Isu Justo Tidak Relevan!! Jangan Cuba Alih Pandangan!! - Khairuddin Abu Hassan

11:49 PM 0 Comments A+ a-



TV3suku ISU JUSTO TIDAK RELEVAN!! JANGAN CUBA ALIH PANDANGAN!!

TV3suku ni tak habis-habis cuba alih pandangan rakyat dengan cuba mainkan isu justo, clare brown dan pemilik akhbar The Edge kononnya berkonspirasi untuk jatuhkan najib tun razak serta kerajaan Malaysia hampir setiap malam!!

Mereka nampak bertungkus-lumus untuk alihkan pandangan rakyat dari isu sebenar.


Hakikatnya, polemik kes skandal 1MDB ini senang saja untuk diselesaikan serta menutup kesnya!! Apa yang najib tun razak perlu lakukan ialah dengan bercakap benar serta bagi jawapan yang telus!!

Di manakah duit-duit rm7 billion yang dilaburkan di kepulauan caymen berada pada masakini?! Di manakah duit-duit KWAP rm4 billion berada dan apa jadi dengan duit yang kononnya berjumlah usd1.103 billion kononnya disimpan dalam bank BSI singapura?!

Rakyat tak mahu dengar pelan rasionalisasi syarikat 1MDB!! Budak tingkatan 6 pun boleh beri taklimat mengenainya. Duit-duit berjumlah berbillion ringgit hilang dan syarikat tanggung bebanan hutang; dapat aset-aset dibeli pada kadar murah dari kerajaan dijual dengan harga yang tinggi untuk bayar hutang 1MDB!! Saya pun boleh buat macam tu!!

Tetapi pokok persoalannya, mana pergi duit-duit syarikat 1MDB sebelum ini yang dikatakan dilabur di serata dunia menghilang?!

Tolong jawab persoalan ini cukuplah TV3suku!! Yang lain janganlah dok kelentong nak perbodohkan rakyat Malaysia yang bijak ini!! Rakyat Malaysia mentaliti mereka bukan macam puak-puak kaki bodek minda lemah otak udang dari barisan kabinet 'half past six' najib tun razak!!

Saya ingin sarankan kepada TV3suku supaya suruh najib tun razak jawab persoalan ini secara telus, jelas serta lurus maka kemungkinannya isu skandal 1MDB boleh dileraikan secara selamanya tanpa harus dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak selepas ini!!

Sehingga kini najib tun razak, arul kanda kandasamy dan 1MDB tidak pernah memberi jawapan secara komprehensif mengenai dana-dana ini yang kita semua tidak tahu di manakah ia sedang berada pada hari ini!!

TV3suku mungkin boleh diperbodohkan oleh najib tun razak, arul kanda kandasamy dan 1MDB tetapi 28 juta rakyat Malaysia tidak bodoh seperti TV3suku ini!!




Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Rasmi Timbalan Presiden FAM, Mengenai Insiden Pada Perlawanan Antara Malaysia dengan Arab Saudi

6:04 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN RASMI TIMBALAN PRESIDEN FAM, DATO' SRI HAJI AFANDI BIN HAMZAH MENGENAI INSIDEN PADA PERLAWANAN ANTARA MALAYSIA DAN ARAB SAUDI

FAM sedang bekerjasama dengan pihak OCPD Shah Alam dan Pesuruhjaya Perlawanan yang telahpun menyerahkan laporannya kepada pihak FIFA mengenai perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia lawan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, awal pagi tadi.

FAM akan menunggu keputusan FIFA berhubung perkara ini dan akan mengumumkan keputusan berkenaan sewajarnya.


FAM memandang serius terhadap isu keselamatan stadium terutamanya mengenai isu keselamatan kesemua pihak termasuklah penonton, pemain dan pegawai yang berada di stadium.

DATO' SRI HAJI AFANDI BIN HAMZAH
TIMBALAN PRESIDEN FAM
9 SEPTEMBER 2015


Sila kongsi artikel ini...

Rakyat Bebas Sertai Perhimpunan Tuntut Hak Rakyat, Tapi Bukan Himpunan Perkauman - Mat Sabu

6:03 PM 0 Comments A+ a-



RAKYAT BEBAS SERTAI HIMPUNAN TUNTUT HAK RAKYAT, TAPI BUKAN HIMPUNAN PERKAUMAN

Rakyat Malaysia berhak menyertai mana-mana himpunan aman untuk menuntut hak-hak mereka yang dinafikan seperti gaji minima, hak bersuara, keadilan pilihan raya, kebebasan media, dan menentang rasuah dan penyelewengan, sama ada terhadap majikan mahupun pemerintah.


Jika tujuan himpunan seperti saya sebutkan di atas itu, saya sendiri akan turut menyertainya dan mengajak rakyat untuk bersama-sama, tanpa mengira siapa penganjurnya.

Tetapi, jika himpunan itu berunsur perkauman, membela kezaliman, mempertahan orang yang dituduh rasuah atas nama kaum, maka himpunan seperti itu wajar dijauhi.

Himpunan seperti itu hanya akan menimbulkan perselisihan antara kaum dan agama, dan bukan dibuat atas kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Oleh itu, rakyat perlu membuat pertimbangan waras sama ada perlu atau tidak, untuk menyertai himpunan yang akan dibuat kumpulan yang menamakan mereka sebagai Baju Merah, pada 16 September ini.

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
9 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

1MDB Pertahan Penyata Akaun Diauditnya - 1MDB

6:01 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media oleh 1MDB (1Malaysia Development Berhad)

9 September 2015

1MDB Pertahan Penyata Akaun Diauditnya

Kami merujuk kepada artikel berat sebelah oleh Wall Street Journal hari ini berkenaan pembayaran AS$1.4 bilion oleh 1MDB. Kami mengambil maklum bahawa Wall Street Journal tidak menamakan sumbernya atau memberikan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan tidak berasas yang dibuat olehnya, lantas menjejaskan kredibiliti artikelnya yang bersifat sensasi tersebut.

1MDB tidak dapat mengeluarkan kenyataan bagi pihak Aabar atau IPIC, dan tidak dapat membuat sebarang komen berkenaan urusan perakaunan pihak ketiga. Apa yang kami dapat sahkan ialah penyata akaun diaudit 1MDB dengan jelasnya telah menyatakan jumlah dan tujuan pembayaran, dan bagi mengelakkan sebarang keraguan, ia distruktur sebagai deposit (iaitu aset kewangan yang dimiliki 1MDB dan bukannya perbelanjaan oleh 1MDB).

Kedua, berdasarkan pembayaran tersebut, kami mengesahkan bahawa IPIC telah dan akan terus memberikan jaminan bagi prinsipal dan faedah ke atas 2 x bon AS$1.75 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB, dengan jumlah keseluruhan prinsipal dan faedah kira-kira AS$5.5 bilion.

Ketiga, kami mengesahkan bahawa auditor 1MDB iaitu Deloitte, telah membuat siasatan yang spesifik dan terperinci berkenaan pembayaran tersebut sebelum memberikan kelulusan (sign-off) ke atas penyata akaun diaudit 1MDB.

Keempat, Deloitte dengan sesungguhnya telah mempertahankan kaedah mereka dan proses audit 1MDB ketika sidang Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sebuah jawatankuasa dwi-partisan terpilih oleh Parlimen Malaysia. Oleh itu, Wall Street Journal adalah salah bila menyebut “adalah tidak jelas apa yang berlaku kepada dana tersebut”, sekurang-kurangnya tidak daripada perspektif 1MDB.

Lebih penting lagi, kami tidak menyangka sebuah penerbitan yang sehingga kini mempunyai reputasi baik seperti Wall Street Journal akan menggunakan maklumat yang secara terang-terangan adalah sulit dalam laporannya. Kami merujuk secara spesifik pengesahan WSJ bahawa ia telah mengkaji sebuah “transkrip prosiding” daripada sebuah jawatankuasa parlimen yang menyiasat 1MDB, yang mana satu-satunya sumber yang berkemungkinan ialah sidang PAC berkenaan 1MDB.

Peraturan Mesyuarat (Standing Orders) Parlimen Malaysia dengan jelasnya menyatakan bahawa “Keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa-siapa ahli Jawatankuasa itu, atau oleh siapa-siapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis”.

Tindakan Wall Street Journal ini merupakan perbuatan yang berkemungkinan melanggar undang-undang Malaysia oleh sebuah penerbitan luar yang dihormati. Kami juga ingin menyuarakan kebimbangan kami berkenaan pihak yang terbabit dengan sidang PAC yang mungkin telah membocorkan transkrip ini, yang secara jelasnya merupakan percubaan untuk menimbulkan prejudis terhadap siasatan PAC dan menafikan hak 1MDB terhadap proses wajar seperti yang termaktub dalam undang-undang Malaysia.

1MDB menyeru pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat perkara ini dengan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memelihara integriti proses dan Peraturan Mesyuarat Parlimen Malaysia.


Sila kongsi artikel ini...

Kedudukan Kompleks Perkayuan Kelantan - Husam Musa

5:22 PM 0 Comments A+ a-



Salinan Surat Kepada :

YAB Ustaz Dato Menteri Besar,
Kelantan Darul Naim,
merangkap Pengerusi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
(PKINK)


KEDUDUKAN KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN (KPK)

Pagi ini saya membaca berita mengenai KPK diperintahkan membayar sebanyak RM 2.3 juta kepada Encik Tien Chuan Sen.

Ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan KPK terhadap dua keputusan asal Mahkamah Tinggi Kota Bharu ke atas tuntutan yang dibuat oleh Encik Tien sejak 2013.

Ia menggerakkan saya untuk bertanya lebih lanjut beberapa isu mengenai KPK supaya saya selaku ADUN dan rakyat Kelantan keseluruhannya mengetahui kedudukan sebenar KPK sekarang.

A. Penyerahan Konsesi Tebangan KPK

Saya difahamkan kawasan konsensi KPK dengan kuota tebangan sebanyak 2,000 ekar setahun telah diserahkan kepada sebuah syarikat iaitu Souncern Timber Sdn Bhd.

Saya difahamkan Souncern Timber dikehendaki membayar pulangan kepada KPK hanya sebanyak RM 1,700 seekar. Ini bermakna, untuk kawasan konsensi seluas 2,000 ekar, KPK hanya akan mendapat RM 3.4 juta!

Ditambah sedikit dengan hasil sewaan kilang KPK kepada Souncern sebanyak RM 30,000 sebulan atau RM 360,000 setahun sahaja!

Pertanyaan saya ialah:

i. Adakah pemilihan syarikat kontrak tebangan konsensi penuh KPK ini dibuat secara tender terbuka atau tidak?

Jika tidak, apa kriteria yang digunakan untuk memilih syarikat ini?

ii. Kenapakah bayaran yang diterima oleh KPK hanya RM 1,700 seekar?

Adakah konsensi yang diberikan termasuk hutan dara?

Semakan saya di pasaran menunjukkan, bagi kawasan KPK yang dikira prime dengan sebahagian mengandungi kayu prime seperti meranti merah, ia boleh mencapai sebanyak RM 4,000 hingga RM 5,000 seekar atau lebih. Lebih-lebih lagi bila kawasan yang luas seperti itu diberikan.

iii. Adakah penilaian telah dibuat terhadap kawasan konsensi yang diserahkan kepada Souncern?

Berapa nilaian itu?

Siapa melaksanakan nilaian tersebut?

Jika nilaian tidak dibuat, mengapa?

iv. Memandangkan kedua-dua anak syarikat Souncern Timber Sdn Bhd yang berurusan dengan KPK dari segi tebangan, pengilangan dan penanaman ladang atas tanah KPK iaitu KPK Sk Timber Sdn. Bhd. dan KPK Sk Plantations Sdn. Bhd. dimiliki 70% oleh Souncern, siapakah pemilik 30% lagi saham bagi kedua syarikat tersebut?

Apa tujuan Souncern menubuhkan anak syarikat dengan kaitan nama KPK ini?

v. Memandangkan Souncern ada menubuhkan syarikat perladangan atas nama KPK Sk Plantations Sdn. Bhd., adakah Souncern juga akan diberikan konsensi membuka ladang atas tanah-tanah KPK?

Jika ya, berapa keluasannya? Apakah terma-termanya?

Adakah ini juga bermakna Souncern akan diberikan hak untruk menebang habis mana-mana kawasan yang diberikan kepadanya? Jika benar, tentulah bayaran hanya sebanyak RM 1,700 seekar akan menjadi teramat rendah berbanding jumlah balak yang dikeluarkan melalui tebangan habis.

Pohon penjelasan.

B. 20,000 ekar untuk Dana Perumahan Rakyat Kelantan

Seingat saya, kerajaan telah memutuskan untuk KPK mendedikasikan kawasan konsensinya seluas 20,000 ekar untuk Dana Perumahan Mampu Milik Rakyat Kelantan sekitar tahun 2012.

Kerajaan telah mengarahkan pengurusan KPK melaksanakan tender terbuka di mana dianggarkan harga tawaran antara RM 3,000 hingga RM 5,000 seekar. Dengan itu, KPK boleh mengutip anggaran antara RM 60 juta hingga RM 100 juta.

RM 50 juta adalah dikhususkan kepada Dana Perumahan berkenaan.

Saya difahamkan, hingga kini, sumbangan KPK dari kawasan berkenaan untuk Dana Perumahan adalah kosong sedangkan kelulusan kawasan berkenaan telah bertukar tangan dan segala macam telah didengar mengenai bagaimana ia diuruskan.

Melalui surat ini, saya mohon satu penjelasan terperinci apa yang terjadi kepada kawasan berkenaan.

Saya juga ingin tahu, selepas hasrat kerajaan gagal sepenuhnya bagi kawasan berkenaan, adakah pemeriksaan odit forensik telah dilakukan untuk mengesan kesilapan atau salah guna mungkin telah berlaku?

Apa hasil semakan odit itu?

Apa firma odit yang melakukannya?

Jika belum dibuat, adakah kerajaan bercadang berbuat demikian?

Jika odit forensik akan dilakukan, saya mencadangkan beberapa projek KPK yang terbengkalai dan membazir turut sama diperiksa. Seperti Bandar Baru Dabong yang terbengkalai dan berbagai perbelanjaan/pelaburan hangus KPK ke atasnya, pembinaan galeri pameran di Stong yang tidak digunakan dan pembinaan pejabat baru di Stong yang berakhir dengan VSS hampir semua staf kini dan lain-lain.

Pemeriksaan odit ini adalah penting untuk membersihkan nama baik Kerajaan dan kegunaan YAB untuk menapis mana-mana elemen yang merosakkan aset-aset Kerajaan negeri bagi mengelakkan kerosakan yang lebih banyak.

C. Saya difahamkan, ada satu lagi kes saman yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi sekarang dengan tuntutan RM 7 juta.

Saya berharap, Lembaga KPK dan Lembaga PKINK tidak memandang remeh tuntutan seperti ini. Jalan penyelesaian yang sebaiknya harus difikirkan supaya ianya tidak merugikan Kerajaan.

Saya difahamkan, baik kes yang sedang berjalan mahu pun kes di mana KPK telah kalah, semuanya adalah kes yang mudah dan lurus berkait jual beli pembalakan yang biasa.

Saya tidak faham mengapa KPK tidak boleh menguruskan dengan sebaiknya.

Jiika KPK tewas sekali lagi dan diperentahkan membayar RM 7 juta, pendapatan dua tahun KPK dengan menyerahkan konsensi kepada Souncern tidak cukup untuk membuat pembayaran itu!

D. KPK satu masa dulu adalah syarikat flagship kepada PKINK dan juga Kerajaan Negeri.

Dengan kawasan konsensi yang begitu luas, bernilai dan strategik, ia berakhir dengan menjadi kucing yang keletihan.

Kenapa ini boleh terjadi?

Saya difahamkan dengan perkembangan terbaru ini, semua kakitangan KPK kecuali kurang dari sepuluh orang, telah diberikan pemberhentian pilihan. Pemberhentian kerja pilihan ini akan menambahkan rakyat tanpa pekerjaan di negeri kita.

E. Saya yakin YAB berpegang kepada prinsip akauntabiliti sebagai satu dari teras UMI di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

Tentulah tidak keberatan untuk YAB menjelaskan beberapa persoalan yang saya bangkitkan ini.

Mengambil kesempatan ini juga, suka saya sebutkan dua surat saya masing-masing kepada YB Datuk Haji Hanipa Ahmad (surat kedua) dan Tuan Pengarah Jabatan Perhutan Negeri sejak pertengahan Ogos lalu mengenai isu tebangan haram di Ulu Sat masih belum berjawab.

Surat itu disalinkan juga sebelum ini kepada YAB.

Saya pohon YAB ingatkan mereka untuk bersikap telus dan bertanggung jawab dengan menjawab surat saya.

Perhatian YAB terhadap surat saya ini sangat saya hargai.

Saya menunggu jawapan balas dari YAB.

Sekian. Terima kasih.

YB Datuk Husam Musa
Adun Salor
23 Zulkaedah 1436/7 September 2015

Lampiran

Berikut saya lampirkan petikan dari laman web Souncern Timber Sdn Bhd mengenai dua anak syarikat yang baru ditubuhkannya berkaitan KPK:

Souncern Timber Sdn Bhd Key Developments
Souncern Timber Sdn Bhd Incorporates Two New Subsidiaries
Mar 25 14
The Board of Directors of Sern Kou Resources Bhd announced the wholly-owned subsidiary of the company, namely Souncern Timber Sdn Bhd had incorporated the following two companies as its new 70% owned subsidiary. KPK Sk Timber Sdn. Bhd. incorporation on March 24, 2014 with issue and paid up capital of MYR 100 only. The principal activity of the KPK Sk Timber is timber extraction and processing activities. KPK Sk Plantations Sdn. Bhd. incorporation on March 24, 2014 with issue and paid up capital of MYR 100 only. The principal activity of the KPK Sk Plantations is plantation.

S.k

1. Lembaga Pengurusan PKINK
2. Media


Sila kongsi artikel ini...

Skandal 1MDB: Perletakan Jawatan Tan Sri Abdul Samad Bukan Perkara Kecil - Wan Ahmad Fayhsal

4:16 PM 0 Comments A+ a-



SKANDAL 1MDB: PERLETAKAN JAWATAN TAN SRI ABDUL SAMAD BUKAN PERKARA KECIL

oleh: Wan Ahmad Fayhsal

Kita mungkin tak kenal beliau tapi Tan Sri Abdul Samad adalah salah seorang figura besar dalam dunia korporat Malaysia. Sangat berpengalaman sebagai juruakaun dan juruaudit pernah berada di peringkat tertinggi firma seperti Arthur Andersen Malaysia (sebelum bungkus akibat skandal ENRON di US) dan E&Y. Beliau juga amat terkenal sebagai "nominee" Bank Negara dalam banyak syarikat milik kerajaan.

Beliau juga adalah mantan Presiden Malaysian Institute of Accountants dan the Malaysian Institute of Certified Public Accountants.

Jangan sesekali lupa bahawa beliau bukan sekadar ahli lembaga penasihat 1MDB. Beliau juga adalah ahli dalam panel pelaburan Tabung Haji. Ini bermakna beliau tahu keputusan penting melibatkan 1MDB dan Tabung Haji khususnya berhubung penjualan tanah TRX kepada Tabung Haji oleh 1MDB dan juga apakah beliau juga tahu berhubung Tabung Haji membeli "off market" 30% ekuiti Putrajaya Perdana Berhad (PPB) yang dijual sebaik saja Jho Low menjual PPB (yang Jho Low swastakan daripada UBG Berhad milik Taib Mahmud) kepada Datuk Rosman Abdullah (yang ditahan SPRM bersama salah seorang lagi pengarah PPB iaitu Jerome Lee sewaktu Gani Patail mengetuai siasatan 1MDB) melalui SPV Cendana Destini Sdn. Bhd (dari mana datang duit berjuta ringgit beli ekuiti PPB???).

Beliau, Tan Sri Samad, "anytime" lebih berpengalaman dan lebih tahu apa sebenarnya 1MDB dan transaksi melibatkan Tabung Haji daripada Lim Sian See dan Tuan Haji Azmi Arshad, CFO REACH Energy Bhd. yang bukan ahli UMNO malah tidak ada apa-apa kaitan dengan 1MDB tetapi seperti bekas CEO CIMB Islamic, mereka berdua ini amat-amat bersemangat mempertahankan 1MDB, mempertahankan RM 2.6 bilion "donation" dan memaki hamun, sumpah seranah ke atas Transparency International yang bertandang ke Persidangan Anti-Korupsi Sedunia (IACC) yang banyak kritik RM 2.6 bilion itu baru-baru ini.

Kalau Pengerusi CIMB, adik Najib Razak sendiri risau akan perletakan jawatan ini, kenapa masih ada yang nak tegakkan benang yang basah berkenaan 1MDB?

Boleh baca lanjut dalam laporan The Star "Up close and personal with Tan Sri Abdul Samad Alias" -http://www.thestar.com.my/Story/?file=%2F2011%2F8%2F27%2Fbusiness%2F9369398&sec=business


Sila kongsi artikel ini...

Mahfuz Omar: Minta PM Najib Nafi Yang Beliau Tandatangan Cek Untuk 4 Syarikat Di Hong Kong Atau Berkongsi Kejayaan Dengan Usahawan Malaysia Khususnya Bumiputra

3:39 PM 0 Comments A+ a-

Kenyataan media.

MINTA PM NAJIB NAFI YANG BELIAU TANDATANGAN CEK UNTUK 4 SYARIKAT DI HONG KONG ATAU BERKONGSI KEJAYAAN DENGAN USAHAWAN MALAYSIA KHUSUSNYA BUMIPUTRA

1.Satu laporan polis telah dibuat terhadap Dato'Seri Najib pada 30 Ogos 2015 du Ibu Pejabat Polis Hong kong oleh Datuk Khairudin Abu Hassan bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan.Laporan tersebut adalah berkaitan dengan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Najib adalah penandatangan (signatory)cek untuk empat syarikat di Hong Kong

2.Berasaskan laporan polis tersebut, Najib didakwa telah menjadi penandatangan (signatory) kepada empat syarikat di Hong Kong. Senarai syarikat seperti dibawah.
a)Alliance Assets International Limeted.
b)Cityfield Enterprises Limited.
c)Bartinggale International Limited.
d)Wonder Quest Investments Limited.

Semua syarikat tersebut menggunakan alamat yang sama iaitu 23-F Three,Exchange Square,No.8,Connaught Place Hong Kong serta akaun bank yang sama iaitu Credit Suisse Ag cawangan Hong Kong dan dikata didalam akaun syarikat tersebut pernah mempunyai rekod simpanan sejumlah RM1.25 bilion.

3.Persoalannya sekarang ialah rakyat Malaysia ingin tahu dari PM ialah apakah benar laporan tersebut yang didakwa keatas Dato'Seri.Hingga sekarang tiada sebarang penafian dari YAB.Jika benar seperti laporan tersebut rakyat ingin mengetahui apa kepentingan dan kedudukan Dato'Seri dalam empat syarikat tersebut.Adakah Dato'Seri merupakan pemilik tunggal syarikat tersebut berdasarkan laporan polis tersebut mendakwa Dato'Seri ialah penandatangan (signatory) tunggal akaun akaun tersebut.

4.Jika benar dakwaan dari laporan polis tersebut rakyat juga ingin mengetahui apakah jenis perniaagan empat syarikat tersebut dan sudah berapa lama Dato'Seri menguruskan syarikat tersebut dan berapa modal berbayar serta dari sumber mana Dato'Seri memperoleh modal untuk menguruskan syarikat yang berpengkalan di Hong Kong.

5.Jawapan dan penjelasan dari YAB Dato'Seri sangat dinanti oleh rakyat dan ianya akan menjadi panduan dan motivasi pada usahawan Malaysia khususnya bumiputra untuk mengorak langkah menjejaki dari kejayaan Dato'Seri.Kehebatan menjalankan perniagaan berpengkalan di Hong Kong dan bukannya di Jerlun atau Cerok Tok Kun adalah sesuatu yang sangat menakjubkan.Pengalaman dan kehebatan Dato'Seri berada didunia perniagaan persada antarabangsa perlulah dikongsi bersama rakyat Malaysia.

MALAYSIA BOLEH!

Dato'Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
9 Sept 2015/25 Zulkaedah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

TV3suku Reka Cerita Namun Mereka Tak Akan Mampu Berbohong Lama - Khairuddin Abu Hassan

1:41 AM 0 Comments A+ a-



TV3suku REKA CERITA NAMUN MEREKA TAK AKAN MAMPU UNTUK BERBOHONG LAMA

oleh" - Khairuddin Abu Hassan

Saya amat geli hati melihat TV3suku berhempas pulas memainkan isu justo serta tak abis-abis berbohong untuk mencemarkan imej clare brown, tun dr mahathir, The Edge serta yb nurul izzah!!

TV3suku reka cerita dan memanipulasikan isu justo seolah-olah berkonspirasi bersama clare brown, tun dr mahathir, TheEdge serta yb nurul izzah untuk menjatuhkan kerajaan masakini!! TV3suku ni bodoh kot tak faham bahasa melayu!!


Contoh macam saya bukan nak jatuhkan kerajaan tetapi berjuang untuk menegakkan kebenaran kearah menyingkir Perdana Menteri yang korup serta salah guna kuasa!! Itu saja!!

Sebab itu polis antarabangsa INTERPOL pun menolak permintaan kerajaan Malaysia untuk menangkap clare brown kerana segala tuduhan itu tidak berasas sama sekali!!

Penolakan INTERPOL terhadap permintaan putrajaya benar-benar mengaibkan ketua polis negara (kpn) serta kerajaan najib tun razak!! Sungguh mengaibkan maruah Malaysia!! Amat memalukan kita!!

Kalau penulisan clare brown dalam sarawak report tidak berasas dan banyak menuduh najib tun razak; kenapa Perdana Menteri tak mahu saman akhbar the wall street journal (wsj) dan sarawak report (sr)??!! Najib tun razak tunggu apa lagi?! Saman sajalah!! Kata nak saman wall street journal dan sarawak report tapi malangnya sampai hari ini masih cakap kosong!!

Apa najib tun razak ingat rakyat Malaysia ni bodoh kah?? Dok cakap kosong tapi tindakannya tak dak pun!! Apa najib tun razak dok tunggu lagi?!

Tuduhan wall street journal dan sarawak report mengenai wang rm2.6 billion masuk akaun peribadi najib; itu kan cerita betul dan berasas sehingga golongan kaki bodek minda lemah otak udang najib tun razak tak mampu nak menangkis!!

Tuduhan sarawak report dalam kes skandal serta penyelewengan dana 1MDB semua betul!! Sebab itu sehingga kini 1MDB dan najib tun razak tak boleh jawab mana dana-dana yang dilaburkan di kepulauan caymen lebih kurang rm7 billion berada pada masakini!!

Akhirnya, yang menipu parlimen adalah najib tun razak!! Perdana Menteri kata kononnya sebahagian duit yang dilaburkan di kepulauan caymen sejumlah usd1.103 billion disimpan dalam bentuk tunai di dalam akaun bank BSI singapura!! Akhirnya, monetary authority of singapore (mas) mengesahkan duit itu tidak ujud dan 1MDB bagi dokumen palsu pada bank BSI singapura!!

Jadi di sini, siapa yang berbohong??!! Saya rasa yang berbohong adalah najib tun razak serta kuncu-kuncu minda lemahnya yang cuba untuk tutup kemungkaran boss mereka!!

TV3suku tunggulah sehingga kebenaran muncul dan pada waktu itu kita tahulah apa tindakan undang-undang yang bakal diambil keatas mereka yang gemar menipu untuk bersekongkol menutup kemungkaran skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah negara kita!!

Tolonglah jangan terlalu banyak berbohong TV3suku!! Rakyat Malaysia amat bijak dan tidak bodoh seperti mereka semua!!





Sila kongsi artikel ini...

Anjing dan Isu Masyarakat Malaysia - DrMAZA

1:07 AM 0 Comments A+ a-



ANJING DAN ISU MASYARAKAT MALAYSIA

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas. Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam menyambut hariraya timbul, pelbagai reaksi lahir. Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata video itu hina umat Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;

Samakan Dengan Anjing
Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?
Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?
Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.

Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Memegang Anjing?

Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat.

Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat mazhab-mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Memelihara Anjing Dalam Rumah

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha.

Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.
Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan pagi ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.