'DAP Jangan Usik Sentimen Umat Islam' - Ustaz Mohammad Ibrahim

11:30 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
22 Syawal 1436 | 7 Ogos 2015

"DAP Jangan Usik Sentimen Umat Islam"


Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa kesal dengan penegasan keras Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua Kiam Wee yang mengeluarkan kenyataan bahawa selagi DAP berada di negara ini bermakna hudud tidak boleh dilaksanakan.

Kenyataan seperti itu ternyata membakar sentimen dan mengapi-apikan sensitiviti agama. Sedangkan perkara sedemikianlah menyebabkan rakyat negara ini membenci Umno.

Begitu juga kumpulan-kumpulan ultra perkauman dan agama yang bertindak secara keterlaluan menimbulkan rasa tidak aman dan harmoni dalam masyarakat.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, DAP setelah menang dan kekal di Pulau Pinang, selain menang besar di kawasan bandar, telah menyerlahkan wajah sebenar parti itu.

Fokus serangan bertalu talu dihadapkan kepada PAS yang kononnya menjadi batu penghalang kepada kejayaan menguasai Putrajaya.

Kecaman dan fokus dihalakan kepada topik khas membabitkan PAS antaranya dalam isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah.

Walaupun serangan itu beralasankan prinsip demokrasi dan isu persetujuan dalam Pakatan Rakyat, namun kritikan dilemparkan itu sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang masyarakat. Terutamanya kaum Melayu Islam, mereka merasa tersentuh akibat layangan persepsi buruk oleh DAP ke atas Islam.

Malah DAP paling awal memanaskan pentas politik apabila PAS mahu meneruskan usaha membawa pindaan enakmen ini ke Parlimen setelah diluluskan pindaan di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Setiap hari DAP menghentam PAS khasnya batang tubuh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hingga ke pemilihan parti PAS juga diheret sama dalam amarah DAP.

DAP mungkin lupa tindakan menyerang itu sebenarnya bukan sahaja mengusik sensitiviti ahli PAS, malah umat Islam yang terdiri dari kalangan pelbagai bangsa. DAP lupa bahawa terdapat kaum Cina dan India yang juga beragama Islam.

DAP bukan sekadar membakar sentimen dalam kalangan Melayu Islam bahkan juga bangsa Cina, India, dan pelbagai kaum lain yang beragama Islam.

Inilah sentimen kebencian yang sangat tebal dan berupaya membangkitkan kemarahan bukan sahaja Melayu, tetapi juga umat Islam di negara ini.

Demikian itu, tatkala Umno-BN semakin menghimpit pembangkang dengan sentimen bangsa dan sekularisma, juga ekonomi yang parah, DAP tidak perlu menekan suasana menambah kehangatan hingga membakar jambatan hubungan bangsa Malaysia yang telah terbina lebih separuh abad.

USTAZ MOHAMMAD IBRAHIM
Pengerusi
Lajnah Perpaduan Nasional Dan Hubungan NGO
Dewan Pemuda PAS Malaysia


Sila kongsi artikel ini...

Teks Ucapan YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin Sempena Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Pasir Gudang

9:41 PM 0 Comments A+ a-



Teks Ucapan YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin Sempena Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Pasir Gudang
TEKS UCAPAN

YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN


SEMPENA PERSIDANGAN MESYUARAT PERWAKILAN UMNO

BAHAGIAN PASIR GUDANG 2015

DI DEWAN TAMAN MAWAR

10.00 PAGI & 9 OGOS 2015

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor

Datuk Seri Presiden,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya dan rakan-rakan di kawasan Pasir Gudang sangat berbahagia dengan kehadiran Datuk Seri Presiden, pada pagi yang damai dan indah ini. Kami di Pasir Gudang berasa amat bertuah dan berbesar hati dengan penghormatan ini.
Peluang berjumpa dengan Datuk Seri Presiden ini sangat menggembirakan semua ahli UMNO Pasir Gudang. Ia pasti dikenang selamanya oleh kami semua.

Kesempatan ini lebih bermakna kerana dua sebab. Pertama, ia berlaku dalam bulan Syawal yang mubarak, yang kareem. Bulan kita meraikan sahabat dan rakan taulan, memohon maaf zahir dan batin. Tidak terlambat kiranya untuk saya dan seluruh pendukung UMNO Bahagian Pasir Gudang mengucapkan Selamat Hari Raya pada Datuk Seri Presiden dan keluarga, maaf zahir dan batin jua.

Kedua, kehadiran ini juga akan memberikan peluang dan ruang terbaik untuk Datuk Seri Presiden, secara langsung, mendengar suara hati rakyat Johor. Terutama pada ketika dan saat, UMNO mendepani pelbagai cabaran.

Isu-isu seperti 1MDB, Felda, GST, kejatuhan ringgit, dan kos hidup yang tinggi sehinggalah kepada rombakan terbaharu kabinet Persekutuan yang kebetulan melibatkan tokoh utama politik Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

InsyaAllah, pada kesempatan ini, UMNO Bahagian Pasir Gudang akan berkongsi perkara yang sebenar dengan sejujur-jujurnya. Bukan hanya perkara yang baik-baik dan manis sahaja. Kita tidak mahu menjadi mereka yang hanya menyampaikan perkara baik dan senyum di hadapan, namun bercakap dan bertindak sebaliknya di belakang.

Kerana kita ada tujuan dalam pertemuan hari ini. Kita ada hasrat. Dan ianya adalah agar segala percambahan, saranan dan pandangan kesemua kita, akan membuahkan hasil yang baik pada bangsa dan tanahair. Dan semoga ia diangkat sebagai amal soleh, Insya-Allah.

YAB Datuk Seri Presiden,

Pada pagi ini, saya hanya ada tiga perkara yang ingin saya sampaikan, sebagai mewakili pendukung UMNO Pasir Gudang. Pertama, pada ketika dan waktu ini, kita harus berlaku benar. Mengakui bahawa parti, tidak berada dalam kedudukan yang sebaiknya.

Pendukung kita di Johor, berada dalam keadaan yang resah. Sangat gelisah dan ramai yang keliru. Isu-isu seperti 1MDB, Felda, kejatuhan nilai ringgit, kos sara hidup dan pelaksanaan GST meniti dari bibir ke bibir kebanyakan ahli dan rakyat Malaysia.

Selain ahli UMNO, rakyat kebanyakan juga semakin keliru, skeptikal, pesimis dan mempersoalkan kewibawaan dan kredibiliti setiap penjelasan dan tindakan kita. Apa jua penjelasan, dilihat tidak memadamkan rasa gelisah dan gundah gulana ini. Malah, semakin mengelirukan. Semua masalah itu sekarang, mula membebani UMNO.

Dan ia membebani UMNO pada saat UMNO berhadapan dengan pelbagai masalah lain. Pada saat UMNO tidak sekuat dahulu. Pada saat UMNO cuba untuk memulihkan dirinya agar menjadi relevan dengan generasi muda. Pada saat UMNO sedang berhempas pulas mencari jalan terbaik bagi mendepani demokrasi Malaysia yang semakin matang.
Justeru, UMNO memerlukan pencerahan dan jalan ke hadapan kepada segala kemelut dan krisis yang melandanya waktu ini. Kerana itulah kami menyatakan sokongan sebulat suara kepada Datuk Seri Presiden agar semua kemelut ini boleh diselesaikan.
Diselesaikan dengan cara yang telus. Diselesaikan dengan cara yang terbaik. Diselesaikan dengan cara yang mengangkat keadilan dan kebenaran. Tidak lebih dari itu.

UMNO Pasir Gudang sangat prihatin dengan ini semua dan kita mengambil pendirian bahawa, ruang dan masa mesti diberikan kepada pucuk pimpinan Parti untuk perkara ini dirungkaikan. Atas sebab itulah, kami alu-alukan dan menghargai janji Datuk Seri Presiden untuk menyelesaikan hutang berkaitan dengan 1MDB dalam masa 6 bulan; dan kami percaya, ianya akan tercapai.

Datuk Seri Presiden,

Dalam kita mengambil ikhtiar menyelesaikan pelbagai isu yang mendepani parti dan negara, kami di Pasir Gudang mengajak semua pihak untuk melakukan dua perkara penting. Pertama, mendengar segala pandangan akar umbi dengan sabar.
Kami percaya, semua mesti punya ruang untuk menyatakan isi hati mereka. Benar ada yang kritikal. Benar ada yang keras. Dan benar ada yang meragukan. Tetapi apa daya yang ada pada kita untuk menghalang ini semua.

Pentas politik Malaysia sudah berubah. Berubah dengan luar biasa sekali. Kita tidak boleh menidakkan sesiapa jua dari bersuara. Kerana itu fitrah manusiawi. Kerana itu jiwa demokrasi.

Kebebasan menyatakan pendirian, pandangan dan idea adalah fitrah yang azali. Dan bukan sekadar fitrah, UMNO juga, budayanya bukan feudal. Parti kita, membangun, kuat dan perkasa kerana kita meraikan kepelbagaian pandangan dan rasa. Pada waktu yang sama juga, UMNO sehari demi sehari, bergerak menjadi parti siasah moden dan mendukung prinsip pemikiran berkemajuan.

Tutuplah ruang formal untuk bersuara, pasti akan dicari ruang lain untuk mereka menyatakan rasa dan pandangan mereka. Dan dalam kebanyakan keadaan, mereka akan menemui ruang alternatif, malah lebih berpengaruh, lebih kuat dan lebih berkesan.
Terutama di kawasan seperti Pasir Gudang ini, kami berhadapan dengan ahli dan pengundi yang ‘urban’, yang ‘sosphisticated’. Yang mengambil pusing keadaan di sekeliling mereka.

Saban hari, kami dapat merasakan keyakinan terhadap UMNO semakin pudar, bukan sahaja daripada rakyat tetapi dari ahli sendiri. Mereka mula radikal dalam soalan dan reaksi mereka. Mereka mula menunjukkan rasa dingin dengan apa jua penjelasan yang kita berikan.

Kerana itu kita harus mendengar dengan sabar. Kerana jika kita mendengar, kita akan memahami aspirasi rakyat dengan lebih mendalam. Dan kita jangan lupa, kita memerintah di zaman, yang bukan lagi zaman kita. Zaman ini adalah zaman generasi pelapis. Oleh itu, bila kita mendengar, dan mengambil iktibar dari apa yang kita dengar, sekurang-kurangnya kita bersama mereka, mencorakkan perjalanan masa depan mereka.

Kedua, UMNO Pasir Gudang juga menyeru agar kita tidak hilang fokus dengan agenda besar bangsa. Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan memastikan perpaduan Melayu itu diperkukuhkan.
Jangan sesekali, segala isu yang mendepani kita, menjadikan kita seolah-olah terhenti berjuang untuk perkara yang lebih penting. Jangan sesekali kita lupa, apa jua hambatan, UMNO adalah institusi Melayu paling penting dan diasaskan untuk melestarikan kepentingan Melayu dan Islam.

Justeru itu, UMNO mesti diperlakukan dengan adil. Parti ini telah melakukan kebaikan sepanjang hayatnya untuk Islam, untuk bangsa dan untuk ibu pertiwi.
UMNO bukan milikan sesiapa. Ia institusi siasah milik bangsa Melayu. Ia milikan ummah. Maka tiada siapa yang lebih besar dan lebih gah dari ini semua. UMNO dan perjuangan bangsa Melayu mesti diutamakan.

Datuk Seri Presiden,

Kami di Pasir Gudang dan di Johor ini mengharapkan jalan pencerahan. Jalan ke hadapan. Dan fajar baharu dari semua kemelut bangsa dan negara.

Fajar yang memberikan harapan. Bahawa masih ada kebenaran, masih ada keikhlasan dalam perjuangan dan masih ada kesatuan Melayu dalam menempuh masa depan. Masih ada sisa perjuangan yang boleh kita kutip dan murnikan semula.
Kami percaya, Datuk Seri Presiden ada jawapan untuk pencerahan ini. Berilah jalan ke hadapan kepada kami, kepada ahli, kepada UMNO.

Selamatkanlah UMNO dengan mengajak kepada kesatuan dan muafakat bersama. Kerana inilah satu-satunya institusi yang telah membuahkan begitu banyak kebaikan kepada agama dan bangsa. Marilah kita mempertahankan kepentingan UMNO mengatasi kepentingan lain. UMNO adalah amanah bangsa yang sangat besar.
Lebih-lebih lagi di Johor. Ia lahir di sini. Ia dibentuk, diasuh, ditatang dan didewasakan di sini. Dan kami tidak akan sekali-kali membenarkan ia dikebumikan di sini.
Dalam setiap saraf dan titik darah, di dalam batang tubuh kami di Johor ini, platletnya UMNO dan DNAnya juga, tanpa ragu, adalah UMNO.

Dan selama ini pun, Johor adalah benteng UMNO yang paling kuat. Maka akan kami lakukan apa sahaja untuk membantu Datuk Seri Presiden, memastikan UMNO ini terus berkelangsungan.

Biarlah badai apa pun yang menghempas. Biar gerhana apa pun yang terbias. UMNO pasti akan kami jaga dengan ikhlas. Dengan amanah. Dengan keringat dan darah.
Datuk Seri Presiden,

Kami yakin, Datuk Seri berkongsi pendirian dan rasa seperti kami jua. Tiada siapa lebih utama kepada kita kerana yang menjadi keutamaan UMNO ialah perjuangan untuk menjaga kepentingan bangsa.

Justeru kerana itu, bila Tan Sri Timbalan Presiden digugurkan, UMNO Johor mengambil pendirian untuk menghormati keputusan Perdana Menteri. Kerana UMNO Johor mengambil ketetapan bahawa urusan Kerajaan adalah budi bicara mutlak seorang Perdana Menteri. Ia mesti dihormati dan didukung. Walau pada hakikatnya, ada di kalangan kami yang terluka.

Dan kami juga mengambil ketetapan. UMNO hanya ada satu Nakhoda, iaitu Presiden UMNO dan kita mesti memberikan kepercayaan untuk dia mengemudi bahtera ini. Tetapi hormat kami tidak akan berkurang pada Timbalan Presiden.
Cara Johor, ialah mendamaikan dan mengajak semua pihak ke arah muafakat kerana semua kita adalah bahagian penting dalam keluarga besar UMNO.

Kerana itu, kita menyeru agar Timbalan Presiden terus dihormati. Mana mungkin kami akan membelakangkan beliau hanya kerana beliau sudah bukan lagi Timbalan Perdana Menteri. Persabahatan kami bukan kerana darjat, bukan kerana pangkat, bukan kerana gelaran dan sama sekali bukan sekadar upacara dan martabat.
Kepada Tan Sri Muhyiddin, harapan kami ialah semoga dapat terus bersama mendukung perjuangan UMNO, memperbaiki bangsa dan agama.

Inilah UMNO Johor. Mementingkan nilai, berbudaya tinggi dan teguh pada prinsip. Kerana itu, UMNO terus diyakini di Johor. Bak pesan Datuk Laksamana Hang Tuah, menurut biar akal, menentang biar beradap.
Datuk Seri Presiden,

Perkara kedua yang ingin saya khabarkan pagi ini ialah, UMNO Pasir Gudang dan Johor akan terus fokus untuk menjadikan UMNO lebih baik. Lebih dipercayai, Lebih moden, lebih berkelangsungan.
Kami bekerja dengan gigih sekali untuk memastikan UMNO dan seluruh jenteranya, menjadi parti yang benar-benar diyakini oleh orang Melayu dan berkeadilan kepada yang bukan Melayu.

Dan kita melakukannya dengan cara yang berlainan. Kerana kita ingat sekali pesan Saidina Umar R.A yang sangat kita kasihi. Beliau berpesan… “Didiklah anak-anakmu berlainan dengan keadaan kamu sekarang, kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau”.
Kerana itulah, semenjak konvensyen UMNO Johor yang lepas, banyak yang telah kami lakukan. Merekayasa UMNO dengan pendekatan moden.

Rumah penyelidikan dan institut pemikir khusus untuk UMNO Johor, Bait Al Amanah, telah kami tubuhkan dan mula beroperasi.
Pejabat Perhubungan Negeri akan diuruskan secara profesional oleh golongan profesional. Agar ia menjadi institusi moden yang tata kelolanya setelus, sebaik dan semaju institusi lain.

Kami akan lancarkan Pelan Masa Depan UMNO untuk tempoh 10 tahun mendatang tidak lama lagi. Sebanyak 11 agenda besar UMNO meliputi pelbagai ikhtiar untuk melebarkan usaha madani memodenkan UMNO akan dijadikan landasan pelan ini.
Kami akan tubuhkan Sekolah Politik dan Kepimpinan UMNO, untuk menyediakan pemimpin terbaik bangsa. UMNO NEXT GENERATION!

Kami akan ikhtiarkan, InsyaAllah pasukan komunikasi strategik, Barisan Nasional Network untuk menyalurkan maklumat dengan pantas dan sahih.

Pasukan sukarelawan UMNO Johor akan dilebarkan, agar ‘political activism’ itu disemarakkan. Selain mengalakkan aktiviti madani. Dan pelbagai lagi ikhtiar kesiapsiagaan UMNO untuk mendepani pilihanraya akan datang.

Semua ini kerana kami percaya bahawa UMNO tidak memerlukan peremajaan tetapi kematangan yang dipulihkan. UMNO memerlukan pengislahan yang harus dijelmakan sebagai wadah yang memberi kebaikan kepada bangsa.

Dan itupun tujuan sebenar kita berpolitik. Untuk melakukan kebaikan kepada bangsa. Untuk membawa pencerahan kepada ibu pertiwi.

Untuk menyumbang kepada anak bangsa yang setiap hari kita lihat. Untuk menyumbang kepada anak bangsa yang belum pernah kita lihat. Dan untuk menyumbang kepada anak-anak bangsa yang tidak akan pernah kita lihat.
Tugas kita bukanlah untuk menuai hasil ranumnya. Tapi untuk menanam benih. Mencuba dan mencuba. Kerana di dalam mencuba itulah, kita menemukan dan belajar membangunkan kesempatan untuk berhasil.

Datuk Seri Presiden,

Perkara ketiga yang ingin saya sampaikan pagi ini ialah betapa perlunya kepimpinan negara, berasa terkesan dengan kesempitan rakyat.

Dengan jujur, saya mengakui, banyak benar yang telah dilakukan oleh Kerajaan untuk bangsa dan negara ini. Tetapi kita masih punya banyak ruang dan peluang untuk memperbaiki keadaan bangsa kita.
Kesenjangan jurang pendapatan rakyat amat ketara sekali. Kos sara hidup semakin membebankan. Golongan bawahan berasa semakin sukar melalui kehidupan harian dengan gembira dan tenang. Golongan menengah berasa sangat perit untuk menikmati kehidupan yang selesa. Sedangkan mereka semua bekerja keras. Sedangkan mereka semua rajin dan jujur.
Dasar ekonomi kita yang memfokuskan kepada pendapatan tinggi nampaknya tidak seiring dan selari dengan kehidupan harian rakyat Malaysia. Malaysia memerlukan dasar ‘ekonomi untuk semua rakyat Malaysia’.

Yang bukan berfokuskan kepada pendapatan semata-mata. Tetapi berfokuskan kepada kesejahteraan. Yang membolehkan, sesiapa jua, walau dengan pendapatan yang kecil, berpeluang menjalani kehidupan yang bermakna dan bermaruah.

Yang walaupun pendapatannya rendah, tetapi memadai untuk kehidupan yang selesa. Yang memadai untuk anak-anak mereka belajar dan menyimpan cita-cita untuk berjaya.

Justeru itu, ada dua perkara yang UMNO Pasir Gudang anjurkan untuk pertimbangan Kerajaan. Pertama, akuilah kewujudan segala kelompongan ini. Berlapang dadalah dengan segala keluhan. Bila kita sedia mengakuinya, sedia bersikap terbuka, sedia untuk mendengar dengan lebih banyak. Ia akan menyakinkan rakyat bahawa setidak-tidaknya keluh kesah mereka kita dengari.
Mengakui masalah ini wujud dan bersedia mencari jalan keluar darinya, setidak-tidaknya sudah menyelesaikan sebahagian daripada masalah tersebut.

Kedua, marilah kita menggembleng segala potensi, bakat, pemikiran dan kreativiti bangsa kita untuk mencari penyelesaian terbaik bagi segala masalah.

Kita mungkin tidak punya formula ajaib. Tapi kita pasti punya kemampuan untuk membuat penilaian objektif tentang keberkesanan dasar kita. Dan semua maklumat ini, boleh memberikan pencerahan tentang kekangan dan dinamiknya masalah ekonomi rakyat kita.

Namun saya yakin bahawa jalan ke hadapan bukan sekadar penyelesaian berasaskan pemikiran ekonomi barat semata-mata. Terokailah juga penyelesaian yang berasaskan Islam. Sesungguhnya, sistem yang bersumberkan wahyu, pasti ada manfaat yang luar biasa yang belum mampu kita bongkar potensi dan kemujarabannya.

Maka kerana itulah di Johor, kita sedang giat melihat kembali kedinamikan penyelesaian masalah sosio ekonomi berdasarkan model Islam. Institusi wakaf, zakat, hibah dan sedekah akan kita kaji semula. Kita akan gagaskan institusi khusus untuk ini semua. Ia akan diuruskan secara profesional, dengan tadbir urus yang baik. Dengan misi dan visi yang pro rakyat dan mengangkat budaya muafakat.

Kerana kita yakin, instrumen ekonomi Islam, yang berasaskan pemberian atau ‘the economics of giving’, mesti dibongkar potensinya. InsyaAllah, semua ini akan membantu kelahiran masyarakat yang dihakupayakan. Masyarakat Malaysia yang lebih besar dan mandiri.

Datuk Seri Presiden, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi sekalian,

Sebenarnya tiada apa yang kami UMNO Johor dambakan. Melainkan penyelesaian, melainkan perdamaian dan melainkan kembalinya keyakinan bahawa dalam UMNO ini, masih ada perjuangan yang harus diteruskan. Untuk orang Melayu, untuk rakyat Malaysia dan agama Islam. Tidak lebih dari itu.

Kami UMNO Johor sekadar mahu menjadi individu penengah, yang ingin membawa akhir pada segala kemaslahatan, yang membuka jalan pada harapan baharu. Yang dalam akurnya pada pemimpin dan ketua, masih kekal setia pada teman lama. Yang gigih dalam perjuangan tetapi tegas dengan prinsip.

Kami sekadar mahu menjadi sosok pendukung parti dengan pemikiran pendiri bangsa, iaitu memberikan kebaikan pada agama dan bangsa. Dan kami percaya kemerdekaan negara hanya dapat dijamin berkelangsungan, andai kita berpangkal pada kemerdekaan jiwa, kita ikhlas pada perjuangan dan kita kukuh berpadu.
Kerana itulah, di sebalik perselisihan yang meribut, dan cabaran yang mendepani, kami memilih jalan mendamaikan dan mengajak semua untuk terus berjuang. Biarpun dipenuhi ranjau sepanjang jalan.

UMNO Pasir Gudang yakin, malah sangat yakin, dalam apa pun kekeruhan yang melanda parti dewasa ini, suatu kebaikan akan terjelma jua akhirnya.

Langit yang mendung, pasti akhirnya dicerahi sang mentari jua. Setelah gerimis, pelangi indah selalu menjelma. Itu sudah menjadi lumrah dan hukum alam. Kami berkepercayaan, bahawa apa jua yang UMNO lalui, apa jua kemelut yang mendepani, apa jua gelora dan cabaran, ia bukan sekadar mendewasakan. Ia pasti akan mengukuhkan perjuangan ini. InshaAllah.

Sekian. Terima kasih.


Sila kongsi artikel ini...

5 Resolusi Bertindak Sidang Anak Muda - Sidang Anak Muda Selamatkan Malaysia

8:59 PM 0 Comments A+ a-



5 Resolusi Bertindak & 5 Tuntutan Dalam 'Sidang Anak Muda Selamatkan Malaysia' anjuran Gerakan Anak Muda Harapan Baru (GAM HB) di KLSCAH yang berakhir sekitar jam 11.45 malam pada 8 Ogos 2015

5 Resolusi Bertindak Sidang Anak Muda:

1) Bersama-sama menggerakkan himpunan dan tuntutan Bersih 4.0


2) Berkempen menyalakan lampu kenderaan di siang hari sebagai simbolik protes terhadap kepimpinan negara dan bersama-sama mendesak perubahan

3) Bersetuju mewujudkan jawatankuasa bertindak (taskforce) di kalangan anggota sidang untuk bergerak bersama-sama dalam usaha menyelamatkan negara

4) Bermula 9 Ogos 2015, sidang bersetuju untuk viral hashtag ‪#‎SelamatkanMalaysia‬ dalam usaha memupuk kesedaran dan prihatin rakyat untuk bertindak demi masa depan negara

5) Pemimpin negara yang khianat dan rasuah perlu diturunkan segera



5 Tuntutan Sidang Anak Muda:

1) Membebaskan institusi-institusi penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM daripada cengkaman eksekutif dan meletakkan badan-badan tersebut bawah pertanggungjawaban legislatif

2) Memansuhkan akta-akta drakonian yang mencengkam rakyat seperti Akta Hasutan, SOSMA, POTA, POCA, AUKU dan lain-lain lagi

3) Memastikan tiada pihak berkepentingan memainkan isu agama dan perkauman dalam usaha mempertahankan kedudukan politik

4) Menyeru dan bersama-sama para penjawat awam untuk bangun dan bersuara membetulkan kepincangan urustadbir kerajaan

5) Menggesa keterlibatan anak muda dalam proses membuat keputusan (dasar dan polisi kerajaan) serta penggubalan dan pelaksanaan polisi baru bagi membela hak-hak golongan pekerja, petani, nelayan, peniaga kecil, wanita dan orang kelainan upaya (OKU)

Disediakan oleh:
Jawatankuasa 'Sidang Anak Muda Selamatkan Malaysia'


Sila kongsi artikel ini...

Khairy dan Paul Low Berani Letak Jawatan Sebagai Tanda Protes? - Fahmi Fadzil

8:18 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

KHAIRY DAN PAUL LOW BERANI LETAK JAWATAN SEBAGAI TANDA PROTES?

Tindakan terhadap beberapa agensi kerajaan baru-baru ini termasuk SPRM menimbulkan persepsi tidak baik bahawa ada pihak yang sedang cuba mengganggu perjalanan proses penyiasatan berkaitan skandal kewangan 1MDB dan isu "derma" politik RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Dato' Sri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Beberapa orang menteri termasuk Datuk Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan telah jelas menyatakan pendirian tidak setuju mereka terhadap tindakan-tindakan mutakhir ini termasuk pemindahan serta-merta dua pegawai kanan SPRM pada Jumaat lalu.

Namun untuk hanya menyatakan pendirian - walhal mereka menteri - adalah tidak mencukupi.

Berasaskan konsep "kebertanggungjawaban bersama" ("collective responsibility"), selagi mereka masih berada di dalam kabinet Dato' Sri Najib selagi itu mereka tetap bersetuju dengan dasar dan tindakan-tindakan yang menghakis integriti dan kebebasan institusi-institusi kawal selia yang teramat penting ini.

Oleh itu, kedua-dua mereka sebenarnya patut mengambil tindakan yang lebih tegas sebagai tanda bantahan.

Jika mereka tidak mampu mengubah dasar pentadbiran Dato' Sri Najib, saya mencabar kedua-dua menteri ini untuk meletakkan jawatan mereka sebelum mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu ini, agar Dato' Sri Najib mendapat isyarat paling jelas bahawa anggota kabinet beliau sendiri tidak bersetuju dengan dasar serta tindakan-tindakan yang telah berlaku ini.

Rakyat sedang melihat adakah Khairy dan Paul Low orang yang cakap serupa bikin, atau adakah mereka berani untuk hanya mengeluarkan kenyataan?

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN

9 Ogos 2015

-

MEDIA STATEMENT

DO KHAIRY AND PAUL LOW DARE TO STEP DOWN AS A SIGN OF PROTEST

Certain actions against several government agencies including MACC has produced a negative perception that there are parties who are trying to obstruct and disrupt the investigation process related to the 1MDB financial scandal and the RM2.6 billion "political donation" that went into the personal account of Dato' Sri Najib Razak, Prime Minister of Malaysia.

Several ministers including Datuk Paul Low, Minister in the Prime Minister's Department, and Khairy Jamaluddin, Minister of Youth and Sports, have clearly disagreed with certain actions taken of late including the sudden transfer of two senior MACC officers last Friday.

Although to merely state their position - while they are still full ministers - is insufficient.

Based on the concept of "collective responsibility", as long as they remain members of Dato' Sri Najib's cabinet, they in principle continue to agree with the policies and actions that appear to erode the integrity and independence of these key oversight institutions.

Therefore, the both of them must take a stronger line as a sign of protest.

If they are unable to change the policies of the Najib administration, I challenge both ministers to resign before this Wednesday's Cabinet meeting, so that Najib will get the clearest indicator that members of his own cabinet disagree with his administration's policies and actions thus far.

The Rakyat is watching to see whether Khairy and Paul Low will walk the talk, or whether they are only brave to release statements?

Fahmi Fadzil
KEADILAN Communications Director
KEADILAN Vice Youth Chief

9 August 2015


Sila kongsi artikel ini...

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor: "Belangsukawa Untuk Permata Ummah"

8:13 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor: "Belangsukawa Untuk Permata Ummah"

1.Pada pagi yg mulia ini, 9 Ogos 2015 bersamaan 24 Syawal 1436H, kami menerima berita yg telah disahkan dan disemak berkenaan pemergian guru yang kami kasihi, Fadhilat al-Syeikh al-Allamaah Dr. Mustafa Wahbah al-Zuhaily setengah jam sebelum fajar. Semoga Allah mengampuni dosanya dan menempatkannya bersama dengan para siddiqin, syuhada' dan solihin. Kami tidak ingin mengatakan apa-apa kecuali yang diredhai berkenaannya.


2.Pemergian "Permata Ummah" ini merupakan satu kehilangannyang sangat besar kepada umat Islam di seluruh dunia .Nabi SAW menyebutkan di dalam hadisnya,

إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّـى إِذَا لَمْ يَبْقَ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا، فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا.

‘Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari para hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama, sehingga ketika tidak tersisa lagi seorang alim, maka manusia akan menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin, lalu mereka ditanya, kemudian mereka akan memberikan fatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat lagi menyesatkan orang lain.’” رواه البخاري

3.Hari ini dunia menangisi kehilangan ulama agung.Beliau merupakan pengarang kitab masyhur Fiqhul Islamiy Wa Adilatuhu "فقه الاسلامي وادلته "dan kitab Tafseer Al-Munir "تفسير المنير " yang merupakan kitab yang dekat dengan ulama nusantara.Kenali beliau https://ar.m.wikipedia.org/wiki/وهبة_الزحيلي
Semoga Allah memberkati ummah ini dengan kelahiran para alim ulamak ,amilin dan murobbiy yang ikhlas dalam memandu ummah ke jalanNya bagi menggantikan Al-Marhum yang telah menabur baktinya buat titipan ummah dan bakti amal solehnya di hadapan Rabbnya.Ameen.

Al-Fatihah.

Kamalulhysham Mohd Suhut
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.
24 Syawal 1436/09 Ogos 2015.


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Media Oleh Yb Dato' Seri Shahidan Kassim, Ahli Majlis Tertinggi UMNO

8:00 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA OLEH YB DATO' SERI SHAHIDAN KASSIM, AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

Saya menerima maklum dan menyambut baik cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk berbincang dan mengkaji semula pertukaran dua orang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjadi perbualan umum pada ketika ini.

Difahamkan, kedua-dua mereka akan bertemu dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta Ketua Setiausaha Negara esok.


YB DATO' SERI SHAHIDAN KASSIM

9 OGOS 2015

s 


Sila kongsi artikel ini...

Perginya Seorang Ulama Ummah - Aizam Mas'ud

7:00 PM 0 Comments A+ a-



PERGINYA SEORANG ULAMA UMMAH

Saya masih ingat pada tahun 2008, ketika diamanahkan oleh jabatan utk menguruskan Tokoh Maal Hijrah 1430H. Bermula daripada memaklumkan pemilihan beliau sebagai tokoh, menemani beliau sepanjang 6 hari termasuk bersama-sama menginap di hotel yg sama hinggalah beliau berlepas kembali ke negaranya. Inilah kenangan paling sukar saya lupakan sampai bila-bila.

Beliau yg saya maksudkan adalah al-Marhum Fadhilatussyaikh al-'Allamah al-Ustaz Dr. Wahbah bin Mustafa al-Zuhaili empunya khazanah ilmu terunggul abad ini iaitu al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh & al-Tafsir al-Munir.

Pemergian beliau pd petang Sabtu 8 Syawwal 1436H (waktu Syria) amat-amat mengejutkan pencinta ilmu Islam di seluruh dunia. Masih terngiang-ngiang di ingatan saya wajah beliau yg sentiasa tersenyum dan tidak lokek utk memberikan nasihat dan jawapan apabila ditanya sebarang persoalan.

Moga Allah mengampuni, merahmati dan menempatkan beliau di dalam syurga-Nya yang tertinggi bersama para siddiqin, syuhada' & solihin. Ya Rabbal 'Alamiin..


Aizam Mas'ud



Sila kongsi artikel ini...

Tak Perlu Yahudi, Keyahudian Dan Kemunafikan Sudah Ada Dalam Diri Kamu - Wan Ahmad Fayhsal

6:43 PM 0 Comments A+ a-



TAK PERLU YAHUDI, KEYAHUDIAN DAN KEMUNAFIKAN SUDAH ADA DALAM DIRI KAMU

Adakah anda terima hujah kelakar ini?

Adakah JASA menjelaskan kepada UMNO bahawa Bankers Yahudi bernama Tim Leissner dari Goldman Sachs yang jerut Najib untuk berhutang?


Adakah JASA jelaskan kepada UMNO bahawa Paul Stadlen yang juga Yahudi daripada APCO dibayar begitu tinggi untuk menjadi propagandis Najib?

Adakah JASA jelaskan kepada UMNO bahawa Najib dan sekian ramai pemimpin UMNO amat bergantung kepada jejaka Cina bernama Eric See-To yang menggunakan alter-ego Lim Sian See untuk membela setiap satu kebobrokan dan kesalahan UMNO? Baik lantik dia jadi Senator dan lawan Tony Pua dan Rafizi secara jantan.

Adakah JASA jelaskan kepada UMNO bahawa Jho Low yang perangkap Najib dan Rosmah dengan "financial engineering" yang gila sebat duit orang Melayu dalam KWAP, PNB, Tabung Haji untuk langgani kertas hutang projek 1MDB ?

ADAKAH ORANG UMNO SEDAR PEMIMPIN KAMU MENIPU KAMU DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA DAN MENGGADAI ASET NEGARA?

Kamu sedar tak wahai orang UMNO anak cucu kamu nanti akan hidup melarat kerana semua penipuan ini yang telah menyentap barakah yang ada di Tanah Melayu?

Sebelum kamu nak salahkan Yahudi, salahkan DAP kamu tengok betul-betul muka kamu dalam cermin apa yang kamu benar-benar dah lakukan untuk orang Melayu khusus kepada generasi kami yang sedang dihimpit kerakusan kamu dan faham "rent-seeking capitalism" politik wang UMNO yang menjahanamkan orang Melayu selama hampir separuh abad.

Usah berdalih! Lihat diri sendiri!

Wan Ahmad Fayhsal

s



Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Media Persatuan Bekas Pegawai Sprm

5:33 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA PERSATUAN BEKAS PEGAWAI SPRM
9 OGOS 2015

1. Wartawan dan kawan telah menghubungi saya berkenaan dengan SMS yang tersebar luas sejak awal semalam. Pelbagai reaksi telah dikongsi berkenaan dengan kandungan SMS berkenaan. Saya mengucapkan terima kasih, khususnya kepada pihak media yang telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan.


2. Justeru, saya ingin menjelaskan bahawa kandungan dalam SMS dimaksudkan bertujuan memperlihatkan keprihatinan ke atas pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini berhadapan dengan situasi yang amat mencabar.

3. Oleh itu, Persatuan Bekas Pegawai SPRM bertanggungjawab untuk sama-sama mempertahankan kepentingan pegawai dan juga SPRM, yang telah diberi amanah mewujudkan persekitaran bebas rasuah.

4. Selepas melihat kepada perkembangan yang berlaku dan memperoleh maklumat mutakhir daripada pelbagai sumber, selaku Presiden Persatuan Bekas Pegawai SPRM, saya menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa tiada tindakan lanjut akan diambil ke atas pegawai-pegawai SPRM yang telah dan akan diambil keterangan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melainkan mereka didapati melakukan sesuatu kesalahan jenayah. Saya juga menyambut baik kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dikeluarkan di Pulau Pinang malam tadi.

5. Saya amat berharap perkembangan terbaharu ini akan menjadi kenyataan demi keharmonian PDRM-SPRM serta menjaga moral pegawai-pegawai SPRM yang sedang menyiapkan siasatan mereka berkaitan dengan 1MDB khususnya dalam isu SRC International. Saya juga berharap dua pegawai SPRM yang ditangkap baru-baru ini dan dilepaskan atas jaminan, dibebaskan daripada sebarang tindakan bagi membolehkan mereka terus menjalankan tugas dalam siasatan kes SRC International.

6. Saya juga mengucapkan terima kasih atas sokongan berhemah yang telah diperlihatkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low serta Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Tan Sri Johan Jaaffar berhubung tindakan menukar Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategi, Datuk Rohaizad Yaakob agar dihentikan apa yang boleh dilihat sebagai intimidasi ke atas SPRM dan dengan itu, pertukaran kedua-dua pegawai itu pada suasana begini adalah tidak wajar sama sekali.

7. Persatuan Bekas Pegawai SPRM, oleh itu, mahu keputusan menukar kedua-dua pengarah terbabit ke Jabatan Perdana Menteri ditarik balik dan dibatalkan dengan segera bagi mengelak persepsi negatif dan tidak sihat ke atas Kerajaan.


8. Semua pihak menerima hakikat bahawa SPRM dan PDRM mempunyai peranan masing-masing demi mempertahankan kepentingan negara. Saya mempunyai ramai rakan yang merupakan bekas pegawai SPRM dan PDRM, di mana sentiasa berkongsi maklumat mengenai isu-isu semasa.

9. Oleh itu, diharap tiada pihak yang mengambil kesempatan dengan mengeruhkan keadaan atau mengenakan tekanan. Kita harus memberi ruang kepada pegawai-pegawai SPRM menjalankan tugas mereka dalam apa jua situasi dengan bebas dan profesional.

10. Saya juga mengambil kesempatan mahu mengesyorkan agar cadangan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai Pencegahan Rasuah dilaksanakan dengan segera bagi memastikan kebebasan SPRM terus terjamin.

DATUK RAZAK IDRIS
PRESIDEN
PERSATUAN BEKAS PEGAWAI SPRM


Sila kongsi artikel ini...

Saya tegaskan agar PASTI tidak digangu dan biarkan beroperasi di situ - YDP GHB Bakri

2:59 PM 0 Comments A+ a-

Memandangkan kejadian ini berlaku di Bakri, saya bertanggungjawab utk memberi pencerahan....Markas PAS Bakri Bt.3 di wakafkan oleh seorang hamba Allah kepada cawangan Bt.3 dan pemegang amanah nya iala En. Nazeri penyokong tegar GHB. Dlm mesyuarat cawangan Bt.3 mereka memutuskan markas tersebut boleh di guna oleh GHB. Dlm mesyuarat GHB kawasan Bakri ,

Saya tegaskan agar PASTI tidak digangu dan biarkan beroperasi di situ. Kami tidak pernah menganggu PASTI apa lagi menghalau nya. Tetapi pemuda PAS memberi syarat kalau nk guna markas tersebut pastikan hanya utk aktiviti PAS sedangkan itu bukan pejabat PAS kawasan.Malah PASTI pun menumpang di situ. Akhir nya berlaku sedikit pertelagahan dan akhir nya Pemuda PAS mengambil keputusan keluar dari bangunan. Tp hanya pejabat pemuda yg keluar menakala PASTI akan terus di situ.

Kenyataan Penuh Sdr Huridin
YDP GHB Bakri


Sila kongsi artikel ini...

Nilai Ringgit Merudum Sama Semacam Tahap Kepercayaan kepada Najib - Dr Dzulkefly Ahmad

11:00 AM 0 Comments A+ a-




Nilai Ringgit Merudum Sama Semacam Tahap Kepercayaan kepada Najib.
www.harapanbaru.net

1. Tidak syak lagi nilai mata wang ringgit sedang mengalami keruntuhannya paling parah.
Berpandukan kadar penurunannya, ada pihak penganalisis meramalkan tidak mustahil akan mencecah pertukaran RM4=1US$ minggu hadapan.
Kesan terhadap kos sara hidup, inflasi diimpot dan kesan kepada pengimpot dan pengekspot pasti terjejas. Peniaga yang berniaga dsempadan Thailand dan Singapura, sedia maklumi penguncupan nilai wang kita. Yang menghantar wang kepada anak-anak yang belajar di luar negara juga tahu.

2. Semalam ringgit menjunam ke paras 3.9125 berbanding Dollar Amerika,
paling rendah dalam 17 tahun sekaligus menyaksikan Indeks komposit Bursa Malaysia kehilangan 30.92 mata. Ringgit, matawang Asia paling teruk di segi prestasi, kehilangan 9.8% berbanding Dollar Amerika, Baht-Thailand sebanyak 6.4%, Peso-Filipina sebanyak 2.2% dan Rupiah-Indonesia kehilangan 8.4%.

3. Pelabur-pelabur asing telah menjual pegangan saham mereka sejak 14
minggu lalu secara agresif kerana semakin hilang kepercayaan terhadap ekonomi Malaysia. Mereka akan mengalami kerugian dalam pertukaran asing atau
‘Forex’ apabila melabur dalam syarikat-syarikat di Bursa kerana ringgit susut nilainya.

4. Tekanan atas nilai ringgit berpunca, antara lain, dari harga minyak mentah yang turut jatuh. Perkara ini bersangkutan dan sentimen buruk akibat tidak kemampuan 1MDB membayar hutang korporatnya RM42 bilion. PM Najib wajar insaf apabila sentimen menjadi jelek dan celaka menimpa negara, apabila pasaran kewangan tempatantahu berita ‘perpindahan’ RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya menjadi viral.

5. Meskipun Bank Negara Malaysia (BNM) telah nyatakan untuk tidak lakukan
‘tambatan ringgit’ sekali lagi, polisi itu mungkin terpaksa digunakan apabila ringgit mencecah pertukaran 4.10 atau 4.20, mengikut pandangan penganalisis. . Pada krisis kewangan 1997, kadar pertukaran mencecah RM4.80 = 1US$ serentak menuntut langkah intervensi ‘tambatan ringgit’.

6. BNM diketahui telah ‘mempertahankan’ ringgit dengan membeli ringgit apabila pelabur menjual secara drastik bagi mengelak suasana ‘volatility’ atau ‘ketidakentuan’ yang melampau. Betul, kesannya penurunannya semacam ada baik-buruk. Ekpot jadi murah, impot jadi mahal dan sebagainya. Namun, pelabur dan pasaran (market) resah dan tidak suka suasana ini. Mereka memerlukan situasi nilai matawang yang lebih stabil.

7. Seperkara lagi, ekonomi sesebuah negara ditentukan oleh beberapa ‘fundamentals’ atau ‘asas’. Antara faktornya ialah ‘Simpanan Asing’ atau ‘Foreign Reserves’. Simpanan asing kita telah menguncup secara drastik dari tahap US$140bilion (RM541b) pada tahun 2013 kepada US$100.5 (RM350b) pada 15 Julai lalu.

8. Pada awal Julai lalu, simpanan asing menurun sebanyak US$5 bilion.
Ini menandakan BNM telah menggunakan simpanan asing kita untuk ‘pertahankan’ dengan membeli ringgit apabila penjualan besar-besaran dilakukan oleh pelabur asing.

9. Penjualan besar-besaran ini menurunkan nilai ringgit. Penjualan ringgit bermakna ‘Permintaan’ jatuh, sekaligus menurunkan nilai ringit, apabila bekalan meningkat. BNM membeli bagi pertahankan ringgit, menggunakan ‘simpanan asing’nya. Namun langkah intervensi ini adalah berita buruk bagi rakyat, sama seperti berita ‘bailout’ syarikat sakit kerajaan (GLCs) kerana mengurangkan simpanan asing negara.

10. Mengurang simpanan asing mengurangkan keupayaan dan ‘options’ untuk BNM bertindak semasa berdepan dengan krisis kewangan. Penurunan simpanan asing juga bakal mengancam penurunan ‘penarafan negara’ atau ‘downgrading sovereign rating’.

11. Ini berita buruk buat negara dan bakal menjadikan kos pinjaman di
pasaran kewangan di Malaysia tinggi atau mahal. Kos menjalankan perniagaan akan menjadi mahal dan tidak menarik. Malaysia tidak lagi menjadi destinasi pelaburan yang menarik.

12. PM Najib selaku Menteri Kewangan wajar faham kesemua kesan ini
apabila mengurus ekonomi dan kewangan negara secara culas, curang dan tempang. Pilihan untuk menggunakan kaedah monitari bagi menggamit pelaburan atau mengelak pelabur menjual ringgit, seumpama meningkatkan kadar faedah (yakni Kadar Pinjaman Semalaman atau Overnight Policy Rate, OPR), pastinya akan membebankan lagi rakyat.

Harap Pak Menteri tidak menggunakan hujah Pak Pandir acap-acap. Bukan matawang kita sahaja turn, semua matawang negara lain pun turun. (Bukan anak kita sahaja mati, anak orang pun mati juga).

- Dr Dzulkefly Ahmad
Setiausaha Gerakan Harapan Baru.


Sila kongsi artikel ini...

Perginya Permata Ummah - Mufti Wilayah Persekutuan.

10:41 AM 0 Comments A+ a-



PERGINYA PERMATA UMMAH

Pada pagi yg mulia ini, 9 Ogos 2015 bersamaan 24 Syawal 1436H, kami menerima berita yg telah disahkan dan disemak berkenaan pemergian guru yang kami kasihi, Fadhilat al-Syeikh al-Allamaah Dr. Mustafa Wahbah al-Zuhaily setengah jam sebelum fajar. Semoga Allah mengampuni dosanya dan menempatkannya bersama dengan para siddiqin, syuhada' dan solihin. Kami tidak ingin mengatakan apa-apa kecuali yang diredhai berkenaannya.

Ya Syaikhana, sesungguhnya pemergianmu membuatkan diri ini teramat sedih. Inna lillahi wa inna ilaihi raj'iun.


Dengan ini kami mengambil kesempatan untuk menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk mengerjakan solat jenazah ghaib kepada guru kami, Fadhilat al-Syeikh al-Allamah Dr. Mustafa Wahbah al-Zuhaily. AlFatihah. Sekian, terima kasih.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan.


Sila kongsi artikel ini...

'DNA lembu yang masuk ke dalam tubuh bayi' Tersasar dari Fakta - Syahira Hozami

10:31 AM 0 Comments A+ a-

oleh:
Syahira Hozami

Ke hadapan Ustazah Fatimah Syarha yang saya kasihi, assalamualaikum dan salam sejahtera mudah-mudahan rahmat dan kasihNya melimpahi kehidupan kita, dan mudah-mudahan redha Allah jua mengiringi setiap perbuatan kita dan mudah-mudahan, salah dan khilaf kita diberi keampunan oleh Tuhan

Baru ini saya melihat tersebarnya kenyataan ustazah dalam Fiqh Wanita TV3, mengenai isu DNA lembu yang masuk ke dalam badan kalau minum susu lembu.

Saya menghormati ustazah sebagai seorang yang proaktif dalam memberi pandangan, berhati-hati dalam memberi pendapat, dan tersusun bahasa apabila menyampaikan. Kupasan ustazah dalam bidang fiqh wanita banyak membuka minda wanita yang mengikuti kupasan ustazah baik dalam ceramah, di youtube, dalam buku atau novel dan sebagainya. Ustazah ke hadapan membawa idea yang baik untuk diketengahkan. Saya juga pernah menghadiri mukhayyam yang mana ustazah merupakan penceramahnya, di hadapan pada satu subuh yang hening, berkisah mengenai wanita dan perjuangan dalam Islam.

Atas dasar hormat itu saya ingin mengetengahkan seperkara yang saya lihat ustazah sampaikan telah tersasar dari fakta, meskipun niat ustazah baik dan mahukan yang terbaik bagi orang lain.

Iaitu, ustazah memberitahu mengenai DNA lembu yang masuk ke dalam tubuh bayi. Bagi saya, kenyataan ustazah ini mendatangkan sedikit kekeliruan, dengan ustazah meletakkan kenyataan ini dalam kondisi negatif kepada semua pihak.

Saya ingin memberitahu ustazah, susu lembu yang masuk ke dalam tubuh bayi (dalam hal ini saya merujuk susu lembu itu masuk melalu mulut dan oesophagus, kemudian masuk dalam perut ia dicerna, kemudian ke bahagian usus untuk diserap), ia diserap sebagai nutrient, dan tidak memberikan tindak balas kepada DNA manusia kecuali, susu itu mengandungi bahan radioaktif atau bahan-bahan yang merangsang mutasi kepada DNA seperti bahan yang mengandungi proflavin ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/Proflavine ), bahan yang mengandungi 5-bromouracil ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/5-Bromouracil ), mustard gas ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/Mustard_gas ), hydroxylamine ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/hydroxylamine ) dan lain-lain yang mana ia tidak dicampurkan dalam mana-mana susu yang diproses.

Bahan-bahan yang diproses meskipun kebiasaannya dilalukan dengan ionizing radiation, tetapi ia tidak mendatangkan kesan kepada manusia dan hanya cukup untuk bunuh bakteria sahaja - ia dipanggil food irradiation. Namun, proses bunuh bakteriapada bahan tenusu kebiasaannya menggunakan proses pasteurization (rujuk : http://www.milkfacts.info/…/Heat%20Treatments%20and%20Paste… )

Dengan fakta yang saya sebutkan di atas, mengatakan DNA manusia berubah atau terkesan dengan meminum susu lembu adalah satu kenyataan yang tidak berasaskan kepada rujukan yang berautoriti dalam bidang sains. Perbicaraan mengenai mutasi dalam tubuh badan manusia merangkumi tulisan yang lebih panjang, cukuplah saya menyatakan bahawa kenyataan ustazah sebelum ini tidak tepat dan perlu kepada rujukan semula.

Saya memahami tujuan ustazah mahu menonjolkan sisi baik mengenai susu ibu dan bagaimana, susu ibu itu lebih baik daripada susu yang lain. Tetapi saya juga berharap agar ustazah juga tahu dan mengambil kira, ada ibu-ibu di luar sana yang tidak mampu menyusukan anaknya atas faktor-faktor biologi, mengambil supplement atau ubat perangsang pengeluaran susu ada pro dan cons -nya yang tersendiri, dan selain itu ubat tersebut mahal bagi ibu-ibu yang tidak mampu untuk membelinya.

Saya berharap ustazah dalam mengetengahkan kelebihan susu ibu, supaya lebih berhati-hati dalam membawakan fakta. Susu ibu lebih baik bukan kerana faktor DNA, tetapi kerana susu ibu mampu memberi antibodi yang lebih baik kepada tubuh badan bayi berbanding susu lain. Susu manusia, mempunyai kandungan antibodi yang banyak dan cukup untuk melawan bakteria dalam tubuh anak-anak. bayi yang masih kecil tidak mampu untuk menghasilkan sistem imunisasi yang kukuh, manakala susu ibu mampu memberikan antibodi (IgA terutamanya) yang sudah siap sedia untuk melawan bakteria. Dari sisi lain, susu lembu yang dibancuh ada risiko memberi alergi kuat kepada bayi yang masih belum ada antibodi lawan alergi (IgE). Secara kesimpulannya, untuk mengatakan susu lembu atau susu lainnya tidak bagus untuk bayi secara total, adalah tidak tepat sama sekali.

Saya ingin membawakan rujukan yang saya kira mempunyai autoriti mengenai hal 'breast feeding' dalam laman :-

How Breast Milk Protects Newborns :
http://kellymom.com/…/bf-…/how_breastmilk_protects_newborns/

Immune factors in human milk :
http://kellymom.com/nutrition/milk/immunefactors/

Breast feeding: overview and breast milk immunology (abstract, article journal)
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/7825463

Transfer of antibody via mother's milk (abstract, article journal)
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12850343

Saya berharap orang lain yang membaca post ini membuka link-link yang saya sertakan, atau setidak-tidaknya 'bookmark' page tersebut untuk rujukan mendatang.

Saya tidak mengatakan, bahawa pendapat saya lebih betul dari sesiapa, baik kepada ustazah sendiri. Saya cuma sampaikan apa yang saya tahu, dan semoga kita sama-sama dapat membaiki silap kita dan saling menegur dengan baik, dan semoga kita dijauhkan dari menjadi keyboard warrior.

Dari saya, yang banyak kelemahan,
Syahira Hozami
Pengajian Islam Dan Sains (Genetik & Biologi Molekul)
UM

p/s : rujuk post susulan saya di - https://www.facebook.com/syeraho/posts/936711649723219


s


Sila kongsi artikel ini...

.... dan kepada mereka dibahunya terpikul beban yang maha dasyat, AMANAH - Eila Bahri

9:18 AM 0 Comments A+ a-



Kepada mereka yang Allah pinjamkan kuasa dunia keatasnya,
dan kepada mereka dibahunya terpikul beban yang maha dasyat, AMANAH..



Ayah saya, Bahri Muhamad Zin, dah almost 33tahun berkhidmat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Berpuluh tahun dia bekerja jalankan amanah rakyat siasat dan tangkap malaun-malaun yg suka sangat bedal duit haram (hak rakyat). Beratus juta juga dia dan jabatan berjaya selamatkan dari hilang ketangan2 taik.. Selama dia bekerja sbgai Pegawai SPRM, kami sebagai ahli keluarga constantly kena ugut, kena santau, kena kacau, kena pulau, kena herdik dan sebagainya. Dia apatahlagi. Tapi dia sentiasa cakap, biar dibuang oleh dunia kerana mempertahankan kebenaran dari dijulang kerana kebatilan. Hidup ni, bukan nak tongkat langit, tapi nak cari sebanyak mana sebab untuk Allah redha.


Ayah saya mmg tegas especially bab2 agama dan hak orang ni. Sebelum kami ke sekolah kenal ABC dari guru2 kami, dia dan chek(ibu) adalah guru2 pertama kami. Ayah sendiri yg ajar anak2 dia mengaji, ceritakan kisah serikandi-serikandi, sahabat-sahabat, sirah etc. In fact, masa kami mula2 nak belajar bercakap, kami tidak pernah dikenalkan kpd cinderella, tp kami tahu betapa iblis sangat takut pada Umar Al-Khattab. Bukan nak bangga tapi kami tahu sape Bahri Muahamad Zin ni dari kami lahir lg.. Jadi kami tahu bila dia cakap dia akan buat betul dia akan buat.

Saya bukan nak cerita pasal family saya, tapi saya nak cakap sepanjang sy hidup sebagai anak Bahri ni, saya tahu dia cukup pakar dalam 3benda ja, 1) mengajar menyampai tentang agama, 2) siasat, kantoikan dan tangkap orang jahat, 3) tanam bermacam jenis pokok. Jadi bila dia dipindahkan ke JPM, saya mula terfikir, apebenda yang korang nak dia buat sebenarnya? 1) ajar orang kat JPM tentang AGAMA? 2) tanam pelbagai jenis pokok kat JPM dengan harapan hasil blh bayar bil rumah pembesar or 3) lagi banyak korang nak dia kantoikan korang?

whatever it is, saya bukanla pandai bab2 susun atur dalam pentadbiran ni.. cuma nak cakap, selagi xlepas soal kubur, selagi tu roh xleh naik ke langit.. So, good luck with that bebehh..
Kepada ayah, xpelah yah… ok what, baca paper kat JPM.. ayah dah lama pun bekerja.. last2 orang ckp ayah keldai TUUTTT juga.. (ayah pun jawab, Allah ada).. ngeh3

Eila Bahri
(Anak Datuk Bahri SPRM)

m


Sila kongsi artikel ini...

Saya menggesa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib untuk menghentikan segala tindakan mengganggu dan mengancam pegawai-pegawai siasatan agensi kawal selia negara - Anwar Ibrahim

7:18 AM 0 Comments A+ a-





Saya menggesa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib untuk menghentikan segala tindakan mengganggu dan mengancam pegawai-pegawai siasatan agensi kawal selia negara. Saya merujuk secara khusus bagaimana anggota PDRM diguna untuk menangkap, menyoal siasat malah juga mereman anggota-anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk mereka yang terlibat di dalam siasatan bagaimana RM 42 juta wang rakyat melalui SRC International dimasukkan ke akaun peribadi DS Najib di AmBank.

Terdapat juga tanda-tanda bahawa Bank Negara, yang merupakan institusi kawal selia yang teramat penting, juga sedang diancam. Amatlah mustahak bagi negara dan keadaan ekonomi agar Bank Negara terus dilihat sebagai sebuah badan yang bebas, profesional dan berintegriti. Bank Negara wajib dibenarkan menjalankan tugas-tugas tanpa kekangan terutama di dalam aspek pengesanan dan pencegahan pengubahan dan aliran wang haram. Jika Bank Negara dilihat cuai dan tidak cekap menjalankan tugas akibat gangguan politik, maka ekonomi negara akan mengalami kesan yang amat serius.

Rakyat Malaysia perlu bersatu dalam memberi sokongan terhadap SPRM dan Bank Negara untuk menjamin institusi-institusi ini selamat dari gangguan politik. Saya menggesa agar semua rakyat Malaysia, Ahli-Ahli Parlimen dari semua parti, NGO dan masyarakat sivil mengetepikan perbezaan dan bersatu untuk menyelamatkan negara kita dari krisis politik dan ekonomi yang melanda kita sekarang..



- pesan DSAI.


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.