NAJIB MESTI BERCUTI SERTA-MERTA - NIK NAZMI

10:51 PM 0 Comments A+ a-



NAJIB MESTI BERCUTI SERTA-MERTA

Akhbar Wall Street Journal baru sahaja menyiarkan beberapa siri
dokumen yang didakwa menunjukkan kemasukan berbilion ringgit di dalam akaun Perdana Menteri Najib Razak seperti yang telah didedahkan baru-baru ini.


Dokumen-dokumen ini, jika benar, amatlah merisaukan dan memberi gambaran yang buruk terhadap ketelusan Najib dan juga pentadbiran serta sistem perbankan negara. Ini ditambah dengan kenyataan panel siasatan Kamar Peguam Negara, SPRM, Polis dan Bank Negara bahawa enam akaun bank telah dibekukan selepas pendedahan WSJ.

Lebih serius lagi, empat bulan selepas dikatakan bermulanya transaksi pertama ke akaun Najib, pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi dibunuh.

Saya mengulangi gesaan yang telah dibuat sebelum ini supaya Perdana Menteri dan pihak yang melindungi beliau untuk memperjelaskan isu ini dan membersihkan nama beliau.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa mestilah jalankan siasatan yang terperinci dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak lain dengan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

Keadilan haruslah ditegakkan dengan penuh ketulusan demi maruah perundangan negara.

Najib mestilah mengambil cuti serta-merta agar siasatan yang menyeluruh, telus dan berwibawa dapat dijalankan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.