Apakah Yang Akan Diwarisi Oleh Anak Muda Malaysia di Masa Depan - Faiz Fadzil

10:18 PM 0 Comments A+ a-



APAKAH YANG AKAN DIWARISI OLEH ANAK MUDA MALAYSIA DI MASA DEPAN?

Krisis kemelesetan ekonomi yang sedang menghantui negara amat membimbangkan terutama kepada anak muda. Dalam mengatasi kemelut ekonomi yang semakin membarah ini, Perdana Menteri telah mengumumkan suntikan dana sebanyak RM20 billion ke dalam pasaran saham domestik melalui syarikat ValueCap Sdn Bhd yang dimiliki oleh agensi kerajan iaitu Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Pelbagai persoalan yang meragukan timbul, justeru kami Pemuda Amanah Nasional ingin membangkitkan beberapa persoalan yang amat relevan dan penting:

1) Mengapakah Kerajaan tidak menggunakan wang RM20 billion tersebut untuk tujuan pelaburan dalam aktiviti ekonomi sebenar (real economy) yang mendatangkan kesan pengganda (multiplier effect) yang lebih tinggi yang mana akan meningkatkan aktiviti ekonomi domestik sekaligus menambahkan pendapatan dan menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat jelata? Tidakkah tindakan suntikan sebegini hanya menaikkan nilai keuntungan di atas kertas semata-mata, tidak lebih dari itu?

2) Adakah wang rakyat akan digunakan lantaran pemegang saham ValeuCap adalah terdiri daripada institusi-institusi yang dilihat sebagai lubuk tabungan rakyat iaitu KWAP, PNB dan Khazanah Nasional Bhd?

3) Adakah suntikan dana ini merupakan pakej pemulihan jangka panjang dan efisyen dalam menangani krisis yang sedang dihadapi sedangkan langkah yang sama telah dilakukan oleh kerajaan China beberapa bulan dahulu namun akhirnya mengheret pasaran saham republik itu ke dalam tragedi ‘China Black Monday’ pada tanggal 24 Ogos 2015? Tidakkah sentimen negatif terhadap kewangan negara bertambah memandangkan langkah China berkenaan turut dikritik hebat oleh para pakar ekonomi dan penganalisis dunia?

4) Siapakah yang akan sebenar-benarnya mendapat faedah daripada suntikan dana ini dan apakah jaminan kerajaan bagi memastikan suntikan dana tersebut tidak dimanipulasi untuk kepentingan politik dan juga individu tertentu melalui pemberian 'duit kopi' untuk tujuan pembersihan wang haram (money laundering) sepertimana yang didakwa berlaku dalam skandal 1MDB?

Penyusutan nilai mata wang negara yang mendadak perlulah ditangani dengan segera bagi pemulihan ekonomi jangka panjang. Suntikan dana tersebut hanyalah langkah pintas dan bersifat pemulihan jangka pendek semata-mata yang bakal mendedahkan pasaran Malaysia sekali lagi kepada aliran keluar dana asing yang lebih besar, terutamanya setelah suntikan RM20 billion itu habis dibelanjakan. Jumlah sebesar ini jika disuntik sebagai peruntukan untuk merancakkan aktiviti ekonomi kecil dan sederhana seluruh negara mampu meningkatkan pendapatan rakyat melalui peluang penglibatan dalam ekonomi domestik yang lebih luas.

Meskipun pihak kerajaan sering menggunakan alasan fenomena global yang menyebabkan penyusutan nilai mata wang, namun sesuatu yang tidak mampu pihak kerajaan nafikan ialah skandal 1MDB dan kemasukan wang RM2.67 billion ke akaun peribadi PM sendiri telah menggalakkan dan meningkatkan lagi sentimen negatif terhadap kedudukan ekonomi negara. Justeru kami melihat perletakan jawatan oleh Perdana Menteri adalah antara langkah awal yang efisyen, berakauntabiliti dan bertanggungjawab yang seharusnya dilakukan bagi memulihkan ekonomi negara.

Pemimpin negara wajib mendahulukan nasib negara dengan membela masa depan anak muda. Kami mahu mewarisi kekayaan yang adil lagi saksama di samping kesenangan hidup tanpa bebanan kos saraan yang tinggi. Wariskanlah kepada kami kemakmuran dan bukannya bebanan hutang dan pinjaman. Kegusaran tentang nasib anak muda semakin bertambah apabila perhimpunan baju merah gagal melihat keseriusan kemelut ini, malah jika api perkauman yang mahu diwariskan, kami bimbang masa depan anak muda amat gelap - bukan sekadar hidup dalam kemiskinan, malah dalam persengketaan dan perbalahan sesama sendiri. Kami khuatir nantinya yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang.

Faiz Fadzil
Timbalan Ketua Pemuda
Amanah Nasional
Parti Amanah Negara
18 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Pendirian PAS Mudahkan Pembentukan Pakatan Rakyat 2.0 - Salahuddin Ayub

9:06 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA


PENDIRIAN PAS MUDAHKAN PEMBENTUKAN PAKATAN RAKYAT 2.0


www.amanahnegara.org


1. Setelah berkali-kali Parti Amanah Negara (AMANAH) mempelawa supaya PAS bersama menyertai perbincangan untuk menubuhkan muafakat politik baharu, PAS hari ini telah membuat keputusan untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 itu namun hanya akan berkerjasama dengan PKR.


2. Mengulas perkara itu, saya berpendapat bahawa keputusan PAS itu akan memudahkan Parti AMANAH, PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0.


3. Bagi saya, biarlah rakyat menilai sendiri pendirian dan keputusan yang telah dibuat PAS itu.


4. Parti AMANAH mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 bagi membawa perubahan politik sekaligus menyelamatkan Malaysia.


SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
19 September 2014


Sila kongsi artikel ini...

Beralih atau Berubah - Tuan Ibrahim Tuan Man

8:04 PM 0 Comments A+ a-



Beralih atau berubah.

Negara kini bergelumang dengan pelbagai kemelut samada politik , ekonomi, sosial serta hilangnya jati diri Muslim dalam mengejar arus kemajuan dunia. Kemelut ini berpaksi kepada asas aqidah ( kepercayaan ) yang menjadi tunjang bagi setiap manusia. Kerana apa sahaja tindakan manusia akan berpaksi kepada apa yang diyakininya. Kerana itu asas keyakinan ini mesti berada di atas landasan yang betul. Ia ibarat tapak bagi sesabuah bangunan. Bilamana tapaknya betul, maka seluruh bangunannya akan berdiri betul begitulah sebaliknya.

Bilamana aqidah umat itu rosak, maka saksikan kerosakan ekonomi, politik, perundangan dan sosial mereka. Dan akan rosaklah seluruh sistem hidup dan nilai mereka. Namun apabila baik aqidah mereka , maka akan baiklah ekonomi, politik dan sosial mereka. Dan akan selamatlah masyarakat, negeri dan negara mereka.

Kemelut yang melanda negara bukan hanya akan selesai dengan pertukaran pemimpin atau parti yang akan memerintah sahaja. Sebaliknya apa yang penting apakah dasar yang akan dilaksanakan disebalik perubahan yang dikehendaki itu.

Hari ini kita semua harus mengakui bahawa rosaknya sistem dalam negara kita. Kita punya undang-undang yang gagal mencegah jenayah , sehingga berlakunya peningkatan kadar jenayah secara serius. Isu penagihan dadah, kita harus mengakui bahawa kita gagal mencegah penagihan dadah. Demikian juga isu moral yang lain. Persoalannya apakah setelah kita menyedari kegagalan sistem ciptaan manusia ini kita akan terus mengekalkan sistem yang gagal ini.

Ketepikan sentimen dan taasub kita. Apakah kita ingin teruskan kegagalan ini, lalu kita akan wariskan satu generasi yang rosak. Billion Ringgit di habis bagi memperbaiki kerosakan, namun hasilnya kerosakan bertambah parah. Tidak mungkin sistem yang batil akan membuahkan hasil yang hak. Keadilan hanya akan dapat dinikmati dari sistem dan pelaksana yang adil.

Rakyat mengharapkan perubahan menyeluruh. Mereka menanti munculnya PRU akan datang sebagai titik perubahan. Apakah harapan ini dapat dijelmakan dalam kemelut semua parti politik yang ada. Apakah ahli politik adalah sebahagian dari mereka yang akan mengecewakan harapan rakyat ini. Namun yang penting apakah asas harapan kepada perubahan yang diimpikan rakyat itu.

Bagi mencapai hasrat tersebut, kita perlu kembali kepada sistem Rabbani
dan ia mesti diurus oleh agen perubahan yang rakyat inginkan. Pelaksana yang ada mesti ditukar. Parti yang menerajui negara dan kepimpinannya perlu ditukar. Namun apakah sistem yang akan diteruskan nanti masih dengan sistem dan dasar yang sama ?. Kalau begitu apa jaminan bahawa negara tidak akan berhadapan dengan kemelut yang sama. Ia mungkin akan berubah dan kelihatan baik dalam tempoh tertentu, namun akhirnya ia akan kembali kepada kerosakan semula. Kalau inilah yang terjadi kita hanya menukar sistem jahiliah dengan satu bentuk jahiliah baru.

Ternyata cabaran besar yang kita hadapi bukanlah menumbangkan sistem yang korup, tetapi meyakinkan agar perubahan tersebut ialah kembali kepada sistem Islam yang di turun oleh Allah untuk membina kemakmuran, keharmonian dan kebaikan ummah dan negara. Inilah gagasan besar perjuangan menyelamatkan manusia dari kemurkaan Allah. Kerana akhirnya harapan perubahan yang diimpikan oleh seluruh rakyat negara ini benar-benar menjadi kenyataan ke arah pembinaan sabuah masyarakat yang aman, sejahtera, harmoni. Sabuah negara yang pemimpinnya takut kepada Allah untuk melakukan penyelewengan salah guna kuasa. Pemimpin yang mampu menjamin keadilan untuk semua kaum dan agama sebagai rakyat dalam sabuah negara. Pemimpin yang memandu rakyat ke arah pembentukan sabuah negara yang diberkati Allah. Baldatun Tayyibah wa Rabbun Ghafur.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden
18hb September 2015
Sandakan. Sabah


Sila kongsi artikel ini...

Di mana silapnya orang Melayu? - Mohamed Awang Lah

7:03 PM 0 Comments A+ a-



Di mana silapnya orang Melayu?

1. Peristiwa di Masjid negara semalam memaparkan satu sifat orang Melayu beragama Islam. Seorang hamba Allah cuba mengambil alih tempat imam secara paksa. Ada yang anggap orang itu adalah penganut Wahabbi atau Syia’ah. Ada yang kata beliau adalah agen IS. Ada yang menganggapnya seorang Arab. Ada yang memukulnya semasa beliau dibawa ke kereta polis.

2. Mereka melihat orang itu dari sudut kaum atau mazhab agama. Akhirnya, orang berkenaan dikenalpasti sebagai seorang yang kurang siuman. Bukankah tindakan orang Melayu beragama Islam, pada hari Jumaat yang mulia, adalah suatu tindakan zalim? Tidak ada kesabaran. Tidak ada sifat keperihatinan? Penuh dengan buruk sangka. Adakah ini telah menjadi satu ciri tegar orang Melayu?

3. Perkara yang hampir serupa dapat dilihat semasa perhimpunan baju merah. Seolah-olah semua masalah orang Melayu adalah kerana perbuatan kaum lain. Segala bentuk cacian dapat dilihat. Semuanya terhadap kaum lain. [Saya tidak bermaksud mempertahankan kaum lain. Yang salah tetap salah, tetapi tidak semestinya berasaskan kaum atau agama].

4. Adakah orang Melayu terasa begitu terancam dan tak tahu apa yang boleh dibuat secara rasional?

5. Apa sebenarnya yang dihendaki oleh orang Melayu yang menunjuk perasaan? Adakah mereka akan berpuas hati jika peristiwa 13 Mei berulang? Sudah 46 tahun berlalu. Yang menunjuk perasaan adalah generasi baru. Mereka nampaknya mewarisi perasaan generasi sebelumnya.

6. Orang Melayu sebenarnya sudah ada raja, ada perdana menteri dan menteri besar, ada parti yang memerintah sejak merdeka, ada ketua pentadbir, ada perkhidmatan awam, ada polis, ada tentera dan bermacam-macam lagi. Kita sudah merdeka selama 58 tahun. Sudah hampir tiga generasi. Orang Melayu berkuasa tanpa putus-putus. Perlembagaan mempertahankan hak orang Melayu.

7. Kenapa orang Melayu masih menuding jari kepada orang lain? Kenapa orang Melayu masih berpecah? Adakah kerana kurang ilmu atau hanya tidak percaya kepada orang berilmu? Adakah kerana terlalu beremosi atau hanya hendak mempertahankan ego? Adakah kita asyik berpolitik sahaja atau hanya mempertahankan kepentingan peribadi orang tertentu yang berkuasa?

8. Mungkin yang tak ada pada orang Melayu ialah kepimpinan yang jujur, ikhlas, adil dan amanah.

Di mana silap kita?

Mohamed Awang Lah



Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Akhbar Presiden MACMA Berhubung Isu Cemuhan Ke Atas Bangsa Cina

6:06 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN AKHBAR PRESIDEN MACMA BERHUBUNG ISU CEMUHAN KE ATAS BANGSA CINA

Bangsa Melayu terkenal dengan kehalusan budi. Bahkan sebelum kami berhijrah ke Islam, ramai antara kami tertarik mengenal Islam hasil kewibawaan akhlak Melayu.

Kami memartabatkan hak istimewa Melayu tetapi Allah SWT meletakkan setiap hak istimewa sebagai tanggungan di dunia yang akan di jawab di hadapan Allah SWT kelak.


Maka, Melayu Muslim memikul tanggungan yang lebih berat untuk menunjukkan contoh sebagai khairu ummah. Ramai keluarga kami yang belum Muslim berusaha mengenal Islam. Jangan biarkan Islamofobia berlarutan bila segelintir umat Islam menghalalkan kata-kata kesat seperti Cina Babi dan menghalalkan rasisme dengan mengaitkannya dengan Islam.

Kami Pertubuhan Cina Muslim Malaysia atau MACMA, mempunyai 19 cawangan seluruh Malaysia, meminta pihak-pihak berkenaan untuk kembali menghayati Islam dan memohon maaf atas keterlanjuran kata.

Bak kata pantun Melayu:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa.

Firman Allah SWT dalam surah Al Hujurat 49: 11 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah satu kaum mencemuh dan merendah-rendahkan kaum yang lain. Mungkin kaum yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka."

Profesor Dr. Taufiq Yap Yun Hin, FASc
Presiden
Persatuan Cina Muslim Malaysia


Sila kongsi artikel ini...

PSM: Melayu Hilang Pedoman? Membakar Perkauman Demi Kepentingan Regim Korup

4:54 PM 0 Comments A+ a-



MELAYU HILANG PEDOMAN?
MEMBAKAR PERKAUMAN DEMI KEPENTINGAN REGIM KORUP

Perhimpunan rakyat di Kuala Lumpur sudah pun berlalu. Dianggarkan penyertaan Perhimpunan Bersih 4 (Baju Kuning) pada penghujung 29 dan 30 hari bulan Ogos berjumlah 500,000 orang. Mereka yang datang dari seluruh negara, sanggup membiayai sendiri, membeli baju kuning dan tidur di kaki lima demi memberitahu rakyat Malaysia bahawa Negara kita makin meruntuh dan dalam kecemasan. Walhal Perhimpunan Maruah Melayu (Baju Merah) pada 16 hari bulan September berjumlah 30,000 orang pada mulanya dijanjikan 1,000,000 akan berhimpun di Kuala Lumpur. Perhimpunan Baju Merah wujud berdasarkan sewaan peserta-peserta (rent-a-crowd), dibiayai dan mendapat sokongan daripada pucuk pimpinan UMNO tertentu dan kerajaan Malaysia. Ramai tidak tahu menahu tujuan kehadiran mereka di Kuala Lumpur. Mereka juga mengumpan masyarakat gelandangan di sekitar Kuala Lumpur untuk meramaikan lagi penghimpunan ini. Pelbagai pandangan, fitnah dan tohmahan dilemparkan melalui media massa dan semasa perhimpunan tersebut agar membara lagi api perkauman dengan sekali gus dapat melunakkan isu yang sebenarnya iaitu negara dalam keadaan darurat ekonomi dan seluruh dunia sudah tahu Negara yang tercinta ini merupakan Negara yang paling korup dan mereka bersedia mempertahankan pucuk pimpinan Melayu yang korup. Soalnya bagaimana kah masyarakat Melayu dan Bukan Melayu yang tidak terlibat secara langsung dalam perhimpunan ini mahu menyokong pemimpin-pemimpin Melayu menjelangnya pilihan raya umum nanti.


Perhimpunan Baju Kuning inginkan pembangunan Negara yang adil, saksama, demokratik dan tidak korup. Walhal Perhimpunan Baju Merah pula ingin mengekalkan Perdana Menteri Najib dan kabinetnya walaupun sudah berlaku kecuaian, keraguan, salah guna kuasa dan penyelewengan wang. Akhirnya rakyat terpaksa menanggung bebanan hutang piutang dan penipuan yang dilakukan atas nama rakyat walhal rakyat sendiri tidak menerima nikmati kekayaan Negara. Namun begitu, isu penyelewengan ini tidak akan hilang begitu sahaja kerana sukar hendak menghilangkan bau bangkai gajah yang busuk dan cuba pula ditutup pula dengan beberapa kepingan surat khabar.

Walaupun begitu kita tidak boleh remehkan kejadian Perhimpunan Baju Merah ini kerana implikasinya amatlah luas. Keadaan ini mendedahkan hakikat bahawa perkauman sungguh menebal dan segala usaha serta wawasan yang bertujuan menyatukan rakyat Malaysia tidak berkesan dan masih ketinggalan jauh ke belakang. Orang Melayu sudah hilang pedoman dan sanggup mempertahankan pemimpin-pemimpin Melayu yang korup. Kesemuanya budaya songsang ini bermula daripada pentadbiran Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Dengan bantuan media massa, pucuk pimpinan politik dan NGO, ramai kaum Melayu terpengaruh dengan hasutan yang membenci kaum dan agama tertentu seolah-olah tidak ada kaum lain yang lebih unggul daripada kaum sendiri. Yang menghancurkan maruah Melayu berakar umbi daripada pentadbiran dan tingkah laku pemimpin-pemimpin Melayu sendiri. Benih fasis ini sengaja ditanamkan dalam hati sanubari peserta-peserta Perhimpunan Baju Merah dan hari demi hari matlamatnya terus bercelaru termasuklah percanggahan pendapat antara pemimpin-pemimpin UMNO, pembiaya dan penganjur perhimpunan ini.

Ada yang bersuara bahawa mereka ingin mempertahankan martabat dan maruah Melayu. Soalan yang timbul, siapa kah yang mencabuli maruah dan memundurkan kaum Melayu. Semenjak Merdeka lagi, Negara ini dikongkong dengan dasar-dasar yang memihak kaum Melayu termasuklah institusi kehakiman, kewangan, keselamatan, pendidikan dan sebagainya yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin Melayu. Malahan semenjak Merdeka lagi, segala Perdana Menteri merupakan kaum Melayu. Maka mengapa kah kaum Melayu masih terpinggir dan terperangkap dalam budaya kebergantungan (culture of dependency) yang mewujudkan kaum pengemis dan benar-benar melumpuhkan inisiatif dan semangat berdikari . Ciri-ciri yang negatif ini dibela dan dibelai demi kepentingan kuasa politik, kedudukan dan membolot kekayaan. Melayu yang untung terdiri daripada kroni-kroni, keluarga sendiri dan sesiapa jua yang mereka dapat beli. Rakyat biasa yang memerlukan bantuan untuk berdikari dipinggirkan dan diumpan dengan pelbagai janji-janji manis

Malangnya hari demi hari masalah ekonomi mengasak setiap keluarga miskin dan sederhana tidak kira kaum, warna kulit dan agama. Ada yang buta tuli dihasut habis-habisan, memikirkan bahawa kaum lain yang mengakibatkan keadaan mereka begini. Kerajaan terus memuja golongan kapitalis yang kaya raya dan diberi berbagai-bagai kelonggaran. Di samping itu mereka membebankan rakyat dengan pelaksanaan GST; harga barang yang meningkat; kejatuhan nilai ringgit; harga minyak yang merosot; rasuah yang bermerajalela; hutang 1MDB yang berlipat ganda; wang derma atau wang haram yang memasuki akuan Perdana Menteri dalam bank tempatan; kemelesetan Bank Negara, MACC, pihak keselamatan; pejabat Peguam Negara yang rela mempertahankan dan membela pentadbiran Negara yang mencabuli hak rakyat.

Sistem pembangunan yang dianuti ini berkiblat kepada penindasan dan mempertuhankan kepada keuntungan hingga menghancurkan manusia dan kemanusiaan serta memusnahkan alam semula jadi. Alangkah murninya semenjak merdeka lagi, pemerintah membangunkan Negara mengikut program menghapuskan kemiskinan tidak kira kaum atau agama. Taraf kemiskinan dikaji semula pada masa ke semasa agar memastikan tiada sesuatu kaum pun tertinggal dalam usaha membasmi kemiskinan secara menyeluruh. Andainya kaum Melayu masih tidak boleh berdikari semenjak Merdeka lagi maka kesalahan ini adalah pada pucuk pimpinan Melayu yang berfoya-foya dengan kaumnya sendiri.

Oleh
DR.MOHD.NASIR BIN HASHIM
Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia.
19 Sept,2015


Sila kongsi artikel ini...

Permohonan Maaf Terbuka Kepada Felixia @Raisyya Rania - Adeysham Nor

3:38 PM 0 Comments A+ a-


PERMOHONAN MAAF TERBUKA KEPADA
FELIXIA @ RAISYYA RANIA

19 SEPTEMBER 2015


Pemuda AMANAH Negeri Melaka mengambil maklum mengenai isu Poster Anti Rasis yang menggunakan foto Saudari Felixia @ Raisyya Rania. Kami mengakui bahawa poster itu telah dibuat dan dikeluarkan oleh Pasukan IT kami yang ianya di bawah seliaan Pengarah Komunikasi, Pemuda AMANAH Negeri Melaka.

Pihak kami juga amat PEDULI dengan teguran & pandangan Saudari Felixia yang tidak mahu foto beliau dikaitkan dengan mana-mana aktiviti pertubuhan politik. Kami mengakui kesilapan pihak kami yang asalnya berniat untuk menyampaikan mesej “ISLAM MENOLAK RASIS” yang ianya juga menjadi pendirian kami tetapi telah menjadi kontroversi kepada pihak Saudari. Namun kami tetap mengakui bahawa niat yang baik juga perlu dilakukan dengan cara yang betul. Justeru itu, pihak kami telah mengambil keputusan untuk:

Memohon maaf secara terbuka kepada Saudari Felixia berhubung isu ini dan pihak kami berjanji akan lebih cakna & berhati-hati dalam menghasilkan sebarang iklan, poster dan sebagainya di masa akan datang. Untuk makluman semua, pihak kami telah pun memadamkan semua status yang berkaitan poster tersebut dalam masa kurang 24 jam ianya dikeluarkan kerana kami mendapati ianya tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan pihak kami.

Pihak kami juga telah mengerahkan 1000 anggota “Orange Army” untuk mengesan dan mencari poster itu di media-media baru. Mana-mana poster yang dapat dikesan akan diminta untuk dipadamkan dan tidak diviralkan lagi.

Pihak kami juga sedang merancang untuk bertemu secara ‘in-person’ dengan Saudari Felixia dalam masa terdekat untuk menamatkan isu ini daripada berpanjangan.

Pihak kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu-individu yang telah menghubungi pihak kami untuk menawarkan diri menjadi model sukarela bagi poster kami. InshaAllah, hasrat dan niat murni ini akan kami jadikan inspirasi untuk terus berbakti bagi mendaulatkan Islam sebagai RAHMAT BUAT SEMUA.

Sekian, terima kasih.

AMANAH | PROGRESIF | PEDULI

Yang Menjalankan Amanah,

Adeysham Nor,
Pengarah Komunikasi,
Pemuda AMANAH Negeri Melaka







------------------------






Sila kongsi artikel ini...

Amerika Sudah Lama Tahu Siapa dan Dari Mana RM 2.6 billion Derma -Wan Ahmad Fayhsal

1:49 PM 0 Comments A+ a-



AMERIKA DAH LAMA TAHU SIAPA DAN DARI MANA RM 2.6 BILION DERMA




laporan terbaru NYT:
http://mobile.nytimes.com/2015/09/19/world/asia/malaysia-blocks-critic-of-prime-minister-from-taking-case-to-us.html

Hari ini The New York Times laporkan bahawa Datuk Khairuddin Abu Hassan memang sudah aturkan pertemuan dengan FBI melalui bantuan Kedutaan Amerika di Malaysia seperti ulas peguam beliau Matthias Chang.


Ingat bahawa persidangan UN sedang berlangsung di New York minggu depan dan DS Najib akan berada di sana.

Semua ini sebenarnya sudah lama dijangkakan Amerika. Memandangkan Swiss, UK, Hong Kong, Singapore sudah bertindak mereka juga terpaksa buka ruang untuk dibuka kes ini.

Kenapa? Seperti saya hujahkan banyak kali akhbar NYT sendiri terjemah laporan berkenaan kegiatan Jho Low dalam Bahasa Melayu (sangat pelik bukan?) yang mencurigakan di Amerika melalui pembelian lukisan jutaan ringgit, apartment dan villa serta kegiatan "philanthropy" yang "star-studded".

Aliran duit derma itu asalnya dalam USD dan masuk ke dalam sistem SWIFT yang menjaganya adalah US. Setiap transaksi USD mana-mana dalam dunia ni kena lalu Bank di New York.

US memang dah lama tahu dan gunakan bank BSI (bank yang ada units 1MDB) yang ada program kerjasama "money laundering" dengan Jabatan Peguam Negara (DoJ) Amerika. US juga yang izinkan bank "private" asal milik AIG dijual kepada Aabar dan ditukar jadi Falcon Private Bank yang digunakan untuk salur duit derma RM 2.6 bilion tersebut.

Ringkasnya US memang ada fail korupsi setiap pemimpin negara di seluruh dunia kerana mereka adalah penyelaras dan penjaga sistem perbankan dunia. US gunakan sistem perbankan sebagai umpan dan perangkap bagi penjenayah dan mana-mana pemimpin negara yang korup. Ini telah banyak dilaporkan.

Saya dah kaji banyak "Congress Report" berkenaan "Money Laundering". Mereka memang teliti macam kes FIFA baru-baru ni.

Sebab itu awal-awal saya dah tulis pasal Akta RICO yang sememangnya dengan bukti-bukti yang kini semakin banyak dibongkarkan, saya yakin DoJ ada fail 1MDB.

Rujuk tulisan saya tentang RICO:

English:
http://www.rausyanfikir.com/2015/07/could-rico-act-be-applied-to-1mdb.html

Bahasa: http://www.sinarharian.com.my/mobile/karya/pendapat/mungkinkah-amerika-siasat-1mdb-1.399923

Juga : Memulas Tangan" Najib (Arm-Twisting Najib): TPPA satu senjata ekonomi Amerika untuk menguasai Selat Melaka"
http://www.rausyanfikir.com/2015/07/memulas-tangan-najib-arm-twisting-najib.html




Sila kongsi artikel ini...

1MDB discredits wrong reporting by WSJ

1:15 PM 0 Comments A+ a-



1MDB discredits wrong reporting by WSJ

We refer to another poorly sourced and sensationalist article by the Wall Street Journal today relating to an amount “of nearly US$1.0 billion” of payments made by 1MDB for termination of certain options. Given the severity of the unproven allegations, the malicious insinuations made and the impact on the 1MDB rationalisation plan, we would have expected at the very least that the Wall Street Journal would have the decency and courage to name its source and/or provide proof. This inability to substantiate clearly shows the shallow nature of its assertions and casts serious doubt on whether or not the Wall Street Journal editors themselves believe in the weak story, cobbled together by its reporters.

We reiterate that 1MDB cannot speak on behalf of Aabar or IPIC nor can we comment on the accounting arrangements of third parties. What we can confirm is that the notes to the 1MDB 31.03.2014 audited financial statements clearly describe the source of funding and purpose of the payments for the option termination, which for the avoidance of doubt, is structured as a deposit pending determination of the final settlement amount (i.e. it is currently a financial asset belonging to, and not yet an expense to, 1MDB).

1MDB can confirm that pursuant to the payment made by 1MDB, the options were in fact terminated. In fact, 1MDB and its relevant subsidiaries were released and discharged from all agreements, options, covenants, conditions and stipulations on their part under the options and that any rights by any other party towards the options were relinquished and terminated.

We further note a number of blatantly wrong statements made by the Wall Street Journal as described further below:

• “The fund (i.e. 1MDB)….is at the center of a corruption scandal…”

This is patently untrue. The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has publicly stated on 3 August 2015 that no funds from 1MBD were remitted to the bank accounts of the Prime Minister.

• “…almost $700 million entered the prime minister’s private accounts through entities linked to 1MDB…”

The use of the term “entities linked to 1MDB” is clearly misleading at best and malicious at worst. The so-called “entities” are “linked” very tenuously, if at all, to 1MDB. In the case of former subsidiary SRC International, it has not been owned by 1MDB since 2012, i.e. well before any of the alleged funds transfers took place. As for Ihsan Perdana, it is a service provider for corporate social responsibility activities, of which 1MDB is one of a number of clients.

• “…the Swiss attorney general’s office opened criminal proceedings against two unidentified executives of 1MDB…”

We confirm that no executives or board members of 1MDB are the subject of any criminal proceedings by the Swiss attorney general’s office. We further confirm that no 1MDB bank accounts have been frozen by either the Swiss or Singapore authorities. We, however, reiterate our readiness and willingness to assist in the investigations conducted by any foreign government agency, subject to advice from the relevant Malaysian authorities and adherence to any relevant international protocols governing such matters.

The clear errors and wrong facts, as described above, raise serious questions on the quality of journalism practised by the Wall Street Journal.

Further, there is a second, brazen and blatant reference, in as many weeks, to the Wall Street Journal having reviewed “a draft report by Malaysia’s Auditor General”.

The Standing Orders of the Malaysian Parliament very clearly states that “the evidence taken before any Select Committee and any documents presented to such Committee shall not be published by any member of such Committee, or by any other person, before the Committee has presented its Report to the House”. It is clear that the foreign Wall Street Journal has no respect for domestic Malaysian law or the Malaysian Parliament.

1MDB is further concerned to note recent press reports highlighting allegations that there may have been a sale of information obtained in the Public Accounts Committee (PAC). If this is true, then, further to the arrogant admission by the Wall Street Journal, it is clear an attempt is being made to prejudice the PAC investigations.

Once again, 1MDB strongly urges the relevant authorities to investigate this matter thoroughly and take all requisite action to preserve the integrity and Standing Orders of the Malaysian Parliament.

- 1Malaysia Development Berhad


Sila kongsi artikel ini...

Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) Berkubur? - Husam Musa

12:11 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media:

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Pengasih

KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN (KPK) BERKUBUR?


Saya telah mengirim surat memohon penjelasan mengenai beberapa isu yang saya kira penting dan perlu disegerakan berkait Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) kepada YAB MB Kelantan pada 7 September 2015.

Sehingga hari ini (19hb September), saya tidak menerima apa-apa jawapan dari kerajaan atau mana-mana pihak berkaitan.

Kedudukan KPK sangat merosot bagi tahun tahun kebelakangan berbanding zaman kegemilangannya dahulu.

Satu cara untuk melihat kedudukan KPK ialah penyata untung rugi nya. Mengikut penyata kewangan yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) keuntungan KPK telah merosot dengan teruknya. Sebagai contoh, bagi tahun 2012 hingga tahun 2014 kedudukannya adalah seperti di bawah;

• 2012:

Pendapatan - RM24,673,571
Keuntungan Lepas Cukai - RM1,018,126

• 2013:

Pendapatan - RM14,745,426
Keuntungan Lepas Cukai - RM1,430,376

• 2014:

Pendapatan - RM12,923,615
Keuntungan Selepas Cukai - RM700,569

Dalam surat saya, saya telah memohon penjelasan mendesak iaitu kenapa KPK menyerahkan semua konsensi tebangan tahunannya seluas 2,000 ekar dengan harga yang sangat murah iaitu hanya RM 1,700 se ekar kepada syarikat lain.

Tindakan ini diikuti dengan pemberhentian hampir kesemua pekerjanya. Syarikat menjadi seolah dormant dan tidak mempunyai apa-apa aktiviti lagi kecuali memungut bayaran atas konsensinya yang tidak seberapa.

Dalam kata lain, KPK telah berkubur!

Tetapi ada pihak lain yang akan terus mengaut kekayaan dari kawasan konsensinya setiap tahun!

Tidak kurang pentingnya adalah mengapa rancangan untuk mengutip sejumlah RM 50 juta untuk Dana Rumah Mampu Milik Rakyat Kelantan gagal dan apa yg telah berlaku kepada kawasan hutan KPK seluas 20,000 ekar yang dikhaskan untuk tujuan itu.

Saya mengesyaki ada niat tersembunyi dari semua perkembangan ini dan ada kebocoran serius.

Sekalipun YAB MB tiada dalam negeri, saya yakin Pengerusi KPK sekarang dan bekas Pengerusi sebelum ini perlu mengambil tanggung jawab dan memberikan penjelasan penuh bagi pihak KPK.

Saya menuntut YB Zulkifli Mamat (bekas pengerusi dan ahli lembaga pengarah sekarang) dan YB Azami Mohd Nor ( Pengerusi kini) memberikan penjelasan terbuka yang diperlukan.

Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) juga dituntut untuk bertindak balas terhadap persoalan-persoalan yang saya bangkitkan dalam surat saya terdahulu.

Sekiranya tiada penjelasan memuaskan, saya akan mengambil tindakan lain seterusnya selepas satu tempoh dari kenyataan ini.

Sekian

Husam Musa
ADUN Salor
5 Zulhijjah 1436/19hb September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Muslihat Alih Isu - Tuan Ibrahim Tuan Man

9:35 AM 0 Comments A+ a-



Muslihat alih isu

Mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus memuji perhimpunan baju merah yang berkiblatkan bangsa anjuran Umno pada 16 September yang lalu?

Ini adalah sebahagian daripada taktik menukar padang dan mengalihkan perbualan rakyat secara tidak langsung agar rakyat terus terjerumus dalam kancah perdebatan perkauman yang tidak kesudahan.


Sebagai contoh, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib tidak memberikan respon kepada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Wall Street Journal sehingga hari ini.

Antara dakwaan WSJ – seperti duit 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun persendirian Najib, kehilangan dua jumlah duit sebanyak USD1.4 bilion dan USD993 juta di dalam transaksi pelaburan 1MDB dengan Abu Dhabi International Petroleum Investment Corporation (IPIC) – tidak pernah dijawab atau diulas Najib. Yang ada hanya suara 1MDB memperlekehkan laporan tanpa menjawabnya secara telus dan terus.

Semua ini adalah taktik supaya rakyat berhenti berbicara mengenai 1MDB mahupun derma RM2.6 bilion. Seeloknya rakyat terus diumpan kenyataan-kenyataan kontroversi bertali arus daripada para pemimpin Umno untuk berdebat mengenai permainan perkauman di perhimpuan baju merah 16 September yang lalu.

Media dinasihatkan juga jangan terperangkap dalam helah ini, dan kurangkan melapor kenyataan-kenyataan sensasi dan umpan daripada para pemimpin Umno mengenai perhimpunan baju merah. Sebaliknya, teruslah fokus pada isu yang melibatkan masalah rakyat.

Berwaspadalah dengan permainan saraf ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
19 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Mahfuz Omar: Himpunan Baju Merah Melayu Bangkit: Jho Low Gelak Besar, George Kent Ketawa Puas dan Arul Kanda Senyum Sampai Telinga dan Najib dan Rosmah Kenduri Besar

8:52 AM 0 Comments A+ a-




Kenyataan Media.

HIMPUNAN BAJU MERAH MELAYU BANGKIT : JHO LOW GELAK BESAR, GEORGE KENT KETAWA PUAS DAN ARUL KANDA SENYUM SAMPAI TELINGA DAN NAJIB ROSMAH KENDURI BESAR.


1. Himpunan Baju Merah Melayu Bangkit telah pun berakhir. Mereka yang datang berhimpun sudah pun pulang dan sampai ke kampung halaman sendiri dengan selamatnya. Semangat yang berkobar kobar untuk Melayu semasa di Padang Merbuk mungkin sudah pun luntur dan cair setelah RM100 yang diberi telah habis dibelanja.


2. Mereka pulang untuk menyambung kehidupan keluarga yang berhadapan peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Penoreh getah terus ke kebun untuk mendapat 1kg sekerap RM2.15 yang dibahagi dua antara tuan punya kebun dengan penoreh. Pesawah padi terus ke bendang untuk 1kg padi RM1.20. Si Nelayan terus ke laut melabuh pukat untuk menyambung nyawa kehidupan keluarga.

3. Yang pastinya, Jho Low tetap mendapat kepercayaan Najib untuk menjaga harta kekayaan Najib. Bukannya Peneroka Felda Chini di Pekan. Sementara George Kent (Tan Kay Hock), rakan golf Najib terus mendapat habuan projek LRT3 daripada Kerajaan Najib dan bukannya ahli Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia. Manakala Arul Kanda terus diyakini untuk mengurus 1MDB bagi melindungi Najib dan bukannya PTD. Sebab itu, Najib terkejut dan terharu dengan perhimpunan yang bersemangat tanpa menyentuh dirinya sebaliknya mempertahankan beliau sebagai PM walaupun banyak masalah pada negara berpunca daripada pentadbiran Najib.

4. Timbalan Menteri dan mereka yang ada kepentingan dalam GLC dan agensi kerajaan yang hadir di padang merbuk pulang dengan rasa yakin selamat kerusi empuk yang mereka duduki. PM, TPM serta Menteri-Menteri pula tersenyum lebar kerana masih ada lagi orang melayu yang mahu menjadi hulubalang dan pendekar untuk melindungi mereka, pemimpin yang rendah moral bergelumang dengan pelbagai penyelewengan hatta ketamakan.

5. Apa pun yang lebih tersenyum tanpa berpanas, berpeluh dan tanpa pun menjerit laungan hidup Melayu ialah Jho Low, George Kent (Tan Kay Hock) yang merupakan rakan kongsi Najib membantai harta negara dan Arul Kanda yang diberi kepercayaan mengurus 1MDB dengan gaji yang lumayan bagi melindungi penyelewengan Najib. Mereka bertiga terus mendapat kepercayaa Najib, si pemimpin besar bangsa Melayu.

Jo Low, George Kent dan Arul Kanda gelak besar, peserta baju merah hanya dapat RM100.

NASIB KAU LAH LABU.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
19 Sept 2015/5 Zulhijjah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Takziah BUat Keluarga Morais, Kerajaan Dituntu Fokus Kepada Isu Keselamatan Rakyat - Sany Hamzan AMANAH

6:10 AM 0 Comments A+ a-



TAKZIAH BUAT KELUARGA MORAIS, KERAJAAN DITUNTUT FOKUS KEPADA ISU KESELAMATAN RAKYAT, TEGAS KETUA PEMUDA AMANAH, SANY HAMZAN

Negara hari ni dikejutkan dengan hasil siasatan terhadap misteri kehilangan Timbalan Pendakwaraya, mendiang Anthony Kevin Morais. Kalungan takziah diucapkan buat keluarga mangsa. Semoga keadilan terhadap mendiang akan tertegak sebaik penjenayah kejam ini dihadapkan ke mahkamah nanti.

Realitinya kini, kes pembunuhan kejam melibatkan pegawai kanan berprofil tinggi dalam agensi kerajaan tentunya menimbulkan pelbagai persepsi dan pandangan negatif terhadap tahap keselamatan awam di negara kita mutakhir ini.


Justeru, Pemuda AMANAH menuntut kerajaan Persekutuan untuk memberikan fokus yang menyeluruh terhadap isu-isu keselamatan rakyat. Polemik dan isu politik dalaman UMNO sebaiknya tidak menjadi faktor untuk kerajaan membelakangkan aspek penting yang menjadi keresahan rakyat kini.

Pemuda AMANAH juga menuntut satu tindakan pantas di peringkat kerajaan agar kejadian sebegini tidak berulang. Menyedihkan apabila negara kehilangan seorang tokoh yang dimaklumi rakan dan taulan sebagai seorang pegawai yang berintegriti tinggi terutama dlm bidang undang-undang.

Perjuangan Morais selama ini dalam membanteras jenayah amat tinggi nilainya dan pastinya sukar diganti. Komitmen mendiang dalam mengendalikan pendakwaan kes-kes rasuah harus mendapat pengiktirafan nasional. Pada hemat Pemuda AMANAH, mendiang wajar diangkat sebagai wira negara.

SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.