[YAPIEM] Pecat, Letak Jawatan Atau Gantung Tugas Menteri Jamil Khir Baharom - Mahfuz Omar

7:00 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

YAPEIM : PECAT, LETAK JAWATAN ATAU GANTUNG TUGAS MENTERI JAMIL KHIR BAHAROM.

1. Isu perbelanjaan dan penggunaan wang YAPEIM oleh Menteri di JPM Dato' Jamil Khir berjumlah RM590 ribu untuk tempoh 21 Mei-29 Mei 2014, termasuk perbelanjaan untuk bermain golf di Amareka Syarikat serta perbelanjajaan pembayaran gaji dan elaun untuk dua pegawai tinggi YAPEIM berjumlah RM154,700 telah mencalarkan imej yang buruk kepada YAPEIM.


2. Pendedahan tersebut menunjukan bagaimana institusi ini diguna bagi mengaut keuntungan peribadi daripada hasil sumbangan orang ramai yang memberi sumbangan melalui pemotongan gaji bulanan. Ini menunjukkan kelemahan pengurusan YAPEIM yang terdedah kepada ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa. Pengurusan yang begini telah menyebabkan kehilangan keyakinan dan kepercayaan kepada penyumbang untuk teruskan sumbangan serta menjauhkan mereka yang berhasrat untuk menyertai skim jariah YAPEIM.

3. Kerajaan mesti bertindak segera membersihkan intitusi ekonomi kebajikan umat Islam YAPEIM. Langkah pertama yang mesti dilakukan ialah memecat atau menggantung tugas Menteri berkaitan, Jamil Khir dan 2 pegawai yang terbabit serta Lembaga Pengarah YAPEIM. Kedua, segera memulakan penyiasatan yang menyeluruh daripada segi urus tadbir dan perbelanjaan kewangang. Siasatan yang telus hanya boleh dipercayai berlaku bila kesemua mereka yang saya sebut tadi dipecat atau digantung tugas untuk mengelak daripada percubaan menyembunyikan dokumen dan menekan pegawai-pegawai lain daripada memberi maklumat sebenar kepada pihak penyiasat.

4. Ketiga, menyusun semula tata kelola pengurusan YAPEIM termasuk darihal
perjawatan dan pembayaran kepada lembaga pengarah serta menghadkan pembayaran kepada seseorang Ahli Lembaga Pengarah itu.

TERUSKAN AMAL JARIAH
SELAMATKAN YAPEIM

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
16 November 2015/4 Safar 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.