Jangan Jadikan LPT2 Lebuhraya Maut - Gerakan Anak Terengganu Insaf

5:00 PM 0 Comments A+ a-



JANGAN JADIKAN LPT2 LEBUHRAYA MAUT (SIRI 02)

1.Pihak berwajib berkali-kali menyimpulkan bahawa faktor utama kemalangan di LPT2 adalah disebabkan kecuaian pengguna. Kelajuan kenderaan yang melebihi had laju, mengantuk, pemanduan tidak berhemah dan seumpamanya. Memang tidak dinafikan bahawa faktor itu ada. Tetapi bukankah faktor itu juga ada di mana-mana lebuhraya? Kenapa jumlah kemalangan sangat tinggi di LPT2 berbanding tempat lain?

2.Sehari dua ini, whatsapp saya mula dimasuki cerita-cerita mistik, misteri dan pelik berkenaan LPT2. Ya, tidak dinafikan makhluk halus itu wujud. Tetapi jangan pula kita semua ambil jalan 'escapisme' dengan menuding jari kepada makhluk halus semata-mata. Tahniah kepada kerajaan negeri yang menganjurkan solat hajat semalam di LPT2. Itu yang sepatutnya. Tetapi solat hajat semata-mata tidak mencukupi jika tiada tindakan membaikpulih dengan kadar segera kerosakan dan hasil kelemahan 'workmanship' yang menjadi punca utama kemalangan.


3.Dalam tinjauan kami, tidak kurang daripada 20 lokasi merbahaya kerana jalan beralun sepanjang antara Gemuruh hingga Kijal. Ada jalan beralun di atas jambatan. Jika jalan beralun kerana semata-mata isu 'unequal settlement', maka sepatutnya jalan jambatan tidak beralun kerana tiada mendapan tanah berlaku. Jelas bahawa ia isu 'poor workmanship'. Saya boleh kata LPT2 ialah hasil kerja yang sangat teruk!

Sekian untuk kali ini. InsyaAllah siri seterusnya akan menyusul.

AMAR MA'ARUF NAHI MUNKAR

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf
20 Oktober 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.