Pakatan Harapan: Presiden Obama Wajar Batalkan Perjumpaan Dengan Najib dan Gantung Semua Rundingan TPP Sehingga Selesai Siasatan

11:27 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
PAKATAN HARAPAN

PRESIDEN OBAMA WAJAR BATALKAN PERJUMPAAN DENGAN NAJIB DAN GANTUNG SEMUA RUNDINGAN TPP SEHINGGA SELESAI SIASATAN

Laporan akhbar The New York Times pada 21 September 2015 yang lalu memberi gambaran bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak dan keluarganya kini sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (Justice Department) berhubung tuduhan pembelian beberapa kondominium mewah menggunakan wang yang diselewengkan.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara ini bila mana seorang Perdana Menteri disiasat oleh sebuah negara asing atas tuduhan jenayah. Ia membawa kesan yang besar kepada kebebasan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat selain dari menjejaskan imej Malaysia di mata dunia yang membawa kesan buruk kepada sentimen pelabur terhadap Malaysia.

Siasatan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ini merumitkan hubungan diplomatik kedua-dua negara pada kala kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat sedang merundingkan perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPP) yang telah mengundang pelbagai kontroversi. Pelbagai skandal dan tuduhan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak kebelakangan ini juga menjatuhkan lagi kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Amerika Syarikat.

Oleh itu, Dato’ Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan konflik kepentingan (conflict of interest) apabila berurusan dengan kerajaan Amerika Syarikat terutamanya dalam rundingan-rundingan yang melibatkan kedaulatan negara kerana kes beliau yang kini disiasat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Sewajarnya, kerajaan Amerika Syarikat perlu menggantung kesemua rundingan bersabit Perjanjian TPP dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk mengelakkan persepsi bahawa konflik kepentingan (conflict of interest) yang timbul akibat siasatan itu.

Pakatan Harapan juga mengingatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya tidak menjadikan tekanan penyiasatan pihak Amerika Syarikat terhadap beliau ini sebagai alasan untuk menandatangani Perjanjian TPP yang membelakangkan kepentingan dan kedaulatan negara.

Mengambil kira juga krisis kredibiliti yang dihadapi oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, Pakatan Harapan berpendapat sokongan kuat kerajaan Amerika Syarikat terhadap pentadbiran beliau perlu dikaji semula sebagai langkah menjaga hubungan baik di antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang dibina selama ini dan juga pada masa yang akan datang.

Oleh yang demikian, adalah wajar bagi Presiden Barack Obama membatalkan perjumpaan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan November ini sehinggalah siasatan terhadap Dato’ Seri Najib diselesaikan terlebih dahulu di Amerika Syarikat bagi mengelakkan persepsi yang buruk ke atas kedua-dua mereka.

Hanya selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak menyelesaikan masalah krisis kredibiliti dan isu-isu berkait dengan tuduhan penyelewengan 1MDB barulah sebarang rundingan yang melibatkan kedaulatan negara boleh diteruskan.

YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL
Presiden KEADILAN

YB TAN KOK WAI
Timbalan Pengerusi DAP

YBHG SALEHUDDIN AYOB
Timbalan Presiden AMANAH

30 SEPTEMBER 2015


Sila kongsi artikel ini...

Fitnah Itu Batil dan Batil Itu Akan Hancur - Wan Ahmad Fayhsal

8:50 PM 0 Comments A+ a-



FITNAH ITU BATIL DAN BATIL ITU AKAN HANCUR

Saya dah agak ini akan tiba.

Saya pernah maklumkan dulu bahawa ada SB yang ikut saya. Saya juga maklum nama saya sudah pun naik di Bukit Aman. Kita hormati urusan pihak polis untu memantau kerana itu tugas "intelligence" risikan.

Dalam jutaan pengguna Facebook di Malaysia, ada lebih ramai yang benar-benar menghasut dan memfitnah DS Najib tanpa ada sebarang asas langsung. Tetapi yang kena saya. Kenapa?

Kerana kebanyakan pengguna Facebook lain kritik atas angin, emosi.

Saya, Jebat Must Die (JMD), Datuk Kadir Jasin, Tun M kami kritik dengan asas.

Ini adalah "intimidation game". Sama seperti The Edge kena. Sama seperti The Malaysian Reserve kena kerana banyak menerbitkan artikel saya tentang 1MDB.

Saya bukan orang pertama dibuat laporan polis atas tuduhan memfitnah DS Najib Razak. Dan laporan yang dibuat ke atas saya ini adalah "coordinated". Ada yang mengaturnya.

Dalam banyak-banyak penulis yang mengkritik secara rapi tentang 1MDB, Jebat Must Die (JMD) yang pertama kali kena.

Berita tersebut yang pertama kali maklumkan adalah portal berita MyNation juga yang melapor dengan jitu butiran laporan polis terhadap saya dan JMD.

Ini tidaklah pelik kerana MyNation adalah wadah untuk cytro seperti Lim Sian See, Azmi Arshad, Seademon dan yang seangkatan dengannya.

MyNation adalah portal berita yang siarkan artikel Azmi Arshad yang menyangkal artikel saya tentang Amerika akan siasat 1MDB guna RICO. Macam saya kata dulu, kalau penulisan saya ialah fitnah, perlukah dibangkang semahunya oleh Azmi Arshad?

Sepatunya penulisan fitnah tiada nilai hasutan sebab fantasi. Tapi mereka siarkan juga "refutation". Ini bermakna dan betul pun setelah disahkan The New York Times yang FBI dan Justice Department sedang siasat, 1MDB bahawa telahan saya ada asas dan benar tentang risiko RICO.

Kalau anda perhatikan banyak posting Azmi Arshad ke atas saya, mereka sendiri menggunakan taktik Red Bean Army: Taunting, Pressure, Intimidation, Bullying persis Gangster.

Mereka gunakan akaun "fake profiles" untuk menghurung bersama-sama pengguna Facebook sebenar yang "maghrur" (yang tertipu) untuk memenuhi nafsu amarrah mereka mengherdik saya dan mana-mana pihak yang mengkritik secara berasas.

Mereka mencaci dan memfitnah Tun Mahathir seperti mereka cuba memburukkan kereta nasional Proton, anak Tun Mahathir etc.

Akan tetapi ketahuilah bahawa janji Allah SWT dan Al-Qur'an itu tidak sesekali fitnah.

و قل جاء الحق و زهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

"Katalah: bila tibanya kebenaran akan hancurlah kebatilan. Sesungguuhya kebatilan itu tiada kekal dan pasti luput"

Mereka boleh buat bermacam-macam menggunakan semua aparatus yang ada tetapi semua itu adalah kebatilan yang akan luput. Itu JANJI ALLAH!

Ingatlah semua di muka bumi ini milik Allah SWT (lillahi ma fi al-samawati wa'l-ard). Allah bagi "respite" kepada mereka bukan kerana Allah sayangkan kebatilan mereka tetapi sebagai "istidraj" (deceptived respite) yang akan memakan diri mereka kembali kelak.

Saya masih berpegang dan pertahankan tulisan dan analisa saya tentang 1MDB telah dilakukan dengan penuh tanggungjawab, sedaya mungkin bukan dengan niat memfitnah walaupun berhadapan dengan kekangan maklumat.

Kepada Allah kita berserah. Amin!




Sila kongsi artikel ini...

Isu Cadangan Supaya Jawatan YDP MAINPP Diserahkan Kepada PKR - Afnan Hamimi

5:56 PM 0 Comments A+ a-



[KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG]

ISU CADANGAN SUPAYA JAWATAN YDP MAINPP DISERAHKAN KEPADA PKR.


1. Jawatan Yang DiPertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan ahli-ahli MAINPP adalah dibawah perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (DYMM YDPA). Walaupun pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang mempunyai kuasa untuk mencadangkan nama YDP MAINPP dan ahli-ahli MAINPP, namun ianya perlu tertakluk kepada kuasa prerogatif DYMM YDPA untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan oleh MMK Negeri Pulau Pinang. Oleh yang demikian, DPPN P.Pinang menasihatkan supaya semua pihak menghormati kuasa prerogatif DYMM YDPA selaku ketua agama Islam bagi negeri Pulau Pinang.

2. Kami menghormati cadangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) supaya jawatan YDP MAINPP yang ketika ini disandang oleh wakil PAS agar dikosongkan. Walau bagaimanapun, cadangan AMKPP ini agak mengelirukan apabila dilihat berbeza dengan kenyataan Presiden PKR sendiri sebelum ini yang menyatakan bahawa PKR masih meneruskan kerjasama dengan PAS, termasuk di Pulau Pinang.

3. Kami tetap komited utk bangunkan negeri & rakyat samada diberi kuasa pemerintahan atau tidak, kerana membangunkan bumi ini adalah amanah daripada Allah SWT kepada manusia yang dilantik sebagai khalifah. Jawatan dalam kerajaan adalah amanah daripada Allah SWT dan rakyat, bukannya tempat untuk melunaskan kehendak politik kepartian semata-mata. Individu yang dilantik memegang jawatan tersebut perlu membangunkan institusi MAINPP dan Islam di negeri Pulau Pinang mengikut acuan pembangunan Allah SWT, bukan mengikut acuan nafsu manusia.

4. Oleh yang demikian, kami memberi kepercayaan tinggi & keyakinan penuh kepada kebijaksanaan DYMM YDPA selaku ketua agama Islam di negeri Pulau Pinang untuk membuat keputusan memilih individu yang layak bagi membangunkan Islam di negeri ini, khususnya untuk mengetuai institusi MAINPP.

Sekian, terima kasih.

AFNAN HAMIMI BIN DATO' TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

30 Sept 2015


Sila kongsi artikel ini...

Isu Syria: Kerajaan Malaysia Perlu Teliti Saranan Sultan Perak - Fakhrulrazi Mokhtar

3:35 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media

ISU SYRIA: KERAJAAN MALAYSIA PERLU TELITI SARANAN SULTAN PERAK

www.amanahnegara.org


1. Pemuda AMANAH Nasional menyambut baik titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menyarankan seluruh umat Islam dapat menangani isu pelarian Syria dengan lebih baik.

2. Isu Syria bukanlah perkara baru, namun ia berlarutan tanpa kesudahan dengan menyaksikan negara-negara Islam gagal memainkan peranan mereka membantu umat Islam di bumi Anbia' itu.

3. Negara-negara Islam, terutamanya yang berhampiran sewajibnya menjalankan tanggungjawab untuk membantu umat Islam di negara itu terutama memberi perlindungan kepada para pelarian.

4. Negara-negara Islam wajar untuk menzahirkan keberanian untuk berusaha membantu sedaya mampu tanpa ada sekelumit rasa takut terhadap ancaman daripada mana-mana pihak.

5. Apa yang berlaku pada hari ini, negara-negara Eropah lebih menzahirkan sifat kemanusiaannya seperti apa yang dititahkan oleh Sultan Perak itu. Negara-negara Eropah lebih mudah untuk menghulurkan bantuan serta pertolongan.

6. Negara umat Islam perlu malu apabila pelarian Syria meminta bantuan daripada negara-negara Eropah. Tindakan ini berlaku apabila negara-negara umat Islam gagal memainkan peranan untuk membantu, hatta yang mempunyai kuasa seolah-olah takut untuk bertindak.

7. Dalam hal ini, negara-negara umat Islam perlu bersatu dan berbincang bagaimana untuk membantu umat Islam disana yang kini terpaksa menjadi pelarian ke negara-negara luar.

8. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diwakili oleh pimpinan negara-negara umat Islam perlu bersidang dan membincangkan secara khusus berkaitan isu ini. Pertubuhan ini perlu dilihat berperanan, bukan hanya bersidang melengkapkan rutin semata-mata.

9. Kerajaan Malaysia juga tidak terlepas daripada tanggungjawab ini, mereka mempunyai autoriti dan saluran untuk menzahirkan keprihatian mereka terhadap nasib umat Islam termasuklah isu Syria ini.

10. Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak perlu berani menyuarakan isu-isu berkaitan nasib umat Islam melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menggesa mencari penyelesaian kerana ia berkaitan isu kemanusiaan sejagat.

11. Titah Sultan Nazrin sangat bertepatan dengan suasana yang berlaku pada hari ini yang menyaksikan negara-negara Islam gagal memainkan peranan dan tanggungjawab mereka. Saranan ini wajar diambil perhatian serius oleh Kerajaan Malaysia.

‪#‎HarapanBaru‬

USTAZ HAJI MOHD FAKHRULRAZI MOHD MOKHTAR
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional

30 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Tanggungan Hutang 1MDB Boleh Mansuhkan Hutang PTPTN Bagi 1.7 Juta Peminjam

2:59 PM 0 Comments A+ a-



TANGGUNGAN HUTANG 1MDB BOLEH MANSUHKAN HUTANG PTPTN BAGI 1.7 JUTA PEMINJAM

Saya merujuk kepada laporan mengenai dialog Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pelajar-pelajar Malaysia di Amerika Syarikat yang antara lainnya memetik kenyataan beliau bahawa pendidikan percuma dan pemansuhan hutang PTPTN hanya dapat dibuat sekiranya rakyat sanggup membayar cukai pendapatan yang lebih tinggi.

Visi pendidikan percuma yang merangkumi pemansuhan hutang PTPTN dan rombakan semula pembiayaan pendidikan tinggi negara adalah salah satu lontaran idea oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menjadi isu hangat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Sebagai seorang aktivis pendidikan percuma dan pemansuhan hutang PTPTN, saya telah mengutarakan beberapa kaedah dan kos bagaimana dasar ini boleh dilaksanakan, iaitu:

1. Hutang yang diambil oleh PTPTN boleh dibayar secara ansuran sebanyak RM2 bilion setiap tahun

2. Pemansuhan yuran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi kesemua pelajar IPTA (dianggarkan 470,000 bagi tahun 2013) dianggarkan RM791 juta setiap tahun

3. Kos menyediakan elaun sara hidup bagi 400,000 pelajar IPTA dan 150,000 pelajar IPTS dianggarkan RM2.75 bilion setahun

4. Kos menyediakan satu tabung pinjaman pendidikan IPTS tanpa faedah sebanyak RM450 juta setahun

Oleh yang demikian, saya yakin dasar pendidikan percuma dan pemansuhan hutang PTPTN dapat dilaksanakan dengan peruntukan RM6 bilion setahun oleh kerajaan bagi tujuan ini.

Selepas 2 tahun Barisan Nasional meneruskan pentadbiran di Putrajaya sejak PRU13, rakyat telah menyaksikan pelbagai skandal besar yang melibatkan dana rakyat terutamanya 1MDB. Mengambil kira kadar tukaran matawang yang merudum dan faedah, saya menganggarkan hutang terkini 1MDB sudah mencecah RM50 bilion.

Hutang RM50 bilion ini besar kemungkinan akan ditanggung oleh kerajaan memandangkan 1MDB terus terperangkap dengan kemelut kewangannya yang tidak berkesudahan. Sekiranya sumber kewangan negara tidak dialihkan kepada 1MDB, jumlah yang diberikan kepada 1MDB lebih dari cukup untuk membiayai dasar pendidikan percuma dan memansuhkan hutang PTPTN seperti berikut:

1. Jumlah hutang tertunggak oleh peminjam PTPTN setakat 31 Mac 2015 adalah RM13.3 bilion melibatkan 1,716,475 peminjam seperti jawapan Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan kepada Parlimen baru-baru ini. Jumlah RM13.3 bilion hanyalah sebahagian kecil dari sumber kewangan berjumlah RM50 bilion yang telah dialihkan kepada 1MDB;

2. Belanja kewangan 1MDB yang mencecah RM5.8 bilion dalam tempoh 3 tahun (seperti dilaporkan oleh 1MDB dalam jawapannya mengenai ke mana wang telah dibelanjakan) adalah hampir kepada jumlah RM2 bilion setiap tahun; iaitu jumlah yang diperlukan untuk memansuhkan terus hutang PTPTN

Oleh sebab itu, skandal 1MDB yang terbongkar setakat ini memberi gambaran jelas bahawa kerajaan sebenarnya mampu untuk memansuhkan hutang PTPTN dan menyediakan pendidikan percuma sekiranya kekayaan negara disalurkan bagi membina sistem pendidikan yang terbaik, bukannya dibazirkan di dalam projek-projek yang berakhir menjadi skandal seperti 1MDB.

Malah, saya yakin sekiranya tanah-tanah kerajaan di Jalan Tun Razak dan Sungai Besi yang dianugerahkan kepada 1MDB diserahkan kepada satu tabung pendidikan untuk dimajukan, hasil pelaburan itu akan dapat membangunkan jutaan rakyat Malaysia menjadi modal insan kepada negara di masa hadapan.

Saya berharap rakyat Malaysia semakin membuka mata dan menyedari bahawa dasar pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN dapat dilaksanakan tanpa menaikkan cukai seperti yang diwar-warkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
30 SEPTEMBER 2015


Sila kongsi artikel ini...

Mahfuz Omar: Menyokong Hasrat Tan Seri Pandikar Amin Mulia Untuk Mewujudkan "PRIME MINISTER QUESTION TIME" Di Parlimen Malaysia.

10:24 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

MENYOKONG HASRAT TAN SERI PANDIKAR AMIN MULIA UNTUK MEWUJUDKAN "PRIME MINISTER QUESTION TIME" DI PARLIMEN MALAYSIA.

1. Saya menyokong kenyataan Tan Seri Pandikar Amin Mulia Speaker Dewan Rakyat yang mengatakan beliau sedang berfikir tentang apakah ada keperluan untuk melaksanakan satu agenda sidang Dewan Rakyat iaitu "Prime Minister Question Time" (PMQT) dalam usaha melaksanakan proses reformasi Parlimen Malaysia selepas menerima kunjungan Delegasi Parlimen Australia yang mengamalkan Prime Minister Question Time di Parlimennya.


2. PMQT akan dapat membuka lembaran baru demokrasi berparlimen untuk mewajipkan PM pada setiap kali sesi Persidangan Dewan Rakyat di dalam seminggu sekali untuk tempoh satu jam hadir ke Parlimen bagi menjawab pelbagai persoalan negara yang dibangkitkan ahli parlimen. Ini upaya menjadikan seorang PM memberikan tumpuan kepada persoalan urustadbir negara secara yang lebih menyeluruh. PMTQ akan menjadikan PM lebih berpengetahuan, mempunyai dan menghayati visi dan misi yang jelas dalam mengurustadbirkan negara serta Amanah di dalam kepimpinan menjaga kepentingan negara dan rakyat.

3. Dalam keadaan urustadbir negara yang mengalami kepincangan dan salahgunakuasa yang mengaitkan PM adalah wajar sesi PMQT diwujudkan di Parlimen Malaysia. Pihak Kerajaan perlu memperlihatkan ketelusan dan keberanian untuk memberi laluan kepada reformasi Parlimen. Parlimen perlu diberi kebebasan menguruskan reformasinya tanpa campurtangan exsekutif. Tahniah Tan Seri Speaker, saya mohon menyokong.

REFORMASI PARLIMEN, REFORMASI NEGARA.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
30 Sept 2015/16 Zulhijjah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Wan Azizah menjawab sms saya dengan berkata beliau tidak berkata mengenai 153 dan ia adalah satu salahfaham - Arutchelvan PSM

9:57 AM 0 Comments A+ a-




Semalam hari Isnin, dalam suasana jerebu tebal, saya telah menulis satu email atas arahan JK Pusat PSM dan hantar satu sms yang penuh sopan kepada DS Wan Azizah meminta beliau menjelaskan supaya isu ini boleh tamat/close "put to rest" .

Wan Azizah menjawab sms saya dengan berkata beliau tidak berkata mengenai 153 dan ia adalah satu salahfaham (misunderstanding), Semalam juga Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menegaskan bahawa bukan Wan Azizah yang tuduh PSM tetapi orang lain.

Maka saya rasa PSM tidak berhasrat memanjang-manjangkan isu ini lagi. Yang jelas, 2 MP tuduh Wan Azizah. DS Wan Azizah cakap beliau tidak cakap dan disokong oleh Tian dan Fahmi. Maka kesimpulan adalah memang ada dikalangan yang buat kenyataan ini tidak amanah dan memang susah untuk mereka mengaku dan meminta maaf.

Saya berterimakasih kepada Tian dan Hanifa kerana meminta maaf walaupun mereka juga tidak terlibat . Walauapapun mereka semua setuju tuduhan keatas PSM tidak benar dan kita berjaya membongkarkan satu fitnah berniat jahat keatas kami.

Terima Kasih kepada begitu ramai orang yang menyokong PSM dan marah bagaimana kami difitnah dan dilayan.Selamat malam dan esok, kita fokus isu yang lebih berfaedah.Jom kita lawan penindasan dan membela rakyat. Let's move on !


Sila kongsi artikel ini...

Kecam Serangan Israel, Malaysia Perlu 'MEMBILANGKAUMKAN' Perjuangan Rakyat Palestin - Sany Hamzan

8:05 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media

KECAM SERANGAN ISRAEL, MALAYSIA PERLU 'MEMBILANGKAUMKAN' PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN

www.amanahnegara.org

Pemuda AMANAH melahirkan kekesalan yang mendalam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan provokasi biadab pelampau Zionis dan tentera Israel terhadap Masjid Al-Aqsa. Lebih menyedihkan apabila kebiadaban tersebut berterusan hingga hari ini dengan tindakan mengusir rakyat Palestin di sekitar masjid tersebut. Serangan melampau ini ternyata merupakan kezaliman yang yang tidak boleh diterima warga dunia apabila pentadbiran Benjamin Netanyahu ketika ini diserang kiri dan kanan oleh pelbagai agensi dan badan antarabangsa.

Pemuda AMANAH berpandangan bahawa isu Al-Aqsa dan konflik Palestin-Israel bukanlah semata-mata isu agama, namun ia adalah isu kemanusiaan yang merentasi ras, agama dan sempadan negara. Maka teramat penting dalam konteks Malaysia, isu ini diwacanakan dan diambil berat oleh semua pihak atas nama kemanusiaan dan keamanan sejagat.

Hakikatnya di peringkat antarabangsa, terlalu banyak organisasi-organisasi bukan kerajaan, orang perseorangan dan badan-badan kerajaan bukan Islam yang mendokong perjuangan ini. Di sana wujud gerakan Kristian yang menggelarkan diri mereka 'Sojourners', dipimpin oleh Jim Wallis sebagai Presiden merangkap pengasas pertubuhan tersebut, dengan pendirian organisasi yang cukup kritikal untuk melihat keamanan wujud di bumi Palestin. Bahkan di British juga wujud 'Helping Palestinians In Need' (INTERPAL) gerakan sosial rentas agama yang fokus untuk membantu rakyat Palestin samada di dalam negara Palestin mahupun rakyat Palestin yang terusir di luar Palestin.

Tidak hanya di Eropah, komuniti Yahudi seantero dunia yang berprinsip terlalu banyak yang mendokong keamanan di Palestin dan menolak doktrin Zionisme. B'tselem, Jews Againts Zionism, Tikkun, Jews For Justice For Palestinians, ini merupakan senarai panjang komuniti bukan Islam - bahkan Yahudi - yang menolak penjajahan Israel ke atas Palestin. Malah kebanyakan komuniti athies di peringkat antarabangsa seperti 'Athiest Nexus' juga percaya bahawa pertelingkahan agama di Palestin tidah harus dijadikan hujah untuk memangsakan penduduk-penduduk dan masyarakat awam di Palestin.

Lantas, Pemuda AMANAH berpandangan telah sampai masa dan ketikanya untuk gerakan mendukung perjuangan rakyat Palestin di Malaysia 'dibilangkaumkan' secara merata dan menyeluruh. Langkah pertama yang mungkin boleh difikirkan ialah organisasi-organisasi yang telah lama berjuang mendukung aspirasi rakyat Palestin ini boleh membuat JV (joint-venture) atau kerjasama dengan persatuan-persatuan perniagaan, NGO-NGO bukan Islam yang aktif untuk turut terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti kemanusiaan yang dianjurkan mereka. Atau mungkin pelbagai cara yang lebih kreatif yang boleh difikirkan, tidak hanya NGO-NGO Islam, tapi turut parti-parti politik di negara ini.

Pemuda AMANAH memandang bahawa perjuangan rakyat Palestin ini merupakan perjuangan universal yang perlu didokong oleh sesiapa sahaja yang cintakan keamanan dan kemanusiaan. Maka dalam konteks Malaysia, jika perjuangan ini mampu digarap sebagai perjuangan yang didokong oleh seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama, maka tidak mustahil dalam dekad-dekad mendatang, Palestin mampu menjadi jambatan yang menghubungkan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Malah mungkin, menjadi sebab untuk rakyat di negara ini berbincang dan serius berjuang untuk membebaskan tanah yang sedang dijajah itu.

SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

29 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Ringgit jatuh: Apakah negara ada Menteri Kewangan? - Tuan Ibrahim Tuan Man

2:02 AM 0 Comments A+ a-



Ringgit jatuh: Apakah negara ada Menteri Kewangan?

Tukaran nilai Ringgit pada 29 September 2015:

USD1: RM4.459
SG1: RM3.121


Ringgit terus jatuh dan kini mendekati paras yang amat memeranjatkan pelajar-pelajar di luar negara serta golongan peniaga iaitu RM4.5 kepada USD1 - ramai tertanya-tanya apakah Malaysia mempunyai Menteri Kewangan?

Ketika peniaga Tukaran Mungkir Kredit (CDS) meletakkan negara di ‘status rendah’ – tiada kedengaran komentar membalas daripada Menteri Kewangan.

Ketika Ringgit mencecah RM4.45 semalam, Menteri Kewangan dan kementerian tidak memberikan sebarang reaksi.

Hanya kedengaran suara solo Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang mencadangkan agar negara mengukuhkan kedudukan domestik bagi menghadapi cabaran kemelut nilai ringgit dan harga komoditi hari ini.

Namun, PAS bimbang. PAS bimbang sudah tidak wujud kerjasama antara Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara ekoran siasatan Bank Negara terhadap 1MDB dan juga kenyataan Zeti pada 21 September yang berbunyi: “Kita tidak perlu lagi apa-apa skandal. Kita tidak perlu ketidakstabilan politik. Apabila mereka menyelesaikan semua isu berkaitan dengan 1MDB, maka kita akan dapat melihat pemulihan kepada nilai Ringgit.”

Rakyat mempunyai keyakinan terhadap Gabernor Bank Negara. Namun, beliau hanya boleh berfungsi sepenuhnya sekiranya beliau mendapat kerjasama penuh seorang Menteri Kewangan yang dapat fokus kepada tugasnya tanpa risau apa-apa skandal yang akan timbul kerana cuba menutup masalah di 1MDB.

PAS terus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatan Menteri Kewangan. PM patut tumpu sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah 1MDB. Tempoh 6 bulan yang diberi PM pada ahli-ahli Umno pada 14 Jun 2015, kini hanya tinggal 3 bulan sahaja.

Anggaplah ini pengorbanan untuk meringankan aniaya kepada seluruh warga Malaysia.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
30 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Amerika Takkan Siasat Dan Tahan Najib,Tapi Akan Pasti Najib Tandatangan TPPA - Mahfuz Omar

1:27 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media

AMERIKA TAKKAN SIASAT DAN TAHAN NAJIB,TAPI AKAN PASTI NAJIB TANDATANGAN TPPA.

1. Sejak keluarnya berita di New York Time yang mengatakan Najib akan disiasat dan ditahan oleh pihak berkuasa Amerika atas laporan isu-isu yang berkaitan 1MDB, saya dengan penuh yakin tidak mempercayai tindakan bodoh ini akan dilakukan oleh Kerajaan Amerika.


2. Sebagai sebuah negara kuasa besar yang mempunyai kepentingan tertentu ke atas negara-negara seperti Malaysia sudah tentu akan mencari jalan bagi menundukan kerajaan- kerajaan seperti Malaysia menjadi lembu dicucuk hidung, mengikut telunjuk atau sebagai pecacai Amerika.

3. Kalau pun ada kes yang boleh disiasat Amerika ke atas Najib dalam isu-isu yang berkaitan 1MDB dan pemindahan RM2.67 bilion ke akaun peribadi Najib dengan menggunakan matawang Dollar Amerika AS700 juta namun ada perkara yang lebih besar yang akan Amerika memperolehi manfaatnya dengan memastikan Malaysia dan Najib menandatangani TPPA. Daripada mengambil tindakan ke atas Najib seorang adalah lebih baik menggunakan kesalahan jenayah yang dilakukan Najib untuk menjajah Malaysia. Inilah kebijaksanan Amerika.

4. Najib berjaya melepaskan diri daripada disiasat oleh Amerika tetapi Malaysia dan rakyat terperangkap dalam pejajahan TPPA Amerika. Najib berjaya menyelamatkan dirinya seorang tetapi memenjarakan 30 juta rakyat dan negara Malaysia dalam penjara TPPA Amerika.

UNDURKAN NAJIB,RAKYAT SELAMAT, MALAYSIA BERKAT.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
29 Sept 2015/15 Zulhijjah 1436H


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.