Islam ramah, bukan marah - Xifu Naser

8:59 PM 0 Comments A+ a-



SALAH satu ciri seorang pendakwah adalah umpama seorang restaurant critic (penilai restoran). Kita tidak taksub kepada mana-mana restoran, mana-mana menu. Amanah kita ialah kita cuba pelbagai restoran dan menu untuk menilai sejauh mana makanannya halalan dan tayyiban (berkhasiat).

"Gua mau pegi NUNJI 2015 lah? Itu GHB mau buat menu Nadwah al-‘Ulama Lin-Nahdah al-Jadidah," saya zahirkan niat saya.

"Xifu, ini konvensyen hanyalah propaganda sebuah parti politiklaah. Mesti promosi partinya dan mindset monokultural: masuk Islam, masuk Melayu!" sahabat Cina Muslim tidak setuju dengan niat saya.

Tiada seorang pun aktivis Cina Muslim yang mahu hadir! Tiada manfaat pun bagi seorang Cina Muslim kerana dia dah jemu dengan wacana Melayu-Islam.

Kita faham kalau Ulama Muda Umno hanya terdiri daripada pemikir Melayu sahaja kerana amanah Umno ialah membela Melayu. Tetapi yang regresifnya ialah apabila Pas yang memperjuangkan Islam For All meniru Umno kerana tiada seorang pun ulama atau tokoh pendakwah Cina Muslim dalam Majlis Syura Ulama Pas. Pas adalah parti yang bermindset Tuan Melayu juga, tetapi dibalut jenama ‘Islam’.

Tiada pun pelan Pas yang serius sejak 57 tahun lalu untuk melahirkan ulama Cina Muslim. Perspektif Cina Muslim hanya kasta bawahan walaupun Cina mempunyai saham terbesar dalam menjaga maslahat ekonomi Malaysia.

Yang kita belajar daripada Pas masa kini ialah ‘Lu barua’, ‘Lu kafir harbi’, ‘Lu pengkhianat’, ‘Lu murtad jemaah’, ‘Lu dengar, gua cakap’, ‘Lu mau hudud siku dan lutut kah’, ‘Lu pi talak isterilah!’

Ugutan, ancaman, hinaan bertubi-tubi dari sebuah parti yang menggelarkan dirinya ‘Jemaah Islam’. Dr Mujahid, Pengarah NUNJI berkata, ‘Islam itu ramah-ramah, bukan marah-marah’!

Maka, saya hadir sebagai restaurant critic atas jemputan Haji Kamal Koh, aktivis GHB. Di NUNJI, saya dikejutkan oleh mukadimah Dr Mujahid bahawa wacana kafir harbi / kafir dzimmi sudah tak realistik lagi.

Katanya, kita perlu Fiqh Malizi yang mengambil berat realiti multikultural dalam konteks Malaysia. Konsep ‘ummah’ perlu inklusif pelbagai budaya, bukan eksklusif untuk Muslim sahaja.

Dikejutkan juga oleh Dr Siddiq Fadhil yang mengusulkan bahawa fiqh perlu peka kaum. Mungkin sesuatu adalah halal bagi satu kaum tetapi haram bagi kaum yang lain seperti wujudnya madrasah ahli ra’yi dan ahli hadis.

Terkejut lagi apabila Mufti Pulau Pinang, SS Datuk Dr Wan Salim mengusulkan perlunya memudahkan Fiqh [taisir al-fiqh] untuk hadapi konteks masyarakat multikultural, bukan memberatkan mahupun meringankan.

Ustaz Ahmad Awang berjubah seperti seorang ulama konservatif. Tetapi wacana beliau tidak menakut-nakutkan dengan aspek Shari’ah-legalisma seperti hudud tetapi memprioritaskan imej Islam sebagai Rahmah Lil-‘aalamiin.

Syeikh Ferjani, aktivis politik Tunisia menekan bahawa melaksanakan hudud umpama berwuduk. Kalau kondisi-kondisi sosial tidak sesuai, jangan terburu-buru melaksanakan hudud. Bertayamumlah! Tetapi setiap orang Islam wajib menjaga maslahat negaranya. Berpolitik untuk menang khidmat, bukan menang kuasa.

Dr Maszlee pula mensyarahkan hadis bahawa Nabi SAW mengiktiraf sebarang ‘khair’ (kebaikan) walaupun Nabi tidak pernah sebut tentangnya. Kebaikan bersifat universal.

Bagi saya sebagai restaurant critic, apa yang ‘unsangkarable’ di NUNJI ialah saya tidak nampak taksub promosi parti. Ia mengetengahkan Islam, bukan parti, sebagai agenda utama.

Lagi ‘unsangkarable’ bagi saya ialah ulama-ulama Melayu di NUNJI berusaha keluar dari zon selesa monokultural. Mindset Melayu yang menganggap Islam sebagai hak milik Melayu adalah satu warisan psikologi yang sukar direntas. NUNJI adalah ‘restoran’ baharu yang ajak kita rasa menu multikultural yang halal.

Bagi mereka yang selama ini hanya rasa satu jenis menu masakan, maka mereka mungkin terbuka selera di NUNJI untuk cuba masakan budaya lain pula. Saya berharap NUNJI juga akan mengajak tokoh Cina Muslim pula untuk memberi syarahan utama tentang hala tuju wacana Islam.

Tokoh Melayu di NUNJI bukan sekadar bermindset Melayu, tetapi mereka berusaha memakai topi mindset Cina, India, Dayak, Kadazan untuk menghasilkan wacana Fiqh Maliziang pragmatis beyond politico-cultural partisanship dalam konteks Malaysia. Ini langkah pertama yang luar biasa.

Saya akan pergi lagi untuk makan!

* Abdul Naser Tun Rahman Ketua Biro Pendidikan, Persatuan Cina Muslim


Sila kongsi artikel ini...

Tahniah Lee Chong Wei. Wake up call kepada BAM. - DACS Selangor

8:37 PM 0 Comments A+ a-



Tahniah Lee Chong Wei. Wake up call kepada BAM.
Tahniah kepada Lee Chong Wei, pemain perseorangan badminton negara yang telah mendapat tempat kedua dalam aksi final Kejohanan Dunia 2015 di Istora Senayan, Jakarta. Pertarungan sengit dipamerkan oleh kedua-dua pemain sebelum Lee Chong Wei tewas kepada Chen Long dengan kiraan mata 14-21, 17-21 dalam masa 65 minit. DACS Selangor berasa amat bangga dengan pencapaian yang dicapai oleh Lee Chong Wei. Beliau menunjukkan satu contoh yang baik kepada semua atlet sukan di Malaysia bahawa kita boleh mencapai sesuatu yang luar biasa jika kita berusaha bersungguh-sungguh. Beliau bangkit daripada isu doping yang dialami beliau tahun lepas dengan amat baik sekali. Tanpa menoleh kebelakang beliau menjuarai beberapa siri kejohanan badminton tahun ini dan kini tempat kedua dalam Kejohanan Badminton Dunia 2015. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi seseorang atlet.

DACS Selangor berpendapat keputusan yang dicapai oleh Lee Chong Wei dalam Kejohanan Badminton Dunia 2015 ini merupakan satu “wake up call” kepada BAM selaku badan induk badminton negara untuk melahirkan lebih ramai lagi pemain seperti Lee Chong Wei. Dengan umur beliau sudah menginjak ke 33 tahun, negara masih ketandusan pemain-pemain pelapis yang mampu menandingi beliau. BAM sepatutnya kini telah melahirkan 2, 3 orang pemain pelapis yang mampu menggantikan tempat Lee Chong Wei, tetapi malangnya perkara tersebut tidak berlaku. Lee Chong Wei masih lagi menjadi sandaran utama BAM setiap kali kejohanan badminton peringkat antarabangsa.

DACS Selangor berharap satu kerjasama yang jitu dan mantap daripada Kementerian Belia Sukan (KBS) dan BAM dalam merangka strategi untuk melahirkan pelapis-pelapis badminton negara. Kita boleh ambil contoh Jepun dalam aspek pembangunan badminton negara mereka apabila kini Jepun menjadi salah satu kuasa besar dalam arena badminton dunia. Ramai pemain-pemain badminton lelaki dan perempuan yang mereka telah hasilkan seperti Kenichi Tago, Kento Momota dan ramai lagi. Ketepikan masalah dalaman yang sering melanda BAM, fokus kepada agenda utama iaitu memperkasakan pelan pembangunan badminton negara. Hentikan politing dalam pengurusan sukan yang akhirnya pemain yang akan menjadi mangsa. Luaskan usaha untuk mencari bakat-bakat baru di seluruh negara. Perbanyakkan program-program di akar umbi dan kenal pasti potensi-potensi baru di luar sana. Ketengahkan bakat-bakat baru yang meningkat naik seperti Zulfadli Zulkifli dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa.

Akhir kalam, DACS Selangor mendoakan agar Lee Chong Wei terus berjaya dalam kariernya selaku pemain badminton negara dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. DACS Selangor sekali lagi menyeru agar semua badan-badan berkepentingan dalam sukan badminton negara agar dapat mengembeling tenaga bersama-sama dan bersungguh-sungguh dalam meningkatkan martabat sukan badminton negara. BAM selaku badan induk badminton negara haruslah berfikiran terbuka dalam menerima sebarang idea bagi membangunkan sukan badminton di negara ini. Kami DACS Selangor akan turut serta dalam usaha ini dengan menganjurkan siri kejohanan-kejohanan badminton di peringkat akar umbi agar bakat baru dapat dikenal pasti. Seperti sabda nabi, maksudnya : "Sesungguhnya Allah S.W.T. suka apabila seseorang diantara kamu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh" (Riwayat At-Tabrani).

Majulah sukan untuk negara.

MUHAMMAD FADZLI BIN ABU BAKAR
Pengarah,
Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Selangor.

Dewan Pemuda PAS Selangor.



Sila kongsi artikel ini...

Ku Nan Lebih Hebat Daripada Muhyidin - Ustaz Idris Hj Ahmad

8:00 PM 0 Comments A+ a-



Ku Nan Lebih Hebat Daripada Muhyidin.
Ustaz Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas


18/8/15

Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa beliau tahu mengenai kedudukan wang RM2.6 Bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib. Hebat Ku Nan, beliau hanya Setiausaha Agung sahaja, sedangkan TS Muhyidin Yasin Timbalan Presiden tidak tahu mengenai status duit tersebut. Kenapa sekarang baru Ku Nan hendak mengaku beliau tahu kedudukan wang ini, setelah menjadi polimik yang besar yang melibatkan beberapa Agensi Penguatkuasa di negara ini seperti Pejabat Peguam Negara, PDRM, SPRM, Bank Negara.
Apa lebih Ku Nan berbanding dengan Timbalan Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi yang lain. Banyak yang menjadi tanda tanya mengenai wang ini yang masih tidak terjawab. Siapa yang memberi?. Apakah Bank Negara tidak tahu. Apakah polisi ini tidak terpakai kepada DS Najib?. Berapakah DS Najib membayar cukai kepada kerajaan. Kenapa Najib tidak digantung tugas untuk membolehkan siasatan. Adakah DS Najib disiasat mengenai akaun peribadi beliau.

Isu ini sudah berlalu sebulan lebih sehingga tertubuhnya Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa DS Najib telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Kalau Ku Nan sudah tahu mengenai duit ini kenapa perlu membazir masa, tenaga dan wang rakyat untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas.

Lebih malang lagi Datuk Rahman Dahlan Pengarah Komunikasi Dan Strategik BN mengatakan Sejak awal, pasukan khas itu ditubuhkan secara tidak sah. Mereka tidak sepatutnya menyiasat perdana menteri atau mana-mana individu berkaitan hal itu. Ini satu perkara yang pelik, kerajaan yang tubuh, tiba-tiba ia anggap tidak sah pula.

DS Najib dan pemimpin BN jangan mengambil mudah isu ini. Ini bukan isu Umno, ini isu negara, isu kredebeliti kepimpinan yang memberi kesan kepada perjalanan ekonomi negara. Sanggupkah pelabur untuk datang ke negara ini jika tata kelola tidak betul. Kayu ukurnya, Ringgit semakin menjunam sudah tentu meningkat inflasi dan kos sara hidup kerana negara kita mengimport makanan lebih RM29 bilion setahun. Jangan lupa ramai ahli Umno yang terkesan.


Sila kongsi artikel ini...

Awas, Kita Menongkah Arus dan Berlawan Menentang Sistem - Tunku Mahkota Johor

7:55 PM 0 Comments A+ a-



AWAS, KITA MENONGKAH ARUS DAN BERLAWAN MENENTANG SISTEM!

Sebelum ini, telah dibangkitkan isu berkenaan pelbagai keputusan pengadilan yang menjadi persoalan. Kelihatan seolah-olah seperti pengadil mendapat "arahan" daripada pihak yang berkepentingan untuk memberikan kelebihan kepada pasukan tertentu. Dengan beberapa keputusan pengadil yang mencurigakan kebelakangan ini, ianya mengukuhkan lagi persepsi umum terhadap perkara tersebut. Perkara ini bukannya baru, tetapi telah berlarutan bertahun-tahun lamanya. Saya tidak mempertikaikan keputusan perlawanan, saya hanya mempersoalkan mutu pengadilan bolasepak negara. Apatah lagi ianya secara langsung memberi kesan kepada barisan pemain pasukan, terutama sekali dalam tempoh masa yang kritikal seperti sekarang.


Saya tetap teguh dan tidak berganjak daripada pendirian saya bahawa para pengadil mestilah beroperasi di bawah naungan sebuah badan yang bebas dan berkecuali, dan bukannya secara langsung di bawah FAM. Selagi permasalahan ini tidak ditangani, selagi itulah dilihat terdapat konflik kepentingan antara FAM, pengadil dan pasukan tertentu. Oleh itu, saya ingin mengingatkan kepada seluruh penyokong Johor, berdirilah dengan teguh di belakang pasukan kita. Andalah harapan dan kekuatan pasukan. Kerana kita perlu sedar bahawa kita berdepan dengan pelbagai halangan dan rintangan, selain menongkah arus melawan sistem yang telah berakar dalam bolasepak tanah air selama lebih 30 tahun.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

-----------

BEWARE! THE ODDS ARE STACKED AGAINST US, WE ARE PLAYING AGAINST THE SYSTEM!

Previously, much was said about the decision of referees that are questionable. It looks as if the referees received "orders" from interested parties to give advantage to certain teams. With several questionable calls by the referees of late, it only serves to reinforce public perception of the matter. This is not an issue that popped up yesterday, but has been ongoing for many years. I do not dispute match results, only the quality of our refereeing. Even more so when it affects a team's line up, especially at a very critical time such as now.

I remain firm with my stand that referees should operate under an independent and neutral body, and not directly under FAM. So long the current situation remains, there will always be a conflict of interest between FAM, referees and certain teams. With that, I urge the Johor fans to stand firm behind our team. You are the team's hope and strength. We must realize, not only are we facing seemingly insurmountable odds, but we are also going against a system that is deeply rooted in the country's football for over 30 years.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

m 


Sila kongsi artikel ini...

Hentikan Perbincangan Undang-Undang Pembiayaan Politik Seloagi Perdana Menteri & Kabinet Tidak Mengisytiharkan Harta - Rafizi Ramli

6:52 PM 0 Comments A+ a-



18 OGOS 2015

HENTIKAN PERBINCANGAN UNDANG-UNDANG PEMBIAYAAN POLITIK SELAGI PERDANA MENTERI & KABINET TIDAK ISYTIHAR HARTA

Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan mengenai usaha pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak yang kononnya ingin menggubal undang-undang mengawal pembiayaan politik selepas skandal dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi beliau didedahkan kepada rakyat.

Saya juga telah menerima jemputan sebelum ini dari Institut Integriti Malaysia yang ingin mengadakan rundingan meja bulat mengenai perkara ini.

Pendirian saya adalah jelas bahawa:

1. Isu penggubalan undang-undang mengawal pembiayaan politik ini hanya timbul ekoran dari keterdesakan Dato’ Seri Najib Tun Razak berdepan dengan kemarahan rakyat akibat skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion;

2. Isu penggubalan undang-undang ini adalah satu cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu sebenarnya dan cuba berdalih dengan rakyat mengenai bagaimana dana RM2.6 bilion boleh dimasukkan ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak;

3. Isu sebenar ialah kekayaan peribadi pimpinan politik yang tidak sepadan dengan gaji mereka yang disahkan dengan pengakuan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri bahawa dana RM2.6 bilion itu masuk ke akaun peribadi beliau sebagai derma kepada beliau.

Dakwaan oleh Sarawak Report pada hari ini bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah membelanjakan sekitar USD1 juta (bersamaan RM3.5 juta) perbelanjaan melalui kad kredit CIMB dan Maybank ketika bercuti di Eropah dalam Ogos 2014 mendedahkan lagi berleluasanya gejala pimpinan politik yang hidup mewah melebihi pendapatan.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak yang terbabit supaya memboikot sebarang usaha untuk menggubal undang-undang yang mengawal pembiayaan politik selagi Perdana Menteri dan keseluruhan anggota Jemaah Menteri tidak mengisytiharkan perincian harta, pendapatan dan perbelanjaan seperti yang pernah saya buat.

Hanya selepas pengisytiharan perincian harta, pendapatan dan perbelanjaan dibuat oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dan anggota Jemaah Menteri, barulah rakyat boleh membincangkan satu kerangka pembiayaan politik yang telus dengan harapan mana-mana menteri yang terbukti mempunyai harta dan berbelanja melebihi pendapatan didakwa dan dihukum terlebih dahulu.

Saya juga berpendapat pembiayaan politik yang telus boleh dicapai dengan menggunakan kaedah kerajaan memperuntukkan geran kepada parti-parti politik mengikut jumlah sokongan undi majoriti yang diperolehi di dalam pilihanraya yang lepas. Apabila kerajaan memperuntukkan geran sebegini, barulah undang-undang boleh diketatkan dengan mensyaratkan sebarang derma atau sumbangan politik kepada mana-mana ahli politik atau parti politik diisytiharkan secara telus – seperti mana yang diamalkan di negara-negara yang matang amalan demokrasinya.

Oleh itu, saya menasihatkan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low supaya cuba mendapatkan pengisytiharan harta dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan anggota Jemaah Menteri sebelum beliau sibuk memukul canang mengenai undang-undang pembiayaan politik.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN



Sila kongsi artikel ini...

'GULING KERAJAAN'; Siapa Yang Mulakan Komplot Menjatuhkan Kerajaan Bukan Menerusi Pilihanraya??? - Khairuddin at-Takiri

1:47 PM 0 Comments A+ a-



"GULING KERAJAAN"; Siapa Yang Mulakan Komplot Menjatuhkan Kerajaan Bukan Menerusi Pilihanraya???

Oleh :
Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri


1. Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Zahid Hamidi mendakwa wujud usaha menggulingkan Kerajaan melalui suatu komplot terancang.

2. Beliau tidak mahu mendedahkan nama individu berkenaan, tetapi beliau meminta individu berkenaan menafikan jika dakwaan beliau tidak benar. Sifir beliau, “siapa makan cili, dia berasa pedas”lah. Itu cara beliau menjaga keselamatan negara dan Kerajaan.

3. Menurut beliau, Kerajaan akan digulingkan dengan cara undi tidak percaya – yang dibolehkan berlaku di Parlimen – dan usaha mendapatkan sokongan daripada ahli parlimen pembangkang secara akuan bersumpah sedang berjalan. Jika benar kaedah ini berlaku dan berjaya, ia bukannya "guling kuasa" tetapi "tukar kuasa".

4. Siapakah yang mulakan cara selain pilihanraya untuk membentuk kerajaan? Tidakkah UMNO yang melakukannya secara komplot terancang sehingga kejatuhan Perak di bawah PR pada tahun 2009? Tidakkah UMNO juga menjadi dalang kejatuhan kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 1961 apabila membeli wakil rakyat untuk membentuk kerajaan baru???.

5. Semalam di Tampin, beliau mengumumkan pula bahawa individu yang mahu gulingkan Kerajaan itu akan berjumpa Perdana Menteri. Kata beliau, individu berkenaan telah sedar bahawa perbuatannya adalah salah.

6. Kalau dakwaan itu benar, tidak adakah prosedur dan peruntukan undang-undang untuk membendungnya? Kenapa tidak prosedur dan peruntukan undang-undang ini digunakan?

7. Sememangnya Dato' Seri Zahid sangat bimbang kejatuhan kerajaan BN. Cepat atau lambat yakinlah ia pasti jatuh bukan kerana komplot tetapi kerana kegagalan dan kebobrokan UMNO dan Dato' Seri Najib yang terpalit dengan begitu banyak isu integriti.

Sekian.

Selasa, 18 Ogos 2015 | 3 Zulkaedah 1436 H


Sila kongsi artikel ini...

Harap TSKI Istiqamah, Pelawa Sertai PAS - Pemuda PAS Kedah

1:12 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
3 Zulkaedah 1436 | 18 Ogos 2015

"Harap TSKI Istiqamah, Pelawa Sertai PAS"


1. Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dipelawa untuk bersama perjuangan PAS agar terus beristiqamah membina Malaysia ke arah lebih makruf dan berjaya.

2. Sesungguhnya beliau telah menunjukkan teladan dan pencapaian serta integriti yang dikagumi, cemerlang lagi terpuji semasa mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

3. Adalah wajar dengan pengalaman, kesungguhan serta rekod tersebut dilestarikan demi kepentingan rakyat dan negara yang sememangnya memerlukan ahli dan tokoh politik amanah juga gigih seperti beliau.

4. Karier politiknya tidak harus berakhir begitu sahaja apabila tamatnya penggal pilihan raya kali ini, setelah beliau terdahulu meninggalkan dunia korporatnya demi menghambakan diri dalam politik untuk berkhidmat kepada rakyat.

5. Beliau memerlukan satu tapak teguh dan kukuh dalam realiti persaingan politik Malaysia ini di mana kelazimannya menuntut perjuangan individu itu adalah menerusi penglibatan bersama parti politik sedia ada. Sehubungan itu bahtera PAS adalah yang sesuai, selari dan terbaik untuk Tan Sri Khalid.

6. Saya menyeru beliau untuk tidak bertangguh lagi dan khususnya Pemuda PAS Negeri Kedah bersedia memberikan slot khas menerima penyertaan beliau pada Himpunan Anak Muda bersempena Himpunan Tolak BN yang akan berlangsung pada Sabtu, 22 Ogos ini di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar.

USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah







Sila kongsi artikel ini...

Zahid! Jadilah TPM,Jangan Lah Jadi Ketua Pemuda UMNOTahun 60an/70an - Mahfuz Omar

11:55 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan media.

ZAHID! JADILAH TPM,JANGAN LAH JADI KETUA PEMUDA UMNO TAHUN 60AN/70AN.

1.Saya terkejut dengan cara Datuk Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri memberi respon terhadap isu konon adanya akuan bersumpah nak guling kerajaan,termasuk respon beliau terhadap kenyataan saya terhadapnya.


2.Cara beliau memberi respon tidak menggambarkan yang beliau seorang TPM.Beliau seharusnya lebih bertenang dan tidak menampilkan sifat panas baran dan berang tak tentu pasal seperti orang hilang pertimbangan.Rakyat Malaysia khususnya generasi muda sedang memerhati watak orang nombor dua dalam negara yang bakal mengambil alih teraju pimpinan nombor satu.Generasi muda bekhehendak pimpinan yang bijak menyesuaikan diri dengan cabaran baru zaman kini.penampilan Zahid seperti penampilan Ketua Pemuda Umno tahun 60an/70 an.

3.Nasihat saya untuk beliau yang merupakan sahabat yang pernah menerajui kepimpinan pemuda parti masing masing agar beliau banyak bersabar,kepala dingin,berlapang dada,tidak panas baran dan berang dalam berhadapan dengan situasi yang sukar melanda negara.Jangan amalkan politik ugut dan akulah yang berkuasa.utama dan dahulukan kepentingan rakyat dan negara dari kepentingan politik kepartaian.

4.Semoga beliau lebih cermat dalam memposisikan diri beliau dalam kepimpinan negara.jangan mencipta permusuhan.Selamat maju jaya.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA"

Dato'Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
18 Ogos 2015/3 Zulkaedah 1436H.


Sila kongsi artikel ini...

BERSIH 4.0 - Nik Abduh

9:40 AM 0 Comments A+ a-



BERSIH 4.0

Beberapa media dan akhbar memetik kenyataan saya secara salah mengenai BERSIH 4.0 bahawa saya menggalakkan ahli dan pemuda PAS untuk menyertai BERSIH 4.0. Kenyataan salah tersebut pastinya bertentangan dengan kenyataan PAS sebelum ini, sedangkan saya secara jelas menekankan bahawa sikap Pemuda PAS adalah selari dengan pendirian asal parti.

Pemuda PAS bersama mendukung matlamat dan aspirasi asal BERSIH 4.0 yang menuntut pemulihan hak-hak demokrasi dan pilihan raya yang bersih.


Justeru Pemuda PAS tidak akan menghalang ahlinya untuk menghadiri perhimpunan BERSIH 4.0 walaupun PAS tidak terlibat secara langsung.

PAS akan menyatakan sikap secara rasmi mengenai BERSIH 4.0 dalam tempoh terdekat insya Allah.


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Rasmi Wanita ISMA berhubung isu Da’i – Pendakwah Milenia

9:39 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Rasmi Wanita ISMA berhubung isu Da’i – Pendakwah Milenia

Syabas dan tahniah kepada TV3 kerana berusaha untuk melahirkan daie milenia yg bakal menjadi qudwah kpd masyarakat. Walau bagaimanapun Wanita ISMA ingin menarik perhatian berkenaan episod terbaru rancangan Da’i – Pendakwah Milenia terbitan TV3 yg ditayangkan pada hari Ahad,16 Ogos 2015.

1. Di dalam kemelut masyarakat yang dibelenggu masalah sosial dan pergaulan bebas, masalah buang bayi, gejala konsert liar, rock dan k-pop, Wanita ISMA melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan episod Da’i – Pendakwah Milenia di mana berlakunya secara ketara pergaulan antara peserta lelaki dan wanita yang diharapkan menjadi pendakwah masyarakat.

2. Bagi seorang Muslim, terutamanya para pendakwah, qudwah seorang daie merupakan elemen utama dalam dakwah. Malah syarat amal itu diterima Allah dikaitkan dengan niat yang ikhlas dan tidak melanggar batas-batas syara’.

3. Aktiviti bercampur antara lelaki perempuan dalam keadaan yang agak gelap dan suram seperti yang dipaparkan oleh episode TV3 itu, TIDAK menepati syariat walaupun ditemani oleh ramai jurukamera dan pengurusan produksi rancangan membentuk daie tersebut. Apatah lagi aktiviti bersama seperti mengikat kaki daie lelaki dan daieah wanita adalah suatu yang bukan dari budaya Islam.

4. Objektif untuk melahirkan seorang daie, biarlah seiiring dengan aktiviti dan prosesnya, kaedah dan matlamatnya kerana ini berkait dengan reputasi dan imej daie yang mahu dilahirkan.

5. Kita tidak menafikan kepentingan ketahanan fizikal dan stamina dalam pembinaan daie tetapi elakkan dari menimbulkan kontroversi dan pandangan kurang selesa penonton di rumah.

6. Harus difahami, usaha membentuk seorang daie hendaklah seiring dengan usaha untuk mendapat kepercayaan masyarkat terhadap calon-calon daie tersebut. 7. Wanita ISMA sentiasa menyokong hiburan-hiburan dan program yang mendidik jiwa masyarakat. Semoga usaha yang baik ini tidak terhenti sekadar melalui Program Da’i – Pendakwah Milenia sahaja tetapi amat diharapkan dapat diperluaskan lagi pada rancangan-rancangan lain

Wanita ISMA


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Rasmi ISMA Mengenai Keputusan Kes Marina saman ISMA

2:16 AM 0 Comments A+ a-





KENYATAAN RASMI ISMA MENGENAI KEPUTUSAN KES MARINA SAMAN ISMA

1. Pihak ISMA telah menolak mentah-mentah permohonan maaf yang dituntut oleh Marina sejak awal proses mediasi yang diatur oleh mahkamah. Ini kerana ISMA konsisten, sedari awal, tidak setuju dengan tuduhan Marina dalam samannya bahawa ISMA telah menfitnahnya. Sehubungan itu, deraf awal yang disediakan oleh peguam Marina (seperti Lampiran 1 di bawah) telah dipinda hampir keseluruhannya, antara lain dengan menggugurkan perkataan “PERMOHONAN MAAF” pada tajuk deraf tersebut, serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Hal ini selari dengan hujah balas daripada pihak ISMA dalam menjawab saman fitnah Marina jika perbicaraan diadakan.

2. ISMA hanya menyatakan kekesalan (seperti Lampiran 2) sekiranya artikel dan risalah berkenaan (secara tidak langsung dan tanpa niat telah):
a. Menyebabkan kepayahan dan kesan buruk
b. Memberikan gambaran yang salah berkenaan Marina

3. Marina juga menuntut daripada ISMA dalam mediasi ini agar menanggung kos guamannya. Perkara ini telah ditolak oleh pihak ISMA mentah-mentah juga kerana pihak ISMA tiada melakukan sebarang kesalahan.

4. Kita telah menjangkakan laporan media yang berat sebelah, memandangkan mereka sedari awal telah mengerumuni Marina dan tidak sepatah pun kenyataan diambil daripada ISMA. Situasi ini amat mudah difahami bahawa sentimen media akan memihak kepada Marina. Tambahan pula deraf awal yang disediakan peguam Marina (Lampiran 1) telah diedar kepada wartawan lebih awal sebelum sesi mediasi bermula. Tidak dapat dipastikan apakah faktor sebenar yang menyebabkan laporan media begitu memihak kepada Marina, adakah kerana sentimen? Atau kerana gopoh? Atau masalah wartawan yang gagal memahami terma persetujuan dengan baik.

5. Kegagalan pihak wartawan melaporkan berita sebenar dan menyampaikan fakta yang betul adalah amat dikesali dan dikira suatu tindakan yang tidak beretika.

Ketua Penerangan Isma

__________________________________________________

LAMPIRAN 1 (deraf awal yang telah sampai ke tangan wartawan sebelum sesi mediasi)

PERMOHONAN MAAF UNTUK DIBACAKAN OLEH WAKIL ISMA DI DALAM MAHKAMAH TERBUKA DAN DITERBITKAN DI DALAM WEB ISMA
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mohon Maaf Kepada Datin Paduka Marina Mahathir
1. Pada 8/11/2013, kami Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah menerbitkan satu artikel bertajuk “ISMA edar 70,000 risalah dedah dalang COMANGO”(“Artikel”) di dalam laman web ISMA http://www.ismaweb.netdan dihubungkait dengan pautan laman web ISMA Facebook di hyperlinkhttp://www.facebook.com/isma.malaysia yang menyatakan ISMA telah mengedarkan 70,000 helai risalah yang menuduh Datin Paduka Marina Mahathir sebagai “Dalang COMANGO” (“Risalah”) di masjid-masjid sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang, Bandar Baru Pelangi, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Seremban, Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu.
2. Melalui Artikel dan Risalah tersebut kami telah membuat dakwaan yang tidak benar terhadap Datin Paduka Marina Mahathir seperti berikut:
a. bahawa beliau adalah dalang di sebalik COMANGO, sedangkan hal ini adalah tidak benar sama sekali;
b. bahawa beliau adalah tokoh Sister in Islam (SIS) di dalam COMANGO yang liberal dan anti-islam di Malaysia, sedangkan ini adalah tidak benar kerana beliau tidak mempunyai keanggotaan langsung di dalam COMANGO;
c. bahawa beliau adalah tokoh liberal yang membuat tuntutan melalui laporan COMANGO untuk menghalalkan seks songsang bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LBGT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam, menuntut kebebasan untuk mengamalkan ajaran sesat Syiah, penghapusan hak Melayu dan apa saja yang menyentuh keutuhan agama Islam dan kedaulatan perlembagaan, sedangkan hal ini adalah tidak benar sama sekali kerana beliau tidak terlibat dalam menyiapkan laporan COMANGO yang merupakan laporan tahunan hak asasi manusia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
d. bahawa sebagai dalang, beliau mempunyai watak yang meragukan yang bersembunyi di sebalik pihak lain, sedangkan beliau mempunyai watak yang sentiasa telus dalam apa jua bidang yang diperjuangkannya;
e. bahawa beliau adalah anti-Islam dan anti-Melayu, sedangkan ini adalah fitnah yang jahat kerana beliau adalah seorang Melayu beragama Islam;
f. bahawa beliau menggugat keutuhan agama islam dan kedaulatan Perlembagaan, sedangkan beliau adalah pejuang hak keagamaan, keluruhan undang-undang dan kedaulatan Perlembagaan;
g. bahawa sebagai dalang COMANGO beliau tidak mempunyai intergiti atau mempunyai nilai moral yang rendah, sedangkan ini tidak benar sama sekali kerana beliau adalah pemimpin masyarakat yang memperjuangkan intergriti, ketelusan dan kepimpinan bermoral;
h. bahawa sebagai dalang COMANGO beliau tidak mempunyai pegangan agama, sedangkan beliau dididik, dibesarkan dan mengamalkan hidup sebagai seorang Melayu beragama Islam; dan
i. bahawa sebagai dalang COMANGO beliau tidak betanggungjawab dan adalah melulu di dalam tindakannya, sedangkan tindakan beliau sebagai pemimpin masyarakat adalah sentiasa berhemah, berwaspada, bersusilah dan sentiasa mengambil kira masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama Negara Malaysia.
3. Kami menyesali perbuatan kami itu dan menyedari akan kesan buruk yang telah berlaku kepada Datin Paduka Marina Mahathir di mana Artikel dan Risalah tersebut yang dikarang dan disiarkan itu bersifat sensasi dan publisiti yang telah melampaui batasan kami sebagai NGO yang berusaha untuk menetang laporan COMANGO sehingga memberika gambaran yang salah kepada Datin Paduka Marina Mahathir sabagai seorang dalang yang anti Melayu, anti Islam dan mengamalkan gaya hidup bebas.
4. Kami, dengan sepenuh hati dan setulus ikhlas kini insaf dan memohon maaf yang tidak berbelah bahagi kepada Datin Paduka Marina Mahathir kerana kesusahan dan aib yang telah kami lakukan kepadanya dan berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatan kami yang menyusahkan Datin Paduka Marina Mahathir.

__________________________________________________

LAMPIRAN 2 (deraf final)

1. Pada 8.11.2013, Media ISMA Sdn Bhd, telah menerbitkan satu artikel bertajuk “ISMA edar 70 ribu risalah dedah dalang COMANGO” (“Artikel”) di dalam laman web http://www.ismaweb.net dan dihubungkait dengan pautan laman web Facebook di hyperlink https://www.facebook.com/isma.malaysiayang menyatakan ISMA telah mengedarkan 70,000 helai risalah yang menggambarkan Datin Paduka Marina Mahathie sebagai “Dalang COMANGO” (“Risalah”) di amsjid-masjid sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang, Bandar Baru Pelangi, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Seremban, Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu.
2. Artikel dan Risalah tersebut memberikan gambaran berkenaan Datin Paduka Marina Mahathir seperti berikut:
(a) bahawa beliau adalah dalang di sebalik COMANGO; dan
(b) bahawa beliau adalah tokoh Sisters in Islam (SIS) yang liberal dan anti-Islam di Malaysia yang mebuat tuntutan untuk menghalalkan seks songsang bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LBGT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam, menuntut kebebasan untuk mengamalkan ajaran sesat Syiah, penghapusan hak Melayu dan apa saja yang menyentuh keutuhan agama Islam dan kedaulatan perlembagaan.
3. Kami menyedari kedudukan beliau sebagai seorang pemimpin masyarakat yang memperjuangkan isu-isu semasa di dalam negara dan di luar negara dengan telus dan disegani ramai.
4. Artikel dan risalah tersebut tidak bermaksud untuk memberikan gambaran buruk berkenaan Datin Paduka Marina Mahathir seperti yang dinyatakan di bawah perenggan 2(a) dan 2(b) di atas.
5. Kami menyatakan kekesalan sekiranya Artikel dan Risalah tersebut telah menyebabkan kepayahan dan kesan buruk kepada Datin Paduka Marina Mahathir dan memberikan gambaran yang salah berkenaan Datin Paduka Marina Mahathir sebagai seorang dalang yang liberal dan anti-Islam.




r ·


Sila kongsi artikel ini...

Ringgit Merudum, Jangan Ikat Perut Pelajar Di Luar Negara - Ustaz Idris Hj Ahmad

12:47 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media (11)
Ringgit Merudum, Jangan Ikat Perut Pelajar Di Luar Negara.
Ustaz Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas
17/8/15


Walaupun ringgit merudum berbanding USD, jangan pula memberi kesan kepada pelajar-pelajar ijazah pertama atau ijazah lanjutan yang berada di luar negara sehingga terpaksa mengikat perut. Dalam apa keadaan sekali pun, soal pendidikan, kesihatan dan pertahanan tidak boleh berkompromi. Bajet lain boleh dikurangkan tetapi tiga sektor ini tidak boleh dikurangkan.

Pihak penaja seperti JPA, MARA, Kementerian Pengajian Tinggi, Bank Negara, Amanah Raya, Petronas, TNB, Telekom, Yayasan Negeri, Pejabat Zakat dan lain-lain lagi perlu berusaha untuk memastikan pelajar tajaan mereka tidak terjejas dan terganggu. Penaja perlu menambah biasiswa dan kos sara hidup sesuai dengan perbelanjaan semasa. Jangan masih terikat dengan kadar yang lama. Tidak perlu ambil langkah untuk memanggil mereka pulang ke universiti tempatan. Biarlah mereka menghabiskan ijazah mereka tanpa perlu mengganggu kosentrasi dan emosi mereka. Pelajar yang dihantar ini adalah mereka yang cerdik dan terpilih, malahan ada kursus yang ditawarkan tidak ada di Universiti tempatan.


Sila kongsi artikel ini...

Menyokong Agar Diadakan Majlis Tahkim Bagi Menyelesaikan Kemelut PAS & GHB - Adib Faisal Bin Yaacob

12:04 AM 0 Comments A+ a-



MENYOKONG AGAR DIADAKAN MAJLIS TAHKIM BAGI MENYELESAIKAN KEMELUT PAS & GHB.
1. Saya menyokong saranan yang telah dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) PAS Negeri Perak berkenaan keperluan diadakan sebuah Majlis Tahkim bagi menyelesaikan kemelut antara PAS dan Harapan Baru.

2. Sebagai perkumpulan yang berasal daripada akar yang sama dengan PAS, saya merasa adalah tidak sukar untuk Harapan Baru bersetuju dengan saranan TPJ PAS Perak itu. Bahkan ianya mungkin juga ditunggu-tunggu oleh mereka berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan oleh pendukung Harapan Baru yang menyatakan tindakan mereka mewujudkan Gerakan Harapan Baru adalah disebabkan berlakunya ketidak-adilan (baca:kezaliman) yang wujud dalam PAS.

3. Saya memandang serius akan perkara ini kerana selaku parti politik Islam, PAS harus bersih daripada perkara-perkara seumpama ini. Tuduhan-tuduhan yang dilontarkan itu seharusnya dibuktikan dan PAS sebagai Abang Besar harus berjiwa besar menyediakan medium seperti Majlis Tahkim ini sebagai medan bagi menyelesaikan isu yang berbangkit 'once and for all'.

4. Saya juga melihat, dengan terlaksananya Nadwah Ulamak Nahdiah Jadidah (NUNJI) dan pengisytiharan Parti Amanah Rakyat, GHB kini dah melepasi tahap 'point of no return'. Saya juga merasakan sudah tiada gunanya untuk mana-mama ahli PAS untuk memujuk sahabat-sahabat kita yang cenderung bersama GHB. Ia hanya membazir masa dan tenaga kita. Namun tidaklah perlu juga untuk kita mengeluarkan perkataan-perkataan berbaur egois ketika mengulas tindakan sahabat-sahabat yang menyertai GHB. Saya bimbang sikap ego kita kelak akan merosakkan amalan ikhlas kita di sisi Allah.

5. Untuk menghadapi karenah-karenah politik Umno dan Barisan Nasional, PAS perlu mengambil langkah yang berhati-hati namun penuh bijaksana di dalam menyatukan semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar sebuah ketumbukan baru dapat dibentuk yang akan dapat menyelamatkan Malaysia daripada kezaliman dan kebobrokan Umno dan Barisan Nasional. Di luar sana, saya yakin masih ramai rakyat yang mengharapkan agar PAS yang memimpin perubahan dan bukannya pihak lain.

6. Justeru itu, saya mengharap saranan TPJ PAS Perak ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada YBhg. Tuan Guru Dato' Mursyidul Am PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS dan seluruh kepimpinan PAS semua peringkat.

Beristiqamah dengan Kebenaran
Beritiqamah Sehingga Kemenangan

Adib Faisal Bin Yaacob
Naib Ketua Pemuda
Pas Kawasan Kota Bharu
17 Ogos 2015

r 


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.