Kerakusan DAP Untuk 'menawan' Malaysia Makin Terserlah - Dr Mohd Zuhdi Marzuki

6:43 PM 0 Comments A+ a-



KERAKUSAN DAP UNTUK 'MENAWAN' MALAYSIA MAKIN TERSERLAH

Mutakhir ini pimpinan DAP makin menyerlahkan kerakusan mereka untuk menawan Putrajaya dengan menunggangi parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) dan beberapa individu Melayu yang menyertai DAP. Tindakan DAP mengisytiharkan keputusan mereka untuk bertanding di kerusi-kerusi yang dimenangi PAS di Selangor jelas membelakangkan PAN yang diyakini mempunyai keinginan bertanding di kerusi yang sama. Selain daripada itu, DAP terus mendesak Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR untuk menyingkirkan exco-exco PAS. Jelas sekali DAP kini cuba memperbudak-budakkan parti-parti lain dalam PH.


Semenjak PAS bertahaluf bersama DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) telah menelaah strategi dan unjuran DAP untuk menguasai Malaysia melalui PR, iaitu dengan memaksimakan kemenangan calon-calon bukan Islam dan meminimakan kemenangan calon-calon Islam. Pendekatan mereka ialah dengan memainkan isu-isu sensitif berkaitan sentimen agama dan kaum, seperti isu kalimah Allah, penolakan dasar-dasar afirmatif seumpama DEB dan lain-lain. Ketika itu, PAS sentiasa menjadi halangan utama disebabkan manipulasi isu seperti ini akan merugikan PR secara keseluruhan.

Hari ini, DAP terus dilihat oleh masyarakat Melayu-Islam mengamalkan pendekatan tersebut dengan menyerang kepentingan masyarakat Islam, tidak menghormati institusi Melayu, memperlekehkan kepimpinan Islam, mengobarkan sentimen anti Melayu dan lain-lain. PPP melihat strategi ini adalah untuk terus melonjakkan sokongan pengundi bukan Islam. Bagi mendapat sejumlah kecil sokongan pengundi Islam yang turut penting untuk menawan Putrajaya, DAP mempergunakan PAN dan segelintir PKR untuk menyempurnakan hasrat mereka. PPP yakin bukan sahaja pengundi Melayu-Islam akan menolak DAP, malah pengundi Cina dan bukan Islam yang lain juga akan menyedari niat kotor DAP ini.

PPP menasihatkan DAP menerima realiti tentang akar umbi sejarah, latar belakang budaya dan susur galur nilai yang telah membentuk struktur sosial dan tatacara politik Malaysia. Kesemua elemen itu telah menjamin keharmonian masyarakat dan kestabilan politik dalam negara ini. Kerakusan DAP membelakangkan faktor-faktor keharmonian dan kestabilan itu lambat laun akan disedari oleh rakyat termasuk kaum Cina, justeru PPP berkeyakinan rakyat akan menolak DAP dalam pilihanraya umum akan datang.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP

2 November 2015
20 Muharram 1437


Sila kongsi artikel ini...

Kempen 'Mana RM 2.6 billion?' - Zulhazmi Shariff

4:59 PM 0 Comments A+ a-



KEMPEN "MANA RM2.6BILION?"

Beberapa bulan telah berlalu sejak pendedahan The Wall Street Journal tentang wang RM2.6 bilion dikatakan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia. Sehingga hari ini seluruh rakyat Malaysia masih tercari-cari, terpinga-pinga dari siapa, untuk apa, kepada siapa dan ke mana wang RM2.6 bilion tersebut?

Perdana Menteri sendiri mengakui duit RM2.6 bilion tersebut diterima beliau dari seorang penderma dari Timur Tengah. Timbalan Perdana Menteri maju setapak lagi dengan mengatakan beliau sudah bertemu wakil penderma tersebut. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM] juga mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan wang tersebut malah menyatakan akan memanggil Najib memberikan keterangan.


Masa berlalu tetapi statusnya masih sama. Najib belum dipanggil memberikan keterangan. Siapa penderma, untuk apa diderma, kenapa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib masih belum terjawab. Pertanyaan-pertanyaan Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat setiap hari menyentuh isu tersebut tetapi tiada sebarang jawapan diberikan.

Bertolak daripada tarikh pembentangan Bajet 2016 di mana sebahagian Ahli-ahli Parlimen Pembangkang tidak termasuk Ahli Parlimen "Penasihat" mengangkat plakad "MANA RM2.6 BILION?" di dalam Dewan Rakyat, maka saya merasakan adalah wajar kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan integriti dan urus tabdir negara menggerakkan dan meneruskan kempen "MANA RM2.6 BILION?" ini sehingga jawapan dan penjelasan berkaitan isu tersebut diberikan oleh Kerajaan.

Ayuh bersama-sama kita tukar profile facebook kita kepada profile Kempen "MANA RM2.6 BILION?'.

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF.
02112015




Sila kongsi artikel ini...

AKP dan UMNO-BN - Nik Abduh

4:47 PM 0 Comments A+ a-



AKP Dan UMNO-BN

AKP bukanlah parti Islam. Ada lagi parti lain yang lebih berani dan lebih berterangan memperjuangkan Islam di Turki. Mereka pernah unggul dulu, tetapi kerana tekanan hebat daripada kekuasaan tokong-tokong sekular di Turki, rakyat Turki memilih untuk mencari parti lain yang kurang mendapat tekanan. AKP mengambil peluang ini dengan baik. Apabila AKP diberi peluang memerintah, mereka lakukannya dengan baik, lalu terus mendapat sokongan rakyat.

Turki negara sekular totok. Mencium bau amalan Islam yang sempurna di sana bagaikan dari kejauhan berbatu-batu jaraknya. Berbanding Malaysia, amalan Islam di negara kita adalah lebih baik dalam banyak perkara.


Jika di Turki kita memuji AKP, di Malaysia kita mengkritik dan membangkang UMNO-BN. Kenapa? Kerana AKP mengamalkan tata kelola pemerintahan dan pentadbiran negara yang lebih menepati ajaran Islam. Amanah. Integriti. Demokratik. Manakala UMNO-BN pula sebaliknya. Pecah amanah. Korup. Aniaya.

Di Turki, pemerintahnya bagus. Di Malaysia, rakyatnya bagus. Sebaliknya adalah sebaliknya.

Maka, harapan di Turki adalah besar. Pemimpin atau parti pemerintah yang baik akan mendorong rakyatnya memilih yang baik. Manakala harapan di Malaysia agak malang kerana pemimpin atau parti pemerintah yang buruk akan mendorong rakyatnya memilih yang buruk jua.

Tanggung jawab rakyat Malaysia adalah besar. Mereka perlu bergagah sesama sendiri untuk mengukuhkan kebaikan dalam negara. Kebaikan adalah Islam. Antara usaha yang baik adalah terus menekan kerajaan untuk menerima Islam. Ia kewajiban yang nyata bagi mengelak negara daripada mengundur ke belakang, ke arah yang lebih buruk dan teruk. Jika jika, kewajiban adalah menukar UMNO-BN dengan parti yang konsisten memperjuangkan amalan dan praktis Islam yang sempurna.

Tanggung jawab AKP juga besar. Mereka mestilah bergerak kepada Islam setapak demi setapak. Ia perlukan kebijaksanaan tinggi bagi memujuk rakyatnya. Kewajibannya untuk istiqamah dengan Islam pula adalah getir. Semoga AKP tidak hanyut dengan nikmat memerintah negara yang penuh sejarah kegemilangan Islam itu.

Menyokong AKP adalah sebahagian usaha menyedarkan rakyat Malaysia betapa lemahnya UMNO-BN mentadbir negara.

Selamat berjuang untuk ugama dan negara tercinta.


Sila kongsi artikel ini...

Viral Hari Ini Pas Nak Jadi Penasihat Kerajaan - Dr Tanaka Mustafa

3:12 PM 0 Comments A+ a-



VIRAL HARI INI PAS NAK JADI PENASIHAT KERAJAAN

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Tajuk berita Malaysiakini hari ini sekali lagi mencetuskan viral, kononnya mengiyakan PSmemang nak bergabung dengan BN. Berita itu mengambil beberapa sedutan daripada sidang media TGHH yang mengatakan PAS akan menjadi penasihat BN.


2) Seperti biasa, bergalak dan berpesta sakanlah haters-haters TGHH dan PAS memviralkan berita Malaysiakini itu seolah-olah mereka benar-benar kasyaf, nampak bahawa TGHH dan PAS memang akan bergabung dengan BN.

3) Saya tidak kasyaf, maka saya mencari video asal sidang media yang berkaitan. Jumpa: http://youtu.be/1fR2fzUjy8c

4) Daripada sidang media itu TGHH bertegas tidak akan bawa PAS join BN atau bergabung dengan Umno. Mengambil inisatif menasihati kerajaan sebagai pendekatan terbaru, tanpa perlu berada dalam BN.

5) Sabarlah wahai pencinta PH, DAP dan PAN. Saya mengerti perasaan dan emosi anda sekalian. Bwahahaha. LGE sendiri sudah bersabda bahawa kenyataan TGHH itu memang atas dasar PAS mahukan BN.

6) Saya rasa pendirian TGHH ada benarnya. Jika kita membuat penentangan demi penentangan terhadap kerajaan pada hari ini, tak ada apa yang boleh mengubah. Denga itu PAS mengambil pendirian menasihati dalam ruang-ruang yang boleh dinasihati.

7) Apabila tiba waktu pilihanraya, kita berperang semula dengan BN, sebab kerajaan BN boleh ditumbang dengan pilihanraya, bukan dengan melalak menjerit sewaktu diluar masa pilihanraya.

8 ) Lihat Bersih 4, lihat "Playcard Mana 2.6 bilion", lihat pendedahan-pendedahan yang dilakukan ke atas Najib, punyalah dahsyat, tapi ada BN tumbang? Bahkan rakyat terus menanggung derita. Usaha pembangkang macam tak ade apa yang berubah.

9) Maka salahkah PAS tukar strategi daripada menentang kepada menasihati dalam tempoh pemerintahan, jika BN tidak berubah, kita berusaha tumbangkan dalam pilihanraya?

10) Sabar...saya tahu anda emosional dengan pernyataan saya yang seolah-olah mesra TGHH dan PAS. Seolah-olah saya menyokong tindakan PAS. Bwahahaha... Selagi PAS tidak join Umno, saya tidak akan berpatah arang dengan PAS.

11) Dengan PAN, PH dan DAP juga saya masih menaruh harapan agar semuanya akan kembali pulih, sehingga yang jelas benar bertembung dengan yang jelas batil, barulah saya akan memilih yang jelas benarnya.

Sekian


Sila kongsi artikel ini...

Selangor Kekal Sebagai Kerajaan Rakyat - Shuhaimi Haji Shafiei

3:10 PM 0 Comments A+ a-



Selangor Kekal Sebagai Kerajaan Rakyat-
KEADILAN Selangor

Kerajaan Selangor perlu kekal dengan pendirian kerjasama politik secara holistik terhadap semua pihak yang mahu melihat sebuah pakatan politik yang stabil dan ampuh bagi berdepan dengan UMNO/BN dalam PRU14.


KEADILAN Selangor menolak pandangan sempit sesetengah pihak yang menyatakan bahawa sikap YAB Dato' Menteri Besar yang masih mengekalkan Adun-Adun PAS sebagai Exco adalah suatu bentuk langkah peribadi.

Pendirian YAB Dato' Menteri Besar, Azmin Ali adalah berdasarkan resolusi Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN pada 11 Oktober 2015 yang telah memutuskan untuk memanjangkan hubungan kerjasama dengan semua parti politik. Pastinya, ia melibatkan Adun PAS dalam membentuk 'kerjasama pentadbiran' di Negeri Selangor dengan sokongan semua Adun.

Tindakan YAB MB Selangor mengekalkan Exco-Exco Kerajaan Selangor dari PAS adalah selaras dengan hasrat dan ketetapan MPP KEADILAN yang jelas mahu meneruskan usaha-usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu di peringkat pusat dan apatah lagi di Selangor sebagai sebuah Kerajaan. Jelas ia adalah keputusan parti dan bukan bersifat peribadi.

Kenyataan tertentu yang dibuat seolah-olah mendesak untuk YAB Dato' Menteri Besar menggugurkan Exco daripada PAS adalah suatu saranan yang bertentangan dengan resolusi mesyuarat MPP. Maka perlu suatu tindakan disiplin serta penyiasatan diambil terhadap mana-mana pimpinan KEADILAN yang jelas menolak pendirian semasa KEADILAN pada masa ini yang telah diputuskan oleh MPP KEADILAN. Harus diingatkan semula, MPP adalah badan pemutus tertinggi dalam KEADILAN.

Anggota serta pimpinan parti seharusnya memahami situasi ini dan tidak memberikan suatu sisi pandangan yang tersasar daripada maksud resolusi yang telah diputuskan oleh MPP KEADILAN.

KEADILAN Selangor menyokong penuh Kerajaan Negeri yang komited untuk memantapkan pentadbiran bersama rakan-rakan Pakatan Harapan dengan memperbesarkan ruang kerjasama pentadbiran termasuk terhadap Adun-Adun PAS di Selangor.

Langkah yang diambil oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor ini perlu di sokong kerana ia di yakini bagi menyediakan suasana kondusif demi perpaduan pergabungan politik yang lebih luas.

Oleh yang demikian, KEADILAN Selangor menyeru semua pihak untuk bersama-sama membantu YAB Dato' Menteri Besar Selangor dalam menjayakan Belanjawan Selangor 2016 yang telah dibentangkan dengan tema "Membangun Smart Selangor Yang Peduli" demi kepentingan rakyat.

Walau apapun nama gabungan yang kita ingin sebutkan, yang paling penting marilah kita terlebih dahulu membuktikan; dalam semangat Pakatan Rakyat terdahulu, iltizam muafakat Pakatan Harapan terkini, kitalah kerajaan gabungan masa depan rakyat Malaysia.

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor.


Sila kongsi artikel ini...

Bajet 2016 : Benar, Selangor Negeri Berkebajikan - Syarhan Humaizi Halim

3:06 PM 0 Comments A+ a-



Bajet 2016 : Benar, Selangor Negeri Berkebajikan

Kenyataan Media Rasmi

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

BAJET 2016 : BENAR, SELANGOR NEGERI BERKEBAJIKAN

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengucapkan tahniah dan syabas atas pembentangan bajet Negeri Selangor yang sangat pedulikan nasib rakyat oleh Dato Menteri Besar Tuan Mohamad Azmin Ali baru-baru ini. Bajet yang dibuat ternyata hasil daripada kecemerlangan pentadbiran Pakatan Rakyat di Negeri Selangor yang berjaya meningkatkan jumlah terbesar dalam sejarah Selangor dan ianya satu kejayaan yang tidak berlaku dizaman pemerintahan Barisan Nasional.

2. Dengan memperuntukkan belanjawan berimbang sebanyak RM2.88 bilion bagi tahun 2016 mendukung tema "Membangun Smart Selangor Yang Peduli" menjurus ke arah titik Kebajikan Rakyat, sikit sebanyak melihat falsafah pentadbiran ini selari dengan gagasan yang pernah di bawa oleh Tuan Guru Presiden PAS Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang iaitu Negera Berkebajikan. Jika dilihat ia di definasikan sebagai sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara dalam masa yang sama mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

3. Melalui pembentangan bajet ini, DPPNS amat menyokong sikap peduli dan mendahului kebajikan rakyat dalam usaha untuk mengecualikan cukai taksiran rumah kos rendah dan rumah kampung serta mengecualikan fi lesen bagi peniaga kecil, peniaga pasar malam dan pasar tani. Perlaksaaan ini sesuai dengan kemampuan kewangan yang dijana oleh Kerajaan Negeri Selangor, kita yakin ianya memberi pemangkin untuk rakyat berpendapatan rendah agar lebih terbela disaat kegawatan ekonomi akibat ketidakcekapan Kerajaan Barisan Nasional mentadbir di peringkat Pusat.

4. DPPNS yakin sebahgian besar yang menikmati pengecualian cukai dan fi ini terdiri daripada anak-anak muda yang baru menjalankan perniagaan kecil-kecilan akibat kurangnya peluang mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta. Ini adalah isyarat yang jelas bahawa masih ada lagi pihak yang peduli kepada nasib mereka kerana rata-rata anak muda ini baru memulakan kehidupan berkeluarga.

5. Begitu juga dengan bajet yang berkaitan dengan pendidikan iaitu Maahad Tahfiz, Maahad Tahfiz Intergrasi Sains dan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin yang sudah pastinya kelebihan peduli ini bakal diraih oleh anak-anak muda Selangor.

6. Keseluruhan pembentangan bajet Negeri Selangor ini jelas wujudnya perbezaan yang amat ketara ibarat antara langit dengan bumi apa yang ada di peringkat kerajaan persekutuan. Kerajaan Malaysia yang mudah dan senang dikenali sebagai "Darul Jibayah" iaitu negara pemungut atau pemeras cukai yang meletakkan beban yang besar terhadap rakyat bagi menampung sebahagian kos perjalanan kerajaan. Sedangkan kerajaan Selangor mengambil inisiatif bagaimana usaha untuk mengelak rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya dikalangan anak muda.

7. DPPNS yakin jika perkara ini terlaksana ianya bakal melonjakkan lagi prestasi kehidupan yang lebih baik di Selangor selaras dengan agenda untuk menjadikan Selangor sebagai negeri berkebajikan. Secara tidak langsungnya pihak kerajaan negeri serius menghargai anak muda sebagai teras kelangsungan kehidupan dan kepimpinan masa depan.

8. Akhir kata penutup bicara, istiqamah lah untuk berbakti pada rakyat. Usah melayan gangguan nyamuk seekor dua sehingga kelambu indah di bakar hangus. Mudahan Allah memberi hidayah kepada semua.

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor

Isnin 2 November 2015 | Bersamaan 20 Muharam 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Mahfuz Omar: Arul Kanda Jangan Jadi Ahmad Maslan Kedua, Lebih Baik Jadi Peserta Raja Lawak.

11:36 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

ARUL KANDA JANGAN JADI AHMAD MASLAN KEDUA, LEBIH BAIK JADI PESERTA RAJA LAWAK.

1. Saya terkejut Arul Kanda Kandasamy, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB yang menyatakan kesediaan untuk menerima cabaran YB Tony Pua untuk berdepan dalam temuramah langsung berkaitan isu 1MDB dengan syarat Tony Pua meletakkan jawatan sebagai anggota PAC terlebih dahulu dengan alasan bagi memelihara integriti PAC yang sedang menyiasat 1MDB bagi mengelak konflik kepentingan.


2. Yang menghairankan saya sebelum ini dikhabarkan Arul Kanda seorang yang hebat, bijak dan pintar. Mampu menjelas dan merungkai segala kekusutan 1MDB. Sepatutnya dengan keupayaan dan kebolehan yang ada pada Arul Kanda, beliau seharusnya menerima cabaran Tony Pua untuk bersemuka dalam temuramah langsung tanpa syarat. Kenapa perlu meletakkan syarat yang Tony Pua kena meletakan jawatan dalam PAC. Alasan untuk menjaga integriti tiada kaitan dengan temuramah langsung.

3. Tony Pua tidak pula meletakkan syarat yang Arul Kanda perlu meletakan semua jawatannya dalam 1MDB. Pada hal Arul juga dipanggil untuk siasatan oleh 1MDB. Kalau ikut hujah Arul sepatutnya beliau juga perlu meletakkan semua jawatan dalam 1MDB untuk menjaga integriti PAC dan mengelak daripada konflik kepentingan kerana PAC sedang menyiasat 1MDB dan Arul sendiri.

4. Saya mohon kepada Arul Kanda terima lah cabaran Tony Pua dengan penuh keberanian dan dengan kata-kata any time any place kepada Tony Pua. Orang lain tak payah duk nak sokong Arul Kanda tak ketahuan keluloi minta Tony Pua letak jawatan dalam PAC. Orang lain jangan turut bangang sama. Kalau Arul tak nak terima cabaran Tony tanpa syarat, lebih baik Arul mohon jadi peserta Raja Lawak Astro daripada jadi Ahmad Maslan kedua.

BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
31 Okt 2015/18 Muharam 1437H


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.