Analysis by Prof. Dan Slatter: we are moving on the right path - SAMM

3:32 PM 0 Comments A+ a-



Open Statement

Analysis by Prof. Dan Slatter: we are moving on the right path

Solidarity Anak Muda Malaysia (SAMM) welcomed the paper written by Dan Slatter, Professor of Political Science from the University Of Chicago titled “Malaysia's Mess is Mahathir made” publish the East Asia Forum.http://www.eastasiaforum.org/2015/07/29/malaysias-mess-is-mahathir-made/


Since the beginning of the campaign # SudahlahMahathir, SAMM have expressed the delirium governance today is the result of particularly dirty hands Mahathir and UMNO / BN in general. Analysis by Professor Dan Slatter ultimately indirectly vindicated this.

Mahathir is the character that has brought corruption and politic-economic patronage which so far has corrupted the system in the country. SAMM is also consistent with the position that Najib must answer to all questions cheating governance today, but the general public should be aware that the practice of money politics and political patronage starts since May 1946 (When UMNO was formed). The condition worsens after 22 years Mahathir took office.

Therefore, SAMM have never agreed with the idea of “overthrow” Najib and to be replaced by another political leader from UMNO / BN. SAMM assert a claim to set up a Provisional Government or Caretaker Government covering all political parties to resolve the ongoing crisis and prepare Malaysia to face general elections in clean, fair and transparent within a maximum period of 18 months.

SAMM is also very upset because a political science professor from foreign universities could thoroughly understand the political situation of the country, but many opposition political incumbents trapped in narrow Mahathir's game. Be assured that he will never allow this country ruled apart UMNO / BN. It is impossible to imagine we will joining Mahathir to save the country.

What he is doing is merely for his own interests, his family and proxies that have looted the country's revenue.

Solidariti Anak Muda Malaysia


Sila kongsi artikel ini...

Bersih 4 sudah dilabel orang Melayu Umno sebagai perhimpunan Cina. - Nora Reformis

2:15 PM 1 Comments A+ a-



Bersih 4 sudah dilabel orang Melayu Umno sebagai perhimpunan Cina.

Ini bukan Melayu yang terbanyak tetapi cuma Melayu Umno yang masih lagi menggunakan senjata perkauman sebagai tali untuk pengikat perpaduan Melayu. Ini seolah-olah senjata Umno untuk mahu Melayu bersatu dan senjata menyatu-padukan Melayu adalah dengan menghentam kaum lain khususnya Cina.

Untuk mengukuhkan hujah agar Cina lain khususnya Gerakan dan MCA tidak lari dari menyokong Umno maka DAP dijadikan ikon Cina dengan gelaran Komunis dan ketagih mahu menghancurkan Melayu. Ini yang dijadikan Melayu Umno sebagai senjata perpaduan tanpa Melayu Umno sedar, kepimpinan Melayu Umno adalah sebenarnya punca segala kemunduran orang – orang Melayu khususnya dalam pengagihan ekonomi.


Realitinya tidak ada serangan Cina khususnya DAP kepada orang-orang Melayu. Melayu Umno hanya mahu menggunakan Cina sebagai sebab untuk penyatuan dan hari ini, amat jelas lagi Melayu Umno terus ketandusan modal bila mana seluruh rakyat Malaysia sedar dan menolak tuduhan Melayu Umno terhadap kaum Cina dan mempergunakan Cina sebagai modal penyatuan.



Penulis menulis ini atas kapasiti seorang Melayu yang berwadahkan landasan politik DAP kerana penulis sedar penipuan Melayu Umno yang menjadikan ugutan 13 Mei 1969 sebagai satu ugutan untuk melenyapkan kelemahan kepimpinan Melayu Umno sekian lama.

Ugutan pertempuran antara Melayu dan Cina hadir dari mulut Melayu Umno. Mereka mahu terus memegang kuasa dengan mendominasi minda Melayu lain, kononnya Cina mahu merebut kuasa dan mahu mendominasi kuasa negara ini dan memijak orang-orang Melayu.

Orang Cina diugut supaya mengingati 13 Mei 1969, satu hari gelap yang sepatutnya digunakan sebagai satu kesedaran bukan untuk ugutan mahu terus memegang kuasa secara tidak demokratik dan tersasar dari peruntukan undang-undang. Ini adalah hasutan dan ugutan besar yang sering bebas dari sebarang tindakan perundangan.

Alasan dangkal mereka tetap sama, apabila demonstrasi jalanan didominasi orang Melayu, mereka akan katakan Melayu ini dipergunakan Cina dan apabila majoriti Cina hadir dalam Bersih 4, mereka katakan Cina mahu menguasai orang Melayu. Ini semua dilakukan kepimpinan Melayu Umno yang tidak akan membawa orang Melayu kepada perubahan yang sepatutnya.

Ini amat jelas, apabila selesai Bersih 4 yang mana kehadirannya memperlihatkan ramai kaum Cina turun ke jalan raya, Melayu Umno merasa tercabar lantas mahu mengadakan satu himpunan Melayu terbesar dalam usaha kononnya untuk mengembalikan maruah orang Melayu.

Mereka hadir dengan logo pendekar berkeris, menggunakan perkataan semangat seperti darah, tanah air dan maruah. Tujuannya hanya untuk mengugut orang Melayu kononnya maruah orang Melayu tercabar. Beginilah sebenarnya tahap mental orang-orang Melayu Umno, bukan tidak berpelajaran tetapi amat terdesak untuk terus berkuasa.

Paling lucu ialah, Bersih 4 dilaksanakan untuk mendesak kepimpinan korup Umno, perdana menteri Malaysia untuk melepaskan jawatan, menuntut kerajaan yang bersih serta pilihan raya yang lebih telus dan tidak dimanipulasikan kerajaan Umno.

Mudah nya Bersih 4 menuntut agar demokrasi dituntut dan perlu ada pengagihan kuasa yang melibatkan pembebasan agensi tertentu dari dikawal kuasa politik. Tuntutan ini yang menyebabkan rakyat berhimpun, menyuarakan ketidakpuasan mereka dengan cara pemerintahan yang ada, yang membebankan rakyat dengan kenaikan kos kehidupan dan kemurungan ekonomi negara.

Untuk jawapan kepada tuntutan Bersih 4 ini Melayu Umno turut mengadakan perhimpunan untuk mempamerkan kekuatan Melayu Umno untuk mempertahan maruah bangsa Melayu. Perhimpunan akan dilakukan seolah-olah mereka akan berarak untuk menunjukkan mereka akan mempertahankan maruah Melayu dari diserang Cina.

Amat janggal sekali, inisiatif untuk perjuangan rakyat Malaysia disambut dengan inisiatif untuk berkelahi dan mengapi-apikan semangat perkauman dalam negara ini. Ini datangnya dari Melayu Umno bukan Melayu keseluruhan yang sudah sedar taktik dan teknik kepimpinan Melayu Umno untuk memegang terus kuasa yang semakin tiris.

Alasan sama mereka adalah Cina mahu memijak Melayu dan DAP adalah parti komunis yang mahukan orang Melayu terus terpinggir seperti Melayu Singapura, kata mereka.

Jelas, tindakan susulan bagi menjawab Bersih 4 adalah Perhimpunan membela maruah Melayu yang hanya bermotifkan ugutan dan hasutan. Adakah ini tidak menarik perhatian ketua Polis Negara atau sebab utama adalah Polis terikat kuasa politik Melayu Umno.

Sekiranya lah perhimpunan membela maruah Melayu dengan menghentam kaum Cina berlaku, saya amat yakin kaum Cina tidak akan terikut membuat perhimpunan seumpama itu kerana rakyat Malaysia semua sudah sedar, Melayu Umno hanya mahu satu cita-cita, bukan membela Melayu tetapi membela kepimpinan Melayu Umno bagi mereka terus membudayakan rasuah dan politik ugutan terhadap kaum.

Memang hebat Melayu Umno ini, mahu melakukan perhimpunan di Bukit Bintang dan Jalan Petaling – kononnya untuk menakutkan kaum Cina yang dikatakan mendominasi tempat-tempat tersebut. Politik ugutan itu bakal berakhir di Malaysia dan Melayu Umno akan sedar, Melayu terbanyak sedar, laungan kononnya mereka membela Melayu adalah satu usaha karut yang hanya mementingkan kuasa untuk diri sendiri dan tidak untuk rakyat keseluruhan.

Melayu harus sedar, Melayu Umno hanya mahu mempertahankan kuasa untuk tujuan kecil diri, mahukan sokongan Melayu atas ugutan rasis dan paling buruk sekali ialah melibatkan agama sebagai sandaran sokongan. Politik berbentuk rasis ini akan pupus sebagaimana pupusnya Melayu Umno yang hanya memerintah untuk perintah dan bukan untuk menjayakan agenda rakyat Malaysia keseluruhan.

Kita perlu uruskan pemerintahan negara kita ini tidak lagi memesongkan minda rakyat negara ini dengan perasaan buruk perkauman dan kita perlu memastikan kepimpinan rakyat adalah berdasarkan rakyat dan kerana rakyat usaha kita tidak ada sempadan kaum, kulit, budaya dan agama. Melayu Umno akan terus ketinggalan dan akan menjadi punca Umno lupus dalam politik negara ini. – 4 September, 2015.

* Penulis, Norazimah Mohamad Nor @ nora reformis, merupakan reformis jalanan yang hampir 14 kali ditahan. Penulis mengubah wadah politik dari PAS ke DAP dalam melunaskan usaha besar membebaskan rakyat dari kepompong politik rasis. Bagi penulis – sekiranya untuk rakyat ia adalah tanpa sempadan.


Sila kongsi artikel ini...

Cukuplah Mengkhianati Dr Hatta, Biarlah Ia Berlalu - MSO

2:03 PM 0 Comments A+ a-



CUKUPLAH MENGKHIANATI DR HATTA, BIARLAH IA BERLALU

Lewat petang semalam saya menghubungi seorang Exco Kelantan yang juga pimpinan tertinggi Pas negeri itu. Saya memohon kepada exco berkenaan supaya meminta Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) tidak menimbul atau memainkan isu bai'ah yang membabitkan ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli. Saya sungguh sedih apabila isu bai'ah Dr Hatta itu dijadikan isu politik murahan.

Saya meminta agar Nik Amar dapat dinasihati supaya tidak menjadi terlalu buruk dan huduh dengan menimbulkan perkara itu. Biarlah kalau hendak menjadikan sesuatu isu sebagai bahan polemik dan mempopularkan diri, carilah isu yang waras dan tidak menunjukkan kecetekan telaga politik kita.

Isu bai'ah itu bagi saya ia bukan isu yang waras. Ia isu terperibadi dan rahsia Pas. Dan isu itu bukan persoalan sebenar dalam perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara. Ia adalah isu terpencil dan bersifat individual yang mana bila diketengahkan menjadi bahan gelak orang lain.

Peraturan (bai'ah) itu juga sebenarnya strategi politik Pas yang tidak patut didedahkan. Sebelum ini bila ada dakwaan Pas buat bai'ah, Pas bermati-matian, atau dalam bahasa sekarang "giler giler" buat penafian. Jadi apabila ia didedahkan dengan penuh ghairah bermakna Pas seperti mahu membungkus nangka tetapi terlupa menutup pelarnya sendiri.

Ahmad Yaakub, lihat juga diri sendiri.

Permintaan saya itu ekoran ada laporan dalam media massa yang Nik Amar membuat kenyataan kononnya status perkahwinan Dr Hatta dengan isterinya telah gugur. Nik Amar berhujah, apabila ahli parlimen itu sudah meninggalkan Pas untuk bersama GHB, maka talak ke atas isterinya jatuh. Bukan satu tetapi tiga.

Cara Nik Amar itu sungguh berani (baca juga angkuh) seolah-olah dia tahu apa yang ada dalam hati Dr Hatta. Dia juga telah menjatuhkan hukum sebelum perbicaran diadakan. Yang berhak membuat pengesahan mengikut perundangan sama talak itu berlaku atau tidak, hanya mahkamah. Islam kaya dan luas dengan pelbagai juzu dan cabang hukum. Islam itu adalah agama menyenangkan bukan menyusahkan. Islam memaaf bukannya menyerang dan memfitnah secara sambrono.

Dalam banyak kejadian hari ini, penganut Islam "komoh" menjadikan Islam sempit dan rigid. Suka mempermain-mainkan Islam. Menggunakan peraturan Islam pada tempat dan ruang yang tidak sewajarnya. Konsekuensi Islam sudah dirosakkan. Sebab inilah Islam menjadi rendah, diketawakan dan adakalanya hilang maruah di kalangan bukan Islam.

Begitu senang menghukum perkahwinan seseorang itu termansuh hanya dengan sebuah peraturan dibuat oleh parti politik. Kalau pun pada majlis angkat bai'ah itu Dr Hatta ada, sama-sama melafazkan apakah Nik Amar atau sesiapa sahaja tahu akan niat Dr Hatta pada masa itu? Siapa boleh menjamin yang Dr Hatta beriktikad dengannya? Apa-apa yang bersifat khofi berada dalam hati, tidak dapat diduga sesiapa.

Saya rasa bukan sahaja Dr Hatta, tetapi Nik Amar dan orang lain juga tidak akan menjadi isteri sebagai sandaran politik. Bukankah lafaz bai'ah itu satu rukun agama yang ditambah oleh Pas bukan sesuatu yang dimaktub dalam rukun utama Islam? Mereka yang tahu hukum nikah kahwin dan jatuh talak memahmi perkara itu dan tidak akan mudah mempermain-mainkannya. Bai'ah yang diperbuat itu juga bagi saya bidaah kerana ia ditambah dengan sesuatu yang bersifat buruk dan keji.

Dari satu segi perundangan, tambahan dibuat dalam surat lafaz bai'ah itu seperti mana yang dibuat oleh bakal wakil rakyat Pas termasuk Ahmad Yaakub itu suatu penghinaan kepada kaum wanita termasuk isterinya. Mereka mengadaikan darjat isteri hanya kerana ingin menjadi calon. Jelas mereka berpegang kepada bai'ah itu mereka yang cetak agama. Mempermain-mainkan agama dan tidak ada nilai keagamaan sebenarnya.

Isteri sama sekali tidak mengetahui yang mereka dijadikan gadaian menerusi bai'ah itu. Ketidak adilan seorang suami terhadap isterisnya berlaku dalam hal ini dan dimanakah duduknya Pas sebagai parti Islam itu? Ini dimaksudkan bai'ah itu karut marut. Bai'ah seperti ini sudah tentu akan ditentang oleh pejuang hak asasi manusia dan wanita.

Kenapa sampai begitu sekali. Inilah dikatakan fahaman ahli-ahli Pas mengenai bai'ah itu sebagai sesat kerana meletakkan politik parti melebihi dari segala-galanya. Di sinilah juga maka sesetengah orang kesal dan sedih apabila Pas mencampur adukkan elemen politik dengan peraturan (munakahat) syariah agama.

Bagi orang cerdik dan menghormati hukum-hukum dan nilai sebuah perkahwinan, dia tidak akan ikhlas dan tergamak bertaklik atas kehendak dan paksaan politik. Mereka tidak akan tunduk kepada kehendak politik sehingga mengadai sebuah perkahwinan. Dan dalam politik orang boleh berpura-pura mematuhi sesuatu yang tidak masuk akal, sebagai muslihat. Dia akan berbuat untuk menyelamatkan diri. Dunia politik penuh dengan hipokrasi dan bila diambil agama, maka banyak peraturan-peraturan agama dibiadaahkan. Contohnya mengenai bai'ah taklik cerai isteri itu.

Selepas memberi tahu tujuan itu kepada exco berkenaan, saya tidak ada niat untuk mengulas dalam blog ini isu berkenaan. Bagi saya isu itu bukan perkara pokok dan boleh membangunkan akal politik yang sihat. Jauh sekali isu bai'ah itu satu pembaharuan pemikiran dan fizikal dalam politik. Membahas dan menerima bai'ah Pas itu satu ketololan bagi saya.

Tetapi semalam apabila melihat dan mendengar Ahmad Yaakub juga berbuat perkara sama dalam televisyen menyebabkan saya tidak boleh diam, kena membuat posting ini. Semalaman saya tidak lena tidur terbayang wajah Ahmad Yaakub. Untuk apa Ahmad Yaakub memberi ulasan kononnya taklik ke atas isteri Dr Hatta itu berlaku dan sah. Untuk apa?

Sepatutnya beliau sebagai seorang ulama muktabar dan pemimpin politik tidak menyentuh hal itu, dan mendiamkan diri sahaja. Beliau tidak perlu menyambung mulut dalam perkara-perkara tidak menguntungkan agama, sebaliknya menguncikan mulut.

Apakah Ahmad bermaksud hendak menjaga akidah Dr Hatta dan hal urusan rumah tangganya. Dr Hatta sudah memesan agar tidak perlu menjaga urusan rumah tangganya. Sebagai lelaki beragama Islam dan profesional, saya yakin beliau tahu soal berumah tanggung dan tanggungjawabnya serta adat dan hukumnya. Jangan merendahkan daya agama Dr Hatta gara-gara kita bergelar ustaz. Lebih baik kalau Ahmad menjaga urusan pentadbirannya di Kelantan dahulu yang masih "berkucar lembel".

Apa yang afdal Ahmad lakukan ialah menyerahkan perkara itu kepada Hatta. Dia tidak payah mengulas dan memperakui bahawa Ketua Hakim Syariah, Daud Mohamad juga mengesahkan perkara itu. Apakah tujuannya? Bukankah tujuannya hendak mengaib dan menekan perasaan Hatta. Apakah hukum kalau begitu cara dan nawaitunya? Cis.

Sebaiknya Ahmad boleh berkata begini sahaja; "soal Hatta kita serah kepadanya. Terpulang kepadanya, sebab yang menanggungnya adalah dia bukan orang lain. Dosa mengenai itu terpikul atas pundaknya." Ahmad sebagai pemimpin Pas sudah terlepas dari tanggungjawab itu. Itu sebijak-bijaknya. Apabila Ahmad mendedahkan perkara itu dengan tujuan dan motif politik, maka beliau sendiri menjadi busuk?

Banyak perkara lain yang lebih besar daripada isu Dr Hatta itu yang boleh dibangkit dan patut ditangani oleh Ahmad Yaakub. Misalnya perihal pentadbirannya masih berpolot dengan selut dosa dan noda masih berlambak dan tidak terurus dengan baik. Perkataan "sila uruskan" masih belum diurus? Ini yang patut diuruskan dulu.

Apakah Ahmad berasa sudah selesa dan tugasnya sebagai ketua pimpinan sudah beres? Bukankah banyak perkaya yang dipertikaikan di Kelantan. Rakyat masih belum berpuas hati dan desakan masih berterusan. Selama dua tahun mentadbir Kelantan belum ada sebarang perubahan besar dilakukan oleh beliau melainkan musibah besar, banjir emas itu.

Kalau boleh disusun dan sebut antara masalah yang belum selesai, yang mana lebih perlu diutamakan dan penting dari isu bai'ah itu, ialah masalah dihadapi mangsa banjir. Ratusan mangsa banjir masih masih lagi tidur dalam khemah kerana tidak ada rumah. Apakah kerana kerajaan sesudah menyediakan tapak, tetapi rumah tidak ada, ia sudah dianggap selesai. Bukan begitu Mat oi? Kalau begitu mentadbir "Pok Kok Buta" pun boleh menjadi MB.

Masalah-masalah lain juga masih bertepek wek. Masalah sampah, longkang tersumbat, denggi dan sebagainya belum ada jalan penyelesaian. Di Kota Bharu sampah kini bertimbu longang makin membusuk. Apakah kerana rakyat Kelantan sudah biasa dengan bau busuk, maka ia dihalalkan.

Demikian juga dengan pembinaan lebuh raya, perumahan rakyat dan kakitangan kerajaan semua. Semuanya hanya siap lakaran di atas kertas sahaja. Pembersihan tapak lebuh raya bukan untuk membina jalan tetapi untuk "tankedarah" balak?

Lebih mencabar lagi masalah pentadbiran. Sehari ke seharian kantung kerajaan negeri berkurangan. Idea untuk menjana wang tidak ada langsung. Apa yang dilakukan ialah dengan menjual aset-aset milik kerajaan untuk perbelanjaan. Setinggi mana bukit kalau ditebas dan ditarah ia akan lenyap dan rata juga.

Harta milik PKINK satu persatu dijual dan diperoses untuk dijual. Hotel perdana yang merupakan hotel bertaraf tiga bintang pertama di Kelantan dan menjadi mercu tanda Kelantan sudah lama terjual. Yang terbaharu pula Perdana Resort juga dalam proses untuk dijual gadai. Beberapa hartanah lain, bangunan dan tanah juga sudah dijual dan digadaikan.

Paling baharu ialah bagaimana syarikat PMBK yang menguruskan sawit, PMBK Sawit telah pun dibubarkan. Bukankah satu masa dahulu PMBK Sawit adalah penjana kewangan tambahan terbesar kepada Kelantan, kenapa ia dibubar dengan diserahkan kepada Ladang Sungai Terah. Suatu masa dulu sebahagian ladang Sungai Terah juga dijual kerana untuk menampung perbelanjaan pengurusan.

Tidak cukup dengan itu Komplek Perkayuan Kelantan (KPK) juga kata ekuitinya sudah dipegang oleh syarikat asing. Ia bukan hak kerajaan lagi. Banyak kejadian-kejadian jual gadai yang sedang berlaku. Apapun satu perkara yang sangat mencabar dan kontras dengan apa yang dilakukan Ahmad dan Nik Amar sekarang ini ialah ketelusan dalam pentadbiran.

Tujuan mereka persoalakan mengenai bai'ah Dr Hatta kononnya hendak menjaga akidah dan keIslam bekas Pengarah Pilihan Raya Pas itu. Orang akan nampak tinggi sungguh akan kepedulian Ahmad kepada Islam. Ia menggambarkan seorang praktis Islam nombor wahi dan kelas A. Itu yang diberi tahu kepada orang tuli.

Tetapi ada dalam perkara-perkara lain kelihatan beliau lepas tangan dan seakan membiarkannya. Paling baharu ialah kejadian penebangan balak di luar kawasan pembinaan lebuh raya. Gara-gara itu Pejabat Perhutan telah menyita balak. Katanya beberapa orang pegawai kerajaan termasuk CEO sebuah syarikat milik kerajaan yang Ahmad Yaakub jadi pengerusinya ditangkap dan disiasat oleh SPRM.

Kejadian ini sesuatu yang memalukan dan kontradik dengan pentadbiran Ahmad Yaakub yang kononnya bersih dan tidak suka kepada rasuah.

Betul, ia dilakukan oleh orang lain, tetapi Ahmad sebagai MB dia kena bertanggungjawab atas pencerobohan itu. Setiap apa yang berlaku dalam negerinya dia menjadi penanggungjawabnya. Tetapi kenapa hal-hal ini tidak didahulukan? Lebih bersikap nampak kuman di Kuala Lumpur dengan gajah di Kota Darunaim?

Begitu juga dengan tuduhan peribadi ke atas dirinya, mengenai pembinaan rumah anak-anaknya yang dijadikan kompleks keluarga bernilai jutaan ringgit. Katanya sudah tiga buah rumah siap dan dua lagi dalam proses pembinaan. Serentak dengan isu ini timbul isu pemilikan kerata mewah oleh timbalannya yang dibeli dengan harga murah daripada harga biasa. Burung tempua tidak akan bersarang redah kalau tidak ada mengada.

Isu ini lebih besar dan memberi damge besar kepada Pas berbanding dengan isu peribadi Dr Hatta itu. Ahmad sepatut menyelsaikan isu-isu berkenaan terlebih dahulu. Beliau harus menafikan apa yang berlaku sebab ia terbuku dalam kepala rakyat. Umno sedang mencatat dan mengumpul segala itu untuk diletupkan bila sampai masanya kelak.

Jangan pula kerana isu-isu pembinaan rumah, penebangan balak tidak ikut peraturan, isu TMB beli kereta dengan harga murah tidak membabitkan jatuh talak kepada isteri maka ia disenyumkan begitu sahaja? Isu itu semua menjadi percakapan dan kesannya menyebabkan orang hilang kepercayaan kepada kepimpinanya dan Pas Kelanan sekaligus.

Ahmad Yaakub tidak boleh setakat berkata,inysa-Allah inysa-Allah untuk mengatasinya tetapi harus bertindak dengan tegas. Beliau harus berani untuk mengambil tindakan termasuk memecat mana-mana pegawai kerajaan hatta exco atau timbalannya yang telah mencemarkan pentadbiran dan kredibilitinya. Mungkin dalam hal ini Ahmad bersih dan tidak berbuat dosa besar tetapi kerana ia dilakukan oleh orang lain sedang dia adalah ketua, turut terkena sama.

Kata orang ayah yang mendokong anak yang berak busuknya akan terlekat dan sampai kepada ibu juga.

Sekiranya langkah Ahmad dan Nik Amar membesar-besarkan isu peribadi Hatta itu untuk membendung orang keluar Pas ia adalah satu kesilapan. Hari ini khasnya generasi mudah sudah arif dan faham dengan politiking Pas yang menggunakan agama sebagai modal politik. Mungkin dizaman pasca zaman batu dahulu, isu agama sangat laku dan termakan sehinggakan ada suami menceraikan isteri kerana fahaman politik. Tetapi isu sedemikian tidak akan diterima pakai lagi.

Jikalau itulah maksud dan motif Ahmad disebalik memainkan isu bai'ah Dr Hatta itu maka dia akan kecewa dan Pas akan gagal untuk mempertahankan kerajaan Kelantan. Dr Hatta biarlah ia pergi bersama GHB jangan tambah pengkhiantan ke atasnya lagi. Sudah banyak pengkhiatan dilakukan ke atas bekas Bendahari Pas ini, keretanya dibakar, gambarnya dipijak dan dimaki hamun siang malam di media baru kini ditekan jiwanya dengan perkahwinan pula. Cukuplah.

Cuba tenangkan hati seketika dan ingat kepada lelaki ini. Setiap kali ada pilihan raya kecil yang berdiri di bawah terik mentari sampai berpeluh meleleh ke leher, dagu dan bertis sambil mengibarkan kain berwarna hijau dan bulat ditengah, adalah lelaki ini. Dr Hatta tidak pernah meminta pangkat, kedudukan dan dipuji kerana apa yang dia buat itu satu infak kepada parti.

Tetapi kita yang berhati perut kenanglah budi yang sedikit ini. Kalau dia berdosa mengikut kitab tafsiran Ahmad dan Nik Amar dan Pas Malaysia, itu biarlah dia berlalu dengan dosa-dosanya. Semoga jangan kita menjadi ahli Neraka yang berada dibawahnya kelak. Nauzubalik... Mungkin adakala Dr Hatta menangis mengenangkan apa yang diperlakukan kepadanya, tetapi air mata itu tidak pernah tertumpah di telepak tangan kita. Jadi kita tak tahu mengenainya.

Terbaik baik Ahmad dan Nik Amar berusaha memperkuatkan Pas Kelantan dan mempertahankan kerajaan peninggalkan Nik Aziz itu. Apakah Ahmad dan Nik Amar sudah ada perancangan itu yakitu dengan bersedia bergabung dan berkongsi kerusi dengan Umno? Bagus. [wm.kl.11:25 am 03/09/15] ■ Artikel terbaru MSO


Sila kongsi artikel ini...

Wanita IKRAM: 'Hentikan Polemik Baiah Talak Tiga: Wanita Dan Keluarga Menjadi Barang Percaturan Politik'

12:09 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

4/9/2015

"HENTIKAN POLEMIK BAIAH TALAK TIGA: WANITA DAN KELUARGA MENJADI BARANG PERCATURAN POLITIK"


Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia terpanggil memberikan pandangan terhadap isu baiah talak tiga yang sedang hangat diperkatakan. Isu ini mula diperkatakan sejak tahun 2009 ketika sebuah parti politik dikatakan mengambil baiah atau ikrar talak tiga ahli-ahlinya yang bertanding pilihan raya untuk mencegah kejadian lompat parti. Apabila rahsia ini terbongkar, iamenjadi isu sensitif kerana tidak tergambar bagi kita semua bagaimana wanita yang seharusnya dimartabatkan dalam institusi keluarga Islam kini menjadi bahan dagangan percaturan politik.

Hati kecil kami berasa lega apabila mendapat berita bahawa sebahagian alim ulama' berpandangan bahawa baiah seperti ini tertolak dan tidak boleh digunapakai. Namun, apa yang berlaku ialah pandangan ini pula tidak diendahkan oleh pihak yang berkenaan kerana masih ada suara yang terus-terusan mendesak agar baiah itu dilaksanakan. Mereka seolah-olah bergembira dan menunggu-nunggu runtuhnya mahligai kasih pasangan yang pernah menjadi sahabat seperjuangan mereka itu. Di mana hilangnya kewarasan dan perasaan setia kawan dan kemanusiaan? Tidakkah difikirkan kesan negatif daripada desakan tersebut terhadap isteri, anak-anak dan keluarga sahabat terbabit?

Perkahwinan adalah sebuah insititusi suci lagi mulia dalam Islam. Ia ditegakkan di atas asas yang kukuh untuk melahirkan, membina dan memelihara individu yang akan menjadi batu-bata dalam pembinaan masyarakat dan Negara.

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia menegaskan bahawa :

1. Kami menentang sebarang tindakan yang menjadikan wanita dan insititusi keluarga sebagai barang pertaruhan dan percaturan politik atas alasan apa sekalipun. Perbuatan ini bukan sahaja merendahkan martabat wanita, malah bertentangan dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang telah meletakkan wanita dan lelaki sama kedudukannya di hadapan Pencipta 'Azza wa Jalla; suatu syariat membawa rahmah bagi sekalian alam.

2. Apa yang telah berlaku perlu dirujuk kepada pihak berwajib dan berkuasa untuk membuat keputusan melalui ketetapan dan prosiding yang sewajarnya.

3. Kami menyeru semua pihak agar menghentikan polemik isu baiah talak tiga ini dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghukum dengan sewenang-wenangnya.

Sebenarnya masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan wanita dan keluarga pada tahap yang sebenar-benarnya sebagaimana yang dikehendaki Islam. Ayuh kita sama-sama berganding bahu membangun dan memartabatkan wanita.

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia


4 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Selesaikan Isu Baiah Dengan Baik - Mohammad Agus Yusoff

12:01 PM 0 Comments A+ a-



SELESAIKAN ISU BAIAH DENGAN BAIK

oleh:
Mohammad Agus Yusoff

PAS sudah mengesahkan mengenakan lafaz baiah kepada wakil rakyatnya dengan menjadikan isteri sebagai gadaian. Pertanyaan saya, bolehkah isteri dijadikan sebagai cagaran untuk menjamin kesetiaan politik? Apa kaitannya antara kesetiaan kepada parti dengan talak isteri?

Bagi saya, baiah yang mencagarkan talak kepada isteri menghina kaum hawa. Baiah begitu adalah sesuatu yang buruk dan keji kerana ia boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan.


Kenyataan di atas adalah pandangan peribadi saya, yang mungkin betul dan mungkin tidak dari segi hukum agamanya.

***************************************

Jika menilai dari sudut agama pula, para ulama termasuk mufti dan hakim syarie mempunyai pandangan berbeza. Ada yang kata baiah tersebut sah dan ada yang kata tidak sah berdasarkan hujah masing-masing.

Justeru perbezaan tafsiran ini, maka tempat terbaik untuk mendapat jawapan autoritatif adalah di Mahkamah Syariah supaya Mahkamah boleh meneliti dan menimbang intipati baiah tersebut dengan adil dan saksama.

BAIAH SOAL HUKUM, BERUNDINGLAH SECARA BAIK

Jika pun saya menyatakan baiah ‘talak tiga’ ini adalah karut dan keji kerana menjadikan isteri sebagai cagaran, namun dari segi agamanya, soal baiah ini adalah isu hukum yang wajib kita imani.

Semestinya, tempat terbaik untuk menyelesaikan isu ini adalah di Mahkamah Syariah.

Jika mahkamah bukan pilihan bagi pihak yang terlibat, maka kedua-dua pihak yang bertikai perlu berbincang hal ini secara damai dan rasional. Carilah penyelesaian yang menang-menang tanpa rasa sombong dan sikap untuk membalas dendam politik.

Jangan hanya kerana kemarahan politik, institusi kekeluargaan runtuh. Jangan kerana politik, isteri dan anak-anak yang tidak bersalah menjadi mangsanya.

Ingatlah, Islam adalah agama yang adil. Semoga kita umat Islam terus bersatu.


Sila kongsi artikel ini...

Sejarah Parti Pekerja-Pekerja Malaysia - Zin Mahmud

3:57 AM 0 Comments A+ a-

oleh: Zin Mahmud


Sejarah. Dalam pilihan raya umum tahun 1964, Front Sosialis Rakyat Malaya (FS) menjadi parti pembangkang utama di negara ini. Ini adalah pilihan raya umum pertama Malaysia dan satu satunya pilihan raya umum Malaysia asal. Malaysia asal terdiri daripada Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah.

FS tidak menukar namanya yang mengandungi perkataan Malaya kepada Malaysia. Ini kerana bukan saja parti itu hanya aktif di Malaya tetapi ia menolak penubuhan Malaysia. Parti sefaham FS di Singapura ialah Barisan Sosialis dan di Sarawak ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Selain FS, parti lain yang menentang penubuhan Malaysia di Malaya ialah Parti Islam Se-Malaya (PMIP). Sementara yang menyokong penubuhan Malaysia dalam pilihan raya ini ialah Perikatan dan Parti Tindakan Rakyat (PAP). Inilah pertama kali dan satu satunya kali PAP bertanding di Malaya.
FS dianggotai oleh Parti Rakyat Malaya (PRM), Parti Buruh Malaya (LPM) dan Parti Konvensyen Malaya.

Setelah Singapura dikeluarkan dari Malaysia. PAP menghentikan aktivitinya di negara ini. Tidak lama kemudian, bekas ahli PAP warganegara Malaysia menubuhkan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Kemudian berlaku krisis antara PRM dan LPM. Ekoran itu FS dibubarkan. pada itu, LPM gagal mengadakan mesyuarat !!ngnya dan pendaftarannya terbatal.

Sebahagian ahlinya menyertai PRM. PRM menukar fahaman dan namanya untuk menjadi Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM). Sebahagian ahli LPM menyertai DAP. Sebahagian ahli yang lain pula menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) yang baru ditubuhkan. Antara ahli LPM yang menyertai PGRM ialah seorang wanita, Ganga Nayar.

Dalam pilihan raya umum 1969, Ganga Na'?!!!!!!!!!yar menang di Serendah, Selangor.
Apabila Barisan Nasional ditubuhkan, PGRM yang dikenali sebagai Parti Gerakan turut menjadi parti komponennya. Ganga Nayar keluar parti dan menyertai DAP. Dalam pilihan raya umum 1974, beliau kalah. Beliau kemudian keluar DAP dan menubuhkan Parti Pekerja-pekerja Malaysia (MWP).
Dalam pilihan raya tahun 1978, beliau bertanding di Sungei Besi tetapi kalah di tangan DAP.
Pada tahun 2015, sebuah NGO yang terdiri daripada ahli ahli PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB) mengambil alih MWP berikutan kegagalan mereka mendaftar Parti Progresif Islam. Mereka bercadang menukar nama MWP kepada Parti Amanah Negara


s


Sila kongsi artikel ini...

Bersama Memikul TanggungJawap Memelihara Keharmonian Kaum - Faiz Fadzil

2:16 AM 0 Comments A+ a-



BERSAMA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA KEHARMONIAN KAUM.

Keunikan negara ini adalah latarbelakang sosialnya yang berbilang kaum dan agama. Islam menuntut keamanan, keharmonian, kemajuan, kekayaan dan hormat-menghormati.

Insiden memijak gambar 2 pemimpin utama parti Melayu negara ini mencetuskan kemarahan ahli-ahli kedua-dua parti tersebut, sedangkan tuan mangsa tidak pula bersuara. Insiden tersebut menjadi lebih panas kerana ia berlaku dalam himpunan aman Bersih 4.0 dan orang yang memijak pula bukanlah Melayu.


Kedudukan gambar diletakkan sebegitu rupa seolah-olah dirancang pihak tertentu bagi memburukkan nama baik himpunan aman yang dihadiri ratusan ribu rakyat Malaysia pelbagai kaum. Insiden tersebut juga seolah-olah satu usaha pihak tertentu bagi mencetuskan ketegangan kaum demi survival politik dan pemerintahan.

Bukankah lebih baik dan bermakna jika mereka menyuarakan kemarahan mereka terhadap pemerintah yang tidak pedulikan rakyat terutamanya Melayu. Hutang 1MDB sebanyak RM42 billion pasti akan ditanggung bebannya oleh rakyat dan wang akaun peribadi Perdana Menteri sebanyak RM2.6 billion tidak pula dikongsi bersama semua Melayu. Bebanan gst dan kos sara hidup yang tinggi tidak dipedulikan dalam keadaan 40% pendapatan Melayu di bawah RM2000 sebulan.

Bangkitlah wahai Melayu mengubah sistem pemerintahan yang korup ini dan bebaskan negara ini daripada cengkaman penindasan, penyelewengan dan ketidakadilan. Insiden memijak gambar pemimpin tersebut biarlah diselesaikan di antara pihak yang terbabit. Usahlah insiden tersebut dijadikan api perkauman yang merugikan rakyat dan negara.

AMANAH kepada rakyat dan negara dengan memelihara keharmonian kaum dan bersama membina ekonomi negara yang lebih mampan dan berkebajikan.

FAIZ FADZIL
Pengarah Komunikasi
Pemuda AMANAH
3 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Antara Khilaf dan Keputusan Mahkamah - Alang Ibn Shukrimun

12:37 AM 0 Comments A+ a-



ANTARA KHILAF DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH

Cuba bayangkan di Mahkamah Syariah, apabila hakim memutuskan sesuatu hukuman berdasarkan undang-undang yang termaktub, pesalah tidak mahu terima kerana dia berpegang pada pendapat lain. Agak-agak ada tak orang yang berjaya dihukum? Agak-agak selesai tak masalah?

Bayangkan pula di Mahkamah konvensional, apabila hakim memutuskan hukuman menggunakan undang-undang negara, tiba-tiba pesalah tidak mahu terima hukuman itu kerana berpegang pada undang-undang Perancis. Agak-agak hakim kata orang ni gila atau hakim tu mengamuk sebab buat lawak bodoh?

Kaedah fiqh yang mesti diakui:
حكم الحاكم يرفع الخلاف
Keputusan hakim mengangkat segala khilaf.

Semasa zaman khilafah Uthmaniyyah di Turki, kerajaan telah menggubal suatu teks undang-undang yang diberi nama Majallah Ahkam Adliyyah. Ia adalah buku rujukan untuk menentukan hukum sesuatu perkara yang timbul di zaman Uthmaniyyah. Walaupun masa itu ilmu Islam berkembang merentasi mazhab, tetapi buku tersebut berorientasikan mazhab Hanafi. Semua mahkamah wajib berhukum berdasarkan ketetapan yang termaktub dalam buku tersebut.

Ini bukan bermaksud Uthmaniyyah menjumudkan pemikiran rakyat dengan satu mazhab. Tetapi ini masalah perundangan. Ia sangat berbeza dengan soal akademik. Dalam ruang akademik, kita bebas memilih pandangan yang dirasakan paling tepat. Tetapi dalam soal perundangan, kita wajib mematuhi pandangan yang dipilih pemerintah selagi masih dalam ruang dibenarkan syarak.

Masalah yang berlaku dalam negara sekarang ialah sukarnya orang biasa tunduk pada agama. Sikap skeptikal terhadap agama menyebabkan semua mahu dikritik dan dipersoal. Asal tahu sikit-sikit terjemahan al-Quran dan Hadis, asal pernah baca pandangan ulama tertentu, terus dijadikan bahan untuk mengkritik. Sedangkan bahasa arab pun tak tahu. Ilmu Nahu Sorof Balaghah yang menjadi alat memahami al-Quran pun tak pernah dengar. Sebab turun ayat, samada ayat masih valid atau dah mansuh, sejarah perundangan Islam, asas istinbath hukum, asas tafsir semua tak tahu. Masya Allah.

Dalam soal perubatan, tahu pula patuh pada doktor walaupun doktor suruh potong kaki. Dalam soal automobil, pandai pula patuh pada mekanik walaupun mekanik suruh buang enjin. Ini kerana mereka tahu, doktor dan mekanik lebih pakar dalam bidang mereka walaupun yang bermasalah itu adalah seorang pemegang PhD Fizik.

Tapi dalam soal agama, ramai pula orang awam keluar fatwa sendiri dan lawan pula pakar agama. Alasannya, agama bukan milik mereka. Atas alasan, kebebasan bersuara. Dipetik segala macam pendapat aneh yang tidak menjiwai realiti setempat demi menghalalkan cara. Oh profesionality!

Berhentilah berbicara perkara yang bukan bidang kita. Sekadar berbincang untuk mendapat penjelasan secara tertutup tidak jadi masalah. Tetapi sampai keluar press statement mengkritik undang-undang syariah, besar akibatnya terhadap pemikiran orang awam. Makin tambah keliru masyarakat. Makin jauh bukan Islam dengan Islam. Serahkan sahaja pada ahlinya.

Fahaman semua boleh, semua betul ini bukan ajaran Islam. Jangan benarkan budaya ini menular dalam negara. Nanti tiada beza pula sebuah negara dengan hutan rimba.

(Alang Ibn Shukrimun)


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.