MB Kelantan kerap berbasikal khasnya ketika berulang-alik untuk ke masjid berhampiran.

10:07 PM 0 Comments A+ a-



Sedang diviral di beberapa laman facebook dan whatsapp berkaitan sebuah kenderaan yang memakai nombor pendaftaran WSN 95 dan dikaitkan dengan kenderaan rasmi YAB Menteri Besar Kelantan. Saya menafikan kenderaan tersebut milik YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob, begitu juga ianya bukan kenderaan rasmi untuk kegunaan YAB Menteri Besar. Bahkan YAB Ustaz Dato' sangat bersederhana dan kadang-kadang beliau sendiri yang memandu kenderaannya ke beberapa lokasi program. Malah, beliau juga kerap berbasikal khasnya ketika berulang-alik untuk ke masjid berhampiran.


Mohd Asri Mat Daud
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan


Sila kongsi artikel ini...

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor, telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor

9:56 PM 0 Comments A+ a-



PENGUMUMAN RASMI

Saya, selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, pada hari ini mengisytiharkan bahawa DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor, telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada pukul 5 petang tadi.

Untuk makluman semua, YB Dato' Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor. Walaubagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan. Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan. Sekian, terima kasih. Hidup Johor, demi Johor. Mohd. Fahmy Bin Yahya, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor


Sila kongsi artikel ini...

AS negeri Terengganu (BPPNT) menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulamak PAS dalam isu 'tahaluf siyasi' dengan parti DAP dan PKR

1:50 PM 0 Comments A+ a-



Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu (BPPNT) menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulamak PAS dalam isu 'tahaluf siyasi' dengan parti DAP dan PKR.

Ahli dan penyokong PAS negeri Terengganu sudah bersedia mendepani sebarang risiko ekoran dari keputusan tersebut kerana sudah menjadi dasar yang dimaklumi, bahawa PAS berpegang teguh dengan prinsip perjuangan Islam.


PAS sebelum ini menegaskan bahawa, kita berdiri teguh dengan perkara-perkara yang disepakati bersama dalam Pakatan Rakyat iaitu bersetuju untuk tidak bersetuju dan muafakat dalam memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Telah berulang kali PAS menerangkan dan menegaskan bahawa, perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah adalah dasar PAS yang wujud lama, sebelum terbentuknya Pakatan Rakyat.

Bahkan setelah diberikan taklimat beberapa kali bahawa sesungguhnya perlaksanaan undang-undang Islam adalah untuk orang Islam dan tidak ada kena mengena dengan mereka yang bukan Islam.

Namun DAP memungkiri persepakatan itu malah masuk campur dalam urusan PAS serta mengecam dan mencemuh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru itu, amat wajar Majlis Syura Ulamak sebagai institusi yang menjaga dasar serta prinsip PAS, memutuskan bahawa tahaluf siyasi dengan DAP dibatalkan.

Saya berharap semua pemimpin PAS di pelbagai peringkat, ahli-ahli dan para penyokong, berlapang dada dengan keputusan tersebut dan sentiasa mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini daripada pemimpin, dari masa ke semasa.

Kita tetap yakin bahawa perjuangn PAS akan tetap memperolehi kemenangan dan yang lebih penting perjuangan ini mendapat keredhaan Allah SWT serta segala rintangan bukanlah halangan, bahkan akan lebih mematangkan PAS serta ahlinya sekalian.

Saya yakin rakyat akan terus menyokong dan mendokong perjuangan PAS kerana jelas PAS tetap dengan dasarnya mahu menegakkan dan memertabatkan Islam serta istiqamah dengan prinsipnya.

Hanya PAS, sebuah Parti terbaik dan alternatif unggul bagi menggantikan Umno untuk memimpin dan memerintah serta membawa umat Islam, orang Melayu dan pelbagai bangsa di negara ini, untuk masa depan yang lebih baik.

YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
25 Ramadhan 1436H/ 12 Julai 2015


Sila kongsi artikel ini...

"PAS Shah Alam Teruskan Kerjasama Dengan PKR dan DAP"

12:33 AM 0 Comments A+ a-



"PAS SHAH ALAM TERUSKAN KERJASAMA DENGAN PKR DAN DAP"

PAS Shah Alam memaklumi bahawa Mesyuarat Majlis Syura Ulamak memutuskan hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

PAS Shah Alam juga memaklumi keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.


Sementara itu, PAS Shah Alam menyedari keterlibatan kepimpinan, ahli dan jentera di semua peringkat di dalam merancana, melaksana dan menggalas amanah rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam PRU ke-13 yang lalu.

PAS Shah Alam juga menyedari bahawa Pakatan Rakyat Selangor yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP telah dapat bekerjasama dengan baik; menyelesaikan isu dan perbezaan dengan harmoni; dan menerajui Kerajaan Negeri, PBT dan semua institusi di bawah kerajaaan Negeri Selangor dengan mantap dan jaya.

Maka, sehingga ada ketetapan dan kaedah perlaksanaan yang bersesuaian dengan keperluan politik di Negeri Selangor oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, PAS Shah Alam akan terus berkerjasama dan berkawan dengan PKR dan DAP untuk menggalas tanggungjawab membangun negeri dan masyarakat Selangor.

AZLI YUSOF
YDP Pas Shah Alam
11 Julai 2015


Sila kongsi artikel ini...

SAMM: Apa Beza Langat 2 Khalid Dengan Langat 2 Azmin?

12:29 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Umum
11 Julai 2015

Apa Beza Langat 2 Khalid Dengan Langat 2 Azmin?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor menyambut baik usaha menyambung semula penstrukturan bekalan air di Selangor. Sememangnya projek penstrukturan ini amat penting bagi negeri Selangor.

Sebagai sebuah negeri yang mempunyai kepadatan penduduk antara yang tertinggi di Malaysia, sudah pastilah permintaan bekalan air juga tinggi. Apa lagi Selangor juga merupakan negeri yang paling rendah rezab air dalam negara. Sudah pasti dengan pembangunan dan kebanjiran migrasi penduduk ke negeri termaju ini akan mengundang masalah bekalan air yang kritikal sekiranya Pemerintah terus bermain politik dalam isu bekalan air.

Namun begitu, SAMM Selangor sedikit pelik dengan pengumuman penstrukturan ini. Lama sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar dikatakan sebagai tunduk kepada UMNO/BN apabila berkeras mahu melaksanakan projek Langat 2 dan penstrukturan air ini.

Khalid telah dipecat dan digulingkan atas tuduhan memperdagangkan dirinya kepada taikun belaan UMNO/BN termasuklah projek Langat 2 ini. Oleh itu, SAMM Selangor ingin mendapatkan penjelasan, apakah bezanya antara perjanjian Langat 2 Khalid dengan Langat 2 Azmin ini?

Jika alasan pemilikan tanah dan hak milik Loji Air Semenyih dan Bukit Nanas sahaja yang disandarkan selama ini, ia bukanlah satu alasan konkrit. Pertikaian ini sememangnya boleh diselesaikan melalui meja rundingan bukannya mengheret rakyat Selangor dalam satu drama perebutan kuasa tempoh hari.

SAMM Selangor juga meminta Kerajaan Negeri Selangor harus dedahkan isi kandungan perjanjian ini. Isi kandungan perjanjian ini penting untuk pengetahuan rakyat.

Dengan termeterainya perjanjian ini telah menjadi bukti bahawa selama ini rakyat Selangor telah dijaja dengan satu pembohongan terancang. Rakyat Selangor pasti masih belum lupa bagaimana isu Langat 2 dikatakan tidak diperlukan tetapi hari ini perkara sebaliknya berlaku.

Adakah Azmin juga telah menjual dirinya kepada Taikun UMNO/BN? Apa beza perjanjian Langat 2 yang Azmin tandatangani dengan perjanjian Langat 2 yang ditandatangani oleh Khalid?

Khairooll Anuar Almegat
Penyelaras Bersama
SAMM Selango


Sila kongsi artikel ini...

PKR: Grafik Palsu Diedar, Keadilan Tiada Kaitan

12:08 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

GRAFIK PALSU DIEDAR, KEADILAN TIADA KAITAN

Saya difahamkan satu grafik sedang diedar melalui laman media sosial dan aplikasi WhatsApp yang berkata kononnya KEADILAN akan menganjur satu himpunan pada 1 Syawal mendesak DS Najib Razak untuk berundur.


Ini adalah satu fitnah dan provokasi murahan. KEADILAN tidak menganjur program ini.

Harap maklum.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

11 Julai 2015


Sila kongsi artikel ini...

AMK: Perjanjian Air Antara Kerajaan Selangor Bersama Kerajaan Persekutuan

12:04 AM 0 Comments A+ a-



PERJANJIAN AIR DI ANTARA KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERSAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada YAB Sdr Mohamed Azmin B. Ali selaku Dato' Menteri Besar Selangor dan semua pimpinan Kerajaan Negeri di atas kejayaan memeterai dan memuktamadkan perjanjian air bersama Kerajaan Persekutuan setelah tertangguh agak lama. Kejayaan ini adalah suatu kebanggaan bagi warga Selangor.

Kami berharap selepas perjanjian ini dimeterai, masalah-masalah air yang dijadikan modal politik pihak tertentu akan berakhir. Aset air merupakan sesuatu yang sangat berharga buat warga Selangor. Sebagai negeri yang maju dan sangat pesat membangun, kejayaan memiliki semula aset air negeri pasti akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri. Semoga kejayaan ini akan menjadikan negeri ini lebih makmur dan berkebajikan.


AMK Negeri akan terus mendukung dan menyokong kepimpinan YAB Azmin Ali didalam menunaikan amanah sebagai Menteri Besar. Kami mengajak semua anggota AMK Negeri dan anak-anak muda untuk terus mengembeling tenaga dan berpadu bagi menjayakan agenda Kerajaan Negeri. Kejayaan di negeri Selangor adalah jambatan kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan di Putrajaya. Maka, tanggungjawab kita bersama untuk merealisasikan cita-cita menawan Putrajaya.

Sekali lagi AMK Negeri merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat YAB Azmin Ali dan barisan Exco Kerajaan Negeri yang sentiasa bertungkus-lumus menjayakan perjanjian ini. Kejayaan ini adalah rahmat besar buat warga Selangor.

'Pembangunan Berkualiti Rakyat Di Peduli'

Sekian, Salam Reformasi.

Yang benar,
ZAINOL ABIDIN MOHAMED
Timbalan Ketua AMK Negeri Selangor / Ketua AMK Gombak.
11hb Jukai 2015


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.