PASTI Terengganu: Mendedah & Mengaibkan Individu Dalam Siasatan Kes Polis
Berita Terengganu Times : Mendedah & Mengaibkan Individu Dalam Siasatan Kes Polis.
Jabatan PASTI Negeri Terengganu merasa sangat terkilan dan terkejut dengan satu penyebaran berita dari Terengganu Times pada hari ini 13 Julai 2015.
Berita yang dikeluarkan mengaitkan seorang tenaga pengajar PASTI di sebuah pusat asuhan di Kemaman itu didapati sangat tidak benar dan berniat jahat.
Pengurusan PASTI Negeri Terengganu menafikan sekeras-kerasnya bahawa guru yang dimaksudkan adalah tenaga pengajar PASTI berkenaan dan beliau juga adalah bukan guru PASTI.
Penyebaran berita yang sangat tidak berakhlak terutama dalam umat Islam sibuk dengan pencarian Lailatul Qadar malam penuh berkat di sepuluh akhir Ramadhan ini sangat dikesali dan mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap PASTI sebagai sebuah pusat asuhan yang telah melahirkan pelajar soleh pintar yang unggul di Terengganu.
Oleh itu, PASTI dengan ini menuntut agar pihak yang terbabit menyiarkan berita berkenaan menarik balik berita tersebut dan seterusnya memohon maaf secara terbuka di atas penyiaran berita yang tidak berasas dengan serta merta.
Sekiranya pihak yang berkenaan gagal untuk melakukannya maka pihak PASTI tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan imej yang cuba dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Semoga Ramadhan mengajar kita untuk menjadi insan bertaqwa yang yakin kepada hari pembalasan yang kekal abadi.
SULAIMAN BIN SULONG
PENGARAH,
JABATAN PASTI NEGERI TERENGGANU
25 Ramadhan 1436H
13 Julai 2015
Sila kongsi artikel ini...