Mahfuz Omar: Minta PM Najib Nafi Yang Beliau Tandatangan Cek Untuk 4 Syarikat Di Hong Kong Atau Berkongsi Kejayaan Dengan Usahawan Malaysia Khususnya Bumiputra

3:39 PM 0 Comments A+ a-

Kenyataan media.

MINTA PM NAJIB NAFI YANG BELIAU TANDATANGAN CEK UNTUK 4 SYARIKAT DI HONG KONG ATAU BERKONGSI KEJAYAAN DENGAN USAHAWAN MALAYSIA KHUSUSNYA BUMIPUTRA

1.Satu laporan polis telah dibuat terhadap Dato'Seri Najib pada 30 Ogos 2015 du Ibu Pejabat Polis Hong kong oleh Datuk Khairudin Abu Hassan bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan.Laporan tersebut adalah berkaitan dengan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Najib adalah penandatangan (signatory)cek untuk empat syarikat di Hong Kong

2.Berasaskan laporan polis tersebut, Najib didakwa telah menjadi penandatangan (signatory) kepada empat syarikat di Hong Kong. Senarai syarikat seperti dibawah.
a)Alliance Assets International Limeted.
b)Cityfield Enterprises Limited.
c)Bartinggale International Limited.
d)Wonder Quest Investments Limited.

Semua syarikat tersebut menggunakan alamat yang sama iaitu 23-F Three,Exchange Square,No.8,Connaught Place Hong Kong serta akaun bank yang sama iaitu Credit Suisse Ag cawangan Hong Kong dan dikata didalam akaun syarikat tersebut pernah mempunyai rekod simpanan sejumlah RM1.25 bilion.

3.Persoalannya sekarang ialah rakyat Malaysia ingin tahu dari PM ialah apakah benar laporan tersebut yang didakwa keatas Dato'Seri.Hingga sekarang tiada sebarang penafian dari YAB.Jika benar seperti laporan tersebut rakyat ingin mengetahui apa kepentingan dan kedudukan Dato'Seri dalam empat syarikat tersebut.Adakah Dato'Seri merupakan pemilik tunggal syarikat tersebut berdasarkan laporan polis tersebut mendakwa Dato'Seri ialah penandatangan (signatory) tunggal akaun akaun tersebut.

4.Jika benar dakwaan dari laporan polis tersebut rakyat juga ingin mengetahui apakah jenis perniaagan empat syarikat tersebut dan sudah berapa lama Dato'Seri menguruskan syarikat tersebut dan berapa modal berbayar serta dari sumber mana Dato'Seri memperoleh modal untuk menguruskan syarikat yang berpengkalan di Hong Kong.

5.Jawapan dan penjelasan dari YAB Dato'Seri sangat dinanti oleh rakyat dan ianya akan menjadi panduan dan motivasi pada usahawan Malaysia khususnya bumiputra untuk mengorak langkah menjejaki dari kejayaan Dato'Seri.Kehebatan menjalankan perniagaan berpengkalan di Hong Kong dan bukannya di Jerlun atau Cerok Tok Kun adalah sesuatu yang sangat menakjubkan.Pengalaman dan kehebatan Dato'Seri berada didunia perniagaan persada antarabangsa perlulah dikongsi bersama rakyat Malaysia.

MALAYSIA BOLEH!

Dato'Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
9 Sept 2015/25 Zulkaedah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.