Keputusan PAS Tepat - Tuan Ibrahim Tuan Man

11:55 AM 0 Comments A+ a-



Keputusan PAS tepat

Perjumpaan antara PAS dengan PKR di Pejabat PKR pada September 15 yang lalu langsung tidak dimaklumkan tentang adanya persidangan meja bulat pembangkang.

Persidangan meja bulat pembangkang dimaklumkan kemudian, dan pada awalnya ia diberi gambaran bahawa persidangan itu sekadar sebagai perbincangan isu melibatkan kepentingan rakyat. Namun apa yang berlaku tenyata persidangan itu mempunyai agenda lain.


Di persidangan itu, laporan pelbagai media mendedahkan ada pihak tertentu yang tergesa-gesa mengumumkan kelahiran gabungan baru iaitu Pakatan Harapan. Dakwaan itu lebih terserlah dan seolah-olah dibenarkan melalui pengisytiharan serta-merta kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan oleh DAP Pulau Pinang.

Tindakan sepantas kilat itu telah menambat persepsi di minda rakyat mengenai siapa sebenarnya perancang utama di dalam pakatan yang baru ini.

Oleh itu, keputusan PAS tidak menyertai persidangan meja bulat pembangkang pada 22 September terbukti tepat.

Apapun, pada waktu ini, PAS sebagai parti pembangkang terbesar, tidak akan terlibat dalam Pakatan Harapan kerana PAS tidak mempunyai hubungan politik dengan DAP dan juga Parti Pekerja @ Amanah.

PAS akan terus mara ke depan bersama Islam dan menguatkan jentera parti bagi menuntut perubahan total bersama rakyat Malaysia untuk merehatkan Umno-BN sebagaimana yang ditegaskan Presiden PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
24 Sept 15


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.