PM PERLU KEMUKA RESPON KONKRIT, JAWATANKUASA KHAS MESTI BERLAKU AMANAH SIASAT TUDUHAN WSJ - DUPP

10:55 PM 0 Comments A+ a-



Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

PM PERLU KEMUKA RESPON KONKRIT, JAWATANKUASA KHAS MESTI BERLAKU AMANAH SIASAT TUDUHAN WSJ

1. Dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) berkenaan wujudnya aliran wang sebanyak hampir US$700 juta (RM2.67 bilion) melalui agensi kerajaan, bank dan syarikat yang ada kaitan dengan 1MDB ke akaun peribadi YAB Perdana Menteri adalah suatu yang serius kerana bakal memberikan implikasi yang besar terhadap persekitaran ekonomi negara dan kestabilan politik.

2. Terbaru dan lebih menggemparkan, lewat petang semalam WSJ sekali lagi membuat pembongkaran dengan mendedahkan sembilan dokumen yang memperincikan bagaimana RM2.67 bilion itu boleh berada di dalam akaun DS Najib Razak seperti yang didakwa portal itu pada 2 Julai lalu. (Rujuk : http://graphics.wsj.com/documents/doc-cloud-embedder/…)

3. Tuduhan ini mestilah dileraikan segera dengan sebuah penyiasatan yang adil dan telus serta menyeluruh. Jika disabitkan benar dakwaan itu, maka tindakan undang-undang dan hukuman mesti dikenakan kepada semua yang terlibat dalam skandal yang telah mencemarkan dan memalukan negara di peringkat antarabangsa. Jika tidak benar, tindakan tegas mesti diambil terhadap pelapor tuduhan palsu kerana ia menimbulkan kekalutan dan ketidaktentuan kepada politik dan ekonomi negara.

4. Dakwaan ini jika benar akan menyebabkan persekitaran ekonomi dan pasaran kewangan negara kita bertambah lebih teruk. Nilai Ringgit kini sudah pun berada berada pada paras RM3.809 berbanding US$1 akibat terkesan dengan krisis ekonomi Greek yang sangat meruncing dan ekonomi China yang sedang melemah serta diburukkan lagi dengan ketidaktentuan politik tempatan dan masalah hutang 1MDB serta hasil minyak yang lebih rendah. Ringgit kini merupakan matawang paling rendah nilainya di Asia.

5. Sentimen yang wujud kesan daripada isu ini juga akan menarik keluar pelabur-pelabur dari Malaysia sekaligus menjejaskan pelbagai sektor dalam negara. Pendedahan akaun peribadi seumpama ini juga bakal merosakkan kepercayaan rakyat dan dunia serta menjejaskan sistem perbankan negara.

6. Oleh itu, DUPP mendesak YAB Perdana Menteri supaya segera tampil mengemukakan respon yang konkrit terhadap tuduhan yang telah dibuat ke atas beliau.

7. DUPP juga mengingatkan jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini yang terdiri daripada Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM supaya berlaku amanah dalam menguruskan kes ini kerana ia melibatkan hak rakyat dan harta negara.

8. DUPP menyokong desakan pelbagai pihak supaya isu ini dibawa ke parlimen dan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tuduhan ini. Sekurang-kurangnya ia melegakan sebahagian kerisauan dan keraguan rakyat terhadap kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri. Tindakan ini penting bagi menjamin keharmonian rakyat dan kestabilan politik dalam negara dapat terus dipertahankan.

9. DUPP mengarahkan semua DUP Negeri-negeri (DUPN) dan Urusan Ulamak Kawasan-kawasan (UUK) agar mengadakan program munajat dan solat hajat untuk bermohon semoga Allah melindungi negara kita daripada musibah pemimpin yang tidak amanah. DUPN dan UUK juga diminta untuk mengadakan siri-siri program penerangan secara berterusan berkenaan isu-isu semasa dan penyelesaian Islam terhadap pelbagai masalah yang melanda umat manusia hari ini.

Sekian.

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Tarikh : 8 Julai 2015 / 21 Ramadan 1436H

_____

Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali juga adalah AJK PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Nerus. Penulisan beliau berkenaan pelbagai isu boleh dibaca di blog (http://drtakiri.blogspot.com/) atau facebook (https://www.facebook.com/drtakiri) beliau. ::


Sila kongsi artikel ini...

NAJIB MESTI BERCUTI SERTA-MERTA - NIK NAZMI

10:51 PM 0 Comments A+ a-



NAJIB MESTI BERCUTI SERTA-MERTA

Akhbar Wall Street Journal baru sahaja menyiarkan beberapa siri
dokumen yang didakwa menunjukkan kemasukan berbilion ringgit di dalam akaun Perdana Menteri Najib Razak seperti yang telah didedahkan baru-baru ini.


Dokumen-dokumen ini, jika benar, amatlah merisaukan dan memberi gambaran yang buruk terhadap ketelusan Najib dan juga pentadbiran serta sistem perbankan negara. Ini ditambah dengan kenyataan panel siasatan Kamar Peguam Negara, SPRM, Polis dan Bank Negara bahawa enam akaun bank telah dibekukan selepas pendedahan WSJ.

Lebih serius lagi, empat bulan selepas dikatakan bermulanya transaksi pertama ke akaun Najib, pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi dibunuh.

Saya mengulangi gesaan yang telah dibuat sebelum ini supaya Perdana Menteri dan pihak yang melindungi beliau untuk memperjelaskan isu ini dan membersihkan nama beliau.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa mestilah jalankan siasatan yang terperinci dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak lain dengan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

Keadilan haruslah ditegakkan dengan penuh ketulusan demi maruah perundangan negara.

Najib mestilah mengambil cuti serta-merta agar siasatan yang menyeluruh, telus dan berwibawa dapat dijalankan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN


Sila kongsi artikel ini...

DS Anwar kini dirawat dI HKL

10:49 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

DS ANWAR KINI DIRAWAT DI HKL

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimaklumkan bahawa beliau telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur petang tadi untuk menerima rawatan lebih lanjut.


Difahamkan bahawa beliau telah ditempatkan di wad berasingan dan akan berada di HKL untuk beberapa hari. Beliau akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan CT Scan akan dibuat ke atas buah pinggang beliau.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga telah dibenarkan bertemu dengan Datuk Seri Anwar petang tadi.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

7 Julai 2015


Sila kongsi artikel ini...

Bubar Parlimen - Zul Hazmi

1:42 PM 0 Comments A+ a-

BAR PARLIMEN.
BUBAR PARLIMEN. Ini adalah tindakan terbaik lagi berintegriti yang wajar diambil oleh Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. Najib sewajarnya mengadap Yang DiPertuan Agong memohon agar Parlimen dibubarkan dan memberikan hak kepada pengundi untuk memilih pentadbiran yang baru.
Ada pihak mencadangkan supaya Najib bercuti sementara siasatan dijalankan. Cadangan tersebut tidak sesuai kerana kita tidak tahu berapa lama siasatan akan dijalankan malah selama bercuti, adakah Najib akan dibayar gaji atau tidak dan siapa pula yang akan mengetuai pentadbiran negara.
Perlu diingat bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia tiada sebarang peruntukkan tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Justeru tiada keabsahan jika Timbalan Perdana Menteri hendak memangku jawatan Perdana Menteri.
Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri hendaklah dilantik oleh Yang DiPertuan Agung untuk mengetuai Jemaah Menteri. Tiada sebarang peruntukkan menyatakan tentang Timbalan Perdana Menteri mahupun jawatan Perdana Menteri dipangku.
Cadangan bercuti kerana siasatan sedang dijalankan adalah tidak munasabah. Najib tidak mengganggu siasatan. Tetapi yang lebih penting dari itu ialah sejauh mana pasukan siasatan khas tersebut bebas untuk menyiasat kerana mereka memegang jawatan atas lantikan Najib. Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Pengarah SPRM dan Peguam Negara semua ini adalah lantikan terus Perdana Menteri. SPRM contohnya terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Adakah mereka akan menyiasat dengan bebas tanpa sebarang perasaan takut? Persepsi ini harus dibuang terlebih dahulu.
Suatu ketika dulu dalam kes "Mata Lebam" Dato' Seri Anwar, suatu pasukan siasatan PDRM dibentuk untuk menyiasat tetapi gagal menemui pelaku tersebut. Tetapi apabila suruhanjaya bebas dibentuk, maka dikenalpasti Rahim Noor orang yang menumbuk Dato' Seri Anwar. Dalam pada itu Tun Mahathir menuduh Anwar memukul diri sendiri.
Selain itu, wang yang dikatakan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib tersebut didakwa digunakan untuk tujuan PRU13 yang lalu. Maka sewajarnya bukan sahaja Najib, tetapi seluruh Jemaah Menteri meletak jawatan kerana kemenangan mereka dalam PRU13 yang lepas adalah menggunakan wang rakyat. Ianya suatu kesalahan yang serius. Bagaimana SPR boleh membenarkan semua ini berlaku.
Duit tersebut digunakan untuk merasuah pengundi semasa PRU13. Kemenangan Umno/BN dlm PRU13 yang lepas adalah kemenangan menggunakan duit rakyat.
Parlimen hendaklah dibubarkan. Ini adalah tindakan paling tepat dan terhormat yang wajar dilakukan.
BUBARKAN PARLIMEN.
ZULHAZMI SHARIFF
08072015


Sila kongsi artikel ini...

1MDB : Krisis Terbesar Politik Negara. ~Siasat Segera dan Tegakkan Keadilan~

12:03 PM 0 Comments A+ a-

1MDB : Krisis Terbesar Politik Negara.
~Siasat Segera dan Tegakkan Keadilan~

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

1. Isu transaksi RM2.6b ke akaun peribadi YAB Perdana Menteri ekoran pendedahan The Wall Street Journal  tempohari telah mencetus suasana yang sangat buruk terhadap maruah negara dan integriti kerajaan Malaysia. Air muka rakyat Malaysia juga jatuh dimata masyarakat antarabangsa lantaran isu ini sedang hangat diperkatakan oleh media - media antarabangsa.

2. PAS telah mengambil pendirian tegas dan jelas sejak awal lagi bahawa penyelewengan mesti ditentang, nilai integriti mesti dipulihkan dan keadilan mesti ditegakkan. Justeru itu, berulangkali ditegaskan bahawa siasatan telus dan bebas mesti dilakukan. Pada masa yang sama , prinsip Islam dalam proses siasatan ini  hendaklah ditegakkan sepenuhnya sebagai penegasan Nabi saw iaitu :

البينة على المدعي و اليمين على من أنكر

( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim )

Pendakwaan mestilah berpaksi pada bukti yang jelas dan kukuh sementara pihak yang dituduh hendaklah diberi peluang bersumpah dan membuat penafian yang meyakinkan jika tidak mengaku bersalah

3. Pimpinan utama parti khasnya Tuan Guru Presiden PAS, timbalan dan naib - naib presiden telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini. Malah Lajnah Penerangan PAS negeri - negeri telah membuat report polis berasaskan pendedahan The Wall Street Journal.

4. Pihak WSJ telah mempertahankan dakwaannya dan mengemukakan asas pertuduhan atau dakwaan mereka. Sementara YAB Perdana Menteri masih dilihat teragak - agak untuk membuat penafian secara langsung pada subjek dakwaan yang dibuat. Penafian yang dibuat masih diawang - awangan dan tidak meyakinkan.

5. Justeru itu PAS telah menegaskan bahawa perlu satu Suruhajaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera dan mengendalikan proses siasatan secara adil dan telus. Kita tidak boleh berpihak pada yang salah sebagaimana kita juga tidak boleh menganiaya pihak yang tidak bersalah. Maka salah atau tidak mesti ditentukan melalui proses siasatan dan pembicaraan yang telus dan adil.

6. Jangan biarkan negara tergantung tanpa tindakan segera yang berkesan kerana ia bukan sahaja merosakkan nama baik negara tetapi akan memberi kesan langsung pada kestabilan ekonomi dan politik tanahair.

7. Sidang Khas Parlimen juga perlu dipanggil segera oleh Tan Sri Yang Di Pertua Dewan bagi membolehkan YAB Perdana Menteri khasnya dan kerajaan amnya memberi penjelasan kepada ahli - ahli parlimen dan menjawab persoalan serta kekeliruan berbangkit oleh seluruh ahli parlimen sebagai wakil rakyat yang juga bertanggungjawab langsung bagi pihak rakyat dalam negara ini untuk mengetahui betul duduk sebenar perkara ini.

8.  Akhirnya, yang didapati bersalah mesti bertanggungjawab dan diambil tindakan wajar sesuai dengan bentuk kesalahan sementara yang didapati tidak bersalah maka ia berhak menikmati kebebasan. Ini prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS dan ia terpakai pada semua yang mahukan keadilan tegak di atas tanahair kita.

9. Sehubungan dengan itu, saya nasihati seluruh ahli PAS khasnya dan semua anggota masyarakat amnya supaya berhati - hati dan meneliti dengan cermat berita yang dilaporkan oleh media, khasnya media yang dikenal pasti mempunyai agenda tersendiri dalam method pemberitaan mereka agar tidak berlaku salah faham terhadap kenyataan pimpinan PAS justeru di sana terdapat media yang melaporkan mengikut apa yang mereka mahu bukan melaporkan apa yang kita mahu.

Sekian


Sila kongsi artikel ini...

Bila nak saman WSJ? - Tuan Ibrahim

10:42 AM 0 Comments A+ a-



Bila nak saman WSJ?

Hari ini, tindakan Wall Street Journal memaparkan dokumen-dokumen untuk mempertahankan laporan mereka terhadap dakwaan penyaluran dana 1MDB ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan satu tindakan mencabar Najib untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Najib tidak boleh lagi berdiam diri. Najib hanya ada dua pilihan. Jika beliau tidak dapat menyaman WSJ dan menafikan bahawa akaun-akaun yang dilaporkan itu dimilikinya dalam tempoh 24 jam, beliau perlu mengundurkan diri dengan sekurang-kurangnya bercuti.


PAS mengalu-alukan kenyataan bersama yang diketuai Gabernor Bank Negara untuk membekukan akaun-akaun yang terlibat dalam penyiasatan kes ini.

Namun, jika dakwaan WSJ betul, PAS hairan apakah Bank Negara tidak mengetahui transaksi jumlah wang yang sebegitu besar ke akaun perseorangan ketika ia berlaku? Mohon penjelasan segera dari Bank Negara.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
7 Julai 2015


Sila kongsi artikel ini...

PKR Sarawak: WHAT IS DAP SARAWAK’S AGENDA?

3:31 AM 0 Comments A+ a-



PKR SARAWAK PRESS STATEMENTS ON DAP (Slumbering PKR?), PRS (Hudud) AND PBB (Roadmap).
7 JULY 2015

WHAT IS DAP SARAWAK’S AGENDA?

It is obvious to Sarawakians that YB Chong Chieng Jen has been intent on picking a fight with PKR Sarawak since July last year. At that time, they accused our Chairman of not having an unequivocal stand on the implementation of hudud when it was a well-known fact that YB Baru had in fact made his stand very clear on at least 2 occasions before then. When that excuse was proved to be an embarrassing untruth, YB Chong accused our party of greedily wanting to contest in 50 seats in the next elections when we had merely proposed that for the purposes of a baseline for seat negotiations, the 3 parties start from the seats we contested in the last state elections. We were very disappointed that YB Chong saw fit to disclose the proceedings of our meeting without our consent, and in fact, twisted the facts to suit his purposes.

Let us be clear that YB Chong had declared that DAP would no longer have anything to do with PKR even before the Kelantan government passed their Hudud Law Bill on 19 March this year. Our Chairman had said on numerous occasions that DAP and PKR knew all along that hudud law was an agenda of PAS ever since the party came into existence, but the coalition was agreed to nevertheless. YB Baru has also said that hudud was never an agenda of Pakatan Raykat and he has made his stand against the implementation of hudud very clear, to the point of submitting a private member’s motion in the State Assembly in April this year that hudud should never be implemented in Sarawak.

On our part, we have always been consistent in our principles and our stand on the issues facing the raykat. We have never lost sight of the fact that the BN is our opposition, and not DAP. This brings us to a question that has been burning in the minds of many Sarawakians. On 15 March this year, YB Chong had offered Sarawak BN the option of forming a unity government with PR once Putrajaya is won by Pakatan Rakyat. As expected YB Chong’s statement was rejected by the state BN leaders. However, we would like YB Chong to explain his invitation to the Sarawak BN to form a unity government so that we fully understand what he plans he has for Sarawak. What was he hoping to achieve by that invitation and what role would the Sarawak BN have in his Unity Government?

After being rebuffed by the Sarawak BN, in April this year, YB Chong asked PKR Sarawak to leave PR and form a new alliance with DAP. He had chosen to cut off ties with us for dubious reasons and then he wanted to talk to us again, which is rather puzzling.

When his overture to PKR met with no response, YB Chong grasped at another reason to train his guns on us, accusing PKR of not moving in the rural areas, and therefore his DAP has to step in to save the rural community. All we have to say to that is, perhaps he should take care of his own backyard before passing judgment on others and belittling their efforts. PKR has been working hard to engage with and build relationships with the rural communities for many years and is continuing to do so.

Finally, if DAP is so keen to help the rural community, why have their lawyers not taken up the fight for NCR to defend the lands of the indigenous people? In fact, perhaps YB Chong can explain why some DAP lawyers are acting for timber and plantation companies in NCR cases. There is no point trumpeting about championing the cause of the rural community when you do not address the core issue that affects them, and that is their rights to land, but worse still, act against their interest. What DAP is doing seems to echo BN’s patronising tactic of giving the people projects but at the same time enable others to deprive them of their lands, which are the people’s life and blood.

PKR hopes that DAP will cease baiting PKR for this is not a playground fight between schoolchildren. We must always bear in mind that we are in this battle for the good of the people of Sarawak, and not to feed our egos.

Nicholas Bawin
Secretary, PKR Sarawak.


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.