Jangan Halalkan Fitnah, Hasutan Anarki Ala Sosialis Sehingga Merosakkan Politik Islam - Penerangan PAS Pusat

10:16 PM 0 Comments A+ a-



JANGAN HALALKAN FITNAH, HASUTAN ANARKI ALA SOSIALIS SEHINGGA MEROSAK KEINDAHAN POLITIK ISLAM

Kumpulan serpihan GHB ini sedikit pun tidak merasa bersalahkah dengan perbuatan mereka bersekongkol menjaja fitnah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yg melibatkan sampai berjela2 fitnah yang disenaraikan sehingga 90 muka surat?

Belumpun sempat dibicarakan secara penuh di Mahkamah, sekarang PKR dan Saifuddin Nasution sudah mengaku memfitnah dengan mengaku kesemua 90 muka surat berkenaan, tidak ada satu pun yg betul. Sudah membuat ikrar bersumpah di depan Pesuruhjaya Kehakiman di dalam mahkamah bahawa beliau tidak akan lagi mengulangi dan menyebut fitnah itu lagi.

Kerana fitnah ini orang marah pada Presiden PAS, DS TGHH, para ulama dan PAS yg tidak menyokong perbuatan ini dengan membabi buta. Kerana fitnah ini Sultan Selangor dan Institusi Sultan dipertikai kuasa dan dibuat serta dibiarkan jadi bahan sendaan oleh golongan ini. Kerana fitnah bukan sahaja rakyat Selangor, malah rakyat seluruh negara terpalit najis dosa mengumpat keji TSKI, kerana percaya kepada mereka yg bersungguh menjaja cerita. Ke sana ke mari dengan roadshownya.

Demi fitnah ini, ada ADUN PAS yg mengkhianati ketetapan parti sendiri. Sekarang sudah nyata sifat mereka dgn mengisytihar keluar PAS.

Semua yg bersekongkol melakukan perbuatan fitnah inilah yg Allah SWT zahirkan supaya umat manusia senang kenal dengan mengumpulkan mereka dalam satu kumpulan yg mereka nama kan GHB. Dan 'bisnes seperti biasa, roadshow lagi".

Mereka ini disokong kuat oleh DAP dan hampir mustahil kita akan jumpa mereka akan sanggup keluarkan kenyataan yg bertentangan dengan kepentingan DAP hatta dalam perkara yg menjolok mata bercanggah prinsip Islam mahupun menggugat kepentingan orang melayu.

Mereka menyerang PAS yg sekarang teguh bersatu dgn lebih 80% ahli yg memilih kepimpinan sekarang dengan proses demokratik yg tak mampu dipertikaikan.

Mereka memfitnah PAS konon akan masuk UMNO. Sedangkan PAS siang malam pagi petang mengajak ahli UMNO agar meninggalkan bahtera rosak dan reput yg sedang karam, mengajak sertai PAS sebagai pilihan baru, nafas baru untuk orang2 Islam, melayu dan bukan melayu yg mahu ikut bersatu membina kebangkitan baru.

Setakat ini purata kemasukan baru ahli ahli PAS adalah sekitar 4,000 diseluruh negara dengan permohonan baru lebih 10,000. Ini sejak muktamar PAS terakhir yg lalu.

PAS menyeru rakyat supaya jatuhkan BN, tetapi mereka seru agar UMNO diberi harapan baru dengan tukar Najib dengan Muhyiddin. Apa mereka mahu buat setelah Muhyiddin pula yg jadi Perdana Menteri, pengerusi BN? Gencatan senjata 2 tahun sebab orang baru putih bersih belum buat salah?

Tun Mahathir berulangkali menyebut tujuan menyingkirkan DS Najib untuk menyelamatkan UMNO.

Islam tak tertegak dengan menjadikan tabiat memfitnah sebagai rutin dan seruan yg menghasut dan menyesatkan rakyat.

Islam hanya akan tertegak jika kita terus beristiqomah atas prinsip dan dasar Islam. Bukan dengan menggadaikannya atas apa alasan pun.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan, sebarang perubahan dan seruan kebangkitan, jangan sampai melibatkan kekacauan dan menyusahkan rakyat.

Kita mahu mensejahterakan kehidupan. Bukan mengheret rakyat ke jurang penderitaan.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
19hb Ogos 2015

s 


Sila kongsi artikel ini...

Ada Masalahkah Dengan Projek KTCC di Seberang Takir Sehingga Berubah Haluan ke Industri Petroleum Pula

9:42 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

ADA MASALAHKAH DENGAN PROJEK KTCC DI SEBERANG TAKIR SEHINGGA BERUBAH HALUAN KE INDUSTRI PETROLEUM PULA?


Dalam menjawab kekhuatiran saya berhubung fokus baru Menteri Besar Terengganu berhubung kemungkinan industri petroleum di Seberang Takir atau Pulau Duyung, Teganu kita, media rasmi unit komunikasi negeri telah memberikan pencerahan dengan menyatakan kajian akan dibuat oleh EPIC, anak syarikat milik Kerajaan Terengganu.


Kali ini dihuraikan industri petroleum yg dimaksudkan adalah yang bersifat hiliran.

Maka ini selari dengan beberapa pandangan saya bahawa industri petroleum utama pemerosesan petroleum mentah tidaklah sesuai di lokasi berhampiran kawasan berkepadatan penduduk tinggi yg berkenaan.

Lantaran itu saya sebagai contoh telah mencadangkan industri hiliran petroleum seperti Hub Barangan Plastik untuk kegunaan domestik yg boleh dimajukan di kawasan Perindustrian Gong Badak berdekatan yg masih kelihatan lesu.

Tak apalah media rasmi kerajaan lebih berminat dengan baja urea pun. Konsepnya industri yang dimaksudkan adalah hiliran sifatnya.

Cuma saya berpendapat pelaburan hampir RM500juta yg telah dihabiskan ke atas muara sungai, memperdalamkan dan pembinaan benteng pemecah ombak patut dimanfaatkan dengan industri sokongan carigali petroleum di pesisir pantai yg sebahagiannya telah dibuat insiatif persendirian oleh beberapa syarikat tertentu. Ini antara lain khidmat pertukaran kru kapal, isian semula diesel dan air bersih dan pelbagai perkhidmatan sokongan logistik yang lain. Ini termasuk kemungkinan pelabuhan sederhana sebagai pintu masuk barangan indocina atau transit sebelum ke pelabuhan kemaman.

Saya merasa pelik mengapa timbul haluan baru yang agak menyimpang dari rancangan asal Kuala Terengganu City Centre di Seberang Takir ini yg telah heboh diperkatakan mendapat pelaburan RM5 billion itu? Apa komen ECER yang membayangkan hotel2 mewah yg mencakar langit akan dibina di Seberang Takir? Sehingga berbelanja besar untuk pelbagai projek infrastruktur yang berkaitan termasuk jambatan boleh angkat drawbridge yang gah berkenaan?

Apa sebenar yang berlaku kepada projek berbillion KTCC di Seberang Takir? Benarkah projek inipun sedang bermasalah?

HJ. AHMAD AMZAD HASHIMKetua Penerangan
Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat
PAS Terengganu
19hb Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Pentadbiran Kawasan dan Cawangan PAS Diteruskan - Iskandar Samad

9:22 PM 0 Comments A+ a-



PENTADBIRAN KAWASAN DAN CAWANGAN PAS DITERUSKAN.

Sukacita dimaklumkan Badan Perhubungan Negeri Selangor sedia mengambil alih mana-mana Kawasan atau Cawangan demi kelancaran pentabiran Parti.


Pihak kami telah berbincang dengan YB Dato' Setiausaha Agung PAS dan bersetuju bahawa sebarang pengambilalihan adalah selari dengan Perlembagaan PAS seperti berikut,

FASAL 26 (9) j - Menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam parti, dan berkuasa menggantung dan membubarkan serta mengambil alih mana-mana Badan Perhubungan PAS Negeri/Wilayah Persekutuan, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan dengan melantik satu Jawatankuasa Tadbir sementara yang akan mempunyai kuasa sebagaimana sesebuah Jawatankuasa yang diambil menurut Perlembagaan ini untuk tempoh masa yang ditentukan.

Pihak kami telah turut melakukan perbincangan-perbincangan di peringkat akar umbi dan tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengenalpasti pemimpin dan penggerak tempatan untuk mentadbir dan menggerakkan mana-mana Kawasan atau Cawangan yang terlibat.

Terdapat hampir 1,000 cawangan PAS dan hampir 100,000 ahli PAS di Selangor.

YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS
Negeri Selangor
19 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Rakyat Bangkit Selamatkan Malaysia - Wan Azizah

8:42 PM 0 Comments A+ a-



RAKYAT BANGKIT SELAMATKAN MALAYSIA

Di kala Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-58 dan Hari Malaysia yang ke-52, senario politik terkini tanah air semakin membimbangkan. Kenaikan harga barang akibat GST yang membebankan, merudumnya nilai mata wang ringgit, hilangnya kepercayaan pelabur dalam dan luar negara, serta rasuah dan salahguna kuasa semakin menjadi-jadi. Pelbagai insiden juga telah berlaku termasuk rombakan, pemecatan, dan tangkapan individu-individu yang terlibat di dalam siasatan isu 1MDB dan dakwaan "derma" RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak, yang terkini didakwa telah dikeluarkan sepenuhnya.


Ada pihak yang berkata Malaysia bakal menjadi "negara gagal" ("failed state") jika tidak diselamatkan, namun pada masa yang sama ada pihak berkepentingan yang bertungkus-lumus berusaha menggagalkan proses menyelamatkan Malaysia.

Faktor terpenting dalam usaha ini ialah kemahuan dan kemarahan Rakyat. Adakah kita mahu terus hidup di dalam keadaan ekonomi dan politik yang tidak menentu? Adakah kita mahu anak cucu kita terus hidup ditindas dan dibelenggu pelbagai masalah yang kita hadapi hari ini?

Tidakkah kita impikan dan idamkan sebuah Malaysia yang lebih adil, yang lebih sejahtera, yang lebih stabil, yang lebih baik untuk kita semua?

Masanya telah tiba untuk Rakyat Malaysia menyuarakan kemarahan dan kemahuan agar Malaysia diselamatkan. Minggu hadapan, demi anak cucu kita, demi nusa dan bangsa, demi Rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama bangkit dan turut serta dalam perhimpunan aman Bersih 4 di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 29 dan 30 Ogos.

Ayuh, Selamatkan Malaysia!

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailKetua Pembangkang
Presiden KEADILAN

Kenyataan Media
19 Ogos 2015



Sila kongsi artikel ini...

Parti Amanah Versi Iran - Ahmad Syakir Mohd Nassuruddin

8:07 PM 0 Comments A+ a-

PARTI AMANAH VERSI IRAN

Tersenyum sendirian setelah saya bertanya kepada sahabat FB saya untuk memulakan cerita tentang Parti Amanah versi UK atau Iran. Lalu terpampang satu status daripada sahabat yang saya kasihi, beliau nampak agak risau dan kemungkinan beliau kepada saya mungkin akan kaitkan dengan satu fahaman. Sahabat, saya suka untuk ceritakan semasa Ayahanda Mat Sabu memurnikan kembali sejarah tentang Mat Indera. Sehinggakan beliau didakwa kerana membuat kenyataan fitnah tentang serangan komunis di balai polis Bukit Kepong pada 1950.

Situasi ini telah melahirkan satu fenomena baru iaitu fenomena Mat Sabusme (pemurnian sejarah) yang dikupas, diwacana dan didiskusikan oleh kebanyakan ahli akademik. Suasana ini saya tersangat suka sebab semua pihak akan menganalisis lembaran sejarah untuk dinilai kembali. Begitu juga dengan situasi yang berlaku sekarang, sayugia kepada saya untuk turut sama menyelongkar perbendaharaan ilmu bagi mencari maklumat-maklumat baru sebagai hidangan kepada sahabat-sahabat FB saya.

Sebelum ini saya pernah kongsikan tentang Parti Harapan Baru versi Siam. Sekarang saya bawa sahabat-sahabat semua ke Iran. Maka, dengan lafaz bismillah saya mulakan, semoga input ini boleh dijadikan sebagai nilai tambah dan terus beristiqamah kita atas jalan kebenaran.

Sebut berkenaan dengan Iran, sebuah negara yang pernah masyhur suatu ketika dahulu dengan nama Parsi. Majoriti penduduk Iran adalah syiah iaitu 89% diikuti dengan ahlu sunnah sebanyak 9% dan lain-lain iaitu Yahudi, Majusi, Kristian dan Bahá'í. Sebab itu Iran terkenal dengan nama negara Syiah kerana pemimpin dan pembesar kerajaan terdiri daripada golongan syiah.

Saya mempunyai seorang kenalan daripada Iran yang ahlu sunnah. Saat berbicara dengan beliau, beliau menceritakan hakikat ahlu sunnah di sana memang selalu ditindas, populasinya semakin mengecil, kebanyakan mereka tinggal di sempadan negara-negara yang berdekatan. Keberadaan beliau untuk menyambung pelajaran di Malaysia juga selalu diperhatikan oleh mata-mata. Beliau tidak boleh selalu keluar dan kebanyakan masa dihabiskan dalam rumah, keluar hanya menyempurnakan perkara asas dan bertemu dengan supervisor.

Ok, kita kembali semula kepada parti yang dimaksudkan oleh saya. Parti Amanah Negara (NTP) atau dalam bahasa Parsi ( حزب اعتماد ملى ). Parti ini diasaskan pada tahun 2005 oleh bekas Speaker Parlimen (1980-1989) bernama Mehdi Karroubi, penubuhan ini disebabkan oleh kekalahan kontroversi dalam pilihan raya Presiden 2005. Karroubi mendakwa bahawa kekalahan tersebut didalangi oleh pihak tentera yang banyak menolong menggerakkan kempen kepada Mahmoud Ahmadinejad. Setelah berakhir pusingan pertama pilihan raya Presiden Iran, Karroubi meletakkan semua jawatan dalam kerajaan dan merealisasikan parti baru ini.

Beliau mengganggap bahawa dirinya seorang yang reformis dan pragmatik. Selain itu, beliau telah mewujudkan akhbar partinya sendiri yang diberi nama Etemad-e Melli. Ketika pilihan raya Presiden 2009, beliau sekali lagi dilihat calon yang sesuai untuk mencabar kerusi presiden Iran. Sokongan kepada beliau bertambah apabila ramai yang menzahirkan sokongan. Antaranya bekas Datuk Bandar Tehran Gholamhossien Karbaschi, wartawan Abbas Abdi, bekas ahli parlimen Ata`ollah Mohajerani dan ramai lagi.

Namun keputusan yang keluar sebaliknya apabila, beliau hanya mendapat undi yang paling sedikit iaitu 0.68%. Keadaan ini menyebabkan berlakunya demonstrasi seluruh dunia. Malaysia juga turut terlibat iaitu pada 15 Jun 2009, seramai 700 pelajar Iran yang berada di Malaysia telah mengadakan demonstrasi di hadapan Wisma Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) sehingga memaksa PDRM melepaskan bom pemedih mata dan bom asap serta mengancam akan menarik balik visa kepada pelajar Iran.

Pertembungan golongan konservatif dan reformis Iran cukup ketara dengan pembawakan tersendiri. Setelah berakhir pilihan raya 2009, beliau meneruskan aktiviti hak asasi manusia. Kerap menulis surat menuntut sebilangan kes salah laku yang berlaku dalam negara Iran. Serangan demi serangan tetap dilakukan bagi melumpuhkan parti ini.

Sebenarnya, setelah berlakunya revolusi Tunisia pada tahun 2011. Iran juga bangkit melalui gerakan-gerakan reformis yang diketuai oleh Mehdi Karroubi dan Hossien Mousavi, namun segera disekat oleh pasukan keselamatan Iran. Sebab itu nampak macam diam membisu sahaja negara teluk ini. Sehingga sekarang, Karroubi masih lagi memimpin Parti Amanah Negara. Peluang beliau untuk berada di posisi paling atas (presiden) juga semakin pudar.

Gerakan mereka akan selalu diikuti dan diperhatikan oleh pihak Kerajaan Iran. Memang menarik apabila kita meneliti kronologi sejarah politik Iran, golongan konservatif bertapak kuat dan tidak bisa untuk diganggu gugat oleh reformis. Saya pun tidak tahu hala tuju parti ini seterusnya untuk kelangsungan mereka dalam politik negara Iran.

Sahabat, sebab itu matlamat perlu jelas. Kalau tak, tidak akan kekal lama. Terus istiqamah hingga kemenangan.

Ahmad Syakir Mohd Nassuruddin

r


Sila kongsi artikel ini...

Tiada kawasan dan cawangan PAS yang akan terbubar - Tuan Ibrahim Tuan Man

7:01 PM 0 Comments A+ a-



Tiada kawasan dan cawangan PAS yang akan terbubar


PAS Pusat menegaskan bahawa tidak akan ada kawasan yang terbubar walaupun ada pimpinannya dan sebahagian ahlinya keluar.

Parti mengambil maklum adanya usaha beberapa pimpinan kawasan dan cawangan yang akan bertindak demikian. Namun, kita mempunyai peruntukan dalam perlembagaan parti bagi meneruskan aktiviti parti.


Kawasan akan terus kekal dengan barisan kepimpinan baru yang akan mengambil alih pentadbiran kawasan dan cawangan berkenaan. Sebagaimana ombak di lautan yang tidak dihenti dijana, PAS mempunyai sumber kekuatan untuk menggantikan ombak yang hilang.

Bagi pimpinan dan ahli yang ingin meninggalkan parti, terima kasih atas khidmat dan sumbangan kepada parti selama ini. Parti menghormati hak samada untuk kekal bersama parti atau keluar daripada parti. Walaupun ini bukan penyelesaian terbaik, namun ia tetap ialah satu penyelesaian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh ahli PAS yang terus istiqamah dengan parti.

Kepada para ahli PAS, mari bersama saya dan para pemimpin PAS untuk meneruskan perjuangan dan aktiviti parti, meningkatkan mujahadah, mengikhlaskan niat dalam perjuangan dan bersabar dalam menempuh segala mehnah dalam perjuangan ini. Selagi mana kita berada di atas landasan benar, Allah akan membantu kita. InsyaAllah.

Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS
19 Ogos 2015



Sila kongsi artikel ini...

PAS Perlu Presiden Baharu – Ibnu Yusuf Al-Samari

6:40 PM 0 Comments A+ a-

Saya mohon mencadangkan sesuatu yang sangat drastik. Sebagai ahli biasa, ini adalah saluran terbaik yang saya ada untuk mengharapkan ianya didengari. Cadangan saya ialah agar PAS memulakan langkah menukar presiden sedia ada, YB. Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pemimpin baharu yang lebih dinamik, terbuka, mesra dan berdaya saing dalam kepimpinan.

Sebaiknya daripada kalangan agamawan seperti ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man atau tokoh ekonomi seperti YB. Husam Musa atau tokoh muda seperti Saudara Salahuddin Ayub . Oh ya, YB Husam mungkin akan menyertai parti baharu yang mungkin dinamakan sebagai Parti Amanah Rakyat bersama-sama dengan Salahuddin Ayub. Jika begitu, sesiapa yang layak dan mampu menggantikan ketokohan mereka nanti, dialah yang saya fikir termasuk dalam senarai pendek presiden menanti.

Kenapa saya menyarankan pandangan ini? Asas saya tidak susah. Ianya merujuk kepada kegagalan ustaz Abdul Hadi bertindak menjaga parti daripada terdedah kepada perpecahan dan kelemahannya membiarkan kekaburan dalam matlamat jangka pendek parti serta strateginya. PAS masih seperti dilambung ombak. Nakhoda, walaupun seorang, jika gagal mengemudi bahtera, tiada makna kemudi di tangannya. Lepaskan sahaja kepada tangan lain.

Dalam suasana Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang lemah dan bagi saya paling lemah sepanjang 20 tahun kegemilangan parti, kekeringan  tokoh ekonomi dan strategis serta kecelaruan pemikiran politik dan organisasi yang tiada sekata antara ahli dan pimpinan,  PAS perlu disuntik dengan dos yang tinggi, dari atas.

Presiden baharu perlu menyusun semula organisasi parti secara betul. Jauhkan puncak pentadbiran daripada dikuasai sekelompok kecil pemuda berkelulusan Timur Tengah yang gagal memandu parti bergerak betul. Kembalikan sokongan anak muda kepada parti melalui keterampilan presiden baharu mesra pemuda dan golongan generasi Y. Jangan bina tembok pemisah antara parti, tanzim, ahli dengan masyarakat awam biasa yang langsung tidak mengenali apa itu tanzim dan jamaah.

Jika PAS adalah platform perjuangan Islam sebenar, mata rantai perjuangan Rasulullah saw, dan bukannya  tokoh tertentu sebagai platform kekal, maka lepaskan ustaz Abdul Hadi daripada jawatannya sekarang dan bantulah beliau bertindak selaku Mursyidul Am parti dan tokoh gerakan Islam seluruh dunia.

Jika PAS mahu dibiarkan kepada beberapa orang bekas pelajar Timur Tengah mengemudinya, menentukan hala tujunya, atas sangkaan kononnya mereka adalah kumpulan ulama yang mengetahui segalanya, mendapat keberkatan dan dekat dengan Allah, maka jangan nanti terkejut masyarakat berpusu-pusu menyertai parti baharu berlandaskan perjuangan Islam gaya baharu.

Kita menggunakan khidmat ustaz Abdul Hadi kerana kehebatan ilmu dan pidatonya. Tiada siapa boleh menafikannya. Tetapi percayalah, akhirnya ilmu itu akan sampai masanya ia tidak lagi berkembang, sebaliknya mendatar dengan pengulangan fakta dan info yang diketahui sekian lama.

Percayalah juga, akhirnya seorang pemimpin yang paling baik untuk mengemudi bahtera bergoncang ini ialah yang mahir memimpin, mengurus dan mentadbir organisasi dan rakyat. Tidak berguna sokongan padu keliling pinggang jika pemimpin itu sendiri gagal menguasai parti dan melakukan reformasi dalaman demi pengukuhannya.

Terima kasih ustaz Abdul Hadi atas jasa dan pengorbanan. Kepimpinan dan lautan ilmu. Moga Allah merahmati Tuan Guru dan sentiasa dirahmati dalam perjuangan ini. Ustaz Tuan Ibrahim, kami belum nampak tokoh lain lebih baik bagi menjadi pengganti. Masuklah ke pejabat baharu dengan penuh keterampilan dan bijaksana, secepat mungkin.

Jika tuan sayang kepada Tuan Guru, ketahuilah, parti lebih memerlukan kasih dan sayang tuan selaku presiden bernafas baharu.

Jangan berlengah lagi. – 18 Ogos, 2015.
Saya mohon mencadangkan sesuatu yang sangat drastik. Sebagai ahli biasa, ini adalah saluran terbaik yang saya ada untuk mengharapkan ianya didengari. Cadangan saya ialah agar PAS memulakan langkah menukar presiden sedia ada, YB. Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pemimpin baharu yang lebih dinamik, terbuka, mesra dan berdaya saing dalam kepimpinan.
Sebaiknya daripada kalangan agamawan seperti ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man atau tokoh ekonomi seperti YB. Husam Musa atau tokoh muda seperti Saudara Salahuddin Ayub . Oh ya, YB Husam mungkin akan menyertai parti baharu yang mungkin dinamakan sebagai Parti Amanah Rakyat bersama-sama dengan Salahuddin Ayub. Jika begitu, sesiapa yang layak dan mampu menggantikan ketokohan mereka nanti, dialah yang saya fikir termasuk dalam senarai pendek presiden menanti.
Kenapa saya menyarankan pandangan ini? Asas saya tidak susah. Ianya merujuk kepada kegagalan ustaz Abdul Hadi bertindak menjaga parti daripada terdedah kepada perpecahan dan kelemahannya membiarkan kekaburan dalam matlamat jangka pendek parti serta strateginya. PAS masih seperti dilambung ombak. Nakhoda, walaupun seorang, jika gagal mengemudi bahtera, tiada makna kemudi di tangannya. Lepaskan sahaja kepada tangan lain.

Dalam suasana Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang lemah dan bagi saya paling lemah sepanjang 20 tahun kegemilangan parti, kekeringan  tokoh ekonomi dan strategis serta kecelaruan pemikiran politik dan organisasi yang tiada sekata antara ahli dan pimpinan,  PAS perlu disuntik dengan dos yang tinggi, dari atas. Presiden baharu perlu menyusun semula organisasi parti secara betul. Jauhkan puncak pentadbiran daripada dikuasai sekelompok kecil pemuda berkelulusan Timur Tengah yang gagal memandu parti bergerak betul. Kembalikan sokongan anak muda kepada parti melalui keterampilan presiden baharu mesra pemuda dan golongan generasi Y. Jangan bina tembok pemisah antara parti, tanzim, ahli dengan masyarakat awam biasa yang langsung tidak mengenali apa itu tanzim dan jamaah.
Jika PAS adalah platform perjuangan Islam sebenar, mata rantai perjuangan Rasulullah saw, dan bukannya  tokoh tertentu sebagai platform kekal, maka lepaskan ustaz Abdul Hadi daripada jawatannya sekarang dan bantulah beliau bertindak selaku Mursyidul Am parti dan tokoh gerakan Islam seluruh dunia.
Jika PAS mahu dibiarkan kepada beberapa orang bekas pelajar Timur Tengah mengemudinya, menentukan hala tujunya, atas sangkaan kononnya mereka adalah kumpulan ulama yang mengetahui segalanya, mendapat keberkatan dan dekat dengan Allah, maka jangan nanti terkejut masyarakat berpusu-pusu menyertai parti baharu berlandaskan perjuangan Islam gaya baharu.
Kita menggunakan khidmat ustaz Abdul Hadi kerana kehebatan ilmu dan pidatonya. Tiada siapa boleh menafikannya. Tetapi percayalah, akhirnya ilmu itu akan sampai masanya ia tidak lagi berkembang, sebaliknya mendatar dengan pengulangan fakta dan info yang diketahui sekian lama.
Percayalah juga, akhirnya seorang pemimpin yang paling baik untuk mengemudi bahtera bergoncang ini ialah yang mahir memimpin, mengurus dan mentadbir organisasi dan rakyat. Tidak berguna sokongan padu keliling pinggang jika pemimpin itu sendiri gagal menguasai parti dan melakukan reformasi dalaman demi pengukuhannya.
Terima kasih ustaz Abdul Hadi atas jasa dan pengorbanan. Kepimpinan dan lautan ilmu. Moga Allah merahmati Tuan Guru dan sentiasa dirahmati dalam perjuangan ini. Ustaz Tuan Ibrahim, kami belum nampak tokoh lain lebih baik bagi menjadi pengganti. Masuklah ke pejabat baharu dengan penuh keterampilan dan bijaksana, secepat mungkin.
Jika tuan sayang kepada Tuan Guru, ketahuilah, parti lebih memerlukan kasih dan sayang tuan selaku presiden bernafas baharu.
Jangan berlengah lagi. – 18 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/pas-perlu-presiden-baharu-ibnu-yusuf-al-samari#sthash.jodcc62g.dpuf


Sila kongsi artikel ini...

Harapan Baru Kawasan Sik Mohon Pendedahan Terperinci Dari Yab Dato Menteri Besar Kedah Mengenai Isu Balak Kedah

5:30 PM 0 Comments A+ a-




KENYATAAN MEDIA
19 ogos 2015

HARAPAN BARU KAWASAN SIK MOHON PENDEDAHAN TERPERINCI DARI YAB DATO MENTERI BESAR KEDAH MENGENAI ISU BALAK KEDAH

Berdasarkan kenyataan Menteri Besar kedah Dato Paduka mukhriz dlm dewan undangan negeri bahawa permit diluluskan di zaman pentadbiran parti Pas itu, kami mohon yab mb dedahkan semua kelulusan yg dibuat semasa zaman pemerintahan kerajaan PAS terdahulu.

Rakyat masih tertanya2 dengan lambakan balak dan deretan keluar masuk lori balak disesetengah tempat bg mengetahui perkara yg sebenar.

Apa yg diketahui bahawa kelulusan semua penebangan balak samada tebang habis atau secara berperingkat dikopartmen yg diluluskan lesen penebangan adalah berakhir pada bulan Jun 2015 darpida kerajaan yg lama.

Adakah dalam masa pemerintahan kerjaaan BN sekarang tiada kelulusan dari pihak kerajaaan negeri kedah sekarang? Ini menjadi satu tanda tanya rakyat dibawah kerana tiada langsung pendedahan maklumat berkenaan pendapatan yg dibentangkan samada keuntungan dari hasil balak tersebut.

YAB Dato Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, harus kemukakan seperti diketahui, proses mengeluarkan lesen tersebut memakan masa yang panjang bermula dari proses permohonan, kelulusan, dan penandaan.kesemua projek atau konsesi ini, kelulusan telah dikeluarkan sebelum kerajaan pas.

Sehubungan itu, kami ingin persoalkan bahawa , adakah kerajaan BN sekarang mengeluarkan lesen penebangan balak setelah mengambil alih pimpinan daripada PAS?

Apa yg kami ketahui kerajaan negeri telah mengenal pasti enam lokasi melibatkan kawasan seluas 2,000 hektar bagi menggantikan kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Peranginan Wang Perah yang dicabut keluar statusnya bagi melaksanakan projek pembangunan pertanian ,enam kawasan itu membabitkan kawasan Bukit Saiyong, Genting Iboi, Ulu Muda Tambahan, Kemunting, Tiang Layar, dan kawasan Hutan Simpan Bukit Keramat.

Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin Wang Perah itu telah diberikan kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan (SSI) untuk pembangunan kawasan pertanian getah berfasa, yang bukan sahaja mampu memberikan peluang kepada kerajaan, malah menyumbang kepada hasil pendapatan negeri.Bagaimana pula penebangan balak dikawasan puncak janing ,ampangan Ahning dan perik ? Adakah ianya dari kelulusan kerajaan Pas yg lama ?

Surat hak milik juga sudah dikeluarkan kepada SSI dan pihaknya mendapati kawasan itu mengalami pencerobohan oleh peneroka haram.Sila dedahkan dengan tepat supaya perkara ini diselesaikan segera.

Harapan Baru kawasan Sik mohon pendedahan yg amanah berkenaan hutan simpan kekal yg telah dicabut statusnya dan memohon mendedahkan daripada kerajaan mana yg meluluskan ? siapa yg mendatangani perjanjian syarikat konsesi ? Bila ianya diluluskan ?siapa yg terlibat?

Kami dari harapan baru Kawasan Sik mencabar YAB Dato mendedahkan penyelewengan tersebut sekiranya ada melibatkan individu atau syarikat yg memainkan peranan dibelakang.

Kita harap sesuatu kerajaan yg telus dalam menangani isu balak negeri kedah supaya tidak melindungi mana2 pihak dan bermain tarik tali didalam arus media.Rakyat inginkan penjelasan yg tepat dalam isu ini.

Sulaiman Ibrahim@LemanRL

Pengerusi
Harapan Baru Kawasan Sik

S.k Sinar
S.k Sinar Online
S.k Berita online
S.k Bloger
S.k KiniTv
S.k Berita Rakyat Online
S.k Harapan Baru Negeri Kedah
S.k Harapan Baru Pusat


Sila kongsi artikel ini...

Nik Nazmi: Menyokong Permohonan Sarawak Untuk Lebih Kuasa Dalam Bidang Pendidikan

4:51 PM 0 Comments A+ a-



MENYOKONG PERMOHONAN SARAWAK UNTUK LEBIH KUASA DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Saya rasa tertarik dengan laporan media baru-baru ini yang menyatakan bahawa kerajaan pentadbiran Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem, berhasrat untuk mengambil alih sepenuhnya perihal pendidikan negeri untuk mendapatkan lebih kuasa autonomi daripada Kerajaan Persekutuan.

Beliau mengatakan bahawa Sarawak telah terkesan oleh polisi tidak tetap Putrajaya berkenaan pendidikan.


Saya amatlah bersetuju dengan perkara ini.

Lagipun, autonomi pendidikan merupakan sebahagian daripada Perjanjian Malaysia yang telah dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak. Perisytiharan Kuching 2012 yang turut ditandatangani KEADILAN, berhasrat antara lain memartabakan semangat Perjanjian Malaysia.

KEADILAN dan rakan-rakan kami juga telah berusaha mendapatkan autonomi pendidikan di negeri-negeri yang di bawah pentadbiran kami. Saya sendiri telah beberapa kali membangkitkan isu berkenaan pengagihan kuasa pendidikan ini.

Secara dasarnya, kita boleh mencontohi amalan terbaik negara-negara lain di mana pendidikan tinggi, kurikulum kebangsaan dan piawaian tetap dikawal oleh Kerajaan Persekutuan; manakala pendidikan rendah dan menengah adalah diseliakan oleh Kerajaan Negeri, dan pentadbiran sekolah pula mempunyai penglibatan lebih pihak tempatan.

Kami percaya penyeliaan Kerajaan Negeri bukan sahaja boleh
mempertingkatkan kualiti dan tahap pendidikan pelajar-pelajar
Malaysia, tetapi juga mampu menggalakkan perpaduan dan integrasi nasional.

Kerajaan Negeri adalah lebih arif, malah berada di tempat yang lebih baik untuk menangani isu-isu tempatan.

Ia juga akan mengalakkan persaingan yang sihat di antara negeri, dan akan merangsang pihak tenaga pengajar dan pentadbir demi mencari jalan untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik.

Yang hairannya Malaysia ini, walaupun kita merupakan negara
persekutuan, setiap perihal pentadbiran di negara ini adalah berpusat padahal negara-negara lain sekarang ini lebih menjurus kepada pengagihan kuasa. Ini termasuklah negara kesatuan seperti Indonesia yang sudah mula membentuk polisi pengagihan kuasa semenjak zaman Reformasinya, dan juga Afrika Selatan yang mengekalkan kuasa pendidikan rendah dan menengah kepada kerajaan wilayah.

Saya benar-benar berharap agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan cadangan ini dengan teliti, bukan sahaja untuk Sarawak tetapi untuk semua negeri-negeri yang lain juga.

NIK NAZMI NIK AHMAD
AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR PENDIDIKAN, PEMBANGUNAN MODAL INSAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI







Sila kongsi artikel ini...

pesanan lisan (verbatim) DS Anwar Ibrahim yang dituju khas kepada DS Zahid Hamidi

4:18 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

Berikut merupakan pesanan lisan (verbatim) DS Anwar Ibrahim yang dituju khas kepada DS Zahid Hamidi di Mahkamah Jalan Duta hari ini:

"Saya minta pertimbangan DS Zahid Hamidi berkaitan urusan keluarga dan peguam. Semuanya terlalu ketat. Nak dera Anwar, faham. Saya faham. Itu saya tak ada masalah. Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah... bagi lah jumpa sekejap. Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh. Saya mintak DS Zahid timbang. Timbang keluarga dan kerja urusan peguam."


Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

19 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Kemana Menghilang? - Zulhazmi Shariff

3:36 PM 0 Comments A+ a-



KE MANA MENGHILANG?

Seminggu dua yang lepas heboh pasal serbuan dan siasatan PDRM terhadap SPRM kerana kononnya ada pembocoran maklumat tentang siasatan 1MDB dan RM2.6 bilion.

Ramai rakyat Malaysia memberikan sokongan penuh kpd SPRM untuk terus menyiasat tanpa sebarang takut dan memihak.


Tiba-tiba sekarang isu siasatan RM2.6 bilion sudah semakin sepi. Apa yang sudah berlaku? Adakah Najib Tun Razak telah dipanggil merekodkan kenyataan? Adakah siasatan masih berjalan dan adakah sudah ditutup atau ditangguhkan?

Jangan bila ditangkap, disiasat mengeluh tetapi apabila disokong terus diam.

Mana SPRM?

ZULHAZMI SHARIFF
19082015



Sila kongsi artikel ini...

Salahudin Ayub, kau sini jap - Ali Abu

2:31 PM 0 Comments A+ a-



Salahudin Ayub, kau sini jap

Time den aktif dlm Pemuda PAS dulu, den byk menghadiri kursus-kursus yg dianjurkan oleh parti. Tak kisah la samo ado program itu dianjurkan oleh PAS Pusat atau Dewan Pemuda. Kursus-kursus yg dianjurkan amat menyeronokkan. Seronok sobab ado makan free. Ngeee... Nak jadi cerita kali ini, den menghadiri kursus yg dianjurkan oleh AKP. AKP ialah akronim kpd Akademi Kepimpinan Pemuda. AKP di bawah program Dewan Pemuda PAS Pusat. Ketika itu pemukiman program tersebut bertempat di dalam salah sebuah hutan kek Selangor. Bunyi mcm ngeri kan? Tak ngeri selagi ado makan free. Ha Ha Ha.


Kursus tu berlangsung dlm 3 hari kalau tak silap den. Ust Idris Ahmad jadi pengarah program, juga kalau tak silap den. Sobab muko dia je yg muncul setiap hari, tak kira malam dan siang. Ngeee... Ado beratus jugak yg menjadi peserta dlm kursus AKP ini. Maybe ini program 1Msia, den tak ingat. Tapi di sini den nak highlight tentang kehadiran Salahudin Ayub sbg pembentang/penceramah dlm salah satu slot kami. Ucapan Salahudin Ayub telah mengejutkan majoriti peserta AKP. Ucapan Salahudin yg berapi-api itu mengingatkan para peserta jgn memuja dan menjadikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sbg calon Perdana Menteri Msia.

"Cuba ckp dgn saya, apa kurangnya Tok Guru kita (Hadi)?!"

Lobih kurang begitulah persoalan yg dilontarkan oleh Salahudin kpd para peserta di dlm ucapannya. Idea dan persepsi di ketika itu ialah nuar ialah calon tunggal pembangkang sbg PM. Idea itu diterima secara tak rasmi oleh ramai ahli-ahli PAS termasuk sayap pemuda. Den yg sejak 'azali' menolak idea itu tak berapo nak terkejut sgt berbanding peserta lain. Hadi jadi PM? Lagi la den tolak. Cumanya, arini baru la den nak terkejut bilo tahu GHB (Harapan Baru) mengeluarkan statement rasmi melalui Dr. Mujahid bhw calon PM bg GHB ialah nuar. Salahudin Ayub yg kini sbg Timbalan Pengerusi GHB yg dulunya memberi ucapan berapi-api jgn memuja batang tubuh nuar di hadapan kami, kini bersetuju nuar jadi calon PM utk GHB. Itu satu kejutan buek den. Kalau begitu hendaknya, kalau begitu dasarnya, buek apo bikin parti baru? Masuk je la PKR, kan sonang. Tak perlu membazir kos dan tenago mcm skrng.

Tapi kan Salahudin, bilo Khalid Ibrahim monang samannya ke atas PKR pd minggu lopeh (PKR & Saifuddin memohon maaf secara rasmi kpd Abdul Khalid Ibrahim terhadap tuduhan fitnah-fitnahnya di hadapan hakim) takkan kau tak perasan sesuatu? Serangan fitnah yg dilakukan oleh Saifuddin, Rafizi, Zuraida, Latheefa Koya dan PKR terhadap Khalid Ibrahim tidak akan terjadi tanpo arahan nuar. Jikalau bukan arahan nuar masa kan serangan fitnah terhadap TSKI itu akan berlaku? Nuar menghalalkan fitnah demi memburu kuasa. Salahudin, adakah dgn itu nuar masih lagi relevan sbg calon PM Malaysia? Salahudin, ingatlah, kami semua tak pernah lupa akan ucapanmu dahulu.



Ali Abu


Sila kongsi artikel ini...

YB BN Mungkir Janji Lagi ! - Cucu peneroka Felda Air Tawar 5

2:27 PM 0 Comments A+ a-



YB BN MUNGKIR JANJI LAGI !

Pagi tadi saya telah berkesempatan mengikuti perbicaraan En Mazlan Aliman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Pertama kali mengikuti dan menekuni kes pihak pendakwa yang enggan membayar ganti rugi. Setiap soalan yang diajukan oleh pihak defenden kepada En Mazlan berulang-ulang dan sangat jelas menampakan keengganan untuk membayar ganti rugi tersebut.


Kes kali ini rentetan isu saman malu oleh En Mazlan Aliman (presiden NGO ANAK) yang menafikan fitnah daripada Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Abd Manap. Pertuduhan fitnah terhadap beliau berkaitan penyeleweng duit peneroka Felda Kemahang sebanyak RM30ribu. Kes berakhir dan selesai dengan berpihak kepada En Mazlan.

Rundingan penyelesaian diluar mahkamah menjadi pilihan pihak pendakwa selepas bersetuju dengan beberapa syarat antara kedua-dua pihak. Pihak pendakwa bersetuju untuk menarik balik kes dengan ganti rugi sebanyak RM50 ribu bagi setiap pertuduhan.

Logik akalnya, kes selesai. Walau bagaimanapun, kes yang telah selesai hampir 2 tahun ini, belum juga dikira selesai. Hal ini kerana, sehingga saat ini pihak pendakwa belum berjaya melunaskan bayaran ganti ruginya.

Malang sungguh rakyat Malaysia yang mempunyai pemimpin yang tiada integriti sehingga memaksa En Mazlan kemuka kes untuk mendapatkan hak beliau. Pengajarannya, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali, lebih-lebih lagi menabur fitnah. Alangkah buruk padahnya. Ada paham?

Anis Afida Mohd Azli
Cucu peneroka Felda Air Tawar 5
Kota Tinggi, Johor
18 Ogos 2015, 11.50malam

s 


Sila kongsi artikel ini...

Khurafat Di Musim Haji - DrMAZA

1:00 PM 0 Comments A+ a-



Khurafat Di Musim Haji

Sesetengah kita pula yang ingin berangkat ke Mekah mempunyai berbagai kepercayaan yang bukan-bukan. Ada yang menganggap bahawa jika seseorang yang hendak pergi haji itu sudah berada dalam kenderaan, dia tidak boleh berpatah balik jika ada barang yang tertinggal. Nanti kononnya akan mati di Mekah dan tidak pulang ke rumahnya lagi. Percayaan ini adalah khurafat. Jika ia benar, alangkah beruntung seseorang yang meninggal dalam perjalanan melaksanakan ibadah!!. Ada pula yang menganggap bahawa ada upacara khas berangkat ke haji. Maka seseorang tidak boleh berangkat sehingga upacara ‘bawa turun’ ke Mekah diadakan. Padahal Nabi s.a.w dan para sahabah yang berangkat dari Madinah ke Mekah ketika itu tidak pernah melakukan upacara itu semua. Apa yang baginda ajar adalah doa dan adab-adab musafir.

Seseorang yang menunaikan haji perlu faham teras-teras akidah secara jelas. Jika tidak, dibimbangi mereka tersasar. Bukan sedikit yang kita lihat jamaah haji sesetengah negara yang mengusap batu, bukit dan apa sahaja binaan di Mekah dan Madinah yang menimbulkan kekaguman dalam jiwanya. Bahkan dahulu sebelum telaga Zam-Zam ditutup seperti sekarang, saya pernah melihat ada mengusap-usap binaan moden sekeliling telaga berkenaan. Ada pula yang semasa tawaf cuba mengoyak kelambu (Kiswah) Kaabah kononnya untuk disimpan kerana ada keajaibannya.

Mereka lupa kelambu tersebut adalah tenunan zaman sekarang yang selalu ditukar ganti. Kilangnya ada di Mekah dengan berbagai peralatan canggih. Mengoyak kelampu tersebut bererti memusnah harta awam dan mencuri. Apakah jenis keberkatan yang mereka cari dari barangan curi dan khianat?.

Perkara seperti ini jika tidak dikawal Dunia Islam akan hanyut seperti sesetengah ajaran tarekat dan syiah yang mempertuhankan segala unsur yang mereka kagumi, termasuklah mempertuhankan guru-guru atau imam-imam mereka. Sebab itu Saiyyidina Umar memerintahkan agar ditebang pokok yang pernah Rasulullah s.a.w dan para sahabah melakukan baiah (ikrar setia) al-Ridwan di bawahnya, kerana orang ramai mula datang dan bersolat di tempat tersebut. (lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, 11/490, Beirut: Dar al-Fikr). Bimbang berlakunya fitnah dalam akidah, warisan sejarah berharga pun terpaksa dihapuskan.



DrMAZA.com


Sila kongsi artikel ini...

Cerita abah saya - Nasaie Ismail

11:57 AM 0 Comments A+ a-



Cerita abah saya. Malam jumaat lepas dia datang ke rumah tidur semalaman. Subuh dia ke masjid membawa motorsikal saya. Selesai solat, saya bergerak ke kedai mamak seberang jalan. Dari situ terlihat abah cuba menghidupkan motor. Beberapa kali dicuba tidak hidup. Selepas lebih 30 kali dia mencuba tidak juga hidup. Terus saya ke seberang jalan semula untuk membantu. Sekali terjah sahaja, terus engine berjaya dihidupkan. Maknanya motorsikal itu tidak rosak.

Baru terfikir. Abahku sudah tua. Sudah 70 tahun. Fizikalnya sudah lemah, tidak seperti dahulu. Enam tahun lepas saya bermusafir berdua dengan abah ke Damsyik. Dari Damsyik kami menaiki bas ke Istanbul Turki. Perjalanan kesemuanya sekitar 30 jam dengan dua malam di atas bas. Sampai di Istanbul kami berjalan kaki dari kawasan Fateh Came' hotel penginapan kami ke Masjid Biru. Sekitar 4.4 kilometer. Kemudian patah balik ke Fateh untuk berehat. Maknanya 8.8 KM. Sebelah petang kami berjalan lagi ke jambatan Emonunu sekitar 6 km untuk menaiki Feri di Selat Bosforus. Dan pulang ke hotel semula di Fateh dalam jarak yang sama. Keesokan harinya berjalan lagi menuju ke Metro untuk ke Terminal bas.

Sangat jauh perjalanan kami. Bukan tidak mahu menggunakan trem. Tetapi kali pertama sampai. Maka terpaksa teroka sendiri jalan berpandukan peta. Pokoknya abah masih kuat dan sangat kuat di waktu itu. Tetapi tidak lagi hari ini. Tengahari itu dia memeluk erat saya sebelum memulakan kembara. Cukup sayu memikirkan. Sejak kecil dibesarkan dengan tulang empat kerat abah setiap hari ke kebun getah mencari rezeki. Kebun yang semak di sempadan hutan. Biasa dengan ular sawa atau ular senduk yang menyusur. Zaman-zaman perit harga getah teramat murah beliau membesarkan kami lapan beradik. Sudah lapan tahun saya tamat universiti, hampir tidak ada jasa berbalas buat abah dan emak. Dikala usia senja mereka, entah sempat atau tidak aku membalas jasa mereka.

Tidak lupa juga emak. Dia sumber inspirasi saya. Berkali-kali dia mengulang meminta saya mengembara. Pergilah cari ilmu baru, bina diri dan keluarga. Bantulah masyarakat. Suatu kalimah yang diulang-ulang yang menyebabkan saya serba salah. "Jangan difikir kami (keluarga emak abah) di kampung. Sakit demam jangan difikir. Kami tahulah nak uruskan. Fokus kepada pengembaraan itu untuk bangunkan diri. Emak cukup kuat. Biasanya ibu di hari tua akan memujuk anak anak duduk berdekatan dengannya. Mereka kesunyian. Rindu kepada anak cucu. Sukar untuk melepaskan anak anak. Tetapi tidak bagi emak. Dia bermotivasi tinggi menggalakkan anak anak mengembara. Bukan tidak rindu. Dia sangat rindu dan mengharapkan anak anak sebolehnya dekat dengannya. Tetapi dia lebih pentingkan masa depan anak anak dan cucu cucunya. Maka di korbankan perasaan.

Allahurabbi. Kau kurniakan ibu dan bapa yang soleh. Yang tinggi pengorbanannya. Kental perasaannya. Tidak jemu mendidik dam membimbing seawal bayi, sehinggalah dizaman teramat nakal di waktu remaja. Tidak habis di situ, sehinggalah aku sudah beranak empat. Tidak putus-putus mereka berpesan, menasihati dan membimbing. Nun di tengah malam. Aku yakin mereka doakanku.

Ya Rabb. Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Ampunkan dosa ibu bapaku, berilah kesihatan dan kekuatan untuk mereka beribadah dan matikanlah mereka sebagai hambamu yang beriman.

Park Ville
8.42 am

 Nasaie Ismail


Sila kongsi artikel ini...

Mukhriz Perlu Dedahkan - Jangan Sembang Saja - Zul Hazmi Shariff

11:53 AM 0 Comments A+ a-




MUKHRIZ PERLU DEDAHKAN - JANGAN SEMBANG SAJA.

Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir dalam jawapan kepada soalan tambahan dari Adun BN Bukit Lada Ahmad Lebai Sudin di Dewan Undangan Negeri Kedah semalam seperti yang dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today berkata kelulusan permit pembalakan di Kedah adalah semasa pentadbiran PAS Kedah pada tahun 2008 - 2013 dahulu.


Beliau seterusnya berkata bahawa Kerajaan Kedah pimpinannya sekarang terpaksa memberikan lesen pembalakan bagi mengelakkan Kerajaan disaman oleh syarikat yang mendapat konsesi.

Free Malaysia Today tidak melaporkan secara lengkap kenyataan atau jawapan Dato' Seri Mukhriz tersebut tentang bila kelulusan diberikan, berapa banyak kelulusan diberikan, di kawasan mana kelulusan permit itu diberikan, syarikat mana yang diberikan permit pembalakan dan berapakah nilai premium balak yang diperolehi oleh Kerajaan. Ini menimbulkan pelbagai persoalan di fikiran rakyat.

Justeru, Dato' Seri Mukhriz wajar untuk mendedahkan semua persoalan tersebut. Fakta tersebut amat penting untuk menentukan samada jawapan Mukhriz di dalam Dewan Undangan Negeri itu benar atau semata-mata alasan. Mukhriz tidak boleh hanya sembang sahaja. Buktikan.

Sebagai warga negeri Kedah, saya memohon Menteri Besar Kedah mendedahkan perkara-perkara berikut :

a) Bilakah permit-permit pembalakan diluluskan.
b) Siapakah yang memberikan kelulusan.
c) Kawasan pembalakan yang diluluskan.
d) Syarikat pembalakan yang diberikan permit.
e) Nilai perolehan Kerajaan daripada pembalakan yang diluluskan.

YAB Menteri Besar adalah anak Tun Dr Mahathir. Beranilah dalam tindakan, jangan seperti anak Tun Razak yang sedang menggelabah.

Mohon Penjelasan.

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF19082015




Sila kongsi artikel ini...

Saya tak Faham Kenyatan Ketua Polis Negara - Khairuddin Abu Hassan

11:25 AM 0 Comments A+ a-




SAYA TAK FAHAM KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA


oleh : Khairuddin Abu Hassan

Saya ingin memohon pencerahan dari ketua polis negara; tan sri khalid abu bakar yang menyatakan bahawa pihak polis diraja malaysia tidak menyiasat kes petrosaudi kerana tidak ada individu yang buat laporan polis mengenainya.

Agak sedikit ganjil serta janggal dengan kenyataan ketua polis negara itu kerana saya telah pun membuat laporan polis mengenai 1mdb yang juga rakan kongsi kepada petrosaudi yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan kes skandal anak syarikat milik kementerian kewangan itu.


Pihak saya juga telah membuat laporan polis mengenai duit petrosaudi sejumlah usd700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun good star limited milik jho low di IPD dang wangi beberapa bulan yang lepas.

Kenapa ketua polis negara menyatakan bahawa tiada siapa buat laporan polis mengenai kes penyelewengan 1mdb?!

Kenyataan-kenyataan yang meragukan seperti ini akan buatkan imej dan kredibiliti polis akan semakin tercemar!! Kini, majoriti daripada rakyat tidak percaya serta tidak yakin lagi dengan institusi kepolisian yang tidak bertindak keatas kes-kes yang sepatutnya disiasat!!

PDRM sejak kebelakangan ini sudah nampak tersimpang dari sasaran penyiasatannya keatas kes skandal 1mdb!!

Semua laporan-laporan polis yang saya laporkan secara rasmi keatas najib tun razak, rosmah mansor, riza aziz, jho low, arul kanda kandasamy, lembaga pengarah 1mdb, azeez rahim serta tan sri zeti akhtar aziz tidak nampak ada tindakan konkrit dari pihak PDRM!!

Kenapa hanya sekarang ini pihak ketua polis negara menyatakan bahawa tiada siapa yang buat laporan polis keatas syarikat petrosaudi memandangkan saya telah pun membuat laporan polis secara spesifik keatas penyelewangan dana 1mdb serta petrosaudi ini!!




Sila kongsi artikel ini...

Mengapa 20 ahli parlimen BN dan ‘orang tua’ misteri tidak disiasat seksyen 124B? - Tuan Ibrahim Tuan Man

10:50 AM 0 Comments A+ a-




Mengapa 20 ahli parlimen BN dan ‘orang tua’ misteri tidak disiasat seksyen 124B?
Mengapa Ketua Polis Negara masih tidak bertindak menyiasat para ahli parlimen BN dan “orang tua misteri” yang didakwa terlibat dengan komplot menggulingkan Perdana Menteri di bawah Seksyen 124B "memudaratkan demokrasi berparlimen" Malaysia?

Mengapa masih tiada tindakan membeku para ahli parlimen BN dan “orang tua misteri” yang dituduh itu keluar negara seperti yang terkena pada beberapa ahli pembangkang dan pemimpin NGO sebelum ini?


Mengapa tiada tangkapan, serbuan ke rumah dan sebagainya sebagaimana yang dialami para pegawai SPRM dan Bank Negara?

Mengapa polis tiba-tiba menjadi lambat bertindak?

Bukankah itu satu hipokrisi?

Memandangkan polis tidak bertindak terhadap ura-ura ini, saya berharap jangan pula polis bertindak terhadap penganjur Bersih 4 di atas Seksyen 124B kerana ini akan memburukkan lagi imej polis di mata rakyat.

Polis sepatutnya menahan para menteri BN yang cuba menipu rakyat. Kerana yang bakal menggulingkan Perdana Menteri ialah jawapan-jawapan tidak masuk akal yang dikemukakan oleh pemimpin BN mengenai derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri dan bukannya orang lain.

Sebagaimana yang dikatakan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali, jika ada undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, PAS akan turut bersama kerana tindakan-tindakan terhadap 1MDB dan jawapan-jawapan terhadap derma RM2.6 bilion jelas tidak dapat diterima rakyat.

Analisa terhadap isu yang melibatkan derma RM2.6 bilion adalah antara isu hangat yang dibicarakan Kongres Rakyat pada 12 Sept 2015.



Kepada yang berminat menyertai Kongres Rakyat yang insyaallah akan berlangsung pada 12 Sept 2015 akan datang boleh hubungi kami di :

kongresrakyat2015@gmail.com

Nyatakan :

i. Nama penuh (serta nama singkatan) Ngo atau persatuan anda

ii. Alamat e mail anda dan e mail ngo atau persatuan anda.

iii. No telefon personal yang boleh dihubungi

Tuan Ibrahim Tuan ManTimbalan Presiden PAS
19 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Ahli Dewan Negeri PAS Selangor Beri Tumpuan Kepada Isu Rakyat - Iskandar Abdul Samad

5:13 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Akhbar

AHLI DEWAN NEGERI PAS SELANGOR BERI TUMPUAN KEPADA ISU RAKYAT.

Pre Council Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADN) PAS Selangor pada 14 Ogos lepas bersetuju agar mereka menumpukan perhatian kepada isu-isu rakyat.


Mereka bersetuju rakyat amat memerlukan pembelaan dan tidak sewajarnya diheret ke dalam sebarang polemik politik.

Menurut mereka rakyat mahu masalah-masalah mereka diselesaikan dan pentadbiran kerajaan negeri di semua peringkat berjalan dengan baik. Mereka juga sudah tentu menuntut agar segala perancangan kerajaan negeri dilaksanakan dengan jayanya.

Di antara perkara-perkara yang akan menjadi tumpuan ADN-ADN tersebut adalah yang melibatkan perumahan, pihak berkuasa tempatan, kemudahan awam, tanah, pembangunan masyarakat, hal ehwal Islam dan pendidikan.

Pre Council tersebut telah diadakan sebelum Dewan Negeri Selangor bersidang minggu hadapan. Seramai 12 ADN telah hadir pada pertemuan yang diadakan di Shah Alam itu.

Mereka adalah,

1.) Dato' Iskandar Abdul Samad (Chempaka)
2.) Dato' Dr Ahmad Yunus Khairi (Sijangkang)
3.) Haji Zaidi Talib (Taman Templer)
4.) Haji Shafie Ngah (Bangi)
5.) Mohd. Khairuddin Othman (Paya Jaras)
6.) Ir. Haslin Hasan (Tg Sepat)
7.) Haji Razali Hasan (Dusun Tua)
8.) Haji Khasim Abdul Aziz (Lembah Jaya)
9.) Dr Hajjah Halimah Ali (Selat Kelang)
10.) Dr Haji Abdul Rani Osman (Meru)
11.) Ustaz Hasbullah Ridzwan (Gombak Setia)
12.) Hajjah Norhanim Ismail (Seri Serdang)

Seorang lagi ADN PAS, Ustaz Sallehin Mukhyi (Sabak) tidak hadir kerana perlu menghadiri program PAS Pusat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selain dari itu, PAS Selangor melarang pimpinannya membuat sebarang kenyataan akhbar kecuali yang berkaitan jawatan kerajaan yang mereka pegang atau yang melibatkan kawasan masing-masing. Hanya Pesuruhjaya, Setiausaha dan Ketua Penerangan dibenarkan membuat sebarang kenyataan akhbar atau ulasan yang melibatkan isu-isu politik semasa.

YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
16 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Bapaku Bukan Muallaf - Johari Yap

3:06 AM 0 Comments A+ a-



AZRAN Wong sudah 30 tahun memeluk Islam. Beliau kini berumur 52 tahun dan mempunyai empat puteri yang sudah dewasa. Anak ketiga beliau, Fara Wong, sedang mengikuti pelajaran di sebuah universiti tempatan.

Muka Fara masih kecinaan, tetapi bukannya berbinti Abdullah. Dia berbintikan bapanya, Azran Wong.

Soalan yang sering dikemukakan dan sering kedengaran adalah, “Ayah awak mualaf?”. Sebagai Cina Muslim generasi kedua, Fara sentiasa berdepan dengan situasi sebegini.

Sedangkan bapa Fara bukan sahaja sudah tidak menerima zakat lagi, malah banyak mengeluarkan zakat saban tahun.

Senario seperti ini menunjukkan betapa masyarakat masih tidak faham makna mualaf atau pun saudara baru. Seolah-olah, asalkan mereka bermata sepet, nama pula ada nama keluarga seperti Wong, Lim atau Yap tetapi beragama Islam, sudah pasti mereka ini mualaf, atau “Cina mualap” walaupun mereka mungkin sudah berusia agak lewat dan sudah beranak cucu. Yang pasti, mereka ini akan digelar mualaf seumur hidup.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat 2010, perkataan mualaf ini bermaksud orang yang baru memeluk Islam atau saudara baru. Bagi masyarakat umum, istilah mualaf ini bermaksud orang yang baru masuk Islam yakni memiliki pengetahuan minimum mengenai Islam.

Sebenarnya tidak salah menggunakan perkataan mualaf. Istilah ini disebut dalam al-Quran dalam Surah at-Taubah, ayat 60, dengan perkataan “Muallafat Qulubuhum”, salah satu dari lapan golongan yang layak menerima zakat.

Apakah maksud sebenar “Muallafat Qulubuhum” ini? Menurut ilmuwan tafsir, “qulub” merupakan kata majmuk bagi “qalb” yang bermaksud hati.

Maka maksud perkataan ini boleh diterjemahkan sebagai “ambil hati”. Zakat diberi untuk mengambil hati mualaf untuk menunjukkan bahawa mereka mempunyai saudara yang mengambil berat akan kebajikan mereka, agar mereka kembali atau kekal dalam Islam.

Mualaf ialah mereka yang dijinakkan hatinya atau dicenderungkan hatinya untuk menerima Islam atau yang baru memeluk Islam tetapi belum kukuh Islamnya. Setelah iman mereka teguh, mereka ini tidak lagi sesuai dipanggil mualaf.

Mereka lebih sesuai dipanggil mukalaf. Persoalannya, berapa lamakah mereka ini boleh dipanggil mualaf?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan kali ke-71 pada 2005 membincangkan “Had Tempoh Panggilan Mualaf”. Muzakarah ini memutuskan bahawa dalam Islam tiada sebarang nas yang mewajibkan seseorang baru memeluk Islam digelar mualaf.

Sebutan dan had tempoh panggilan mualaf ini lebih bersifat urf (adat kebiasaan) semata-mata.

Manakala negeri Selangor telah mewartakan pada 2007, had tempoh panggilan mualaf berdasarkan urf (dengan syarat mengikuti kelas-kelas agama yang dianjurkan atau diiktiraf Mais). Mais akan menanggung segala kos pembelajaran bagi mualaf-mualaf tersebut.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu pada 2013 memutuskan, tempoh had mualaf dikira selama tiga tahun sahaja. Sabah dan Melaka juga mengehadkan tempoh panggilan mualaf selama lima tahun dan Pahang selama tujuh tahun manakala negeri-negeri lain tiada had tempoh.

Tempoh had panggilan mualaf ini adalah untuk urusan agihan pembahagian zakat.

Penggunaan istilah mualaf ini sepatutnya bersifat sementara tetapi kebiasaannya menjadi identiti kekal kepada golongan bukan Melayu yang memeluk Islam walaupun sudah berpuluh-puluh tahun memeluk Islam. Mereka tetap dipanggil mualaf sampai bila-bila.

Istilah mualaf ini sendiri mengandungi konotasi yang kurang menyenangkan dalam kalangan masyarakat kita. Ia seolah-olah mereka ini adalah golongan Muslim kelas kedua. Mereka dianggap jahil dalam beragama walaupun ada yang sudah bergelar ustaz dan mempunyai PhD dalam pengajian Islam.

Jika mereka ingin menegur sesuatu, mereka akan dicemuh kerana mereka ini adalah “mualaf yang baru setahun jagung memeluk Islam”. Jakim menggunakan istilah saudara Muslim (Muslim brothers) untuk menggantikan istilah mualaf, saudara baru atau saudara kita.

Persepsi bahawa saudara Muslim ini adalah golongan bermasalah dan suka meminta-minta serta mengharapkan bantuan perlulah diubah. Ada pelbagai faktor yang mendorong seseorang itu memeluk Islam.

Pun begitu, saudara Muslim ini sering dicap dan dilabel, dikatakan memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin, mencari kesempatan, mendapatkan kemudahan, mendapatkan lesen perniagaan atau balak dan melarikan diri dari masalah.

Generalisasi sebegini tidak betul dan menjadi tanggungjawab saudara Muslim itu sendiri membetulkan tanggapan serong itu dengan menjadi Muslim yang baik dan menonjolkan akhlak yang mulia.

Bagi menghapuskan prasangka terhadap mereka, saudara Muslim perlu menunjukkan niat yang betul selepas memeluk Islam. Perlu ada keikhlasan untuk menjalani kehidupan serba baru serta mengubah tabiat lama yang bertentangan dengan Islam.

Anggota masyarakat pula perlulah memberi sokongan moral dan penghormatan kepada golongan yang baru berhijrah dari agama asal kepada Islam ini. Terimalah mereka seperti saudara sendiri.

Dan jika bertemu dengan generasi kedua saudara Muslim seperti Fara Wong, soalan yang lebih tepat untuk ditanya ialah, “Ayah awak Cina Muslim?” atau “Bila ayah awak memeluk Islam?”.

*Johari Yap, Pengerusi Macma Kelantan & AJK Perkim Kelantan


Sila kongsi artikel ini...

Perutusan Takziah Tragedi Pengeboman di Bangkok - Wan Azizah

2:05 AM 0 Comments A+ a-




PERUTUSAN TAKZIAH TRAGEDI PENGEBOMAN DI BANGKOK


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merakamkan rasa sedih di atas kejadian letupan bom di Bangkok, Thailand yang mengakibatkan empat rakyat Malaysia dari Pulau Pinang terkorban.

KEADILAN berasa amat kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang elemen keganasan, khususnya yang menjadikan orang awam sebagai sasaran.


KEADILAN menyeru semua pihak supaya lebih peka dan bertanggungjawab, memelihara kebebasan beragama serta maruah manusiawi.

Tidak wajar sama sekali mereka menyasarkan rumah ibadat, institusi awam, hospital dan sebagainya sebagai sasaran mereka.

Hak-hak beragama dan hak manusiawi untuk hidup dengan aman dan sentosa mesti dipelihara sebaiknya.

Semua pihak mesti bekerjasama bagi memastikan keganasan yang seumpama tidak berulang lagi.

Di kesempatan ini, KEADILAN menyampaikan ucapan takziah kepada Puan Neoh Yee Ling yang kehilangan suami, anak perempuan berusia empat tahun, ibu dan adik lelakinya dalam kejadian malang tersebut.

Dalam mengharungi kesedihan ini, KEADILAN berharap mereka sekeluarga dapat mengharungi dugaan ini sabar dan tabah.

KEADILAN juga berharap agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan oleh anggota keluarga yang terbabit dalam kejadian malang tersebut.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

18 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

…Langkah paling baik bukan ‘Langkah Kajang’ tetapi ‘Langkah Letak Jawatan’ - Luttfi Abdul Khalid

12:28 AM 0 Comments A+ a-


…Langkah paling baik bukan ‘Langkah Kajang’ tetapi ‘Langkah Letak Jawatan’



BETAPA senang saja kata-kata beracun digunakan untuk menjatuhkan kerjaya politik dan maruah seseorang.

Kalimat minta maaf itu hanya satu perkataan yang terpaksa dilafazkan demi menyelamatkan masa depan politik sendiri dan supaya tidak pokai kerana diperintahkan bayar ganti rugi oleh mahkamah.

Tidak hairanlah ahli-ahli politik menduduki ranking yang paling bawah sekali dari segi kepercayaan masyarakat.

Sifat Hubbu Riyasah (Cinta/Haloba Kepada Kuasa @ Power Hungry) akan mendorong seseorang itu melanggar dosa dan akhlak, moral dan susila, tanpa rasa bersalah atau bertanggungjawab.

Dalam kedua-dua kes di atas, mahkamah telah membuktikan siapa yang bersalah dan siapa yang difitnah.

Justeru itu, langkah yang paling baik adalah supaya Nurul Izzah, Saifuddin Nasution dan sesiapa sahaja dari kalangan ahli politik (dari pihak mana sekalipun) yang didapati bersalah kerana memfitnah adalah supaya MELETAK JAWATAN – kalau kamu semua ada maruah la!

You don’t deserve to be there at all!

Kamu yang didapati bersalah kerana memfitnah insan lain telah mengkhianati amanah dan mandat dari rakyat dan umat, justeru, kamu tiada hak untuk menjadi wakil rakyat lagi. Rakyat tidak melantik kamu dan menghantar kamu ke Parlimen supaya kamu sewenang-wenangnya memfitnah orang lain yang kamu tidak bersetuju dengannya.

Jawatan-jawatan yang kamu sandang dengan jayanya hasil fitnah terhadap orang lain bukanlah hak kamu sebenarnya.

Bagaimana rakyat dan para pengundi telah diperdayakan dan diperbodohkan!

Demikian juga kalau nama dan kerusi hanya dijadikan sebagai batu loncatan untuk menjayakan agenda peribadi dengan membelakangkan mereka yang telah memberi kamu ruang dan kepercayaan secara ikhlas.

Bagaimana hendak percaya kepada sang oportunis dan penikam dari belakang ini?

Sekali lagi, MELETAK JAWATAN adalah langkah yang paling bermaruah dan gentleman sekali. Tunjukkan kejantanan kamu secara berterus terang dalam gelanggang terbuka!

Pulangkan kembali mandat kepada rakyat.

Dan kita lihat bagaimana pencak kamu semua nanti!

Tapi semua orang tahu bahawa ‘kuasa’ yang kamu pegang hari ini – itulah yang paling liat sekali untuk dilepaskan.

Punah negara di tangan manusia seperti kamu semua!

Muhammad Luttfi Abdul Khalid


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.