Fitnah Itu Batil dan Batil Itu Akan Hancur - Wan Ahmad Fayhsal
FITNAH ITU BATIL DAN BATIL ITU AKAN HANCUR
Saya dah agak ini akan tiba.
Saya pernah maklumkan dulu bahawa ada SB yang ikut saya. Saya juga maklum nama saya sudah pun naik di Bukit Aman. Kita hormati urusan pihak polis untu memantau kerana itu tugas "intelligence" risikan.
Dalam jutaan pengguna Facebook di Malaysia, ada lebih ramai yang benar-benar menghasut dan memfitnah DS Najib tanpa ada sebarang asas langsung. Tetapi yang kena saya. Kenapa?
Kerana kebanyakan pengguna Facebook lain kritik atas angin, emosi.
Saya, Jebat Must Die (JMD), Datuk Kadir Jasin, Tun M kami kritik dengan asas.
Ini adalah "intimidation game". Sama seperti The Edge kena. Sama seperti The Malaysian Reserve kena kerana banyak menerbitkan artikel saya tentang 1MDB.
Saya bukan orang pertama dibuat laporan polis atas tuduhan memfitnah DS Najib Razak. Dan laporan yang dibuat ke atas saya ini adalah "coordinated". Ada yang mengaturnya.
Dalam banyak-banyak penulis yang mengkritik secara rapi tentang 1MDB, Jebat Must Die (JMD) yang pertama kali kena.
Berita tersebut yang pertama kali maklumkan adalah portal berita MyNation juga yang melapor dengan jitu butiran laporan polis terhadap saya dan JMD.
Ini tidaklah pelik kerana MyNation adalah wadah untuk cytro seperti Lim Sian See, Azmi Arshad, Seademon dan yang seangkatan dengannya.
MyNation adalah portal berita yang siarkan artikel Azmi Arshad yang menyangkal artikel saya tentang Amerika akan siasat 1MDB guna RICO. Macam saya kata dulu, kalau penulisan saya ialah fitnah, perlukah dibangkang semahunya oleh Azmi Arshad?
Sepatunya penulisan fitnah tiada nilai hasutan sebab fantasi. Tapi mereka siarkan juga "refutation". Ini bermakna dan betul pun setelah disahkan The New York Times yang FBI dan Justice Department sedang siasat, 1MDB bahawa telahan saya ada asas dan benar tentang risiko RICO.
Kalau anda perhatikan banyak posting Azmi Arshad ke atas saya, mereka sendiri menggunakan taktik Red Bean Army: Taunting, Pressure, Intimidation, Bullying persis Gangster.
Mereka gunakan akaun "fake profiles" untuk menghurung bersama-sama pengguna Facebook sebenar yang "maghrur" (yang tertipu) untuk memenuhi nafsu amarrah mereka mengherdik saya dan mana-mana pihak yang mengkritik secara berasas.
Mereka mencaci dan memfitnah Tun Mahathir seperti mereka cuba memburukkan kereta nasional Proton, anak Tun Mahathir etc.
Akan tetapi ketahuilah bahawa janji Allah SWT dan Al-Qur'an itu tidak sesekali fitnah.
Ùˆ قل جاء الØÙ‚ Ùˆ زهق الباطل إن الباطل كان زهوقا
"Katalah: bila tibanya kebenaran akan hancurlah kebatilan. Sesungguuhya kebatilan itu tiada kekal dan pasti luput"
Mereka boleh buat bermacam-macam menggunakan semua aparatus yang ada tetapi semua itu adalah kebatilan yang akan luput. Itu JANJI ALLAH!
Ingatlah semua di muka bumi ini milik Allah SWT (lillahi ma fi al-samawati wa'l-ard). Allah bagi "respite" kepada mereka bukan kerana Allah sayangkan kebatilan mereka tetapi sebagai "istidraj" (deceptived respite) yang akan memakan diri mereka kembali kelak.
Saya masih berpegang dan pertahankan tulisan dan analisa saya tentang 1MDB telah dilakukan dengan penuh tanggungjawab, sedaya mungkin bukan dengan niat memfitnah walaupun berhadapan dengan kekangan maklumat.
Kepada Allah kita berserah. Amin!
Sila kongsi artikel ini...