Tidak Perlu Lagi Jawatankuasa Baru! Oleh : Nasrudin Hassan

1:12 PM 1 Comments A+ a-



Kenyataan Media Penerangan. 52

Tidak Perlu Lagi Jawatankuasa Baru!

Oleh : Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat


Tarikh : 17 Rabiul Awwal 1437 / 30 Disember 2015

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak rancangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mengenai kos sara hidup rakyat. Ini dianggap langkah simplistik selepas anggota kabinet mencadangkan rakyat melakukan 2 kerja bagi menampung kos sara hidup bulanan.

2. Penolakan itu berasas kerana sebelum ini, sejak Januari 2014 hingga Mei 2015, kabinet memang telah mempunyai sebuah jawatankuasa khas untuk menangani kos sara hidup rakyat yang telah dipengerusikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sewajarnya, pelbagai pelan dan polisi telah dilaksanakan oleh kerajaan.

3. Sekarang tiada lagi keperluan untuk menubuhkan pelbagai lagi jawatankuasa, makmal dan kajian. Sepatutnya, kerajaan mengambil tindakan drastik untuk memulihkan kos sara hidup rakyat dengan segera dan mesti memberikan kesan yang efektif bagi menangani cabaran ini. Jika jawatankuasa khas sebelum ini berfungsi dengan baik dan seluruh kabinet mementingkan agenda ini, sudah pasti pelbagai langkah telah diambil sejak tahun lalu.

4. Namun, sepanjang tahun 2015 ini, tiada sebarang langkah penting untuk meringankan kos sara hidup rakyat, sebaliknya kerajaan mengumumkan pelbagai pakej kenaikan harga dan kadar baru yang membebankan rakyat. Semua kadar tambang pengangkutan awam dan tol telah meningkat, disusuli dengan kenaikan pelbagai harga barangan serta perkhidmatan kesan daripada pelaksanaan GST,

5. Malah, menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP), memang sudah terdapat satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menangani kos sara hidup rakyat yang telah ditubuhkan sejak tahun 2011. Namun, jika kita menilainya sehingga hari ini, tiada impak yang berkesan untuk mengurangkan kos sara hidup tersebut.

6. PAS tidak mahu dalam tempoh 2015 dan 2016 ini, kerajaan mengambil pelbagai peluang untuk menaikkan pelbagai harga dan kadar baru sebelum mengumumkan pelbagai ‘goodies’ pilihan raya pada tahun 2017 dan 2018 nanti. Ini adalah kitaran politik-ekonomi yang amat buruk dan ia sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat.

Sekian.


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan LENSA Kampus Berkenaan Tuduhan yang DIkenakan Ke Atas Encik Zulkifli

7:24 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN RASMI LENSA KAMPUS BERKENAAN TUDUHAN YANG DIKENAKAN KE ATAS ENCIK ZULKIFLI

Baru-baru ini seorang bapa di Terengganu, Encik Zulkifli telah ditahan dan didakwa atas kesalahan membunuh di bawah S302. Beliau telah menikam perompak yang cuba untuk merompak rumah dan keluarga beliau sehinggat mati. Sehingga hari ini beliau masih direman dan menunggu tarikh perbicaraan.

Lensa Kampus melahirkan rasa simpati kepada beliau atas tuduhan yang dikenakan. Kami berpendapat bahawa suatu perbicaraan yang adil mesti dilaksanakan dengan segera bagi memberi peluang kepada beliau untuk membela diri. Beliau juga harus dilepaskan dari reman kerana beliau dari golongan susah dan perlu bekerja bagi menampung keluarganya. Tidak ada keperluan untuk seorang yang baik seperti beliau untuk melarikan diri kerana apa yang dilakukan beliau adalah untuk mempertahankan keluarganya dari dirompak.


Lensa Kampus juga menyeru kepada warga Malaysia agar menyerahkan kes ini kepada yang pakar dan terus berdoa untuk beliau supaya dipermudahkan urusan. Ayuh sama-sama kita membantu, terutamanya membantu keluarga beliau yang hilang punca pendapatan kerana beliau masih dalam tahanan reman.

Semoga keadilan diberikan kepada yang berhak dan terus tertegak di Malaysia.

Nazrul Nazir,
Jawatankuasa Koordinator LENSA Kampus,
LENSA Anak Muda Malaysia


Sila kongsi artikel ini...

Rakyat perlu dibebaskan daripada menampung kerajaan yang 'high maintenance' - Tuan Ibrahim Tuan Man

5:34 PM 2 Comments A+ a-



Rakyat perlu dibebaskan daripada menampung kerajaan yang 'high maintenance'

Kejatuhan harga minyak dan ketidakstabilan mata wang Ringgit menyebabkan senario ekonomi negara pada tahun 2016 dijangka sangat membimbangkan.

Kedudukan terkini bebanan yang dihadapi oleh rakyat sudah di tahap mencekik leher. Laporan pemberhentian pekerja oleh pelbagai sektor dengan jumlah ribuan pekerja, serta kenaikan kos hidup yang kini amat memuramkan suasana sosiopolitik negara.

Ombak kemelesetan ekonomi sudah dirasai meskipun kerajaan yang suka bermain dengan nombor-nombor statistik dengan rakyat enggan mengakui secara terbuka. Tapi sekurang-kurangnya ada seorang timbalan menteri yang secara tidak langsung mengakui keadaan kian meruncing sehingga beliau sanggup mencadangkan agar rakyat Malaysia bekerja ‪#‎2kerja‬ untuk menampung kehidupan. Meskipun cadangan itu menghiris perasaan rakyat, tapi ia adalah satu pengakuan realiti semasa oleh seorang ahli parlimen Umno.

Bagi PAS, sebelum mencadangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh rakyat untuk mengatasi kemelut ekonomi, eloklah kerajaan yang dipimpin Umno memandang cermin terlebih dahulu dan mengambil pelbagai tindakan segera untuk mengurangkan ‘kos sara hidup’ kerajaan.Tindakan segera ini perlu diambil untuk mengelakkan situasi panik di kalangan rakyat bawahan. Rakyat perlu dibebaskan daripada menampung kerajaan yang 'high maintenance' kerana sikap perbelanjaan pemimpinnya yang boros, membazir dan tidak ekonomi.

Berikut ada beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan segera:

1. Mengurangkan saiz kabinet agar ia sesuai dengan nisbah negara. Menteri dan Timbalan Menteri yang sering memberikan cadangan kontroversi boleh dibuang agar pembelanjaan mengurus kerajaan dapat dikurangkan.

2. Menyemak kembali peruntukan gila Jabatan Perdana Menteri yang sangat besar dengan mengurangkan kakitangan kontrak bergaji tinggi di Jabatan Perdana Menteri dan menyalurkan peruntukan itu ke sektor pendidikan.

3. Jabatan Perdana Menteri juga harus menghentikan kewujudan agensi baru dan syarikat milik kerajaan yang baru dan misteri yang mempunyai fungsi bertindih dengan agensi kerajaan sedia-ada untuk disalurkan dana dan kerajaan juga perlu menamatkan jawatan duta khas bertaraf menteri kerana ini jawatan bertindih.

4. Potongan gaji sebanyak 20% bagi Menteri dan Timbalan Menteri agar mereka memahami keperitan untuk mencari pendapatan lain dengan bekerja #2kerja.

5. Menghapuskan elaun tol dan minyak Menteri dan Timbalan Menteri dan pegawai kanan kerajaan agar mereka dapat merasai keperitan rakyat.

6. Mengurangkan perlantikan konsultan luar untuk projek kerajaan dan memasukkan klausa agar tuntutan ganti rugi dapat dibuat sekiranya cadangan yang dibuat konsultan luar tidak mendatangkan hasil.

7. Tidak menuntut bajet tambahan untuk 2016. Segala keperluan tambahan perlu ditampung menggunakan kaedah penjimatan dan mengurangkan pembaziran.

8. Mengurangkan kadar GST secara berperingkat dan cukai pendapatan bagi mereka berpendapatan sederhana untuk meninggikan pendapatan boleh guna seisi rumah. Kerajaan tidak boleh sesekali menaikkan GST untuk menaikkan pendapatan.

9. Menghapuskan GST ke atas keperluan pendidikan seperti baju, kasut, beg sekolah, buku latihan dan teks bahkan perlu dipertimbangkan subsidi ke atas bahan pendidikan sehingga peringkat universiti. Jangan biarkan GST menyusahkan perjalanan pendidikan negara dan rakyat marhen.

10. Meletakkan setiap transaksi dan kontrak yang melibatkan kerajaan pusat secara online.

11. Mengurangkan perbelanjaan dalam sektor pertahanan.

12. Melakukan rundingan semula semua perjanjian yang berat sebelah yang memberi impak kepada pembelanjaan rakyat seperti tol dan pengangkutan awam.

13. Mengurangkan cukai untuk penerbangan domestik bagi rakyat Malaysia.

14. Menggunakan penerbangan komersial untuk semua lawatan rasmi kerajaan. Kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam, termasuk menteri ialah Kelas Ekonomi. Mengurangkan lawatan rasmi kerajaan dan jumlah ahli yang menyertai rombongan rasmi.

15. Mengurangkan jamuan makan dan minum di semua peringkat kerajaan serta menghapuskan pemberian hadiah dan mengurangkan iklan, penggunaan bunting dan banner untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan.

16. Menangguhkan program PLKN sehingga keadaan ekonomi negara pulih.

Cadangan-cadangan di atas tidak susah dilaksanakan. Yang diperlukan hanyalah keikhlasan, kesungguhan dan komitmen kepada ‘ciri-ciri tatakelola kerajaan yang baik’ atau good governance.

Kepada kerajaan pimpinan Umno, jika hendak membuat cadangan, buatlah cadangan untuk memperbaiki diri sendiri dulu. Hentilah retorik dan memberikan nasihat tidak masuk akal kepada rakyat. Dan jangan salahkan orang lain atas kesusahan rakyat kerana tiada lagi yang pernah memerintah negara selain BN sejak Merdeka.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
29 Disember 2015


Sila kongsi artikel ini...

Ahmad Maslan Layak Masuk Maharaja Lawak dan Boleh Menang - Khairuddin Abu Hassan

4:16 PM 1 Comments A+ a-



AHMAD MASLAN LAYAK MASUK MAHARAJA LAWAK DAN BOLEH MENANG !!

Mentaliti ahmad maslan ni memang haprak!! Suruh dia masuk pertandingan maharaja lawak insya-allah boleh jadi juara!! Timbalan menteri yang seringkali mempersendakan kebodohan dirinya sendiri!!

Cakap memang senang untuk mencari rezeki yang halal buatlah dua atau tiga kerja!! Apa ahmad maslan ingat manusia ni robot ka??


Dalam penghidupan seharian bukan soal untuk mencari rezeki siang malam saja tetapi dalam masa yang sama kita perlu seimbangkan juga dengan mempunyai masa untuk keluarga khususnya mendidik anak-anak yang memerlukan masa bersama ibu-bapanya setiap hari.

Penghidupan kita bukan harus memperhambakan diri siang malam untuk mencari rezeki sehingga anak-anak terabai dari segi pengawasan dan pendidikan dari ibu-bapa mereka. Anak-anak juga memerlukan masaluang bersama ibu-bapa serta institusi kekeluargaan turut memerlukan ruang masa untuk bersama-sama setiap hari bagi menjalinkan keakraban kekeluargaan!!

Namun, kita tak hairanlah kenyataan ini datangnya dari pemimpin-pemimpin umno masakini yang cukup bangang!! Mereka ni terlalu angkuh!! Cakap dan tutur kata lebih cepat dari otak mereka!! Inilah kualiti pemimpin umno pada hari ini!! Teramat bengap!!

Hakikatnya, pada hari ini pentadbiran kerajaan teruk!! Kos sara hidup meningkat tak selari dengan peningkatan pendapatan rakyat!!

Kalau kerajaan effektif; satu kerjaya pun dah cukup untuk tampung hidup keluarga seperti zaman tun dr mahathir mohamad memimpin tanahair kita suatu masa dahulu.

Zaman kepimpinan tun dr mahathir kita juga hadapi gawat ekonomi dunia yang cukup parah namun keseluruhan rakyat boleh hidup selesa!!

Ini membawa erti pentadbiran kerajaan masakini tidak cekap serta tidak effektif lagi!! Kemungkinannya terlalu ramai pemimpin-pemimpin masakini otak mereka berada dalam lutut bukan di kepala kot??!!

Bagi tahu ahmad maslan jangan bandingkan kerjaya orang politik dengan golongan marhaen!! Kerjaya orang politik nempunyai pelbagai kemudahan sampingan dan sumber pendapatan yang boleh datang bergolek dari banyak sumber mudah!! Kenapalah ahmad maslan ni bengap sangat!!

Tak habis-habis suka buat kenyataan bodoh yang tidak munasabah yang boleh mengguris hati nurani rakyat jelata!! Cukup-cukup lah ahmad maslan!!

Kenyataan-kenyataan bangang yang macam inilah membuatkan rakyat semakin menyampah dengan umno, bn serta kerajaan!!

Tapi saya tetap yakin ahmad maslan tetap terbaik untuk pertandingan maharaja lawak kerana sifat semulajadinya itu boleh memenangkan beliau secara spontan!!


Sila kongsi artikel ini...

AMANAH Perak Komited Tidak Mengiktiraf Negara Haram Israel

7:49 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
27 Disember 2015

AMANAH PERAK KOMITED TIDAK MENGIKTIRAF NEGARA HARAM ISRAEL


Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak dimaklumkan tentang sebaran poster kononnya Amanah menyokong kenyataan seorang pimpinan DAP Perak berhubung sekatan terhadap atlet Israel.

Poster tersebut tertera ayat "AMANAH BERSAMA DAP PERAK MENYOKONG KEHADIRAN ATLET LUNCUR ISRAEL" beserta gambar Pengerusi Amanah Negeri Perak, Asmuni Awi dan logo parti.

Poster fitnah itu turut dikongsi oleh lama page Facebook rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia hingga mendorong lebih ramai lagi mempercayai fitnah tersebut.

Kami sangat kecewa dengan sebaran tersebut dan ia telah mencemar nama baik Amanah dan reputasi Asmuni sendiri. Kenyataan kononnya kami menyokong keterlibatan Israel adalah satu tindakan yang melampau serta mempunyai agenda memburukkan imej parti yang baru bertapak ini.

Kami sedang berbincang dengan peguam untuk mengenakan tindakan undang-undang sekiranya individu serta pihak yang menyebarkan poster palsu itu tidak memohon maaf serta menarik balik muatnaik tersebut.

Amanah Perak menegaskan bahawa kami menyokong sepenuhnya tindakan Kementerian Belia dan Sukan mengenakan sekatan terhadap atlet Israel yang dijadualkan mengambil bahagian dalam satu kejohanan di Langkawi hari ini.

Kami secara tegas sangat kecewa kenyataan Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin yang menyelar tindakan Khairy, kononnya menteri itu menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.

Amanah Perak menasihatkan agar pimpinan DAP khususnya di negeri Perak lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan lebih-lebih lagi dalam hal sensitiviti agama.

Kami menyambut baik penegasan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yang menyatakan bahawa kenyataan itu tidak mencerminkan pendirian parti di negeri itu. DAP Perak juga berpendirian tegas menolak keganasan dan penindasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Namun, kami tetap akan meminta DAP Perak memberikan penjelasan kepada kami di dalam mesyuarat Pakatan Harapan yang akan datang.

‪#‎HarapanBaru‬

SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Parti Amanah Negara (Amanah)
Negeri Perak


Sila kongsi artikel ini...

Tiada Kompromi Politik, Tiada Kompromi Ekonomi, Tiada Kompromi Sukan Dengan Negara Haram Israel - Mahfuz Omar

6:59 AM 1 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

TIADA KOMPROMI POLITIK,TIADA KOMPROMI EKONOMI DAN TIADA KOMPROMI SUKAN DENGAN NEGARA HARAM ISRAEL.

1. Saya merasa terkejut apabila seorang pemimpin muda Dap Perak, Chong Zhemin mengherdik larangan memasuki Malaysia terhadap ahli sukan luncur angin Israel daripada menyertai kejohanan luncur angin di Langkawi. Kenyataan yang sangat mengejutkan rakyat Malaysia apabila dilihat bertentangan dengan aspirasi rakyat Malaysia dan antarabangsa. Walaupun beliau telah menarik balik kenyataan tersebut, namun pendirian tersebut sangat dangkal.

2. Kekejaman Isreal bukan persoalan sukan atau kebajikan tetapi persoalan kemanusiaan dan keadilan sejagat. Ianya bukan perkara baru tetapi sudah diperakui dunia akan kekejaman rejim zionis Israel. Oleh yang demikian tiada perselisihan pendapat dalam perkara ini.

3. Kenyataan Pengerusi DAP Perak, Ngar Kor Ming juga tidak wajar dan tidak matang. Tidak timbul persoalan ‘kompromi profesional’. Itulah jua alasan Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir kononnya berharap dengan membenarkan Pasukan Kriket Israel datang ke Malaysia maka mereka akan insaf apabila melihat keharmonian Malaysia dan akan mendesak kerajaan Israel supaya menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin. Jika Ngar kor Ming menjelaskan ‘kompromi profesional’ untuk 2 orang peluncur angin Israel tidak akan mengubah sedikit pun prinsip dan pendirian tegas dalam isu Palestin-Israel, maka apa gunanya beliau membantah Bajet 2016 baru ini kerana ia sedikit pun tidak akan mengubah keputusan kerajaan kerana Ahli Parlimen Pembangkang tetap minoriti. Pembangkang mengundi menolak Bajet 2016 kerana rakyat Malaysia.Tiada kompromi dengan kerajaan BN yang zalim dan Tiada kompromi dengan Israel.

4. Pendirian saya sejak dahulu dalam isu Israel tegas dan jelas, tiada kompromi dalam apa jua perkara, saya dihadapkan ke mahkamah ketika mana saya bersama-sama rakyat Malaysia bersama dalam bantahan kahadiran Pasukan Kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1996. Ratusan rakyat Malaysia ditahan ketika bantahan tersebut.

5. Setelah 4 tahun saya dihadapkan di Mahkamah, pada tahun 2000, mahkamah mendapati kami bersalah atas membantah kehadiran pasukan Kriket Israel tersebut dan kami dikenakan denda atau penjara.

6. Saya bersama-sama rakan saya, Hj Salahudin Ayub dan Pak Amjal memilih untuk tidak tunduk kepada keputusan mahkamah untuk membayar denda sebaliknya kami memilih penjara demi mempertahankan prinsip bahawa tiada kompromi dalam isu Israel.

7. Saya ingin tegaskan kegagalan Kerajaan Malaysia UMNO BN dalam menjaga kepentingan umat Islam khasnya dan Malaysia amnya amat dikesali. Berjayanya agen-agen Israel meresapi ke jantung pemimpin utama Negara melalui APCO tempohari sudah cukup menjadi pengajaran kepada kita. Tatkala APCO yang jelas merupakan institusi yang ada hubungkait dengan Israel ini menjadi penasihat kepada Kerajaan Malaysia, bermakna segala intipati Negara dan rakyat telah dilacurkan kepada Israel melalui pegawai-pegawai mereka yang berkemungkinan juga adalah pengintip-pengintip Israel.

8. Sikap double standard Kerajaan UMNO BN dalam berurusan dengan Israel juga amat dikesali apabila dimaklumi terdapatnya hubungan dagang Malaysia Israel sejak 1996 walaupun dipertegaskan tiadanya hubungan diplomatik di antara Malaysia Israel.

9. Saya menyeru rakyat Malaysia agar terus kekal dan komited dalam mempertahankan hak dan keadilan serta perjuangan rakyat Palestin dengan menolak apa jua kerjasama dan kompromi dalam apa jua perkara dengan Israel.

TOLAK UMNO, TOLAK ISRAEL

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
27 Dis 2015/15 Rabiulawal 1437H


Sila kongsi artikel ini...

DAP Jangan Jadi Pro Rejim Zionis - Akmal Kamaruddin

12:23 PM 0 Comments A+ a-



DAP Jangan Jadi Pro Rejim Zionis

Dewan Pemuda PAS Perak menyokong keputusan Kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan dua peserta luncur angin dari Israel, Yoav Omer dan Noy Drihan mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia yang akan diadakan di Langkawi bermula 27 Disember ini.

Tindakan itu sangat bertepatan memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel. Malahan Malaysia juga antara negara yang terkehadapan dalam menentang kezaliman yang dilakukan oleh rejim zionis Israel.


Dewan Pemuda PAS Perak menyelar kenyataan Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zheminn seperti yang ditulis dalam blog beliau dan dilaporkan oleh Malaysiakini. Tindakan beliau menimbulkan persoalan apakah parti yang katanya membawa agenda keadilan dan hak asasi manusia menyokong negara Israel yang secara rakus menyerang dan menindas Palestin dan rakyatnya. Menafikan visa Israel suatu perkara yang sangat kecil jika dibanding dengan kejahatan yang dilakukan Israel terhadap Palestin.

DAP sepatutnya perlu lebih peka dengan politik dan hubungan kemanusiaan di luar negara. Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Perak mendesak Chong Zheminn menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf kerana telah mengguris perasaan rakyat Malaysia yang sentiasa bersolidariti buat Palestin tanpa mengira bangsa dan agama.

Dewan Pemuda PAS Perak turut merakamkan ucapan tahniah di atas ketegasan Kerajaan Malaysia dalam isu membabitkan Israel dan keamanan Palestin.

Istiqamah Sehingga Kemenangan

MOHD AKMAL KAMARUDDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.
6 Rabiul Awwal 1437 / 27 Disember 2015


Sila kongsi artikel ini...

Perutusan Presiden KEADILAN Sempena Maulidur Rasul 1437H

9:38 AM 0 Comments A+ a-



PERUTUSAN PRESIDEN KEADILAN
SEMPENA MAULIDUR RASUL 1437H

Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasahbihi, wabaarik, wasallim.


Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli-ahli keluarga baginda serta para sahabat dan tabiin yang bertaqwa.

Pertama sekali, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana pada tahun ini kita dapat menyambut Maulidur Rasul buat kali yang kedua.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tahun 1437H ini, saya bagi pihak keluarga besar KEADILAN ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, sama ada mereka berada di dalam mahupun di luar Negara.

Sesungguhnya Maulid merupakan hari dimana kita memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW telah diperutus untuk menyempurnakan akhlak manusiawi dan sebagai rahmatan lil ‘alamin (sebagai rahmat kepada ke seluruh alam).

Oleh itu, marilah kita beringat-ingat perutusan Nabi Muhammad SAW bahawa Islam membawa kepada keseimbangan penghidupan, menjamin keadilan untuk semua dan perdamaian di kalangan umat.

Islam itu sendiri menolak malah mengharamkan sebarang bentuk kezaliman dan penindasan. Malah pembunuhan yang dilakukan puak pelampau pengganas kononnya demi Islam langsung tidak mempunyai asas di dalam Ad-din yang suci ini.

Mengambil semangat Maulidur Rasul ini, KEADILAN mengajak rakyat Malaysia untuk mengetepikan kepentingan diri, kelompok mahupun fahaman kepartian, untuk bekerjasama menyelamatkan Malaysia yang kian hari bagai menghampiri tebing kemusnahan akibat kebobrokan dan salah urustadbir oleh kepimpinan Negara.

Demi menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW, kita harus kembali ke asas Ad-din, yang mengetengahkan perpaduan sesama pemimpin dan sesama rakyat selama mana mereka tidak berlaku zalim, tidak menindas dan tidak rasuah.

Salam Maulidur Rasul.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

12 Rabiul Awwal 1437
24 Disember 2015


Sila kongsi artikel ini...

Perlukah UMNO-PAS Bekerjasama? - Mohammad Agus Yusoff

6:35 AM 0 Comments A+ a-



PERLUKAH UMNO-PAS BEKERJASAMA?

Saya bertanya ‘perlukah’, bukannya ‘wajarkah’? Ini kerana ‘wajarkah’ tidak tegas. Manakala ‘perlukah’ lebih afirmatif jawapannya.

Perlukah? Pada saya, jawapannya perlu dengan alasan berikut:

i. Menyatukan umat Melayu-Islam dan menghentikan caci maki sesama kita semata-mata kerana perbezaan politik.
ii. Menstabilkan politik negara kerana pada hari ini kita bertelagah sehingga pemimpin kita tidak fokus untuk merancang pembangunan ekonomi negara bagi mengatasi masalah rakyat.
iii. Membolehkan rakyat melihat politik bukan lagi dari kaca perkauman, tetapi keagamaan yang lebih menyeluruh.

Saya yakin ramai yang tidak setuju dengan jawapan saya. Mereka akan ungkit dendam dan kesilapan politik lama antara dua parti ini.

Mereka akan dakwa kerjasama ini hanya untuk menyelamatkan kedudukan pemimpin dan elit parti sahaja.

Mereka akan dakwa kedua-dua pemimpin parti ini tidak ada arah tuju, hanya menuntut kesetiaan dan wala’ pengikut sahaja.

Pada saya hujah ‘tidak setuju’ itu perlu dikaji balik.

Sokonglah kerjasama Umno-Pas untuk kita melihat wujudnya politik baru yang lebih segar.

Boleh berjayakah jika kerjasama diwujudkan?

Saya yakin boleh berjaya, tetapi tertakluk kepada syarat berikut:

i. Kerjasama ini mestilah mempunyai satu asas dan prinsip jelas yang dipersetujui bersama. Apakah asas dan prinsip itu? Isilah tempat kosong ini….
ii. Kerjasama ini hendaklah dilihat rakyat sebagai bukan untuk memenuhi kepentingan elit parti semata.
iii. Kerjasama ini hendaklah dapat menghasilkan produk politik yang diharapkan rakyat seperti keadilan sosial, kesejahteraan ekonomi, pemimpin berintegriti dan lainnya.
iv. Kerjasama ini mestilah dalam konteks menghormati prinsip federalisme Malaysia. Hak negeri di bawah pemerintahan Pas seperti royalti minyak perlulah ada penyelesaian menang-menang.

Tentu ada yang bertanya, bagaimana penyatuan Melayu-Islam boleh berjaya jika tidak inklusif, tanpa Amanah dan orang Melayu dalam PKR?

Jawapan saya, jika kerjasama Umno-Pas ini sudah ada prinsipnya yang jelas dan dipimpin oleh pemimpin yang komited, jujur dan berintegriti, teruskanlah usaha untuk bekerjasama itu. In Sha Allah berjaya.

Tetapi, jika empat prasyarat yang saya nyatakan di atas tidak dipenuhi, maka saya yakin politik kita akan “back to square one.”

Salam Maulidur Rasul.


Sila kongsi artikel ini...

Gabung, Ahli Parti Tanyalah Pemimpin Parti - Ustaz Idris Ahmad

9:19 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media (29)
Gabung, Ahli Parti Tanyalah Pemimpin Parti
Ustaz Hj Idris Haji Ahmad
Naib Presiden Pas
23/12/15


Isu Pas hendak bergabung dengan Umno, memberi nafas baru kepada mereka yang tidak suka dengan Pas. Setakat hari ini tidak ada satu kenyataan yang keluar daripada mulut Mursyidul Am dan Presiden Pas yang mengatakan Pas akan bergabung dengan Umno. Walau pun berkali-kali dinafikan. Tidak ada keputusan parti yang hendak menggabungkan Pas dan Umno. Amat daif jika pandangan peribadi dijadikan hujah. Cuma mainan media yang hendak melariskan berita mereka sahaja. Media Pas Harakahdaily dan Harakah cetak tidak pernah melaporkan perkara tersebut. Mereka yang dengki dengan Pas tidak menjadikan media Pas sebagai rujukan, sebaliknya media yang memang bermusuh dengan Pas dijadikan rujukan.

Mereka masih cemburu dengan penampilan Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang yang tegas, bercakap benar di atas pentas Multaqa yang disediakan oleh proksi pihak kerajaan. Setelah tidak mendengar Presiden Pas membicarakan perpaduan Umno dan Pas. Akhirnya baju sedondon telah dijadikan hujah bahawa perpaduan Umno dan Pas telah berlaku oleh mereka yang dengki dengan Pas termasuk mereka yang konon seorang ahli akademik yang tidak pernah pencen benci dengan Pas.

Memang mereka mengharapkan supaya Pas menerima pelawaan Umno untuk bergabung, kerana ia merupakan talian hayat kepada mereka untuk hidup dipersada politik setelah melihat pimpinan tertinggi Pas semakin mantap dan mempunyai satu nakhoda sahaja.

Saya tidak pelik orang luar parti yang membuat telahan dan andaian yang berbagai-bagai, kerana mereka bukan orang Pas. Tetapi agak janggal orang Pas yang ada jawatan di dalam parti bercakap macam orang asing seolah-olah tidak tahu ada saluran parti dan hendak menjadi hero di alam maya. Sepatutnya boleh mendapat penjelasan daripada pimpinan parti daripada berbagai saluran samaada daripada AJK Pusat, Pesuruhjaya Pas Negeri. Datanglah mesyuarat parti, program parti dan dialog pemimpin. Cuba periksa kehadiran mereka di dalam program parti, kalau hadir tidak sebegitu sikapnya. Semuanya berpunca daripada hati.


Sila kongsi artikel ini...

Siapa Individu PAS Yang Mahu PAS Bergabung Dengan UMNO? - Mahfuz Omar

8:17 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

SIAPA INDIVIDU PAS YANG MAHU PAS BERGABUNG DENGAN UMNO?

1. Kenyataan YB Ust Idris Ahmad, Naib Presiden Pas yang menyeru mana-mana individu Pas yang nak Pas bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas suatu yang mengejutkan dan merunsingkan ahli-ahli akar umbi Pas. Kenyataan tersebut adalah ekoran daripada kenyataan bertulis beliau ( pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi). Contoh nama-nama yang disebut oleh YB Ust Idris yang lari mengikut Umno semuanya adalah bertaraf pemimpin. Ini yang merunsing mereka. Bukan soal bersetuju atau tidak dengan isu Pas bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn. Tapi kerunsingan mereka kerana dilihat tiada ketentuan haluan masa depan politik Pas dalam nak menghadapi PRU14 dan PRN11 Sarawak.

2. Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan tersebut. Ramai ahli berpandangan kenyataan tersebut seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam Pas untuk bergabung, berkerjasama atau bertahaluf antara Pas dengan Umno Bn. Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu individu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi Pas dan bukannya ahli biasa. Kalau ahli biasa Pas mereka percaya YB Ust Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan Pas kerana usaha yang dilakukan oleh individu ahli biasa Pas tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan Parti.

3. Kenyataan YB Ust Idris semacam wujudnya dua pihak dalam kepimpinan Pas sekarang ini. Satu pihak yang hendak bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn, manakala satu pihak lagi menentang. Saya tidak pasti siapa di kalangan mereka. Tetapi kenyataan YB Ust Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan di kalangan ahli biasa Pas.

4. Saya sendiri dihubungi ahli ahli Pas meminta pencerahan. Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam Pas tentang isu kerjasama Pas Umno. Tetapi ahli-ahli menyatakan wujudnya kenyataan-kenyataan yang pada pandangan mereka berlaku percanggahan terbuka di kalangan Pimpinan. Ditambahkan lagi dengan kenyataan Dato' Takiuddin Hassan, Setiausaha Agong Pas yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang masa depan dan haluan politik Pas.

5. Yang menghairankan mereka lagi ialah kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan ahli Pas yang menentang kerjasama Pas Umno kena akur kepada keputusan majlis Syura Ulamak Pas pusat. Mereka menyatakan bagaimana Zahid boleh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura. Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan? Ini yang membingungkan ahli-ahli.

6. Saya percaya kerisauan ahli-ahli Pas dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama. Tetapi mereka mahukan ketentuan dan kepastian. Saya percaya mereka boleh menerima keputusan hatta untuk berkerjasama dan bertahaluf dengan Umno Bn. Yang penting bagi mereka ialah keputusan yang pasti. Saya hanya menyatakan kepada mereka bertenang dan bersabar dalam menanti episod seterusnya. Saya percaya semuanya akan berakhir dengan kepastian dan kesudahannya nanti.

YA ALLAH KAU BERILAH KAMI PETUNJUK MU.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena.
23 Disember 2015/11 Rabiulawal 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Bolehkah Saya Masuk Melayu? - Joe Yap

11:27 AM 0 Comments A+ a-



[Bolehkah Saya Masuk Melayu?] - Joe Yap

Kita sering mendengar persepsi masyarakat yang menganggap mereka yang bukan Melayu, apabila memeluk agama Islam, telah masuk Melayu. Betulkah tanggapan ini? Bolehkah kaum seseorang itu bertukar atau ditukar? Dalam senario ini, adakah saudara baru tadi dengan automatiknya menjadi seorang Bumiputera? Apakah perbezaan di antara status Bumiputera dan kaum Melayu?

Melayu adalah Bumiputera tetapi Bumiputera tidak semestinya Melayu. Sebelum penubuhan Malaysia pada tahun 1963, hanya kaum Melayu dan suku-suku kaum Orang Asal yang diiktiraf sebagai bumiputera di Semenanjung Tanah Melayu. Dengan penubuhan Malaysia, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan telah ditambah ungkapan “dan Bumiputera negeri Sabah dan Sarawak”. Maka, dua kelompok yang diiktiraf oleh Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa ialah kaum Melayu dan kaum-kaum Bumiputera. Selepas itu, masyarakat Siam Malaysia yang beragama Buddha dan Portugis Melaka yang beragama Kristian juga diiktiraf sebagai Bumiputera.

Takrif Melayu itu sangat luas dan jika diambil pengertian sejarah dan sosio-budaya, Melayu itu meliputi mereka yang mendiami kepulauan Melayu. Walaupun terdapat pelbagai suku kaum, bangsa, bahasa dan loghat, ahli-ahli bahasa dan budaya menganggap mereka sebagai satu kumpulan yang sama iaitu keturunan Melayu (Syed Husin Ali, 2008, The Malays: Their Problems and Future).

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160(2) memperincikan definisi 'Melayu' sebagai seseorang yang beragama Islam, mengamalkan adat dan budaya Melayu, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu, dan a) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan; atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau Singapura; atau b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut. Jika seseorang itu tidak memenuhi atau menepati mana-mana bahagian dari syarat-syarat tersebut, dia tidak diiktiraf sebagai Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak-hak istimewa orang Melayu melibatkan kuota-kuota khas di dalam perkhidmatan awam, biasiswa persekutuan, lesen perniagaan dan enrolmen di dalam institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Selain itu, terdapat juga hak-hak istimewa lain seperti kelayakan pemilikan tanah Rizab Melayu dan pelaburan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Peruntukan kedudukan istimewa Melayu telah dijamin di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Kedudukan istimewa Melayu ini merupakan sebahagian dari “Kontrak Sosial” di antara kaum-kaum terbesar di Malaysia, di mana kaum Melayu bersetuju memberikan hak kerakyatan kepada 1.2 juta orang Cina dan 300 ribu orang India dengan syarat mereka mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu.

Adakah India Muslim diikitiraf sebagai Bumiputera? Setakat ini, golongan India Muslim masih belum diiktiraf sebagai Bumiputera. Persidangan Perwakilan Tahunan Kongres India Muslim (KIMMA) ke-30 di Kuala Lumpur pada tahun 2005 telah menghasilkan lapan resolusi yang kemudiannya disampaikan kepada Perdana Menteri. Salah satunya, menurut Timbalan Presiden KIMMA, Syed Ibrahim Kader, menuntut agar India Muslim diberikan taraf sebagai orang Melayu atau setidak-tidaknya diterima sebagai Bumiputera.

Permintaan KIMMA supaya diberikan taraf Melayu itu bukan sahaja tidak begitu dipersetujui oleh pakar-pakar Sejarah tetapi ia juga tidak diterima oleh beberapa persatuan India Muslim yang lain. Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM), Dr. Syed Ibrahim Mohd. Ismail, pula melihat isu itu telah dibesar-besarkan dan kemudiannya menjadi kontroversi kerana ia menyentuh hak keistimewaan Melayu. Menurut beliau, sudah memadai kalau masyarakat India Muslim meminta status Bumiputera.

Menurut KIMMA, penduduk India Muslim di Malaysia, dalam daftar kelahiran, ada yang didaftarkan sebagai Melayu dan ada juga yang didaftarkan sebagai India, India Muslim dan Malabar. Untuk mereka yang tidak didaftarkan sebagai Melayu, mereka ketinggalan dari segala segi. Bagi orang India yang bukan Islam, mereka ada MIC yang menjaga sepenuhnya kepentingan mereka. Malah, kerajaan juga memberikan peruntukan istimewa 10 peratus untuk penempatan di IPTA kepada kaum India. Tetapi tiada apa-apa yang diperuntukkan untuk India Muslim.

Menurut Pakar Hubungan Etnik, Universiti Utara Malaysia, Dr. Hazman Hassan, melalui siaran Berita Astro Awani pada 12 Februari 2013, golongan India Muslim wajar mendapat pengiktirafan Bumiputera sekiranya ciri-ciri yang ada pada Bumiputera dipraktikkan, iaitu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Ramai daripada mereka masih bertutur bahasa Tamil di rumah.

Menurut Dr Hazman, kebimbangan sama ada India Muslim berkomunikasi dalam Bahasa Melayu di rumah ada asasnya tetapi pada masa yang sama kita melihat orang Jawa bercakap bahasa Jawa di rumah. Oleh itu, beliau menggesa definisi Bumiputera dikaji semula dengan teliti memandangkan Malaysia sudah lebih 50 tahun mengecapi kemerdekaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, juga berkata bahawa golongan India Muslim boleh diiktiraf sebagai Bumiputera jika mereka beragama Islam dan mengamalkan adat resam Melayu.

Cina Muslim juga tidak terlepas dari permasalahan ini. Walaupun selepas memeluk Islam, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu serta dilahirkan di Malaysia, malahan digelar pula "masuk Melayu", mereka masih bukan Bumiputera.

Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan India Muslim yang menjadi Melayu berdasarkan peruntukan Perlembagaan, melalui proses kahwin campur dengan orang Melayu. Ratusan ribu Melayu di negeri-negeri utara termasuk Kedah dan Pulau-Pinang adalah terdiri dari mereka yang asalnya kaum India Muslim yang sama ada berkahwin campur dengan Melayu ataupun melalui transformasi budaya iaitu beransur-ansur mengamalkan budaya Melayu dan bercakap bahasa Melayu.

Bagaimana pula dengan anak-anak hasil dari perkahwinan campur? Apakah status kaum mereka? Berdasarkan buku bertajuk, “Buku Panduan Kemasukan ke Institusi Pengajian Awam, Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2007/2008”, oleh Bahagian Pengurusan Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, definisi Bumiputera adalah seperti berikut:

1. Semenanjung Malaysia – Jika salah seorang ibu atau bapa adalah Melayu atau Orang Asal sebagaimana dalam Artikel 160(2) Perlembagaan Persekutuan, maka anaknya diiktiraf sebagai Bumiputera.
2. Sabah – Jika bapa adalah Melayu atau Bumiputera Sabah sebagaimana dalam Artikel 160A(6)(a) Perlembagaan Persekutuan, maka anaknya diiktiraf sebagai Bumiputera.
3. Sarawak – Jika kedua-dua ibubapa adalah Bumiputera Sarawak sebagaimana dalam Artikel 160A(6)(b) Perlembagaan Persekutuan, maka anaknya diiktiraf sebagai Bumiputera.

Menurut kajian Nik Haslinda Nik Hussain dari Universiti Sains Malaysia yang diterbitkan dalam jurnal Kemanusiaan pada tahun 2010, Vol 7, muka surat 37-64, dasar Tanah Simpanan Melayu (TSM) telah diadakan di negeri Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan pada tahun 1913, serta Pahang pada tahun 1914. Selepas itu, dikuatkuasakan Enakmen Rizab Tanah Melayu di Kelantan dan Perlis (1930), Kedah (1931), Johor (1935) dan Terengganu (1941). Pentadbir Inggeris, pada waktu itu, memperkenalkan TSM untuk menyekat kehilangan tanah orang Melayu kepada bukan Melayu.

Berbanding negeri-negeri lain, pelaksanaan Enakmen Tanah Rizab Melayu 1930 di Kelantan agak berlainan, di mana tanah yang hendak dipindah milik kepada sesiapa sahaja yang bukan “rakyat jati Kelantan” mestilah mendapat kebenaran daripada Raja dan Majlis Negeri terlebih dahulu. Hal ini bermakna tidak ada tanah di Kelantan yang boleh diberi milik kepada sesiapa sahaja yang bukan rakyat jati Kelantan tanpa persetujuan raja dan Majlis Negeri (Kenyataan S.K. Das dalam artikel “The Torrens System in Malaya” - Malayan Law Journal Ltd, Singapura, 1993: 475).

Menurut kajian Das, maksud “rakyat jati Kelantan” ialah sesiapa yang tergolong dalam salah satu daripada kumpulan-kumpulan berikut:

1. Sesiapa yang dilahirkan di Kelantan dan bapanya adalah orang Melayu;
2. Sesiapa yang dilahirkan di Kelantan yang ibunya adalah orang Melayu dan bapanya orang Islam;
3. Sesiapa yang dilahirkan di mana-mana sahaja yang bapanya adalah orang Melayu yang dilahirkan di Kelantan;
4. Sesiapa yang dilahirkan di mana-mana sahaja yang kedua-dua ibu bapanya adalah orang Melayu dan telah menetap di Kelantan sekurang-kurangnya 15 tahun;
5. Sesiapa yang dilahirkan di Kelantan dan bapanya juga dilahirkan di Kelantan.

Di sini kita lihat bahawa Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 mengandungi perkataan “Melayu” yang ditakrifkan sebagai seorang anak Kelantan (native of Kelantan) sebagaimana yang terkandung dalam bab keempat Enakmen tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga keraguan dengan peruntukan anak Kelantan ini apabila ia melibatkan kes-kes pengambilan anak angkat dari kaum atau bangsa lain. Anak angkat yang bukan Melayu biasanya dijadikan seorang Melayu dengan diberi nama Melayu, memeluk agama Islam, dan menuruti adat istiadat Melayu. Oleh itu, anak angkat tersebut termasuk dalam takrif “Melayu” dan anak Kelantan sepertimana yang terkandung dalam Seksyen 13, Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930.

Masalah akan timbul dalam hal pindak milik tanah. Pihak mahkamah boleh mengisytiharkan seseorang itu sebagai bukan Melayu dan bukan anak Kelantan, atau sebaliknya. Sebagai contoh, kes Hanisah lawan Tuan Mat yang dipetik dalam Malayan Law Journal, Vol 1 (1970): 213. Dalam kes ini, Hanisah membuat rayuan setelah Mahkamah Tinggi mengisytiharkan pindah milik tanah kepadanya tidak sah dan batal. Ini berikutan timbulnya pertikaian sama ada beliau merupakan seorang Melayu atau perempuan berketurunan Cina yang dilahirkan di Singapura. Hanisah telah dijadikan anak angkat seorang Melayu dan diberikan nama Melayu, iaitu Hanisah binti Abdullah @ Muhammad.

Keputusan ini berdasarkan sepucuk surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri yang mengakui menerima keputusan Majlis Mesyuarat Negeri bahawa perayu bukan seorang Melayu. Pihak penentang rayuan telah berjaya mendapat pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa Hanisah bukan seorang Melayu.

Walau bagaimanapun, pihak yang merayu membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dan rayuan itu diterima. Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri itu tidak terpakai (not binding) ke atas Mahkamah kerana ia bukan keputusan Sultan tetapi keputusan Majlis Mesyuarat Negeri dan pihak menentang rayuan juga gagal membuktikan bahawa pihak merayu bukan seorang Melayu dan bukan seorang anak Kelantan.

Kes ini menunjukkan bahawasanya walaupun seseorang itu sudah memeluk Islam sejak kecil dan membesar di kalangan keluarga Melayu, bercakap bahasa Melayu, dan mengamalkan adat Melayu, dia tetap tidak diterima sebagai Melayu secara teknikal biarpun sudah menjadi Melayu dari sudut perlembagaan. Apatah lagi bagi mereka yang memeluk Islam setelah dewasa atau ketika berumur 18 tahun, iaitu umur minima yang dibenarkan undang-undang untuk memeluk Islam tanpa perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa.

Maka, persepsi masuk Melayu jika memeluk Islam hanyalah persepsi semata-mata. Mereka tidak akan menjadi Melayu atau Bumiputera. Walau bagaimanapun, jika mereka yang bukan Melayu berkahwin dengan Melayu, anak-anak mereka boleh menjadi Melayu berdasarkan Artikel 160(2) Perlembagaan Persekutuan. Proses ini secara tidak langsung mengurangkan populasi penduduk Cina dan India apabila anak-anak mereka diserapkan ke dalam kelompok atau menjadi Melayu.

Mengikut perangkaan Jabatan Statistik Malaysia pada tahun 2000, jumlah Cina Muslim di Malaysia adalah 57,221 orang (1% dari keseluruhan kaum Cina yang seramai 5.69 juta orang). Pada tahun 2012, angka ini menurun kepada 42,048 orang (0.66% dari keseluruhan Cina seramai 6.39 juta orang). Jumlah Cina Muslim hanyalah 0.24% berbanding India Muslim 0.45% (78,702 orang) dari keseluruhan penduduk Malaysia seramai 28.33 juta orang pada tahun 2012.

Mengapakah jumlah Cina Muslim mengecil sedangkan ribuan orang Cina memeluk Islam saban tahun? Salah satu kemungkinan ialah mereka telah dikategorikan sebagai Melayu ketika bancian dilakukan kerana nama mereka menyamai nama Melayu dengan “Bin” atau “Binti Abdullah”. Jika dilihat kepada jumlah penduduk Islam di Malaysia, ia adalah 61.3% (17.38 juta dari 28.33 juta orang) pada tahun 2012 berbanding 60.4% (14.19 juta dari 23.49 juta orang) pada tahun 2000. Satu peningkatan.

Uthaya Sankar dalam tulisannya bertajuk “Kami tidak masuk Melayu” di portal Malaysian Insider pada 4 Mac 2013 mendedahkan realiti, di mana ada golongan India Muslim dan Cina Muslim yang lebih gemar menggelarkan diri mereka sebagai “orang Melayu”. Beliau mendapatkan pandangan beberapa rakan bukan Melayu yang telah memeluk Islam sama ada mereka mahu dikenali sebagai “Melayu” atau masih berbangga mengekalkan identiti kaum atau etnik asal selagi tidak bercanggah dengan Islam?

Rasyeeda Begum dari Pulau Pinang menceritakan kepada Uthaya bahawa ibu beliau adalah generasi ketiga India Muslim yang juga dikenali sebagai Mamak. Bapanya pula datang ke Tanah Melayu dari India pada tahun 1960 bersama datuknya. Beliau bangga dengan identiti Jawi Peranakan iaitu masyarakat India Muslim yang sudah mengasimilasikan budaya Melayu tetapi tetap berpegang pada sedikit sebanyak budaya India yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

Menurut Uthaya lagi, dilema identiti antara “India Muslim”, “Melayu” dan “Bumiputera” ternyata menimbulkan masalah. Beliau memberi contoh Amirah Farveen Basheer Ahmad, pelajar cemerlang SPM, yang kisahnya telah dilaporkan akhbar Berita Harian pada 25 Ogos 2011. Amirah pada mulanya tidak dapat meneruskan pengajian ke UIAM kerana status Bumiputera tidak dipenuhi oleh ibu bapanya berikutan rekod JPN menunjukkan mereka adalah India Muslim.

Penulis juga mempunyai seorang sahabat yang merupakan generasi ketiga Cina Muslim di Malaysia. Datuk beliau memeluk Islam ketika zaman awal penubuhan PERKIM. Bapa beliau berkahwin dengan Cina Muslim dan beliau turut berkahwin dengan Cina Muslim. Anak-anak beliau yang merupakan Cina Muslim generasi keempat, bermata sepet, mempunyai nama seperti Melayu, berbahasa Melayu dan Cina di rumah, serta hidup sebagai orang Malaysia, juga tidak mendapat keistimewaan sebagai Melayu mahupun Bumiputera.

Isu-isu berkaitan perkara masuk Melayu dan keistimewaan-keistimewaan tertentu yang diberikan kepada orang Melayu sememangnya mempunyai implikasi yang hanya dimengerti oleh mereka yang melaluinya, iaitu generasi yang lahir dari golongan yang telah memeluk Islam dan lahir atau menetap di Malaysia.

Apa pun, bangsa tidak penting dalam Islam. Sebaliknya, ketaqwaan kepada ALLAH SWT yang patut diutamakan. Sebagaimana Firman ALLAH SWT yang bermaksud,

"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya." (Surah al-Hujurat: 13)



Johari Yap
Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Cawangan Kelantan


Sila kongsi artikel ini...

Apa Tujuan RUU MKN 2015 Dibentangkan? - Zulhazmi Shariff

10:40 AM 0 Comments A+ a-



Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (RUU MKN 2015)
SIRI I

APA TUJUAN RUU MKN 2015 DIBENTANGKAN?


RUU MKN 2015 dibentangkan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara, perisytiharan kawasan keselamatan, kuasa khas Pasukan Keselamatan di dalam kawasan keselamatan dan perkara lain yang berhubungan dengannya.

Sejarah awal MKN.

MKN telah ditubuhkan oleh Jemaah Menteri melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 31/07/1971 setelah MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) dibubarkan. MAGERAN ditubuhkan berikutan Perisytiharan Darurat oleh YDP Agung melalui Perkara 150 ekoran insiden 13 Mei 1969.

Sejak penubuhannya, MKN diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan secara langsung di seluruh negara di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. MKN juga menjadi badan yang membantu Majlis Tindakan Negara (MTN) dalam perkara-perkara berkaitan keselamatan.

Sekarang MKN masih wujud dan berada di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi hanya sebagai penyelaras tanpa kuasa khusus. Justeru RUU MKN 2015 digubal untuk memberikan kuasa khusus kepada MKN sehingga MKN mempunyai kuasa melebihi kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Dengan penubuhan MKN di bawah RUU ini melalui kelulusan Parlimen, maka MKN akan menjadi suatu kuasa mutlak yang tidak boleh dicabar dan dipersoalkan. MKN boleh melakukan apa saja tanpa sebarang gangguan.

Ikuti SIRI II untuk keterangan lanjut.

ZULHAZMI SHARIFF.
22122015


Sila kongsi artikel ini...

Nak undI darI melayu, tapI haram dekatI melayu - Alang Ibn Shukrimun

12:40 PM 0 Comments A+ a-



NAK UNDI DARI MELAYU, TAPI HARAM DEKATI MELAYU

Tagline mereka ialah 'rahmatan lil alamin'.

Tapi pelik bila PAS cuba dekati Alumni Azhar serantau, dan PM dijemput sekali aras kapasiti tuan rumah, mereka melatah tak tentu arah. Seperti yang dijangka, cybertrooper upahan mereka segera viralkan gambar TGHH sepentas dengan Najib. Akibat tiada point boleh dijadikan isu dalam ucapan TGHH kerana beliau tidak langsung menyebut UMNO atau PAS, maka baju sedondon dijadikan isu.

Hadirin rata-ratanya merupakan golongan atas pagar yang tidak berparti. Kebanyakannya pula adalah kakitangan kerajaan terutama di sektor keagamaan. Turut hadir adalah peserta dari Indonesia, Brunei, Singapore dan Thailand. Malah wakil Azhar juga datang.

Dari sudut politik, bukankah satu langkah yang bijak apabila berjaya menembusi ruang baru yang bukan ahli PAS dan pembangkang semata-mata? Bagaimana nak bertambah undi kalau berceramah depan penyokong sahaja. Kalau hanya harapkan undi pembangkang sahaja seperti PRU13, 30 tahun akan datangpun kita masih tak boleh menang. Hampir semua peserta adalah melayu. Bukankah pembangkang kalah di banyak kerusi majoriti melayu?

Dari sudut dakwah, bukankah pentas itu sangat signifikan untuk menyampaikan mesej 'agama itu nasihat kepada ulil amri' kerana dihadiri oleh ketua kerajaan? TGHH juga punya idea berhubung geopolitik dunia. Bukankah keterlibatan semua pihak berpengaruh dari negara serantau amat sesuai untuk disampaikan ideanya? Bergolak teruk kini adalah sekitar tanah arab. Pentadbir Al-Azhar antara yang terlibat. Bila lagi masa yang sesuai untuk mengkritik tindakan mereka?

Lagi pelik bila PAS memenuhi undangan Perkasa, sebuah NGO gergasi di Malaysia malah diberi penghormatan berucap, juga dijadikan isu murahan untuk menyokong tuduhan-tuduhan lama yang sudah letih dinafikan. UG UG UG!

Tahukah mereka. Keahlian Perkasa sudah melebihi 700, 000 orang. Ramai di antaranya adalah pegawai tinggi kerajaan berpangkat Dato', Tan Sri dan sebagainya. Bukan semuanya penyokong Umno. Cuma yang pasti, mereka kuat melayu.

Kerana mereka berada di sektor kerajaan, mereka sendiri tahu kebobrokan pemimpin Umno. Mereka tahu perangai orang politik yang memimpin mereka. Dan mungkin kebenciannya sudah meluap-luap terhadap Umno. Cuma kerana jiwa mereka jiwa melayu, mereka sukar untuk memilih pembangkang kerana adanya DAP yang bersifat cauvinis dan gemar menguasai melayu.

Kalau kita tidak mendekati mereka. Sampai bila kita nak harap mereka berubah? Kalau mereka tak berubah, bagaimana kita nak menang pilihanraya?

Umumnya, pengundi Umno takut, kalau tiada Umno, siapa lagi akan bela melayu? Bolehkah Malaysia tenteram tanpa Umno? Lalu kehadiran PAS bakal memberi keyakinan kepada mereka bahawa walaupun tanpa Umno, PAS masih ada untuk perjuangkan nasib melayu dan Islam.

Tapi, akal pendek mereka tidak mampu untuk memikirkan lebih dari itu. Yang mereka tahu, Umno adalah musuh. Dan seluruh pengundi musuh haram didekati. Mereka tidak boleh membezakan antara medan politik dengan medan perang barbarian. Politik mereka masih di tahap 70an.

Rahmatan lil Alamin mereka tidak sama dengan apa yang dibawa oleh Nabi. Baginda dulu sentiasa melawati para pembesar Quraisy supaya mereka berubah. Rahmatan lil Alamin mereka bercanggah dengan perintah tuhan kepada Nabi Musa dan Harun. Baginda dahulu diperintah menghadap Firaun, Raja paling zalim sepanjang zaman. Tetapi diperintah agar menggunakan bahasa yang lembut.

Dengan tagline rahmatan lil alamin itu, dah berapa ramai ahli Umno masuk parti mereka?

Namun fantasi mereka telah menutup sinar realiti. Kata mereka, jangan bimbang. PRU14 kita pasti menang. Jangan cari pasal berbalah dengan DAP. Ikut sahaja kemahuan DAP kalau nak menang. Kita dah cukup kuat sekarang dengan sokongan 90% bukan melayu.

Teringat pula kata MB Perak kepada YB Nizar. Mereka bukan rahmatan lil alamin. Tapi Rahmatan lil DAP.

Sedarkah mereka, hakikatnya bilangan keseluruhan bukan melayu hanya 30% sahaja di Malaysia?

Nak kata bodoh, marah. Nak kata bijak, tak nampak. Kita doakan sajalah supaya akal mereka sembuh sebelum malaikat maut tiba.

(Alang Ibn Shukrimun)


Sila kongsi artikel ini...

Ringkasan Senario Semasa - Dr. Zaharuddin Abd Rahman

12:32 PM 0 Comments A+ a-



Ringkasan Senario Semasa

oleh:
Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Harga minyak dunia jatuh lagi selepas meeting OPEC yang gagal mencadangkan solusi memotong keluaran minyaknya, punca lebih besar adalah disebabkan kedegilan syarikat Amerika (shale producers seperti Continental Resources and Whiting Petroleum) yang ingin tetap mengeluarkan lebih dari kebiasaan sehingga menyebabkan Amerika telah mengeluarkan lebih 80% tong minyak lebih dari kebiasaan sehingga menyebabkan jumlah bekalan minyak dunia terlebih berbanding permintaan sekitar 1.8 juta tong sehari pada suku ketiga tahun 2015.


Bajet Malaysia mengambil kiraan USD 48 untuk satu tong dalam mengira anggaran pendapatan PETRONAS dan royalti kerajaan, namun hari ni harga per barrel hanyalah USD 36.88 bagi Brent Crude Oil dan USD 34.73 bagi WTI Crude Oil. Terdapat keungkinan Semakan Bajet Negara akan diperlukan jika keadaan ini berterusan, kerana anggaran pendapatan negara akan berkurangan.

Sebagai orang biasa, pastinya kita mengharapkan harga petrol untuk kegunaan harian akan turun selaras dengan penurunan harga minyak, agar dengannya kos-kos perbelanjaan harian boleh terimbang dengan kos-kos yang naik.

Federal Reserve USA pula telah menaikkan kadar faedah ke 0.5 % yang mengakibatkan nilai ringgit akan turun lagi. Proton pula sedang menimbang untuk menaikkan harga kereta mereka disebabkan rendahnya nilai ringgit ini. Fitch Ratings pula telah menurun ratings (penarafan) bank-bank Malaysia untuk tahun 2016. Juga dibimbangi memberi kesan pinjaman semakin kurang diluluskan dan harga yang dikenakan kepada pelanggan mungkin akan naik.

Hasil keadaan di atas, sebahagian pekerja mungkin akan diberhentikan...beratus ribu pekerja di seluruh dunia dari pelbagai syarikat berkaitan minyak telah diberhentikan hanya kerana rendahnya harga minyak. Di Malaysia tidak terkecuali dan bukan hanya terhad kepada syarikat berkaitan industri minyak sahaja.

Semua kesan hal ini jika belum sampai kepada individu, namun akan sampai justeru perlu bersedia & mencari jalan berhadapan dengan suasana ekonomi lebih mencabar tahun 2016 nanti. Tiada nasihat dan kata magis yang mampu menyelesaikan masalah ini dalam tempoh singkat.


Sila kongsi artikel ini...

Ucapan Takziah DPPMDi Atas Tragedi 5 Beranak Lemas

12:13 PM 0 Comments A+ a-



Perutusan Khas
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

UCAPAN TAKZIAH DPPM DI ATAS TRAGEDI 5 BERANAK LEMAS


DPPM merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan saudara-mara mangsa lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu yang telah meragut nyawa Ustaz Abdul Halim Samian serta isteri dan tiga (3) orang anak beliau ketika bermandi-manda di kawasan tersebut.

Tragedi ini begitu menyayat hati dan meruntun jiwa kita semua, namun hakikatnya ialah kehidupan dan kematian adalah suatu ketetapan daripada Allah SWT. Manusia tidak berupaya mengelak daripanya.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allahyarham dan ahli keluarganya diletakkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

DPPM juga menyeru dan merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin agar dapat menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada adik Mohd Hasif iaitu satu-satunya mangsa yang terselamat dalam insiden tersebut supaya beliau dapat meneruskan kehidupan dengan sabar dan tenang.

Kini, kita semua adalah ayah dan ibu kepadanya.

Semoga adik Mohd Hasif membesar dalam jagaan dan inayah Allah ta'ala dengan kekuatan yang luar biasa daripadaNYA.

Sekian.

NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Isnin, 21 Disember 2015 | 9 Rabiulawal 1437 H


Sila kongsi artikel ini...

Optik sepatutnya terhadap Multaqa Al-Azhar - Tuan Ibrahim Tuan Man

11:17 PM 0 Comments A+ a-



Optik sepatutnya terhadap Multaqa Al-Azhar

Gagasan yang diperintahkan oleh Allah sangat jelas. Suatu gagasan merentasi sempadan warna kulit, bangsa dan geografi. Faktor inilah yang merubah wajah kelompok manusia yang telah berjaya dihapuskan oleh Islam. Perubahan warna kulit bangsa telah ditegaskan oleh Allah hanyalah sebagai "untuk kenal-mengenali" antara satu sama lain.


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). - Al-Hujurat ayat 13

Presiden PAS telah meneruskan langkah yang telah diambil oleh semua pimpinan terdahulu dalam melihat sesuatu isu berdasarkan pandangan mata syarak. Bukan melawan melulu sehingga semua masalah di satu-bakulkan.

Di dalam ucapannya, depan-depan Presiden PAS menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan barisan kerajaan yang menjadi pengampu kepada pemimpin, dan amaran agar tidak mengundang kuasa asing dalam menyelesaikan masalah negara.

Apa yang berlaku di negara-negara Islam harus dijadikan pengajaran. Ketamakan kuasa dalam pertembungan dalaman sengit antara puak-puak sehingga satu pihak hampir kalah dan satu pihak hampir menang telah menyebabkan puak-puak yang bertembung mencari kuasa luar, terutamanya kuasa Barat, yang akhirnya menggadaikan kedaulatan negara dan peperangan berpanjangan.

Ini yang diingatkan oleh Presiden PAS bahawa campurtangan asinglah menjadi punca kehancuran beberapa buah negara di Asia Barat. Jangan kita mengambil langkah yang sama di rantau ini.

Umum mengetahui PAS membantah keras TPPA atau Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang diperjuangkan Umno. PAS melihat lebih bahaya pihak yang mengadakan pertemuan, mengadu masalah negara dan parti dan cuba mendapatkan sokongan dan restu Presiden Amerika setiap kali Barack Obama datang ke Malaysia.

Tiada apa yang pelik untuk Presiden PAS untuk sepentas dengan Presiden Umno. Presiden-presiden PAS terdahulu sehingga kini pernah sepentas dengan presiden-presiden Umno. Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berada sepentas dengan Tun Mahathir Mohamad dalam membicarakan isu Palestine, TG Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz juga pernah berada sepentas dengan Tun Abdullah Badawi dalam pelancaran Eastern Corridor Economic Region (ECER) dan kini Tuan Guru Presiden berada pentas dengan Datuk Seri Najib Razak atas isu Perpaduan Ummah.

Kesediaan Presiden PAS berada sepentas atau mengadakan pertemuan dengan pemimpin kerajaan adalah jiwa besar yang seharusnya menjadi kebanggaan seluruh ahli parti, dan ini tentunya akan menyempitkan dada mereka yang sentiasa sakit hati dengan dasar dan perjuangan PAS khususnya mereka yang melihat sepentas ini bermakna ia akan menjadi separti atau akan menjadi satu parti.

Kita tidak perlu menghabiskan masa melayani kumpulan tersebut kerana dasar dan perjuangan kita tiada kena mengena dengan mereka.

PAS akan terus istiqamah di atas dasar Islam dan bersedia untuk terus duduk semeja dengan sesiapa sahaja bagi membincangkan isu negara melangkaui sempadan parti politik. Sebagai sebuah parti yang besar kita mesti mempunyai jiwa besar bagi menghadapi isu besar ummah dan negara. PAS akan terus menentang kemungkaran yang membahayakan rakyat dan negara.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
19hb Disember 2015


Sila kongsi artikel ini...

Tajuk berita 'misleading' TMI - Tuan Ibrahim Tuan Man

11:16 PM 0 Comments A+ a-



Tajuk berita 'misleading' TMI

Merujuk tajuk artikel The Malaysian Insider bertajuk: "Now PAS No. 2 shows support for Umno collaboration" - Saya kesal dengan tajuk artikel ini kerana ia jauh terpesong dengan isi kenyataan saya yang asal.

Para pembaca boleh merujuk kepada kenyataan asal saya hari ini (https://m.facebook.com/story.php…) dan kenyataan saya 5 hari lepas 14 Disember (https://m.facebook.com/story.php…) untuk mendapat gambaran tepat mengenai pandangan saya dan parti terhadap jemputan Umno untuk bekerjasama dengan PAS.


Pendek kata, PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Malah kini, PAS sedang merangka strategi mempertahankan kerajaan Kelantan, menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 DUN yang dimenangi Umno di Selangor dan menambah kerusi parlimen di tempat berlawan dengan Umno.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
19 Disember 2015


Sila kongsi artikel ini...

Laporan Merdeka Center: Sokongan Kepada PAS Merosot? - Mahfuz Omar

8:08 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

LAPORAN MERDEKA CENTER : SOKONGAN KEPADA PAS MEROSOT?

1. Saya terkejut dengan laporan hasil kajian(survey) Merdeka Center terhadap tahap sokongan kepuasan kepada parti-parti politik pembangkang dan kerajaan. Saya tiada kesempatan bertemu dan mendapat pencerahan daripada Merdeka Center terhadap dapatan kajian yang sering dipetik oleh pihak organisasi Parti saya iaitu Pas bagi menunjukkan keselesaan dan penerimaan orang Melayu kepada Pas.

2. Apa yang merunsingkan saya ialah kemerosotan peratusan sokongan pengundi Melayu dan bukan Melayu kepada Pas berbanding keputusan PRU13. Daripada dapatan kajian Merdeka Center pada November 2015 pada waktu tahap ketidakpuasan hati orang Melayu pada umno bn begitu tinggi, tetapi sebaliknya tahap kepuasan hati melayu pada Pas hanya 42%. Jika peratusan tahap kepuasan hati kepada Pas itu dianggap sebagai tahap sokongan semasa Melayu kepada Pas, apakah ini bermakna peratusan ini menunjukkan kemerosotan sokongan Melayu kepada Pas berbanding tahap sokongan Melayu kepada Pas pada PRU13 iaitu sebanyak 45%? Ia menunjukkan kemerosotan sejumlah 3%. Sedangkan tahap tidak puas hati dan marah orang Melayu kepada Umno pula ialah 54%. Apakah ini menunjukkan berlaku kemerosotan sokongan Melayu kepada Pas dan orang Melayu yang tidak puas hati dan marah kepada Umno tidak pun beralih kepada Pas?

3. Dapatan kajian ini meletakkan kedudukan Pas di peta politik pilihan raya negara sangat tidak selesa. Ditambah lagi dengan tahap ketidakpuasan hati dan marah orang Cina kepada Pas sebanyak 66%. Berbanding dengan sokongan pengundi Cina pada Pas dalam PRU13 ialah 75%. Apakah ini bermakna sokongan semasa pengundi Cina kepada Pas sekarang hanya tinggal sekitar 10% sahaja kerana 66% daripada 75% yang menyokong Pas pada PRU13 yang lalu kini begitu marah dan tidak puas hati dengan Pas?

4. Persoalannya, bagaimana Pas akan dapat jumlah undi yang tinggi mengatasi parti -parti lain untuk Pas menang dalam PRU14 akan datang? Ini bergantung bagaimana Pas memposisikan politiknya untuk mendapatkan kembali sokongan kepadanya. Pilihan yang ada pada Pas ialah sama ada menyertai Pakatan Harapan (PH) dan terus membina momentum untuk mendapat kembali sokongan Melayu dan Cina serta bukan Melayu yang lain untuk bersama sampai ke Putrajaya, atau sebaliknya menyambut pelawaan Najib untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Umno Bn bagi menggembeling sokongan pengundi Melayu atas nama retorik survival kuasa politik Melayu? Tidak mungkin Pas boleh bersendirian untuk mencapai kedudukan terbaik pada PRU14. Jika Pas bersendirian dalam PRU14, Pas terpaksa berhadapan dengan situasi politik semasa di mana orang Melayu sendiri yang menolak pendekatan politik bersendirian.

5. Apa yang perlu dilakukan Pas? Keberanian membuat keputusan. Sertai PH atau terima salam Silaturrahim kerjasama politik dengan Umno.Tiada bersendirian dan tiada juga dua Front Pembangkang pada PRU14.

Diharap tirai tahun 2016 akan bermula langkah kanan untuk perubahan.

BERSATU MEMBINA MALAYSIA BARU

DATO' HJ MAHFUZ B. HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
17 Dis 2015/5 Rabiulawal 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Memahami Dakwaan WSJ Tentang Penyaluran Wang ke Syarikat 'Dummy' oleh 1MDB - Wan Ahmad Fayhsal

1:06 AM 0 Comments A+ a-



MEMAHAMI DAKWAAN WSJ TENTANG PENYALURAN WANG KE SYARIKAT "DUMMY" OLEH 1MDB

Mudah isunya ialah saluran daripada 1MDB masuk ke sebuah syarikat "dummy" bertempat di British Virgin Island (BVI) yang berkongsi nama dengan "Aabar Investments PJS" iaitu “Aabar Investments PJS Ltd".

Apa beza? Bezanya ialah jenis syarikat yang dibuka di BVI iaitu ialah bersifat "LIMITED" atau "Trust Company". (rujuk laporan CIJ: http://www.icij.org/…/caribbean-go-between-provided-shelter…)


Ini biasa dibuat oleh syarikat multinasional seperti Apple, Nike dan banyak lagi untuk buat "transfer pricing" bagi elak cukai.

Disebabkan struktur perundangan "offshore tax haven" adalah "opaque" maka "tax avoidance" boleh bertukar jadi "tax evasion" yang mana pelbagai jenis pengubahan wang haram boleh berlaku.

Mengikut akhbar The Edge yang juga menjadi bahan bukti untuk Bank Negara mendakwa 1MDB tetapi disekat oleh AG, Jho Low menggunakan modus operandi yang sama iaitu mendaftar syarikat-syarikat "trust" ini atas nama yang sama dengan syarikat induk PetroSaudi International tetapi berbeza-beza lokasi dengan status limited seperti PetroSaudi International Ltd. (Cayman);PetroSaudi International Ltd. (Seychelles).

Siapa pemilik sebenar syarikat "trust" ini? Sudah tentu Jho Low dan rakan-rakannya seperti Tarek Obaid.

Tak percaya boleh buat benda ini dengan kongsi nama tapi berbeza pemilik? tengok video di bawah berkenaan Luxembourg.
https://www.youtube.com/watch?v=DTB90Ulu_5E

Macam mana Deloitte boleh terlepas? Ikuti kupasan Ganesh Sahathevan: http://sahathevan.blogspot.com.au/…/1-mdb-confirmed-in-writ…

"Bradley Hope's story today suggests that 1 MDB transferred funds it called a deposit to a dummy corporation neither it nor the apparent recipient, Aabar PJS, owned or controlled. 1 MDB's statement above confirms everything but the identity of the recipient.

The assertion "that 1MDB auditors, Deloitte, made specific and detailed enquiries on these payments prior to signing off on the 1MDB audited accounts" seems to be an attempt to hide behind the auditors error.

Deloitte appear to have made a mistake not uncommon among auditors, in this case not realizing “Aabar Investments PJS Ltd" and “Aabar Investments PJS" are not the same entity.

It should be kept in mind that Deloitte were investigating a deposit, not a payment, in which case the auditors would have likely requested a proof of deposit from the entity in question, in this case Aabar Investments PJS Ltd. Audit processes are not likely to have required Delloite to seek proof of anything else. It does appear as if 1MDB (and/parties acting in concert )was itself the party that provided the proof of deposit."

Adakah Deloitte akan ditimpa nasib yang sama dengan Arthur Andersen? Your guess is as good as mine.


Sila kongsi artikel ini...

Amaran Buat Raja Petra dan Blog MYKMU Yang Mengfitnah saya - Khairuddin Abu Hassan

2:36 PM 0 Comments A+ a-



AMARAN TERHADAP RAJA PETRA DAN BLOG MYKMU YANG MEMFITNAH SAYA

Saya sedang mengarahkan peguam untuk membuat penelitian terhadap kenyataan fitnah yang dibuat oleh penyangak raja petra serta blog mykmu di dalam penulisan mereka yang tidak berasas sama sekali!!

Seumur hidup tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan justo sepertimana yang ditulis oleh mereka dengan niat jahat untuk memfitnah serta mencemarkan kredibiliti keperibadian saya.


Mereka ini adalah kalangan desperado yang cuba mereka-cipta fakta yang tidak benar. Saya juga ingin mencabar penyangak raja petra dan blog mykmu untuk membuktikan tuduhan jahat mereka itu!!

Pihak barisan peguam saya sedang membuat penelitian keatas kenyataan yang berunsur fitnah itu dan tidak teragak-agak untuk nengambil tindakan undang-undang saman malu atas dasar prinsip kebenaran!!

Walaupun melayan kerenah penyangak raja petra ini buang masa saja kerana sifat baculnya yang lari ke luar negara serta hanya berani menabur fitnah dari jarak jauh saja!! Tambahan pulak beliau adalah seorang yang bankrap!!

Sesiapa saja boleh mengambil tindakan saman malu keatas diri saya sekiranya tindakan selama ini berunsur fitnah!!

Namun, dalam apa jua keadaan perjuangan untuk menegakkan kebenaran buat 30 juta rakyat malaysia akan diteruskan sehinggalah kebenaran muncul!! Kita wajib memerangi rasuah serta penyelewengan sepertimana yang dituntut oleh hukum islam yang sebenarnya!!

Taat dan takut hanya pada Allah swt bukan pada pemimpin mungkar lagi korup!!


Sila kongsi artikel ini...

Semua Ahli Parlimen BN yang sokong RUU MKN boleh didakwa di bawah Akta Hasutan1948 - Hanipa Maidin

11:32 AM 0 Comments A+ a-



Semua Ahli Parlimen BN yang sokong RUU MKN
boleh didakwa di bawah Akta Hasutan1948

1. Rang Undang Undang ( RUU ) Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 dengan 104 Ahli Parlimen BN mengundi menyokong RUU tersebut.

2. Memandangkan RUU MKN tersebut antara lain mengambil kuasa Yang Dipertuan Agong ( YDPA ) di bawah Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan, maka RUU MKN tersebut bukan sahaja mempersoalkan kuasa YDPA tapi ia lebih dari mempersoalkan kuasa dan budibicara YDPA iaitu ia merampas sama sekali kuasa YDPA.

3.Oleh itu jika kita mengambil kira seksyen 3 ( 1 ) ( a ) , ( b ), ( d ) dan ( f ) Akta Hasutan 1948 , maka tindakan kesemua Ahli Parlimen BN yang menyokong RUU MKN tersebut adalah jelas melakukan kesalahan menghasut di bawah Akta Hasutan. Malahan saya berani menyatakan termasuk yang melakukan kesalahan tersebut adalah Speaker dan timbalan timbalan Speaker Dewan Rakyat yang membenarkan RUU MKN dibentangkan dan dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

4. Akta Hasutan tidak memberi kekebalan kepada mana mana Ahli Parlimen hatta ketika mereka melaksanakan tugas mereka berbahas di dalam Dewan Rakyat. Malahan Akta Hasutan juga tidak mengambil kira niat seseorang .

5. Di dalam kes Pendakwa Raya v Karpal Singh , Mahkamah Rayuan memutuskan kenyataan mendiang Karpal Singh yang menyatakan Y.M Almarhum Sultan Perak boleh disaman dalam kes rampasan kuasa Perak adalah menghasut kerana mendiang didakwa mempersoalkan budibicara Sultan berkaitan isu pelantikan Menteri Besar.

6.Jika kita bersandar kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Karpal Singh tersebut, adalah jelas yang dilakukan oleh Ahli Ahli Parlimen BN pada 3 hb Disember 2015 ketika meluluskan RUU MKN yang lalu adalah lebih dahsyat lagi.

7. RUU MKN 2015 bukan sahaja mempersoalkan kuasa atau budibicara YDPA di dalam Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya RUU tersebut merampas sama sekali kuasa dan budibicara YDPA tersebut dan diberi kuasa dan budibicara tersebut kepada Perdana Menteri. Lebih jelas lagi pelanggaran Akta Hasutan 1948.

8. Menteri menyatakan dalam Parlimen bahawa RUU MKN telah dapat perkenan Peguam Negara, maka bagi saya Peguam Negara juga sebagai pihak yang menasihati Kerajaan dalam penggubalan RUU tersebut juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

9. Jika begitu, adakah Amanah menyokong semua mereka di atas didakwa di bawah Akta Hasutan ?

10. Pendirian Amanah adalah kami menolak Akta Hasutan iaitu warisan undang undang penjajah. Amanah tidak sokong Akta Hasuta tersebut , maka Amanah juga tidak menyokong sesiapa pun hatta musuh politik Amanah disiasat jauh sekali didakwa di bawah Akta Hasutan.

11. Walaupun Kerajaan BN telah menyalahguna Akta Hasutan dengan mendakwa musuh musuh mereka di bawah Akta zalim itu, Amanah tidak mahu Akta yang sama digunakan kepada BN meskipun BN secara jelas melanggar Akta tersebut .

12. Sebaliknya Amanah mahu Kerajaan gunakan kuasa mereka dengan menarik balik atau membatalkan kedua dua undang undang drakonian tersebut iaitu Akta Hasutan dan RUU MKN.

13.'Amanah mahukan kerajaan yang menghormati kebebasan bersuara dan juga menghormati kemuliaan seorang insan.

Bersama sama kita tolak RUU MKN dan Akta Hasutan.

16.12.2015

Mohamed Hanipa Maidin
Pengerusi KANUN
('Biro Undang Undang Amanah )
Ahli Parlimen Sepang.


Sila kongsi artikel ini...

LPPSA Mesti Berperanan Lindungi Penjawat Awam - Ir Khairil Nizam

9:28 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

IR. HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia


6 Rabi’ul Awwal 1437 | 17 Disember 2015

LPPSA : MESTI BERPERANAN LINDUNGI PENJAWAT AWAM

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan pengekalan dasar dan kadar pembiayaan keuntungan perumahan 4 peratus yang dinikmati oleh penjawat awam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Lembaga ini akan menggantikan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan berkuatkuasa 1 Januari 2016.

DPPM berpendapat, pada peringkat fasa formatif ini, jaminan yang diberikan oleh Setiausaha LPPSA adalah relevan dan boleh diterima. Namun begitu, masih terdapat beberapa perkara yang boleh dipersoalkan terutamanya mengenai mekanisme perlindungan konsumer (penjawat awam) dan operasi pembiayaan yang diperolehi daripada bank-bank di Malaysia. Hal ini ekoran daripada bidang kuasa dan budi bicara LPPSA lebih luas sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta LPPSA.

Pertama, urusan dokumentasi guaman termasuk panel guaman hanya akan dikendalikan di bawah LPPSA. Ia mungkin boleh meningkatkan efisiensi tetapi terma-terma dan caj yang dikenakan adalah tertakluk sepenuhnya di bawah LPPSA. DPPM juga meminta kerajaan menjelaskan terma-terma perjanjian standard yang akan diimplementasikan memandangkan ia akan berkuatkuasa 1 Januari kelak. Adakah ia lebih baik berbanding di bawah BPP sebelum ini?

Walaupun langkah transformasi ini memberikan obligasi dan hak sepenuhnya kepada LPPSA, namun menteri mempunyai kuasa eksekutif yang luas dalam menentukan polisi, prosedur dan juga hal-hal berkaitan kewangan seperti kenaan caj, fi serta hal ehwal pelaburan dana LPPSA. DPPM menggesa kerajaan menjelaskan dasar baru perumahan untuk penjawat awam yang lebih menarik dan bukan hanya sekadar mengurangkan liabiliti kerajaan menanggung hutang perumahan yang sebenarnya adalah salah satu keistimewaan kepada anggota penjawat awam.

DPPM bimbang LPPSA menjadi sebuah lagi keistimewaan awam yang diswastakan dan ia terdedah kepada pihak yang berkepentingan untuk mengaut lebih keuntungan (profit oriented). Dalam urusan pembiayaan perumahan, banyak isu yang melibatkan perlindungan konsumer terabai, antaranya perumahan dalam proses pembinaan, terabai dan kes-kes pembiayaan atau pinjaman. Semua isu ini perlu diatasi dalam dasar perumahan untuk melindungi kepentingan konsumer secara umum dan anggota kakitangan awam secara khusus.

Sekian, terima kasih.


Sila kongsi artikel ini...

PAS Meneraju Penyatuan Ummah Berteraskan Syariat - Ustaz Ahmad Yakob

8:31 AM 1 Comments A+ a-



PAS MENERAJUI PENYATUAN UMMAH BERTERASKAN SYARIAT

Oleh: Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob
Timbalan Mursyidul Am PAS
3 Rabiul Awwal 1437/15 Disember 2015

1) PAS sejak awal penubuhannya dibangunkan diatas dasar menegakkan hukum dan tuntutan Allah. PAS telah berusaha untuk menjadikan Syariat Islam sebagai pegangan umat Islam di Malaysia. Dalam memperteguhkan Syariat Islam ini, PAS telah mengangkat Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai sumber rujukan dan sehingga kini PAS tidak berganjak dalam memperjuangkann
ya.

2) Masih ramai umat Islam di Malaysia yang tidak mempedulikan tuntutan Al-Quran. Ada dalam kalangan mereka yang beriman dengan sebahagian ayat dan mengenepikan sebahagian yang lain. Diatas kesedaran ini, PAS mengambil peranan untuk memacu ummah dalam mendaulatkan tuntutan Allah sebagaimana terkandung dalam Al-Quran. Allah SWT berfirman:

وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ. ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

Maksudnya: Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) adalah merupakan kebenaran yang mengesahkan Kitab-Kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya lagi Maha melihat dan memerhatikan. Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (daripada Allah semata-mata). (Fatir : 31-32) :

3) PAS telah melalui pengalaman yang sangat lama dalam kancah politik dan telah mendepani pelbagai cabaran serta tribulasi tersendiri. Akhir-akhir ini terdapat pula pihak yang mendakwa perjuangan PAS sudah terpesong daripada dasar perjuangan Islam. Malah ada yang begitu berani menyamakan perjuangan PAS dengan puak ISIS yang ekstrim. Ini adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda jahat terhadap PAS.

4) PAS sangat mengutamakan perpaduan ummah sebagaimana asas perpaduan yang telah dibina oleh Rasulullah SAW di Madinah. Kenyataan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang bertajuk ‘Syariat Islam Asas Penyatuan Ummah’ adalah suatu lontaran yang sangat tepat khususnya menyedari situasi negara kita pada hari ini dalam keadaan parah akibat politik kepartian yang mengenepikan Syariat. Islam telah meletak garis panduan dalam berpolitik dan berparti. Terasasnya sesebuah parti bagi umat Islam adalah untuk melaksanakan segala tuntutan agama agar tertegak di dalam negara. Agenda melaksanakan tuntutan Allah yang merangkumi hal ehwal pentadbiran, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain lain adalah menjadi fokus utama PAS.

5) Rasulullah SAW melalui usaha konstruktifnya telah berjaya menyatukan ummah di Madinah. Sebelum kedatangan Rasulullah, masyarakat Madinah hidup di dalam keadaan berpecah-belah. Hal ini disebabkan Madinah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Sebelum ini Aus dan Khazraj bertelagah antara satu sama lain sementara hubungan antara Yahudi dan kabilah Arab penuh dalam ketegangan.

6) Nabi sedar, negara Madinah mungkin tidak dapat ditegakkan jika penduduk Madinah tidak bersatu terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, Nabi SAW telah bertindak mempersaudarakan golongan Aus dan Khazraj dan mereka diberi nama baru iaitu golongan Ansar, golongan ini kemudiannya telah dipersaudarakan pula dengan golongan Muhajirin dan seterusnya mengadakan perjanjian damai dengan golongan Yahudi. Nabi juga membina masjid sebagai tempat untuk menyatukan umat Islam. Dengan usaha-usaha yang dilakukan ini maka terbentuklah satu ummah yang teguh di Madinah dan akhirnya terbina Madinah Sejahtera dan Barakah.

7) Pembentukan ummah ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam. Ia telah membuka peluang kepada penyebaran agama Islam. Orang Islam bebas beribadat dan menyebarkan agama Islam. Hal ini menyebabkan bilangan penganut Islam bertambah dengan ramainya. Dalam tempoh sepuluh tahun Nabi di Madinah, penganut Islam telah meningkat lebih daripada 100,000 orang. Hal ini terbukti semasa Nabi mengerjakan ibadat haji yang terakhir, seramai 100,000 orang telah mendengar khutbah baginda yang terakhir. Bilangan ini sangat besar berbanding dengan bilangan yang berjaya di islamkan dalam tempoh 13 tahun ketika Nabi SAW di Mekah.

8) Inilah agenda yang ditumpukan oleh PAS, ianya bukan sekadar memenuhi tanggungjawab politik kepartian dan mendambakan kuasa pemerintahan semata-mata, akan tetapi agenda dakwah dan tarbiyah mesti selari dengan usaha siyasah atau politik. PAS tidak mahu negara ini hancur disebabkan percaturan politik yang hanya menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat. PAS mendukung usaha perpaduan semua kaum, orang Islam dan bukan Islam. Apatah lagi dalam usaha untuk membangunkan Malaysia sebagai Negara Islam, maka tidak dapat tidak PAS mesti menjadi pencatur untuk umat Islam berpadu.

9) PAS tidak akan bergabung dengan Umno dan Barisan Nasional sehinggalah Umno melaksanakan Syariat Islam. Hal ini dipertegaskan berkali-kali oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini. Umno dan Barisan Nasional wajib memertabatkan Syariat Islam dalam negara ini dengan kuasa yang ada ditangan mereka. Inilah sahaja jalan untuk membentuk perpaduan yang akan mempastikan tuntutan Islam dapat ditegakkan.

10) Dalam usaha PAS untuk membangunkan negara dengan Syariat Islam, PAS akan sentiasa menjadi parti checks and balances kepada Kerajaan Persekutuan. Kini, PAS sudah memerintah negeri Kelantan dan Selangor bersama pakatan tahaluf. Dengan pengalaman mentadbir ini, PAS melalui negeri yang dikuasainya akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha ta’awun atau saling bantu-membantu demi untuk kesejahteraan dan faedah kepada rakyat. PAS insya-Allah akan menonjolkan model terbaik bagi mendirikan sesebuah pemerintahan untuk menaungi ummah.

11) PAS sehingga kini terus menjadikan Kelantan sebagai negeri dibawah payungan Syariat dan alhamdulillah masyarakat diasuh dengan didikan agama, penganut Islam dan bukan Islam saling hidup tolong-menolong dan usaha mendirikan agama didukung bersama. Sebagaimana usaha di Kelantan, inilah juga usaha PAS dalam melebarkan kuasa ke negeri-negeri lain termasuklah untuk memenuhi hasrat rakyat ke Putrajaya dengan model kepimpinan yang adil lagi saksama.


Sila kongsi artikel ini...

Retorik Perpaduan Melayu Hanyalah Sandiwara Ulangan UMNO - Nik Nazmi

10:37 AM 0 Comments A+ a-



RETORIK PERPADUAN MELAYU HANYALAH SANDIWARA ULANGAN UMNO

Angkatan Muda Keadilan yakin rakyat tidak lagi mudah termakan propaganda perpaduan Melayu yang cuba disampaikan oleh UMNO terutama pasca perhimpunan agung parti itu baru-baru ini.

Rakyat sudah maklum, setiap kali terhimpit, UMNO akan lebih lantang dan kerap menyuarakan perpaduan Melayu, dengan harapan ia akan dapat mengalih perhatian ramai daripada kepincangan parti itu.


Hakikat yang tidak dapat disembunyikan UMNO ialah parti itu sendiri kini berpecah kerana skandal penerimaan wang kira-kira RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Presiden UMNO Najib Razak serta keraguan dalam tadbir urus 1MDB di mana beliau merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.

Jelas, meskipun perpaduan adalah sebuah idealisme unggul, ia mestilah atas prinsip keadilan dan kebebasan, bukan berkompromi dengan rasuah dan salah guna kuasa.

UMNO terus memainkan propaganda usang konon kuasa orang Melayu dan Islam kian terhakis, walhal bilangan ahli parlimen Melayu dan Islam terus bertambah meskipun penguasaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO merosot.

UMNO cuba meyakinkan orang Melayu kononnya tanpa UMNO mereka akan hidup susah dan ditindas. Hakikatnya, rakyat tanpa mengira kaum hari ini terbeban oleh pelbagai dasar kerajaan yang pentadbirannya dikuasai oleh UMNO. Orang Melayu yang merupakan majoriti dalam kumpulan 40 peratus rakyat berpendapatan paling rendah terpaksa bergelut dengan dasar-dasar tersebut.

Bantuan demi bantuan yang diberi, sebenarnya lebih memperkayakan golongan elit, yang ramai daripadanya mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin UMNO.

Sebab itu, meskipun pelbagai bantuan telah cuba diberikan sejak sekian lama, jurang ekonomi antara orang Melayu miskin dan orang Melayu kaya semakin melebar.

UMNO akan terus mengulang retorik perpaduan Melayu untuk menyelamatkan diri tetapi orang melayu akan berpadu menolak kebobrokan parti itu, seterusnya nanti bersama-sama dengan rakyat Malaysia seluruhnya membina semula negara ini yang lebih bebas, adil dan bersatu.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN


Sila kongsi artikel ini...

Isu Tangkapan Khalwat - Dr Mujahid Yusof Rawa

9:42 AM 0 Comments A+ a-



ISU TANGKAPAN KHALWAT

Isu yang dibangkitkan oleh G25 baru-baru ini tentang tangkapan khalwat perlu didasari atas beberapa konsep dosa dan apa yang dikategorikan sebagai kesalahan awam.

1. Islam amat tegas dalam soal dosa atau ذنب kerana ذنب adalah perosak kepada individu dan berpotensi untuk menjerumuskan masyarakat dalam kelalaian dan kealpaan terhadap ajaran Islam. Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu durhakai” (hadith riwayat ath-Thusi)

2. Dosa dinilai kebejatannya dari sudut pelaku dan sejauhmana kesannya pada orang ramai. Pelaku dosa yang hanya merosakkan dirinya tak sama dengan pelaku dosa yang merosakkan dirinya dan orang ramai. Rasuah dan merompak harta awam dan menyembunyikan kebenaran adalah contoh kategori dosa yang melibatkan kerosakan pada manusia terbanyak. Kesan jangka panjang sesebuah perbuatan dosa juga hendaklah dipertimbangkan oleh pemimpin masyarakat dan penggubal polisi awam. Berhubung hal ini Imam Al-Shabiti menyatakan:

“Memperhatikan kesan masa depan sesebuah perbuatan adalah antara perkara yang menjadi tuntutan untuk merealisasikan objektif Syara’.”

3. Dosa atau kesalahan yang mengundang murka Allah juga dilihat dari sudut perbuatan samada dibuat secara Jahri (terang-terangan) atau Sirri (senyap dan diam-diam). Walaupun kedua-dua keadaan tetap satu dosa namun melakukannya secara terangan menambah satu lagi kesalahan iaitu 'mencabar' perintah laranganNya. Tidak solat dalam diam adalah dosa namun mengisytiharkan solat itu tak berfaedah dan mengingkarinya secara terangan bagi seorang muslim adalah satu perbuatan mencabar Allah. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Setiap umatku akan mendapat ampunan, kecuali mujahirin (orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa). Dan yang termasuk terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang berbuat (dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakannya, padahal Allah telah menutupi perbuatannya tersebut, yang mana dia berkata, “Hai fulan, tadi malam aku telah berbuat begini dan begitu.” Sebenarnya pada malam hari Rabb-nya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi harinya dia menyingkap perbuatannya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah tersebut.” (Muttafaq ‘Alaih)

4. Bagi Muslim piawaian dosa serta taklifnya (tanggungjawab) pula hanyalah mengikut apa yang ditetapkan oleh syara'. Kita tidak boleh paksa piawaian dosa ke atas penganut lain. Firman Allah SWT:

"Tidak ada paksaan dalam beragama." (QS. Al-Baqarah: 256)

5. Dosa boleh dianggap kesalahan umum apabila perbuatan seseorang samada Muslim atau non Muslim mencerobohi ruang awam dan membahayakan keselamatan atau merosakkan akhlaq awam dan berupaya merosakkan prinsip masyarakat yang diterima ramai.

6. Bagi ruang peribadi atau sendiri kesalahan melakukan sesuatu perbuatan dosa tanpa pelaku menceroboh ruang awam, kesalahannya diperhitung kelak oleh Allah. Jika kita mengetahuinya maka hendaklah menasihati agar ia bertaubat dan memohon istighfar. Rasulullah SAW bersabda:

“Agama itu adalah nasihat, agama itu adalah nasihat, agama itu adalah nasihat”. Mereka (para sahabat) bertanya,"Untuk siapa, wahai Rasulullah?" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,"Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam kaum Muslimin atau Mukminin, dan bagi kaum Muslimin pada umumnya.”(hadith riwayat Muslim)

7. Penguatkuasaan atas jenayah dosa lebih kepada kesedaran dan pertanggungjawaban hamba dengan Allah selagi ia bukan jenayah mencabar Allah terang-terangan dan merosakkan maslahat kepentingan masyarakat sehingga lahir benci-membenci antara manusia.

8. Islam mewajibkan hamba Allah bertaubat pada kesalahannya dengan beristighfar dan membenci perlakuan dosa serta menghayati perasan kesal pada perbuatannya. Tanggungjawab para ulamak dan mereka yang mengetahui adalah senantiasa menasihati supaya senantiasa membenci perkara maksiat dan menekankan Kerahmatan Allah pada pelaku dosa. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bahawasanya kerahmatan-Ku itu dapat mengalahkan kemurkaan-Ku,” (Muttafaq ‘Alaih)

8. Peruntukan penguatkuasa agama membasmi maksiat janganlah melampaui had menceroboh ruang peribadi kerana kesalahan menceroboh ruang peribadi seseorang juga adalah satu dosa. Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?,” (QS. Surah al-Hujurat: ayat 12)

9. Penguatkuasaan atas nama agama perlu dicermati malah ada kasus yang melibatkan salahguna kuasa para penguatkuasa dan ini amatlah menjengkelkan. Sudahlah menceroboh ruang peribadi ditambah pula salahguna kuasa. Semuanya dibuat atas nama Islam.

10. Dosa tetap dosa selagi ia ditetapkan oleh Syara’. Penguatkuasaan diperlukan terhadap perbuatan yang dianggap sebagai mencabar ajaran Islam secara terangan-terangan. Walaubagaimanapun tindakan penguatkuasaan tersebut hendaklah dilaksanakan dengan cara yang bertanggungjawab.

Jaga nama baik Islam

Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)
Ahli Parlimen Malaysia

Bertarikh 14 Disember 2015


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.