Mesej Kepada RHB, Tolong Sampaikan - Zaharuddin Muhammad

1:15 PM 1 Comments A+ a-



MESEJ KEPADA RHB, TOLONG SAMPAIKAN.

RHB online paling tension. 2 kali travel 2 kali kena block entah sebab security apa ntah. Bank lain takde la pulak macam tu.
Hari ini dari pagi sampai sekarang nak tranfer duit masih tak boleh.
Masalahnya, security terlalu ketat. Setiap tab ada password. WEB berat, kalau line slow ter-off automatik. Bila teroff, nak log in balik kena tunggu 10 minit sebab log out tak proper. Urusan online bank lain semua smooth macam biasa. Muamalat, Maybank (3 akaun), Alliance dan HSBC. Semua ok. Tp RHB sampai sekarang tak boleh-boleh. Dari jam 9 pagi.


Semalam 2 kali kena block akaun sebab silap isi security question. Punya la ketat security sampai macam tu sekali. Nak buat transaction baru je kena security, security dan security.
Setiap kali kena block, maka kena call service centre. Setiap kali call, memang kali ke 2 paling cepat boleh bercakap sebab line busy lah, apa lah.

Nak transfer duit habiskan masa separuh hari. Kalau duduk kat oversea mati kering kalau hanya ada RHB online sahaja yang ada.
Lagi satu, takkan nak habis masa separuh hari kat oversea untuk urusan RHB? Masa di oversea sangat mahal sebab tempoh travel kita limited. Lagi pula kos telefon ke Malaysia sangat mahal bagi sesetengah negara.

Kalau tak kerana payment2 via RHB, memang confirm tak wujud RHB dalam kamus kewangan saya.

Kalau orang masuk payment via RHB pun, lepas ni kena pastikan duit tu singgah 1 hari je, then transfer masuk akaun bank yang lebih mudah dan tinggi security.

Maaf, komen sebab geram sangat habis masa dengna RHB online. Kalau ini pertama kali takpe, ni bukan kali pertama kecerewetan RHB.

Tolong sampaikan kepada RHB komen saya ini.

Sekian.


Sila kongsi artikel ini...

Tiada Maaf Untuk Najib dan UMNO Kedah - Mahfuz Omar

4:13 AM 1 Comments A+ a-



Kenyataan media.

TIADA MAAF UNTUK NAJIB DAN UMNO KEDAH.

1.Perletakan jawatan MB Kedah oleh Mukhriz suatu yang menyedihkan rakyat Kedah.Perletakan jawatan oleh beliau kerana tiada pilihan disebabkan majoriti ADUN Umno/Bn dikatakan hilang kepercayaan terhadap beliau.


2.Dari awal lagi pendirian saya sangat jelas.Apa keperluan untuk tukar MB Kedah.Kedua ialah proses nak tukar MB pula dibuat dengan mencetuskan keresahan pada rakyat yang sedang menghadapi kemelut dan krisis ekonomi yang membawa mereka berdepan dengan beban kehidupan yang sangat teruk.Kini rakyat diheret untuk berdepan dengan kemelut dan krisis politik yang dicetuskan bagi menyempurnakan agenda melenyapkan musuh politik Putrajaya.

KEDAH KEHILANGAN PEMIMPIN BERPRINSIP.

3.Perletakan jawatan Mukhriz sebagai MB adalah kerana keberanian dan kelantangannya dalam kelembutan sifatnya menegur dan mengkritik Presiden partinya Najib yang juga berkuasa sebagai PM tanpa menghirau akibat yang bakal diterimanya.Kecekalan dan ketegasan beliau ini adalah kebanggaan rakyat Kedah khususnya dikalangan generasi muda.

4.Kini beliau menjadi mangsa kepada ketegasan dan keberanian beliau berkata benar dihadapan Presiden partinya UMNO yang bergelumang dengan segala salah laku dalam isu 1MDB,RM2.6 bilion,rasuah dan GST yang membebankan rakyat.

5.Sepatutnya lebih ramai Mukhriz yang dilahirkan di Kedah dan Malaysia.Tetapi apa yang berlaku, Mukhriz cuba dilenyapkan dari pengaruh kuasa politik dan kedudukan beliau dalam Kerajaan Negeri Kedah.Kedah kehilangan seorang pemimpin yang berdiri dan jatuh atas perinsip perjuangan untuk negeri dan rakyatnya.

6.Beliau boleh memilih jalan untuk selamatkan diri dengan menjadi pak turut dan pengikut yang setia membabi buta dan bangang kepada Presiden partinya untuk kepentingan diri.Tetapi yang dipilih ialah kebenaran dan keadilan untuk rakyat.Syabas sahabat ku Mukhriz.TIADA MAAF untuk NAJIB DAN UMNO KEDAH khususnya dan Umno seluruhnya.Ayuh semua!

PEMIMPIN ADIL DITAAT, PEMIMPIN ZALIM DIHAMBAT!

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
3 Feb 2016/24 Rabiulakhir 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Saya yakin rakyat tahu apakah sebab sebenar beliau disingkirkan. - TSMY

1:12 AM 1 Comments A+ a-



KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Akhirnya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah selepas melalui badai politik hampir dua minggu yang lalu. Saya amat dukacita dengan peristiwa ini.

Saya yakin rakyat tahu apakah sebab sebenar beliau disingkirkan. Di antara hak menyuarakan yang benar dengan tuntutan taat yang membuta tuli.


Sebagaimana dijangka, Datuk Seri Mukhriz telah menerima tekanan yang berterusan daripada beberapa pihak yang mahukan supaya beliau berundur walaupun beliau menerima sokongan daripada majoriti rakyat Kedah. Oleh sebab tekanan politik yang luar biasa, maka hari ini beliau terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar. Saya percaya, ramai rakyat Kedah yang kecewa. Bahkan, rakyat Malaysia juga kecewa.

Telah berakhir hari-hari di mana kita percaya bahawa pucuk pimpinan membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat. Nampaknya, dalam episod politik yang mutakhir ini, kehendak segelintir pihak mengatasi kehendak majoriti rakyat.

Mereka mungkin lupa bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang mengharapkan sokongan rakyat untuk terus kekal relevan. Jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambilkira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, saya bimbang masa depan UMNO akan terjejas.

Bukan mudah untuk memperolehi semula kepercayaan rakyat apabila mereka terasa dikhianati. Sesungguhnya, dugaan hebat sedang menanti pengganti Menteri Besar Kedah untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO.

Saya yakin Datuk Seri Mukhriz tabah menghadapi dugaan ini. Beliau seorang pemimpin yang berintegriti dan mempunyai karisma. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ini satu permulaan kepada perjuangan yang lebih panjang.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
3 Februari 2016


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.