama menjayakan himpunan aman tersebut.

MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi Gerakan Harapan Baru Malaysia

30 Julai 2015 / 14 Syawal 1436H







--


Sila kongsi artikel ini...

Rentetan daripada pengumuman Himpunan BERSIH 4 Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin memberikan pandangan awal

4:47 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Umum
30 Julai 2015

1. Rentetan daripada pengumuman Himpunan BERSIH 4 yang dijadualkan akan diadakan pada 30 dan 31 Ogos 2015, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin memberikan pandangan awal berhubung perkara ini.


2. Polemik politik hari ini berasaskan kepada skrip yang sama seperti sebelum ini. Ia adalah pertembungan antara pemodal lama dan pemodal baru. Perlawanan antara lanun dan perompak.

3. Menurunkan Najib dengan menukar seorang Perdana Menteri boneka Mahathir adalah ibarat seperti menukar Pepsi kepada Coca Cola. Ia tidak maksud apa-apa dan hanya meneruskan kemudaratan kepada negara ini.

4. SAMM tegas dengan pendirian kami sebelumnya bahawa kami menuntut perubahan sistem yang menyeluruh. Perlaksanaan Kerajaan Peralihan (Caretaker Government) dari semua parti politik perlu dibuat dengan segera.

5. Kerajaan Peralihan ini hanya perlu dikekalkan selama setahun sahaja bagi menangani krisis yang sedang berlaku dan mempersiapkan Malaysia untuk menghadapi satu pilihanraya yang bersih dan adil. Selepas tempoh itu, Parlimen Malaysia mesti dibubarkan dan mandat diserahkan kembali kepada rakyat untuk memilih Kerajaan Pemerintah.

6. SAMM melihat ini adalah masa kritikal untuk semua pihak yang membawa slogan pembaharuan dan perubahan untuk menggembeling usaha mengubah sistem yang telah diwarisi daripada penjajah. SAMM amat khuatir kita akan terlepas peluang keemasan ini.

7. Pendirian rasmi SAMM dan sekutu berhubung BERSIH 4 ini akan dikeluarkan selepas perbincangan menyeluruh yang akan diadakan semasa Rapat Kebangsaan Ketiga 2015 yang dijadualkan pada 9 Ogos nanti.

Kenyataan umum ini dikeluarkan di Jakarta, Indonesia semasa Lawatan Kerja SAMM Malaysia ke Jakarta seperti yang diumumkan dalam kenyataan sebelum ini.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah
Pemikir Kaum Muda SAMM





--


Sila kongsi artikel ini...

Nik Abduh: Laporan Pemerdagangan Manusia 2015 : Penaiktarafan Tier2 Hanya Sandiwara US?

2:51 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
14 SYAWAL 1436H / 30 JULAI 2015

LAPORAN PEMERDAGANGAN MANUSIA 2015 : PENAIKTARAFAN TIER2 HANYA SANDIWARA US?


Oleh : Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas

Ada persoalan baharu muncul di sebalik penaiktarafan Laporan Pemerdagangan Manusia 2015 (TIP) yang menaikkan kedudukan Malaysia ke tahap kedua atau Tier2 daripada Tier3 mengikut TIP pada 2014. Adakah kedudukan tersebut jelas menggambarkan Malaysia berada pada standard yang ditetapkan oleh Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan tahun 2000 (TVPA) atau ia hanya satu sandiwara bagi mengekalkan Malaysia sebagai sebahagian daripada negara yang terlibat dalam rundingan TPPA?

Ini merujuk kepada sebuah artikel bertajuk ‘Why Is The US Desperate to OK Slavery in Malaysia’ yang diterbitkan The Huffington Post pada 26 Mei 2015 yang menjelaskan bagaimana peningkatan tahap itu mungkin mempunyai kaitan rapat dengan rundingan perjanjian TPPA yang bakal dimuktamadkan penghujung bulan ini. Rujukan; http://www.huffingtonpost.com/…/tpp-malaysia-slavery_n_7444…

Artikel tersebut menjelaskan bagaimana AS tetap berkeras meneruskan rundingan TPPA dengan Malaysia, walaupun kedudukan TIP Malaysia ketika itu adalah pada Tier3 malah dikatakan menjadi hab aktiviti pemerdagangan manusia di rantau Asia Pasifik ini berbanding Korea Utara dan Arab Saudi. Pertikaian berlaku disebabkan dasar luar AS yang menetapkan untuk tidak akan melakukan sebarang bentuk kerjasama perdagangan dengan negara yang mempunyai risiko terhadap aktiviti jenayah pemerdagangan manusia seperti Malaysia.

Keputusan AS melanggar polisinya sendiri dan mengekalkan Malaysia sebagai negara yang terlibat dalam rundingan TPPA meskipun berada pada Tier3 adalah tindakan terdesak White House demi persaingan politik AS yang melihat China menggunakan laluan perdagangan di Selat Melaka dengan 'selesa'. Maka, penguasaan terhadap perairan dan aktiviti perdagangan di Selat Melaka dapat dilakukan melalui rundingan bersama Malaysia dalam TPPA manakala peningkatan tahap kepada Tier2 ini hanyalah wayang di sebalik percaturan politik AS bagi meredakan tekanan yang berlaku terhadap pentadbiran White House.

Jika benar dakwaan tersebut, maka amatlah malang bagi Malaysia yang sentiasa menjadi mangsa percaturan kuasa besar dunia. Kita tidak dilihat bertindak atas pendirian dan keyakinan yang kita ada tetapi disebabkan pengaruh geo politik yang mencatur segala-galanya.

Secara keseluruhannya, kerajaan perlu berusaha mencari 'jalan keluar’ dengan menilai beberapa perkara berikut secara objektif.

Pertama, kerajaan tidak boleh dilihat selesa dengan laporan tersebut kerana usaha membanteras sindiket pemerdagangan manusia masih lagi panjang. Kejadian yang berlaku di sempadan Malaysia-Thailand pada penghujung Mei yang lalu perlu dijadikan iktibar bahawa sindiket tersebut masih bergerak secara aktif dan menjadikan Malaysia sebagai transit sejak saban tahun.

Kedua, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa menandatangai perjanjian TPPA selepas pelbagai kecaman dan cemuhan yang dilemparkan oleh pelbagai pihak. Sebaliknya, draft rundingan perjanjian tersebut seharusnya didedahkan kepada umum di samping membentangkan analisis kos faedah di Parlimen bagi menilai sejauhmana TPPA tidak men’cedera’kan perkara yang berkait dengan dasar dan polisi negara apatah lagi meragut kedaulatan dan kepentingan rakyat awam di negara ini.

Kedua-dua perkara amat penting untuk dititikberatkan oleh pihak kerajaan. Cukuplah Malaysia menjadi mangsa percaturan pihak yang berkepentingan.









--


Sila kongsi artikel ini...

Surendran: Govt must uphold its promise not to misuse section 124 Penal Code for political purposes

2:27 PM 0 Comments A+ a-



Govt must uphold its promise not to misuse section 124 Penal Code for political purposes

I refer to the IGP's statement on 29 July 2015 that Dato Ambiga Sreenevasan may be investigated under s 124 Penal Code allegedly for ' encouraging people to take to the streets to call for the PM to resign '. Section 124 makes it an offence to commit ' an activity detrimental to parliamentary democracy'.


Any investigation upon Ambiga under section 124, merely for calling for peaceful protests, will be unlawful, unconstitutional and an abuse of police powers.

Article 10 of the Federal Constitution allows the public the right to peaceful protest.

Further, parliament recognised this right to protest, by passing the Peaceful Assembly Act 2012 which is intended to facilitate and regulate the holding of public protests or assemblies.

Therefore, calling for or organising peaceful protests/ rallies cannot be an offence under section 124 Penal Code or any other Malaysian law.

The IGP's threat of action against Ambiga is repugnant to the Federal Constitution and ignores the Peaceful Assembly Act 2012.

In fact section 124 of Penal Code, which is an offence that falls under SOSMA 2012, was intended to be used in serious situations threatening national security, such as violent acts against the State or terrorist acts.

On 17 April 2012, Minister Nazri Aziz promised the Dewan Rakyat that section 124 of the Penal Code will not be used to ' punish political acts' (bukan bagi menghukum kesalahan politik). By threatening to use section 124 against those who call for protests against the PM, the government is going back on its own promise and assurance made in Parliament.

We call upon the government and police to respect democracy and the people's constitutional rights, by not hindering peaceful protests or harassing those who call for or organise such events.

Issued by,

N Surendran
MP for Padang Serai
Political Bureau, Keadilan

30 July 2015

 
--


Sila kongsi artikel ini...

Saifuddin Nasution Ismail: selamat datang Gerakan Harapan Baru! moga lahir sebagai sebuah parti dan bergabung dlm Pakatan Rakyat yg baru

2:15 PM 0 Comments A+ a-



Mempertahankan kepentingan dan jawatan seorang pemimpin yg merasakan kedudukan terancam atau memperjuangkan harapan rakyat terbanyak?

Pendirian saya amat jelas. tidak ada basa basi. selamat datang Gerakan Harapan Baru! moga lahir sebagai sebuah parti dan bergabung dlm Pakatan Rakyat yg baru.

Dlm perjuangan kita diajar memilih kebenaran dan keadilan mengatasi kebatilan dan kezaliman. bukan memilih siapa yg kuat. 1998 saya memilih bersama anwar yg difitnah dan dizalimi berbanding dr m yg lebih kuat pd ketika itu. tapi dr m yg kuat telah berlaku zalim, oleh demikian saya tidak bersama beliau.

Seorang pemimpin dgn jawatan dan resources mungkin dilihat kuat, tetapi saya memilih pemimpin yg berani membuat keputusan bersama harapan rakyat. bukan pemimpin yg merasakan jawatannya tergugat lantas mengheret parti menyokong pendiriannya.


Saifuddin Nasution Ismail

--


Sila kongsi artikel ini...

Pendirian rasmi Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP).

12:40 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN PESURUHJAYA PAS NEGERI PAHANG

Pendirian rasmi Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP).

Segala pujian yang tidak terhingga bagi Allah swt, Rabb yang mentadbir sekalian alam, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w juga ke atas kaum kerabatnya serta mereka yang beriman dan beramal soleh di sepanjang zaman.

1. Perkembangan politik PAS selepas muktamar ke-61 baru-baru ini telah menyaksikan bagaimana berlakunya pergolakan dalaman PAS, hingga tertubuhnya GHB atau Gerakan Harapan baru telah dilancarkan oleh beberapa orang bekas pemimpin PAS yang tidak dipilih pada muktamar ke-61 yang lalu.

2. GHB kelihatan begitu giat membuat pelancaran di seluruh negara termasuklah di beberapa kawasan di negeri Pahang. BPPNP dengan ini menegaskan bahawa seluruh kepimpinannya tetap Istiqamah bersama PAS dan kepimpinan Ulama serta akan terus memperjuangkan dasar yang dibawa oleh PAS sejak ianya ditubuhkan iaitu yang berteraskan kepada Al-Qur'an, Hadis, Ijma dan Qias.

3. PAS Pahang akan tetap terus bertindak sebagai sebuah badan dakwah untuk mengajak manusia keseluruhannya kepada Islam yang Syumul dan juga sebagai sebuah parti politik untuk membela dan memperjuangkan isu-isu rakyat serta berusaha untuk menumbangkan rejim Barisan Nasional yang sekian lama memerintah Malaysia bukan di atas dasar Islam yang adil.

4. Berdasarkan laporan yang diterima dan juga bukti-bukti rakaman ceramah dan penerangan oleh pemimpin GHB yang sering memburukkan pemimpin PAS dan juga bahasa yang menunjukkan bahawa mereka tidak lagi bersedia untuk bersama dengan kepimpinan PAS, sehinggakan telah berkali-kali diwar-warkan untuk menubuhkan parti baru, maka PAS Pahang melihat ini sebagai suatu perkara yang memburukkan imej PAS.

5. Maka dengan ini PAS Pahang selaras dengan arahan daripada kepimpinan PAS pusat untuk tidak membenarkan sama sekali ahli-ahli PAS Pahang untuk terlibat dengan apa jua aktiviti GHB dan tidak membenarkan GHB menggunakan premis milik PAS untuk sebarang aktiviti mereka dan ianya dianggap sebagai melanggar etika parti serta adab-adab berjamaah.

6. PAS Pahang juga menyeru kepada ahli-ahli PAS supaya menjaga adab-adab berhujah, jaga ukhuwwah dan peliharalah adab-adab sebagai seorang muslim, "Tajamkan hujah dan jangan tajamkan lidah", kerana ianya membawa keburukan di dunia dan akhirat serta memburukkan syakhsiah sebagai seorang anggota jamaah Islam yang sedang mendokong gerakan Islam yang mulia.

7. PAS Pahang juga menyeru kepada ahli PAS agar tidak menyebarkan sebarang bentuk berita fitnah, keji mengeji, cela mencela yang akhirnya membawa kepada sengketa yang berpanjangan. Segala bentuk masalah mestilah diuruskan dengan sebaik-baiknya berserta sikap toleransi dan berakhlak agar terpancar syakhsiah Islamiyyah dikalangan ahli-ahli PAS.

8. PAS Pahang juga membuka seluas-luasnya pintu rundingan dan cadangan kepada sesiapa sahaja asalkan ianya bertujuan untuk kebaikan PAS, PAS Pahang juga meminta semua rakan-rakan pakatan menghormati pendirian PAS terhadap Islam kerana itu adalah dasar PAS yang tidak mungkin boleh diubah sehingga ke hari kiamat.

"Umat akhir zaman pasti akan mendapat kemuliaan jika sekiranya mereka mengambil sesuatu yang menyebabkan umat terdahulu mendapat kemuliaan iaitu Islam" ( Imam Malik)

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

YB Ustaz Rosli Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.


s


--


Sila kongsi artikel ini...

Pendidikan Mangsa Terbesar Rombakan Kabinet Najib - Nik Nazmi

12:03 PM 0 Comments A+ a-



PENDIDIKAN MANGSA TERBESAR ROMBAKAN KABINET NAJIB


Rombakan kabinet baru-baru ini oleh Perdana Menteri Najib Razak ini telah mengundang kritikan pelbagai pihak.

Ini terutamanya kerana langkah itu dibuat atas perkiraan politik semata-mata dan bukan mengambil kira kepentingan awam.


Salah satu sektor yang akan menerima akibat paling teruk di dalam hal ini adalah di dalam bidang pendidikan.

Rombakan itu telah memperlihatkan kerajaan berbalik semula kepada sistem sebelum ini dengan meletakkan dua Menteri berlainan bagi Pendidikan dan Pendidikan Tinggi. Perlantikan Mahadzir Khalid sebagai Menteri Pendidikan, menggantikan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang telah digulingkan, memberi isyarat yang salah kepada rakyat yang kini begitu mengharapkan reformasi sebenar di dalam sektor pendidikan.

Sekarang ini ia seakan-akan Kerajaan BN tidak pasti apa hala tuju yang hendak diambil.

Seperti yang sedia maklum, setiap Menteri yang mengambil alih portfolio pendidikan akan mengetengahkan agenda sendiri dan
ketidakselarasan itulah antara sebab mengapa masalah di dalam sektor pendidikan ini berlaku. Oleh itu, setiap usaha yang telah dijalankan baru-baru ini untuk memulihkan sektor pendidikan mungkin sia-sia.

Penstrukturan semula Kementerian Pendidikan akan mengakibatkan kekeliruan dan membantutkan sebarang usaha pemulihan, terutamanya kerana sistem yang dahulu baru sahaja ditetapkan berikutan perlantikan kabinet tahun 2013.

Rasanya semua sudah tahu bahawa sektor pendidikan negara ini sedang mengalami penyusutan, dan rombakan ini langsung tidak membantu dalam meningkatkan prestasinya,

Amatlah sedih apabila politik dalaman UMNO telah menyebabkan ketidakselarasan di dalam sektor pendidikan, dan mengorbankan
kemakmuran rakyat negara ini sendiri.

Najib Razak dan kerajaan BN sepatutnya sedar bahawa kegagalan mereka untuk memainkan peranan mereka sebagai sebuah badan pentadbir sedang merosakkan sistem, dan akhirnya ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada generasi akan datang.

NIK NAZMI NIK AHMAD
EXCO PENDIDIKAN, PEMBANGUNAN MODAL INSAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGERI SELANGOR

 


post.

--


Sila kongsi artikel ini...

Kabinet Baru, Komplot Lindungi Najib - Mahfuz Omar

11:58 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

KABINET BARU, KOMPLOT LINDUNGI NAJIB.

1. Rombakan Kabinet menyaksikan penyingkiran Tan Sri Muhyidin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan anggota kabinet. Walaupun ianya merupakan kuasa prerogatif Perdana Menteri tetapi tindakan tersebut telah menimbulkan ketidaksetabilannya politik dan ekonomi negara disebabkan tiadanya alasan yang munasabah diberikan Perdana Menteri atas penyingkiran tersebut.


2. Alasan yang diberikan oleh PM Najib bahawa Tan Sri Muhyidin telah meluahkan perbezaan pendapat pada forum terbuka sehingga menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan. Semua mengetahui perbezaan pendapat yang dimaksudkan oleh PM ialah luahan Tan Sri Muhyidin berkaitan isu yang berkaitan 1MDB dan kemasukan wang RM 2.67 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

3. Semua mengetahui Tan Sri Muhyidin menyatakan semua itu di dalam program dalaman umno dan yang terakhir pada Ucapan Perasmian Mesyuarat Agong Umno Bahagian Cheras atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden Umno.

Persoalannya, apakah salah untuk seorang Timbalan Presiden Umno menyatakan demikian di hadapan ahli-ahli Umno? Tindakan Najib sebenarnya hanyalah untuk menyembunyikan perkara sebenar daripada pengetahuan ahli-ahli Umno dan rakyat. Ini sangat malang dan amatlah dikesali. Jika pun persoalan Tan Sri Muhyidin itu adalah atas kapasiti sebagai seorang anggota Kabinet, apa masalahnya untuk beliau berkata sesuatu dalam konteks melindungi kepentingan negara dan rakyat? Apa yang dibangkitkan oleh Muhyidin ialah persoalan integriti dan amanah seorang Perdana Menteri yang telah pun hilang.

4. Negara kini di ambang keruntuhan. Apa yang hendak diharap pada anggota Kabinet yang baru untuk nak menyelamatan negara, sedangkan mereka terpilih dilantik menganggotai Kabinet adalah kerana mereka boleh berkomplot dan berkonspirasi untuk melindungi Najib agar terselamat daripada pendakwaan di Mahkamah berkaitan Skandal 1MDB.

Tiada pilihan bagi rakyat Malaysia melainkan menuntut pembubaran Parlimen dan diadakan segera pilihan raya baru untuk rakyat membuat perubahan demi Malaysia tercinta.

"Selamatkan Rakyat Dan Malaysia Tercinta!"

DATO' MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena.
30 Julai 2015/14 Syawal 1436H

 
--


Sila kongsi artikel ini...

‘Kementerian Pendidikan Tinggi Diwujudkan Semula’ - Menteri Pendidikan Tinggi

11:55 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

‘KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI DIWUJUDKAN SEMULA’

1. Rombakan Kabinet Persekutuan pada 28 Julai 2015 (Selasa) menerusi satu sidang media khas oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia melibatkan portfolio Kementerian Pendidikan Tinggi diwujudkan semula.

2. Kementerian ingin memaklumkan nama rasmi Kementerian ini adalah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sesuai dengan peruntukan Akta yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH
Menteri Pendidikan Tinggi
30 Julai 2015




--


Sila kongsi artikel ini...

Tiada siapa dalam UMNO yang berani lawan Najib - Lim Hong Siang 林宏祥

7:40 AM 0 Comments A+ a-



Tiada siapa-siapa dalam UMNO yang berani lawan Najib. Malah jikalau Najib pecat Muhyiddin malam ini juga, saya yakin Muhyiddin akan reda dan akur akhirnya. Jangan harap Saifuddin Abdullah atau siapa-siapa keluar UMNO dan tubuh parti baru untuk menentang UMNO.


Jawapannya, MUSTAHIL. Ini kerana semua orang sedar akan nasib mereka yang keluar dan menentang UMNO. Malah pemimpin yang paling berkarisma dan licik berpolitik seperti Anwar Ibrahim pun, dua kali dipenjarakan. Gagal walaupun 17 tahun mencuba. Akhirnya beliau ditinggalkan meringkuk dalam penjara bersendirian. Malah dicemuh dan disindir, "Inilah risiko nak merebut kuasa." Sampai dirinya apabila ditanya khabar, masih nak minta rakyat usah risau tentang keadaannya.

Bandingkan dengan Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin. Biarpun dalam UMNO, hidup mewah, tetapi masih disanjung dan dipuja sebagai "reformis" dalam sistem, hanya kerana sekali-kala membuat kenyataan yang dilihat agak terbuka. Orang tak kisah siapa taja NGO Saifuddin Abdullah, orang lupa berapa duit menantu tu angkat, orang hanya ingat dia angkat bagasi untuk seorang gadis dalam kapal terbang.

Dan saya rasa ini masalah kita juga. Senang ditipu kerana terlalu naif. Gagal melihat bagaimana pemegang kuasa boleh mengerah segala jentera negara untuk menjahanamkan musuh politiknya. Paling jelek ada pula tokoh agama yang senang termakan dengan tuduhan liwat terhadap "kawan"-nya, tetapi apabila "lawan"-nya dituduh memunggah dana awam, dia sukar nak percaya pula.

Ini sebabnya masyarakat kita kekal begitu sahaja. Tak ke mana. Jangan balik kampung jika nak jimatkan duit. Jangan makan ayam jika harga ayam naik. Makanlah udang galah kalau tak nak bayar GST. Padan muka kita, kan?

 
 Lim Hong Siang 林宏祥


--


Sila kongsi artikel ini...

Market implications of Prime Minister Najib's cabinet reshuffle - Zamakhshari Muhamad

6:12 AM 0 Comments A+ a-






Market implications of Prime Minister Najib's cabinet reshuffle

PM Najib has today appeared to remove those ministers who have been critical of 1MDB, including his deputy, Muhyiddin (Channel News Asia).

The new Deputy Prime Minister is the current home minister, Zahid. According to Malaysian Insider (MI), he has been vocal in his support of 1MDB, and as an UMNO VP, he is very popular within his party’s right wing and as home minister, has been responsible for a number of tough measures.

Some members of the Public Accounts Committee (PAC), including its outspoken chairman, Nur Jazlan, have been elevated to cabinet level, putting a halt to the PAC’s investigation into 1MDB (MI). The PAC is a 13-member committee, comprising 8 from the ruling coalition & 5 from the opposition. It is now without 4 members, part way through its 1MDB investigation.

The Attorney General (AG) has concurrently been removed, effective 27th July 2015 (MI). His term was due to expire in October. The AG was heading the ‘4 Tan Sri’ special task force into 1MDB, putting that investigation into question. All eyes will be on Tan Sri Zeti, the Bank Negara Governor, who is arguably best equipped to take over the lead in the investigation, assuming it is continued.

The Najib administration has taken a hard line on its critics, according to CTV News. As per Bloomberg, some 150 people, including opposition MPs & journalists have reportedly been arrested. Access to a London-based whistle blowing website, Sarawak Report, which has been critical on 1MDB was also blocked (Star). The Malaysian newspaper (The Edge) that has led the investigative reporting of 1MDB has been suspended for 3 months (MI). Some critics of 1MDB, including an opposition MP & a newspaper proprietor have been slapped with travel bans (MI). The Najib administration has argued that critics should hold back until its investigations into 1MDB are completed (MI). This is in parallel to the Najib administration’s generally good management of the economy. The focus on balancing the budget has included unpopular, but necessary decisions, like removing energy subsidies & imposing GST.

The impact on the market should be felt on the Ringgit, which is already at 17-year lows, having recently broken through the psychological 3.80 level. The market will continue to focus on a number of factors:

· Will the investigations into 1MDB be continued in a sincere way & when will results be published? If there are questions about the sincerity of the investigation, will there be resignations?

· The current account, that is flirting with deficit.

· Forex reserves, that are just above the psychological US$100bn level, having fallen US$40bn or 29% from its May 2013 high.

· The high level of government debt, both on & off balance sheet.

· The high level of foreign ownership of government bonds.

· The price of oil.

An intangible change in confidence can result in real economic consequences.

Zamakhshari Muhamad


--


Sila kongsi artikel ini...

Rombakan Yang Tiada Manfaat Kepada Rakyat - Nadi Rakyat

6:02 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

Rombakan Yang Tiada Manfaat Kepada Rakyat.

Babak yang menyaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada kabinet Dato' Seri Najib Tun Razak boleh disifatkan sebagai tiada manfaat kpd rakyat.


Nadi Rakyat menganggap Dato' Seri Najib terlupa bahawa walau berpuluh rombakan yg dibuat, walau beratus Timbalan Perdana Menteri yg diganti, ianya tetap tidak memberikan sebarang kesan kpd implikasi pengenalan cukai GST, kenaikan harga petroluem, ketirisan dana rakyat dan kejatuhan kadar mata wang RM kini kpd rakyat.

Permasalahan rakyat ini sama sekali tidak dpt ditangani dgn episod sedih buat Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun sebaliknya buat Dato' Seri Zahid Hamidi ini.

Nadi rakyat merasakan bahawa pemansuhan perlaksanaan cukai GST, penurunan harga bahan petroleum dan pelan-pelan pemulihan kadar mata wang RM yang perlu diumumkan oleh Perdana Menteri sekarang ini dan bukannya menyajikan satu rombakan kabinet yg tiada sebarang manfaat kpd rakyat.

29 Julai 2015
Khairul Anuar Md Nasir
Ketua Penerangan Nadi Rakyat

 


--


Sila kongsi artikel ini...

Jangan Cari Jalan Yang Rumit - IKRAM

6:00 AM 0 Comments A+ a-



JANGAN CARI JALAN YANG RUMIT

Apa Yang kita Mahukan; Negara Diurus Secara Telus Dan Amanah.

Tidak ada makna Pendekatan Wasatiyyah, Maqasid Syariah atau Perlaksanaan Hudud kalau sejumlah wang rakyat/negara hilang dan gagal disiasat.

Syariat Islam hilang kehebatannya jika diurus oleh orang yang tidak bertaqwa dan tidak amanah; hidup dalam sistem yang sangat kabur.

Sistem untuk siasatan telah gagal dan dirombak dalam keadaan yang sangat mencurigakan rakyat dan pihak istana? Kuasa Parlimen entah di mana?

Berikan peluang kepada PM untuk membuktikan beliau tidak bersalah dan wang itu masih ada dengan selamat; dengan pembentukan Suruhajaya Diraja yang bebas.

TAHNIAH kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana tegas cuba membela harta rakyat.

TAHNIAH kpd Dato Zahid Hamidi yang diberi kepercayaan.

TAHNIAH kepada Dato Dr Asyraf Wajdi yang masuk ke gelanggang yang sangat mencabar.

TAHNIAH kepada Dato Seri Najib Tun Abdul Razak yang sedia disiasat.......

Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia


--


Sila kongsi artikel ini...

Kabinet Baharu Tiada Nilai Selagi Dasar Tidak Diubah - PAS PP

5:57 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PULAU PINANG
13 Syawal 1436H | 29 Julai 2015M

"Kabinet Baharu Tiada Nilai Selagi Dasar Tidak Diubah"


Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet baharu Kerajaan Malaysia yang diumumkan semalam bukan satu kejutan, kerana sejarah telah membuktikan beberapa Timbalan Perdana Menteri pernah mengalami situasi sama. Ini sebagaimana dilakukan Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Bezanya, pemecatan yang dibuat oleh Dato' Sri Najib Razak dilakukan tanpa sebarang alasan munasabah. Perkara sebegini suatu yang zalim dan tidak wajar dilakukan.

Sepertimana disaksikan umum, mutakhir ini Tan Sri Muhyiddin lantang mengkritik isu 1MDB yang turut dilontarkan secara terbuka dalam majlis-majlis UMNO.

Seandainya ini adalah indikator yang diukur oleh Najib untuk menggugurkan Muhyiddin, maka ianya amat memalukan dan mendukacitakan seluruh rakyat Malaysia.

Lantaran kebenaran cuba ditegakkan Muhyiddin, maka beliau dihumban keluar dari kabinet. Ini memberi mesej jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawasanya UMNI-BN tidak berdiri di atas kebenaran dan perjuangannya sentiasa menentang kebenaran yang ingin ditegakkan.

Justeru itu, saya yang mewakili PAS Pulau Pinang menuntut supaya Perdana Menteri mengemukakan alasan dan hujah yang kukuh terhadap pemecatan tersebut.

PAS Pulau Pinang melihat tindakan dilakukan itu menyamai usaha-usaha menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan pemecatan Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri satu ketika dahulu.

Sekalipun kabinet dirombak dan memiliki Timbalan Perdana Menteri yang baru, itu belum bermakna segala kezaliman dan penyelewengan telah dilakukan oleh UMNO-BN akan terus dilupakan dan dilenyapkan begitu sahaja. Bahkan tindakan drastik ini akan lebih membangkitkan kemarahan rakyat dengan pelbagai rentetan isu yang berlegar antaranya kenaikan harga minyak, kejatuhan teruk matawang ringgit Malaysia, 1MDB, GST, TPPA, kehilangan pesawat MH 370 dan sebagainya, tidak akan pudar dan luput dari ingatan rakyat.

Kenaikan pimpinan yang baharu ini belum menjamin segala isu ini mampu diselesaikan dengan telus dan adil lantaran pemerintah itu masih lagi pimpinan dari parti sama iaitu UMNO-BN.

UMNO dan Presidennya Dato' Sri Najib Razak sudah tidak relevan untuk memerintah Malaysia berikutan pelbagai salah laku dan penyalahgunaan kuasa yang telah berlaku sepanjang pemerintahan.

Oleh itu, PAS Pulau Pinang menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bingkas bangkit berjuang bersama PAS mendepani kemelut yang berlaku. Kita perlu merubah acuan pentadbiran negara ini daripada berhakimkan ideologi ciptaan manusia kepada ketuanan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS.

Ayuh kita semua selamatkan Malaysia dengan Islam. Jangan biarkan kezaliman dan penindasan ini dibiarkan tanpa penyelesaian daripada Islam.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Penerangan
PAS Negeri Pulau Pinang







--


Sila kongsi artikel ini...

Yaakob Osman: Persoalan yang lebih penting adalah seperti berikut .....

12:30 AM 0 Comments A+ a-



Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia.

Perkembangan sehari dua ini dengan pemberhentian Gani Patail sebagai AG, dengan rombakan kabinet sangat lah menarik.

Tetapi yang lebih menarik pada saya ialah melihat bagaimana cytros2 berusaha sedaya upaya menghalalkan RM2.6 billion yang masuk ke dalam account PM . Yes we can say loudly about it now kerana TSMY telah menyatakannya loud and clear. PM juga tidak pernah menafikan nya other than saying bukan kegunaan peribadi .

Setelah mereka gagal menafikan bahawa wang tersebut masuk kedalam account PM, sekarang strategy mereka adalah tidak menafikan tetapi merasionalkan nya dengan membuat andaian bahawa masa Tun juga begitu. Bolehkah kita terima?

Tak kesah lah.. pada saya episod ini sangat penting .. kerana setakat ini yang kita tahu .. Wang tersebut datang nya dari Pak Arab. WSJ melaporkan wang tersebut datang dari Falcon Bank kepunyaan Aabar iaitu sebuah syarikat Abu Dhabi. This is a fact not disputed and adalah menjadi core kepada siasatan Task Force .

Persoalan yang lebih penting adalah seperti berikut:

1. Adakah wang tersebut asal usulnya datang dari SRC/1MDB ?

2. Adakah wang tersebut derma ihsan Pak Arab?

Saya lebih suka kalau wang tersebut asalnya duit itu di 'laundery' melalui 'transaksi perniagaan' 1MDB masuk semula untuk digunakan sebagai modal pilihanraya oleh satu dari parti yang bertanding melalui Aabar.

Kerana apa ? kerana itu duit Malaysia dan kita tidak berhutang budi dengan mana mana pihak. Samada PM bersalah atau tidak pada saya adalah perkara kedua,

Bagaimana pula kalau wang tersebut adalah ihsan pihak luar terutama nya Pak Arab? Adakah di kemudian hari kita terpaksa bend backward dan membiarkan negara kita disodom berulang kali oleh mereka? (maaf saya tak jumpa perumpaan lain dalam bahasa melayu).

Ini adalah sesuatu yang sangat merbahaya kerana kita menjual maruah negara kepada negara atau orang lain hanya kerana tamak kuasa.

Wang siapa pula yang kita nak ihsankan pada PRU14? Pak Arab? American? Israel?

Pantun melayu yang ni sangat sesuai bab terhutang budi:

Baik-baik makan keladi
Keladi itu ada miangnya
Baik-baik termakan budi
Budi itu ada hutangnya

Jadi saya menyeru rakan rakan saya dan semua yang lain yang menyokong UMNO/BN , terutama sekali ahli ahli UMNO itu sendiri untuk mengambil sedikit masa dan merenung ke dalam diri kita sendiri. Apakah ini kesudahannya yang kita mahu? Kedaulatan negara kita di jual kerana kuasa dan kedudukan?

Masa masih ada untuk kita betulkan keadaan. Jangan putus asa dan melihat tiada apa lagi dapat kita lakukan. Teruskan lah memberi tekanan kepada Ketua ketua anda samada diperingkat bahagian negeri mahupun Negara.. tell them we cant do this anymore.

Ini bukan sekadar kecewa kehilangan jawatan DPM, ini bukan sekadar hendak menjaga periuk nasi sendiri.. This is our country we are talking about.

Jangan biarkan kita di jajah lagi ..kali ini dengan jajahan kewangan dan ekonomi.

Jangan biarkan polisi dan tadbir urus negara kita di remote control oleh orang luar!

Itulah yang akan berlaku kalau kita biarkan ..Ini lah masa nya orang2 UMNO menunjukkan bahawa slogan untuk AGAMA BANGSA DAN TANAHAIR itu bukan lah sekadar manis manis di bibir sahaja.

This is the time for you to show us that you mempunyai darah yang sama macam our founding fathers yang mengasaskan negara ini dan berjuang tanpa imbuhan//apa yang mereka mahu adalah negara yang merdeka !

Saya orang melayu dan orang Malaysia and proud of it !

Wasalam


Yaakob Osman
 



--


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.