Tahniah Dollah Salleh Hanya Dengan Kalah 10-0 Anda Lebih Berani Dari PM Najib Yang Mungkin Menunggu RM10.0 Bilion Dari Tok Arab UAE Tapi Belum Pasti Melepaskan Jawatan PM.

9:50 PM 0 Comments A+ a-



TAHNIAH DOLLAH SALLEH HANYA DENGAN KALAH 10-0 ANDA LEBIH BERANI DARI PM NAJIB YANG MUNGKIN MENUNGGU RM10.0 BILION DARI TOK ARAB UAE TAPI BELUM PASTI MELEPASKAN JAWATAN PM.

1. Kekalahan teruk pasukan bolasepak negara skuad harimau Malaya pada pasukan UAE sebanyak 10-0 sesuatu yang sangat mengejutkan. Agak sukar untuk diterima kekalahan terburuk ini. Gambaran kekalahan ini menunjukan betapa lemahnya skuad harimau Malaya dalam berdepan dengan UAE bagi kelayakan piala dunia 2018/piala Asia 2019. Saya tidak lah mengharapkan kemenangan tetapi kalau kalah sekali pun tidaklah sampai 10-0.


2. Skuad Harimau tidak lagi menjadi harimau yang mengaum dan mengganas tapi skuad harimau hanya menjadi skuad harimau kertas yang tiada taring untuk menerkam mangsanya. Persoalannya apakah kelemahan pemain,jurulatih atau pengurusan dan kepimpinan FAM. Suatu bedah siasat menyeluruh perlu dibuat.

3. Apa pun saya ucapkan tahniah pada Dollah Salleh jurulatih skuad harimau Malaya mengambil tanggung jawab dengan meletakan jawatan sebagai jurulatih atas kekalahan yang sangat memalukan.Saya percaya Tindakan Dollah Salleh untuk memberi ruang dan peluang kepada penyusunan semula skuad harimau Malaya untuk bangkit mengaum dan mengganas membaham mangsa.

4. Mungkin pengurus skuad harimau Malaya dan kepimpinan FAM masih menunggu PM Najib mendahului mereka meletakan jawatan atas kekalahan ringgit Malaysia yang begitu teruk pada matawang asing. Apakah Najib nak tunggu derma RM 10.0 bilion lagi dari tok arab UAE baru nak letak jawatan.Negara juga perlu disusun semula untuk mampu bangkit berdepan dan mengatasi cabaran seperti mana satu ketika dulu Malaysia dikenali sebagai harimau Asia (Asian Tiger) dari sudut ekonomi.Tetapi Malaysia tidak mampu berdepan dengan cabaran kalau PM mengidap penyakit risau dan takut tak selamat tahap 4.

JANGAU RISAU, MALAYSIA SELAMAT TANPA NAJIB DAN BN.

Dato' Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
5 Sept 2015/21 Zulkaedah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Apakah benar PAS Pulau Pinang fitnah Kerajaan DAP Pulau Pinang setelah kami turun meninjau dan melakukan kajian ke atas nasib Kampung Mutiara sejak 2013 ? - Iszuree Ibrahim

9:00 PM 0 Comments A+ a-



5 September 2015 | Pulau Pinang

Kenyataan balas kepada kenyataan MP Bukit Bendera .

Apakah benar PAS Pulau Pinang fitnah Kerajaan DAP Pulau Pinang setelah kamiturun meninjau dan melakukan kajian ke atas nasib Kampung Mutiara sejak 2013 ?


1) Apa yang berlaku di Kampung Mutiara sebenarnya saya merujuk kepada ketidak sungguhan sikap Kerajaan Negeri mempertahankan Kampung Kampung warisan Melayu seperti yang dijanjikan melalui manifesto PRU 13 lalu, malah mereka masih tidak menunaikan janji melaksanakan manifesto PRU13 yang lalu dibawah tajuk Warisan iaitu Rujuk kepada Manifesto PRU 13 dibawah Tajuk 10 : Kesenian, Kebudayaan & Warisan pada item no. 10.3 " Menetapkan Lingkaran Tanah Warisan Melayu di Kampung Batu Uban dan Tanjung Tokong"

2) Tujuannya agenda ini adalah untuk membuktikan di Pulau Pinang ini bukan sahaja ada warisan kolonial di GeorgeTown yang diagung-agungkan malah di jaga rapi dengan mendapat dana khusus untuk pemuliharaan bangunan warisan kolonial. Manakala warisan orang Melayu khususnya Perkampungan Awal orang melayu yang lebih Awal berada di Pulau Pinang yang asalnya milikan kerajaan Kedah Gagal dipertahankan malah diambil tindakan perobohan tanpa belas kasihan dan dilenyapkan dimana hampir 25 Kampung sedang dan telah lenyap ditelan pembangunan.

3) Mungkin Kampung Mutiara tidak menepati ciri-ciri warisan tetapi asal usul orang Melayu di situ ada kaitan sebahagiannya adalah bekas tentera Kerajaan Negeri Kedah dimasa lampau ketika bertempur dengan Siam mengikut kajian maklumat yang diperolehi oleh Lajnah Tanah PAS Negeri Pulau Pinang malah segala dokumen dan kertas kajian serta kronologi berada dalam simpanan Lajnah Tanah PAS Negeri Pulau Pinang yang cuba diminta oleh Zairil suatu ketika lalu.

4) Dari perbincangan 3 Parti dimana saya turut terlibat mewakili PAS Negeri Pulau Pinang pada tahun 2012 sebelum pilihan Raya ke 13, persetujuan 3 Parti DAP, PKR dan PAS menggariskan janji untuk mewujudkan lingkaran sempadan Kampung Warisan yang mempunyai nilai-nilai sejarah supaya generasi mendatang tahu sejarah sebenar warisan. Warisan tinggalan beberapa generasi lalu sebelum penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dan juga sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957 iaitu sebagai contoh Kampung Batu Uban sejak 1734 sebelum Inggeris ke Pulau Pinang 1786, Kampung Siam sejak 1845 sebidang Tanah yang dianugerahkan oleh Queen Victoria melalui Syarikat India Timur, Kampung Tanjung Tokong adalah settelment Kampung melayu ke dua pada 1786 setelah Kampung Batu Uban .

5) Mengikut manifesto PRU13 yang telah diubah suai dari persetujuan asal iaitu usaha itu perlu dibuat oleh Kerajaan Negeri dalam mengistiharkan lingkaran sempadan kampung warisan berkenaan oleh Kerajaan Negeri tetapi untuk mencapai usaha ini pula mereka telah ubah suai dan ditujukan kepada Kerajaan Pusat pula untuk mengambil tanggungjawab seolah-olah ia ingin lari dari tanggungjawab Kerajaan Negeri.

6) Malah jika dirujuk kepada Sidang DUN Pulau Pinang pada 28 February 2012 Ketua Menteri LGE berani mengistiharkan KAMPUNG TRADISI TANJONG TOKONG SEBAGAI WARISAN. Walaubagaimanapun pengistiharaan itu sekadar Acuh tak Acuh dalam mencapai aspirasi sebenar warisan Tanjong Tokong dan tidak di aplikasikan malah senyap selepas itu dan tiada usaha bersungguh-sungguh kepada pemeliharaan Kampung warisan tertua di Pulau Pinang.
( Rujukan : http://www.daulahrakyat.com/blog/?p=648 )

7) Apakah dengan hanya mengistiharkan janji manifesto PRU13 itu dengan menuding jari kepada Kerajaan Pusat untuk menunaikan janji manifesto dan apakah Kerajaan Pusat akan mengambil usaha menunaikannya janji itu?
Tidakkah ini pelik sekali?

8) Lajnah Tanah PAS Pusat telah menemui Menteri Pelancong dan warisan Dato Seri Nazri Aziz pada April 2014 dalam membincangkan HAL Ehwal isu Tanah warisan di Pulau Pinang dimana saya juga turut serta, Dato Seri menegaskan Hal Ehwal Tanah Adalah kuasa Kerajaan Negeri yang memerintah dan Kerajaan Persekutuan adalah pemudah cara untuk mencapai Matlamat warisan mengikut garis panduan yang termaktub.

9) Sehingga kini usaha kearah mencapai Matlamat manifesto ini tidak kelihatan langsung semata mata umpama muslihat hanya memancing undi orang melayu untuk PRU13.

10) Diatas sikap sedemikian mereka tidak Acuh dalam menunaikan janji manifesto warisan PRU13 diataslah maka saya merujuk sikap mereka ini kepada isu Kampung Mutiara dan dalam pemerhatian saya sikap mereka umpama menabur janji disaat genting sebaik mahkamah menetapkan tarikh tindakan perobohan barulah mereka mula mengambil tindakan berjanji sedemikian seperti yang disebut oleh MP BUKIT BENDERA.

11) Semasa saya dalam pentadbiran Kerajaan Tempatan acapkali saya mendengar hujah mereka bahawa penduduk yang terlibat adalah orang UMNO sedangkan saya menegaskan bukan soal balas dendam kepartian tetapi perlunya SIKAP PERIHATIN KEMANUSIAAN TANPA MENGIRA KAUM, BANGSA DAN PARTI seperti juga mereka yang terlibat di Kampung Siam 2014, Kampung Pekan Teluk Kumbar 2012, walaupun kes berada dalam Mahkamah tetapi Kerajaan Negeri ketika itu menunjukkan sikap PERIHATIN menyediakan Alternatif dan rundingan sejak dari awal lagi masalah penduduk berdepan dengan makamah timbul yang melibatkan Kaum tionghua malah Ketua Menteri Sendiri memanggil penduduk ke KOMTAR untuk berunding dan memberi sokongan kepada mereka. Inilah yang menampakkan perbezaan tindakan bilamana ia melibatkan Kampung Mutiara.

12) PAS Negeri Pulau Pinang sesi 2013-2015 pada bulan July 2014 telah menulis memorandum yang ditulis oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 ketika itu Dato Mujahid Yusof Rawa telah mengariskan Kerajaan Negeri perlu bersungguh sungguh menyelesaikan masalah Kampung Mutiara dan beberapa Kampung lain dari lenyap ditelan pembangunan dan tidak mengambil sikap tunggu dan lihat. Memorandum itu diserahkan kepada LIM Guan Eng ketika Majlis Berbuka Puasa di Restoran D' Pauh Seberang Perai oleh Mat Sabu Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang yang ketika itu agak keberatan menandatangani memo berkenaan. Penyerahan Memorandum itu adalah susulan dari Memorendum yang pertama kertas cadangan solusi penyelesaian keatas semua Kampung yang terlibat dengan pembangunan yang diserahkan oleh Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat saudara Mazlan Aliman pada Mac 2014 kepada Timbalan Ketua Menteri Dato Hj Rashid Hasnon. Penyerahan 2 memorandum berkenaan tidak diambil perhatian langsung oleh Ketua Menteri dan tiada apa apa tindakan kearah penyelesaian secara total.

13) Selain itu saya bersama AJK Lajnah Tanah PAS Negeri Pulau Pinang pada bulan February 2014 (sebaik Mat Sabu ditabalkan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang) mengaturkan lawatan bersama Mat Sabu turun ke Kampung Kampung yang bakal dikenakan Perobohan namun Gagal mengunakan kesempatan itu sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang untuk berunding dan mencari penyelesaian dengan adik angkat beliau iaitu LIM GUAN ENG seperti yang termaktub didalam dua (2) memorandum yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

14) Persoalan sekarang adakah tindakan Zairil dan Kerajaan Negeri yang terdesak memberi perhatian kepada penduduk dikala Mahkamah Mengambil tindakan Perobohan pada 24 Ogos 2015 ( Penangguhan tindakan dan diberi tempoh 2 minggu sehingga 7 Sept 2015) lalu menampakkan tindakan "last minute" mereka memberi bantuan dan janji disebabkan tekanan dari pelbagai pihak khususnya PAS kerana ramainya orang melayu disitu yang juga Penyokong kuat UMNO?

Iszuree Ibrahim
Pengerusi Peneroka Bandar
Lajnah Tanah PAS Pusat ,
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang

Rujukan :
1) Rujuk kepada manifesto PRU 13 dibawah Tajuk 10 : Kesenian, Kebudayaan & Warisan pada item 10.3

2) USAHA MELESTARIKAN MASA DEPAN WARISAN MELAYU TG TOKONG
- http://www.daulahrakyat.com/blog/?p=648

3) PAS fitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang lagi mengenai Kampung Mutiara Batu Feringgi.
- https://malaysiakini.com/news/311132


Sila kongsi artikel ini...

Tidak Hadir Persidangan Anti Rasuah AntaraBangsa (IACC) : Najib PM Memalukan Malaysia - Mahfuz Omar

5:04 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan media.

TIDAK HADIR PERSIDANGAN ANTI RASUAH ANTARABANGSA (IACC) "NAJIB PM YANG MEMALUKAN MALAYSIA".

1. Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC).Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sepatutnya disambut dengan rasa bangga oleh semua pihak apatah lagi bagi kerajaan. Ini kerana kita sering melaungkan seperti mana PM Dato' Seri Najib menyebut kerajaan tidak bertolak ansur dalam usaha memerangi rasuah. Rasuah adalah musuh negara.


2. Sepatutnya persidangan sehebat ini mesti dihadiri oleh PM untuk merasmi dan menyampaikan ucaptama untuk memberi tahu 1,000 perwakilan dari 130 buah negara tentang agenda dan usaha kerajaan Malaysia membanteras dan memerangi Rasuah yang menjadi Musuh utama negara. Salah satu dari enam bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan Najib ialah membanteras dan memerangi rasuah.

3. Suatu yang mengejutkan dunia ialah Najib selaku Perdana Menteri Malaysia yang menjadi tuan rumah gagal hadir sehingga tamat persidangan pada 4 Sept 2015 untuk menyampaikan ucaptama dengan hanya memberi alasan keselamatan. Kegagalan Najib memalukan Malaysia.Sepatutnya beliau perlu berani berhadapan dengan perwakilan 130 negara untuk perjelas dan membersih namanya dan negara dari segala tanggapan buruk selama ini ekoran dari isu 1MDB.

4. Malangnya Persidangan IACC berakhir tanpa apa apa penjelasan yang meyakinkan tentang krisis penyelewengan dan salah guna kuasa yang membabitkan Najib. Hanya diberikan alasan tidak hadirnya Najib atas faktor keselamatan, risau penerimaan delegasi yang hadir terhadap Najib, bakal berdepan dengan aktivis yang garang dan bimbang dengan persekitaran persidangan yang ganas. Ini adalah kali kedua alasan keselamatan untuk mewajarkan Najib tidak hadir selepas program nathing to hide. Alasan ini sebenarnya menunjukan Najib hilang keyakinan diri berdepan dengan cabaran dan hakikat sebenar Najib tiada jawapan dan penjelasan yang boleh diberikan.

5. Jemput kenduri besar.Tiba hari kenduri tuan rumah berada di wad hospital kerana sakit. Sama lah apa yang berlaku di IACC tuan rumah Najib diserang mengejut penyakit "risau" dan takut tak selamat ada di rumah.Kegagalan Najib untuk hadir ke persidangan IACC tidak membantu Negara keluar dari krisis ekonomi dan skandal kewangan 1MDB serta kejatuhan nilai matawang ringgit Malaysia yang sedang melanda negara, sebaliknya akan menjadikan krisis ini akan lebih parah. Apa boleh buat nasib malang rakyat Malaysia memiliki PM dihinggapi penyakit risau dan takut berpegang dengan pepatah melayu "Berani kerana benar takut kerana salah".

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA"

Dato' Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
5 Sept 2015/ 21 Zulkaedah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Lantik semula Rajagopal jurulatih Harimau Malaya – Iqbal Ikhwandi

3:03 PM 0 Comments A+ a-

Jika Jose Mourinho boleh kembali menerajui Chelsea, mengapa tidak Datuk K Rajagopal diberi kepercayaan sekali lagi untuk membimbing skuad Harimau Malaya?

Jika Roman Abrahamovich boleh mengetepikan egonya dengan melantik semula Jose Mourinho, mengapa tidak FAM untuk bertindak serupa?

Tanpa mahu memperkecilkan kemampuan Dollah Salleh, kekalahan Harimau Malaya yang dibolosi sebanyak 10 kali tanpa jaringan balas adalah satu kegagalan yang pastinya meninggalkan parut dalam lembaran sejarah bola sepak negara.

Prestasi dan pencapaian skuad Harimau Malaya selepas era Rajagopal bukan sahaja tidak melihatkan sebarang kemajuan, malah lebih buruk lagi tanpa sebarang kejuaraan dan pencapaian yang boleh dibanggakan.

Keputusan FAM untuk tidak menyambung kontrak Rajagopal yang berakhir pada 31 Disember 2013 hanyalah semata-mata untuk memberi peluang kepada jurulatih baru tanpa melihat secara statistik berhubung kemajuan pencapaian dan prestasi skuad Harimau Malaya sepanjang di bawah kendalian beliau.

Beliaulah yang bertanggungjawab mengembalikan maruah Malaysia di peringkat Asia Tenggara selepas dilantik menjadi jurulatih pada 2009.

Dengan berbekalkan aksi konsisten dan semangat kental berpasukan para pemain, skuad Harimau Malaya kendalian beliau telah berjaya menarik minat dan memperoleh semula kepercayaan peminat bola sepak negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa beliau juga menerima banyak kritikan terutamanya kerana menggunakan pemain-pemain yang sama sahaja berulang kali tanpa banyak memberi peluang kepada pemain lain.

Namun, selain daripada pingat dan piala yang dimenangi oleh beliau, antara pencapaian dan sumbangan terbesar beliau pada hemat penulis adalah kejayaan beliau memberikan identiti kepada corak permainan skuad negara.

Memberi identiti kepada corak permainan serta mengekalkan konsistensi bukanlah suatu perkara yang mudah.

Kesabaran dan kesinambungan diperlukan dalam membentuk sebuah skuad bola sepak yang berdaya tahan.

Berdasarkan pengalaman lepas, melantik semula jurulatih yang sebelum ini sudah pernah dilantik sebagai jurulatih pernah berlaku beberapa kali dalam lipatan sejarah skuad Kebangsaan.

Jadi, apa salahnya jika Rajagopal dilantik semula? – 4 September, 2015.

* Muhammad Iqbal Ikhwandi Mat Zin




Jika Jose Mourinho boleh kembali menerajui Chelsea, mengapa tidak Datuk K Rajagopal diberi kepercayaan sekali lagi untuk membimbing skuad Harimau Malaya?

Jika Roman Abrahamovich boleh mengetepikan egonya dengan melantik semula Jose Mourinho, mengapa tidak FAM untuk bertindak serupa?

Tanpa mahu memperkecilkan kemampuan Dollah Salleh, kekalahan Harimau Malaya yang dibolosi sebanyak 10 kali tanpa jaringan balas adalah satu kegagalan yang pastinya meninggalkan parut dalam lembaran sejarah bola sepak negara.

Prestasi dan pencapaian skuad Harimau Malaya selepas era Rajagopal bukan sahaja tidak melihatkan sebarang kemajuan, malah lebih buruk lagi tanpa sebarang kejuaraan dan pencapaian yang boleh dibanggakan.

Keputusan FAM untuk tidak menyambung kontrak Rajagopal yang berakhir pada 31 Disember 2013 hanyalah semata-mata untuk memberi peluang kepada jurulatih baru tanpa melihat secara statistik berhubung kemajuan pencapaian dan prestasi skuad Harimau Malaya sepanjang di bawah kendalian beliau.

Beliaulah yang bertanggungjawab mengembalikan maruah Malaysia di peringkat Asia Tenggara selepas dilantik menjadi jurulatih pada 2009.

Dengan berbekalkan aksi konsisten dan semangat kental berpasukan para pemain, skuad Harimau Malaya kendalian beliau telah berjaya menarik minat dan memperoleh semula kepercayaan peminat bola sepak negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa beliau juga menerima banyak kritikan terutamanya kerana menggunakan pemain-pemain yang sama sahaja berulang kali tanpa banyak memberi peluang kepada pemain lain.

Namun, selain daripada pingat dan piala yang dimenangi oleh beliau, antara pencapaian dan sumbangan terbesar beliau pada hemat penulis adalah kejayaan beliau memberikan identiti kepada corak permainan skuad negara.

Memberi identiti kepada corak permainan serta mengekalkan konsistensi bukanlah suatu perkara yang mudah.

Kesabaran dan kesinambungan diperlukan dalam membentuk sebuah skuad bola sepak yang berdaya tahan.

Berdasarkan pengalaman lepas, melantik semula jurulatih yang sebelum ini sudah pernah dilantik sebagai jurulatih pernah berlaku beberapa kali dalam lipatan sejarah skuad Kebangsaan.

Jadi, apa salahnya jika Rajagopal dilantik semula? – 4 September, 2015.

* Muhammad Iqbal Ikhwandi Mat Zin merupakan penyokong skuad Harimau Malaya. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/lantik-semula-rajagopal-sebagai-jurulatih-harimau-malaya-muhammad-iqbal-ikh#sthash.gY1owgxI.dpuf


Jika Jose Mourinho boleh kembali menerajui Chelsea, mengapa tidak Datuk K Rajagopal diberi kepercayaan sekali lagi untuk membimbing skuad Harimau Malaya?

Jika Roman Abrahamovich boleh mengetepikan egonya dengan melantik semula Jose Mourinho, mengapa tidak FAM untuk bertindak serupa?

Tanpa mahu memperkecilkan kemampuan Dollah Salleh, kekalahan Harimau Malaya yang dibolosi sebanyak 10 kali tanpa jaringan balas adalah satu kegagalan yang pastinya meninggalkan parut dalam lembaran sejarah bola sepak negara.

Prestasi dan pencapaian skuad Harimau Malaya selepas era Rajagopal bukan sahaja tidak melihatkan sebarang kemajuan, malah lebih buruk lagi tanpa sebarang kejuaraan dan pencapaian yang boleh dibanggakan.

Keputusan FAM untuk tidak menyambung kontrak Rajagopal yang berakhir pada 31 Disember 2013 hanyalah semata-mata untuk memberi peluang kepada jurulatih baru tanpa melihat secara statistik berhubung kemajuan pencapaian dan prestasi skuad Harimau Malaya sepanjang di bawah kendalian beliau.

Beliaulah yang bertanggungjawab mengembalikan maruah Malaysia di peringkat Asia Tenggara selepas dilantik menjadi jurulatih pada 2009.

Dengan berbekalkan aksi konsisten dan semangat kental berpasukan para pemain, skuad Harimau Malaya kendalian beliau telah berjaya menarik minat dan memperoleh semula kepercayaan peminat bola sepak negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa beliau juga menerima banyak kritikan terutamanya kerana menggunakan pemain-pemain yang sama sahaja berulang kali tanpa banyak memberi peluang kepada pemain lain.

Namun, selain daripada pingat dan piala yang dimenangi oleh beliau, antara pencapaian dan sumbangan terbesar beliau pada hemat penulis adalah kejayaan beliau memberikan identiti kepada corak permainan skuad negara.

Memberi identiti kepada corak permainan serta mengekalkan konsistensi bukanlah suatu perkara yang mudah.

Kesabaran dan kesinambungan diperlukan dalam membentuk sebuah skuad bola sepak yang berdaya tahan.

Berdasarkan pengalaman lepas, melantik semula jurulatih yang sebelum ini sudah pernah dilantik sebagai jurulatih pernah berlaku beberapa kali dalam lipatan sejarah skuad Kebangsaan.

Jadi, apa salahnya jika Rajagopal dilantik semula? – 4 September, 2015.

* Muhammad Iqbal Ikhwandi Mat Zin merupakan penyokong skuad Harimau Malaya. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/lantik-semula-rajagopal-sebagai-jurulatih-harimau-malaya-muhammad-iqbal-ikh#sthash.gY1owgxI.dpuf


Sila kongsi artikel ini...

KEADILAN Seru Isu Bai’ah Lafaz Ta’Liq Di Selesai Secara Hikmah

2:31 PM 0 Comments A+ a-



KEADILAN SERU ISU BAI’AH LAFAZ TA’LIQ DI SELESAI SECARA HIKMAH

Sesungguhnya, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama ( BIPPA ) KEADILAN amat dukacita dengan perkembangan isu bai’ah talak yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. BiPPA berpandangan bahawa isu ini perlu dikendalikan dengan berhati-hati dan cermat, agar ia dapat dileraikan dengan bijaksana dan hikmah bersandarkan rujukan keilmuan yang sahih, autoritatif dan kredibiliti yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, kami berpendirian bahawa bahawa amalan menjadikan lafaz ta’liq perceraian dalam politik kepartian adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip syari’ah Islam. Ia membawa mudarat kepada kerukunan rumahtangga kerana melibatkan perceraian dan keruntuhan institusi keluarga. Adalah jelas, bahawa dari perspektif maqasid syariah, menjaga kerukunan institusi dan maruah keluarga, amatlah diberi penekanan. Justeru, keharmonian keluarga tidak wajar dijadikan taruhan untuk survival mana-mana parti politik dan kelompok manapun jua. Sesungguhnya, agama Islam amat memberi perhatian kepada pemeliharaan martabat dan kehormatan wanita. Kaum hawa ini, adalah amanah Allah yang perlu dijaga dengan sempurna.


Dalam meleraikan kekusutan yang sedang berlaku ini, BiPPA mengalu-alukan pendirian tegas dan jelas yang diberikan oleh beberapa ulama kontemporari dan pimpinan gerakan Islam sedunia. Dalam hal ini, pandangan tokoh-tokoh seperti Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi (Presiden Kesatuan Ulama Sedunia), Dato’ Dr Wan Salim Wan Mohd Noor (Mufti Kerajaan Pulau Pinang) dan ramai lagi perlu diberi perhatian dan dokongan. Kesemua tokoh-tokoh tersebut berpendirian, bahawa amalan baiah yang berta’liq seperti ini adalah tertolak dan tidak wajar diamalkan. Malah, Setiausaha Gerakan Ikhwan al-Muslimun Antarabangsa, menyatakan bahawa bai’ah talaq ini adalah haram dan bersifat ‘takfiri’ (kafir-mengkafir). Ia juga boleh menjadi fitnah besar kepada seluruh gerakan Islam secara global. Justeru itu BIPPA menyeru supaya warga politikus Muslim di Malaysia supaya membudayakan politik yang lebih berhati-hati, demi menjaga maslahah dan kepentingan umat.

BIPPA juga menyeru kepada badan kehakiman mahkamah syariah supaya lebih berintegriti dan menjaga profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Hakim sewajarnya tidak memberikan komentar dan pandangan diluar mahkamah kerana boleh menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan umum kepada keupayaan sistem mahkamah syariah untuk memberikan keadilan kepada semua pihak.

DR MOHD NOR MANUTY
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama ( BiPPA )
PARTI KEADILAN RAKYAT
4 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Baiah & Talaq Tiga - Ulama PAS Segambut

2:18 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN RASMI
URUSAN ULAMA PAS KAWASAN SEGAMBUT, KUALA LUMPUR.

BAIAH & TALAQ TIGA

Berhubung kehangatan perbincangan tentang baiah dan talaq tiga, Urusan Ulama PAS Kawasan Segambut tambil untuk menguraikan kekalutan isu ini.

1. Meletakkan perkahwinan dan isteri dalam baiah bukan memperjudikan wanita tetapi kerana mengangkat kedudukan isteri. Kedudukan isteri sangat penting dalam kehidupan seseorang, sebagaimana mana pentingnya Islam dalam perjuangan seseorang.

2. Baiah Talaq 3 ini dilakukan secara sukarela dan tiada unsur paksaan. Individu yang melakukannya telah melakukan dalam keadaan sedar dan waras, serta memahami kandungan dan risiko baiah tersebut. Oleh yang demikian, tidak berbangkit isu ketidakwajaran baiah dan talaq tiga ini disebabkan ia tidak terdapat seorang pun calon-calon wakil rakyat yang mempertikaikan atau menolaknya.

3. Baiah Talaq 3 ini merupakan salah satu pandangan dalam Mazhab Hanafi, sebagaimana yang dikemukakan oleh al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Justeru, tidak timbul isu mempergunakan wanita atau berpolitik secara jelek, kerana ia merupakan salah satu perbincangan Fiqh yang perlu diraikan berdasarkan waqi' dan keperluan. Dalam masa yang sama, ulil amri atau pemimpin mempunyai autoriti untuk memilih pandangan yang diperselisihkan untuk dipraktikkan berdasarkan waqi' dan keperluan.

4. Antara keperluannya adalah mempertahankan kerajaan Islam negeri Kelantan daripada tumbang akibat pengkhianatan oleh wakil-wakil rakyat. Hal demikian kerana pada PRU sebelum ini, PAS hanya mempunyai perbezaan satu kerusi sahaja, bahkan terdapat usaha yang terancang untuk membeli wakil rakyat PAS agar melompat parti. Hal ini juga demi menjaga amanah Rakyat yang melantik mereka sebagai wakil rakyat, dalam keadaan ini, wakil rakyat tidak boleh sewenang wenangnya mengkhianati amanah Rakyat yang telah memilihnya sebagai wakil kepada rakyat dan wakil parti yang dipilih oleh rakyat.

5 . Urusan Ulama PAS Kawasan Segambut dengan ini menyokong saranan agar kes Talaq 3 ini dirujuk ke Mahkamah Syariah adalah satu saranan yang baik disebabkan Mahkamah Syariah merupakan institusi yang berautoriti dalam menyelesaikan isu ini serta badan badan kehakiman yang diiktiraf di sisi undang-undang. Bahkan persoalan perkahwinan, perceraian dan rujuk ini sememangnya berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Di situlah semua pihak dapat membentangkan hujah masing-masing dan insyaallah mampu memberi keadilan kepada semua pihak.

6. Isu baiah dan talaq tiga ini membabitkan soal hukum, maka semua pihak tidak sewajarnya mengambil ringan dalam perkara ini, kerana membabitkan persoalan halal dan haram. Ia melibatkan hubungan, pergaulan dan persetubuhan yang halal atau haram. Demikian juga demi menjaga kehormatan isteri, agar isteri mendapat hak dan kedudukan yang sewajarnya di sisi Mahkamah, malah memberikan ketenangan dalam hati semua pihak termasuklah isteri dan anak-anak. Justeru, isu ini juga berkaitan dengan maruah isteri yang perlu mendapatkan kepastian tentang kedudukan hubungannya dengan suaminya.

7. Urusan Ulama PAS Kawasan Segambut mengajak seluruh muslimin dan muslimat agar meletakkan Islam sebagai keutamaan dalam hidup. Jangan dikhianati amanah perjuangan Islam disebabkan terdapat agenda peribadi atau kerana ketidakpuasan hati terhadap mana-mana individu. Oleh yang demikian, marilah kita bekerjasama dan bersatu untuk meninggikan kedudukan Islam di negara kita ini. Untuk itu, PAS merupakan satu-satunya wadah yang menawarkan kepada seluruh rakyat agar ISLAM MEMIMPIM MALAYSIA, demi KESEJAHTERAAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. Ayuh, kita bersama PAS.

Yang benar,
Ketua,
Urusan Ulama PAS Kawasan Segambut,
Kuala Lumpur.
3 September 2015 / 19 Dzulkaedah 1436.


Sila kongsi artikel ini...

Fatwa Dr Qardawi Dan Dr Haron Din Yang Diputarbelit - Alang Ibn Shukrimun

1:25 PM 0 Comments A+ a-



FATWA DR QARDAWI DAN DR HARON DIN YANG DIPUTARBELIT

Saya telah menulis beberapa kali berhubung baiah ta'liq talak sejak bulan lepas. Sebahagiannya telah menjawab isu-isu yang sedang ditimbulkan termasuk soal pendapat Dr Haron Din dan Dr Qardawi. Tetapi mungkin kerana penerangan itu agak lebar mencakupi soal-soal yang lain, ramai yang tidak fokus dan ada yang sengaja memainkan isu itu kembali.


Sekali lagi saya ulang, pendapat dua ulama itu adalah berbeza dari situasi yang berlaku sekarang. Apa yang mereka sebut adalah berkisar tentang ta'liq talak seorang suami terhadap isteri, bertujuan untuk mendidik isteri itu sendiri dan menjaga hubungan antara mereka, tidak ada kaitan dengan pihak lain.

Ta'liq talak yang berlaku sekarang pula adalah ta'liq semasa baiah, yang mempunyai kaitan dengan jemaah dan perjuangan Islam, langsung tidak bertujuan mendidik atau mempengaruhi kelakuan isteri.

Dr Qardawi dalam bukunya Fatwa Muasarah jelas berfatwa berdasarkan soalan dari seorang awam yang menta'liq talaq dihadapan isterinya bertujuan supaya isteri itu takut untuk berbuat sesuatu. Contohnya si suami berkata pada isteri, "kalau kau keluar rumah tanpa izin aku, aku ceraikan kau".

Begitu juga apa yang ditulis Dr Haron Din, yang membincangkan soal amalan ta'liq talaq oleh kebanyakan jabatan agama negeri bertujuan menjaga hak isteri dari berlaku penganiayaan. Contohnya "sekiranya saya meninggalkan isteri lebih dari setahun tanpa nafkah, maka jatuhlah talak ke atas isteriku."

Kedua mereka langsung tidak membincangkan soal ta'liq talaq yang digabungkan dengan baiah demi perjuangan Islam. Contoh lafaznya adalah "kalau saya khianat perjuangan ini, maka jatuhlah talak terhadap isteri". Lafaz sebegini langsung tidak ada kaitan untuk memelihara hubungan atau mempengaruhi isteri, tetapi untuk memelihara perjuangan dan mempengaruhi pembaiah itu sendiri.

Perkara itu sangat berbeza kerana perbincangan maslahah hubungan suami isteri lebih rendah martabatnya dibandingkan soal kemaslahatan agama Islam.

Contoh lain yang lebih mudah, soal Islam mengharamkan bunuh diri. Pengharaman ini kerana nyawa adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan oleh Islam sehingga kalau seseorang mencederakan dirinya sendiripun sudah berdosa. Tetapi apabila 'bunuh diri' demi agama Islam, hukumnya berbeza. Bunuh diri dengan maksud sanggup menggadaikan nyawa berdepan senjata musuh demi memastikan kumpulan Islam mendapat keuntungan daripadanya, sebagaimana dilakukan tentera al-Qassam yang sanggup memasang bom di badan merempuh kubu Israel demi memberikan maslahat buat jemaah mereka iaitu Hamas. Musab bin Umair, Abu Ayyun Al-Ansari antara sahabat yang melakukan tindakan 'bunuh diri' ini demi mencetus semangat jemaahnya untuk terus menuntut janji Allah. Bacalah kisah mereka.

Begitu juga soal mentaati ibubapa. Islam menjaga hubungan kekeluargaan ini walaupun ibubapa kafir dan anaknya muslim. Tetapi jika ibubapa adalah musuh Islam, hubungan kekeluargaan ini tidak boleh menggadaikan maslahah perjuangan Islam. Saad Abi Waqqas lebih rela lihat ibunya mati kelaparan dari memenuhi kehendak ibunya supaya beliau mengingkari Allah. Perang Badr menyaksikan pertembungan antara keluarga. Nabi berhadapan bapa saudara sendiri, Ali berhadapan sepupunya sendiri, dan para sahabat ada berperang dengan anak sendiri dan bapa sendiri. Abdullah bin Abdullah bin Ubai sanggup menghunus pedang kepada bapanya yang munafiq, bukan kerana Islam tidak menghargai hubungan mereka, tetapi harga Islam lebih bernilai untuk dijaga.

Baiah ta'liq talak diamalkan dalam beberapa pemerintahan di zaman Umawiyah juga Abbasiyah supaya umat Islam memelihara kerajaan Islam daripada jatuh akibat belot. Namun sehingga kini saya masih belum menemui mana-mana sarjana mengupas isu tersebut samada menyokong atau menolak. Yang ada hanya pandangan Imam Malik, menyatakan sah jika ia tidak dipaksa.

Sekiranya benar tiada mujtahidin lain yang menentang jelas, maka ia boleh dikira sebagai Ijma Sukuti bahawa para mujtahid zaman tersebut bersetuju tindakan baiah ta'liq talak adalah syari'e dan tidak berlawanan dengan prinsip Islam. Kalau ada sesiapa terjumpa sebaliknya, sila kemukakan dan saya berani tarik balik pendapat Ijma' Sukuti ini. Perkara ini boleh juga dipilih sebagai tesis Master bagi yang berminat. Kita hidupkan budaya ilmu!

Islam membenarkan kerana harga sebuah perjuangan lebih mahal dari nyawa ataupun hubungan kekeluargaan. Tidak timbul lagi soal kita suka lihat bercerai berai. Kita sebenarnya sayang Islam lebih dari segalanya. Lebih baik dihukum bercerai di dunia, asalkan akhirat kita bebas dari seksa neraka.

Apalah guna seorang hakim memutuskan mereka tidak bercerai semata-mata tidak mahu lihat sebuah keluarga runtuh, sedangkan bukti telah jelas mengikut ilmunya bahawa talak telah jatuh keatas orang itu. Dia hanya selamat di dunia, tetapi akhirat Allah adili jua. Hakim ini dikira tidak jujur dalam berhukum dan akan berhadapan perbicaraan di mahkamah Allah kelak. Penta'liq pula mungkin lebih dahsyat hukumannya kerana mereka bersedudukan dalam keadaan bukan lagi suami isteri sepanjang tempoh baki hayatnya. Nauzubillah.

Keluar dari syubuhah adalah jalan terbaik. Biar tergadai dunia jangan rugi akhirat. Kalau mahu boleh kahwin lain dan bina hidup baru. Kalau sayang sangat suruhlah orang lain kahwin dulu, kemudian minta dia cerai dan kita halal untuk bernikah kembali. Ia mungkin tidak sebesar dosa bersekedudukan tanpa ikatan sah. Wallahualam.

(Alang Ibn Shukrimun)


Sila kongsi artikel ini...

1MDB Tidak Menerima RM42 Bilion Daripada Kerajaan? - Ustaz Idris Ahmad

1:15 PM 0 Comments A+ a-



1MDB Tidak Menerima RM42 Bilion Daripada Kerajaan?

Pelik tetapi benar, itulah fakta daripada buku "1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab", yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak menerima RM42 bilion daripada kerajaan, sebaliknya RM42 bilion dana hutang 1MDB adalah di dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk.

PERSOALANNYA. Kalau 1MDB lingkup siapa yang kena bayar. Siapa yg hendak bagi pinjam kalau tidak ada penjamin. Bukankah kerajaan yang menjadi penjamin. Makhluk mana yang bermurah hati hendak bagi pinjam, tanpa jaminan kerajaan. Rakyat tidak marah kalau wang itu daripada Bendahari Umno dan wang peribadi DS Najib dan Datin Rosmah.


Buku itu juga menjelaskan dana hutang RM42 bilion tidak lesap kerana RM18 bilion digunakan untuk pembelian syarikat pengeluar tenaga bebas, RM15.4 bilion untuk dana pelaburan, RM5.8 bilion untuk kos kewangan, RM1.7 bilion untuk kos pembelian tanah dan RM900 juta dalam bentuk tunai.

Jangan pula jawapan daripada JASA ini akan menambahkan kesan buruk kepada jatuh nilai mata wang. Memang jawapan yang dibuat oleh pihak JASA untuk membantu jentera penerangan Umno menjawab di peringkat akar umbi. Mungkin jawapan ini boleh melegakan DS Najib dan rakan-rakan yang sama waktu dengannya. Ia juga boleh meyakinkan penyokong Umno yang tegar, tetapi tidak selesa oleh mereka yang memahami selok belok perniagaan dan perakaunan.

Isu yang menjadi polimik sehingga Tun Mahathir sanggup turun ke padang untuk menyerang krebeliti DS Najib. Inilah sejarah masalah dalaman Umno sehingga Timbalan Presiden dibuang daripada TPM dan Datuk Shafie Afdhal dipecat daripada kabinet, walau pun beliau seorang Naib Presiden.

Jangan tindakan JASA menyebabkan sokong membawa rebah.

Ustaz Idris Ahmad
4 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Isu Bai'ah - Tuan Ibrahim Tuan Man

12:10 PM 0 Comments A+ a-



Isu bai'ah

PAS menggesa semua pihak menghentikan polemik isu bai'ah, sebaliknya menyerahkan kepada pihak yang berautoriti hal menentukan hukum.

Perbincangan secara terbuka dengan menggunakan pelbagai pandangan akal menimbulkan kecelaruan di kalangan anggota masyarakat.


Pihak yang terlibat mesti merujuk kepada Mahkamah Syariah dalam memutuskan sesuatu isu yang melibatkan Hukum syarak. Oleh kerana ia melibatkan hukum syarak yang mempunyai implikasi yang banyak, maka wajar bagi semua menyerahkan kepada pihak yang berautoriti dalam menentukan hukum bagi memutuskannya.

PAS mengingatkan semua yang terlibat dalam bai'ah agar melihat persoalan ikrar yang dilafazkan dan mematuhi ikrar tersebut.

PAS tidak membeli ketaatan dengan duit. PAS memberi kepercayaan penuh kepada calon-calonnya, termasuk kerusi-kerusi selamatnya, melalui lidahnya berdasarkan bai'ah mereka dengan Allah.

PAS meletakkan kepentingan perjuangan parti setara dengan keluarga dan orang tersayang, dan berharap mereka yang berbai'ah tidak mengkhianati kedua-duanya pada masa yang sama.

Seseorang itu boleh membayar kifarat apabila melanggar sumpah, namun ia bukan bermakna terlepas dari janji dan ikrarnya.

Saya berdoa semoga semua kita terlepas dari kemurkaan dan laknat Allah, para malaikat dan seluruh orang yang beriman.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
5 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Media PAS Kedah

9:59 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA PAS KEDAH

1. Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah mengambil ketetapan untuk mempertegaskan sokongan terhadap pendirian yang dibuat oleh PAS Pusat, iaitu mana-mana wakil rakyat PAS yang keluar parti hendaklah mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS tersebut.

2. Sehubungan itu, PAS Kedah mendesak ADUN Pengkalan Kundor, Dato' Ir Phahrolrazi Md Zawawi yang mengisytiharkan diri menyertai Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia supaya mengosongkan kerusi DUN Pengkalan Kundor, ekoran beliau bukan lagi ahli PAS (berdasarkan peruntukan Perlembagaan PAS, Fasal 15 (1)(c).


3. Pengosongan tersebut mesti dilakukan ekoran bai'ah yang dibuat oleh Phahrolrazi menjelang PRU13 bahawa beliau tidak akan meninggalkan atau mengkhianati perjuangan PAS. Sesungguhnya bai'ah adalah merupakan ikrar, akujanji dan sumpah setia yang wajib dipatuhi kerana ia adalah dokumen integriti yang sah, apatah lagi berbai'ah dengan menyebut Nama Allah sebagai saksi.

4. Dakwaan Phahrolrazi bahawa beliau menang kerana Pakatan Rakyat adalah tidak wajar kerana realiti menunjukkan bahawa PASlah yang bekerja keras terhadap kemenangannya. Beliau bertanding atas tiket PAS. Justeru apabila beliau tidak lagi bersama PAS, maka wajar kerusi yang dimenangi dengan dokongan dan sokongan kuat PAS dikosongkan bagi memberi peluang kepada rakyat membuat pemilihan semula siapakah wakil rakyat mereka.

5. Berdasarkan realiti politik semasa kini, PAS Kedah yakin kembali mendapat sokongan padu dari rakyat jelata pelbagai kaum. Dakwaan kononnya masyarakat berbilang kaum tidak lagi menyokong PAS, lebih kepada "propaganda politik" untuk menjustifikasikan kewujudan parti baharu. Kelahiran parti baharu kononnya untuk menentang BN, hanya akan membawa faedah kepada BN kerana berjaya memecahkan sokongan terhadap pembangkang.

6. PAS Kedah terus istiqamah bersama PAS Pusat untuk tidak menjalin sebarang kerjasama politik dengan Umno/BN, lebih-lebih lagi dalam usaha pembentukan kerajaan. Komitmen menolak Umno/BN oleh PAS Kedah telah dibuktikan melalui Himpunan Tolak BN yang diadakan pada 22 Ogos lalu, berjaya menghimpunkan lebih 30 ribu ahli dan penyokong PAS.

7. Berhubung ura-ura berlaku penggantian terhadap kedudukan Menteri Besar Kedah dalam masa terdekat, PAS berpendirian bahawa; sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Menteri Besar tidak akan mengubah polisi Umno serta tidak mampu untuk membetulkan kepincangan dalam Umno. Kelemahan pentadbiran kerajaan pimpinan BN Kedah sepanjang dua tahun berlalu sangatlah teruk. Ia diakui sendiri secara terbuka oleh ADUN BN (Dato' Ahmad Lebai Sudin) dan kelemahan itu dijangka berterusan jika BN kekal sebagai kerajaan.

8. Maka PAS Kedah bertekad untuk kembali berkuasa di negeri ini pada PRU14, setelah rakyat dapat menilai sendiri kepincangan yang berlaku terhadap kerajaan dan parti yang memerintah (Umno/BN) sama ada di peringkat negeri atau Pusat.

Sekian, Terima Kasih.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah
4 September 2015.



Sila kongsi artikel ini...

Politik 'baiah' menganiayai WANITA! - Zuraida Kamaruddin

7:02 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media oleh YB Zuraida Kamaruddin

Tarikh: 4 September 2015

Politik “baiah” menganiayai WANITA!


Isu baiah yang diperkenalkan dalam PAS terhadap mana-mana wakil rakyat negeri khususnya Kelantan yang berniat untuk meninggalkan parti tersebut adalah satu tindakan yang tidak munasabah. Mana mungkin demi kepentingan politik parti, rumahtangga diperjudikan dengan menceraikan pasangan secara tidak langsung. Jika inilah keadaan politik yang diamalkan, akhirnya wanita dan keluarga akan terus menerus menjadi bahan mainan politik tidak matang.

Wanita atau isteri memainkan peranan yang paling penting dalam institusi keluarga. Lafaz baiah dan ta’liq itu tidak seharusnya menjadikan isteri dan keluarga sebagai gadaian atau cagaran untuk kerja politik. Ini menimbulkan keraguan dimana jika Islam itu menjadi landasan utama dalam matlamat perjuangan, apakah Islam dan Keluarga itu dua perkara yang berbeza? Politik, Islam dan keluarga adalah perjuangan yang satu tanpa perlu sebarang pemisahan. Tindakan mengingkari baiah itu seolah-olah sama tarafnya seperti keluar dari agama.

Penceraian talak tiga yang dijatuhkan kepada isteri tanpa sebab adalah satu perkara yang tidak boleh diterima akal. Bukankah talaq adalah perkara yang paling tidak disukai Allah walau ada hukum yang diharuskan. Ia adalah satu rahmat yang diberi oleh Allah bagi suami isteri yang benar-benar memerlukannya. Tidak wajar jika terputus hubungan suami isteri, bukan kerana krisis dan ketidaksefahaman tetapi disebabkan perkara luar dari urusan peribadi mereka. Maka, sebarang penggunaan “talaq” untuk tujuan luar rumah tangga memerlukan dalil dan hujjah yang benar-benar kukuh. Kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dan penyalahgunaaan objektif asal peruntukan yang diberikan oleh Allah.

Andai kata perjuangan PAS boleh berubah di masa-masa akan datang, PAS tidak lagi komit dalam perjuangan Islam? Apakah ahli-ahli parti tidak boleh meninggalkan PAS hanya kerana terikat dengan lafaz talaq tiganya? Walaupun ianya satu acara yang dipersetujui, namun para lelaki seharusnya memikirkan akibat yang ditanggung oleh wanita sekiranya penceraian tanpa rela ini berlaku. Wanita tidak harus dianiaya hanya kerana sebuah perjanjian taat setia terhadap parti.

Semoga ini menjadi pengajaran bagi ahli politik di Malaysia, bahawa menjadikan wanita sebagai cagaran dan gadaian dalam politik adalah satu perkara yang sungguh mundur. Kita bukan hidup di zaman jahiliyyah, sedangkan Allah sendiri mengangkat wanita dalam Al-Quran serta merta apabila mendengar keluhan Khawlah terhadap suaminya, tetapi pemimpin pemimpin Islam di Malaysia menganggap wanita itu sebagai satu bahan yang boleh dipermainkan.Jika penindasan begini terus berlaku terhadap wanita, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengiktiraf wanita khususnya wanita Islam di Malaysia.

YB Zuraida Kamaruddin

Ahli Parlimen Ampang

Ketua Wanita KEADILAN


Sila kongsi artikel ini...

Nukilan anak Dr Hatta

5:19 AM 0 Comments A+ a-



Nukilan anak Dr Hatta

The Incredible Family

Sudah lebih 30 tahun mak dan ayah membina sebuah baitul muslim dengan baik. We grow together as a strong family unit, and until now we are still strong.


2015 has been a hard year for us, especially to Ayah. But never once, Mak who has been the strongest supporter of Ayah ever doubt of his fights. Dengan kasih sayang dan doa, Mak dan Ayah tidak pernah goyah. Apabila Mak diuji dengan penyakit, Ayah lah yang menjadi peneman setia di hospital, walaupun ketika itu disibukkan dengan pilihanraya dan sebagainya. I never imagine anyone else could do the same as they done it for each other.

Jadi apa yang berlaku akhir2 ini, bukan sahaja mengganggu hal peribadi mak dan ayah, tetapi dalam diam,emosi anak-anak. Namun Alhamdulillah, kami 7 beradik, 4 menantu memilih untuk terus memberi sokongan moral dan kasih sayang yang terbaik untuk Mak dan Ayah.

Maka saya memohon,pihak yang langsung tiada kaitan dengan kehidupan keluarga kami agar menghentikan sebarang spekulasi dan tohmahan dengan SERTA MERTA. Berhenti mengganggu dengan kenyataan-kenyataan yang negatif khususnya untuk menimbulkan spekulasi dan pandangan buruk kepada keluarga kami terhadap isu ini.Hentikan sebarang kenyataan kerana keputusan bukan terletak kepada anda. Hentikan dari menjadi pemutus kata dan pengatur hidup kami. Jangan ada lagi kenyataan terutama media massa yang memburukkan keadaan dan persepsi masyarakat. Berlaku adil lah kepada kami.

Islam pastinya memiliki jalan keluar yang terbaik berkenaan isu ini, pasti ada selain jalan yang dibenci Allah, sebaliknya bukannya bersungguh-sungguh mahukan jalan yang Allah benci tanpa mengkaji sebarang jalan penyelesaian terbaik.Bukankah sunnahnya mencari yang mendamaikan dan manfaat lebih baik?

Saya percaya ada jalan yang terbaik, kami menanti jalan penyelesaian berkenaan teknikaliti tentang perkara ini. Oleh itu, orang luar dan media,hentikan menspekulasikan perkara ini demi kepentingan anda. Pergilah mencari amal yang lebih memberi manfaat kepada akhirat anda. Biar yang berkait sahaja menyelesaikannya,jangan menjadi ahli hukum dunia sewenang-wenangnya, kerana itu bukan tugas kalian.

Mohon hentikan, usah diganggu lagi isu ini, fokus kepada isu negara dan rakyat yang lebih besar. Saya yakin juga fokus ayah saya dalam perjuangannya untuk rakyat tidak pernah beralih.

Hentikan, sebaliknya doakan yang baik2 sahaja. Itulah tugas seorang saudara muslim kepada muslimnya yang sepatutnya, bukan bersungguh-sungguh mengharapkan kehancuran. Periksalah iman kalian jika ada terdetik mengharapkan keluarga kami musnah.

Terima kasih kepada sahabat2 perjuangan keluarga kami, ahli keluarga yang tidak putus mendoakan demi kebaikan dan sokongan yang padu. Ini ujian kita semua, insyaAllah hanya kepadaNya kita memohon bantuan dan hidayah..itulah pesan Mak.

As for my family, keep our head high and stay calm. Kita tetap utuh dibawah lindungan-Nya. Semoga kita semua dapat berkumpul di dalam syurgaNya. Fi amanillah!

Selamat menghabiskan Al-Kahfi hari ni.
Jumuah Mubarakah!
Jumaat, 4 Sept 2015
Johor Bahru, Johor.


Sila kongsi artikel ini...

Alahai 10-0 - Pemuda PAS

3:32 AM 0 Comments A+ a-



"Alahai 10-0"

Salam 10-0. Apa lagi yang boleh diharapkan dengan mutu bola sepak negara. Kekalahan yang memalukan! Alasan boleh sahaja diberi namun di manakah letaknya maruah bola sepak Malaysia? Sudahlah Malaysia dimalukan di mata dunia dengan kejatuhan nilai mata wang yang teruk, kini Malaysia diaibkan lagi dengan kekalahan 10-0 dengan UAE!

Aib! Malu! Kecewa! Marah! Geram! Semuanya berbaur dalam satu perasaan. Seolah bagaikan tiada harapan lagi masa depan bola sepak negara jika ini peneraju yang ada

Strategi bertahan oleh jurulatih pasukan negara, Dollah Salleh nyata tidak menjadi. Satu demi satu gawang negara dibolosi. Entah di mana silapnya. Strategi? Jurulatih? Pemain? Ataupun FAM itu sendiri. Boleh dibayangkan berapa banyak gol akan dibolosi lagi jika bukan bermain secara bertahan. Sesuatu harus dibuat demi mengekang aib ini daripada berterusan.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa agar FAM segera dirombak. Meskipun kabinet FAM dilihat seperti berwajah baru namun ianya tidak memberi sebarang erti. Ranking bola sepak negara terus merudum, bisa taring Harimau Malaya sudah lama hilang. Justeru, FAM harus dirombak segera demi menyelamatkan mutu dan maruah bola sepak Malaysia.

Sudah tiba masanya sukan di Malaysia khususnya bola sepak diterajui oleh golongan yang mahir. Bukan sekadar menjadi penaung sahaja. FAM sebelum ini bagaikan menulikan telinga, membutakan mata sahaja apabila ranking Malaysia jatuh. Bagaikan sudah terbiasa dengan kejatuhan yang berlaku. Apakah yang dimahukan oleh FAM sebenarnya? Apakah penubuhan FAM adalah untuk melihat kejatuhan mutu bola sepak negara? Lihat sahaja peneraju-peneraju bola sepak negara lain seperti Jepun dan Korea misalnya. Mereka diterajui oleh golongan yang berkebolehan, berkepakaran malah tahu selok belok berkenaan sukan bola sepak. Bahkan pembangunan bola sepak mereka lebih pesat berbanding tempoh 50 tahun dahulu. Berbeza dengan Malaysia yang mana ianya diterajui oleh golongan bangsawan, politikus dan elit yang hanya tahu mengaut keuntungan di atas kejayaan sesuatu sukan.

Selain itu, FAM perlu keluar kepada mencari alternatif-alternatif lain bagi membangunkan mutu bola negara. Saya lebih suka mengambil Korea Selatan sebagai contoh kerana negara ini tidak asing dalam sejarah bola sepak negara. Mereka menubuhkan akademi bola sepak masing-masing bagi mencari pelapis-pelapis baru. Natijahnya, mereka tidak ketandusan pemain bahkan boleh menghantar pemain-pemain mereka ke beberapa tempat untuk menimba ilmu dan pengalaman. Hasilnya, Korea Selatan berjaya menjadi salah satu pasukan pilihan Asia dalam Piala Dunia.

Suatu masa dahulu, Malaysia diperkenalkan dengan program realiti televisyen dalam mencari bakat pemain bola sepak negara yang mempunyai ciri-ciri seperti akademi ini. Namun setelah beberapa siri, ianya senyap dan tidak ketahuan ke manakah perginya bakat-bakat yang digilap tersebut. Program yang terbaru; Mencari Ramli diharapkan akan terus memastikan bakat-bakat muda ini digilap dan diserapkan dalam skuad negara. Sikap pilih kasih dan kroni dalam memilih skuad negara perlu dibuang jika ingin memastikan bola sepak kita kembali bangkit.

DPPM percaya cadangan-cadangan yang dilontarkan ini merupakan cadangan-cadangan yang telahpun diberi kepada pihak FAM sebelum ini. Namun, seperti biasa, sikap ego dan keras kepala FAM akan membakul sampahkan semua cadangan yang ditujukan. DPPM memberi amaran bahawa jangan sampai rakyat dan peminat bola sepak Malaysia hilang terus kepercayaan kepada bola sepak negara. DPPM juga berpesan kepada yang berkenaan agar berundurlah demi masa depan bola sepak negara. Dengarlah rintihan para peminat tegar pasukan negara, janganlah mengaibkan negara lagi.

Pencinta Bola Sepak

Ir Haji Khairil Nizam Khirudin
Pengarah DACS
Dewan Pemuda PAS Malaysia


Sila kongsi artikel ini...

OIC Perlu Segera Hulur Bantuan Kepada Pelarian Syria - Khalil Hadi

3:30 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

20 Zulkaedah 1436 | 4 September 2015


"OIC Perlu Segera Hulur Bantuan Kepada Pelarian Syria"

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa dukacita di atas kejadian melibatkan 11 pelarian Syria yang dikhuatiri lemas setelah dua bot dinaiki mereka karam berhampiran perairan Turki.

2. Mereka dari Kobane, Syria di mana sebahagian besar mereka dilaporkan adalah kanak-kanak dan dalam perjalanan panjang menuju ke Pulau Kos di Greece melarikan diri dari rejim Bashar Assad dan sekutunya.

3. Kejadian ini amat menyayatkan hati apabila media melaporkan penemuan mayat tiga kanak-kanak dan seorang wanita di persisiran pantai Bandar Bodrum, Mugla, Turki.

4. Dunia Islam khususnya Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) perlu mengambil iktibar dan tindakan segera serta bertanggungjawab dalam menangani masalah imigran perang yang memerlukan perlindungan politik.

5. Kita sewajarnya malu dengan tindakan pantas Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls dan Canselor Jerman, Angela Merkel yang bercakap atas semangat bangsa Eropah untuk memberi bantuan.

6. Malah terdahulu sebelum itu, Angela telah membuktikan keprihatinan negaranya membuka tempat dan memberi suaka politik kepada pelarian perang atas semangat persaudaraan Eropah.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia




Sila kongsi artikel ini...

HELWA ABIM memandang serius isu bai’ah serta takliq talak tiga yang menjadi pertaruhan politik semasa.

3:09 AM 0 Comments A+ a-



HELWA ABIM memandang serius isu bai’ah serta takliq talak tiga yang menjadi pertaruhan politik semasa. Kebimbangan ini bersifat "vital" kerana ia melibatkan isu status perkahwinan dan beberapa hukum yang terkait dengan kesahihan baiah tersebut termasuk isu kaffarah sumpah dan implikasi lafaz takliq.

Oleh yang demikian, HELWA ABIM berpandangan bahawa perbalahan serta polemik perdebatan tentang isu ini mesti segera dihentikan bagi memberi peluang kepada pihak-pihak yang terlibat merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti termasuk rujukan ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Mufti.

Dalam masa yang sama, HELWA ABIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan meletakkan lafaz takliq bagi maksud menceraikan isteri dengan talak tiga sebagai pertaruhan dalam politik.

Sewajarnya perkara berkaitan lafaz takliq perceraian ini tidak seharusnya menjadi pertaruhan dalam politik kerana ia melibatkan maruah isteri yang seolah-olah dipermainkan akibat kerakusan politik kuasa.

Tindakan ini sangat mengaibkan dan boleh menjatuhkan maruah wanita yang bergelar isteri serta memberi kesan terhadap keharmonian rumahtangga keseluruhannya apatah lagi jika lafaz tersebut disabitkan oleh Mahkamah Syariah sebagai sah dan jatuh talak.

Helwa ABIM juga menyeru agar semua pihak berhenti membuat kenyataan balas berkaitan hukum kesahihan lafaz tersebut bagi mengelakkan kemudharatan dan kekeliruan kefahaman masyarakat awam .

Pihak HELWA ABIM juga menawarkan sesi pencerahan isu hukum-hakam dan perundangan kepada orang awam yang mahukan penjelasan tentang isu ini dengan lebih lanjut dan bantuan guaman syariah untuk mewakili pihak-pihak yang terlibat untuk menyelesaikan isu tersebut ke Mahkamah Syariah.

Fadhlina Binti Dato' Siddiq Naib Presiden ABIM (HELWA)


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.