Ada Masalahkah Dengan Projek KTCC di Seberang Takir Sehingga Berubah Haluan ke Industri Petroleum Pula

9:42 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

ADA MASALAHKAH DENGAN PROJEK KTCC DI SEBERANG TAKIR SEHINGGA BERUBAH HALUAN KE INDUSTRI PETROLEUM PULA?


Dalam menjawab kekhuatiran saya berhubung fokus baru Menteri Besar Terengganu berhubung kemungkinan industri petroleum di Seberang Takir atau Pulau Duyung, Teganu kita, media rasmi unit komunikasi negeri telah memberikan pencerahan dengan menyatakan kajian akan dibuat oleh EPIC, anak syarikat milik Kerajaan Terengganu.


Kali ini dihuraikan industri petroleum yg dimaksudkan adalah yang bersifat hiliran.

Maka ini selari dengan beberapa pandangan saya bahawa industri petroleum utama pemerosesan petroleum mentah tidaklah sesuai di lokasi berhampiran kawasan berkepadatan penduduk tinggi yg berkenaan.

Lantaran itu saya sebagai contoh telah mencadangkan industri hiliran petroleum seperti Hub Barangan Plastik untuk kegunaan domestik yg boleh dimajukan di kawasan Perindustrian Gong Badak berdekatan yg masih kelihatan lesu.

Tak apalah media rasmi kerajaan lebih berminat dengan baja urea pun. Konsepnya industri yang dimaksudkan adalah hiliran sifatnya.

Cuma saya berpendapat pelaburan hampir RM500juta yg telah dihabiskan ke atas muara sungai, memperdalamkan dan pembinaan benteng pemecah ombak patut dimanfaatkan dengan industri sokongan carigali petroleum di pesisir pantai yg sebahagiannya telah dibuat insiatif persendirian oleh beberapa syarikat tertentu. Ini antara lain khidmat pertukaran kru kapal, isian semula diesel dan air bersih dan pelbagai perkhidmatan sokongan logistik yang lain. Ini termasuk kemungkinan pelabuhan sederhana sebagai pintu masuk barangan indocina atau transit sebelum ke pelabuhan kemaman.

Saya merasa pelik mengapa timbul haluan baru yang agak menyimpang dari rancangan asal Kuala Terengganu City Centre di Seberang Takir ini yg telah heboh diperkatakan mendapat pelaburan RM5 billion itu? Apa komen ECER yang membayangkan hotel2 mewah yg mencakar langit akan dibina di Seberang Takir? Sehingga berbelanja besar untuk pelbagai projek infrastruktur yang berkaitan termasuk jambatan boleh angkat drawbridge yang gah berkenaan?

Apa sebenar yang berlaku kepada projek berbillion KTCC di Seberang Takir? Benarkah projek inipun sedang bermasalah?

HJ. AHMAD AMZAD HASHIMKetua Penerangan
Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat
PAS Terengganu
19hb Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.