Kerajaan Mesti Tegas Isu Penapisan Filem - Nik Abduh

9:01 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

KERAJAAN MESTI TEGAS ISU PENAPISAN FILEM

1. DPPM menggesa kerajaan agar lebih tegas terhadap isu penapisan filem dan rancangan televisyen di dalam menghadapi peningkatan dan perkembangan filem-filem tempatan dan antarabangsa yang terdedah kepada agenda merosakkan agama, budaya dan nilai-nilai murni dalam masyarakat.

2. Industri filem mempunyai nilai tarikan dan pengaruh yang begitu kuat dalam masyarakat. Pada era globalisasi kini, filem menjadi salah satu medan mempengaruhi pemikiran masyarakat dan ia yang bersifat serampang dua mata boleh membawa kesan negatif jika tiada pengawasan yang teliti terhadap perkara ini.

3. Filem-filem yang membawa unsur aqidah yang salah boleh menyebabkan salah faham terhadap ajaran Islam, faktor akhlak dan moral yang melangkaui batasan agama dan budaya perlu diberi perhatian dan ditapis sebelum ia ditayangkan kepada masyarakat. Ini termasuk juga filem-filem yang berkait dengan unsur pensengketaan antara kaum yang boleh mendorong kepada perbalahan kaum di negara kita.

4. DPPM menyatakan kekesalan dan kerisauan terhadap kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini yang mempertikaikan garis panduan terhadap babak-babak yang tidak sesuai dipertontonkan kepada masyarakat dan menyifatkannya sebagai berfikiran sempit. Ia menunjukkan terdapat konflik kepentingan (conflict of interest) yang berlaku di dalam kerajaan sendiri.

5. Kenyataan tersebut ditakuti boleh mempengaruhi ketegasan pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) di dalam memperkukuhkan garis panduan penapisan filem dan penguatkuasaannya ke arah yang lebih patuh kepada syariat Islam.

6. DPPM ingin menggesa ketegasan daripada pihak kerajaan dalam hal ini. Penapisan filem dari sudut jalan cerita, babak lakonan mesti mematuhi perkara yang ditetapkan oleh Islam. Suatu garis panduan yang komprehensif perlu diteliti semula selain memastikan pemain-pemain industri mengikuti garis panduan yang disediakan tersebut.

7. Selain itu, DPPM juga menyarankan agar filem-filem berunsur islamik diperbanyakkan dan diberi nafas oleh kerajaan untuk diluncurkan ke dalam masyarakat agar nilai seni Islam diangkat dan diperteguhkan di dalam masyarakat supaya masyarakat lebih memahami Islam sebagai agama kehidupan, bukan hanya berkisar kepada ibadah tertentu seperti solat dan puasa semata-mata.

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ahli Parlimen Pasir Mas.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.


Sila kongsi artikel ini...

Rekod dari Jawapan Kementerian Pengangkutan di Parlimen berkaitan AES - Zulhazmi Shariff

8:01 PM 0 Comments A+ a-



Rekod dari Jawapan Kementerian Pengangkutan di Parlimen berkaitan AES.

Jawapan Kementerian Pengangkutan kepada soalan YB Hanipa Maidin pada 3 Julai 2013.

Dari 23 September 2012 sehingga 11 Jun 2013 sebanyak 673,339 saman AES telah dikeluarkan.


Dari 23 September 2012 sehingga 15 Mei 2013 Kerajaan telah membayar fi perkhidmatan (contract service fee) kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES sebanyak RM13,550,758.00. Bayaran ini dibuat berpandukan kepada perjanjian antara Kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan.

Jawapan Kementerian Pengangkutan kepada soalan YB Khalid Samad pada 5 November 2015

Dari 23 September 2012 sehingga 30 September 2015 sebanyak 2,144 juta saman AES telah dikeluarkan.

Dari 23 September 2012 sehingga 25 Ogos 2015, hampir RM27.2 juta dibayar kepada ATES Sdn Bhd, manakala RM32.9 juta dibayar kepada Beta Tegap Sdn Bhd.

PERSOALAN.

1) Peguam Negara membekukan prosiding saman AES di Mahkamah sejak 18 Disember 2012 sehingga sekarang tetapi saman-saman masih dikeluarkan dan penerima saman masih diminta membayar kompaun. Kenapa?

2) Bagaimana perkiraan pembayaran fi perkhidmatan dikira sehingga kenaikan berlipat kali ganda sejak tahun 2013? Bayaran pada tahun 2013 adalah sebanyak RM13,550,758.00 meningkat sehinga RM60,122,080 sehingga Ogos 2015.

3) Daripada 2,144 juta saman AES yang dikeluarkan, berapa jumlah yang telah dijelaskan oleh penerima saman?

4) Mengikut jawapan Kementerian di Parlimen pada 6 April 2015, kepentingan syarikat ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd telah diambil alih oleh Irat Properties Sdn Bhd. Kenapa Kerajaan masih membayar fi perkhidmatan kepada ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd sehingga Ogos 2015?

5) Perlaksanaan AES kononnya untuk meningkatkan "perception of being caught" yang secara tidak langsung akan mengurangkan perlakuan perlanggaran undang-undang, bagaimana sejak 23 September 2012 sehingga 11 Jun 2013 sebanyak 673,339 saman dikeluarkan tetapi sehingga 30 September meningkat sebanyak 2,144 juta saman?

Jawapan Kementerian terdahulu dan sekarang menimbulkan pelbagai kekeliruan dan persoalan. Kementerian harus telus dalam perlaksanaan AES yang amat membebankan dan hanya memberikan keuntungan pada syarikat swasta.

BERANI BERUBAH.
ZULHAZMI SHARIFF
16 NOVEMBER 2015


Sila kongsi artikel ini...

[YAPIEM] Pecat, Letak Jawatan Atau Gantung Tugas Menteri Jamil Khir Baharom - Mahfuz Omar

7:00 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

YAPEIM : PECAT, LETAK JAWATAN ATAU GANTUNG TUGAS MENTERI JAMIL KHIR BAHAROM.

1. Isu perbelanjaan dan penggunaan wang YAPEIM oleh Menteri di JPM Dato' Jamil Khir berjumlah RM590 ribu untuk tempoh 21 Mei-29 Mei 2014, termasuk perbelanjaan untuk bermain golf di Amareka Syarikat serta perbelanjajaan pembayaran gaji dan elaun untuk dua pegawai tinggi YAPEIM berjumlah RM154,700 telah mencalarkan imej yang buruk kepada YAPEIM.


2. Pendedahan tersebut menunjukan bagaimana institusi ini diguna bagi mengaut keuntungan peribadi daripada hasil sumbangan orang ramai yang memberi sumbangan melalui pemotongan gaji bulanan. Ini menunjukkan kelemahan pengurusan YAPEIM yang terdedah kepada ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa. Pengurusan yang begini telah menyebabkan kehilangan keyakinan dan kepercayaan kepada penyumbang untuk teruskan sumbangan serta menjauhkan mereka yang berhasrat untuk menyertai skim jariah YAPEIM.

3. Kerajaan mesti bertindak segera membersihkan intitusi ekonomi kebajikan umat Islam YAPEIM. Langkah pertama yang mesti dilakukan ialah memecat atau menggantung tugas Menteri berkaitan, Jamil Khir dan 2 pegawai yang terbabit serta Lembaga Pengarah YAPEIM. Kedua, segera memulakan penyiasatan yang menyeluruh daripada segi urus tadbir dan perbelanjaan kewangang. Siasatan yang telus hanya boleh dipercayai berlaku bila kesemua mereka yang saya sebut tadi dipecat atau digantung tugas untuk mengelak daripada percubaan menyembunyikan dokumen dan menekan pegawai-pegawai lain daripada memberi maklumat sebenar kepada pihak penyiasat.

4. Ketiga, menyusun semula tata kelola pengurusan YAPEIM termasuk darihal
perjawatan dan pembayaran kepada lembaga pengarah serta menghadkan pembayaran kepada seseorang Ahli Lembaga Pengarah itu.

TERUSKAN AMAL JARIAH
SELAMATKAN YAPEIM

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
16 November 2015/4 Safar 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Putuskan Hubungan Politik dengan Salleh Man Hanya Mengecilkan Peranan PAS di Pulau Pinang - AMANAH

10:50 AM 0 Comments A+ a-



PUTUS HUBUNGAN POLITIK DENGAN MOHD. SALLEH MAN HANYA MENGECILKAN PERANAN PAS DI PULAU PINANG, RESPONS AMANAH

16 November 2015 | Permatang Pauh

Langkah memutuskan hubungan politik dengan Dato' Mohd. Salleh Man hanya akan mengecilkan lagi pengaruh PAS dalam Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang.


Tiga JKKK di DUN Permatang Pasir yang kini masih disandang oleh wakil PAS kemungkinan akan dikosongkan juga.

Amanah Kawasan Permatang Pauh berharap Mohd. Salleh mengekalkan sokongan kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang, walaupun terus menerima asakan daripada PAS.

Mohd. Salleh wajar terus melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan DUN yang diwakilinya, sungguhpun terus diasak oleh PAS Kawasan berkenaan.

"Sesungguhnya kebaikkan untuk kepentingan umum lebih diutamakan daripada berkepentingan khusus."

ANUAR YUSUF
Setiausaha Kawasan
AMANAH Parlimen Pmtg. Pauh


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.