PASTI Terengganu: Mendedah & Mengaibkan Individu Dalam Siasatan Kes Polis

11:17 PM 0 Comments A+ a-



Berita Terengganu Times : Mendedah & Mengaibkan Individu Dalam Siasatan Kes Polis.

Jabatan PASTI Negeri Terengganu merasa sangat terkilan dan terkejut dengan satu penyebaran berita dari Terengganu Times pada hari ini 13 Julai 2015.


Berita yang dikeluarkan mengaitkan seorang tenaga pengajar PASTI di sebuah pusat asuhan di Kemaman itu didapati sangat tidak benar dan berniat jahat.

Pengurusan PASTI Negeri Terengganu menafikan sekeras-kerasnya bahawa guru yang dimaksudkan adalah tenaga pengajar PASTI berkenaan dan beliau juga adalah bukan guru PASTI.

Penyebaran berita yang sangat tidak berakhlak terutama dalam umat Islam sibuk dengan pencarian Lailatul Qadar malam penuh berkat di sepuluh akhir Ramadhan ini sangat dikesali dan mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap PASTI sebagai sebuah pusat asuhan yang telah melahirkan pelajar soleh pintar yang unggul di Terengganu.

Oleh itu, PASTI dengan ini menuntut agar pihak yang terbabit menyiarkan berita berkenaan menarik balik berita tersebut dan seterusnya memohon maaf secara terbuka di atas penyiaran berita yang tidak berasas dengan serta merta.

Sekiranya pihak yang berkenaan gagal untuk melakukannya maka pihak PASTI tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan imej yang cuba dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Semoga Ramadhan mengajar kita untuk menjadi insan bertaqwa yang yakin kepada hari pembalasan yang kekal abadi.

SULAIMAN BIN SULONG
PENGARAH,
JABATAN PASTI NEGERI TERENGGANU

25 Ramadhan 1436H
13 Julai 2015


Sila kongsi artikel ini...

PAS: "Kekalkan Muafakat, Elak Provokasi"

11:14 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

26 Ramadan 1436H / 13 Julai 2015


"KEKALKAN MUAFAKAT, ELAK PROVOKASI"

Oleh: Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas.

Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa dukacita yang mendalam dan begitu perihatin terhadap kejadian pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yatt sejak semalam yang melibatkan anak-anak muda Malaysia yang berjiwa merdeka. Ia dalam apa jua keadaan pun begitu mencemari kemuliaan bulan Ramadhan yang mendidik kita kepada kejernihan, kesabaran, kasih sayang dan kesantunan yang tinggi.

Dengan harapan yang begitu tinggi, kami menyeru semua pihak agar bertenang dan bersama menyokong dan mendorong kepada usaha-usaha penjernihan dan permuafakatan.

Walaupun kita sedih dengan kes jenayah perniagaan yang samada berpunca daripada pihak peniaga atau pun pembeli, ia tidak boleh sama sekali mendorong kepada tindakan beremosi dan merajakan nafsu dalam proses mencapai jalan penyelesaian. Tindakan sedemikian pastinya akan menambahkan lagi kekusutan dan membawa akibat yang lebih buruk.

Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru anak muda Malaysia agar tidak mudah terpengaruh dengan suara-suara buruk yang bersifat perkauman dan permusuhan. Seperti pesan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, dengan kedatangan Islam yang mulia, seruan perkauman dan rasis sudah menjadi bangkai jahiliyah yang ditinggalkan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyeru pihak kerajaan agar segera menjalankan siasatan menyeluruh ke atas kejadian yang berlaku dalam mengenal pasti punca sebenar dan membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan.

Adalah perlu untuk rakyat Malaysia melihat kejadian ini dalam kerangka fikir yang lebih besar. Kerajaan perlulah menjadi contoh dan teladan terbaik ke arah sifat amanah, telus dan benar di dalam menangani isu-isu jenayah perniagaan dan ekonomi yang melanda negara kita. Baik sesebuah kerajaan yang memerintah akan banyak membantu kepada baiknya kehidupan rakyat jelata.

Dewan Pemuda PAS juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada nasihat khas yang telah disampaikan oleh Saudara Afdlin Syauki (https://m.facebook.com/story.php…) yang menyeru semua pihak agar bertenang. Ia nasihat baik dan benar yang wajar diikuti.

Terima kasih.


Sila kongsi artikel ini...

UTAM: "LANGGAR LOW YAT" dan Dinamika yang Kompleks

11:13 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN RASMI UTAM
"LANGGAR LOW YAT" DAN DINAMIKA YANG KOMPLEKS

Isu Low Yat yang dikatakan bermula dengan kejadian seorang pembeli telefon bimbit ditipu oleh penjualnya, dan kemudian berikutan kegagalan rundingan antara mereka mencetuskan pula kecurian telefon bimbit oleh pembeli tersebut merupakan sesuatu yang sedang hangat kini. Lebih parah, apabila elemen-elemen keganasan dan kefahaman dari lensa perkauman mula meresap ke dalam dinamika isu ini. Justeru, UTAM berpandangan bahawa perkara ini bukan bersifat selapis, dan ia wajar dilihat dari banyak sudut.


Dari lapisan pertama, ia isu antara dua individu yang saling bertelagah kerana jual beli antara mereka. Lapisan kedua pula, berkait persoalan mengapa isu ini berupaya mencetus respon ganas dan seterusnya paradigma "Melayu lawan Cina"? Apa sebenarnya yang menyebabkan paradigma ini begitu mudah dianuti, sedangkan kita sudah lebih 50 tahun merdeka?

Di lapis pertama, perkara itu seharusnya diselesaikan individu yang terlibat, tetapi masalah bermula apabila pencuri itu dibelasah oleh rakan-rakan si penjual. Sewajarnya ia sesuatu yang perlu dibawa kepada pihak polis. Malah, di Malaysia juga kita punyai tribunal pengguna serta undang-undang yang melindungi hak pengguna yang boleh dirujuk jika pembeli tidak berpuas hati.

Tetapi, mengapa usaha sebegitu tidak berlaku antara mereka? Antara sebabnya, pendidikan kepenggunaan di negara kita masih lemah. Peristiwa Low Yat ini mungkin saja boleh dielakkan seluruhnya jika pengguna tersebut mengetahui laluan undang-undang yang boleh dilalui. Selain itu, kita juga boleh menyaksikan bahawa, setelah pelbagai isu di Malaysia, sedang wujudnya ketidakyakinan yang mendalam terhadap sistem keselamatan di Malaysia, yang menyebabkan tindakan anarkis sebegini berlaku. Ketua Polis Negara yang gagal meletakkan prioriti dalam membanteras jenayah mungkin sahaja merupakan salah satu hal ranting yang menjadi akar ketidakyakinan ini.

Susulan peristiwa itu, sebelah malamnya pula menyaksikan kerancuan yang berlaku mencanak naik sehingga difahami dengan lensa perkauman. Hal ini juga bukan kebetulan, kerana UTAM berpandangan, bahawa ia merupakan hasil daripada kesenjangan ekonomi dan sosial yang telah lama membarah di Malaysia dan gagal diselesaikan para penguasa. Antara kesannya ialah cara melihat kelas peniaga (yang banyak dikuasai kaum Cina) sedang mengambil kesempatan atau membuli kelas yang lebih miskin (yang diisi kebanyakannya oleh kaum Melayu). Bagi UTAM, persoalan bagaimana tiba-tiba lensa perkauman digunakan dalam hal ini bukanlah sesuatu yang tabii (natural), tetapi wujud daripada sesuatu faktor yang telah menyalakan ketidakpuasan hati.

Lebih mendalam, hal ini akan berkait dengan kesamarataan peluang yang telah mengakibatkan kesenjangan ekonomi yang serius. Semua orang yang tinggal di Lembah Kelang tahu, di pinggir Kuala Lumpur seperti Ampang, Pandan, Gombak dan kawasan sewaktunya yang banyak flat PPR dan setinggan ada masalah kemiskinan bandar yang serius, dan kekurangan peluang sosio-ekonomi. Pada masa yang sama, hal kesamarataan peluang ini akan berkait juga dengan peluang pendidikan, dan di sinilah wujudnya ruang untuk mendidik berkenaan hak pengguna. Tetapi jika peluang tertutup, pastinya mereka ini tidak berupaya mengetahui, malah mungkin tiada masa pun untuk membaca bab kepenggunaan kerana kesibukan mencari sesuap nasi.

Kita tidak boleh menganggap mereka, yakni warga miskin bandar yang terpinggir dari arus kemodenan kawasan Hartamas, Siera Mas dan Damansara untuk berfungsi dalam masyarakat secara normal. Kalau mereka makan gaji, gaji mereka kecil. Kalau mereka berniaga, perniagaan mereka kecil- kecilan dan terpaksa mencari barang dagangan dari pembekal 'first hand'/pemborong yang majoritinya Cina. Peluang mereka semakin sempit dek dinamika pasaran yang kian berat sebelah. Kesempitan sebeginilah yang kemudiannya membuahkan kefahaman bahawa ketaksamarataan peluang wujud dalam kategori perbezaan kaum.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia harus melihat perkara ini dari pelbagai sudut. Kecurian ialah kecurian, dan keganasan ialah keganasan. Pun begitu, memahami faktor di sebalik keganasan yang berlaku juga adalah penting bagi mengetahui apakah masalah yang mendasari peristiwa tersebut. Janganlah pula selepas ini kita termakan dengan propaganda pihak-pihak berkepentingan yang sengaja menggunapakai peristiwa ini dengan cara menyuguhkan faham perkauman sempit yang akan merencatkan usaha kita menuju Malaysia yang harmoni dan adil.

UTAM berpendirian bahawa keterlibatan individu dalam mana-mana kaum atau agama tidak pernah mendefinisikan perlakuan yang adil atau yang zalim. Setiap pengguna perlu mengambil tahu haknya sebagai pengguna dan melalui jalan undang-undang yang absah, setakat mana ia mampu mencapai keadilan. Dalam masa yang sama, pihak penguasa juga perlu menjadi serius dalam usaha membanteras jenayah, meningkatkan kesamarataan peluang untuk semua, dan merapatkan jurang ekonomi yang selalu dilihat berkorelasi dengan perbezaan kaum.

Prinsip moral adalah jelas.

-Kru UTAM


Sila kongsi artikel ini...

Mujahid Yusof: Segala pendakwaan perlu dibawa kepada pihak pengadilan untuk siasatan lanjut bagi mengelak inisiden ini ditunggangi oleh pihak rasis

11:11 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG ISU LOW YAT

Saya ingatkan semua pihak bahawa insiden di Low Yat tempoh hari boleh dimanipulasikan sebagai isu perkauman oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Hakikatnya ia soal kepenggunaan yang melibatkan dakwaan penipuan oleh sebuah syarikat menjual alat komunikasi dan respon luar kawalan oleh pengguna yang mendakwa menjadi mangsa. Pada waktu yang sama seorang pelanggan telah didakwa mencuri dan ditahan oleh pengawal keselamatan.

Segala pendakwaan perlu dibawa kepada pihak pengadilan untuk siasatan lanjut bagi mengelak inisiden ini ditunggangi oleh pihak rasis yang akan mengeksploit keadaan.

Saya juga meminta warga sosial media tidak menambah garam pada insiden ini dengan perasa kebencian kaum. Semua pihak yang melanggar undang-undang perlu diambil tindakan berasaskan peruntukan undamg-undang.

Sekian

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Pengerusi Gerakan Anti Perkauman (GAP)


Sila kongsi artikel ini...

PKR: Hentikan tabiat melihat setiap permasalahan dalam dimensi perkauman.

9:10 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
13 Julai 2015

Malaysia telah digemparkan oleh insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur bermula pada 11 Julai lepas yang kini diambil kesempatan dan dimarakkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab sebagai insiden barkait perkauman yang jauh tersasar dari fakta dan hakikat sebenar.

Sementara kita menunggu siasatan lengkap daripada pihak berwajib, saya berpandangan sudah sampai masanya kita mengambil pendirian tegas untuk menghentikan tabiat melihat setiap permasalahan dalam dimensi perkauman. Semua pihak harus jelas bahawa penipuan dalam transaksi, salahlaku dalam perniagaan, hatta kecurian sekalipun dilakukan oleh sang pelaku yang tidak mengira agama dan etnik. Justeru, mengaitkan insiden tersebut dengan sentimen perkauman adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab.

Kes ini pastinya menuntut profesionalisme dan integriti utuh pihak berkuasa, khususnya PDRM dalam melaksanakan siasatan menyeluruh seterusnya menghalang sebarang anasir yang mahu menyemarakkan api perkauman dan perseteruan tersebut. Adalah lebih baik sumber sama ada dari segi kewangan mahupun anggota yang besar selama ini dialihkan dari keperluan risikan politik berkepentingan partisan dan bukan nasional difokuskan untuk meleraikan kekusutan sedia ada secara sistematik dan hingga ke akar umbi.

Di samping itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) harus lebih pro-aktif dalam melakukan penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang, tidak hanya bersandarkan kepada laporan yang dibuat semata-mata. KPDNKK seharusnya lebih proaktif memantau dan melaksanakan tanggungjawab berasaskan undang-undang sedia ada bagi mengekang transaksi melibatkan peniaga yang culas.

Saya tidak menolak kemungkinan isu ini berpotensi mengalihkan seketika pandangan rakyat ke atas salahlaku yang lebih besar melibatkan Perdana Menteri bersabitan skandal 1MDB yang dibicarakan dengan hangat beberapa minggu kebelakangan ini. Justeru, profesionalisme semua pihak adalah dituntut agar siasatan yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan baik. Baik insiden Plaza Low Yat mahupun skandal 1MDB, ia harus berjalan seiring tanpa menenggelamkan satu sama lain.

Menjadi suatu tragedi nasional pula jika ada pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh dan menggunakan isu ini sebagai inisiatif gerak saraf/perang saraf pengalih kepada skandal 1MDB dan kemasukan dana besar tidak terjelas ke dalam akaun Perdana Menteri kedua-duanya merupakan skandal terbesar negara semenjak merdeka yang berpotensi menyahhancurkan kewibawaan dan keutuhan institusi-institusi tiang seri negara dan kebolehpercayaan Nasional.

Imarah Ramadhan yang kita laksanakan hingga ke penghujungnya ini, seharusnya dilaksanakan dengan lebih afdhal mengambilkira semangat Eidulfitr' yang mendorong kita kepada fitrah insani, yakni menyantuni antara satu sama lain dalam fasa penyucian ukhuwah manusiawi.

Marilah kita jaga perhubungan harmoni antara kaum di Malaysia yang telah terjalin sekian lama, di samping menolak agenda perkauman sempit serta menolak sebarang bentuk salahlaku baik melibatkan poket rakyat mahupun poket pimpinan negara.

Semoga ketenangan dan kematangan usai Ramadhan mendorong kita menjadi lebih rasional dalam menyantuni isu dengan akal yang matang serta pertimbangan yang jelas.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Naib Presiden KEADILAN
merangkap Ahli Parlimen Bukit Katil


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Akhbar Sempena Pelancaran GERAKAN HARAPAN BARU (HARAPAN BARU

12:50 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN AKHBAR SEMPENA PELANCARAN GERAKAN HARAPAN BARU (HARAPAN BARU)



Tarikh : 13 Julai 2015


Tempat : Hotel Vistana, Kuala Lumpur





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.



1. Perkembangan mutakhir negara sangat meresahkan. Kenaikan harga barang akibat cukai GST serta kejatuhan nilai ringgit terus menekan dan menghimpit kehidupan rakyat. Pada masa yang sama kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, ketepuan daya-saing negara serta ramalan harga minyak mentah yang terus menjunam bakal mengancam penarafan negara sekaligus menjadikan Malaysia tidak berdaya-saing sebagai destinasi pelaburan. Skandal penyelewengan urusniaga serta hutang 1-MDB dan terkini pembabitan Perdana Menteri dengan 'embezzlement' atau 'salahguna dana awam' berbilion ringgit meletakkan Malaysia menghampiri kedudukan liga "Negara Gagal" atau 'A Failed State'.


2. UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak lagi berupaya memimpin dan menjamin kesejahteraan rakyat dalam negara ini. Gelombang kebangkitan rakyat menuntut perubahan semakin memuncak. Tuntutan perubahan ini merentasi semua kaum, jantina, bandar dan luar bandar, golongan miskin dan sederhana, muda dan tua, yang berkerja mahu pun mahasiswa. Anak-anak muda semakin lantang dan menonjol lantas bangkit mewakili suara hati-nurani rakyat. Negara sangat mendambakan perubahan untuk mempastikan masa depan rakyat yang lebih terjamin, makmur, sejahtera dan aman.



3. Kehadiran Pakatan Rakyat sejak dua penggal parlimen yang lalu telah merubah suasana politik tanahair. Pakatan Rakyat telah menampilkan suasana perimbangan kuasa dan prinsip semak-imbang yang berkesan dalam tata-order politik negara. Sekaligus saingan Pakatan Rakyat telah menamatkan monopoli kuasa hegemoni Umno-BN serta mengembalikan keadilan dan membela rakyat. Ini menyelamatkan negara dari segala kerosakan, kebobrokan dan penyelewengan amanah penguasa politik Barisan Nasional.



4. Kini Pakatan Rakyat tidak lagi dapat berfungsi seperti dahulu. Sangat malang bahawa dalam susunan kini, hanya kerjasama longgar dalam pentadbiran negeri Selangor dan Pulau Pinang dapat dilakukan. Kedudukan ini telah menjejaskan agenda memimpin gerakan kebangkitan rakyat untuk terus melakarkan perubahan besar dalam negara.



5. Hari ini, kami ingin mengumumkan penubuhan satu entiti dan wadah yang kami namakan sebagai Gerakan Harapan Baru atau singkatannya HARAPAN BARU yang bertujuan untuk menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat. HARAPAN BARU akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baru yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut.



6. HARAPAN BARU akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang Inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat. Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya "Rahmat untuk Semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami mendokong nilai-nilai demokratik (musyawwarah-rundingan) dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya, dalam sebuah politik yang mengiktiraf kewujudan kemajmukan dan kepelbagaian (Politik Li Ta'arafu) dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.



7. Politik Islam yang kami bawa akan memberi penekanan dalam soal akhlak, moraliti dan amanah dalam tadbir-urus pemerintahan serta interaksi dengan semua pihak. Disamping menekankan pegangan akidah yang teguh, kami juga mendukungi keluasan syariat Islam dan Maqasid Syariah(Tujuan-Matlamat Syariat Islam). Islam yang diperjuangkan bukannya di dalam bentuk slogan, emosi dan sentimen tetapi sebagai satu tawaran "Rahmat dan Keadilan" yang memberi kesejahteraan untuk rakyat dan menjamin kemakmuran negara.



8. HARAPAN BARU akan tampil bertemu rakyat dari Perlis hingga ke Sabah bermula pada akhir bulan Julai hingga akhir Ogos untuk berinteraksi dengan rakyat dan menjelaskan tawaran yang disediakan. Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan gerakan ini bagi pembentukan semula kerjasama dan muafakat politik sebagai penerusan legasi perjuangan pemimpin terdahulu seperti Al-Marhum Tuan Guru Yusof Rawa, Al-Marhum Ust Fadhil Mohd Noor dan Al-Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjayakan usaha penubuhan Pakatan Rakyat 2.0.



Sekian. Wassalam.



Mohamad Bin Sabu

Pengerusi

GERAKAN HARAPAN BARU


Sila kongsi artikel ini...

IKRAM: Jangan Hangatkan Sentimen Perkauman

12:32 PM 0 Comments A+ a-



JANGAN HANGATKAN SENTIMEN PERKAUMAN

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti peristiwa terkini berkaitan pergaduhan di Plaza Low Yatt. IKRAM sebagai sebuah badan tarbiah, dakwah dan kebajikan mengajak semua masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama supaya bertenang dan jangan meletakkan emosi menguasai diri.

IKRAM menyeru agar semua pihak berhati-hati membuat tindakan atau komentar dan tidak harus menjadikan isu ini sebagai isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmornian dan keamanan negara ini.


IKRAM meminta semua pihak agar tidak memanjangkan lagi isu ini dalam konteks perkauman dan juga berharap tidak ada mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan atas isu ini.

Sebagai sebuah badan NGO yang menjunjung asas perlembagaan negara untuk memastikan keharmornian rakyat Malaysia, IKRAM mengharapkan semua pihak memainkan peranan penting agar tidak ada langsung isu perkauman ditiupkan oleh pihak tidak bertanggungjawab samada melalui media, kelakuan dan percakapan.

IKRAM percaya setiap isu atau masalah dapat diatasi melalui cara keamanan dan saluran-saluran yang sah di sisi undang-undang.

IKRAM mengharapkan pihak-pihak bertanggungjawab di dalam penguatkuasaan undang-undang dapat memberi keutamaan kepada isu ini untuk diselesaikan segera dan tidak dibiarkan menjadi isu perkauman yang boleh menggugat keamanan negara

IKRAM mengajak semua masyarakat Malaysia untuk sama-sama mengimpikan dan berusaha secara muafakat agar negara ini menjadi negara rahmah yang mana kekuatan utamanya haruslah didukungi oleh segenap lapisan masyarakat di dalam asas permuafakatan yang kukuh.

IKRAM mendoakan semoga negara Malaysia ini sentiasa mengutamakan permuafakatan oleh setiap lapisan masyarakat dan juga mengharapkan semua rakyat saling menghormati dan memelihara hak semua rakyat sama ada hak urusan berjual beli, beragama, keadilan dan lain-lain seperti yang terkandund di dalam perlembagaan negara.



Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia


Sila kongsi artikel ini...

Tahniah atas kejayaan Badan Perhubungan PAS Melaka yang berjaya membentuk kabinetnya mengikut prosedur dan perlembagaan PAS

12:22 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN AKHBAR

Alhamdulillah saya bersyukur dan mengucapkan tahniah atas kejayaan Badan Perhubungan PAS Melaka yang berjaya membentuk kabinetnya mengikut prosedur dan perlembagaan PAS setelah saya mengeluarkan kenyataan akbar tempohari.

Sesungguhnya kita maju dan hebat jika kita mengamalkan budaya ingat-mengingat, nasihat menasihati serta hormat-menghormati di antara satu sama lain. Tidak ada ruginya jika kita berbincang dan mengambil pandangan semua pihak dalam apa juga isu dan keadaan. Itulah sebabnya Islam sentiasa menggalakkan penganutnya sentiasa bermusyawarah dahulu sebelum membuat keputusan.

Saya sentiasa bersedia untuk sama-sama memberikan pendapat dan cadangan kepada mana-mana pihak yang ingin mendapatkan input dari saya dalam apa juga cara kerana kita sekarang mempunyai pelbagai medium untuk berkomunikasi.

Sesungguhnya perjuangan menegakkan Islam dan membela rakyat adalah perjuangan suci yang boleh dijayakan oleh semua pihak dan hasilnya akan lebih baik jika kita bersepakat dan bermuafakat dengan sesiapa sahaja.

Islam bukan milik kita seorang tetapi milik semua orang tidak kira bangsa dan agama kerana di dalam Islam manusia akan dibela secara saksama dan adil.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil
27 Ramadhan 1436
13 Julai 2015


Sila kongsi artikel ini...

PAS: “Semua Pihak Perlu Bertenang, Elakkan Provokasi”

12:17 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media Presiden PAS

Isnin 26 Ramadan 1436 / 13 Julai 2015

“SEMUA PIHAK PERLU BERTENANG, ELAKKAN PROVOKASI”


Parti Islam SeMalaysia (PAS) sangat kesal dengan peristiwa kekecohan yang berlaku di kawasan tengah Bandaraya Kuala Lumpur dalam tempoh 12 jam yang lalu.
Sehubungan dengan itu, PAS ingin merayu dan meminta semua pihak yang ada dalam negara ini, terutamanya di kawasan sekitar titik panas Bukit Bintang Kuala Lumpur agar bertenang dan mengelakkan sebarang provokasi baharu yang boleh menghangatkan suasana. Jangan kita cemari keharmonian pelbagai kaum yang ada dalam negara ini dengan insiden yang boleh melebarkan hubungan baik semua pihak yang sedia terjalin sejak zaman berzaman.
PAS meminta semua pihak agar menangani semua isu yang timbul, walau apapun puncanya, dengan jiwa terbuka dan penuh dengan kesabaran terutamanya dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS


Sila kongsi artikel ini...

PSM - 13 JULY 2015 - TPPA The Trade Deal On Grave!

12:13 PM 0 Comments A+ a-



PSM STATEMENT - 13 JULY 2015 - TPPA THE TRADE DEAL ON GRAVES!

Parti Sosialis Malaysia(PSM) condemns the urgent visit by US Trade Representative, Micheal Froman to meet Malaysian Parliamentarian Caucus today (13th July,2015) at the JW Marriot Hotel in view to reconcile differences and push through an agreement to accept the Trans Pacific Partnership Agreement.

The US Trade representative has chosen to shamelessly ‘walk over the graves’ of the human trafficking victims, closing his eyes to the dismal human rights record of the Malaysian authorities to promote the TPPA talks. As soon as President Obama signed the Trade Promotion Authority to enable the fast track negotiations after getting approval from the US House and Senate, the US State Department quickly upgraded Malaysia to Tier 2 Watch List.


It was only two months ago when the world was shocked by the uncovering of mass graves in the Malaysian Thailand borders revealing the dire truth about rampant human trafficking activities that have been operating for many years. The lack of enforcement and alleged corruption among border enforcement authorities have resulted in thousand trafficked by unscrupulous agents for huge profits. The situation clearly revealed the extent of trafficking activity in the region, including ransom killings by trafficking vultures.

After having classified Malaysia as Tier 3 the worst human trafficking centres in view of the US State Department, in terms of the severity of incidents of human trafficking, now the State Department has shamelessly upgraded Malaysia to Tier 2 watch list for the sole purpose of including Malaysia in the TPP talks and concluding the trade deal as soon as possible.

PSM is convinced that this move by the US State Department and the visit by the US trade representative, reinforce our argument that the TPPA is nothing but a cold blooded trade deal to maximise profits and market control for the American corporations. Malaysia will be exposed to the severe implications of patent rights extensions, increase in cost of medicines, depleting labour rights and environmental destruction if the TPPA is signed.

The true nature of the trade deal and the supremacy of corporate America to write the rules as they want are thus revealed. Pro trade coherent rules will rule the region and rights of sovereign nations will be undermined.
PSM is disgusted at Putrajaya’s attitude to shamelessly continue the trade talks. The Najib administration should focus on improving its deplorable human trafficking record and end the TPPA negotiations with US.
No to TPPA! No to corporate rule!

Sivarajan A.
Secretary General
Parti Sosialis Malaysia


Sila kongsi artikel ini...

Kes Gaduh Di Lowyat dan Nasihat : DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

12:11 PM 0 Comments A+ a-



KES GADUH DI LOWYAT DAN NASIHAT
OLEH : DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
PRESIDEN MURSHID

Saya menyeru mereka yang terlibat dan ingin rasa ingin terlibat dalam pergaduhan di Low Yat tidak lagi meneruskan dendam dan pergaduhan, khususnya di bulan Ramadhan yang merupakan bulan penuh kesabaran. Nabi mengingatkan :-


الصيام جنة فلا يرفث ولا يجهل وإن امرؤ قاتله أو شاتمه فليقل إني صائم مرتين
Ertinya : Puasa itu benteng, justeru jangan seseorang berkata buruk dan melakukan perbuatan orang jahil lagi bodoh, dan sekiranya ada yang mencari gaduh, mencercanya, lalu katalah: Aku berpuasa, sebanyak dua kali. (Riwayat Al-Bukhari)

Saya pernah ditipu malah bernilai puluhan ribu ringgit disebabkan pembeli & penjual menipu, mereka dari pelbagai bangsa, justeru saya sangat faham perasaan kemarahan apabila ditipu. PUN BEGITU, KES LOWYAT SAMA ADA DISEBABKAN OLEH TIPU ATAU CURI, namun berkumpul ramai dan tindakan menyerbu Low Yat semalam adalah TIDAK WAJAR malah berpotensi membawa MUDARAT AWAM khususnya melibatkan 'ketegangan antara kaum'. Dibimbangi hal ini jika berpanjangan, boleh mencetus sesuatu yang lebih buruk dan merebak kepada individu & kedai yang tidak terlibat, akhirnya terjebak sehingga boleh menjadi antara kaum. Sedangkan ini SEPATUTNYA bukan hal KAUM tetapi adalah kakitangan SEBUAH KEDAI dan PELANGGANNYA sahaja. Selesaikanlah secara spesifik dan terhad bukan merebak kepada yang lain.

CUKUPLAH dengan apa yang telah berlaku dan berhentilah dari terus ingin 'menyerbu' Low Yat. Malah jika benar mereka kerap menipu, BOIKOTLAH sahaja. Bagi mangsa penipuan, laporlah kepada polis dan buat tuntutan di Tuntutan Tribunal Malaysia jika nilainya di bawah RM 25,000. Insha Allah, keadilan di pihak mangsa mampu dicapai. Saya pernah menggunakan Tribunal Malaysia dan hak saya berjaya diperolehi kembali.

Juga ingin ditegaskan, bagi mereka yang bergaduh di mana-mana sahaja, JANGANLAH sewenangnya melaungkan lafaz takbir sewaktu nafsu amarah itu sedang dilayani. Pergaduhan & kebencian akibat disebabkan hal DUNIAWI semata-mata yang tidak pula syarie TIDAK LAYAK dilaungkan lafaz mulia itu malah boleh merosakkan imej Islam.


Sila kongsi artikel ini...

Low Yat: Kelewatan Penguasa Bertindak Undang Padah, SAMM Minta Semua Bertenang

12:09 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
13 Julai 2015

Low Yat: Kelewatan Penguasa Bertindak Undang Padah, SAMM Minta Semua Bertenang

1. Seperti dijangka, pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat malam semalam kini sudah berlarutan dan melibatkan lebih banyak kasualti. Tidak mustahil rusuhan kaum akan berlaku jika isu ini sengaja dibiarkan dan tidak ditangani dengan serius oleh pihak berwajib.

2. Seharusnya pihak polis mengambil langkah awal mengelak kejadian lebih besar berlaku. Adalah mustahil pihak polis tidak dapat memintas sebaran SMS dan media sosial yang bertebaran mengajak orang ramai serbu ke lokasi terbabit. Jika anggota ditempatkan lebih awal dalam jumlah yang sesuai, kekecohan mampu dikawal.

3. Malah jika maklumat pasukan risikan tepat, sepatutnya pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di lokasi panas sejak dari awal petang. Di sini gunanya FRU, bukan hanya menggunakan FRU di medan himpunan rakyat di jalanraya semata-mata. Malangnya FRU lewat tiba.

4. Dari pemerhatian Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendapati di sebalik pelbagai ungkapan perkauman yang dilagukan sebelum ini, antaranya ketika perhimpunan agong parti berasaskan kaum, telah menjadi resepi yang melonjakkan kebencian antara kaum. Ia sebenarnya sebuah bom jangka yang mampu meletuskan rusuhan bila-bila masa.

5. Media sosial pula menjadi medan simbahan minyak tanah yang menyemarakkan lagi api kemarahan. Ini dapat dilihat dari blog pro-umno dan juga forum pro-Mahathir yang cukup terkenal dengan jolokan ultra-melayu.

6. Tanpa ketegasan penguatkuasa undang-undang terhadap mereka yang membuat kenyataan rasis, termasuklah pendakwaan 'terpilih' yang diamalkan selama ini, akhirnya menjadi lesen untuk pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kekerasan hingga mengakibatkan rusuhan. SAMM melihat tiada satu pun dakwaan dikenakan terhadap mereka yang mencucuh api perkauman hanya kerana mereka berada di pihak pemerintah.

7. Selain itu, sikap sambil lewa Kementerian Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melayani aduan-aduan terdahulu turut menjadi punca yang mengundang tindakkan persendirian oleh pengguna yang teraniaya.

8. Justeru, SAMM mengajak orang ramai bertenang dan tidak termakan sebarang khabar angin yang bertujuan melihat rusuhan antara kaum berlaku. Tunjukkan kepada pemerintah bahawa kita rakyat yang matang.

9. Amarah rakyat juga tidak harus dibazirkan demi pergaduhan sesama kaum yang jelas merugikan. Amarah itu lebih tepat dilepaskan kepada pemerintah zalim yang menindas rakyat.

10. Bagi SAMM, kita sebagai rakyat sebenarnya harus bersatu hati dan menerap kasih sayang merentasi kaum, kerana kita sudah lama ditindas oleh pemerintah yang merembat khazanah rakyat khususnya dalam kemelut 1MDB. Pergaduhan ini bukan sahaja berkesudahan dengan kerugian dari pelbagai sudut, malah menjadikan kita lupa segala skandal pengkhianatan sebuah kerajaan terhadap rakyatnya.

11. Jika pemerintah tidak mampu menghentikan pergaduhan ini dengan apa alasan sekalipun, adalah menjadi tanggungjawab dan peranan setiap diri kita untuk hentikan segera pergolakan ini bermula dengan diri sendiri.

Sekian Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM


Sila kongsi artikel ini...

PAS WP: Keputusan Majlis Syura Ulama PAS Di Sokong Penuh

3:57 AM 0 Comments A+ a-




Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Media DAPSY Bukit Bintang mengenai insiden yang berlaku di Low Yat Plaza

3:55 AM 0 Comments A+ a-



Media statement by DAPSY Bukit Bintang on the Low Yat Plaza incident

In reference to the incident that happened in Low Yatt Plaza over the weekend, DAPSY Bukit Bintang calls for peace loving Malaysians to be calm.

We condemn any racial intimidation through violence and misinformation. We also condemn any attempts to racialise the issue and fan racial sentiments. Malaysians should go beyond looking at issues from a racial perspective.

We need to remember in this challenging time, rather than focusing on issues that divide us, we should focus on issues that impact us all as Malaysian like the daylight robbery by 1MDB and the mismanagement of the economy by Barisan National.

We call all peace loving and right minded Malaysians to join us in condemning these thuggish acts together and leave the incident to the authorities to investigate.


Kenyataan Media DAPSY Bukit Bintang mengenai insiden yang berlaku di Low Yat Plaza

Merujuk kepada kejadian yang berlaku di plaza low Yatt semasa hujung minggu ini, DAPSY Bukit Bintang menyeru rakyat Malaysia yang cintakan keamanan agar bertenang.

Kami mengutuk sebarang usaha ugutan perkauman melalui keganasan dan penyebaran maklumat yang salah. Kami juga mengutuk apa-apa percubaan untuk menggunakan isu bagi mengapikan sentimen perkauman . Rakyat Malaysia perlu lebih matang dan melihat isu lebih daripada perspektif perkauman.

Kita perlu ingat dalam masa yang mencabar ini , daripada memberikan tumpuan kepada isu-isu yang memecahbelahkan kita , kita perlu memberi tumpuan kepada isu-isu yang memberi kesan kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia seperti rompakan terang-terangan oleh 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan salah urus ekonomi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan berfikiran rasional untuk menyertai kami bersama-sama dalam mengutuk perbuatan samseng ini dan menyerahkan kejadian ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan.


武吉免登民主行动党社会青年团(DAPSY)针对刘蝶广场发生的殴斗事件所发布的媒体文告

针对两天前在吉隆坡武吉免登刘蝶广场发生的殴斗事件及纠纷,武吉免登民主行动党社青团(DAPSY)呼吁所有爱好和平的马来西亚人可以在这间事情上保持冷静。

我们大力谴责任何有意以暴力及散播谣言等不负责任行为来挑起种族情绪的手段,我们也大力谴责任何尝试煽动种族情绪的行为。我们认为马来西亚人应该要更成熟,以超越种族的观点来看待事情。

在这个严峻的时刻,我们应该要关注的课题是那些会伤害所有马来西亚人的议题,比如充满争议的一个马来西亚发展有限公司(1MDB)的金融丑闻,而不是专注在那些分裂社会及人民的事情。 我们呼吁所有爱好和平及理性的马来西亚人加入我们的行列,一起谴责这些野蛮及不文明的行为,并且把这个纠纷交给警方去调查及处理


Sila kongsi artikel ini...

SAMM: Api Yang Kecil Perlu Disiram Dengan Air, Bukan Disiram Dengan Minyak.

3:49 AM 0 Comments A+ a-



: Kenyataan Umum

13 Julai 2015

Api Yang Kecil Perlu Disiram Dengan Air, Bukan Disiram Dengan Minyak.


Sabtu lepas berlaku pergaduhan diantara pembeli dan penjual di Plaza Low Yat, Bukit Bintang. Kejadian ini telah menjadi viral di media sosial dan media massa.

Susulan kejadian ini perbagai mesej berbau perkauman melampau disebarkan. Pokok pangkal kita tidak tahu kejadian sebenarnya. Namun, berita mengenai kejadian ini telah menjadi viral dengan pelbagai versi cerita.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menasihatkan Anak Muda agar tidak mudah terpengaruh dengan setiap mesej yang diterima sehingga membawa ketidak stabilan antara kaum di negara ini. Anak Muda harus bijak menilai mengenai perkara ini agar ia tidak menjadi barah. Jangan terlalu ikut nafsu yang marah.

Api yang kecil perlu disiram dengan air, bukan disiram dengan minyak. Jika tidak api kecil itu akan terbakar menjadi api yang besar. Semua pihak harus bijak memain peranan, Kerana kesannya boleh menyebabkan kebencian melampau antara kaum di negara ini.

Sekian,

Faisal Zainal
Komrad
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)


Sila kongsi artikel ini...

"PAS Kedah Menyokong Penuh Pendirian MSU"

3:46 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH
25 Ramadhan 1436 | 12 Julai 2015

"PAS Kedah Menyokong Penuh Pendirian MSU"


1. PAS Negeri Kedah menyokong dan menerima baik pendirian Majlis Syura Ulamak PAS yang telah memuktamadkan status tahaluf siyasi dengan DAP telah terbatal.

2. Dalam konteks tanggung jawab kepada rakyat, PAS tetap merupakan parti pembangkang di Dun Kedah bersama-sama PKR dan DAP untuk terus menumbangkan Umno-BN.

3. Seluruh ahli PAS wajib bersama mendokong pendirian ini secara istiqamah berpegang kepada dasar dan arahan-arahan pimpinan.

USTAZ DR AHMAD FAKHRUDDIN SYEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya
PAS Negeri Kedah


Sila kongsi artikel ini...

Kejadian Pergaduhan dI Plaza Low Yat.

3:11 AM 0 Comments A+ a-



KEJADIAN PERGADUHAN DI PLAZA LOW YAT.

Susulan dari insiden pergaduhan di PLAZA LOW YAT semalam, UMNO Bukit Bintang menyeru semua pihak untuk BERTENANG, mengawal perasaan dan TIDAK bertindak mengikut emosi. Serahkan kepada pihak berkuasa iaitu PDRM untuk mengawal keadaan dan keselamatan di persekitaran kawasan Bukit Bintang.


UMNO Bukit Bintang mengingatkan semua pihak yang kawasan Bukit Bintang adalah pusat perniagaan dan kunjungan pelancong-pelancong utama di dalam Kuala Lumpur justeru kesejahteraan dan keamanan adalah prioriti utama.

Dalam pada itu, UMNO Bukit Bintang juga menggesa KPDNKK menyiasat dakwaan yang berlakunya penjualan barang-barang tiruan secara berleluasa dengan segera agar nama Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan Malaysia dijaga dengan baik.

Datuk Zainal Rafique
Ketua
UMNO Bukit Bintang
13hb Julai 2015


Sila kongsi artikel ini...

"PAS Kedah Selesai Lantik AJK Tambahan dan Membentuk Jawatankuasa Lajnah sesi 2015/2017"

12:23 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH
24 Ramadhan 1436 | 11 Julai 2015

"PAS Kedah Selesai Lantik AJK Tambahan dan Membentuk Jawatankuasa Lajnah sesi 2015/2017"


1. PAS Negeri Kedah telah selesai melantik Ahli Jawatankuasa Tambahan dan Membentuk Jawatankuasa Lajnah bagi sesi 2015/2017. Pelantikan itu dibuat didalam Mesyuarat Khas BPPNK yang diadakan di Muassasah Darul Ulum pada 10 Julai yang lalu.

2. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Ust Dr Ahmad Fakruddin ini turut dihadiri timbalan-timbalan Pesuruhjaya dan semua ahli BPPNK yang terdiri daripada YDP dan Setiausaha PAS Kawasan-Kawasan seluruh negeri Kedah.

Ahli yang dilantik sebagai Jawatankuasa Tambahan ialah :

Penolong Setiausaha 1
Ust Mohd Rosli Azmi

Penolong Setiausaha 2
Ust Mohd Aizat Zakaria

Penolong Setiausaha 3
Sdr Khairul Nizar Ismail

AJK
1. Dato' Dr Abd Isa Ismail
2. Dato' Muhamad Yusuf Husin
3. Hj Azhar Ibrahim
4. Hj Muhamad Hisyam Nordin
5. Hj Ahmad Taufik Baharom
6. Hj Che Had Dhali
7. Ustzh Fatimah Wan Teh

Pengerusi Lajnah / Jabatan :

1.Politik & Pilihanraya
Ust Dr.Ahmad Fakhruddin Fakrurazi

2.Penerangan & Hubungan Media
YB Ust Ahmad Yahya

3.Tarbiah & Pengkaderan
T.G Ust Hj Md Rejab Md Akhir

4.Pengembangan Ekonomi, Pembangunan Usahawan & Harta
Hj Muhamad Sobri Osman

5.Kebajikan, Kemasyarakatan & Tabung Kebajikan
Brig.Jen.(B)Dato' Najmi Ahmad

6. Asas Tani & Alam Sekitar
Hj Muhamad Sanusi Md Noor

7. Pekerja & Pengguna
YB Wan Romani Wan Salin

8. Pendidikan
Hj Azhar Ibrahim

9. Undang-undang & Hak Asasi Manusia
Hj Ahmad Taufik Baharom

10.Perpaduan Nasional & NGO
Dato' Dr Mohd Hayati Othman

11.Keselamatan & Protokol
Ust Hj Azizan Hamzah

12.Dakwah
Ust Ahmad Fazli Hasyim

13.Pembangunan Tanah,Peneroka Bandar& Hal Ehwal Orang Asal
YB Hj Md Zuki Yusof

14.Kebudayaan & Kesenian
Hj Muhamad Hisyam Nordin

15. Jabatan Pilihanraya
Ust Hj Azizan Hamzah

16. Jabatan IT
Abu Hassan Ghazali

17. Jawatankuasa Dana Anak Yatim(DAYA)
Ust Shahrudin Ibrahim

18.Jawatankuasa Pembangunan & Kewangan Kompleks PAS Kedah
YB Dato' Ir Hj Amiruddin Hamzah

19.Majlis Muassasah Darul Ulum
Ust Dr.Ahmad Fakruddin Fakhrurazi

20.Majis Setiausaha
Ust Musoddak Ahmad

21. Pengurusan Kecemasan & Bencana
Dato' Dr.Mohd Hayati Othman

22.Pusat Penyelidikan Fadhil Noor
Dato' Dr. Abd Isa Ismail

23.Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi
Hj Muhamad Sanusi Md Noor

24. Sekretariat Pembangunan Insan
YB Ust Mohd Azam Abd Samat

25. Sekretariat Wakil Rakyat
YB Dato' Ir.Hj Amiruddin Hamzah

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

USTAZ MUSODDAK HJ AHMAD
Setiausaha
PAS Negeri Kedah


Sila kongsi artikel ini...

ISMA: " .. Chauvinis diaspora inilah saban hari membuat provokasi; memperlekeh ajaran agama Islam, mempersenda budaya orang Melayu .."

12:22 AM 0 Comments A+ a-



Berikutan insiden di Plaza Low Yat malam tadi, puluhan ribu memaki dan menghamun orang-orang Cina di media sosial. Ribuan juga yang mengangkat budak Melayu berkenaan sebagai hero.


Perbuatan memaki dan menghamun, hatta perbuatan "melanggar" kedai Cina itu pun, tidak lain hanya tindak balas perasaan marah. Melayu memang terkenal dengan amuk. Tetapi marah orang Melayu ini, senang dipujuk. Lambat panas, cepat sejuk. Itulah masalahnya.

Kejadian ini hanya satu simptom kepada penyakit barah yang kronik; perniagaan yang dijayakan dengan menipu, dilindungi rasuah dan samseng.

Anak muda itu sudah tentu tidak akan bertindak "melepaskan geram" begitu, jika kita mempunyai pihak penguatkuasa yang berwibawa. Sudah jadi rahsia umum, peniaga chauvinis diaspora tidak berani diusik penguatkuasa, walau sekadar penjaja jalanan.

Chauvinis diaspora inilah saban hari membuat provokasi; memperlekeh ajaran agama Islam, mempersenda budaya orang Melayu, mempersoal kedudukan Islam, Melayu dan institusi Raja dalam kenegaraan Malaysia, menghasut orang Melayu agar membenci mufti dan ulamak, dan sebagainya.

Mereka juga terkenal mengotorkan dinding-dinding awam, papan-papan tanda, pintu-pintu premis perniagaan dengan iklan pinjaman "Along", menggoda orang Melayu yang suka berhutang atau yang terdesak.

Tetapi semua perangai jelik itu dan banyak lagi, tiada tindakan diambil oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah kebal di sisi undang-undang.

Hakikatnya mereka dilindungi oleh pengkhianat bangsa Melayu sendiri, yang menjual maruah bangsa untuk mendapatkan sedikit laba di dunia.

Oleh itu tidak pelik jika rakyat mengambil tindakan sendiri.

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab Rahman
Ketua Penerangan Isma


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.