Tahniah atas kejayaan Badan Perhubungan PAS Melaka yang berjaya membentuk kabinetnya mengikut prosedur dan perlembagaan PAS

12:22 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN AKHBAR

Alhamdulillah saya bersyukur dan mengucapkan tahniah atas kejayaan Badan Perhubungan PAS Melaka yang berjaya membentuk kabinetnya mengikut prosedur dan perlembagaan PAS setelah saya mengeluarkan kenyataan akbar tempohari.

Sesungguhnya kita maju dan hebat jika kita mengamalkan budaya ingat-mengingat, nasihat menasihati serta hormat-menghormati di antara satu sama lain. Tidak ada ruginya jika kita berbincang dan mengambil pandangan semua pihak dalam apa juga isu dan keadaan. Itulah sebabnya Islam sentiasa menggalakkan penganutnya sentiasa bermusyawarah dahulu sebelum membuat keputusan.

Saya sentiasa bersedia untuk sama-sama memberikan pendapat dan cadangan kepada mana-mana pihak yang ingin mendapatkan input dari saya dalam apa juga cara kerana kita sekarang mempunyai pelbagai medium untuk berkomunikasi.

Sesungguhnya perjuangan menegakkan Islam dan membela rakyat adalah perjuangan suci yang boleh dijayakan oleh semua pihak dan hasilnya akan lebih baik jika kita bersepakat dan bermuafakat dengan sesiapa sahaja.

Islam bukan milik kita seorang tetapi milik semua orang tidak kira bangsa dan agama kerana di dalam Islam manusia akan dibela secara saksama dan adil.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil
27 Ramadhan 1436
13 Julai 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.