Bubar Parlimen - Zul Hazmi

1:42 PM 0 Comments A+ a-

BAR PARLIMEN.
BUBAR PARLIMEN. Ini adalah tindakan terbaik lagi berintegriti yang wajar diambil oleh Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. Najib sewajarnya mengadap Yang DiPertuan Agong memohon agar Parlimen dibubarkan dan memberikan hak kepada pengundi untuk memilih pentadbiran yang baru.
Ada pihak mencadangkan supaya Najib bercuti sementara siasatan dijalankan. Cadangan tersebut tidak sesuai kerana kita tidak tahu berapa lama siasatan akan dijalankan malah selama bercuti, adakah Najib akan dibayar gaji atau tidak dan siapa pula yang akan mengetuai pentadbiran negara.
Perlu diingat bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia tiada sebarang peruntukkan tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Justeru tiada keabsahan jika Timbalan Perdana Menteri hendak memangku jawatan Perdana Menteri.
Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri hendaklah dilantik oleh Yang DiPertuan Agung untuk mengetuai Jemaah Menteri. Tiada sebarang peruntukkan menyatakan tentang Timbalan Perdana Menteri mahupun jawatan Perdana Menteri dipangku.
Cadangan bercuti kerana siasatan sedang dijalankan adalah tidak munasabah. Najib tidak mengganggu siasatan. Tetapi yang lebih penting dari itu ialah sejauh mana pasukan siasatan khas tersebut bebas untuk menyiasat kerana mereka memegang jawatan atas lantikan Najib. Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Pengarah SPRM dan Peguam Negara semua ini adalah lantikan terus Perdana Menteri. SPRM contohnya terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Adakah mereka akan menyiasat dengan bebas tanpa sebarang perasaan takut? Persepsi ini harus dibuang terlebih dahulu.
Suatu ketika dulu dalam kes "Mata Lebam" Dato' Seri Anwar, suatu pasukan siasatan PDRM dibentuk untuk menyiasat tetapi gagal menemui pelaku tersebut. Tetapi apabila suruhanjaya bebas dibentuk, maka dikenalpasti Rahim Noor orang yang menumbuk Dato' Seri Anwar. Dalam pada itu Tun Mahathir menuduh Anwar memukul diri sendiri.
Selain itu, wang yang dikatakan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib tersebut didakwa digunakan untuk tujuan PRU13 yang lalu. Maka sewajarnya bukan sahaja Najib, tetapi seluruh Jemaah Menteri meletak jawatan kerana kemenangan mereka dalam PRU13 yang lepas adalah menggunakan wang rakyat. Ianya suatu kesalahan yang serius. Bagaimana SPR boleh membenarkan semua ini berlaku.
Duit tersebut digunakan untuk merasuah pengundi semasa PRU13. Kemenangan Umno/BN dlm PRU13 yang lepas adalah kemenangan menggunakan duit rakyat.
Parlimen hendaklah dibubarkan. Ini adalah tindakan paling tepat dan terhormat yang wajar dilakukan.
BUBARKAN PARLIMEN.
ZULHAZMI SHARIFF
08072015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.