Maklumat Terkini Kejadian Rempuhan di Mina

10:59 PM 0 Comments A+ a-



MAKLUMAT TERKINI KEJADIAN REMPUHAN DI MINA

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum WBT.

Rentetan daripada tragedi di Mina, saya ingin menyampaikan maklumat terkini mengenai kejadian tersebut. Setelah dibuat semakan di tujuh (7) maktab dan 15 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan TH Travel & Services Sdn Bhd, tiada jemaah haji yang terlibat dalam kejadian pada pagi tadi.


Saya ingin makkumkan bahawa jemaah haji Malaysia akan melaksanakan lontaran sesudah asar, iaitu pada jam 5.30 petang dan 8.00 malam nanti.

Kita mempunyai lapan pos peronda sepanjang terowong Muassim sehingga ke Jamarat dan petugas akan melaporkan maklumat terkini mengenai keadaan semasa di kawasan berkenaan.

Mengikut maklumat yang diterima sejak dari awal pagi, tiada jemaah haji negara ini yang tersasar daripada laluan ke Kompleks Jamarat. Pos-pos peronda ini telah diwujudkan sejak awal operasi Masyair lagi, dan bukannya semasa insiden ini berlaku sahaja.

Saya juga ingin menafikan berita kematian Allahyarhamah Puan Siti Haryati Shaikh Ali, yang disebarkan melalui viral dan media sosial yang dikaitkan dengan insiden rempuhan berkenaan. Allahyarhamah telah kembali ke rahmatullah akibat sesak nafas.

Setakat ini, sejumlah 16 kematian dilaporkan termasuk tujuh mangsa yang terlibat dengan insiden runtuhan kren. Kematian lain adalah diakibatkan oleh serangan jantung dan sebagainya.

Saya juga ingin tegaskan sekali lagi bahawa, laluan jemaah haji Malaysia ke Kompleks Jamarat adalah berbeza. Jemaah haji Asia Tenggara dan Turki berkongsi laluan yang sama. Jemaah Turki telah selesai melaksanakan ibadat melontar pada pagi tadi, cuma yang tinggal adalah jemaah yang melibatkan Indonesia dan Malaysia.

Kita mendoakan agar jemaah haji kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan menunaikan ibadat dengan selamat.

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki,
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

24 SEPTEMBER 2015, JAM 3.40 PETANG


Sila kongsi artikel ini...

Insiden Rempuhan di Mina: Pemuda PAS Rakam Takziah

10:25 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media Rasmi
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

INSIDEN REMPUHAN DI MINA: PEMUDA PAS RAKAM TAKZIAH


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan takziah kepada semua keluarga jemaah haji yang meninggal dunia akibat rempuhan yang berlaku di Mina hari ini. Hingga saat ini, dilaporkan lebih daripada 200 orang jemaah haji telah meninggal dunia akibat insiden tersebut manakala angka tepat masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.

DPPM berharap agar siasatan segera dapat dilakukan oleh pihak berwajib khususnya kerajaan Arab Saudi memandangkan insiden ini adalah antara yang terburuk melibatkan jemaah haji dari seluruh dunia setakat ini. Bahkan jika dikaitkan dengan insiden kejatuhan kren tempoh hari, tahun ini boleh dikatakan merupakan tahun tragedi bagi jemaah yang menunaikan haji di Tanah Suci.

DPPM menggesa agar aspek keselamatan dapat dipertingkatkan demi keselamatan jemaah haji di masa hadapan. Post mortem secara telus dan terperinci wajib dilaksanakan segera bagi mengenal pasti punca sebenar nahas tersebut.

Takziah sekali lagi kepada keluarga semua mangsa yang terlibat dari seluruh dunia. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala dan ganjaran yang berpanjangan atas kesabaran terhadap musibah yang dialami ini.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

Bertarikh: Khamis, 10 Zulhijjah 1436H / 24 September 2015M



Sila kongsi artikel ini...

Tragedi Mina Ujian buat Ummat Islam - Nasrudin Hassan

10:04 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media Penerangan. 33

Tragedi Mina Ujian buat Ummat Islam

Oleh : Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.


1. Al Faatihah buat seluruh jamaah yang terkorban dalam tragedi rempuhan di Mina. Sehingga kini angka yang terkorban disyakki mencecah 250 orang.

2. Takziah buat keluarga mangsa tragedi rempuhan tersebut. Saya jangka ini antara insiden terburuk yang pernah melanda jamaah haji. Kebetulan dunia masih bersedih dengan peristiwa runtuhan yang menimpa jamaah haji akibat ditimpa kren baru - baru ini.

3. Dua kejadian buruk menimpa jamaah haji di Makkah dan Mina adalah menjadi ujian yang sangat besar kepada ummat Islam tahun ini. Bukan sahaja sikap bersabar atas musibah harus dipertingkatkan tetapi juga secara ikhtiarinya, siasatan rapi mesti diambil untuk mencari punca tragedi dan sekaligus meningkatkan kawalan keselamatan memandangkan Makkah adalah tumpuan jamaah haji dan umrah sepanjang masa.

4. Kita juga mengharapkan agar pengurus jamaah haji Malaysia dapat memberi khidmat terbaik kepada jamaah haji Malaysia dan mengetatkan kawalan keselamatan mereka disamping kita terus menitipkan nasihat buat jamaah haji agar dapat mematuhi arahan semasa pihak pengurusan Tabung Haji di sana.

5. Bagi pihak PAS, kami mendoakan agar seluruh jamaah haji khasnya jamaah dari Malaysia selamat dan dapat menunaikan ibadah haji dengan baik dan sempurna. Tingkatkan kewaspadaan dan keselamatan diri dan pulang membawa haji yang mabrur.

Sekian.


Sila kongsi artikel ini...

Mischievous, Manipulative, And Utter Nonsense! PSM Responds To Khalid Samad And Ong Kian Ming

6:52 PM 0 Comments A+ a-



PRESS STATEMENT :
24 SEPTEMBER 2015
MISCHIEVOUS, MANIPULATIVE, AND UTTER NONSENSE!
PSM RESPONDS TO KHALID SAMAD AND ONG KIAN MING

I refer to the article ´PSM out of Pakatan Harapan due to past issues” in yesterday’s Malaysiakini as an desperate move by some DAP and Amanah MPs trying to look good after making a blunder of rushing through in announcing a half-baked coalition which has yet to discuss nor had the endorsement of the many civil society groups who were there in the round table expecting to built on a new hope.

First let me address the utter lies of DAP's Ong Kian Ming and Amanah's Khalid Samad who before this I thought as people with high morals and integrity.

The facts are

On 1st August 2013, Sabrimi Sidek representing the PR secretariat wrote the first official letter to PSM asking if PSM agree to the PR Manifesto and the common position. This was our reply in a letter dated 8 August. On my telephone conversation with Sabrimi before sending the letter, I asked if the Common Policy Framework is the Buku Jingga and he said it was. This was because we have seen the Buku Jingga but not the Common Policy. Below I reproduce the content of our reply where we clearly stated in our own memorandum that we support PR manifesto and the Buku Jingga .

(Saya dengan hormatnya merujuk kepada surat Tuan bertarikh 1 Ogos 2013 dan juga perbualan telepon dengan saudara pada 7 Ogos 2013. Kami mengucapkan terimakasih kerana akhirnya ada juga perbincangan secara bersurat isu ini yang sudah lama tertangguh.

Semasa PRU 13, PSM ada mencetak dan mengeluarkan satu manifesto dimana tajuk Manifesto PSM adalah UDAHLAH TU ! TOLAK 56 TAHUN UMNO-BN. Saya sertakan manifesto ini disini dimana dalam mukasurat 20 & 21 digariskan Hubungan PSM & PR. Dalam Manifesto PSM, kita telah mengatakan PSM menerima dan menyokong Manifesto PR dan buku jingga.

Saya juga ingin menegaskan bahawa intepretasi kami mengenai Agenda Bersama PR adalah Buku Jingga dan manifesto yang dimaksudkan adalah Manifesto PR Harapan Rakyat yang kami terima pada hari pelancaran Manifesto. Jika ada sebarang perbedaan dalam dua dokumen ini, sila memaklumkan kepada kami.)

On the second lie, we challenge and demand an explanation on the below statement because it is not true, false and malicious, It was stated,

“The core point that PSM did not agree with was Article 153 of their Common Policy Framework, regarding the special rights of the bumiputera....”

Where and when this discussion was held, who attended and where is the evidence? There were only 3 meetings held between PSM on PR. The first meeting was attended by Tian and Azmin, second attended by Nurul Izzah, Fuziah, Muhammad Sabu and Tony Phua while the third was attended by Anwar Ibrahim, Tian Chua and Xavier Jeyakumar. In none of these meetings and all the letters exchanged by PSM with PR, was this 153 ever discussed.

PSM is neither angry nor desperate that we are not invited for the round-table as we believe that is the prerogative of the organiser but we cannot tolerate blatant lies and manipulations.

We wish the new Pakatan Harapan Baru all the best and demand an explanation.

Released by

S.Arutchelvan
Currently PSM Central Committee Member
PSM SG during the negotiations


Sila kongsi artikel ini...

ABIM menyatakan keprihatinan terhadap tragedi rempuhan manusia di Mina

6:07 PM 0 Comments A+ a-



[Kenyataan Media] 
ABIM menyatakan keprihatinan terhadap tragedi rempuhan manusia di Mina yang sehingga kini mengikut sumber agensi Al-Arabiya telah mengorbankan lebih daripada 300 orang Jamaah haji. 

ABIM mengikuti secara dekat perkembangan yang berlaku dan menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan keselamatan jamaah Haji Malaysia yang sedang berada di Mina ketika ini. ABIM juga menyeru agar seluruh umat Islam mengerjakan solat Hajat mendoakan keselamatan jamaah Haji kita sehingga selamat menyempurnakan ibadah Haji.

Mohamad Raimi Ab.Rahim, 
Presiden, 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


Sila kongsi artikel ini...

Keputusan PAS Tepat - Tuan Ibrahim Tuan Man

11:55 AM 0 Comments A+ a-



Keputusan PAS tepat

Perjumpaan antara PAS dengan PKR di Pejabat PKR pada September 15 yang lalu langsung tidak dimaklumkan tentang adanya persidangan meja bulat pembangkang.

Persidangan meja bulat pembangkang dimaklumkan kemudian, dan pada awalnya ia diberi gambaran bahawa persidangan itu sekadar sebagai perbincangan isu melibatkan kepentingan rakyat. Namun apa yang berlaku tenyata persidangan itu mempunyai agenda lain.


Di persidangan itu, laporan pelbagai media mendedahkan ada pihak tertentu yang tergesa-gesa mengumumkan kelahiran gabungan baru iaitu Pakatan Harapan. Dakwaan itu lebih terserlah dan seolah-olah dibenarkan melalui pengisytiharan serta-merta kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan oleh DAP Pulau Pinang.

Tindakan sepantas kilat itu telah menambat persepsi di minda rakyat mengenai siapa sebenarnya perancang utama di dalam pakatan yang baru ini.

Oleh itu, keputusan PAS tidak menyertai persidangan meja bulat pembangkang pada 22 September terbukti tepat.

Apapun, pada waktu ini, PAS sebagai parti pembangkang terbesar, tidak akan terlibat dalam Pakatan Harapan kerana PAS tidak mempunyai hubungan politik dengan DAP dan juga Parti Pekerja @ Amanah.

PAS akan terus mara ke depan bersama Islam dan menguatkan jentera parti bagi menuntut perubahan total bersama rakyat Malaysia untuk merehatkan Umno-BN sebagaimana yang ditegaskan Presiden PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
24 Sept 15


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.