Isu pengarahan keluar PASTI di Sri Jati - Hj Ali bin Mohd Sharif

11:10 PM 0 Comments A+ a-



Isu pengarahan keluar PASTI di Sri Jati.

1) Saya terpaksa mengeluarkan kenyataan media ini atas sebab untuk menerangkan keadaan sebenar dan ketidakadilan maklumat yang saya terima dari whats app yang sedang di viralkan atas isu di atas. Banyak isu rakyat marhaen dan isu-isu semasa yang perlu di galas atau di selesaikan tetapi ada pihak yang seakan ingin menyemarakan lagi api permusuhan.

2) Adakah mereka yang bertangujawab atas kenyataan " pengarahan keluar itu menghadiri mesyuarat cawangan pada 11/10/2015 dan melihat butir-butir perbincangan atau hanya mendengar pihak luar. Kami ada saksi dan bukti tentang perkara ini.


3) Sebelum itu saya akan memberikan kronologi sebelum perkara ini berlaku:
30/9/2015 - perjumpaan untuk gerak kerja dari PASTI negeri. Tetapi isi pertemuan lebih kepada status permis PASTI. Dalam perjumpaan tersebut pihak permis(pengurus bangunan) menyatakan bahawa kedua-dua parti boleh gunakan, iaitu PASTI boleh beroperasi seperti biasa dan sebelah malam AMANAH akan gunakan untuk kuliah-kuliah agama yang terdiri dari kedua-dua parti. Tetapi wakil dari PASTI negeri menolak keputusan tersebut dan mereka mahukan status quo dimana mereka mahu mengawal penuh permis tersebut termasuk kawalan kepada ustaz yang mengajar.

11/10/2015 Measyuarat PAS cawangan sungai putat membincngkan jugak isu permis PASTI dimana di berikan dua pilihan untuk di undi. Pada masa tersebut wakil dari PAS juga hadir dalam mesyuarat, pengerusi menyebut memang pada awalnya mereka bersetuju kegunaan permis bahawa PASTI berjalan seperti biasa dan kuliah juga boleh di teruskan. Malangnya apabila wakil dari PASTI negeri berkeras untuk mengawal sepenuhnya maka keputusan mesyuarat perlu di lakukan dan membuat undian:
a) Memberikan sewa dan kuasa penuh kepada pengurusan PASTI yang baru.
b) PASTI tidak di benarkan beroperasi jika tidak menerima syarat pengurusan bangunan dan menyewa di tempat yang lain. Pihak pengurusan juga akan membuat laporan keewangan pada hujung tahun sebelum menyerahkan kepada pengurusan yang baru dan tidak ada kenyataan untuk mengambil semua aset PASTI pada malam tersebut. Undian pada malam tersebut memilih pilihan yang kedua.

4) Maka dengan ini pihak pengurusan bangunan memberikan pilihan dan bermesyuarat demi memastikan tiada perselisihan yang berlaku tetapi malangnya orang yang tidak menghadiri mesyuarat membuat satu kenyataan di sebaliknya. Adakah ini sikap pejuang Islam yang di lafazkan tetapi kelakuan cukup kurang baik yang di tunjukkan. Saya selaku wakil pengurus bangunan meminta agar berita yang menyatakan kami mengarahkan keluar tanpa memberikan pilihan dan juga tidak menyerahkan aset PASTI atau sebagainya perlu memohon maaf seberapa segera dan menarik balik kenyataan tersebut.

Hj Ali bin Mohd Sharif
Pengerusi bangunan


Sila kongsi artikel ini...

Wajib Sokong Usul Demi Selamatkan Negara - Fakhrulrazi Mohd Mokhtar AMANAH

10:52 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Akhbar
Pemuda AMANAH Nasional
20 OKTOBER 2015

WAJIB SOKONG USUL DEMI SELAMATKAN NEGARA


1. Pemuda AMANAH Nasional menyifatkan usul undi tidak percaya yang akan dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Rakyat adalah tepat dan sejajar dengan perkembangan mutakhir ini.

2. Kami menyambut baik usul tersebut dalam usaha menyelamatkan negara daripada terus 'dirosakkan' oleh BN dibawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Usul ini sangat penting kepada negara yang sedang berada dalam keadaan yang sangat tenat setelah menyaksikan Najib selaku ketua kerajaan gagal memimpin negara dengan bersih dan amanah.

3. Pentadbirannya menyaksikan berlaku pelbagai skandal besar terutama berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan sejumlah wang negara dengan nilai begitu besar. Kerajaan pimpinan Najib juga telah gagal meguruskan ekonomi Malaysia hingga berada di tahap cukup membimbangkan.

4. Najib telah mengheret kegagalannya ke atas rakyat, ini termasuklah dengan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menyebabkan kos sara hidup di semua kelompok rakyat meningkat. Ditambah lagi dengan kenaikan harga bahan bakar petroleum yang seolah-olah menjadi rutin bulanan.

5. Ada yang berpandangan, Najib tidak sepatutnya diseru meletakkan jawatan sebaliknya wajar menghadap rakyat di dalam pilihan raya umum yang akan datang. Kami turut menyokong agar beliau dihukum dan diadili melalui pilihan raya namun dalam suasana yang cukup kritikal seperti sekarang ini, usaha mendesak Najib meletakkan jawatan wajar disokong.

6. Jika dibiarkan Najib terus berkuasa, kami sangat risau ekonomi dan urus tadbir negara akan sampai satu tahap yang cukup teruk seterusnya rakyat terpaksa menanggung bebanan tersebut. Dalam keadaan ini, kami lebih memikirkan nasib yang akan dan terpaksa ditanggung oleh rakyat sekiranya Najib terus berkuasa.

7. Pengunduran Najib sangat penting dalam menyelamatkan negara. Tempoh untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang masih jauh, tidak mustahil keadaan akan menjadi semakin meruncing sekiranya Najib dibiarkan terus 'bermaharaja lela'.

8. Oleh yang demikian, kami menyeru dan merayu kepada seluruh wakil rakyat terutama wakil rakyat kerajaan agar menyokong usul yang akan dikemukakan. Fikirkan masa depan negara dan kesejahteraan rakyat melebihi segala-galanya. Kasihanilah rakyat di kawasan masing-masing yang sedang bergelut melalui kehidupan seharian dengan penuh bebanan!

‪#‎HarapanBaru‬
‪#‎IslamRahmatUntukSemua‬

USTAZ HAJI MOHD FAKHRULRAZI MOHD MOKHTAR
Naib Ketua,
Pemuda AMANAH Nasional


Sila kongsi artikel ini...

Peningkatan Harga Kereta Beban Tambahan Rakyat - Nik Nazmi

8:11 PM 0 Comments A+ a-



PENINGKATAN HARGA KERETA BEBAN TAMBAHAN RAKYAT

Laporan Malaysian Insider baru-baru ini berkenaan peningkatan kos kenderaan amatlah merisaukan.

Menurut laporan tersebut, golongan muda Malaysia sekarang berhadapan dengan dilemma sama ada hendak membeli kenderaan sekarang atau tunggu sehingga ekonomi pulih.


Laporan itu juga menyatakan bahawa pengenalan cukai GST telah menyebabkan kejatuhan permintaan di dalam sektor automotif.

Pada masa yangh sama, kejatuhan nilai matawang negara juga telah menyebabkan peningkatan harga. Contoh yang jelas adalah apabila UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan kenaikan harga kereta-kereta jenama Toyota dan Lexus masing-masing sebanyak 4% dan 16% kerana kejatuhan nilai matawang.

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) juga telah memberi amaran bahawa mereka juga mungkin terpaksa meningkatkan lagi harga kenderaan antara 25%-30%.

Sebuah kereta, pada masa ini, merupakan satu keperluan bagi kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya kerana pembangunan satu sistem pengangkutan awam yang komprehensif di seluruh negara masih tidak nampak bayang.

Ini juga menekankan antara perkara yang penting pada masa ini, iaitu kos sara hidup, kerana kos-kos pengangkutan juga menyumbang kepada beban kewangan rakyat khususnya generasi muda. Beban perbelanjaan lain termasuklah hutang pinjaman pendidikan dan perumahan.

Daripada melakukan perkara yang bermanfaat untuk seluruh rakyat, kerajaan ini sebaliknya membebankan lagi, terutamanya di dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil ini, dengan meningkatkan kadar harga tol.

Ini bukanlah ciri-ciri kerajaan yang mendahulukan rakyat.

Kerajaan Najib Razak harus mengaku sahaja bahawa dasar mereka telahpun gagal dan sepatutnya melaksanakan polisi kami untuk mengurangkan harga kereta.

Kegagalan kerajaan BN untuk melakukan perkara ini jelas membuktikan kepada para pengundi gabungan mana yang lebih mementingkan rakyat.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN


Sila kongsi artikel ini...

Bajet 2016: Mahu berjimat atau belanja? – Syahir Sulaiman

6:49 PM 0 Comments A+ a-


Bajet 2016: Mahu berjimat atau belanja? – Syahir Sulaiman




“Yusuf menjawab: Hendaklah kamu bertanam 7 tahun seperti biasa, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkai; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makanan. Kemudian akan datang selepas itu, 7 tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan bagi mereka; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan. Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah hasil.” (Yusuf: 47–49).

Bajet adalah pilihan

Bajet adalah instrumen penting kerajaan dalam memperincikan unjuran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun mendatang.

Komponen utama sesebuah bajet adalah sumber hasil (cukai, bukan cukai, pinjaman) dan agihan perbelanjaan (pengurusan, pembangunan, pembayaran hutang), demi mencapai objektif utama dasar ekonomi iaitu memacu pertumbuhan secara mampan dan inklusif, mengawal kadar inflasi dan kos sara hidup, serta menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di segenap peringkat.

Justeru, setiap peruntukan di dalam belanjawan dirangka mengikut keutamaan dan matlamat sosioekonomi negara dengan mengambil kira keperluan dan pertimbangan faktor dalaman dan luaran semasa.

Prinsipnya adalah sama, tanpa mengira samada anda seorang perdana menteri yang mengetuai sebuah kerajaan atau seorang bapa yang mengetuai sebuah keluarga, iaitu “berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan, bukan mengikut kemahuan”.

Bajet 2015 – defisit berkembar

Di dalam pembentangan bajet untuk 2015, kerajaan persekutuan mengunjurkan pendapatan sekitar RM235 bilion dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM274 bilion.

Kerajaan dijangka akan menanggung defisit sekitar RM36 bilion iaitu 3% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan situasi ini berlarutan sejak 1998 (18 tahun berturut-turut), mengakibatkan kerajaan tiada lebihan dan simpanan malah terpaksa bergantung kepada hutang.

Pihak kerajaan menyedari paras hutang persekutuan menghampiri paras siling 55% kepada KDNK dan tiada pilihan selain mengurangkan perbelanjaan dengan cara paling mudah iaitu mengurangkan subsidi di samping mencari sumber pendapatan baharu dengan melaksanakan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.

Natijahnya, Bajet 2015 sedikit tersasar daripada unjuran awal, khususnya dalam aspek pertumbuhan ekonomi, kos sara hidup / inflasi, dan peluang pekerjaan.

Pertumbuhan KDNK 2015 diunjur malar pada 4%-5%, inflasi terus menjalar sekitar 3%, defisit kian melebar ke paras 3.5%, hutang kerajaan makin mengakar ke paras 53%, tabungan rakyat semakin sukar, dan nilai ringgit jatuh berbanding dolar Amerika pada kadar 20%.

Skandal yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB), khususnya berkenaan hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kiwa Wang Negara (PAC), Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap transaksi pelaburan 1MDB di dalam dan luar negara, di samping sumbangan derma RM2.6 bilion yang diterima perdana menteri, terus menghakis keyakinan rakyat dan pelabur kepada kerajaan, menyebabkan Malaysia berdepan dengan situasi defisit berkembar – defisit-fiskal (fiscal deficit) dan defisit-keyakinan (trust deficit).

Cabaran Bajet 2016

Sebagaimana disebut perdana menteri, tugas merangka Bajet 2016 adalah sangat mencabar, dengan tekanan dari dalam dan luar negara. Lanskap ekonomi global yang tidak menentu serta kejatuhan harga minyak dan nilai ringgit akan mencorak unjuran utama bajet, manakala kesempitan defisit dan hutang kerajaan akan menyukarkan usaha kerajaan untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi.

Di samping fokus perlu diberi untuk agenda pembangunan modal insan dan generasi belia, meningkatkan tahap pendidikan dan kesihatan rakyat, penyediaan lebih rumah mampu milik, dan memperkasa dayatahan kuasa beli rakyat yang dibebani kos sara hidup, khususnya di kalangan kelompok B40 yang menjadi sasaran utama RMK11 yang bertemakan “pertumbuhan berpaksikan rakyat”.

Ironisnya, falsafah kerajaan dalam merangka bajet adalah, “Kerajaan akan membelanjakan RM12 daripada setiap RM10 yang diperoleh, dan akan membelanjakan RM120 daripada setiap RM100 yang diperoleh, menyebabkan kerajaan bukan sahaja defisit dan tiada simpanan, malah terpaksa menambah hutang setiap tahun’. Inilah punca permasalahan negara ini, dan tidaklah sukar untuk membaikinya. – 20 Oktober, 2015.-


Sila kongsi artikel ini...

Jangan Jadikan LPT2 Lebuhraya Maut - Gerakan Anak Terengganu Insaf

5:00 PM 0 Comments A+ a-



JANGAN JADIKAN LPT2 LEBUHRAYA MAUT (SIRI 02)

1.Pihak berwajib berkali-kali menyimpulkan bahawa faktor utama kemalangan di LPT2 adalah disebabkan kecuaian pengguna. Kelajuan kenderaan yang melebihi had laju, mengantuk, pemanduan tidak berhemah dan seumpamanya. Memang tidak dinafikan bahawa faktor itu ada. Tetapi bukankah faktor itu juga ada di mana-mana lebuhraya? Kenapa jumlah kemalangan sangat tinggi di LPT2 berbanding tempat lain?

2.Sehari dua ini, whatsapp saya mula dimasuki cerita-cerita mistik, misteri dan pelik berkenaan LPT2. Ya, tidak dinafikan makhluk halus itu wujud. Tetapi jangan pula kita semua ambil jalan 'escapisme' dengan menuding jari kepada makhluk halus semata-mata. Tahniah kepada kerajaan negeri yang menganjurkan solat hajat semalam di LPT2. Itu yang sepatutnya. Tetapi solat hajat semata-mata tidak mencukupi jika tiada tindakan membaikpulih dengan kadar segera kerosakan dan hasil kelemahan 'workmanship' yang menjadi punca utama kemalangan.


3.Dalam tinjauan kami, tidak kurang daripada 20 lokasi merbahaya kerana jalan beralun sepanjang antara Gemuruh hingga Kijal. Ada jalan beralun di atas jambatan. Jika jalan beralun kerana semata-mata isu 'unequal settlement', maka sepatutnya jalan jambatan tidak beralun kerana tiada mendapan tanah berlaku. Jelas bahawa ia isu 'poor workmanship'. Saya boleh kata LPT2 ialah hasil kerja yang sangat teruk!

Sekian untuk kali ini. InsyaAllah siri seterusnya akan menyusul.

AMAR MA'ARUF NAHI MUNKAR

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf
20 Oktober 2015


Sila kongsi artikel ini...

KEADILAN desak Kerajaan jelaskan mekanisme GST Kad Prabayar.

4:58 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media: KEADILAN desak Kerajaan jelaskan mekanisme GST Kad Prabayar.

20 Oktober 2015

Pengumuman Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkenaan GST kad prabayar menimbulkan pelbagai persoalan. KEADILAN mendesak kerajaan menerangkan mekanisme yang terbaru untuk menangani masalah ini. Sejak bulan April sehingga sekarang, 7 bulan telah berlalu, 3 menteri yang bertanggungjawab datang dan pergi, tetapi penyelesaian masalah masih belum ditemui. Ini membuktikan kegagalan pihak kerajaan UMNO/BN.

Dalam satu laporan media semalam, beliau berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mengumumkan harga tambah nilai prabayar telefon kembali seperti sebelum pelaksanaan cukai GST pada 1 November 2015. “Macam mana Telco mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Yang penting rakyat beli RM10 dapat nilai RM10” Beliau berkata. Kenyataan beliau memberi lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Kenyataan beliau penuh dengan pelbagai kontradiksi (contradictions).

Pertama sekali, dalam zaman SST, syarikat Telco menerap SST kad prabayar 6%, tetapi, sekarang dalam zaman GST, syarikat telco enggan menerap 6% GST. Pada bulan Jun yang lepas bekas Menteri KKMM Datuk Shabery Cheek berkata kerajaan tidak berkuasa untuk membolehkan syarikat Telco menerap GST 6%. Dan beliau mengakui bahawa GST memang akan dikenakan ke atas kad top up.

Keduanya, kerajaan enggan menyenaraikan kad prabayar sebagai barangan kadar sifar (zero rated), sebab GST kad prabayar akan membawa RM850 juta pendapatan kepada kerajaan setiap tahun. Datuk Seri Shabery Cheek juga berkata pengecualian cukai tidak harus diberi kerana akan menjejaskan keyakinan pelabur dalam isu GST.

Ketiga, dengan pengumuman yang terbaru bahawa pengguna beli RM10 dapat RM10 nilai, ini bermaksud pengguna juga tidak akan dikenakan cukai GST.

Jadi, persoalannya adalah siapa akan membiayai cukai GST RM850 juta? Ini soalan RM850 juta (This is a RM850 million question). Adakah duit akan turun dari langit? Adakah kerajaan akan dapat derma dari kawan-kawan Arab?

KEADILAN tidak yakin ada penyelesaian daripada kerajaan. Keyakinan rakyat terhadap janji-janji kerajaan telah terjejas kerana banyak pengumuman telah dibuat tapi rakyat masih kena GST. Ini amat tidak adil kepada golongan pendapatan rendah, pesara dan orang muda yang percaya kepada janji kerajaan.

Dalam soal GST kad prabayar ini, KEADILAN telah mencadangkan formula meletakkan kadar sifar terhadap kad prabayar. Ini sekali gus akan menyelesaikan masalah dan membantu golongan berpendapatan rendah. Tetapi kerajaan telah menolak cadangan tersebut kerana kerajaan perlukan duit GST tersebut.

Dari pihak kerajaan pula, beberapa menteri yang terdahulu telah cuba menyelesaikan masalah ini tetapi tidak berjaya. Pada bulan April, timbalan menteri kewangan yang terdahulu Dato Ahmad Maslan menjanjikan bahawa kad prabayar tidak akan dikenakan GST, tetapi sebaliknya yang berlaku. Pada bulan Mei, Perdana Menteri pula mengarahkan Menteri KKMM pada masa itu Datuk Seri Shabery Cheek untuk menangani masalah tersebut. Tetapi pada bulan Jun, GST tetap dikenakan. Selepas semua usaha gagal, apakah keyakinan rakyat terhadap pengumuman yang baru?

Walau bagaimanapun, KEADILAN mengalu-alukan usaha Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani mengambil initiatif menangani masalah GST dan kami mengucapkan selamat mencuba.


Sim Tze Tzin
Pengarah Strategi Parti KEADILAN


Sila kongsi artikel ini...

Kadar Muflis Golongan Muda Merisaukan - Nik Nazmi

10:39 AM 0 Comments A+ a-



KADAR MUFLIS GOLONGAN MUDA MERISAUKAN

Laporan Reuters baru-baru ini berkenaan peningkatan kadar muflis golongan muda di Malaysia adalah sesuatu yang merisaukan.

Laporan tersebut memetik data daripada Standard & Poors dan
menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kadar hutang persendirian tertinggi di antara 14 ekonomi Asia. Angka ini telah meningkat kepada 88% daripada jumlah KDNK negara, daripada 60% pada tahun 2008.


Tambahan pula, data Jabatan Insolvensi Negara menunjukkan bahawa 5547 individu muflis adalah di bawah umur 35 tahun pada tahun lepas, lebih dua kali ganda daripada tahun 2005.

Pada tahun 2014. jumlah orang muflis bagi di bawah golongan umur 25 adalah seramai 635, tiga kali ganda daripada jumlah tahun sebelumnya.

Perkara ini amatlah mengecewakan kerana begitu ramai golongan muda Malaysia yang baru sahaja hendak mengorak langkah ke alam pekerjaan sudah digelar muflis.

Jika ini berlangsungan, ia akan memberi kesan kepada kadar
kepenggunaan domestik yang amatlah diperlukan di dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil.

Kita juga tidaklah sepatutnya sewenang-wenangnya mempersalahkan golongan muflis ini, kerana seperti yang dikatakan di dalam laporan tersebut, keadaan terjadi sebegitu akibat mereka mencuba untuk menceburi sesuatu bisnes atau terpaksa berhutang kerana keadaan begitu terdesak.

Jabatan Insolvensi Negara juga mengaku ketika ditemuramah oleh Reuters bahawa ramai golongan muda ini yang dibebankan oleh hutang pelajaran dan juga perbelanjaan seperti pengangkutan dan tempat tinggal.

Data yang dibentangkan ini jelas menunjukkan kegagalan polisi kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang mengutamakan kepentingan politik beberapa individu sahaja dan bukan rakyat keseluruhannya.

GST, peningkatan kos sara hidup dan harga perumahan yang semakin tinggi sehinggakan kebanyakan orang tidak akan mampu membeli mengisyaratkan kegagalan pentadbir untuk menyediakan peluang yang mampan dan sejahtera serta adil untuk setiap rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Najib Razak menyatakan bahawa pentadbirannya mendapatkan sokongan daripada golongan "Gen Y". Tetapi siapa yang benar-benar percaya akan pengakuan itu?

KEADILAN dan rakan-rakan seperjuangan kami akan terus berjuang agar setiap rakyat Malaysia memperoleh kehidupan yang lebih baik. Ia perlu dilakukan terutamanya dengan memerangi rasuah serta kepincangan.

Kita juga perlu merombak semua ekonomi negara, dan memberi fokus kepada perkhidmatan dan modal insan, mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan serta produktiviti.

Kebankrapan belia merupakan satu tragedi untuk Malaysia yang mana sudah tentu kita perlu elak. Untuk itu, sesuatu perubahan politik diperlukan supaya kita boleh bergerak maju ke hadapan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN


Sila kongsi artikel ini...

PAS Memasuki Fasa Lonjakan Baru Pasca FASTAQIM - Dr Mohd Zuhdi Marzuki

1:30 AM 0 Comments A+ a-



PAS MEMASUKI FASA LONJAKAN BARU PASCA FASTAQIM

Himpunan FASTAQIM yang melebihi sasaran dengan menghimpunkan lebih 100,000 ahli PAS seluruh negara, menjadi petunjuk bahawa kemelut dalaman PAS hampir reda sepenuhnya. Serentak dengan itu, pasca FASTAQIM, PAS muncul sebagai sebuah parti politik yang padu dan mantap berbanding ketika sedang dalam kemelut enam tahun yang lalu. Ketika ini, berdasarkan pemerhatian awal Pusat Penyelidikan PAS (PPP), PAS mempunyai kelebihan berbanding parti-parti besar lain yang sedang bergelut dengan krisis dalaman.


PPP mengunjurkan mulai bulan November 2015, PAS akan memasuki fasa lonjakan baru, iaitu mula menumpukan kepada hal ehwal luaran parti dan kebersamaan yang lebih meluas bersama masyarakat. Sebagai sebuah agensi parti yang berkaitan dengan penyelidikan, PPP sendiri akan mula mengeluarkan dasar-dasar berteraskan Islam untuk ditampilkan kepada masyarakat umum, ke arah menyelesaikan krisis sosial, ekonomi dan politik yang sedang melanda negara hari ini. Yang terdekat, PPP akan menampilkan dasar-dasar Islam berkaitan percukaian sebagai maklumbalas kepada Bajet 2016 yang akan dibentangkan hujung minggu ini.

PAS diyakini akan dilihat lebih padu dan mantap ketika memasuki fasa lonjakan baru ini, apabila golongan profesional muda PAS yang sebelum ini kurang membuat penampilan mulai muncul untuk memberi sumbangan besar. Golongan ini adalah mereka yang mendapat pentarbiyahan dan perkaderan langsung PAS bermula pertengahan dekad 1980 an, yang kini rata-rata mereka berumur 50 tahun ke bawah. Mereka kini sedang diserapkan di kesemua lajnah dan agensi parti, malah mula menggerakkan NGO-NGO mewakili sektor-sektor tertentu.

Lebih memberansangkan pula, golongan berpendidikan Islam (asatizah) dalam PAS termasuk dari Timur Tengah yang berumur dalam lingkungan yang sama iaitu 50 tahun ke bawah, semakin menguasai sesuatu bidang profesional sebagai bidang tambahan mereka. Golongan ini yang ramai menganggotai Dewan Pemuda PAS selain barisan ulama pelapis bagi Dewan Ulama PAS, mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi, perbankan, kewangan, antropologi, sosiologi, psikologi, ICT dan lain-lain. Mereka menguasai bidang-bidang ini melalui pengajian ijazah lanjutan.

Gandingan golongan profesional dan asatizah yang dibina sendiri oleh PAS hampir 30 tahun lalu, telah menjadikan PAS cukup-cukup bersedia untuk memasuki fasa lonjakan baru. Kemelut dalaman PAS yang telah reda selepas lebih empat bulan proses pemulihan parti bermula selepas Muktamar PAS Jun yang lalu, telah menampilkan wajah PAS yang lebih padu dan mantap. Kepimpinan Ulama pula terus diberi kepercayaan mengemudi PAS agar tetap atas landasan perjuangan yang betul. Kesemua ramuan ini akan memberikan PAS momentum baru yang lebih kuat untuk membuat lonjakan baru pasca Himpunan FASTAQIM.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP

19 Oktober 2015
6 Muharram 1437


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.