Baru Ambiga Tahu Diktaktornya PKR, DAP dan PEKERJA - Alang Ibn Shukrimun

11:21 PM 0 Comments A+ a-



BARU AMBIGA TAHU DIKTATORNYA PKR, DAP DAN PEKERJA

Oeh : Alang Ibn Shukrimun

Ambiga terkenal sebagai pejuang liberal dan demokrasi. Tapi semalam dalam persidangan meja bulat yang melahirkan Pakatan Harapan, dia terasa ditipu kerana kewujudan PH hasil dari keputusan yang langsung tak demokratik.


Dakwanya, keputusan dah dibuat sebelum persidangan meja bulat. Mereka hanya dijemput untuk bersetuju dan angguk sahaja. Oleh kerana itu dia bersama Maria Chin ambil keputusan angkat kaki keluar meninggalkan meja bulat yang sebenarnya berbentuk empat segi itu.

Parah. DAP sebuah parti demokrasi. PKR mendakwa perjuangkan dasar demokrasi. Parti Pekerja didokongi pihak yang konon keluar PAS sebab demokrasi. Tapi yang berlaku, seawal penubuhan PH lagi demokrasi telah dicabul.

Ambiga baru tahu apa perasaan TGHH setiap kali dipanggil mesyuarat. Hanya dipaksa jadi rubberstamp untuk keputusan yang telah dibuat. Isu Langkah Kajang, pecat TSKI dan semua, ini sebenarnya kediktatoran yang berlaku oleh mereka yang terlalu takut menerima pandangan pihak lain.

Kita boleh bayangkan bagaimana rupanya kalau PH perintah Malaysia. Anwar akan jadi macam Saddam Husein, Bashar dan Gadafi. Rakyat wajib setuju. Tiada lagi ruang demokrasi. Tiada lagi suara-suara rakyat yang dirai. Nama rakyat pun sudah tiada dalam pakatan ini.

Cara begini akan buat pejuang rakyat lebih benci kepada politikus. Ambiga tak terlibat mana-mana parti, tetapi bekerjasama dengan PR untuk pilihanraya Bersih. Setelah dia tahu perangai sebenar parti politik, saya cukup risau pejuang-pejuang yang berada dalam NGO, individual person dan non partisan movement tidak akan bersama lagi dengan pembangkang.

Malangnya, kebencian kepada kerajaan membutakan kita untuk berfikir cara rasional. Emosi telah menguasai akal. Lalu kesempatan terus diambil dengan cara eksploitasi emosi untuk mencapai kehendak diri. Ditipu hidup-hidup pun mahu percaya lagi. Malang.


Sila kongsi artikel ini...

Pemuda Amanah Nasional Menyambut Baik Gelaran 'Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang', Harapan Besar Kepada Kerajaan Negeri Lain

9:20 PM 0 Comments A+ a-



PEMUDA AMANAH NASIONAL MENYAMBUT BAIK GELARAN 'KERAJAAN PAKATAN HARAPAN PULAU PINANG', HARAPAN BESAR KEPADA KERAJAAN NEGERI LAIN - SANY HAMZAN

Pemuda AMANAH Nasional menyambut baik, bahkan menyokong penuh pengumuman oleh Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa Pentadbiran Pulau Pinang kini digelarkan sebagai 'Kerajaan Negeri Pakatan Harapan'.

Dengan penerimaan AMANAH sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri, ia menunjukkan bahawa semangat permuafakatan politik baharu ini benar-benar utuh dan ikhlas dalam meneruskan perjuangan menjatuhkan kezaliman dan penyelewengan pemerintahan Barisan Nasional.


Dengan pengumuman ini, AMANAH secara tidak langsung telah tertampil sebagai sebuah parti yang progresif dan mampu menjalankan amanah rakyat dengan baik dan berkesan sejajar dengan konsep urustadbir baik kerajaan negeri Pulau Pinang berdasarkan nilai integriti yang Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Pemuda AMANAH Nasional berharap langkah berani kerajaan Pulau Pinang ini menjadi 'precedent' kepada tindakan dan gerak kerja Pakatan Harapan di semua peringkat kerajaan negeri dan parti untuk berpegang kepada konsep kebersamaan dan akauntabiliti kepada setiap keputusan yang telah diputuskan bersama.

SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
23 Sept 2015


Sila kongsi artikel ini...

Pemuda-Pemuda Pakatan Harapan Perlu Bersama dan Komited Menjadi Ejen Perubahan - Faiz Fadzil

8:55 PM 0 Comments A+ a-



PEMUDA-PEMUDA PAKATAN HARAPAN PERLU BERSAMA DAN KOMITED MENJADI EJEN PERUBAHAN.

PEMUDA AMANAH NASIONAL mengalu-alukan pembentukan permuafakatan pembangkang baru yang dianggotai oleh 3 parti utama pembangkang iaitu AMANAH, DAP dan PKR yang diberi nama PAKATAN HARAPAN.Sesungguhnya, harapan rakyat kepada Pakatan Harapan amatlah tinggi.

Kemunculan Pakatan Harapan di saat rakyat sedang bergelut dengan keperitan bebanan sara hidup dan krisis ekonomi negara akibat rasuah dan skandal penyelewengan kewangan negara terutama 1MDB serta pergolakan politik tanahair yang kian meruncing seolah-olah tiada kesudahannya adalah amat penting bagi rakyat dan negara. Harapan rakyat disandarkan kepada Pakatan Harapan untuk menyelamatkan dan membebaskan negara dan rakyat daripada cengkaman kezaliman, ketidakadilan dan penyelewengan pemerintahan Barisan Nasional serta untuk menyelamatkan rakyat daripada terus terperangkap dalam ketegangan perkauman yang cuba ditiupkan demi survival politik Barisan Nasional.

Pemuda AMANAH Nasional dengan ini mengusulkan 4 dasar utama yang perlu dijadikan asas kepada polisi bersama (common policy) Pakatan Harapan iaitu:
1) Menjunjung prinsip dan elemen asas Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Setiap dasar, rangka kerja (framework) dan manifesto hendaklah berdasarkan kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
2) Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah mengambil kira kebajikan, kepedulian dan keadilan kepada seluruh rakyat.
3) Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah bertujuan bagi mempromosikan keharmonian kaum dan mendefisitkan jurang sosio ekonomi antara rakyat yang berbeza kaum dan geografi.
4) Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah bertujuan bagi membentuk anak muda yang bermoral, berintegriti, berdaya saing, berilmu dan berkemahiran tinggi.

Barisan kepimpinan sayap Pemuda ketiga-tiga parti koalisi baru ini; Pemuda AMANAH, DAPSY dan AMK hendaklah sentiasa bermuafakat bersama, ikhlas, istiqamah dan komited dalam membawa mesej perubahan kepada negara. Sistem pemerintahan dan demokrasi yang korup ini hendaklah diubah dengan digantikan sistem yang amanah, adil, inklusif dan menjunjung prinsip-prinsip demokrasi dan keluhuran undang-undang. Kepercayaan rakyat kepada pembangkang lebih 52% bukan sahaja tidak boleh dikhianati, tetapi hendaklah ditingkatkan bagi meneruskan perjuangan suci untuk menguasai Putrajaya. Suara rakyat suara keramat pasti akan menjatuhkan rejim zalim Barisan Nasional. InsyaAllah.

Pemuda AMANAH Nasional bersama-sama sayap pemuda parti koalisi lain daripada DAPSY dan AMK mempunyai tugas berat dalam mengembeleng tenaga dan fikiran bagi mendapatkan kepercayaan pengundi muda yang dianggarkan melebihi 7 juta orang. Konsultansi, penyusunan strategi dan gerak kerja bersama amat penting untuk kita meneruskan agenda perubahan ini. Sebagai anak muda yang merupakan mata rantai perjuangan, kita adalah ejen perubahan yang diharapkan rakyat.

Faiz Fadzil
Timbalan Ketua Pemuda
AMANAH Nasional
23 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Perutusan ‘Eidul Adha 1436H Angkatan Belia Islam Malaysia

8:23 PM 0 Comments A+ a-



PERUTUSAN ‘EIDUL ADHA 1436H
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA

‘Eidul Adha yang dirindui kini kembali menemui umat Islam di seluruh dunia. Hari Raya Haji, seperti yang sering disebut dalam masyarakat Islam di Malaysia merupakan sebahagian dari hari-hari kebesaran di awal bulan Dzulhijjah. Hari penting dalam kalendar Islam ini ditandai dengan penunaian rukun Islam kelima iaitu ibadah haji dan disemangati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail a.s

Ibadah haji yang mula difardukan pada penghujung tahun ke-9 Hijrah dan disempurnakan oleh baginda junjungan Nabi Muhammad Sallahu ‘alaihi wasallam merupakan antara ibadah paling afdal dalam syariat Islam, seperti yang diungkapkan oleh seorang ulama’ Mazhab Syafi’e Al Qadi Husain, ibadah haji adalah paling utama kerana ia meliputi penggunaan harta dan amalan fizikal.

Bahkan Al Halimiy menukilkan bahawa ibadah haji merangkumi seluruh pengertian ibadah; orang yang mengerjakan haji seolah-olah dia berpuasa, bersembahyang, beri’tikaf, berzakat dan berjuang di jalan Allah.
Ibadah haji yang merupakan pelengkap kepada rukun Islam ini mempunyai kesan yang mendalam merentas pelbagai kelompok umat Islam di mana pun mereka berada. Buat dhuyuf ar Rahman (para tetamu ar Rahman) yang dijemput mengerjakan haji, ia merupakan kesempatan terbaik menghapuskan segala dosa-dosa yang lampau dan kembali bersih tanpa dosa seperti waktu dilahirkan. Buat mereka yang tidak berpeluang mengerjakan haji pula, amalan berpuasa ‘Arafah misalnya menghadirkan mereka peluang untuk diampunkan dosa, menurut riwayat hadis - selama setahun. Ibadah korban pastinya hadir sebagai kesempatan untuk golongan yang berkemampuan membelanjakan harta di jalan Allah dan buat golongan fakir, miskin dan dhaif untuk menerima agihan daging korban mengisi perut yang sering merintih kelaparan. Sungguh besar faedah dan manfaat ibadah haji serta korban kepada individu dan masyarakat.

Satu lagi dimensi penting dan universal yang perlu diamati dalam konteks penghayatan ibadah haji ialah mesej ketakwaan dan perpaduan umat merentas batas ras, etnik dan perkauman, mahupun darjat pangkat dan kedudukan.
Ibadah haji merupakan manifestasi dan penyataan paling jelas pesan Al Quran dalam Surah al Hujurat bahawa

“Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa”. Pengalaman dan kesedaran inilah yang dirasakan oleh setiap para tetamu , antara lain seperti yang dinukilkan oleh Malcolm X (el Hajj Malik Shahbaz) dalam catatan perjalanan ketika mengerjakan haji yang telah merubah paradigma terdahulu beliau yang berbau rasis , asabiyah Qaumiyah dan perkauman sempit sepanjang perjuangannya menentang rasisme di Amerika Syarikat.

Begitulah jua mesej Islam tersebar sepanjang sejarahnya merentas daratan dan lautan bagi meruntuhkan tembok diskriminasi bangsa, kasta, warna kulit dan sentimen kesukuan yang membawa umat manusia kepada penindasan,
kezaliman dan ketidakadilan.

Bersempena ‘Eidul Adha pada tahun ini kami dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menyeru umat Islam di Malaysia dapat menghayati makna ibadah dan mesej persaudaraan yang sejagat di sebalik perayaan ibadah yang besar ini dan menterjemahkannya di dalam mendepani kehidupan bermasyarakat hari ini.

‘Eidul Adha juga seharusnya menjadi detik untuk kita menginsafi betapa tinggi nilai pengorbanan yang perlu dibuat ke arah membentuk kesempurnaan setiap amalan ibadah kita. Biarlah nilai pengorbanan dan kekuatan iman menjadi asas pembinaan dan kefahaman di kalangan umat Islam, khususnya generasi muda di negara ini.

Justeru ABIM ingin menyeru generasi muda, belia dan mahasiswa agar menyahut semangat berkorban dengan tampil menawarkan diri membantu kariah surau, masjid dan komuniti setempat , baik di kota mahupun desa dalam menyempurnakan ibadah korban dengan semangat gotong-royong dan pemuafakatan. ABIM juga suka menyarankan generasi muda agar mula memasang tekad, keazaman dan berusaha untuk mengerjakan ibadah haji dan korban ketika usia muda dan bertenaga dan tidak semata-mata menanti waktu usia semakin senja.

Akhir sekali; ABIM turut ingin merakamkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia akibat tragedi kren runtuh di Masjidil Haram pada musim haji tahun ini. Semoga Allah mengganjiri mereka dan kesabaran ahli keluarga dengan sebesar-besar ganjaran.

Alllahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! WalilLahil Hamd!

MOHAMAD RAIMI AB.RAHIM
Presiden


Sila kongsi artikel ini...

Pakatan Harapan Perkukuh Sistem Dwiparti - IKRAM

3:59 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
23 September 2015 bersamaan 9 Zulhijjah 1436H

Pakatan Harapan Perkukuh Sistem Dwiparti


Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengalu-alukan penubuhan Pakatan Harapan pada 22 September 2015, yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

IKRAM percaya Pakatan Harapan akan dapat mengukuhkan sistem dwiparti di Malaysia yang telah terbukti memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen melalui proses semak dan imbang (check and balance) yang berkesan.

Penubuhan Pakatan Harapan ini diharapkan akan memberikan tekanan kepada Barisan Nasional supaya terus memperbaiki kelemahan yang ada, seterusnya sama-sama bersaing untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap rakyat dan negara.

Semoga proses ini dapat membantu negara untuk keluar daripada kemelut ekonomi, politik dan sosial yang dihadapi pada masa ini.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia


Sila kongsi artikel ini...

Selamatkan Aqsa - Abdul Hadi Awang

3:20 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN PRESIDEN PAS

"Selamatkan Aqsa"

Berita terkini melaporkan, bahawa kumpulan pelampau Zionis Yahudi menceroboh Masjid Aqsa dengan sokongan polis dan tentera negara haram Israel. Pertempuran sengit berlaku dengan pemuda dan penduduk sekitar yang terus bertahan di dalam Masjid Aqsa dan kelilingnya, termasuk yang tua, pemuda, wanita dan kanak-kanak dengan bersenjatakan batu-batu sahaja, berkubukan dinding masjid dan tiang-tiangnya. Mereka berdepan dengan pihak Zionis Israel yang bersenjata canggih segala jenisnya, bukan sahaja gas pemedih mata, bahkan sehingga menggunakan peluru hidup. Pihak Zionis Israel bergerak dibelakang kenderaan berperisai dan dilindungi helikopter canggih. Mereka yang mempertahankan masjid suci itu tidak berganjak, walaupun sudah ada yang gugur syahid, ramai yang cedera dan ditahan.

Bagi ummat Islam, Masjid Aqsa adalah salah satu daripada tiga masjid yang dimuliakan. Di sinilah berlakunya Israk Rasulullah SAW dan bermulanya Mikraj ke angkasa lepas, menjadi tetamu Allah dalam peristiwa yang terkenal itu. Allah memuliakan masjid ini juga dengan menjadikannya kiblat pertama bagi ummat Nabi Muhammad SAW sebelum beralih kepada Kaabah di Makkah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS. Ummat Islam menyebutnya dengan "Ibrahim" adapun orang Kristian Barat dengan "Abraham" manakala pengikut kepercayaan agama penyembah berhala pula menyebutnya dengan "Brahma". Namun penganut Islam tetap berpegang kepada firman Allah SWT:

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Bukanlah Ibrahim itu penganut agama Yahudi dan agama Nasrani (Kristian). Dia sebenarnya menganut agama Hanif (Mengesakan Allah tanpa syirik), Dia seorang Muslim. Bukannya seorang musyrikin(penyembah berhala dan lain-lain, selain Allah)." (Surah Ali-Imran, ayat 67)

Inilah keyakinan yang dipegang oleh penganut Islam tanpa memaksa penganut agama yang lain, kerana berkonsepkan firman Allah:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ

"Tidak ada paksaan dalam agama". (Surah Al-Baqarah, ayat 256)

Ummat Islam juga menghormati hak penganut Yahudi dan Kristian menjadikan Palestin tanah suci masing-masing, tanpa dihalang mereka beribadat dengan menjaga sensitiviti semua pihak. Sejarah telah membuktikan betapa Yahudi dan Kristian yang memerintahnya tidak menghormati hak di antara satu sama lain. Hanyalah Islam yang memberikan hak ini sebagaimana terbukti ketika ia berkuasa memerintah:

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

"Kalau sekiranya Allah tidak menolak kalangan manusia berlawanan (di antara yang menegakkan Islam menghadapi penentangnya) nescaya dibinasakanlah kuil penganut Yahudi, gereja penganut Kristian, sembahyang-sembahyang dan masjid-masjid yang disebut di dalamnya nama Allah. Demi sesungguhnya Allah pasti menolong sesiapa kalangan yang menegakkan agamanya dan Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (Surah Al-Hajj, ayat 40)

Ketika Perang Dunia Pertama, Zionis yang menguasai ekonomi berjaya menggoda negara besar dan selepas Perang Dunia Kedua, negara Israel diwujudkan secara haram, dihalau penduduk asalnya yang menganut Islam, dengan sokongan semua negara kuasa besar Timur dan Barat (Kapitalis, Komunis dan Sosialis) di atas alasan bersimpati dengan peristiwa "holocaust" yang terkenal, kerana kezaliman Nazi pimpinan Hitler terhadap kaum Yahudi, dengan berita provokasi dan dongeng yang penuh tambahan, sehingga melupai bangsa lain lebih ramai yang juga menjadi mangsa perang tersebut, tanpa menimbulkan betapa Zionis Yahudi adalah penyebab besar kepada semua perang dunia.

Ada pun penganut Mazhab Yahudi Ortodok (Naturikata) mengharamkan penubuhan Negara Israel itu kerana mengetahui asal usul dan akibatnya yang menimpa kaum yahudi kerana pelampau Zionis itu.

Sekiranya dirujuk kepada kitab Taurat yang menjadi pegangan kaum Yahudi menunjukkan betapa Zionis yang sudah meyelewengkan Taurat menjadikan mereka sebenarnya lebih ganas dan zalim daripada kaum Nazi. Al-Quran melaporkan bahawa mereka membunuh ramai kalangan para anbiya dan para ulama yang soleh. Mereka juga bersikap ganas terhadap bangsa bukan Yahudi.

Sila lihat kitab Taurat yang mereka percaya, menerusi Safar Tathniah 20/10 - 17 dan Yasyu’ 09/03 - 27: “Sekiranya kamu menghampiri mana-mana kota yang hendak diserang, ajaklah kepada perdamaian. Setelah mereka menerima perdamaian itu, jadikan kaum yang telah berjaya ditundukkan itu diperhambakan dan dipergunakan. Kalau mereka tidak mahu berdamai dan mahu berperang juga. Kepung dan setelah Tuhan serahkan mereka kepada kamu, pancungkan dengan pedang-pedang kamu kaum lelakinya. Ada pun semua kaum wanita, kanak-kanak dan binatang menjadi ghanimah (harta rampasan) milik kamu".

Ayat yang tegas mendukung teori mereka, yang lahir daripadanya teori Darwin dan lain-lain, menganggap manusia selain bangsa Yahudi adalah goyim (binatang) yang boleh diperlakukan apa-apa sahaja. Maka berlakulah kemalangan kemanusiaan paling buruk dalam sejarah di zaman moden yang menjulangkan hak asasi manusia, tetapi mencabulnya secara berterangan pada tahun 1948 dengan mengiktiraf Negara haram Israel yang ditubuhkan secara paling kejam, namun dilindungi oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang beranggota tetap semua Negara Besar Kapitalis dan Komunis, berkuasa veto boleh membatalkan segala keputusannya bagi melindungi Israel. Semua anggota daripada negara lain wajib patuh. Adapun negara ummat Islam yang dikatakan merdeka mengubah kiblat politik antarabangsa, menghala ke London, New York, Paris atau Moscow dan Beijing, bukan lagi mengahala kearah Kaabah di Makkah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan dihidupkan oleh Nabi Muhammad SAW walaupun pemimpin dan rakyat semuanya berhaji ke Makkah dan mengadap sembahyangnya ke arah yang sama. Inilah penyakit memisahkan politik daripada agama, termasuk politik antarabangsa.

Bacalah cerita benar, Khalifah Al-Muktasim di zaman kerajaan Abbasiyah yang sudah dianggap lemah, apabila disampaikan kepada baginda bahawa seorang wanita Islam dihina di negara asing bukan Islam, dimalukan ditengah khalayak dengan sedih merayu: ”Wahai Muktasim ! Selamatkan daku !”. Terus disorak lagi. Sebaik diceritakan kepada Khalifah Al-Muktasim, baginda bangkit bangun daripada kerusinya dan terus menyampuk, ''Wahai Ibuku ! ini dia Muktasim mendengar rayuanmu”. Kemudian baginda mengarahkan bala tentera memimpin sendiri dan meninggalkan wasiat sekiranya baginda gugur, seterusnya menyerang sehingga raja yang zalim melarikan diri, setelah diajar kerana menghina seorang ibu Islam."

Tindakan Khalifah Muktasim kerana ajaran Islam yang dianutnya wajib menjaga maruah kaum wanita, tanpa mengira agamanya, kerana Islam mengharamkan penganutnya menghina wanita, walaupun bukan Islam. Jangan samakan dengan kebebasan barat yang menjadikannya bahan iklan untuk serba barangan. Wanita diharamkan menjadi sasaran peperangan dan segala yang menghinakannya.

Islam mengikat tali persaudaraan Iman pula di kalangan penganutnya laksana anggota dalam satu jasad. Sabda Rasulullah SAW:

مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى

"Bandingan hubungan persaudaraan dikalangan orang-orang yang beriman itu dari segi berkasih sayang dan bersimpati sesama mereka laksana anggota dalam satu jasad. Apabila satu anggota mengadu kesakitan maka seluruh jasad berjaga kesakitan dan demam." (Riwayat Imam Muslim dan Ahmad)

Hanya seorang yang beriman sahaja terasa dirinya ikut menderita walau pun sesiapa dan di mana sahaja adanya saudara beriman yang dizalimi atau ditimpa apa-apa bencana menjadikannya terasa kasihan, bersimpati dan bergerak secara bertindak membantu dan membelanya.

Kemalangan yang berlaku di Masjid Aqsa menyentuh jasad manusia beriman dan tanah sucinya. Sepatutnya membangkitkan seluruh dunia Islam kerajaan dan ummat bertindak sewajarnya, menandakan adanya perasaan iman dalam dirinya dan menentukan tahap kekuatannya atau kelemahannya atau menggerakkan kemanusiaan yang berkeluarga besar.

Secara khusus wajib menyedarkan yang terlena di kalangan kerajaan di negara umat Islam dan rakyat, organisasi antara dunia Islam (OIC), parti politik lslam, NGO dan seluruh anggota masyarakat wajib menunjukkan kepada Zionis yang melampau zalim itu, bahawa mereka tidak hanya berdepan dengan jumlah mereka yang bertahan di dalam Masjid Aqsa sahaja, bahkan akan menghadapi gelombang persaudaraan iman yang tidak putus datang dari seluruh pelusuk dunia dimana buminya ada penganut Islam yang berpijak atau adanya manusia yang masih bersifat kemanusiaannya.

Seterusnya, Zionis akan berdepan dengan sabda Rasulullah SAW yang berucap bersama mukjizat yang diketahui juga oleh pendita agama Yahudi, khususnya kalangan Ortodok yang membaca kitab asalnya, dan malang bagi penganut Islam yang memperkecilkannya:

لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِى عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلاَّ مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ قَالَ « بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ

"Akan berterusan ada dikalangan umatku satu kumpulan yang tegak berjuang diatas pegangan agamanya (Islam), mereka terus zahir terserlah menghadapi musuh dalam keadaan gagah perkasa, tidak boleh memberi kemudaratan terhadap mereka, sehingga boleh menghentikannya oleh kalangan yang menentang mereka, apabila mereka ditimpa kesulitan, sehinggalah tibanya keputusan Allah, mereka masih terus dalam keadaan begitu juga (tidak berganjak), para Sahabat bertanya "Wahai Rasulullah! Di manakah mereka itu berada? Sabdanya : Di Bait Al Maqdis dan dikeliling Bait Al Maqdis”." (Riwayat Imam Ahmad)

Percayalah bahawa obor perjuangan Aqsa yang dikibarkan oleh penduduknya yang dikira sangat lemah tetapi mustahil dapat dipadamkan, bahkan semua yang dilakukan oleh kaum Zionis itu menandakan ajal pengikutnya dan kalangan yang mengecewakan perjuangan Palestin akan menerima ajal bersama Zionis.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
8 Zulhijjah 1436H / 22 September 2015M

*Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia


Sila kongsi artikel ini...

Perutusan Aidil Adha Pesuruhjaya PAS Melaka

2:55 PM 0 Comments A+ a-



PERUTUSAN PESURUHJAYA PAS MELAKA:

Salam sejahtera kepada pendukung2 PAS sekelian. Kehadiran Eidul Adha pada tahun ini amat bermakna kepada kita. Ia berlaku diketika PAS menghadapi sedikit kekeliruan ahli - ahlinya terhadap matlamat perjuangan PAS. Akhirnya timbul kecelaruan fikrah dan firqah. Ada yang tidak berapa yakin dengan apa yang diperjuangkan selama ini. Isu hudud dijadikan asas yang memecah belahkan perpaduan sokongan rakyat kepada PR.

Kita sebagai muslim sejati amat menyakini bahawa usaha yang telah kita curahkan selama ini adalah untuk Islam akan mendapat pertolongan dari Allah swt.

Ibadah korban adalah simbolik keyakinanan dan pengorbanan nabi Ibrahim dalam mematuhi serta tunduk kepada perintah Allah swt walaupun tiada manusia yang normal boleh menerima perintah menyembelih anak sendiri. Tetapi perintah Allah perlu diakui dan dipatuhi. Nabi Ibrahim digelar sebagai Kekasih Allah di atas sikap ikhlas menggalas suruhanNya. Justeru, saya menyeru kepada pendukung2 PAS hayatilah syiar nabi Ibrahim ini yang diabadikan hingga akhir zaman.

Saya dan seluruh AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka memohon kemaafan atas segala kekhilafan yang dilakukan.

SELAMAT MENYAMBUT EDUL ADHA.
"TERUS BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"


Sekian
Ust. Kamarudin Hj. Sidek
Pesuruhjaya PAS Melaka


Sila kongsi artikel ini...

Bolehkah PM Menolak Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan? - Mohammad Agus Yusoff

2:34 PM 0 Comments A+ a-



BOLEHKAH PM MENOLAK PELANTIKAN HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN?

oleh :
Mohammad Agus Yusoff

Pertanyaan di atas menarik ramai penganalisis membincangkannya apabila bekas Hakim Kanan Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Hishamuddin Yunos mendakwa kenaikan pangkat beliau disekat oleh Perdana Menteri.

Kata Hishamuddin, namanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) untuk dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, tetapi PM tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengangkat nama lain untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.


Persoalannya, bolehkah PM menolak cadangan JAC tersebut? Pandangan saya boleh. Apa hujahnya? Mari kita lihat peruntukan undang-undang berikut:

Perkara 122B memperuntukkan pelantikan (1) hakim-hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Seksyen 21(1) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) dengan jelas menyebutkan "fungsi suruhanjaya adalah (a) untuk memilih orang yang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri," dan disebut dalam Seksyen 27 pula bahawa "Perdana Menteri boleh, selepas menerima laporan di bawah Seksyen 26, meminta dua nama lagi untuk dipilih dan disyorkan bagi pertimbangannya...."

Peruntukan di atas menunjukkan PM tidak menyalahgunakan kuasa, tetapi menggunakan kuasanya menerima calon lain untuk diangkat bagi mendapat perkenan baginda Agong.

Ini perlu difahami kerana menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan kuasa adalah dua perkara yang berbeza.

Jika tidak mahu lagi hal ini berlaku, maka apakah remedinya?

Caranya ialah pihak yang tidak bersetuju hendaklah mempunyai suara majoriti di parlimen untuk meminda perlembagaan dan akta yang berkaitan. Jika tidak mempunyai suara majoriti, maka pihak yang tidak bersetuju bolehlah membawa kes ini ke mahkamah undang-undang untuk keputusan yang autoritatif.

Begitulah.


Sila kongsi artikel ini...

AS tidak mempunyai asas untuk mengganggu Najib walaupun dakwaan NYT dan WSJ - Shanti Ramachandran

1:55 PM 0 Comments A+ a-



AS tidak mempunyai asas untuk mengganggu Najib walaupun dakwaan NYT dan WSJ

OLEH: SHANTI RAMACHANDRAN

Penulis bertanya: Mengapakah 'The Wall Street Journal' terus menerbitkan artikel fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila asas artikel ini telah dinafikan oleh FBI?


SURAT DARIPADA RAKYAT:

Sejak beberapa hari lalu, New York Times (NYT) dan Wall Street Journal (WSJ) - yang kebetulan surat khabar adik-beradik dimiliki oleh baron media Sir Rupert Murdoch - telah menerbitkan cerita-cerita yang tidak berasas dengan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang menghadapi siasatan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan mungkin ditangkap oleh kerajaan Amerika Syarikat.

WSJ adalah yang pertama yang melaporkan bahawa FBI telah memulakan siasatan terhadap dakwaan pengubahan wang haram, memetik sumber-sumber.
Akhbar ini, yang mendakwa diri mereka sebagai akhbar harian kewangan, melaporkan bahawa siasatan FBI itu ada kaitan dengan dakwaan kononnya dibuat oleh bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan - yang telah ditahan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Kemudian, yang memeranjatkan, WSJ juga melaporkan dalam artikel yang sama: "Jurucakap pejabat FBI di New York berkata tiada ejennya telah diatur untuk bercakap dengan Encik Khairuddin atau mempunyai apa-apa hubungan sebelumnya dengan dia." Jika benar, mengapakah WSJ kemudian terus menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadap PM Najib apabila asas artikel ini telah dinafikan oleh FBI?

Keesokan harinya, NYT menerbit satu artikel mendakwa seorang juri besar persekutuan di Amerika Syarikat telah memeriksa dakwaan rasuah yang melibatkan PM Najib - mendakwa dua sumber yang tidak dinamakan berkata siasatan itu sedang dikendalikan oleh unit Jabatan Kehakiman yang menyiasat rasuah antarabangsa.
Kemudian, yang memeranjatkan, NYT juga melaporkan dalam artikel yang sama: "Seorang jurucakap Jabatan Kehakiman enggan mengulas."

Menariknya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - yang telah menjadi pengkritik hebat PM Najib - telah dilaporkan berkata Najib mungkin ditangkap oleh FBI. Namun begitu, Dr Mahathir mengakui: "Itu hanya suatu kemungkinan berdasarkan undang-undang antarabangsa ketika ini."
Dengan ketiga-tiga sumber yang dianggap berwibawa bercanggah sesama sendiri selepas membuat tututan yang sensasi- tetapi tidak berasas - ia membuat kita tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku sekarang dan mengadu-domba sistem keadilan AS terhadap pemimpin pilihan rakyat di Malaysia.

Setakat ini, kerajaan AS telah bertindak di luar sempadannya hanya dalam dua jenis aktiviti - penyeludupan dadah dan jenayah perang, termasuk serangan keganasan.
Dan tiada seorang yang waras pun boleh mengaitkan Najib ke dalam aktiviti-aktiviti ini.

SHANTI RAMACHANDRAN
Kuala Lumpur


Sila kongsi artikel ini...

Fastaqim : Manifestasi Kebangkitan Pejuang - Nasrudin Hassan

1:47 PM 0 Comments A+ a-



Fastaqim : Manifestasi Kebangkitan Pejuang

Oleh : Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Setiausaha Himpunan Fastaqim (H60K)


1. Bertemu dan berhimpun adalah acara "wajib" bagi sebuah Gerakan Islam berwajah parti politik seperti PAS untuk mengeratkan ikatan ukhuwwah Fillah (persaudaraan yang dijalin kerana Allah swt) serta mengembeling tenaga untuk menyatu tindakan dan memusatkan arahan.

2. Ia juga menjadi agenda penting untuk memotivasikan seluruh ahli PAS termasuk pimpinan dan anggota biasa agar bangkit melepasi badai kemelut dan terus beristiqamah mengharungi cabaran perjuangan yang datang dari dalam dan luar.

3. Justeru FASTAQIM bukan sebarang himpunan. Tidak pula untuk berpesta dan jauh sekali untuk habiskan masa tenaga kepada perkara yang lagha dan hanyut, sebaliknya ia adalah himpunan bagi mencetuskan momentum kebangkitan PAS bersama rakyat MEMIMPIN GERAKAN PERUBAHAN ke arah membina Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, aman, sejahtera, makmur dan diberkati serta diredhai Allah swt.

4. FASTAQIM adalah cetusan tema yang diambil dari perintah Allah swt dalam Surah Hud ayat 112 yang memberi maksud BANGUNLAH !! untuk melaksanakan seluruh titah perintah Allah swt dengan cekal mendepan rintangan, tabah meredah halangan dan istiqamah menggalas amanah perjuangan serta tidak melanggar batas syariat Allah swt.

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Bangunlah (wahai Muhammad saw) untuk teguh berjuang dijalan yang benar sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan juga sesiapa yang rujuk kepada Allah swt bersamamu mestilah turut berbuat demikian dan jangan melampaui batas sempadan syariat Allah swt, sesungguhnya Allah swt Maha Melihat apa yang kamu lakukan.

Surah Hud : Ayat 112

5. Wahai warga tanahair tercinta ! Bangunlah dari tidur yang panjang. Bangunlah dari leka yang mengasyikan. Bangunlah dari lalai yang merugikan. Galas tanggungjawab dan amanah perjuangan suci ini tanpa lengah justeru ia adalah arahan dan perintah Allah swt.

6. Ayuh gembelingkan tenaga, kobarkan semangat juang, pamerkan kehebatan jamaah, zahirkan gelombang kebangkitan dan julang panji perjuangan dengan penuh tawadhu' (rendah diri kepada Allah swt), menginsafi amanah warisan perjuangan Islam ini agar dilangsungkan tanpa jemu dan bosan walau cuma seketika.

👉 Temui anda semua di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan pada 17 Oktober 2015 kelak.

Sekian.


Sila kongsi artikel ini...

Skandal 1MDB di Amerika - Saya Dah Bagi Amaran Sejak Bulan Jun Lalu - Wan Ahmad Fayhsal

12:40 PM 0 Comments A+ a-



SKANDAL 1MDB DI AMERIKA - SAYA DAH BAGI AMARAN SEJAK BULAN JUN LALU

Sebelum Tan Sri Gani Patail dipencenkan,
Sebelum Tan Sri Muhyiddin dikorbankan,
Sebelum SPRM diporak-perandakan,
Sebelum The Wall Street Journal dedahkan,
Sebelum RM 2.6 Bilion "derma" dikantoikan,


Saya dah tulis dan bagi amaran awal kepada DS Najib Razak berhubung kemungkinan besar Amerika akan siasat 1MDB.

Terbukti ianya telah berlaku.

Sekarang semua sudah terlambat. Nasi sudah jadi bubur. Malah seperti dakwa Sarawak Report, pasuka siasatan khas FBI dan Justice Department sudah dapatkan dokumen dan bahan bukti di London dan siasat 1MDB semenjak bulan March 2015.

Negara kita sedang berada di tali gantung bilamana pemimpin tertinggi negara sedang disiasat secara terang-terangan.

Sekarang anda faham mengapa Tun Mahathir yang sudah hampir uzur itu berjuang habis-habisan?

Ianya bukan kerana soal peribadi tapi soal kedaulatan negara. Geopolitik.

-WAF-


Sila kongsi artikel ini...

PASMA Sokong Penubuhan Pakatan Harapan!

3:28 AM 0 Comments A+ a-



PASMA SOKONG PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN!

Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mengaIu-alukan penubuhan Pakatan Harapan secara konsesus oleh PKR, DAP dan AMANAH.

PasMa menyokong penuh sistem dua parti ini kerana peluangnya lebih cerah untuk Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Pusat daripada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.


Justeru, PasMa menyeru rakyat Malaysia khususnya yang menyumbang 51 peratus undi popular kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lepas supaya meneruskan sokongan kepada Pakatan Harapan Rakyat.

Urusan utama Pakatan Harapan sekarang bukan sahaja mengukuhkan sokongan rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, malah mengukuhkan kepercayaan awam dan semua Ahli parlimen bahawa Kerajaan Peralihan mesti dilakukan melalui undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Undi tidak percaya adalah salah satu proses demokrasi, dengan Perdana Menteri Australia telahpun bertukar tangan melalui proses ini secara demokratik dan aman.

Diharapkan, Pakatan Harapan dengan dasar bersama yang lebih jelas sekarang boleh terus mencari jalan untuk menghentikan Najib sebagai Perdana Menteri berdasarkan lunas-lunas demokrasi berperlembagaan.

PasMa menyokong penuh penubuhan Pakatan Harapan!

DATO' IR PHAHROLRAZI HAJI MOHD. ZAWAWI
Presiden PasMa
22 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

PAS Komited Menentang Ketidakadilan Barisan Nasional - Takiyudin Hassan

1:23 AM 0 Comments A+ a-

Kenyataan Media PAS Pusat

PAS Komited Menentang Ketidakadilan Barisan Nasional.

1. Selaras dengan resolusi Kongres Rakyat yang didukung oleh 200 NGO dan beberapa parti politik, PAS Komited menentang ketidakadilan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional. PAS juga sedang melaksanakan Pelan Tindakan bagi merealisasikan tema Kongres Rakyat iaitu Membina Malaysia Sejahtera.

2. Sehubungan dengan itu, PAS menegaskan :
i - bahawa PAS Mengekalkan hubungan dan kerjasama politik dengan PKR

ii - PAS menghormati hak mana - mana pihak untuk merangka agenda politik tersendiri, walaubagaimanapun PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan sebagaimana yang telah dinyatakan oleh PAS sebelum ini.

iii - PAS akan menumpukan usaha ke arah pemerkasaan parti dan melebarkan sokongan rakyat kepada perjuangan PAS di seluruh negara.

Yb. Dato Takiyudin Hassan
Setiausaha Agung PAS
22 September 2015



Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.