AS negeri Terengganu (BPPNT) menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulamak PAS dalam isu 'tahaluf siyasi' dengan parti DAP dan PKR

1:50 PM 0 Comments A+ a-



Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu (BPPNT) menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulamak PAS dalam isu 'tahaluf siyasi' dengan parti DAP dan PKR.

Ahli dan penyokong PAS negeri Terengganu sudah bersedia mendepani sebarang risiko ekoran dari keputusan tersebut kerana sudah menjadi dasar yang dimaklumi, bahawa PAS berpegang teguh dengan prinsip perjuangan Islam.


PAS sebelum ini menegaskan bahawa, kita berdiri teguh dengan perkara-perkara yang disepakati bersama dalam Pakatan Rakyat iaitu bersetuju untuk tidak bersetuju dan muafakat dalam memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Telah berulang kali PAS menerangkan dan menegaskan bahawa, perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah adalah dasar PAS yang wujud lama, sebelum terbentuknya Pakatan Rakyat.

Bahkan setelah diberikan taklimat beberapa kali bahawa sesungguhnya perlaksanaan undang-undang Islam adalah untuk orang Islam dan tidak ada kena mengena dengan mereka yang bukan Islam.

Namun DAP memungkiri persepakatan itu malah masuk campur dalam urusan PAS serta mengecam dan mencemuh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru itu, amat wajar Majlis Syura Ulamak sebagai institusi yang menjaga dasar serta prinsip PAS, memutuskan bahawa tahaluf siyasi dengan DAP dibatalkan.

Saya berharap semua pemimpin PAS di pelbagai peringkat, ahli-ahli dan para penyokong, berlapang dada dengan keputusan tersebut dan sentiasa mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini daripada pemimpin, dari masa ke semasa.

Kita tetap yakin bahawa perjuangn PAS akan tetap memperolehi kemenangan dan yang lebih penting perjuangan ini mendapat keredhaan Allah SWT serta segala rintangan bukanlah halangan, bahkan akan lebih mematangkan PAS serta ahlinya sekalian.

Saya yakin rakyat akan terus menyokong dan mendokong perjuangan PAS kerana jelas PAS tetap dengan dasarnya mahu menegakkan dan memertabatkan Islam serta istiqamah dengan prinsipnya.

Hanya PAS, sebuah Parti terbaik dan alternatif unggul bagi menggantikan Umno untuk memimpin dan memerintah serta membawa umat Islam, orang Melayu dan pelbagai bangsa di negara ini, untuk masa depan yang lebih baik.

YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
25 Ramadhan 1436H/ 12 Julai 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.